55
Pengenalan Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al- Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al- Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Mengikut kebudayaan Barat, seni sebenarnya tiada hubungan dengan agama. Ini adalah disebabkan oleh dasar sekularisme yang mengasingkan hal keduniaan dengan agama. Walau bagaimanapun seni masih dianggap sebagai sesuatu yang ideal dan berkaitan dengan moral. Seni juga boleh dibahagi dengan dua tujuan iaitu seni untuk seni dan seni untuk masyarakat, di mana seni untuk seni adalah bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa tujuan sama ada mengandungi unsur baik atau jahat. Manakala seni untuk masyarakat pula menyatakan bahawa seni dicipta untuk sesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan untuk kemasyarakatan, politik dan akhlak. Eugene Johnson dalam 'The Encyclopedia Americana' menjelaskan seni (art) sebagai kemahiran, misalnya seni pertukangan yang membawa erti kemahiran pertukangan. Dari segi istilah ilmu berkebudayaan, ia membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah. Keindahan yang dapat menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan atau sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya. Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera. Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama : o Seni melaui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, senia suara dan sebagainya. o Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian dan sebagainya. o Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater, filem dan sebagainya. o Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan prosa.

Konsep Seni

Embed Size (px)

DESCRIPTION

psv

Citation preview

Page 1: Konsep Seni

Pengenalan

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa

yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan

sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak,

sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan

keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Seni adalah

sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat

dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk

menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai

ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang

berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.

Mengikut kebudayaan Barat, seni sebenarnya tiada hubungan dengan agama. Ini adalah disebabkan

oleh dasar sekularisme yang mengasingkan hal keduniaan dengan agama. Walau bagaimanapun

seni masih dianggap sebagai sesuatu yang ideal dan berkaitan dengan moral. Seni juga boleh

dibahagi dengan dua tujuan iaitu seni untuk seni dan seni untuk masyarakat, di mana seni untuk seni

adalah bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa tujuan

sama ada mengandungi unsur baik atau jahat. Manakala seni untuk masyarakat pula  menyatakan

bahawa seni dicipta untuk sesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang

digunakan untuk kemasyarakatan, politik dan akhlak.

Eugene Johnson dalam 'The Encyclopedia Americana' menjelaskan seni (art) sebagai kemahiran,

misalnya seni pertukangan yang membawa erti kemahiran pertukangan. Dari segi istilah ilmu

berkebudayaan, ia membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah. Keindahan yang dapat

menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan atau sebaliknya

iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya. Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam

Tentang Kesenian' menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang

dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah

semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru

itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan

dan memberi kepuasan melalui pancaindera. Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada

empat bahagian utama :

o Seni melaui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, senia suara dan sebagainya.

o Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni

pakaian dan sebagainya.o Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater,

filem dan sebagainya.o Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan

prosa.

 

Konsep Seni Menurut Perspektif Islam 

Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam

dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni

Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun

Page 2: Konsep Seni

Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu

unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman

Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas."

Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah swt lantas segala

yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya. Manusia dijadikan sebagai makhluk

yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat manusia itu ditempatkan juga

dihiasi dengan segala keindahan. Allah swt bukan sekadar menjadikan manusia sebagai makhluk

yang terindah tetapi juga mempunyai naluri yang cintakan keindahan. Di sinilah letaknya

keistimewaan manusia yang tidak dimiliki oleh makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan.

Konsep kesenian dan kebudayaan dalam Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain.

Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek

akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan satu

proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam, menggerakkan semangat,

memimpin batin dan membangunkan akhlak. Ertinya seni mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan

An-Nahy 'an Munkar"(menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan

akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah.

Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah dan

ketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan berserah diri.

Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan.

Prinsip-prinsip (ciri-ciri) Kesenian Islam

1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai

persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusia menjadi seniman yang

menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredhaan Allah swt.

2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika,

kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.

3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada keseluruhan

kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang

mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap.

4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan

SyariatNya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang

membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam. 

5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia dan

juga makhluk.

Islam tidak pernah menolak kesenian selagi dan selama mana kesenian itu bersifat seni untuk

masyarakat dan bukannya seni untuk seni. Terdapat lima hukum dalam seni jika diperincikan.

Antaranya:

Page 3: Konsep Seni

(a) Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut boleh

jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk binaan

masjid serta seni taman (landskap) bagi maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah

Allah swt tersebut.

(b) Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan umat

Islam seperti dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan beramai-

ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu (tarannum) al-Quran.

(c) Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak

diperlukan oleh manusia.

(d) Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang :

o Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupa

tanggungjawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan

kifayah.o Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak

(betul) dan yang batil (salah).o Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai kemaksiatan

yang lain.o Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan bebas

tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau. o Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada dibuat daripada

kayu, batu dan lain-lain.o Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alat tiupan, bertali,

tabuhan yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alat muzik dari tekanan jari.

Sesetengah  ulama mengatakan harus hukumnya jika digunakan untuk pendidikan dan tidak

menarik kepada konsep al-Malahi (hiburan yang keterlaluan) juga alat-alat muzik di atas

boleh digunakan untuk tujuan dakwah Islamiyyah, seperti yang pernah dibuat oleh Rabiatul

Adawiyyah.o Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk tidak

bermoral seperti tarian terkini (kontemporari).o Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk dan

kesombongan.

(e) Harus : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya. 

 

Matlamat Kesenian 

Dalam Islam, seni tidaklah bermatlamatkan hiburan, tujuan keduaniaan ataupun keseronokan. Islam

telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia. Sewajarnyalah

juga manusia mengemudi seni mengikut fitrah manusia yang sedia ada berbekalkan sempadan

syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Bahkan sekiranya betul pembawaan seni itu, ia

dikira ibadah pula. Alangkah ruginya manusia Muslim yang tidak tahu bagaimama untuk membawa

Page 4: Konsep Seni

kecenderungan makhluk sejenisnya ke arah ketaqwaan kepada Allah swt. Seni Islam dibentuk untuk

melahirkan seseorang yang benar-benar baik dan beradab.

Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian

kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal

dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana

kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah

swt. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam,

ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan

penciptaanNya.

Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa

manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan

keindahan. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah

untuk manusia, makhluk dan alam sekitar'. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang

merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang

berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. Seni juga dapat meningkatkan

daya intelek dan bukan sahaja emosi.

 

Bidang-bidang Kesenian Islam 

a) Tulisan Khat

Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya dan

cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Khat merupakan seni tulisan indah

yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah

mengikut penulisan, bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada

subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-

kata bijak pandai (hukama').

Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang kedua-dua bidang

seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ia juga menjadi coretan tulisan indah daripada

kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai

lambang kepada perkataan yang dituturkan. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi

keindahannya, mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan

digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.

Kepentingan Seni Khat

1. Ia mempunyai kaitan denganpeningkatan tahap tamadun itu sendiri. Sebab itu ia merupakan hasil

aktiviti masyarakat maju dan bertamadun.

2. Salah satu maksud dalam saranan Nabi Muhamad s.a.w agar umat Islam membaca dan menulis

ayat-ayat al-Quran dengan baik. Dan dengan cara ini difikrkan untuk memudahkan lagi mereka

mempelajari dan menghafalnya.

Page 5: Konsep Seni

3. Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa penulisnya.

4. Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah

kamu mengindahkan seni khat keran ianya narata kunci rezeki".

5. Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan

merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".

 

Jenis-jenis Seni Khat

Tamudun Islam kaa dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei khat. Khatnya

mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang dari lapan-lapan model ini.

Antaranya khat utama ialah Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi, Riq'ah, Diwani, Diwani Jali dan Raihani.

Khat Kufi berasal dai Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai hiasan pada pelbagai

bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul.

Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-Quran),

nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain.

Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku

berkenaan keagamaan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca, jelas serta tidak mengelirukan

Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Ia

banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan

surat khabar. Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini.

Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan untuk tujuan suat

menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah.

Khat Diwani. Diwani membawa erti catatanatau antologi karangan. Digunakan secara meluas emasa

pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Ia digunakan untuk penulisan surat

rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya. Fungsinya juga adalah sebagai

hiasan.

Khat Diwani Jali. juka dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak bentuknya , rumit

penulisannya, lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan, burung dan sebagainya.

Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta ditambah

dengan tanda-tanda syakal.

 

b) Penulisan (Sastera)

Manakala seni penulisan ula dikaitkan dengan seni kesusatetraan. Seni kesusasteraan

sememangnya mendapat sambutan yang sangat hangat di kalangan umat Islam dan ianya terjadi

Page 6: Konsep Seni

kerana kesusateraan Islam bersumberkan al-Quran dan al-sunnah yang mana kesusasteraan al-

Quran  dapat dilihat dari dua aspek iaitu keindahan bahasa dan dari segi isinya. Di sini dapat dilihat

bahawa hasil atau sumbangan kesusateraan yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah telah

menyebabkan ramai kaum musyrikin yang telah memeluk agama Islam hanya apabila mendengar al-

Quran. Contohnya al-Walid l-Mughirah yang merupakan penyair yang terkenal pada zaman Jahiliyyah

dan pengkritik yang paling tajam terhadap Rasulallah s.a.w, Umar al-Khattab serta Labid, Rabiah dan

Jubair bin Mat'am.

AlQuran  telah berjaya melumpuhkan keangkuhan dan kejaguhan sasterawan Arab dari segu

keindahan bahasa kesusteraan dan yang lebih menakjubkan lagi ianya bukan sahaja menggetarkan

jiwa mereka yang memahami bahasa arab malah melintasi batas periadi, bahasa, keturunan,

kebudayaan, geografi, pangkat dan sebagainya. Kesusteraan Islam mula disebarkan oleh Rasulallah

s.a.w dan terus berkemabang pada zaman khalifah-khalifah al-Rashidin, Umaiyah dan Abbasiyyah.

Selain al-Quran, karya kesusteraan Islam juga meliputi Syair, Rubai', Burdah, Prosa dan sebagainya.

 

c) Lukisan dan Arca ( Ukiran)

Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk

perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan ukiran eni halus inijuga terdapat

pada perabut rumah, piring, kuli buku, jubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain. Seni

halus ini juga terdapat pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang

banyak diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas,

perak dan tembaga contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air, buyung, tungku dan topi

besi perang. Begitu juga seni seramik yang juga terdapat pada piring dan tembikar manakala seni

sulaman dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias dinding, tikar permaidani, sejadah, barang-

barang tenunan sutera dan sebagainya. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti kerawag, lampu

dan bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lain-lain.

Seni lukis ula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasnya tertera pada

helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk

araesque dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna

yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita.

Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda

bernyawa yan boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.

 

d) Seni binaan.

Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang mengagumkan. Seni bina

bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk yang direka oleh manusia.

Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag

merupakan lambang atau menifestasi daripada sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan pencapaian

ini maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. Buktinya daat dilihat melalui

tamadun-tamadun purba yang agung. Pada zaman tersebut, seni bina yang bermutu dihasilkan dan

masih lagi wujd waluun dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh.

Page 7: Konsep Seni

Aspek seni bina Islam yang terpenting yang harus diperhatikan iala seni bina masjid. Ini adalah

kerana Islam telah meletakkan tempat ibadah sebagai cri terpenting sesebuah bandar. Ini dapat kita

perhatikan daripada sirah Rasullah s.a.w tatkala baginda berhijrah ke Madinah, perkara yang

pertama baginda lakukan ialah mencari tapak yang sesuai untuk membina masjid. Masjid pertama

menjadi lanmbang kekuatan aqidah, kesatuan dan perpaduan umat Muslimin. Masjid pertama yang

didirikan di Madinah ialah Masjid al-Nabawi yang digunakan oleh Rasulallah s.q.w sebagai pusat

tarbiah (pendidikan) dan pentadbiran dalam menyusun strategi ekonomi, peradaban, perang dan

sebagainya. Selari dengan perkembangan masa dan kepentinganya, masjid ekemudiannya

dikembangkan dan diperindahkan dengan pelbagai unsur dekoratif-ornamentif berdasarkan

latarbelakang budaya persekitaran umat Islam.

Seni bina masjid menjadi lambang keagungan tamadun berbanding dengan barat, kerana unsur-

unsur ketamadunan yang dikembangkan di kota-kota raya Islam mementingkan nilai kerohanian dan

pada masa yang sama pembangunan fizikal dankebendaan tidak dipinggirkan. Konsep penting

dalamseni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan tawadhu', aman dan damai serta

merendah hati kepada keagungan Allah s.w.t. Pengagunan dan erhiasan bukanlah menjadi matlamat

seni bina Islam, tetapi kerana kreativiti dan inovasi mat, artis, seniman dan arkitek Muslim, ia menjadi

suatu seni yang bernilai tinggi yang disepadukan bersama penggunaan corak, warna dan eka bentuk

yang dibuat berdasarkan ajaran al-Quran. Kepentingan seni bina masjid di bandar silam Islam

digambarkan dengan terdapat 241 buah masjid. Di Kaherah pada abad ke 15 masehi pula terdapat

88 buah masjid jamek (masjid uatama) dan 19 masjid kecil

Dari segi strktur dalaman dan luaran masjid, beberapa perkara dapat dilhat khususnya dari asek

mimbar, arah kiblat, tempat kedudukan imam, ruang erkumpul, tang dan pilar utama, anjug dan

serambi, mihrab, tempat berwuduk, menara tempat muazzin melaungkan azan, kubah dan lain-lain

lagi. Perkaraperkara i merupakan karektiristik sebi bin a masjid  yang memperlihatkan keuhikannya

yang tersendiri berbanding dengan seni-bina yang lain. Selain itu, seni bina masjid banyak

mengetengahkan bentuk-bentuk blat yang merupakan bentuk yang paling sempurna yang

mencerminan kelembutan dan kehalusan seolah-lah ia tidak berkesedahan.

Selain daripada masjid, seni bina Islam juga merangkumi bangunan-bangunan kediaman, kedai,

jambatan, saluranair, rumah rehat, bilik mandi, perpustakaan, sekolah dan sebagainya. Seni bina

mencirikan kepada lambang islam dan berlandaskan tauhid kepada Allah s.w.t serta menitikberatkan

kepada reka bentuk islam banyak dipengaruhi oleh seni bina masjid seperti istana-istana, taj Mahal,

kota-kota seperti kta Baghdad malah di Malaysia sendiri seerti bangunan Sultan Abdul Samad,

bangunan kerertapi tanah melayu, bangunan daya bumi dan pintu gerbang darul ehsan.

 

e) Seni Muzik ( Suara, lagu dan Bunyi)

Antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan hati serta menenangkan telnga

ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam selagi tidak dicampuri lirij-lirik koto, cabul dan yang

dapat mengarahkan kepada perbuatan dosa dan dengan muzik yang tida membangkitkan nafsu

bahkan disunatkan hiburan itu seperti pada hari raya, perkhawinan, aqiqah dan waktu lahirnya

seorang bayi. Daripada Aisyah r.a bahawa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat

lelaki Ansar, maka nabi bertanya : "Hai Aisyah ! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan?

Sebab rang-orang ansar gemar sekali terhadap hiburan".

Page 8: Konsep Seni

Tidak terdapat perkataan arab yang boleh diertikadengan istilah Inggeris "muzik" yang menyeluruh.

Ensiklopedia Pelajar Oxford mentadbirkan muzik sebagai bunyi yang disusun pada pola yang sedap

didengar atau yang boleh melahirkan perasaan

https://sites.google.com/site/khazalii/8udi3052keseniandalamislam(bab8)

Page 9: Konsep Seni

Pengenalan Konsep Seni Dalam PendidikanSeni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,inovatif,inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual,seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik.

Terdapat beberapa tokoh yang member pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan pandangan daripada tokoh-tokoh :

Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.

Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburandapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh.

Howard Gardener (1983) pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.

Hermann (1991) didalam “Quadrant Concept” yang menkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.

Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai penidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan intrapersonal,praktik dan estetika, holistic dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual.

Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan.

Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia juga membantu perkembangan insane secara seimbang dan menyeluruh.

http://notapismp.blogspot.com/2010/10/pengenalan-konsep-seni-dalam-pendidikan.html

Page 10: Konsep Seni

seni visual stpm

PENGENALAN SENI VISUAL

A) PENGERTIAN SENI VISUAL

Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus,

enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala .

seni,II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang

dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual pula

dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan.

Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka.

Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu

yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan

atau pendengaran.

Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali

memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.

Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek

pernyataan diri ( self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada

dalam bentuk 2D dan 3D.

B) PENGKELASAN SENI VISUAL

Seni visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan dan

perekaan.

I) Pengkaryaan 

Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan bahan-bahan yang

terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media asas dan

kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah Lukisan, catan, seni

Page 11: Konsep Seni

cetak dan arca.

II) Perekaan

Ialah penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan media baru

berteraskan teknologi. Contoh perekaan ialah grafik dan multimedia ( komunikasi

visual), reka bentuk teknologi seperti rekaan industeri ( automobil, logam halus, tekstil

dll ) dan reka bentuk persekitaran seperti seni hiasan dalaman & seni lanskap.

C) PERANAN SENI VISUAL

Peranan yang dimainkan oleh seni visual boleh dilihat dari dua aspek yang utama iaitu

psikologi dan sosiologi.

I) Peranan psikologi

Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu

berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang

berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.

Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan

persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat

memantapkan kepekaan,sensibility ( kebolehan untuk merasa dan menghayati)

Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan

pernyataan diri. . Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan

perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi

seperti rasa cinta atau rasa takut.

kreativiti, boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. Individu ini

berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada penghasilan

yang lebih menarik.Individu ini sensitif kepada masalah di sekelilingnya, yang

Page 12: Konsep Seni

kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan.

Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan

keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna.

Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu

keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik. Pembelajaran SV, aktiviti dan

apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuat dan merekacipta, menjadikan

individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.

Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan

persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran SV, aktiviti

dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran

dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan

dan symbol. Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea,

perasaan dan emosi.

II) Peranan sosiologi

Peranan SV dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni

dan masyarakat ). Antara peranan SV :

Nasionalisme - Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam

menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui SV. Pembelajaran SV,

aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan

Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara

(arca) dan juga potret-potret pemimpin negara.

Persekitaran- Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam

SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan

sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan.

Antara contohnya Rumah rakit – Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di

Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan dalaman.

Rumah rakit- Kuala Lipis

Propaganda- SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau

kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada Dunia, karya Awang

Page 13: Konsep Seni

Damit Ahmad.

Poskad kepada dunia (1990)

Ritual / upacara- SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat

resam

dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau

arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan

orang-orang asli di Pahang dan Selangor.

Spiritual – SV untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang

dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri.

Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn.

Pengeluaran- Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan

kegunaan. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu

pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi.

Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan.

Contohnya penghasilan batik dan songket.

Pemujukan- Hasil SV berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya

yang jelas ialah papan billboard dan poster.

Perniagaan dan perdagangan- Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat

menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan.

Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.

D) PENGALAMAN ESTETIK

Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan

persekitaran.Terbahagi kepada

Pengalaman langsung- Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni.

Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah pelukis, pengarca, pandai tukang

dan sebagainya.

Pengalaman intelektual- Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dari

Page 14: Konsep Seni

pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan produk seni.

Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami tentang

konsep, falsafah dan nilai. Kebanyakan yang terlibat ialah para pengkritik, penggiat seni

pengkaji dan individu yang sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan bidang

yang berkaitan dengan seni.

PENDEKATAN SEJARAH DAN KRITIKAN SENI VISUAL

Pendahuluan

Seni

Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni

memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh

faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini

telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden,

mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan

terhadap seni lazimnya mengambil kira aspek-aspek formal, makna dan konteks

penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat

psikologi dan sosiologi. 

Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang

merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni

ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah,

Page 15: Konsep Seni

terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan sebagai suatu

kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk

melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12). Hauser berpendapat, seni

adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah

penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika

(1959: 16). 

Seni Visual

Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni

halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk

teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni

reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun

pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium

dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya

memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya.

Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan

cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun

digunakan mereka. 

Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut

bahan campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis

pada abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi

moden telah menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer.

Sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual menyampaikan pelbagai maksud yang

bertolak daripada pemikiran, perasaan, dan pengamatan (Preble, Preble dan Frank,

1999). 

Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual,

justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah

seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus merujuk kepada

penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika, dan merangkumi

bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik

(Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan

Page 16: Konsep Seni

fungsi seperti produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen,

fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan

animasi. 

Di samping seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi, seni

keagamaan, seni moden dan seni pascamoden. Seni tradisi lazimnya disifatkan sebagai

bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan penampilan ciri-ciri

tertentu yang boleh mencerminkan identiti masyarakat tersebut. Sebagai contoh,

identiti dalam kesenian tradisi Melayu seperti seni ukir, seni tekstil dan anyaman dapat

dihayati menerusi keseragaman motif-motif dan maknanya. Seni keagamaan pula

mendukung prinsip-prinsip agama tertentu dan ia berbeza di antara satu dengan yang

lain lantaran setiap agama memiliki konsep, tatacara, kaedah dan prinsip yang

tersendiri. 

Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan

hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan persekitaran,

serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang

Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu bidang ilmu yang

mengkaji perkembangan tamadun manusia menerusi penelitian terhadap kerja-kerja

seni. 

a) Konsep dan Kaedah Sejarah Seni Visual

(i) Maksud Sejarah Seni Visual

Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual

juga muncul sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop, peranan, dan cabang-cabang

yang luas. Sejarah Seni Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau pengkajian

tentang bentuk-bentuk seni, sebenarnya sejarah seni melibatkan apa-apa jua yang

berkaitan dengan kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang pengkarya: pelukis dan

pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan, makna, pemilik, penaung,

persepsi, tanggapan, peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang terhasil akibat

daripada kewujudan karya seni itu.

Page 17: Konsep Seni

Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai

pengalaman yang merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu. Dalam konteks ini,

Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus

terhasilnya karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai, makna, serta persepsi

masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana penghasilan karya seni itu turut

berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas, justeru itu bidang

Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan

bidang-bidang ilmu dan profesion lain. Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu

disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia

(Zakaria Ali, 1989; Muliyadi Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner,

1996). 

Tujuan Sejarah Seni Visual

Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa masa lalu

sebagai asas untuk memahami situasi masa kini. Jika sejarawan memahami masa lalu

dengan mengkaji fakta-fakta peristiwa, sejarawan seni visual pula berusaha untuk

memahami masa lalu menerusi karya-karya seni. Dalam konteks ini, karya seni visual

menjadi dokumen-dokumen sejarah yang merakamkan akan masa atau era yang

menghasilkannya, sementara apresiasi atau penghayatan seni yang menjadi dasar

bidang Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk memahaminya. Selain

daripada memperjelaskan akan bentuk, makna, dan fungsi sesuatu karya, Sejarah Seni

Visual juga melihat akan perubahan-perubahan persepsi, fungsi, mahupun makna yang

berlaku ke atas sesuatu karya itu, contohnya dengan mengkaji faktor-faktor yang

mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996). 

(ii) Kaedah Sejarah Seni Visual

Dalam bidang Sejarah Seni Visual, karya seni merupakan dokumen sejarah atau sumber

primer yang penting, sementara apresiasi atau penghayatan seni menjadi asasnya.

Kaedah mendekati atau menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan mengajukan

beberapa soalan asas tentang karya yang sedang dikaji ataupun dihayati. 

Misalnya, ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?; untuk siapa ia dibuat?; ia

dibuat daripada apa?; bagaimana keadaannya sekarang?; adakah ia satu-satunya objek

sedemikian?; apakah maksudnya?; apakah yang cuba disampaikan?; bagaimanakah ia

Page 18: Konsep Seni

dipersembahkan?; dan siapakah yang menghayatinya?. Atau, ia boleh dimulakan dengan

soalan siapakah pembuatnya?; di mana ia sekarang?; bagaimana ia berada di tempatnya

kini?; bila ia sampai di tempatnya kini?; siapa yang mendapatkannya?; mengapa?;

berapakah harganya?; siapa pemilik asalnya?; siapa yang menghayatinya? (Pointon,

1994: 61). Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar dalam mengenali serta

memahami sesebuah karya seni itu dengan lebih dekat dan bermakna. Ini yang

ditegaskan oleh Hauser dalam tulisannya, bahawa dalam usaha memahami karya seni,

kita tidak terus menerangkannya, tetapi cuba menyesuaikan diri kita dengannya. 

Berbicara tentang karya seni, Hauser menulis:

”We do not go straight towards them, but circle around them. Each generation sees

them from a different point of view and with a fresh eye; nor is it to be assumed that a

later point of view is more apt than an earlier one. Each aspect comes into sight in its

own time, which cannot be anticipated or prolonged; and yet its significance is not lost,

for the meaning that a work assumes for a later generation is the result of the whole

range of previous interpretations.” (Hauser, 1959 in Fernie, 2001: 205).

Secara umumnya, pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspek-aspek

bentuk (aspek-aspek formal, termasuklah pengolahan karya dan gaya penampilan) dan

makna (ikonografi: tersurat dan tersirat). Penelitian terhadap bentuk dan makna ini

pula dihubungkan dengan konteks penghasilan sesuatu karya, misalnya aspek-aspek

period atau masa: sejarah dan kebudayaan.

Dalam mengkaji bidang sejarah seni umumnya perlu mengetahui tentang bagaimana

sesebuah karya itu diolah dan dihasilkan. Dalam proses pengolahan inilah 3 kaedah

yang digunakan iaitu:

Idealisasi – merujuk kepada unsur kepercayaan / keagamaan. terdapat banyak pada

imej-imej keugamaan. Pengolahan dibuat menggunakan perkiraan dan formula) untuk

maksud menyampaikan rasa keunggulan, penataan secara hieratik, melibatkan

exaggeration sama ada dari aspek idea mahu pun form

Representasi-merujuk kepada perlambangan. menyatakan tentang keperihalan sifat dan

ciri sesuatu kualiti hal yang mujarad seperti berat atau isipadu sesuatu objek tanpa

sebenarkan menekankan sifat luaran.Oleh itu ia melibatkan satu perlambangan aspek

mujarad bagi maksud menginterpretasi tentang perkara yang bukan objek. Dalam

banyak keadaan, sasaran pengambarannya lebih mengutamakan aspek yang elemental

dan primeval

Page 19: Konsep Seni

Stailisasi - merujuk kepada bahan dan teknik yang digunakan dalam sesuatu karya atau

perekaan. pertimbangan imej dibuat dengan mengambil kira aspek ciri bahan yang

digunakan dan rupa yang akan diserasikan dengan keseluruhan reka bentuk.

Pendekatannya lebih berkait dengan masalah rekaan (design issues). Contohnya ialah,

gambar dalam motif.

a. Gaya penampilan

Teknik penggambaran menyentuh soal gaya dan bagaimana imej dipersembahkan

kepada umum. Pada amnya, terdapat tiga kaedah utama yang boleh mengarah kepada

penekanan gaya penampilan iaitu:

· Realistik-karya yang menggambarkan sepertimana objek/situasi asal melibatkan

imitasi, peniruan daripada bentuk asal.Contoh Gadis Melayu, Potret Diri

(Mohd.Hoessien Enas),

· Separa abstrak-Mengubah bentuk asal kepada unsur yang sukar difahami tetapi

masih boleh dikenali unsur-unsur asal.Contoh Girl Before a miror (Pablo picasso), Hang

Tuah Hang Jebat (Ismail Mustam)

· Abstrak- karya yang melambangkan keseluruhan imej yang sukar difahami , dikenali

sebagai mujarad,niskala,kabur, tetapi pengkarya lebih mementingkan simbol,bentuk

dan warna,Contoh Pago-pago (A.Latiff Mohidin), Gunung Ledang (Syed Ahmad Jamal)

seni visual stpm

PENGENALAN SENI VISUAL

A) PENGERTIAN SENI VISUAL

Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus,

enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala .

seni,II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang

Page 20: Konsep Seni

dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual pula

dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan.

Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka.

Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu

yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan

atau pendengaran.

Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali

memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.

Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek

pernyataan diri ( self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada

dalam bentuk 2D dan 3D.

B) PENGKELASAN SENI VISUAL

Seni visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan dan

perekaan.

I) Pengkaryaan 

Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan bahan-bahan yang

terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media asas dan

kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah Lukisan, catan, seni

cetak dan arca.

II) Perekaan

Ialah penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan media baru

berteraskan teknologi. Contoh perekaan ialah grafik dan multimedia ( komunikasi

visual), reka bentuk teknologi seperti rekaan industeri ( automobil, logam halus, tekstil

dll ) dan reka bentuk persekitaran seperti seni hiasan dalaman & seni lanskap.

Page 21: Konsep Seni

C) PERANAN SENI VISUAL

Peranan yang dimainkan oleh seni visual boleh dilihat dari dua aspek yang utama iaitu

psikologi dan sosiologi.

I) Peranan psikologi

Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu

berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang

berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.

Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan

persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat

memantapkan kepekaan,sensibility ( kebolehan untuk merasa dan menghayati)

Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan

pernyataan diri. . Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan

perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi

seperti rasa cinta atau rasa takut.

kreativiti, boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. Individu ini

berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada penghasilan

yang lebih menarik.Individu ini sensitif kepada masalah di sekelilingnya, yang

kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan.

Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan

keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna.

Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu

keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik. Pembelajaran SV, aktiviti dan

apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuat dan merekacipta, menjadikan

individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.

Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan

persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran SV, aktiviti

dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran

dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan

Page 22: Konsep Seni

dan symbol. Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea,

perasaan dan emosi.

II) Peranan sosiologi

Peranan SV dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni

dan masyarakat ). Antara peranan SV :

Nasionalisme - Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam

menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui SV. Pembelajaran SV,

aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan

Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara

(arca) dan juga potret-potret pemimpin negara.

Persekitaran- Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam

SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan

sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan.

Antara contohnya Rumah rakit – Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di

Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan dalaman.

Rumah rakit- Kuala Lipis

Propaganda- SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau

kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada Dunia, karya Awang

Damit Ahmad.

Poskad kepada dunia (1990)

Ritual / upacara- SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat

resam

dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau

arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan

orang-orang asli di Pahang dan Selangor.

Spiritual – SV untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang

dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri.

Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn.

Page 23: Konsep Seni

Pengeluaran- Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan

kegunaan. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu

pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi.

Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan.

Contohnya penghasilan batik dan songket.

Pemujukan- Hasil SV berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya

yang jelas ialah papan billboard dan poster.

Perniagaan dan perdagangan- Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat

menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan.

Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.

D) PENGALAMAN ESTETIK

Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan

persekitaran.Terbahagi kepada

Pengalaman langsung- Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni.

Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah pelukis, pengarca, pandai tukang

dan sebagainya.

Pengalaman intelektual- Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dari

pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan produk seni.

Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami tentang

konsep, falsafah dan nilai. Kebanyakan yang terlibat ialah para pengkritik, penggiat seni

pengkaji dan individu yang sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan bidang

yang berkaitan dengan seni.

Page 24: Konsep Seni

PENDEKATAN SEJARAH DAN KRITIKAN SENI VISUAL

Pendahuluan

Seni

Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni

memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh

faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini

telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden,

mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan

terhadap seni lazimnya mengambil kira aspek-aspek formal, makna dan konteks

penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat

psikologi dan sosiologi. 

Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang

merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni

ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah,

terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan sebagai suatu

kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk

melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12). Hauser berpendapat, seni

Page 25: Konsep Seni

adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah

penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika

(1959: 16). 

Seni Visual

Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni

halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk

teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni

reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun

pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium

dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya

memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya.

Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan

cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun

digunakan mereka. 

Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut

bahan campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis

pada abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi

moden telah menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer.

Sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual menyampaikan pelbagai maksud yang

bertolak daripada pemikiran, perasaan, dan pengamatan (Preble, Preble dan Frank,

1999). 

Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual,

justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah

seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus merujuk kepada

penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika, dan merangkumi

bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik

(Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan

fungsi seperti produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen,

fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan

animasi. 

Page 26: Konsep Seni

Di samping seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi, seni

keagamaan, seni moden dan seni pascamoden. Seni tradisi lazimnya disifatkan sebagai

bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan penampilan ciri-ciri

tertentu yang boleh mencerminkan identiti masyarakat tersebut. Sebagai contoh,

identiti dalam kesenian tradisi Melayu seperti seni ukir, seni tekstil dan anyaman dapat

dihayati menerusi keseragaman motif-motif dan maknanya. Seni keagamaan pula

mendukung prinsip-prinsip agama tertentu dan ia berbeza di antara satu dengan yang

lain lantaran setiap agama memiliki konsep, tatacara, kaedah dan prinsip yang

tersendiri. 

Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan

hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan persekitaran,

serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang

Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu bidang ilmu yang

mengkaji perkembangan tamadun manusia menerusi penelitian terhadap kerja-kerja

seni. 

a) Konsep dan Kaedah Sejarah Seni Visual

(i) Maksud Sejarah Seni Visual

Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual

juga muncul sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop, peranan, dan cabang-cabang

yang luas. Sejarah Seni Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau pengkajian

tentang bentuk-bentuk seni, sebenarnya sejarah seni melibatkan apa-apa jua yang

berkaitan dengan kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang pengkarya: pelukis dan

pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan, makna, pemilik, penaung,

persepsi, tanggapan, peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang terhasil akibat

daripada kewujudan karya seni itu.

Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai

pengalaman yang merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu. Dalam konteks ini,

Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus

Page 27: Konsep Seni

terhasilnya karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai, makna, serta persepsi

masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana penghasilan karya seni itu turut

berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas, justeru itu bidang

Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan

bidang-bidang ilmu dan profesion lain. Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu

disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia

(Zakaria Ali, 1989; Muliyadi Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner,

1996). 

Tujuan Sejarah Seni Visual

Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa masa lalu

sebagai asas untuk memahami situasi masa kini. Jika sejarawan memahami masa lalu

dengan mengkaji fakta-fakta peristiwa, sejarawan seni visual pula berusaha untuk

memahami masa lalu menerusi karya-karya seni. Dalam konteks ini, karya seni visual

menjadi dokumen-dokumen sejarah yang merakamkan akan masa atau era yang

menghasilkannya, sementara apresiasi atau penghayatan seni yang menjadi dasar

bidang Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk memahaminya. Selain

daripada memperjelaskan akan bentuk, makna, dan fungsi sesuatu karya, Sejarah Seni

Visual juga melihat akan perubahan-perubahan persepsi, fungsi, mahupun makna yang

berlaku ke atas sesuatu karya itu, contohnya dengan mengkaji faktor-faktor yang

mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996). 

(ii) Kaedah Sejarah Seni Visual

Dalam bidang Sejarah Seni Visual, karya seni merupakan dokumen sejarah atau sumber

primer yang penting, sementara apresiasi atau penghayatan seni menjadi asasnya.

Kaedah mendekati atau menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan mengajukan

beberapa soalan asas tentang karya yang sedang dikaji ataupun dihayati. 

Misalnya, ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?; untuk siapa ia dibuat?; ia

dibuat daripada apa?; bagaimana keadaannya sekarang?; adakah ia satu-satunya objek

sedemikian?; apakah maksudnya?; apakah yang cuba disampaikan?; bagaimanakah ia

dipersembahkan?; dan siapakah yang menghayatinya?. Atau, ia boleh dimulakan dengan

soalan siapakah pembuatnya?; di mana ia sekarang?; bagaimana ia berada di tempatnya

kini?; bila ia sampai di tempatnya kini?; siapa yang mendapatkannya?; mengapa?;

Page 28: Konsep Seni

berapakah harganya?; siapa pemilik asalnya?; siapa yang menghayatinya? (Pointon,

1994: 61). Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar dalam mengenali serta

memahami sesebuah karya seni itu dengan lebih dekat dan bermakna. Ini yang

ditegaskan oleh Hauser dalam tulisannya, bahawa dalam usaha memahami karya seni,

kita tidak terus menerangkannya, tetapi cuba menyesuaikan diri kita dengannya. 

Berbicara tentang karya seni, Hauser menulis:

”We do not go straight towards them, but circle around them. Each generation sees

them from a different point of view and with a fresh eye; nor is it to be assumed that a

later point of view is more apt than an earlier one. Each aspect comes into sight in its

own time, which cannot be anticipated or prolonged; and yet its significance is not lost,

for the meaning that a work assumes for a later generation is the result of the whole

range of previous interpretations.” (Hauser, 1959 in Fernie, 2001: 205).

Secara umumnya, pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspek-aspek

bentuk (aspek-aspek formal, termasuklah pengolahan karya dan gaya penampilan) dan

makna (ikonografi: tersurat dan tersirat). Penelitian terhadap bentuk dan makna ini

pula dihubungkan dengan konteks penghasilan sesuatu karya, misalnya aspek-aspek

period atau masa: sejarah dan kebudayaan.

Dalam mengkaji bidang sejarah seni umumnya perlu mengetahui tentang bagaimana

sesebuah karya itu diolah dan dihasilkan. Dalam proses pengolahan inilah 3 kaedah

yang digunakan iaitu:

Idealisasi – merujuk kepada unsur kepercayaan / keagamaan. terdapat banyak pada

imej-imej keugamaan. Pengolahan dibuat menggunakan perkiraan dan formula) untuk

maksud menyampaikan rasa keunggulan, penataan secara hieratik, melibatkan

exaggeration sama ada dari aspek idea mahu pun form

Representasi-merujuk kepada perlambangan. menyatakan tentang keperihalan sifat dan

ciri sesuatu kualiti hal yang mujarad seperti berat atau isipadu sesuatu objek tanpa

sebenarkan menekankan sifat luaran.Oleh itu ia melibatkan satu perlambangan aspek

mujarad bagi maksud menginterpretasi tentang perkara yang bukan objek. Dalam

banyak keadaan, sasaran pengambarannya lebih mengutamakan aspek yang elemental

dan primeval

Stailisasi - merujuk kepada bahan dan teknik yang digunakan dalam sesuatu karya atau

perekaan. pertimbangan imej dibuat dengan mengambil kira aspek ciri bahan yang

Page 29: Konsep Seni

digunakan dan rupa yang akan diserasikan dengan keseluruhan reka bentuk.

Pendekatannya lebih berkait dengan masalah rekaan (design issues). Contohnya ialah,

gambar dalam motif.

a. Gaya penampilan

Teknik penggambaran menyentuh soal gaya dan bagaimana imej dipersembahkan

kepada umum. Pada amnya, terdapat tiga kaedah utama yang boleh mengarah kepada

penekanan gaya penampilan iaitu:

· Realistik-karya yang menggambarkan sepertimana objek/situasi asal melibatkan

imitasi, peniruan daripada bentuk asal.Contoh Gadis Melayu, Potret Diri

(Mohd.Hoessien Enas),

· Separa abstrak-Mengubah bentuk asal kepada unsur yang sukar difahami tetapi

masih boleh dikenali unsur-unsur asal.Contoh Girl Before a miror (Pablo picasso), Hang

Tuah Hang Jebat (Ismail Mustam)

· Abstrak- karya yang melambangkan keseluruhan imej yang sukar difahami , dikenali

sebagai mujarad,niskala,kabur, tetapi pengkarya lebih mementingkan simbol,bentuk

dan warna,Contoh Pago-pago (A.Latiff Mohidin), Gunung Ledang (Syed Ahmad Jamal)

http://notasenivisual.blogspot.com/

S U N D A Y , A U G U S T 3 1 , 2 0 0 8

Konsep Seni VisualP o s t e d b y   M Y Z I Z I

Page 30: Konsep Seni

Konsep Seni Visual

Konsep seni visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti pernyataan diri self-expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh, 2D dan 3D, komunikasi visual, bahasa seni visual, isi dan mesej, imej, form, content, benda – subjek, objek berfungsi/kegunaan, nilai estetik, ciri-ciri kreatif, pelukis/pandai tukang dan karya seni, asas seni reka dan berbagai aspek lain. Berikut diterangkan secara terperinci aspek-aspek berkenaan.

Penyataan Diri (self – expression)

Bermaksud meluahkan atau menyatakan apa yang dirasa dan difikir secara bebas. Penyataan atau luahan ini haruslah ada mediumnya dan medium itu biasanya berupa permukaan yang boleh dicalitkan atau digoreskan. Catan, arca, lukisan merupakan produk hasil daripada ekspresi diri ini dalam konteks seni visual. Kanak-kanak merupakan golongan yang gemar menyatakan ekspresi diri ini. Ekspresi diri kanak-kanak adalah lebih tulen kerana mereka menyatakan perasaan tanpa sedar dan tanpa diarah oleh sesiapa. Sebab itu kita kerap melihat kanak-kanak suka menconteng. Tampakan yang mereka hasilkan nampak bersahaja dan tidak terkawal.Golongan pelukis pula menyatakan ekspresi diri mereka melalui catan, arca atau lukisan. Contoh pelukis seperti Vincent Van Gogh, Jackson Pollock. Kesimpulannya, Seni Visual adalah penyataan perasaan, emosi, idea dan manifestasi fikiran.

Pengalaman 2D/3D (Sensasi Visual dan Sentuh)

Seni Visual juga dikenali dan difahami sebagai sesuatu yang bersifat 2D atau 3D secara fiziknya. Deria sentuh dan deria penglihatan terlibat dalam konteks ini. Arca, ukiran merupakan produk seni yang boleh dinikmati melalui sentuhan dan bersifat 3D. Manakala catan, lukisan, cetakan merupakan produk seni yang boleh dinikmati dengan deria penglihatan dan bersifat 2D.

Bahasa Seni (laras bahasa) 

Seperti juga bidang yang lain, seni tampak juga mempunyai laras bahasanya sendiri. Bidang sastera ada laras bahasa sendiri seperti

Page 31: Konsep Seni

monolog, imbas kembali, dan lain-lain. Seni tampak pula mempunyai laras bahasanya sendiri seperti unsur-unsur seni (warna, jalinan dan lain-lain ), prinsip rekaan (kontra, harmoni, pergerakan dan lain-lain), bahan dan alat (berus, plaster, cat minyak dan lain-lain), teknik dan gayaan (basah atas basah, realistik dan lain-lain). Tanpa pengetahuan laras bahasa ini, seni dilihat tanpa makna.

Kandungan/Isi/Mesej (Contents / makna)

Seni Visual juga diertikan sebagai suatu produk yang mempunyai makna atau isi. Sebelum wujudnya fotografi manusia merakam peristiwa dalam bentuk visual 2D seperti manuskrip, lukisan dinding, catan dinding dan seumpamanya. Contoh dalam lukisan dinding di pyramid mesir atau catan lanskap oleh Abdullah Arif (Ladang Kelapa ). Seni tampak atau visual juga merakamkan pencapaian manusia dan menggambarkan tentang nilai, kepercayaan dan sikap social. Karya seni merupakan rakaman sejarah dan budaya secara tampak.Biasanya mesej atau maksud dalam sesuatu karya seni visual itu hanya diketahui secara jelas oleh pihak primer iaitu pengkarya sendiri. Ia ditafsir secara berlainan oleh pihak kedua (sekunder) atau pengkritik/audien

http://esenivisual.blogspot.com/2008/08/konsep-seni-visual.html

KONSEP SENIPosted by visual art Monday, March 1, 2010 at 6:43 PMA. Pengertian Seni

Page 32: Konsep Seni

Seni sebagai salah satu unsur budaya manusia keberadaannya telah mengalami perkembangan dalam kurun waktu yang sangat panjang. Dimulai dari bentuk seni yang sederhana di zaman prasejarah hingga mencapai bentuk yang lebih kompleks di zaman modern sekarang ini. Istilah seni dalam bahasa Indonesia berasal dari bahasa Sanskerta yang berarti permintaan atau pencarian. Kata Art (Inggris) bermakna kemahiran, art (s) dapat diartikan sebagai kegiatan atau hasil pernyataan perasaan keindahan manusia (Sofyan Salam, 2001).

Dalam bahasa Sanskerta, kata seni disebut cilpa. Sebagai kata sifat, cilpa berarti berwarna, dan kata jadiannya su-cilpa berarti dilengkapi dengan bentuk-bentuk yang indah atau dihiasi dengan indah. Sebagai kata benda cilpa berarti pewarnaan, arti ini kemudian berkembang menjadi segala macam kekriaan yang artistik. Cilpacastra yang banyak disebut-sebut dalam pelajaran sejarah kesenian, adalah buku atau pedoman bagi para cilpin, yaitu tukang, termasuk di dalamnya apa yang sekarang disebut seniman. Saat itu belum ada pembedaan antara seniman dan tukang. Pemahaman seni sebagai ekspresi pribadi belum ada dan seni merupakan ekspresi keindahan masyarakat yang bersifat kolektif. Pemahaman ini pada kenyataannya tidak hanya terdapat di India dan Indonesia saja, tetapi juga terdapat di Barat pada masa lampau.

Istilah seni yang disepadankan dengan kata art dalam bahasa Inggris berawal dari, istilah-istilah dalam bahasa Latin pada abad pertengahan ars, artes, dan artista.Ars berarti teknik atau craftsmanship, yaitu ketangkasan dan kemahiran dalam mengerjakan sesuatu; adapun artes berarti kelompok orang-orang yang memiliki ketangkasan atau kemahiran; sedangkan artista adalah anggota yang ada di dalam kelompok-kelompok itu. Dengan demikian kata artista kiranya dapat dipersamakan dengan cilpa yang berasal dari bahasa Sanskerta. Kata ars inilah yang kemudian berkembang menjadi l'arte (Italia), l'art (Perancis), elarte (Spanyol), dan art(Inggris), dan bersamaan dengan itu artinyapun berkembangan sedikit demi sedikit kearah pengertiannya seni ini. Walaupun demikian, di Eropa ada juga istilah-istilah lain yang berhubungan dengan seni, orang Jerman menyebut seni dengan die Kunst dan orang Belanda dengan Kunst, yang berasal dari akar kata yang lain walaupun dengan pengertian yang sama. Bahasa Jerman juga mengenal istilah die Art, yang berarti cara, jalan, atau modus, yang juga dapat dikembalikan kepada asal mula pengertian dan kegiatan seni, tetapi demikian die Kunst-lah yang digunakan untuk istilah kegiatan yang berhubungan dengan seni.

Karya Seni: Lukisan Anak

Page 33: Konsep Seni

Saat ini, seni sebagai segala bentuk yang memiliki nilai keindahan adalah pengertian yang dipahamai oleh masyarakat pada umumnya. Pengertian umum tersebut diantaranya seperti yang tercantum dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, seni diartikan sebagai keahlian membuat karya yang bermutu (dilihat dari segi kehalusannya, keindahannya, dan sebagainya) (Depdikbud, 1989:816). Bentuk-bentuk (karya seni) yang memiliki nilai keindahan tersebut diyakini memberikan kenikmatan dan kepuasan terhadap jasmani-rohani, pencipta (kreator) ataupun penikmatnya (apresiator). Kesenian tradisional kita, gamelan misalnya, dikatakan sebagai paduan suara (nada) yang indah yang mengenakkan telinga (pendengaran). Hiasan berupa ukiran yang menempel pada dinding ruangan memberikan kesemarakan pandangan mata. Tarian daerah yang lembut dan gemulai juga menyejukkan rasa, setelah kita menikmati dan menghayatinya.

Karya Seni: Lukisan Anak

Pada kenyataannya istilah seni adalah segala bentuk yang memiliki nilai keindahan tidak selamanya bertahan sebagai satu-satunya definisi. Dalam seni kontemporer (termasuk seni modern) yang dihasilkan seniman tidak hanya karya yang indah, tetapi juga karya yang dianggap tidak indah dan tidak menyenangkan. Banyak karya seni kini yang hadir justru “tidak menyenangkan”, tetapi menunjukkan berbagai persoalan yang rumit (sebagai problem kehidupan).

Seni adalah hasil atau proses kerja dan gagasan manusia yang melibatkan kemampuan terampil, kreatif, kepekaan indera, kepekaan hati dan pikir untuk menghasilkan suatu karya yang memiliki kesan indah, selaras, bernilai seni dan lainnya. Dalam penciptaan suatu kerja seni yang dilakukan oleh para seniman dibutuhkan kemampuan terampil kreatif secara khusus sesuai jenis karya seni yang dibuatnya.

Dalam pengertian seni di atas terkait dengan faktor keberadaan manusia, pribadi. Seniman dan lingkungannya sebagai tempat yang bisa berpengaruh terhadap karya seni yang diciptakannya. Hal ini disebabkan karena adanya perbedaan karakteristik antara karya seni buatan anak-anak dengan karya seni ciptaan orang dewasa, dan adanya perbedaan norma nilai seni dan keindahan pada seni

Page 34: Konsep Seni

tradisional dengan seni modern.Keberadaan karya seni tersebut menunjukkan bahwa seni memiliki pengertian yang beragam. 

Berikut ini beberapa pengertian seni yang dikemukakan oleh para tokoh / seniman :a. Pengertian seni yang menekankan pada kegiatan rohani dikemukakan oleh Akhdiat Kartamiharja. Menurut Akhdiat, seni adalah kegiatan psikis (rohani)manusia yang merefleksi kenyataan (realitas). Hal tersebut terjadi karena bentuk dan isi karya tersebut memiliki daya untuk membangkitkan atau menggugah pengalaman tertentu dalam alam psikis (rohani) si penikmat atau apresiator. Bila ditelaah, pengertian tersebut menunjukkan peranan jiwa (seniman) dalam proses berkarya seni dan karya seni itu sendiri. Seniman yang berkarya hanya dengan menggerakkan anggota tubuhnya saja (aktivitas fisik), namun tidak melibatkan jiwanya (ekspresi emosi), maka karya yang dibuatnya belum dapat dinamakan seni. ( RUMUSAN)

Achdiat Kartamiharja

b. Plato, filsuf dari Yunani

Seni adalah hasil tiruan alam ( Ars Imitatur Narutam ). Pandangan Plato ini menganggap bahwa suatu karya seni merupakan tiruan obyek / benda yang ada di alam, atau karya yang sudah dibuat sebelumnya.

Page 35: Konsep Seni

Plato

c. Ki Hajar Dewantara, Tokoh Pendidikan NasionalSeni adalah segala perbuatan manusia yang timbul dari perasaannya yang bersifat indah, hingga dapat menggerakkan jiwa dan perasaan manusia.

Ki Hajar Dewantara

Page 36: Konsep Seni

d. Thomas Munro, Ahli Seni dan Filsuf dari Amerika

Seni adalah buatan manusia untuk menimbulkan efek-efek psikologis atas manusia lain yang melihatnya.

Thomas Munro

e. Pengertian seni yang lain dapat dijumpai dalam Everyman Encyclopedia, yang menyebutkan bahwa seni merupakan segala sesuatu yang dilakukan orang bukan atas dorongan kebutuhan pokoknya, melainkan semata-mata karena kehendak akan kemewahan, kenikmatan, ataupun karena kebutuhan spiritual. Sendok misalnya, dibuat untuk memenuhi kebutuhan pokok, sebagai alat makan.Berdasarkan definisi tersebut sendok bukanlah karya seni. Masih banyak karya (benda) yang lain yang kita jumpai, misalnya rumah, pakaian penutup aurat, dan barang yang digunakan untuk kebutuhan pokok hidup kita, yang bukan seni. Adapun benda yang dikategorikan sebagai benda seni yaitu alat musik gamelan, ukiran kayu, dan lain-lain sejenisnya. Walaupun demikian benda kebutuhan pokok tersebut dapat berhubungan erat pula dengan seni. Sebagai contoh, pakaian yang dibuat bukan hanya memperhatikan fungsinya sebagai penutup aurat atau pelindung fisik, tetapi si perancang (pembuat pakaian) berusaha memperindah motif serta modelnya dengan tujuan untuk menghias pakaian tersebut. Hiasan atau model yang dikenakan pada pakaian itulah yang berkaitan dengan seni. Dengan demikian adakalanya beberapa benda kebutuhan pokok yang awalnya tidak dikategorikan sebagai karya seni tersebut dikategorikan juga sebagai karya seni atau setidaknya mendapat sentuhan seni.

Page 37: Konsep Seni

f. Benedetto Croce, Filsuf dari ItaliaSeni adalah ungkapan kesan-kesan. Seni memiliki kebebasan untuk mengungkapkan segala khayalan atau pengalaman intutif yang terkumpul dibatinnya.

Benedetto Croce

Dari beberapa pengertian tersebut dapat dirangkum bahwa seni adalah segala kegiatan manusia untuk mengkomunikasikan pengalaman batinnya pada orang lain, yang divisualisasikan dalam tata susunan yang indah dan menarik, sehingga dapat menimbulkan kesan rasa senang atau puas bagi yang menghayatinya (Ida Herawati, 1999).

Menurut Sorhardjo, A.J. (1990) orang dapat merasakan nikmat tanpa dibarengi kenikmatan. Dalam hal ini kesenangan dan kenikmatan bisa datang bersama-sama atau kadang-kadang tidak.Dari uraian di atas menunjukkan bahwa pengertian seni mencakup tiga aspek, yaitu :1) Pembuat / pencipta yang disebut seniman dan pekerja seni2) Hasil ciptaan atau buatan seniman yang yang disebut karya seni3) Aspek penikmat seni yang disebut juga pengamat seni

Teori-teori seni pada dasarnya dapat digolongkan dalam beberapa kelompok pemikiran:

1. Teori MimesisTeori-teori ini berpijak pada pemikiran bahwa seni adalah suatu usaha untuk menciptakan tiruan alam. Kata mimesis berasal dari kata Yunani dimana teori ini pertama kali dicetuskan oleh Plato. Terjemahan yang tepat dari kata mimesis agak sukar dicari, karena bagi Plato mimesis ini tidak saja berlaku untuk senirupa melainkan juga berlaku untuk seni musik, drama dan sebagainya.Teori mimesis ini amat penting dalam tinjauan seni karena setelah zaman Yunani konsep ini dihidupkan kembali dalam seni Renaissance dan sampai sekarng masih cukup berpengaruh. Inti dari teori mimesis ini adalah perkembangan seni naturalis baik secara formal maupun sebagai pengenalan pengalaman.

Page 38: Konsep Seni

2. Teori InstrumentalTeori-teori ini berpijak pada pemikiran bahwa seni mempunyai tujuan tertentu dan bahwa fungsi dan aktivitas seni sangat menentukan dalam suatu karya seni. Misalnya fungsi-fungsi edukatif, fungsi-fungsi propaganda, religius dan sebagainya.Cabang lain dari teori ini adalah seni sebagai sarana penyampaian perasaan, emosi dan sebagainya. Seni adalah sarana kita untuk mengadakan kontak dengan pribadi si seniman ataupun bagi seniman untuk berkomunikasi dengan kita.

3. Teori FormalistisTeori-teori ini merupakan reaksi terhadap kedua teori di atas karena menganggap bahwa keduanya tidak memberikan standar penilaian estetis. Mereka berpendapat bahwa elemen-elemen bentuk pada suatu karya seni juga memancarkan nilai-nilai estetis.

4. Teori-teori abad 20Teori-teori yang lebih praktis dan menitik beratkan pada kritik dan apresiasi. Seni adalah suatu tindakan kreatif, pertama-tama ia adalah suatu realita yang diciptakan dan kedua ia harus bisa memberikan kesempatan dan kemampuan untuk pnghayatan estetis.

http://denijusmani.blogspot.com/2010/03/konsep-seni.html

Page 39: Konsep Seni

Konsep Kesenian Islam1/09/2010 Ditulis oleh: Kulanz Salleh 

Pengenalan

Kesenian dalam Islam mula tumbuh setelah agama Islam mula berkembang dan bertapak. Umat Islam yang berperang telah berkesempatan melihat dan mengenal kesan-kesan sejarah dan kesenian yang terdapat di daerah-daerah baru. Ramai yang menetap dan mengalami hidup dan suasana baru di tempat yang telah ditakluki. Dengan itu Islam mula bertapak di daerah baru. Secara tidak disedari proses asimilasi berlaku antara masyarakat, kebudayaan dan kesenian yang berlandaskan ajaran Islam. Sebagai Addin, Islam telah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada para seniman untuk melahirkan pengucapan rasa keindahan dan pengalaman yang lahir dari naluri asasi manusia yang sememangnya mengarah ke arah keselamatan, kesenangan dan keindahan.

Seni adalah sebahagian daripada kebudayaan. Konsep seni merujuk kepada bentuk-bentuk indah, halus dan permai. Dari segi istilah, kesenian ialah segala aktiviti yang berkaitan dengan seni yang menyenangkan hati serta perasaan manusia, tidak kira sama ada ia adalah ciptaan Allah s.w.t ataupun dihasilkan melalui fikiran, kemahiran, imaginasi dan perbuatan manusia.

Drs. Sidi Gazalba menerusi buku Pandangan Islam Tentang Kesenian, menjelaskan bahawa seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok manusia mempunyai fitrah semula jadi yang cinta akan kesenian yang boleh memberi ketenangan kepada hati dan fikiran. Oleh itu

Page 40: Konsep Seni

manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cintakan sesuatu yang dapat memberi kepuasan hati melalui pancaindera rasa.

Konsep Kesenian Menurut Islam

Konsep kesenian menurut perspektif Islam ialah membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabadian diri kepada Alah s.w.t. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. Motif seni bermatlamatkan kebaikan dan berakhlak. Selain itu seni juga seharusnya lahir sebagai satu proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari dari batas-batas syariat.

Pandangan sesetengah orang bahawa kesenian tidak sesuai dengan tuntutan Islam dan syariat perlu ditinggalkan. Ini mencerminkan bahawa mereka tidak memahami hubungan kesenian dengan Islam. Ini kerana Islam bukanlah agama yang membicarakan soal agama sahaja malahan turut membicarakan seluruh aspek kehidupan manusia. Sebagai contoh, hadis Nabi S.A.W yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah itu maha Indah dan Dia sukakan keindahan. 

Ini menjelaskan kepada kita bahawa keindahan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam. Keindahan adalah suatu kesedaran dan kebenaran dalam penciptaan. Allah s.w.t. menyuruh hamba-Nya menikmati segala yang baik-baik dalam kehidupan di dunia. Seseorang itu menghalang perjalanan dan naluri semulajadi manusia yang diberi Allah s.w.t. jika ia tidak mempunyai kesedaran terhadap keindahan. Sifat kemanusiaan menjadi kurang jika tidak mempunyai kepekaan mengenai seni.

Bahkan, kesenian unggul dalam Islam sendiri terpancar pada Ummul Kitab (al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga peraturan hidup manusia.

Ciri-Ciri Kesenian Islam

1. Keindahan

Seni timbul hasil daripada fitrah manusia yang sukakan keindahan. Oleh itu, keindahan menjadi ciri utama kesenian dari perspektif Islam. Konsep keindahan bererti rasa yang menggembirakan, menyenangkan, memuaskan dan dihargai tanpa melangkah batas-batas syariat Islamiah.

Page 41: Konsep Seni

2. Berpaksikan Akhlak 

Apabila memperkatakan konsep seni pada perspektif Islam, kita tidak lari daripada membicarakan soal perkaitan di antara seni dengan akhlak. Seni dan akhlak adalah saling bersangkutan. Islam mahukan setiap seni yang dicipta itu mengandungi nilai-nilai mulia dan akhlak yang membentuk keperibadian positif manusia. Seni yang tidak bermoral harus ditegah kerana kesenian Islam hanya berpaksikan kepada nilai-nilai aqidah, syariat dan akhlak. Oleh itu karya seni Islam haruslah memiliki nilai-nilai murni yang melambangkan akhlak atau berbentuk neutral, bebas daripada nilai-nilai negatif.

3. Bersumberkan wahyu

Kesenian islam juga haruslah bersumberkan wahyu Allah s.w.t dan juga sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana setiap sesuatu yang bersumberkan kepada wahyu dan sunnah maka ianya akan bersesuaian dengan masa, tempat dan zaman. Ini bermakna, meskipun seni itu turut berkembang mengikut perubahan zaman, namun asas utama penciptaannya mestilah berpandukan garis panduan yang telah disediakan.

4. Kepelbagaian dalam kesatuan

Kesenian Islam dapat memberi sumbangan kepada kesatuan hidup seseorang umat. Kesatuan ini terbentuk dalam pekerjaan seharian, ketika berehat dan ketika berhibur. Dalam al-Quran, setiap perkataan merupakan satu unit yang terpenting bagi mendukung susunan dan makna ayat, keadaan ini sama halnya dengan seseorang individu Islam yang menjadi unit dalam kesatuan umat.

5. Hubungan antara Agama, Etika dan Estetika

Hubungan antara yang indah dengan yang baik bermakna hubungan antara agama, etika dan seni. Fungsi perhiasan adalah untuk keindahan manakala keindahan ialah akar kesenian. Jadi terdapat hubungan yang erat antara seni, etika dan estetika. Dengan lain perkataan, agama melahirkan seni manakala seni pula mestilah mempunyai etika yang mengikut garis panduan agama. 

Fungsi-Fungsi Kesenian Islam

1. Fungsi Spiritual 

Sayyid Hossein Nasr (dalam buku Spritual dan Seni Islam) memberi pandangan, dalam apa juga bidang sekalipun, seni Islam itu mestilah mempunyai fungsi spiritual yang dapat membimbing manusia supaya mengingati Allah s.w.t.. Dalam pandangannya itu beliau telah menegaskan: 

Page 42: Konsep Seni

“Seni itu tidak dapat memainkan suatu fungsi spiritual apabila ia tidak dihubungkan dengan bentuk dan kandungan wahyu Islam”. 

Beliau juga menghuraikan bahawa Islam terdiri dari beberapa aspek antara lain ialah syariah, tarekat dan hakikat. Hossein Nasr berpandangan syariat memain peranan penting dalam memberi latar dan persekitaran kepada seni Islam di samping menyediakan batas-batas tertentu atau garis untuk seni Islam itu. Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa syariat sememangnya tidak menunjuk secara khusus bagaimana mencipta seni Islam itu. Namun segala apa yang dihasilkan itu mestilah bertunjangkan al-Quran dan hadis serta sunnah Rasulullah. Dengan ini barulah seni itu dapat memainkan fungsinya sebagai penyuburan spiritual.

2. Kesenian meningkatkan aspek kerohanian. 

Kesenian Islam merupakan kesenian mukadas. Ia harus memiliki kekudusan mauduk. Kekudusan mauduk bermaksud kebenaran kerohanian yang dapat mempertemukan manusia dengan kehadiran alam semesta di mana tujuan estetika tidak terlintas di dalam fikiran penciptanya. Tetapi ia indah kerana kebenaran keruhanian yang dipancarkan. 

Kebenaran yang terkandung dalam ajaran wahyu dengan sendiri terdapat pada kesenian mukadas. Islam mengutamakan ajaran tauhid yang asli kerana itu ia menghindar dari sebarang pencemaran syirik, maka penggunaan mitos serta lambang-lambang tertentu yang memesongkan inti tauhid adalah dilarang. Di dalam kesenian mukadas, bukan saja perutusan atau isinya sahaja yang mesti suci, bentuk atau salurannya juga mesti suci. Matlamat tidak menghalalkan cara. 

3. Seni untuk mendidik

Kesenian Islam tidak bermotifkan hiburan semata-mata malah ianya menjurus ke arah mentarbiah masyarakat menjadi insan yang beriman, berakhlak, berilmu dan beramal soleh. Oleh itu, sesuatu itu bukanlah dianggap seni sekiranya ia tidak dapat menjalankan fungsinya untuk membimbing manusia ke arah yang lebih baik dan mengingati Allah s.w.t..

Sumber-Sumber Kesenian Islam

1. Al-Quran

2. As-Sunnah

3. Ijmak

4. Persekitaran setempat

Page 43: Konsep Seni

5. Budaya setempat

Contoh-Contoh Kesenian Islam

1. Seni bina

2. Seni ukir

3. Seni khat

4. Seni lukis

5. Seni muzik

6. Seni sastera

Artikel ini ditulis berdasarkan kefahaman penulis hasil rujukan daripada beberapa buku/rujukan. Walau demikian fakta yang diberikan mungkin hanya relevan semasa artikel ini ditulis. Bagi mengelakkan kesilapan fakta, pembaca diingatkan agar membuat rujukan daripada sumber-sumber terkini jika hendak menggunakannya sebagai bahan penulisan ilmiah.

http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/01/konsep-kesenian-islam.html

Page 44: Konsep Seni

Pandangan Tokoh-tokoh Barat, Timur dan Islam Tentang Seni dan KesenianSeni dan kesenian.

C) Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni

Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing.

Herbert Read dan Viktor Lowenfeld berpendapat Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari asoek motivasi, personaliti dan sebagainya.

Eisner ( 1967 ), Pendidikan Seni dan kreativiti bukanlah diperolehi secara mutlak, sebaliknya ia harus dipupuk melalui proses pembelajaran. Selain daripada itu, beliau juga berpandangan kreativiti dan kebolehan kanak-kanak adalah berbeza berdasarkan latar belakang dan pengalaman mereka. Berdasarkan kajian beliau, kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai kebolehan yang rendah berbanding dengan kanak-kanak sebaliknya.

Page 45: Konsep Seni

Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan kemanusiaannya, kebudayaan dan lain-lain altiviti yang berkai dengan kehidupan. Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi.

ii) Pandangan Barat tentang kesenian

Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ini adalah kesan yang timbul daripada samada sewaktu menghasilkan produk seni mahupun menikmati hasil seni. Kedua-dua pihak samada artis mahupun pemerhati seni akan merasai kesan-kesan tersebut.

Clive Bell ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa emosi yang dialami apabila menghayati sesebuah karya seni adalah emosi yang tersendiri dan berada di dalam alam yang asing.

Pada asasnya, menurut barat, seni adalah pernyataan dan teknik pembuatannya. Seni memberi bentuk tampak kepada bentuk yang terpendam, dipersembahkan di dalam bentuk imej yang dapat dilihat. Dalam kebudayaan manpun, perasaan dan fikiran dapat dilahirkan melalui seni. Seni merupakan intisari kemanusiaan lambang suatu kumpulan manusia dalam kebudayaannya.

Crose dan Collingwood ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa, karya seni itu suatu imej mental. Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal melalui bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati. Beliau sebenarnya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa seni adalah pernyataan rasa yang imaginatif. Ini adalah kerana beliau cuba membezakan seni dengan kraf. Kraf pada pandangan beliau merupakan aktiviti mengubah bahan mentah menjadi barangan dengan menggunakan kemahiran yang boleh dipelajari.

Konsep seni mempunyai pertalian yang erat dengan estetika. Menurut pandangan Barat, estetika bererti sesuatu yang berkaitan dengan pengamatanterhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan aspek kegunaannya.

Perkataan estetika mula digunakan oleh Baumgarten pada tahun 1735. Menurutnya, keindahan mestilah diasingkan daripada estetika kerana barang yang buruk boleh diterima dengan cara yang indah dan sebaliknya.

Kebudayaan Barat telah memisahkan seni dengan agama. Pemisahan ini wujud dengan lahirnya sekularisme. Lantaran itu, seni menjadi suatu yang bebas. Demi seni, semuanya dibolehkan sehingga

Page 46: Konsep Seni

melahirkan kepelbagaian aliran di dalam seni itu sendiri seperti ekspressionisme, kubisme, impressionisme dan sebagainya. (KESAN SEKULARISME)

Pandangan Tokoh Barat

a) Plato (347 SM)

- Lukisan adalah 3 kali terpisah daripada

kebenaran.

- Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada

kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan

keindahan.

- Dikatakan dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral.

- Mencipta sesuatu persekitaran yang berbudaya dan

meningkatkan perpaduan:

: Lukisan dibincang dengan konsep imitasi.

: Membandingkan lukisan dengan kebenaran.

: Pelukis meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.

b) Aristotle (384-322SM)

- pelukis tidak meniru tetapi memberi struktur bentuk kepada benda

alam, maka seni itu baik.

c) Pestalozzi (1746-1827)

- Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar seni sama ada

berbakat atau tidak, seni diberi penekanan kepada konsep

kepentingan aktiviti mata dan tangan.

- Kerja tangan atau kraftangan diajar dengan konsep sepanjang

hayat, aktiviti bercorak praktikal.

d) Herbert Read

Page 47: Konsep Seni

- Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkan

keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik.

- Seni alat untuk mendidik seseorang

- Seni boleh menyatukan semua Negara (pendidikan dan

pembentukan diri)

e) Frank Cizek ( 1865-1946)

- Seni sebagai satu peranan ekspresi bebas dalam

pendidikan .

- Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikut

pandangan mereka supaya tidak hilang kreativiti dan sifat

keperibadian diri.

-Seni mewujudkan suasana gembira, suka, riang,

minat untuk belajar dan memajukan diri.

f) John Dewey (1859 – 1952)

- Aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak.

- Memberi kebebasan kepada kanak-kanak menysun

pengalaman untuk mencerdaskannya. (kreativiti, pemikiran)

g) Walter Gropius

- Seni visual memberi faedah kepada kehidupan seharian

seperti dalam prinsip-prinsip rekaan dan nilai estetik bagi

menghasilkan barangan harian eg. Kerusi,meja dsb.

- Ianya mengabungkan seni, pertukangan, sains dan

teknologi.

h) Efland dan Laura H. Chapman

- Seni adalah untuk masyarakat

- Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi.

Page 48: Konsep Seni

i) Lansing

- Seni dapat mengembangkan potensi pemikiran, sikap dan

psikomotor.

j) June McFee

- Menekan kpd kesenian dan individu serta seni dalam masyarakat

warisan budaya.

k) Feldman

- Seni dan kebudayaan tunjang pembangunan seni manusia.

Sememangnya telah sekian lama mewarnai ketamadunan, peradaban dan kebudayaan manusia. Peredaran masa memperlihatkan perubahannya yang berkembang seiring dengan kehendak persekitaran dan naluri manusia itu sendiri. 

Lantaran itu, kita dapat melihat variasi dan kepelbagaian pandangan yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh seni seantero dunia. Kepelbagaian pandangan tersebut sebenarnya turut menjadi perencah di dalam mewujudkan kepelbagaian genre, aliran, teknik serta variasinya seni itu sendiri. 

Sejajar dengan peranan seni dan kesenian di dalam kaitannya dengan warisan dan kebudayaan masyarakat, pandangan tokoh-tokoh yang dilontarkan mencerminkan apa yang sebenarnya mampu diterjemahkan oleh seni dan kesenian itu sendiri di dalam masyarakat. 

Seni dan kesenian terlalu akrab dengan aspek keagamaan, sosial, politik, ekonomi serta kebudayaan sehingga para ilmuwan dalam setiap bidang tersebut turut terpanggil untuk membentuk seni dan kesenian yang sejajar aliran dan fahaman mereka.

i) Pandangan Islam tentang seni dan kesenian di dalam Islam

Sering kali timbulnya pertanyaan adakah kaitannya antara seni dengan agama Islam itu sendiri? Pertanyaan tersebut sebenarnya telah mengundang perdebatan demi perdebatan sejak berabad lamanya. Lalu, sebagai jalan keluar daripada polemik yang timbul, maka para seniman Islam telah

Page 49: Konsep Seni

mencipta suatu dimensi baru di dalam kesenian. Islam sebenarnya penuh dengan kesenian. Intipati kesenian islam adalah tauhid. Ia merupakan penyatuan, ketauhidan kepada Maha Pencipta. Kesan daripada ketauhidan tersebut lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang membentuk acuan yang tersendiri. 

Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara organik, yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-unsur alam. Jelasnya, kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di dalam konsep ‘ tauhid ’ itu sendiri. Bagi agama Islam, agama bukanlah kebudayaan. Setiap perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya bergerak selari dengan kehendak agama.

Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian Islam dengan bukan Islam. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam mementingkan estetika semata-mata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan keagamaan. Islam menuntut umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak Islam.

Pandangan Tokoh Timur dan Islam

a) Muslim

–Dalam kitab Al-Iman.

–Org yg mempunyai ilmu seni bertemu dgn objek alam s/jadi dapat mencipta suatu karya dan menghargai objek tersebut.

b) Pandangan Al-Ghazali

- Seni bersandarkan daripada Allah kpd Allah.

- Seni menuju kepada Al-Falah ( keredhaan Allah )

- Pemangkin kepada ketaqwaan ( tawaduk & beriman )

c) Sidi Ghazalba

- Seni tidak melampui batas kesusilaan

- Seni bertunjang daripada Allah kepada Allah

- Hasil seni itu bertunjang “mardatillah” ( diredhai Allah)

-Seni membentuk peribadi muslim

http://colourexist.blogspot.com/2010/01/pandangan-tokoh-tokoh-barat-timur-dan.html

Page 50: Konsep Seni