22
Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 3:2 (2012) 131 - 151 Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan Komuniti Cina Malaysia Kontemporari SUSAN E. ACKERMAN PENGENALAN Perbincangan berkaitan hubungan orang Cina dengan alam ghaib telah disimpulkan Weber (1951: 200) sebagai “taman magis” dengan manusia, alam dan dewa membentuk suatu kosmos. Dalam taman itu, pawang dan perantaranya bertindak sebagai pengantara menghubungkan manusia dengan dewa. Kepercayaan ini telah berkekalan, walaupun orang Cina telah melalui pemodenan. Fenomena ini bercanggah dengan hujah Weber yang menegaskan bahawa kepercayaan sedemikian akan menggugat pembentukan sebuah dunia yang rasional. Pada pendapat beliau, Konfusianisme dan Taoisme menghalang pembentukan kapitalisme rasional di China. Kesannya, orang Cina menerima kapitalisme sebagai sesuatu yang asing yang perlu disesuaikan dengan dunia magisnya. Sebenarnya, orang Cina mengadaptasi kapitalisme dalam dunia magisnya melalui fleksibiliti mindanya. Fleksibiliti ini diperlukan untuk membolehkannya menerima realiti yang berbeza dan pencapaian tujuan dengan menggunakan kaedah rasional dan magis. Weber telah gagal mengenal pasti pentingnya fleksibiliti minda itu kerana beliau melihat rasional dan magis sebagai entiti eksklusif yang saling tidak berkaitan. Kegagalannya mungkin disebabkan kekurangan sumber sinologi yang penting bagi memahami kompleksiti pandangan dunia agama popular Cina. Fleksibiliti minda orang Cina telah membolehkannya menerima unsur yang bercanggah dengan kepercayaannya. Weber pula terlalu menekankan pandangan dunia monistik Cina dengan kesan kognitifnya ke atas kerasionalan. Hakikat itu menunjukkan idea-idea dunia monistik itu termasuk idea hukum tabii tidak menggugat perkembangan kapitalisme rasional. Perkembangan pandangan dunia dualistik di kalangan orang Cina sebagaimana yang akan dibincangkan nanti membuktikan kelemahan kesimpulan yang dibuat Weber. Bagi orang Cina, kapitalisme rasional bersifat luaran kerana ia terbentuk daripada aktiviti komersial orang Eropah dan juga pengluasan kuasanya di Asia. Keinginan dalaman orang Cina untuk mengadaptasikan

Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

131Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan KepawanganJurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 3:2 (2012) 131 - 151

Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan PertubuhanKepawangan Komuniti Cina Malaysia Kontemporari

SUSAN E. ACKERMAN

PENGENALAN

Perbincangan berkaitan hubungan orang Cina dengan alam ghaib telahdisimpulkan Weber (1951: 200) sebagai “taman magis” dengan manusia,alam dan dewa membentuk suatu kosmos. Dalam taman itu, pawangdan perantaranya bertindak sebagai pengantara menghubungkanmanusia dengan dewa. Kepercayaan ini telah berkekalan, walaupun orangCina telah melalui pemodenan. Fenomena ini bercanggah dengan hujahWeber yang menegaskan bahawa kepercayaan sedemikian akanmenggugat pembentukan sebuah dunia yang rasional. Pada pendapatbeliau, Konfusianisme dan Taoisme menghalang pembentukan kapitalismerasional di China. Kesannya, orang Cina menerima kapitalismesebagai sesuatu yang asing yang perlu disesuaikan dengan duniamagisnya.

Sebenarnya, orang Cina mengadaptasi kapitalisme dalam duniamagisnya melalui fleksibiliti mindanya. Fleksibiliti ini diperlukan untukmembolehkannya menerima realiti yang berbeza dan pencapaian tujuandengan menggunakan kaedah rasional dan magis. Weber telah gagalmengenal pasti pentingnya fleksibiliti minda itu kerana beliau melihatrasional dan magis sebagai entiti eksklusif yang saling tidak berkaitan.Kegagalannya mungkin disebabkan kekurangan sumber sinologi yangpenting bagi memahami kompleksiti pandangan dunia agama popular Cina.Fleksibiliti minda orang Cina telah membolehkannya menerima unsur yangbercanggah dengan kepercayaannya. Weber pula terlalu menekankanpandangan dunia monistik Cina dengan kesan kognitifnya ke ataskerasionalan. Hakikat itu menunjukkan idea-idea dunia monistik itutermasuk idea hukum tabii tidak menggugat perkembangan kapitalismerasional. Perkembangan pandangan dunia dualistik di kalangan orang Cinasebagaimana yang akan dibincangkan nanti membuktikan kelemahankesimpulan yang dibuat Weber.

Bagi orang Cina, kapitalisme rasional bersifat luaran kerana iaterbentuk daripada aktiviti komersial orang Eropah dan juga pengluasankuasanya di Asia. Keinginan dalaman orang Cina untuk mengadaptasikan

Page 2: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

132 Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu

diri dengan perkembangan semasa yang Weber berasa musykil itu adalahakibat daripada pandangan dunia monistik orang Cina yang terbit daripadakonfrontasi orang Cina dengan kuasa tentera dan kapitalisme Barat.Kesannya, rasional kapitalisme mula diterima orang Cina. Namun,perkembangan itu tidak meminggirkan konsep “taman magis” dalamkepercayaan orang Cina kerana perlakuan ekonomi dan pandangan duniamonistik itu mempunyai haluan yang berbeza (Weber 1951: 196-202).Fenomena ini berbeza dengan apa yang telah berlaku di Eropah.

Akibat terbentuknya kapitalisme rasional itu, maka terbentuklahpandangan dunia dualistik di kalangan orang Cina. Agama Kristian, sainsdan penubuhan institusi ekonomi yang berasakan prinsip rasionaltelah mewujudkan pengertian yang berbeza dalam menginterpretasimakna kosmos magis. Kepercayaan dan penyembahan yang berasaskankonsep “taman magis” itu telah disifatkan sebagai tahyul. Orang Cinamula mempersoalkan kepercayaannya yang dibina atas landasanmonistik.

Namun, perubahan itu telah menimbulkan motivasi orang Cina kelaspertengahan untuk mencari pemahaman teoretis yang dapat menjelaskanhubungan kepercayaan dan amalan tradisionalnya dengan dunia melaluipemodenan. Bagi membolehkan pemahaman sedemikian itu dibentuk,mereka membina ideologi yang dapat menghubungkan sains dan magis.Kesannya, orang Cina yang masih berpegang kepada kepercayaantradisional mungkin juga akan bekerja di syarikat multinasional danmemperoleh pendidikannya yang bersifat saintifik. Mengatur seiring duniasihir dan saintifik ini telah membolehkan kami mempercayai kewujudanpawang yang prihatin kepada kehendak golongan elit yang tidak dapatmenerima kepercayaan dan amalan tradisional Cina. Pendekatan yangdigunakan pawang itu boleh dijelaskan sebagai usaha untuk membinaideologi untuk memelihara kepercayaan tradisional Cina di dunia yangsudah berbeza. Ideologi itu juga menyediakan ruang untuk pembentukanpertubuhan yang mengutamakan identiti individual dan kolektif pada masaserentak.

Makalah ini akan membincangkan usaha pawang moden Cina untukmemelihara “taman magis” di dunia yang serba moden. Bagi mengkajifenomena ini, sebuah kajian kes telah dilakukan ke atas sebuah pertubuhanagama Cina sinkretik. Pertubuhan itu mengekalkan kepercayaantradisional Cina sementara cuba mengaitkan diri dengan usaha pemulihanajaran Buddha di kalangan orang Cina. Pertubuhan ini dikenali sebagaiPertubuhan Dewa Pengasih. Ia adalah contoh yang dapat menghuraiusaha pawang moden Cina untuk menghubungkan alam magis

Page 3: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

133Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

kepercayaan Cina dengan kerangka konsep kerasionalan yang dapatmembantu orang Cina di Malaysia untuk membina identiti etnik dankepercayaan mistiknya.

KEMUNCULAN PAWANG CINA MODEN

Kedudukan pawang Cina di dunia moden telah berubah. Mereka tidaklagi mendapat kedudukan tinggi seperti yang dinikmati pendeta zamanDinasti Shang pada alaf kedua S.M. (de Groot 1964). Namun, penurunanstatus itu bermula sejak zaman Chou pada kurun ke-3 S.M. itu tidakmenamatkan pengamalan kepawangan dalam budaya Cina. Perantaratelah meneruskan pengamalan itu. Fungsi perantara adalah lebih kurangsama dengan pawang. Mereka menjadi pengantar antara syurga dandunia manusia. Ini bermakna pengantara itu menghubungkan manusiadengan alam dewata (Eliade 1964: 493). Yang membezakannya adalahsama ada mereka berada dalam keadaan sedar atau tidak semasaberkomunikasi dengan alam dewata.

Pada umumnya, pawang berada dalam keadaan sedar ketikaberkomunikasi dengan roh atau dewa. Kebolehan ini tidak dipunyaipengantara. Biasanya pengantara akan berada dalam keadaan tidak sedarbila berkomunikasi dengan roh atau dewa dan biasanya mereka jugatidak ingat apa yang telah berlaku. Sungguhpun demikian, perbezaan antarapengantara dengan pawang tidaklah jelas. Menurut Heinze (1982), pawangmempunyai kebolehan menyerupai pengantara dengan pengantara jugaboleh memiliki keupayaan yang sama dengan pawang. Ini bermaknaperbezaan antara pawang dan pengantara adalah kabur. Justeru itu,pawang dan pengantara yang tulen sukar ditemui.

Walaupun berbeza, pengantara boleh meningkatkan statusnya kepadapendeta dengan mengekalkan kesedarannya ketika menurun atau sedangdimasuki. Akibat fungsinya yang boleh berubah-ubah, perantara bukanlahsebahagian daripada entiti alam ghaib. Sebaliknya, dia hanyalah penghantarmesej yang boleh mentafsirkan pengalamannya dalam keadaan menurunatau sedang dirasuk. Keupayaan itu membolehkan sesetengah pengantaramenjadi pawang yang sedar akan kesinkretikan ideologi dan amalan yangditerimanya. Lantas, pengantara itu tidak memainkan peranan sebagaipenghubung sahaja, tetapi juga boleh memainkan peranan sebagaipendakwah.

Proses transformasi ideologi senantiasa berlaku dalam kepercayaanpopular Cina yang sinkretik yang telah bermula sejak Dinasti Sung lagi.

Page 4: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

134 Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu

Sinkretik sektarian itu mengekalkan ciri asal sumber kepercayaannya,tetapi ciri asal setiap kepercayaan akan digabungkan untuk membentukideologi baru. Cara organisasi dan dinamik sinkretik sektarian Cina itutelah didokumentasi dalam banyak kajian (Baity 1975; Overmyer 1976;Welch & Yu 1980; Naquin 1985; Jordan & Overmyer 1986). Kajian-kajian itu menunjukkan sinkretik sektarian mengekang usaha untukmenggabungkan beberapa kepercayaan bagi membentuk ideologi baru.Sifat sedemikian telah memberi ruang kepada tafsiran yang dibuat pawangdalam membentuk ideologi baru bagi menyempurnakan agenda politik,etnik dan pelbagai lagi tujuan sosial yang lain. Perkembangan ini adalahyang tidak dijangka dan diliputi Weber (1951).

Dengan itu, strategi sektarian yang dibincangkan di atas dengankesedaran pawang ketika menerima pedoman daripada alam dewata itumenjadi formula yang berkesan untuk mengubah kepawangan tradisionalkepada kepawangan moden. Ia membolehkan pawang modenmenggabungkan hukum tabii saintifik dengan alam magis. Bagimembolehkannya memainkan peranan sedemikian, pawang moden perlumenunjukkan bahawa peranannya tidaklah sekadar penghubung antaraalam dewata dengan manusia. Selain memberi perkhidmatan pemulihan,pengikut kelas pertengahan juga mengharapkan pawang dapat memainkanperanan kepawangan secara rasional dan karismatik. Untuk memainkanperanan itu, pawang perlu menunjukkan keupayaannya untukmembimbing pengikutnya secara pragmatik dan beretika. Jika dapatmemenuhi kriteria itu, pawangan moden berupaya menjana ideologibaru.

Di Malaysia, prestij pawang Cina bergantung pada keupayaannyauntuk meyakinkan pengikutnya dalam hal ehwal duniawi dan alamdewata. Mereka perlu meyakinkan pengikut yang terdiri daripadapenganut agama Buddha dan Tao dengan ideologinya secara teratur.Mereka juga perlu meyakinkan orang Cina yang berugama Kristiandaripada kelas menengah yang mendapati sukar menerima pandangandunia monistik. Sehubungan itu, pawang moden Cina terpaksa bersaingdengan pengantara dan juga pawang Cina yang mempunyai pendekatanyang berbeza.

Dalam suasana yang serba sukar ini, pawang Cina mempromosikanideologinya secara sistematik. Kajian ini menumpu kepada usaha kultusyang sedia ada dan cuba untuk membimbing sekumpulan orang Cinaborjuis. Antara kultus yang popular itu adalah kultus Guanyin, seorangBodhisattva perempuan yang lebih dikenali sebagai Dewi Pengasih diseluruh dunia.

Page 5: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

135Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

Kepopularan Guanyin meningkat sesuai dengan usaha untukmemulihkan ajaran Buddha di Malaysia yang dilakukan orang China. Iniseterusnya telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam strukturpengikut ajaran Guanyin. Pada umumnya, Guanyin ialah seorang dewiperempuan. Oleh hal yang demikian, pengikut ajarannya adalah kaumperempuan. Akan tetapi dengan peningkatan kepopularan Guanyin, kinikaum lelaki telah memainkan peranan besar dalam tokong dan pertubuhanberkaitan Guanyin.

Selain peningkatan kepopularan, faktor adat orang Cina yangberpaksikan sistem patriakal telah menggiatkan penglibatan kaum lelakidalam pemujaan Guanyin. Sistem patriakal Cina mengehendaki kaumlelaki untuk memimpin perniagaan keluarga. Oleh sebab itu, kaum lelakimempunyai keupayaan ekonomi untuk memimpin pertubuhan yangberkaitan Guanyin.

Ciri-ciri ini amat jelas dalam Pertubuhan Pemuja Dewi Pengasih(PPDP). Pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1970-an ini telahmendapat sambutan baik. Ia ditubuhkan seorang peniaga Cina lelaki dandisokong oleh sekumpulan peniaga Cina lelaki. Sokongan peniaga itu telahmembolehkan PPDP menjadi popular di kalangan orang Cina. Walaupundiuruskan sekumpulan orang lelaki, PPDP dianggotai ramai pengikut wanita.

PPDP diasaskan Chan, seorang usahawan, pada tahun 1970-an.Mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah mubaligh pada tahun1950-an sehingga ke tahap menengah, beliau melihat dirinya sebagaiseorang kosmopolitan dan juga seorang Cina. Akibat pendidikanawalnya, Chan fasih berbahasa Inggeris. Setelah dewasa, beliau menjadiusahawan yang berjaya dengan mempunyai jaringan sosial yang luas didunia peniaga Cina di Kuala Lumpur. Disebabkan latar belakangnya,kemungkinan Chan menjadi pawang amatlah rendah. Akan tetapi,penglibatannya dalam kerjaya sedemikian seolah-olah telah ditakdirkanpada suatu malam Tahun Baru Cina pada tahun 1970-an.

Sebelum takdir itu, Chan amat bimbang kesihatan seorang ahlikeluarganya. Sehubungan itu, beliau memohon bantuan Tuhan, termasukJesus, Virgin Mary selain memuja beberapa dewa Cina dan juga SatyaSai Baba. Akhirnya, pada suatu malam Tahun Baru Cina, beliauseolah-olah dimasuki Dewa Seung Tai (dewa agung dalam agamaTao). Sepanjang masa dalam keadaan dirasuk, Chan memohon kepadaDewa Seung Tai untuk menyelamatkan ahli keluarganya. Dewa SeungTai berkenan dengan syarat Chan memeluk agama Buddha. Selepasperistiwa itu, Chan dianugerahi keupayaan untuk berkomunikasidengan dewa Cina dan Satya Sai Baba.

Page 6: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

136 Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu

Memandangkan sudah mempunyai keupayaan untuk berkomunikasidengan alam ghaib, Chan mendapati dirinya sentiasa mengalamidisorientasi, maka mudah terdedah kepada bahaya. Seorang lagi dewaCina, dalam sebutan Kantonis, Wong Lo Sin See, telah memberi pedomankepadanya untuk menjadi pengikut Guanyin. Bermula daripada detik itulahGuanyin telah menjadi sumber inspirasi utama bagi Chan. Guanyinberkomunikasi dengannya. Dalam semua proses komunikasi itu, Chanberada dalam keadaan sedar. Kelebihan ini membolehkannya menjadipawang.

Chan merekodkan hasil komunikasinya dengan Guanyin dalamsekurang-kurangnya empat puluh buah buku lejar. Guanyin juga telahmenganugerahi keupayaan untuk memulihkan kesihatan, meramal danmenerima mesej dewa dewi secara bertulis. Keupayaan itudimanfaatkannya untuk mengembangkan ajaran Guanyin, terutamanyakepada orang Cina yang berpendidikan sekolah Inggeris. Usaha itumewakili perubahan dalam pemujaan Guanyin yang sebelum inididominasi kaum wanita. Melalui usaha Chan, pemujaan Guanyintelah diatur menjadi sebuah pertubuhan yang diketuai orang yangberpendidikan dan berpengaruh dalam komuniti orang Cina diMalaysia.

Setelah beberapa bulan mendapat tunjuk ajar daripada Guanyin, Chanmenubuhkan PPDP, sebuah pusat pemujaan untuk memberi perkhidmatandari segi bimbingan kerohanian, kesihatan dan pemujaan kepada parapengikutnya. Ahli-ahli PPDP pula terdiri daripada ahli keluarga, jirantetangga, sahabat handai dan rakan perniagaan Chan. Merekakemudiannya memanggil Chan sebagai si fu.

Memandangkan beliau adalah ahli perniagaan yang terkemuka, Chandapat mengumpul dana untuk kebajikan dan projek lain yang menjadifokus PPDP. Status beliau sebagai ahli perniagaan telah memberikannyakelebihan untuk menganjurkan aktiviti kebajikan di tempat awam. Berbezadengan masa sebelumnya, iaitu ketika pemujaan Guanyin hanya dilakukankaum wanita di halaman rumah tangga, Chan telah memberi suntikanbaru kepada perkembangan pertubuhan pemujaan Guanyin. Disebabkanmempunyai jaringan sosial yang luas, beliau dapat menarik ahli perniagaandan profesional serta ahli keluarga mereka untuk menyertai aktiviti amalPPDP.

Sungguhpun PPDP berpusat di Kuala Lumpur, pemujanya datang dariseluruh Malaysia. Mereka datang kerana memerlukan bantuan Chan bagimenyelesaikan kemusykilan. Ketika kajian ini dibuat, Chan sudahmempunyai sepuluh orang anak murid yang terdiri daripada tujuh orang

Page 7: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

137Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

lelaki dan tiga orang perempuan. Bagi melayakkan diri menjadi anakmurid, setiap ahli perlu mempunyai keupayaan untuk melakukan tigadaripada lima mudra (gerak tangan mistik) berdasarkan mantera yangdibaca Chan. Selain pengikut Chan, PPDP mempunyai lebih daripadaseratus orang pengikut. Sebagai pengikut, mereka tidak diberi sebarangtanggungjawab. Demikianlah keadaan PPDP ketika kajian ini dijalankanpada tahun 1991.

Dinding dan rak di bilik upacara sembahyang Chan itu dipenuhi lukisanSakyamuni Buddha dan Guanyin. Empat buah meja sembahyang itudisandari dinding yang bersebelahan dengan pintu masuk. Meja itudihalakan ke arah selatan, iaitu arah yang dikaitkan dengan kedudukanGuanyin. Di sebelah kanan pintu masuk pula, gambar Nabi Isa, VirginMary, Satya Sai Baba dan Shridi Sai Baba dipamerkan di atas sebuahmeja sembahyang. Meja sembahyang ini hanyalah sebahagian daripadaamalan pemujaan PPDP sekadar mewakili perjalanan kerohanian Chanyang paling awal. Perhatian ahli PPDP tertumpu pada tiga buah mejasembahyang yang diletakkan di sebelah kiri pintu masuk. Atas meja itudiletakkan imej Guanyin dan Sakyamuni Buddha yang bergaya ala China,Tibet dan Thai. Beberapa imej dewa Cina juga diletakkan di bahagianatas meja itu. Chan mengklasifikasikan dewa itu ke dalam kumpulandewa Taoisme dan menganggap mereka sebagai pelindung PPDP.Walaupun pemujaan ahli PPDP berpusatkan Guanyin dan SakyamuniBuddha, Chan dan anak muridnya memandang tinggi dewa-dewa Taodan sentiasa berkomunikasi dengan mereka.

Para pemuja dan pengikut PPDP menaja kebanyakan patung dan imejyang disebut tadi. Mereka atau ahli keluarga mereka menaja patung atauimej Guanyin dan Buddha kerana PPDP tidak menerima sumbangankewangan dan barang-barang lain. Peniaga patung dan imej dewa dandewi Cina yang mengenali Chan juga sering memberi diskaun besar ataumenghadiahkan patung atau imej dewa dan dewi Cina kepada Chan biladiperlukan.

PPDP menganjurkan tiga sesi perjumpaan setiap minggu. Dalam sesiperjumpaan di bilik upacara sembahyang, upacara meditasi, syarahan,berzikir, pemulihan dan juga menghalau hantu dilakukan dengan Chanmemulakan setiap sesi perjumpaan dengan bermeditasi di hadapan mejasembahyang Guanyin-Sakyamuni Buddha. Selepas itu, beliau akanmenyampaikan syarahan dalam dialek Kantonis dan bahasa Inggerismelalui mikrofon yang disambungkan kepada pembesar suara. Chanlazimnya akan bersyarah dalam bahasa Inggeris dengan berhenti selangsepuluh minit untuk membolehkan isi syarahannya dialihbahasa kepada

Page 8: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

138 Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu

dialek Kantonis. Pembantu lain pula akan merakamkan syarahan Chan.Selain itu, ada sahaja pengikutnya merakamkan syarahan Chan.

Sesi pemulihan dilakukan sebelum atau selepas meditasi. Dibantubeberapa orang pengikutnya, Chan menyalurkan kekuatan Guanyin kepadapesakit dengan membaca mantera dan mudra Guanyin yang kompleks.Sepanjang sesi ini berjalan, Chan berada dalam keadaan sedar. Kekuatanyang disalurkan berkat ritual pemurnian dengan menggunakan air danbunga itu akan membantu pesakit menghindari sebarang unsur yangmembahayakan diri. Pesakit yang mahu dilindungi daripada gangguanmakhluk halus akan diberi tangkal yang terdiri daripada abu suci atau talipintal yang berwarna untuk dipakai pada leher atau lengan. Para pesakitjuga membawa botol air untuk diletakkan di meja sembahyang yang kedua.Mereka percaya kekuatan yang terjana daripada upacara meditasi danberzikir itu akan memberkati air yang selanjutnya akan menguatkan tenagakerohanian mereka.

Semasa perayaan Guanyin yang diadakan tiga kali setahun, beratus-ratus orang pemuja Guanyin akan mengerumuni bilik upacara sembahyanguntuk mendapat restu daripada Chan, anak-anak muridnya dan beberapapawang undangan. Tiga perayaan ini disambut pada tarikh yang mengikutkalender qamari Cina. Ketiga-tiganya turut diraikan tokong Cina yanglain dan juga penganut agama Buddha Mahayana Cina. Perayaan inimemperingati hari kelahiran Guanyin, hari kesedaran Guanyin dan jugahari kemasukan Guanyin ke dalam bidara. Pada hari perayaan itu, kesemuapemuja Guanyin akan mematuhi nilai moral ajaran Buddha denganmengamalkan pemakanan vegetarian. Di PPDP, perayaan dimulakan jam7 petang. Satu upacara khas akan diadakan dengan dimulakan denganmembaca mesej Guanyin oleh Chan. Selepas itu, upacara penyalaan lampudan pembacaan doa untuk keamanan dunia diadakan. Upacara ini akanberlangsung sehingga lewat malam. Pada hari berikutnya, upacara meditasiakan dimulakan pada jam 8.30 pagi bagi menyiapkan diri untuk aktivitipemujaan. Upacara meditasi itu akan berlangsung selama 30 minit.Selepas itu, Chan akan menyampaikan mesej pagi Guanyin dan memimpinupacara pemujaan yang meliputi aktiviti melepaskan burung dan bertaubat.Pada tengah hari, pengikut PPDP akan menziarahi tokong Buddha untukmakan tengah hari dan menderma. Pada sebelah petangnya, Chan akanmengadakan perjumpaan peribadi dengan anak muridnya untukmenyiapkan mereka bagi menghadapi ritual pemujaan Guanyin yang lebihmencabar.

Bilik upacara sembahyang dibuka kepada orang ramai sehingga jam5 petang bagi membolehkan aktiviti pemujaan dan berzikir. Para pemuja

Page 9: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

139Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

biasanya bawa air untuk diletakkan di meja sembahyang bagi tujuanmendapat berkat. Mereka juga beratur untuk berjumpa dengan Chandan anak-anak muridnya bagi mendapat berkat. Pemuja yang telahdisahkan keahlian mereka dalam PPDP akan bawa gambar Guanyin untukdiberkati. Menjelang malam, upacara sembahyang khas untuk memohonkeamanan akan diadakan. Apabila tamat pada jam 9 malam, acara makanmalam vegetarian akan diadakan. Menurut Chan dan muridnya, upacarayang dijalankan sepanjang hari perayaan ialah cara untuk menyalurkantenaga Guanyin. Perayaan yang dianjurkan itu akan membolehkan pemujamendekati Guanyin.

Minat terhadap transmisi tenaga kerohanian (qi) untuk tujuanpemulihan dan mendapat berkat telah menyebabkan reputasi Chansemakin meningkat. Peningkatan bilangan pengikut PPDP, terutamanya dikalangan orang Cina yang berpendidikan dan yang menetap di bandar,menunjukkan permintaan terhadap amalan magis dan kerohanian dalamdunia serba moden adalah tidak berkurangan. Ramai pengikut itu akanmenyertai upacara pembacaan mantera yang dipercayai berguna untukmemulihkan tenaga kerohanian. Mantera pertama yang diturunkanGuanyin iaitu Avalolitesvara (om Mani Padme Hum) telah menjadi fokusliturgi pengikut PPDP. Sebagai sumber kuasa kerohanian, mantera iniadalah asas kepada amalan tantrik Chan dengan pengikutnyaberkomunikasi dengan Guanyin. Tantrisme ialah bentuk amalan ritual untukmendekati kuasa-kuasa kerohanian utama yang sering dikaitkan denganpemujaan dewi. Ia adalah amalan yang dipraktikkan pengikut agamaHindu, Buddha, Tao, sinkretik agama rakyat dan agama berteks.

Dalam konteks yang lebih luas, amalan tantrik ialah amalan yangberhubung kait dengan amalan menyeimbangi tenaga maskulin danfeminin. Kesatuan kedua-dua tenaga itu akan menjana tenaga kerohanianyang kuat yang mampu memimpin pemuja ke tahap makrifat. Pembacaanmantera maskulin itu dilafazkan bersama-sama dengan mantera Guanyinoleh pengikut PPDP bagi menjana kesan itu.

Usaha untuk mengejar makna kebahagiaan dan minat terhadapamalan tantrik telah membawa Chan kepada ajaran Buddha VajayaranaTibet. Pada tahun 1980an, Chan menerima mesej daripada Guanyinmemberitahunya seorang guru tantrik akan datang ke Malaysia. Tidaklama kemudian, Chan menemui seorang Lama berstatus tinggi, KarmaKagyu (satu mazhab dalam ajaran Buddha Tibet). Lama itu menerimaChan sebagai anak muridnya. Kemuncak usahanya untuk memahamiamalan tantrik itu sudah tercapai bila Tenzin Gyatso (ketua Lama Tibetdalam buangan) melawat Malaysia pada tahun 1982. Sejak itu, PPDP

Page 10: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

140 Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu

sering dikunjungi Lama dari Tibet. Selain memberkati pengikut PPDP danChan, Lama Tibet juga melakukan upacara tantrik. Pada tahun 1990 dan1991, enam orang Lama berstatus tinggi dan tiga buah kumpulanVajrayana telah mengiktiraf PPDP sebagai pertubuhan Vajrayana yangsah. Pengesahan itu telah mengukuhkan reputasi Chan sebagai pengantarasebuah pertubuhan pemulihan tempatan dengan sebuah agama dunia.

Sebagai pawang moden, Chan tidak menghabiskan masanya untuktujuan kerohanian semata-mata. Beliau tetap dengan kerjayanya sebagaiusahawan yang berjaya. Sungguhpun menghabiskan dua belas jamseminggu untuk aktiviti PPDP, beliau juga meluangkan masa untukmenguruskan perniagaannya. Bantuan yang diberi saudara-maranya telahmembolehkannya bergiat di bidang kerohanian dan perniagaan. Selainaktiviti di PPDP dan perniagaan, Chan juga aktif dalam kegiatan kebajikan.Sebagai ahli jawatankuasa Pusat Buddha Vajrayana dan Pertubuhanpenganut agama Budha Mahayana, beliau terlibat dalam kerja mengumpuldana untuk kebajikan. Chan juga aktif dalam projek mendirikan bangunansebagai pusat ajaran Guanyin. Pusat ini akan menggantikan bilik upacarasembahyang PPDP yang kini terlalu kecil untuk menampung peningkatanpengikut PPDP. Walaupun dibebani banyak tanggungjawab, kesemuanyatidak melemahkan dedikasi kerohanian Chan terhadap Guanyin.

Chan prihatin dan faham persepsi negatif golongan elit Cina terhadapamalan tradisional dalam kepercayaan orang Cina. Beliau cuba menjauhiamalan yang dilabelkan sebagai tahyul oleh golongan itu. Strategi Chanadalah mengaitkan amalan pemujaan Guanyin dengan ajaran asasi BuddhaMahayana. Beliau tidak mengambil pendekatan pawang tradisional ketikamengkaji ajaran Buddha. Bagi membolehkannya mempunyai pemahamansedemikian, Chan telah membaca banyak sekali teks agama Buddha.Usaha intelektual itu telah membantunya meletakkan amalan pemujaanGuanyin dalam konteks agama dunia yang lebih luas.

Menurut Chan, beliau mengambil masa lima tahun untuk membinailmu kepawangannya. Pada mulanya, Chan mengelak untuk memikirkanpengalaman kerohanian itu secara intelektual. Guanyin tidakmembenarkannya mengkaji ajaran Buddha di peringkat awal dan tidakmahu beliau dipengaruhi interpretasi orang lain terhadap ajaran Buddha.Lantaran itu, Guanyin mahu Chan membatasi dirinya dengan menerimaajaran Buddha daripada satu punca sahaja, iaitu Guanyin sendiri. Hanyaselepas mendapat tunjuk ajar intensif daripada Guanyin, Chan dibenarkanmempelajari ajaran Buddha secara persendirian.

Proses intelektual kepawangan yang dilalui Chan itu telahmempengaruhi perkembangan PPDP. Ajaran Guanyin dan juga

Page 11: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

141Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

pemahamannya sendiri mengenai perkara berkaitan agama itu telahmenyebabkannya memikirkan perkara yang berkaitan ajaran dan amalanagama universal. Dengan kata lain, beliau mengambil pendekatan fleksibeldalam memimpin PPDP dengan sering sering memberitahu pengikutnyabahawa “semua perkara masih belum terbentuk lagi”. Pendekatan inimenjadi asas kepada pemahaman terhadap aktiviti dan ideologi PPDP.

PROSES TEKSTUALISASI

Sejak memulakan kerjayanya sebagai pawang, Chan telah mengutamakanpengumpulan rekod pengalaman individu dan kumpulan. Usahamenterjemahkan hasil sawai ke dalam teks ialah salah satu ciri pawangmoden kerana pawang moden dan yang berpendidikan seperti Chan tidakakan berpuas hati sekadar mendengar pengalaman sawai. Pawang modenseperti Chan adalah pawang yang canggih dan sedar tentang pentingnyatekstualisasi agama, serta pengetahuan saintifik. Dengan itu, mereka akancuba mengaitkan pengetahuan dengan persekitaran kebudayaan yangluas. Sifat keterbukaan PPDP terhadap ajaran Tao tradisional dan BuddhaMahayana serta usaha tekstualisasi sinkretik itu telah diperakui pakarsejarah yang mengkaji agama Cina sektarian.

Fokus tekstualisasi PPDP ialah penjilidan komunikasi antara Chandengan Guanyin yang telah berlangsung lebih satu abad lamanya. Teks-teks itu direkodkan dalam bahasa Inggeris dalam buku lejar yang disimpandi bilik upacara sembahyang PPDP. Pemuja bebas menelaah dan mengkajirekod ini, tetapi tidak boleh dibawa keluar atau disalin rekod yangberkenaan. Chan menamakan rekodnya sebagai “Cerita PPDP.” Usahanyauntuk merekodkan ajaran yang diterimanya telah memanfaatkan pengikutPPDP. Bagi menumpukan perhatian terhadap usaha mentranskripsikandan mengekodkan pengalamannya, Chan telah menyerahkan tugaspemulihan itu kepada anak muridnya.

Proses tekstualisasi Chan itu telah mengangkat kedudukan PPDP ketahap yang lebih tinggi: bukan sahaja telah membantu Chan meningkatkantahap kesedaran, tetapi juga intelektual pengikutnya terhadap imej PPDPberbanding dengan pertubuhan dan amalan keagamaan yang lain. BagiChan, PPDP ialah sebuah badan bukan-perniagaan. Ciri ini memisahkanPPDP dan ajaran Guanyin dengan pertubuhan pengantara yang lain.Baginya, pertubuhan pengantara tidak berprinsip dan mempunyaikepentingan sendiri tetapi ajaran Guanyin ialah ajaran yang murni yangdapat mewakili ajaran Buddha. Beliau juga berpendapat ajaran Buddha

Page 12: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

142 Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu

adalah cara untuk mencapai kesedaran. Dengan itu, usaha merekodkanajaran Buddha adalah langkah yang dapat memperkukuhkan ajaranBuddha. Berbekalkan pemahaman itu, Chan telah menaja usahasekumpulan sarjana India untuk menerbitkan terjemahan pelbagai jilidkitab Avaloikitesvara.

Walaupun penajaan projek itu telah membantu meningkatkanreputasinya di peringkat antarabangsa, tetapi ia tidak mengurangkanperhatiannya terhadap pembentukan ideologinya di peringkat tempatan.Projek penulisan sejarah PPDPnya itu bergerak sejajar denganpembentukan ideologi moral yang cuba dikembangkannya. MenurutSeaman (1979) dan Jordan & Overmyer (1986), usaha sedemikian telahdimulakan cendekiawan di China sejak abad ke-6 T.M. lagi. Prosesmemartabatkan ajaran untuk menjadi sebuah pertubuhan keagamaan telahdilakukan melalui upacara seances yang dipimpin seorang pengantarayang sedang sawai yang menulis ajaran yang diterimanya denganmenggunakan planchette. Seorang pembantu akan menterjemah ilmuyang ditulis seances. Terjemahan ini akan dibukukan dengan diberi judulshan shu. Chan tidak menggunakan pendekatan sawai itu untuk menerimaajaran Guanyin, tetapi menerimanya melalui komunikasi peribadi. Ajaranyang diterimanya dibukukan dalam buku “Cerita PPDP’ yang sebenarnyaboleh dikategorikan sebagai buku shan shu.

Walaupun proses pendokumentasian sejarah PPDP baru sahajabermula, hasil dokumentasi itu boleh diklasifikasikan kepada tiga tema.Pertama, tema ketaatan kepada ibu bapa yang sudah ditulis dalam tekskerohanian Taiwan yang dikaitkan dengan Buddha Maitereya dan dewaCina seperti Golden Mother dan Guandi (Jordan & Overmyer 1986: 56-59). Dalam erti kata lain, Chan hanya menerbitkan semula tema itu denganmengaitkannya dengan ajaran Guanyin. Kedua, misi Chan untuk memimpinorang Cina di Malaysia kelas menengah di bandar, terutamanya yangberpendidikan Inggeris, untuk mempercayai Guanyin. Untuk itu,persekitaran PPDP harus berasaskan bahasa Cina, sedangkan beliau danramai pengikutnya tidak mempunyai latar belakang pendidikan bahasaCina. Masalah ini diatasinya dengan pertolongan anak muridnya yangtahu bahasa Cina. Dengan itu, Chan menurunkan ajaran Guanyin dalamdua bahasa dengan dia berjaya membentuk imej Guanyin sebagai dewipengasih. Ketiga, proses pendemokrasian (mantrayana) manteraGuanyin untuk memupuk kepercayaan terhadapnya. Hasilnya, manteraGuanyin kini sudah boleh diikuti semua pemuja tanpa mengira kedudukan.Melalui mesejnya kepada Chan, Guanyin berpendapat proses mantrayanaakan membantu memupuk kesedaran kerohanian di kalangan manusia

Page 13: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

143Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

zaman moden. Guanyin juga berpendapat tanpa mantrayana, manusiaakan kehilangan pegangan kerohanian, lantaran akan mengalamikesengsaraan yang tidak sepatutnya.

Usaha yang berterusan itu adalah untuk mengekalkan kesetiaanpemuja yang juga menekankan hubungan duniawi dengan dunia selepaskematian dengan hujah bahawa kewujudan duniawi tidak mempunyaimakna. Idea berhubung dengan fungsi Guanyin sebagai dewi pengasihitu diselitkan dalam perbincangannya. Bagi Chan dan anak muridnya,kepercayaan kepada dewa dan dewi Tao tidak bertentangan denganajaran Guanyin, tetapi sebahagian daripada laluan yang perlu dilalui untukmempercayai Guanyin. Jika kepercayaan kepada kesemua dewa dandewi itu sebahagian daripada proses mempercayai Guanyin, maka Guanyintelah merangkumi semua dewa dan dewi. Namun, pendedahan Chankepada ajaran asasi doktrin Mahayana bahawa kekosongan adalahmatlamat utama penganut ajaran Buddha itu bertentangan denganusahanya untuk mewujudkan kepercayaan terhadap Guanyin. Pendekatanteori tantraisme Vajrayana itu menjelaskan Guanyin ialah konsep yangdicipta minda manusia untuk membantu usaha kita mencapai tahap yangtertinggi dalam amalan tantrik.

Pemahaman Chan tentang makna kekosongan yang dianjurkan ajaranVajyarana telah membantu usahanya untuk mendokumentasi ideologi PPDP.Usaha pendokumentasi itu penting dalam dunia kepawangan moden. Akantetapi, usahanya untuk berbuat demikian agak sukar kerana beliauberdepan dengan isu ketidakselarian ajaran dengan idea yang lahir daripadasumber-sumber ideologi itu. Beliau cuba menyelesaikan masalah inidengan menyimbangi peranan Guanyin sebagai dewi pengasih di satupihak dan membantu pemujanya mencapai kekosongan di satu pihak yanglain. Pendekatan itu tidak menimbulkan masalah kepada PPDP selagi kedua-dua ajaran yang dibincangkan itu tidak kelihatan bermasalah di peringkatkonsep.

ANTARA RAMALAN DAN BANTAHAN

Perkembangan cepat PPDP melambangkan pentingnya peranan pawangmoden dalam memenuhi keperluan etnik dan agama di kalangan orangCina di bandar. Ia bukanlah pertubuhan agama, tetapi memainkan perananitu di kalangan orang Cina kelas menengah yang berpendidikan bahasaInggeris. Selain itu, ada dua buah badan, Pertubuhan Menyembah BapaSyurga (MBP) dan Tokong Era Baru (TEB) telah memainkan peranan

Page 14: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

144 Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu

yang sama (Ackerman & Lee 1982 & Lee 1986: 206-209). Di sini ingindibandingkan ciri kedua-duanya dengan PPDPsehubungan perubahaninterpretasi makna kebudayaan yang dilalui orang Cina di Malaysia.

Berbeza dengan PDPD, MBP dan TEB tidak memuja Guanyin. Namun,kedua-dua pertubuhan itu bersifat sinkretik dengan ciri yang dikaitkankepercayaan popular orang Cina. Ketiga-tiga pertubuhan itu berlandaskankepercayaan popular Cina yang sejajar dengan nilai agama sejagat yangditujukan kepada orang Cina. Mereka juga berpendapat amalan dankepercayaan itu sesuai diamalkan orang bukan Cina. Pengasas MDP ialahguru, sementara pengasas TEB pula ialah peniaga. Mereka mempunyaimisi untuk memimpin orang Cina agar dapat mempunyai pegangan agamasemula. Untuk misi itu, MDP dan TEB memerlukan pendekatan ideologiyang sama dengan PPDP. Pengasas kedua-dua pertubuhan itu telah melaluibanyak krisis dalam hidup sebelum mendapat wahyu dari alam ghaib.Mereka mendakwa wahyu telah mengurniakan mereka kuasa luar biasadan keupayaan untuk berhubung dengan alam dewata. Pengalaman itukemudiannya diterjemahkan kepada teks lisan yang berkesan dalammempengaruhi golongan yang berpendidikan untuk mengikuti ajaran itu.Sementara itu, bagi mereka yang tidak berpendidikan tinggi, pengasasMDP dan TEB mempengaruhi mereka dengan menggunakan pendekatanmagis dan kuasa luar biasa.

Pemimpin dan pengikut kanan MDP dan TEB yang berjumlah sebelashingga lima belas orang itu terdiri daripada orang Cina kelas menengahyang berpendidikan Inggeris. Kedua-dua pertubuhan itu mempunyaibilangan pengikut yang besar dalam lingkungan 100 ke 200 orang. Merekaberminat dan komited terhadap ideologi pertubuhan yang diilhamkanpengasas masing-masing. Sementara itu, ada juga sekumpulan pengikutmasih belum diterima keahlian mereka. Bilangan kumpulan ini berubah-ubah. Dikaji secara menyeluruh, jumlah keahlian yang tidak tetap itumenggambarkan tahap komitmen mereka juga berubah-ubah mengikutmasa dan keadaan.

Ideologi MDP dipengaruhi ideologi Krtistian Protestant. Bersifatmonoteistik, fokus pemujaan MDP adalah Tiangong (Maharaja Syurga).Identiti Tiangong diambil daripada identiti Maharaja Jade: dewa agungdalam fahaman agama Cina tradisional. Yang membezakan Tiangongdan Maharaja Jade ialah konsep Tiangong dikaitkan dengan fahamanmonoteistik Kristian, manakala TEB mengamalkan pendekatan sinkretikdengan menggabungkan ciri-ciri kepercayaan tradisional Cina denganfiksyen sains barat. Pengikut TEB memuja dewa yang sukar difahamiciri-cirinya. Dewa itu hasil penggabungan seorang mahaguru kudus yang

Page 15: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

145Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

memiliki kuasa dan pengetahuan kerohanian yang tinggi dengan seorangmakhluk asing yang datang dari angkasa raya. Pemahaman TEB ini miripkepada andaian Erich Von Denicken yang berpendapat bumi pernahdilawati makhluk asing yang telah menganugerahkan daya pemikiranintelektual kepada manusia.

Ketiga-tiga pertubuhan itu dipimpin orang dalam lingkungan usia empatpuluhan dan juga yang mempunyai kerjaya masing-masing. Persamaanantara mereka ialah pengalaman melalui krisis hidup sebelum mendapatvisi yang membuat mereka mempunyai dimensi lain. Maksud dimensilain itu ialah mereka dikurniakan pengetahuan dan kuasa yang luar biasa;boleh berkomunikasi dengan dewa masing-masing tanpa melalui prosessawai. Dengan mengekalkan kesedaran, mereka boleh menerima ajarandaripada dewa masing-masing dalam keadaan sedar dan ajaran ituditurunkan kepada pengikut mereka dalam keadaan mereka sedar. Ajaranini seterusnya menjadi ideologi pertubuhan itu.

Ideologi itu tidak datang tanpa asasnya, iaitu ideologi itu adalah hasilinteraksi antara kepercayaan popular Cina dengan budaya umummasyarakat Malaysia pasca penjajahan. Interaksi itulah asas kepada ciripawang moden ketiga-tiga pertubuhan itu. Seperti yang telah disimpulkanYang (1967: 230) kepercayaan sinkretik Cina terbit daripada ajaranBuddha, Tao dan Konfucius. Semasa orang Cina berinteraksi denganorang Barat pada kurun ke-19, idea agama Kristian telah diserap kedalam kepercayaan orang Cina (Bays 1982). Kepercayaan sinkretik modenCina kemudiannya diwujudkan pemimpin agama yang mendakwa merekamemiliki keupayaan untuk berhubung dengan alam dewata. Merekamempunyai perwatakan yang jitu dan berupaya menjana kesedarantentang kepentingan beragama serta mampu mempamerkan kuasa luarbiasa. Ideologi yang berpaut kepada kesedaran beragama itu wujud dalamketiga-tiga pertubuhan yang dikaji.

Dari segi ideologi, PPDP boleh diklasifikasikan sebagai pertubuhanyang dibentuk daripada hasil bantahan dan ramalan. Seperti pertubuhanagama Cina pada kurun ke-19, ia masih belum mempunyai ciri ramalanmillenarianisme (Overmayer 1976; Naquin 1985). Sehubungan itu, Chansekadarkan menekankan keseimbangan moral dalam kehidupan hariandengan menggunakan Guanyin untuk membawa mesej kasih sayang. Padaawal tahun 1991, Chan telah menambah Buddha Maiteraya (Buddhayang dikaitkan dengan millenarianisme) atas meja sembahyangnya,. Beliauberbuat demikian selepas mendapat mesej daripada Jigong (salah satudewa Tao) bahawa dunia ini akan diancam malapetaka. Walaupunmemandang serius mesej millenarian Jigong itu, Chan tidak menggunakan

Page 16: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

146 Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu

mesej ramalan ini sebagai nadi pertubuhannya. Berbeza dengan TEB yangmeramalkan Perang Dunia III akan terletus pada tahun 1983 dan paksidunia akan beralih sebanyak enam darjah pada tahun 1993, Chan tidakmengatur PPDP berdasarkan prinsip hari kiamat.

PPDP bukanlah pertubuhan agama yang mempunyai agenda politik.Ciri ini membezakannya dengan pertubuhan agama Cina yang lain. Sejakpenubuhannya, PPDP tidak pernah menganjurkan aktiviti memperjuangkanhak dan kebajikan orang Cina di Malaysia. Mungkin ini adalah strategiChan untuk mengelakkan konflik dengan pertubuhan politik Cina danbukan Cina. Bila mengisytiharkan dirinya sebagai penyampai mesejGuanyin, Chan telah mengisytiharkan pendekatan PPDP yangmementingkan keamanan dan kebajikan.

Ciri ketiga-tiga pertubuhan yang dibincangkan itu telah memberimakna baru kepada kepawangan dalam konteks identiti orang Cina diMalaysia yang mempercayai agama tradisional Cina, maka telah menjadiahli dalam pelbagai pertubuhan agama (Topley 1957 & 1963; Tan 1983).Akan tetapi, berbeza dengan ketiga-tiga pertubuhan agama ini, pertubuhanagama Cina yang lain tidak bercirikan ajaran yang berteraskan wahyuyang diilhamkan pawang. Mereka mempunyai latar belakang yangmembezakan diri daripada pengantara, pemulih tradisional dan pemanggilroh Cina. Mereka ialah usahawan Cina berusia setengah abad dengandua orang daripada mereka itu yang berpendidikan Inggeris. Sungguhpunpemimpin TEB berlatar-belakangkan pendidikan Cina, ada jugapengikutnya berpendidikan Inggeris. Yang membuat mereka lebih unikialah keupayaan mereka untuk membina ideologi yang padu, selain dapatmenyatukan ideologi mereka dengan keupayaan luar biasa mereka untukmenarik ramai pengikut kelas menengah dan yang berpendidikan Inggeris.Sehubungan itu, bilangan pengikut PPDP telah meningkat dengan drastikdan kebanyakan mereka adalah daripada golongan borjuis Cina.

Ramai pengantara Cina yang berjaya adalah wanita (Lee 1986),walaupun gerakan mereka itu tidak tersusun dalam bentuk pertubuhankepawangan yang dilengkapi ideologi sinkretik. Ketiadaan pemimpinagama Cina wanita itu sejajar dengan pemerhatian Sangren (1983: 21)yang mendapati kepimpinan pertubuhan agama telah dimonopoli kaumlelaki. Ini termasuk pertubuhan agama yang memuja dewi wanita sepertiPPDP. Sistem patrilineal Cina itu telah menyebabkan wanita tidakberpeluang menggerakkan sumber yang diperlukan untuk mengerakkanpertubuhan agama. Pawang lelaki sering menggunakan premisperniagaannya untuk mengadakan perjumpaan. Contohnya ialah Chan.Selain itu, pengalaman profesional dan tidak terikatnya mereka kepada

Page 17: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

147Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

urusan domestik telah memberi kaum lelaki banyak ruang untuk bergeraksecara aktif dalam aktiviti pertubuhan agama.

Makna pawang moden yang dikaitkan dengan pemimpin lelaki yangberpendidikan Inggeris itu boleh dijelaskan dengan usaha orang Cina untukmembina semula identiti Cinanya. Proses ini merujuk kepada usahasekumpulan orang yang berpendidikan Inggeris pada tahun 1970-an.Mereka mengalami krisis identiti bila kerajaan Malaysia menggunakanbahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Ini juga disebabkanmereka tidak berpendidikan dalam bahasa Melayu dan juga berpendidikanbahasa Cina. Hasilnya, mereka cuba membina identiti Cina mereka semula(Lee & Ackerman 1997).

Chan dan pengasas MDP adalah antara orang yang terperangkapdalam krisis identiti itu. Mereka berpendidikan Inggeris, maka terdedahkepada ajaran agama Kristian sejak usia muda. Namun, bila sudah dewasa,mereka cuba membina identiti Cina melalui aktiviti agama yang berbentukkepawangan. Bays (1982) mendapati kaedah kepawangan yang diamalkanitu mempunyai banyak persamaan dengan ajaran agama Kristian. Selainitu, Chan dan pengasas MDP cuba membaiki penguasaan mereka ke atasbahasa Cina, tetapi kelemahan itu telah membuat mereka lebih gemarberinteraksi dalam bahasa Inggeris dengan pengikut masing-masing.Akibatnya, pertubuhan yang mereka pimpin itu telah menarik perhatianramai orang Cina kelas menengah yang berpendidikan Inggeris.Pertubuhan itu telah membuka peluang untuk orang Cina di Malaysiasedemikian untuk membina semula identiti Cina mereka.

Pengasas TEB tidak menghadapi masalah berbahasa Cina keranabeliau berpendidikan bahasa Cina. Namun, beliau cuba untuk mendekatipengikut yang berlatar-belakangkan pendidikan Barat denganmensinkretikkan ideologi pertubuhannya dengan menggabungkankepercayaan tradisional Tao dengan idea sains fiksyen. Berbeza denganpengasas PPDP dan MDP, pengasas TEN terpaksa membaratkan ideologinyauntuk memimpin pengikut borjuis itu memahami pandangan dunia Cina.

Proses pengidentifikasian semula dengan budaya Cina melalui agamaitu melambangkan usaha dialektik budaya yang disusun untuk membentukideologi yang inovatif. Pengidentifikasian semula identiti Cina itu tidakbermaksud meninggalkan semua idea dan metodologi Barat. Sebaliknya,yang berlaku ialah idea dan metodologi Barat telah digunakan untukmembina model untuk memberi makna baru kepada identiti Cina. Pawangmoden Cina yang berjaya adalah yang dapat menggerakkan budaya Cinadan Barat untuk membentuk ideologi mereka. Kepawangan ialah sesuatuyang tidak boleh diterima perspektif Barat. Akan tetapi, pawang moden

Page 18: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

148 Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu

itu telah memasukkan unsur dan kaedah Barat dalam ideologi mereka.Sementara itu, selepas Perang Dunia II, ramai orang Barat dapatmenerima kepercayaan dan agama orang Asia. Kini, ideologimenggabungkan model Barat dengan agama Asia tidak menimbulkankonflik. Sebaliknya, ia berpotensi menjadi kepercayaan, teks dan amalanbaru. Ringkasnya, pendekatan pawang moden itu telah membolehkanorang Cina yang berpemikiran Barat itu menerima semula agama Cinatradisional.

MASA DEPAN PERTUBUHAN KEPAWANGAN CINA

Pendekatan pawang Cina moden ialah cuba menghubungkan alam magisdengan pemikiran moden. Mereka mengatur secara sistematik dan inovatifhubungan itu dengan transmisi pengalaman mistik mereka secara lisandan teks. Kemunculan pawang moden ini telah bercanggah denganpandangan Weber yang mengatakan orang Cina tidak pernah dan tidakakan dipimpin dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama. Kesimpulanitu dibuat selepas mengamati orang politik Cina yang berpendidikan.Menurutnya, orang Cina tidak akan terpengaruh dengan ideologi yangdisebarkan pawang yang cuba menjadi rasul. Ini disebabkan pemikiranorang Cina didominasi ideologi Konfucius rasional dan sistem birokrasipatrimoni. Tetapi, di kalangan orang Cina di Malaysia yang tidak dominankuasa politiknya, peluang untuk pawang sedemikian untuk mempengaruhipemikiran mereka dengan memberikan mereka perkhidmatan yangberkaitan dengan identiti mereka wujud.

Ketiadaan kerasionalan politik yang dipimpin mereka yangberpemikiran Konfusius itu telah menyebabkan orang Cina di Malaysialebih mudah dipengaruhi pertubuhan pawang ala rasul. Pertubuhan itudapat memenuhi keperluan mereka secara sistematik dalam hal ehwalagama. Pengasas pertubuhan itu telah menjauhi amalan kepercayaanCina tradisional. Mereka cuba membentuk ideologi yang berasaskankonsep sejagat. Dibantu pengikut kelas menengah, pawang yang memimpinpertubuhan ini dapat membina ideologi kepercayaannya secara inovatifdan serba lengkap.

Usaha pertubuhan kepawangan moden untuk mengembangkanideologi secara formal itu telah dipertingkatkan melalui proses tekstualisasiajaran, terjemahan, pengurusan kewangan dan hubungan awam yangdikendalikan pengikut kelas menengah. Mereka juga berusaha untukmengembangkan ajaran di pertubuhan yang mereka anggotai dengan

Page 19: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

149Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

menggunakan jaringan sosial masing-masing. Berbanding dengan pengikutkelas pekerja, pengikut kelas menengah lebih suka menelaah teks agamadengan mendalam. Dengan berbuat demikian, mereka dapat membezakanamalan dan kepercayaan pertubuhan yang mereka anggotai itu dengankepercayaan tradisional Cina lain. Kesannya, mereka membentuksempadan budaya yang memberi makna baru kepada identiti Cina.

Pawang moden Cina telah memulihkan semula kosmos magis dalamkepercayaan orang Cina. Walaupun kepercayaan kepada kosmos telahbanyak dihakis kerasionalan, tetapi pawang moden Cina telah berjayamenghentikan hakisan itu dengan membawa masuk unsur moden dalamideologi mereka. Kemunculan pawang moden Cina telah membolehkankepercayaan terhadap dunia magis dan pemikiran moden itu bergerakseiring. Mereka telah melahirkan semula “taman magis” yang dipercayaiWeber akan hilang ditelan kerasionalan dan masyarakat birokratik.

NOTA HUJUNG

1. Pendekatan yang diambil Weber untuk memahami agama orang Cina ituberdasarkan sumber sekunder. C. K. Yang berpendapat Weber tidakmempunyai sumber primer yang cukup untuk memahami keadaan semasaChina dan kesannya, pemahaman Weber ke atas kepercayaan sektarian Cinaadalah tidak lengkap.

2. 30% penduduk Malaysia terdiri daripada orang Cina dengan 80% itu menganutagama Buddha dan Tao.

3. Semua nama individu dan pertubuhan dalam makalah ini sudah diubah untukmelindungi kepentingan mereka. Sejarah awal PPDP diambil daripada jurnalChan.

4. Secara umumnya, tantraisme ialah amalan yang dipengaruhi pandangan anti-spekulasi dengan tujuannya dapat mentransformasikan tenaga dalaman atautenaga psikik. Amalan ini bersifat ritual. Sungguhpun amalan tantrik seringdikaitkan dengan ritual seksual, dalam artikel ini, amalan tantrik merujuk kepadausaha untuk mengecapkan tenaga dewa melalui pembacaan mantera danvisualisasi.

5. Pada akhir tahun 1960-an, Erich Von Daniken mencetuskan kontroversi melaluibukunya. Chariots of Gods. Beliau berpendapat makhluk asing telah melawatbumi dan menyumbang elemen genetik mereka kepada manusia.

RUJUKAN

Ackerman, S. E. & Lee, R. L. M. 1982. Pray to the Heavenly Father: A ChineseNew Religion in Malaysia. Numen 29: (1): 62–77.

Baity, P. C. 1975. Religion in a Chinese Town. Taipei: Orient Cultural Service.

Page 20: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

150 Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu

Bays, D. H. 1982. Christianity and the Chinese Sectarian Tradition. Late ImperialChina 4: 33–55.

de Groot, J. J. M. 1964. The Religious Systems of China. Taipei: Literature House.Eliade, M. 1958. Yoga: Immortality and Freedom. Princeton: Princeton University

Press.. 1964. Shamanism: Archaic Techniques of Ecstasy. Princeton:

Princeton University Press.Guenther, H. V. 1976.. The Tantric View of Life. Boulder: Shambala.Heinze, R. I. 1982. Shamans or Mediums: Toward a DeFnition of Different States

of Consciousness. Phoenix: Journal of Transpersonal Anthropology 6:25–44.

Jordan, D. K. & Overmyer, D. L. 1986. The Flying Phoenix: Aspects of ChineseSectarianism in Taiwan. Princeton: Princeton University Press.

Lee, R. L. M. Continuity and Change in Chinese Spirit Mediumship in UrbanMalaysia. BijdragenTot de Taal, Land en Volkenkunde 142:2/3 (1986): 198–214.

& Ackerman, S. E. Sacred Tensions: Modernity and ReligiousTransformation in Malaysia. Columbia: University of South Carolina Press,1997.

Naquin, S. The Transmission of White Lotus Sectarianism in Late Imperial China.IN Johnson, D.; Nathan, A. J. & Rawski, E. S., eds. Popular Culture inLate Imperial China. Berkeley: University of California Press, 1985: 255–291.

Overmyer, D. L. Folk Buddhist Religion. Cambridge: Harvard University Press,1976.

Sangren, S. Female Gender in Chinese Religious Symbols: Kuan Yin, Ma Tsu,and the ‘Eternal Mother’. Signs 9 :1 (1983): 4–25.

Seaman, G. Temple Organization in a Chinese Village. Taipei: Orient CulturalService, 1978.

Shaw, M. Passionate Enlightenment: Women in Tantric Buddhism. Princeton:Princeton University Press, 1994.

Tan, C. B. Chinese Religion in Malaysia: A General View. Asian Folklore Studies42 (1983): 217–252.

Topley, M. The Great Way of the Former Heaven: A Chinese Semi-Secret Religionin Malaya. The New Malayan 2 (1957): 13–23.

. The Great Way of the Former Heaven: A Group of Chinese SecretReligious Sects. Bulletin of the School of Oriental and African Studies 26(1963): 362–392.

Varenne, J. Yoga and the Hindu Tradition. Chicago: University of Chicago Press,1976.

Weber, M. The Religion of China. New York: Free Press, 1951.Welch, H. & Yu, C. F. The Tradition of Innovation: A Chinese New Religion.

Numen 27:2, (1980): 222–246.

Page 21: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

151Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

Yang, C. K. Religion in Chinese Society. Berkeley: University of California Press,1967.

(Sumber asal rencana ini adalah dalam bahasa Inggeris dengan judul DivineContracts: Chinese New Religions and Shamanic Movements in ContemporaryMalaysia dan sudah diterbitkan dalam Journal of Comtemporary Religion. 16:3(2001): 293-311)

Penterjemah: Chin Yee Mun, Ph DUniversiti Tunku Abdul RahmanNo 3, Jalan 13/6,46200 Petaling Jaya

E-mel: [email protected]

Page 22: Kontrak Keagamaan: Agama Baru dan Pertubuhan Kepawangan

152 Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu