13
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th 13 th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 1 KONSEP PERKABUNGAN DAN TAKZIAH MENURUT PERSPEKTIF SYARAK * Muhammad Subari Ramli, Maffuza Salleh, Zulkifli Aini, Mohd Daly Daud, Rahmahtunnisah Hj Sailin, Md Rozalafri Johori, Sulaiman Salleh, Khairiamri Ahmad. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Jabatan Mufti Selangor [email protected] ABSTRAK Kajian ini akan membincangkan konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak dengan mengetengahkan definisi, konteks, amalan dan hukum berdasarkan dalil syarak. Turut disorot adalah upacara atau istiadat tertentu yang menjadi nilai sejagat dalam menzahirkan rasa simpati atau hormat terhadap mangsa musibah atau tragedi. Metod kajian ini lebih tertumpu kepada kajian kepustakaan dengan merujuk perbendaharaan teks fiqh klasik dan kontemporari. Metod komparatif juga digunakan sebagai bandingan antara konsep yang dianjurkan syarak dengan amalan yang tidak selari dengannya atau ritual agama lain. Kajian ini turut menyorot istiadat perkabungan yang disiarkan melalui media khususnya pada Hari Perkabungan Negara 22 Ogos 2014. Termasuk juga pengisytiharan kerajaan tentang beberapa ketetapan tertentu berkaitan perkabungan ini. Kata Kunci: Hari Perkabungan Negara, Ihdad, perkabungan, tafakur, takziah PENGENALAN Tahun 2014 seakan menjadi tahun kesedihan buat rakyat Malaysia. Pengisytiharan 22 Ogos 2014 sebagai Hari Perkabungan Negara bersempena ketibaan jenazah mangsa pesawat MH 17 ke tanah air telah membuka mata banyak pihak. Tragedi ini menambah lagi duka sedia ada dengan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 pada 8 Mac sebelum itu. Ini telah menjadi sejarah hitam industri penerbangan negara. Derita tragedi ini ditambah lagi dengan bencana banjir besar di Kelantan lewat tahun 2014. Rakyat Malaysia secara umumnya agak terkejut dengan insiden dan tragedi ini sehingga sebahagian besarnya bersimpati dan mengambil inisiatif membantu dari pelbagai sudut. Kerajaan Malaysia sedaya upaya menangani tragedi ini dengan dibantu oleh jentera pentadbiran kerajaan dan swasta. Antara yang menjadi tumpuan ialah aspek sokongan moral, spiritual, emosi dan psikologi terhadap pihak yang terlibat secara langsung dengan tragedi ini. Bantuan kaunseling, khidmat nasihat sosial dan rawatan trauma pasca bencana diberikan termasuklah pengisytiharan Hari Perkabungan Negara dan juga kempen bantuan kemanusiaan. Istiadat perkabungan melalui moment of silence, bertafakkur, bendera separuh tiang dan sebagainya menyerlahkan lagi motif memberi hormat dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang terlibat. Malah ia juga sebagai satu keresmian hubungan diplomatik antara negara.

konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak

  • Upload
    donhi

  • View
    283

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

1

KONSEP PERKABUNGAN DAN TAKZIAH MENURUT PERSPEKTIF SYARAK

* Muhammad Subari Ramli, Maffuza Salleh, Zulkifli Aini, Mohd Daly Daud,

Rahmahtunnisah Hj Sailin, Md Rozalafri Johori, Sulaiman Salleh, Khairiamri Ahmad.

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Jabatan Mufti Selangor

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini akan membincangkan konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak

dengan mengetengahkan definisi, konteks, amalan dan hukum berdasarkan dalil syarak. Turut

disorot adalah upacara atau istiadat tertentu yang menjadi nilai sejagat dalam menzahirkan rasa

simpati atau hormat terhadap mangsa musibah atau tragedi. Metod kajian ini lebih tertumpu

kepada kajian kepustakaan dengan merujuk perbendaharaan teks fiqh klasik dan kontemporari.

Metod komparatif juga digunakan sebagai bandingan antara konsep yang dianjurkan syarak

dengan amalan yang tidak selari dengannya atau ritual agama lain. Kajian ini turut menyorot

istiadat perkabungan yang disiarkan melalui media khususnya pada Hari Perkabungan Negara 22

Ogos 2014. Termasuk juga pengisytiharan kerajaan tentang beberapa ketetapan tertentu

berkaitan perkabungan ini.

Kata Kunci: Hari Perkabungan Negara, Ihdad, perkabungan, tafakur, takziah

PENGENALAN

Tahun 2014 seakan menjadi tahun kesedihan buat rakyat Malaysia. Pengisytiharan 22 Ogos

2014 sebagai Hari Perkabungan Negara bersempena ketibaan jenazah mangsa pesawat MH 17 ke

tanah air telah membuka mata banyak pihak. Tragedi ini menambah lagi duka sedia ada dengan

kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 pada 8 Mac sebelum itu. Ini telah menjadi

sejarah hitam industri penerbangan negara. Derita tragedi ini ditambah lagi dengan bencana

banjir besar di Kelantan lewat tahun 2014. Rakyat Malaysia secara umumnya agak terkejut

dengan insiden dan tragedi ini sehingga sebahagian besarnya bersimpati dan mengambil inisiatif

membantu dari pelbagai sudut.

Kerajaan Malaysia sedaya upaya menangani tragedi ini dengan dibantu oleh jentera pentadbiran

kerajaan dan swasta. Antara yang menjadi tumpuan ialah aspek sokongan moral, spiritual, emosi

dan psikologi terhadap pihak yang terlibat secara langsung dengan tragedi ini. Bantuan

kaunseling, khidmat nasihat sosial dan rawatan trauma pasca bencana diberikan termasuklah

pengisytiharan Hari Perkabungan Negara dan juga kempen bantuan kemanusiaan. Istiadat

perkabungan melalui moment of silence, bertafakkur, bendera separuh tiang dan sebagainya

menyerlahkan lagi motif memberi hormat dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang terlibat.

Malah ia juga sebagai satu keresmian hubungan diplomatik antara negara.

Page 2: konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

2

METODOLOGI KAJIAN

Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan menyorot data teks klasik dan

kontemporari untuk melihat konsep perkabungan, takziah dan amalan yang dianjurkan oleh

syarak. Memilih rujukan yang berkaitan bidang Tafsir, Hadis dan Fiqh yang mewakili mazhab-

mazhab fiqh sedia ada. Kebiasaannya isu perkabungan disusun dalam bab Talak (perceraian)

atau pengurusan jenazah termasuk juga hubungan sosial antara muslim dan Dzimmi. Rujukan

kontemporari disorot melalui himpunan fatwa tokoh fiqh semasa khususnya dari Timur Tengah

seperti Syeikh Muhammad Umar al-‘Uthaimin, Ibn Baz dan lain-lain. Laman sesawang agensi

berautoriti seperti JAKIM turut dijadikan rujukan alternatif dalam kajian ini.

Pemerhatian terhadap istiadat perkabungan yang disiarkan melalui media khususnya pada Hari

Perkabungan Negara 22 Ogos 2014 serta beberapa ketetapan yang dikeluarkan oleh Kerajaan

Malaysia turut menjadi fokus kajian ini. Kaedah perbandingan dilakukan secara umum antara

pendapat para ulamak mazhab, fatwa individu dan pihak yang berautoriti. Metod perbandingan

ini sangat efisien dalam memberi pandangan alternatif dalam bidang fiqh khususnya ketika

suasana semasa yang banyak berubah dan tidak lagi boleh konsisten dengan pandangan sesuatu

mazhab sahaja1. Metod ini jugalah yang banyak mengubah persepsi masyarakat terhadap

mazhab-mazhab lain yang sebenarnya lebih rajih (jelas) dan relevan dalam sesuatu isu.

ISTILAH PERKABUNGAN

Istilah perkabungan diambil dari kata dasar kabung iaitu sejenis kain lilit putih yang dipakai di

kepala sebagai tanda dukacita khususnya kerana kemangkatan raja atau sesorang2. Ia juga

dirujuk sebagai perihal, perlakuan atau keadaan berkabung yang memperlihatkan tanda-tanda

sedang berdukacita khususnya akibat kematian. Pengertian yang sama juga diguna pakai dalam

bahasa Indonesia sebagai rumpun bahasa yang sama3. Dalam konteks perkabungan negara pula,

ia biasanya dirujuk kepada kesedihan akibat kehilangan seseorang individu penting atau

kehilangan yang ramai dan dianggap mengesani masa depan negara tersebut4.

Menurut Syarak, Ihdad atau Hadad memberi makna perkabungan. Diambil dari perkataan arab

yang bermaksud memakai pakaian perkabungan yang dipanggil Hidad ) َحّد (5. Ia juga membawa

maksud meninggalkan perhiasan (berhias, bersolek, berwangian) dan memakai Hidad (pakaian

perkabungan berwarna gelap atau kusam)6 sebagai gambaran kepada kesedihan dan iddah

7.

Perkabungan lebih dirujuk kepada situasi isteri yang kematian suami. Al-Asqalani menyatakan

tentang perkabungan iaitu mengelak daripada sebarang bentuk perhiasan tubuh dan pakaian

termasuk wangian, menerima pinangan atau perkara-perkara yang mendorong kepada

1 Al-Asyqar, Sulaiman et.al (1996), Masail fi al-Fiqh al-Muqarin, Jordan:Dar al-Nafais, m.s 13 2 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), (2007), Kamus Dewan, Ed. 4, Cet. 2, Kuala Lumpur : DBP, m.s 649, lihat juga

Zainal Abidin Safarwan (1995), Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors, m.s 657 3 Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), www.kbbi.web.id

4 Lihat temuramah dalam BBC NEWS. 2104. Pakistan mourns after Taliban Peshawar school messacre. BBC

NEWS 17 Disember 2014. http://www.bbc.com/news/world-europe-31493764. dirujuk pada 23 Mac 2015 5 al-Ba’albakiy, Ruhi (1995), al-Mawrid, Beirut: Dar al-‘Ilm li al-Malayiin, m.s 455

6 Ibrahim Mustafa et.al (1989), al-Mu’jam al-Wasit, Istanbul : Dar al-Da’wah, m.s :160

7 Ibn Manzur, (1997), Lisan al-‘Arab, Beirut : Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabiy, jld. 3, m.s 82

Page 3: konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

3

perkahwinan selama tempoh 4 bulan 10 hari8. Ia merupakan satu amalan wajib yang dikira

sebagai ibadah, tanda dukacita dan penghormatan kepada si mati.

Sebahagian fuqaha berpendapat tentang Ihdad juga turut melibatkan kaum keluarga terdekat si

mati dengan tidak melebihi 3 hari9, namun ia masih menjadi polemik hukum di kalangan para

Fuqaha. Ia lebih merujuk kepada tempoh memulihara naluri kesedihan manusia dan kejutan

akibat kematian. Walaupun jelas penggunaan istilah perkabungan hanya dikaitkan dengan

kematian, namun penggunaannya dalam konteks syarak dan istilah melayu agak berbeza. Syarak

lebih fokus kepada isteri yang kematian suami atau kematian kerabat terdekat manakala istilah

melayu lebih merujuk kepada kemangkatan raja, ketua negara atau sesuatu tragedi yang

meibatkan kehilangan nyawa yang ramai.

ISTILAH TAKZIAH

Amalan takziah amat sinonim dengan suasana dukacita, musibah, kematian dan sebagainya sama

ada di peringkat diri sendiri atau pihak lain yang berkait dengannya. Kerana itu setiap individu

yang ditimpa musibah secara langsung atau mereka yang mendengar akan perkara musibah

tersebut, perlu beristirja’10

terlebih dahulu sebagai terapi jiwa dalam menerima ketentuan Allah.

Ia juga melambangkan kebersamaan iman dan kepercayaan, perkongsian emosi terhadap

kehilangan serta kesediaan bersama menerima realiti. Kalimah takziah memberi maksud

pernyataan turut bersedih oleh pihak ketiga yang tidak terlibat secara langsung dengan keadaan

tersebut atau belasungkawa11

. Perkataan ini dipinjam dari perbendaharaan bahasa arab ‘Azza’

() yang bermaksud sabar atas kehilangan. Ta’ziyyah () bermaksud Taqwiyyah ( )

iaitu menguatkan. Ia relatif dengan proses menguatkan jiwa individu yang terlibat dengan

musibah sehinga berasa terpujuk dan terleka dari merasai kesedihan tersebut12

. Al-Dardir

memberi takrifannya sebagai menasihatkan agar bersabar dengan menjanjikan pahala kebaikan

dari Allah serta mendoakan pihak yang terlibat13

. Manakala Ibn Qudamah mendefinisikannya

sebagai meringankan tekanan mereka yang terlibat, menunaikan hak-hak mereka dan

mendampingi mereka untuk tujuan tersebut.

HUKUM PERKABUNGAN

Syarak mengetengahkan isu perkabungan dan takziah sebagai suatu ibadah dan bukan sekadar

adat yang menjaga kepentingan sosial. Malah ia juga dikaitkan dengan adab dan akhlak mulia

ketika menghadapi situasi yang mendukacitakan. Berihdad bagi isteri yang kematian suami

8 Al-Asqalaniy, Ahmad bin Ali bin Hajar (2000), Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhariy, Cet. 3, Beirut : Dar al-

kutub al-‘Ilmiyyah, jld. 9, m.s.605, hadis no, 5335 9 Al-Gahamrawiy, Muhammad al-Zuhri (1993), Anwar al-Masalik Syarh ‘Umdah al-Salik Wa ‘Uddah al-Nasik,

Damsyiq: Dar al-Taba’ah, ms. 181 10

Melafazkan إنا هلل وإنا إليه راجعون bermaksud sesungguhnya kami ini milik Allah dan kepadaNya jugalah kami

kembali. Lihat Said Yusuf Mahmud Abu Aziz, (2010), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim li al-Usrah, Kaherah : Dar al-

Tawfiqiyyah li al-Turath, m.s :90 11

DBP (2007), Op.cit. m.s 1579 12

Al-‘Uthaimin, Muhammad bin Saleh, (2006), Ahkam al-Jana’iz, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, m.s. 362 13 Ibn Abidin, Muhammad Amin bin Umar, (2000), Hasyiah Ibn ‘Abidin Radd al-Muhtar Ala al-Dur al-Mukhtar,

Damsyik : Dar al-Thaqafah wa al-Turath , jld. 10, m.s 354

Page 4: konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

4

selama 4 bulan 10 hari adalah wajib. Penetapan hukum ini adalah berdasarkan dalil nas al-Quran,

hadis dan Ijmak14

.

Maksud firman Allah (ayat 234, surah al-Baqarah) : “….dan isteri-isteri yang kematian suaminya

hendaklah mereka menahan diri (ihdad) selama 4 bulan 10 hari”.

Hadis riwayat al-Bukhari15

;

Bermaksud : tidak boleh bagi seorang wanita yang mengimani Allah dan Hari Akhirat untuk

berihdad melebihi 3 hari melainkan ke atas kematian suami iaitu 4 bulan 10 hari.

Ijmak ulamak juga memuktamadkan hukum wajib berihdad kepada isteri yang kematian suami

selama tempoh tersebut tanpa sebarang pengecualian sama ada si isteri beragama Islam atau Ahli

Kitab, dewasa atau kanak-kanak, waras atau gila, merdeka atau hamba16

. Berdasarkan hadis ini

juga, terdapat sebahagian ulamak yang mengharuskan perkabungan kematian kerabat terdekat

selama 3 hari17

. Walaupun hukum ini tidak disepakati ulamak, namun dari sudut praktikalnya ia

menepati keperluan waris terdekat si mati (selain isteri) seperti ibubapa, anak dan adik beradik

dari sudut perkongsian emosi kesedihan, persiapan menampung kekurangan punca pendapatan,

lebihan tugasan dan tanggungjawab serta urusan-urusan lain akibat kehilangan luar jangka.

Haram berkabung melebihi tempoh tersebut18

berdasarkan maksud umum hadis sebelum ini.

Secara logiknya, tidak perlu memanjangkan tempoh kesedihan sedangkan kehidupan perlu

diteruskan tanpa si mati.

Tidak terdapat sebarang nas yang merujuk kepada hukum perkabungan lain selain daripada yang

dinyatakan sebelum ini. Sekiranya ada, itu adalah adat kebiasaan atau istiadat tertentu yang

khusus dan tidak boleh dianggap sebagai ibadah. Malah sebahagian ulamak berpendapat ia

adalah bid’ah dan diada-adakan19

. Perkabungan istiadat seperti yang berlaku hari ini (Istiadat

Perkabungan Diraja, kematian tokoh negara, Hari Perkabungan Negara) merupakan suatu yang

baru dan tidak terdapat dalam nas al-Quran atau Hadis. Ia lebih merujuk kepada adat setempat,

adat golongan tertentu atau keperluan politik dan diplomatik. Secara prinsipnya, ia sangat dekat

kepada hukum harus sepertimana kaedah Fiqh yang bermaksud “Asal bagi sesuatu itu adalah

harus”20

dan “Adat menjadi penentu hukum” 21

selagimana tiada nas yang melarangnya. Namun

begitu, ia perlu diikat dengan syarat- syarat lain yang mempunyai sandaran dalil.

14

Al-Jaziri, Abd al-Rahman, (1986), Kitab al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah, Cet.7, Kaherah : Dar Ihya’ al-

Turath al-‘Arabiy, jld.4, m.s. 532-539 15

Lihat al-Bukhari, hadis no.5335, Muslim (1486), al-Tirmizi (1195) 16

Abd al-Karim Zaydan, (1997), al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim fi al-Syaria’ah al-

Islamiyyah, Cet.3, Beirut : Muassasah al-Risalah, jld.4, m.s 221 17

Lihat al-Syarbainy, Syams al-Din Muhammad bin Muhammad al-Khatib, (1994), Mughni al-Muhtaj ila

Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jld. 5, m.s 104; Al-Ghamrawiy, (1993),

Op.cit, m.s. 181 18

‘Atiyyah Saqar, (2002), Fatawa wa Ahkam li al-Mar’ah al-Muslimah, Kaherah : Maktabah Wahbah, m.s 175 19

Ibid. 20

Al-Ahdal, Abd al-Hadi Dhiya al-Din Ibrahim Muhammad bin al-Qasim, (t.t), al-Aqmar al-Mudiah Syarh al-

Qawaid al-Fiqhiyyah, Kuala Lumpur : Fajar Ulung, m.s 89

Page 5: konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

5

HUKUM TAKZIAH

Hukum takziah pula adalah sunat yang sangat dituntut (Sunat Muakkad) sebagai tanda simpati

sesama ahli masyarakat apatah lagi jiran tetangga atau sahabat handai. Hadis Nabi menyebut22

:

Maksudnya : sesiapa yang mengucap/memberi takziah kepada orang yang ditimpa musibah,

maka ganjarannya sama sepertimana ganjaran kebaikan (orang yang ditimpa musibah tersebut).

Malah tiada halangan untuk mengucapkannya kepada pihak yang terlibat walaupun tidak

dikenali tanpa ada sempadan bangsa atau agama. Galakan ini termasuklah mengucapkannya

kepada sekalian ahli keluarga si mati tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan dengan

menjaga batas pergaulan. Malah disarankan agar memberi takziah kepada pihak yang paling

terkesan dengan kematian atau musibah tersebut23

. Sungguhpun begitu, syarak melarang untuk

memberi doa kebaikan atau mohon keampunan Allah sekiranya ucapan takziah ini ditujukan

kepada yang bukan muslim berdasarkan nas surah al-Tawbah ayat 113-114.

TEMPOH PERKABUNGAN

Tempoh Ihdad isteri yang kematian suami berlanjutan sehingga 4 bulan 10 hari dari tarikh

kematian. Tempoh ini adalah muktamad berdasarkan dalil al-Quran sebelum ini. Ihdad kematian

keluarga terdekat adalah selama 3 hari tanpa wajib mematuhi larangan sepertimana wanita yang

kematian suami. Cukup sekadar menzahirkan rasa dukacita atas kematian tersebut. Sebahagian

ulamak memberi status haram berkabung melebihi 3 hari atas kematian kerabat24

.

Hari Perkabungan Negara adalah satu pemasyhuran baru yang tidak pernah dilakukan sebelum

ini25

. 22 Ogos 2014 diisytiharkan oleh kerajaan Malaysia sebagai tarikh perkabungan nasional,

tanpa cuti umum atau cuti peristiwa. Tempoh ini tidak dipanjangkan untuk beberapa hari

seterusnya. Pengisytiharan ini juga bersempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 dari

Belanda yang disambut dengan penuh istiadat oleh pihak kerajaan melalui Angkatan Tentera

Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan lain-lain.

21

Al-Nadwiy, Abu Hasan ‘Ali, (1998), al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Cet. 4, Damsyiq: Dar al-Qalam, m.s 27 22

Al-Mubarakfury, Muhammad Abd al-Rahman bin Abd al-Rahim, (t.t) Tuhfah al-Akhwaziy, Beirut : Dar al-Kutub

al-‘Ilmiyyah, jld. 2, m.s 385, hadis no. 1789. 23

Al-Mawardiy, Abi al-Hasan Ali bin Muhammad bin Habib, (1994), al-Hawiy al-Kabir, Beirut : Dar al-Kutub al-

‘Ilmiyyah, jld. 3, m.s.65-66 24

‘Atiyyah Saqar, (2002), Op.cit. 25

Berdasarkan sorotan sejarah nasional dengan beberapa tragedi seperti tragedi pesawat MAS terhempas di Tanjung

Kupang Johor 1977, tragedi runtuhan Highland Tower 1992, beberapa bencana alam seperti tsunami, banjir besar,

kemalangan serta kemangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan sultan negeri-negeri,

tokoh negarawan dan sebagainya. Pengisytiharan ini juga merupakan yang pertama seumpamanya yang melibatkan

peringkat nasional untuk semua peringkat masyarakat awam. Hasan Mohd Noor dalam artikel “Perkabungan, Jalur

Gemilang, Melayu”, Utusan Online, 25 Ogos 2014, http//:ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/2014082

Page 6: konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

6

WAKTU DAN TEMPOH TAKZIAH

Ibn al-Naqib berpendapat sunat mengucapkan takziah dalam tempoh 3 hari dari tarikh

kematian26

. Walaupun tiada nas yang menyebut secara langsung berkaitan tempoh ini, para

ulamak mengintepretasi adat kebiasaan tentang tahap kesedihan yang kritikal adalah dalam

tempoh ini serta kelangsungan hidup yang perlu diteruskan tanpa memanjangkan kesedihan sedia

ada. Takziah kematian boleh diucapkan bermula sejurus selepas kematian sehinggalah hilang

tanda-tanda kesedihan di kalangan waris si mati. Sama ada sebelum atau selepas pengkebumian

tidaklah menjadi halangan mengucapkan takziah27

. Tidak terhad dalam tempoh 3 hari dari tarikh

kematian malah dibolehkan (harus) untuk mengucapkan takziah sejurus mendapat tahu berita

kematian tersebut walaupun ia telah lama berlaku. Memberi ucapan takziah selepas

pengkebumian adalah lebih afdal. Ini disebabkan pihak waris si mati yang berasa lebih sedih

sejurus pengkebumian kerana ia dianggap sebagai waktu perpisahan sebenar dengan si mati.

Tambahan pula, tempoh sebelum pengkebumian para waris akan sibuk untuk menguruskan

jenazah dan tidak sesuai mengucapkan takziah ketika itu akibat kesibukan mereka28

. Berdasarkan

objektif takziah adalah untuk meringankan tekanan, kesedihan dan kehilangan, adalah tidak

wajar malah makruh mengulang-ulanginya setiap kali bertemu khususnya apabila kesedihan dan

tekanan itu telah mula reda29

.

Paparan media khususnya media elektronik berkaitan tragedi MH370, MH17 dan Banjir Kuning

yang dibuat secara berkala dan konsisten dalam tempoh yang panjang adalah sesuatu yang boleh

dibahaskan. Walaupun liputan tragedi melalui berita, dokumentari, wawancara, sorotan sejarah

dan sebagainya dilakukan dengan mengambilkira faktor tumpuan penonton dan isu yang masih

“panas”, namun perlu diambilkira sensitiviti pihak waris yang sedang menanggung kesedihan

akibat tragedi ini. Ucapan takziah di media tidak perlu berlanjutan sehingga mengambil tempoh

berbulan-bulan lamanya kerana secara asasnya, tragedi ini telah diketahui umum dan tidak perlu

menambah trauma kesedihan yang sepatutnya semakin berkurang.

CARA IHDAD DAN BERKABUNG

Perlaksanaan ihdad menurut syarak adalah dengan mematuhi segala saranan dan larangan

sepanjang tempoh ihdad. Larangan yang paling asas ialah memakai perhiasan diri sama ada

dengan bermekap, berwangian, memakai pakaian yang bergemerlapan, berwarna-warni atau

cantik dan memakai barang kemas. Dalam konteks mengelakkan berhias melalui pakaian, warna

gelap atau kusam boleh digunakan. Selain itu, perhubungan sosial agak terhad ketika berihdad.

Tidak boleh keluar rumah sesuka hati tanpa keperluan khususnya menghadiri perhimpunan yang

bermotifkan leasure (santai) apatah lagi hiburan. Malah menghadiri kenduri-kendara juga boleh

dihadkan kepada wakil pengganti diri untuk mengelakkan fitnah. Kelonggaran hanya diberikan

dalam keadaan tertentu (darurat) seperti keselamatan yang tidak terjamin di rumah yang didiami,

keluar rumah kerana keperluan rutin seperti membeli makanan atau bekerja, mengelakkan

26

Dinukilkan oleh al-Ghamrawiy, (1993), Op.cit; lihat juga Ibn ‘Abidin, (2000), Op.cit, m.s. 355 27

Ibn Baz, Abd al-‘Aziz bin ‘Abdallah bin ‘Abd al-Rahman bin Baz, (2000), Majmuk Fatawa wa Maqalat

Mutanawwi’ah, cet.2, Riyadh: Dar Asda’ al-Mujtamak, jld.13, ms.379 28

Ibn ‘Abidin, (2000), Op.cit. m.s 604 29

Al-‘Uthaimin, (2006), Op.cit. m.s 364

Page 7: konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

7

bencana seperti kebakaran dan sebagainya30

. Dalam tempoh ini juga, si isteri tidak boleh

menerima sebarang bentuk lamaran perkahwinan apatah lagi mengemukakan tawaran lamaran31

.

Perkabungan dalam konteks amalan dan istiadat nasional di Malaysia seperti perkabungan Diraja

dan Hari Perkabungan Negara dilakukan mengikut istiadat tertentu. Secara prinsipnya, syarak

menetapkan agar perkabungan ini tidak menyerupai mana-mana ritual agama lain seperti

menyalakan lilin, meratap, mengenakan pakaian keagamaan tertentu, bacaan atau nyayian

khusus dan sebagainya32

. Ibrahim al-Dabbu menambah, malah mengiringi mayat seorang kafir

juga adalah dilarang dikhuatiri berlakunya Tasyabbuh bi al-Kuffar (menyerupai ritual agama

mereka)33

.

BENTUK DAN MEDIUM UCAPAN TAKZIAH

Ucapan takziah pada asasnya merupakan kaunseling kerohanian terhadap waris si mati. Dalam

sorotan hadis berkaitan ucapan ini, didapati bahawa sebahagiannya berkait dengan konteks

individu yang menerima ucapan dan keadaan kematian yang dihadapi. Sebahagian ucapan

takziah Nabi SAW secara langsung menyebut nama si mati, doa kepada si mati, doa kepada

warisnya dan sifat keagungan Allah SWT. Dengan ucapan bersifat kontekstual sebegini, maka

perlu keselarian antara pengamalannya dengan keadaan musibah kematian tersebut. Jangan

disebut sesuatu perkara yang tidak realistik dan boleh menambah lagi kesedihan mereka yang

menghadapinya. Semua ungkapan yang diucapkan menjurus kepada peneguhan emosi dan

psikologi sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW melalui hadis-hadisnya :

Bermaksud: sesungguhnya sesuatu yang diambil atau diberi itu semua milik Allah, semua

bagiNya ada tempoh yang tertentu, maka bersabarlah dan mengharaplah kebaikan daripadanya34

.

Begitu juga sabdanya:

Bermaksud : Semoga Allah memberkati kamu dengan apa yang berbaki (dalam milik kamu), dan

memberi kamu ganjaran atas apa yang telah pergi/musnah.

30

Al-Syawkaniy, Muhammad bin Ali, (2003), al-Darari al-Mudiyyah Syarh al-Durar al-Bahiyyah, Beirut : Dar

al-Kutub al-‘Ilmiyyah, m.s.228; al-Syarbainiy, (1994), Op.cit, m.s 107 31

Abd al-Karim Zaydan, (1997), Op.cit, m.s. 220 32

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Syams al-Din Muhammad bin Abu Bakr, (2005), Ahkam Ahl al-Dzimmah,

Kaherah:Dar al-Hadith, jld. 2, m.s 49533 Ibrahim al-Dabbu et.al, (2010), al-Islam wa Qadaya al-‘Asr, (t.tpt): Dar al-Makmun, m.s 171; Ibn Qayyim al-

Jawziyyah, (2005), Op.cit. m.s 495-497. 34

Lihat al-Bukhari, hadis no.80; Muslim., hadis no.636

Page 8: konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

8

Kesemua ungkapan takziah ini adalah doa yang mampu mengembalikan mereka yang ditimpa

musibah kematian ini kembali memahami realiti sesuatu sepertimana doa yang selalu diamalkan

ini;

Bermaksud : semoga Allah menggandakan ganjaran kamu, dan mengelokkan kesedihan kamu

dan Allah mengampuni kematian/ jenazah itu.

Ungkapan takziah dan doa ini diajukan langsung kepada waris si mati secara lisan, ditulis,

dipapar dan sebagainya. Pelbagai medium boleh digunakan untuk menzahirkan rasa kesedihan

bersama ini. Media percetakan, elektronik dan digital boleh digunakan untuk menyampaikan

mesej takziah. Para ulamak juga tidak menetapkan sesuatu tempat bagi mengucapkannya35

sama

ada di rumah, masjid, tempat kerja, jalanraya atau sebagainya.

HASIL KAJIAN

Berdasarkan sorotan ini, terdapat beberapa perkara yang boleh diketengahkan dalam isu

perkabungan dan takziah ini. Antaranya ialah:

1. Kalimah dan definisi perkabungan, ihdad dan takziah

Definisi perkabungan dalam bahasa Melayu adalah lebih umum berbanding makna Ihdad dalam

perbendaharaan Fiqh. Ini mungkin disebabkan amalan adat yang lebih awal diamalkan

berbanding amalan syarak yang sebenar. Adat perkabungan telah lama diamalkan oleh kerajaan

dan kesultanan Melayu36

sebelum kedatangan Islam dan ia menjadi kefahaman asas bagi

masyarakat setempat. Peminjaman atau pertindanan makna yang tidak sempurna antara kalimah

“perkabungan” dengan makna Ihdad serba sedikit mengelirukan kefahaman masyarakat. Adat

perkabungan DiRaja misalnya adalah sangat berbeza dengan perkabungan isteri yang kematian

suaminya. Adalah wajar untuk mempopularkan kalimah Ihdad untuk konteks perkabungan

seorang isteri atas kematian suaminya dan kalimah perkabungan untuk konteks selain itu. Karya

klasik fiqh pula hanya memperincikan maksud ihdad dalam konteks individual iaitu isteri yang

kematian suami atau individu yang kematian kerabat terdekat. Tiada andaian perkabungan dalam

konteks yang kolektif akibat tragedi atau bencana. Pemasyhuran nama Hari Perkabungan Negara

contohnya membawa kepada reaksi yang pelbagai sehingga sebahagiannya menganggap ia

sebagai penggunaan nama yang tidak wajar kerana bertentangan dengan maksud syarak.

Definisi takziah lebih mudah difahami dari sudut bahasa dan syaraknya kerana ia terus menjurus

kepada penzahiran rasa kesedihan atas musibah yang menimpa. Walaupun perkataan ini

dipinjam daripada bahasa Arab, namun dalam konteks masyarakat majmuk, perkataan takziah ini

telah difahami dan digunakan secara meluas tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

Pengamalannya dilihat sebagai satu toleransi, kesefahaman dan penghormatan kepada pihak

yang terlibat.

35

Ibn Baz, (2000), Op.cit, m.s.380 36

Muhammad Yusof Hasyim,(1989), Kesultanan Melayu Melaka, Korpus DBP

Page 9: konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

9

2. Realiti amalan ihdad, perkabungan dan takziah di Malaysia

a- Amalan Ihdad menurut syarak merangkumi larangan berhias pada diri dan pakaian serta

beberapa larangan lain yang menghadkan beberapa bentuk hubungan dan aktiviti sosial bagi

menjaga kepentingan dan kehormatan isteri si mati selama tempoh 4 bulan 10 hari. Namun

dalam konteks individu berkerjaya, seseorang balu atau janda masih perlu keluar bekerja dalam

tempoh berkabung sepanjang Iddah tersebut. Cuti ihsan yang hanya terhad pada 3 hari,

keperluan bekerja, polisi pentadbiran majikan serta pengurusan kehidupan harian telah memaksa

mereka keluar dari rumah. Malah sebahagian profesyen atau bidang kerjaya memerlukan

peragaan pakaian dan penampilan diri yang menonjol melalui pakaian khas, tatarias yang ceria,

komunikasi yang terbuka dan sebagainya. Perlu ada suatu bentuk kefahaman dan toleransi di

pihak majikan untuk mengurangi risiko pelanggaran hukum ihdad dengan memberi kelonggaran

dan kemudahan kepada pekerjanya khususnya berkaitan komunikasi dan penampilan.

b- Perkabungan ahli keluarga atau kerabat pula agak longgar dari sudut larangan-larangan yang

berkaitan dengannya, cukup sekadar menzahirkan suasana kesedihan yang sederhana berbanding

situasi si isteri yang kematian suami tadi. Tempoh 3 hari perkabungan ahli keluarga bukan

sesuatu yang wajib dilakukan, namun kebiasaannya ia diambil peduli oleh pihak waris atau

keluarga37

.

c- Amalan mengucapkan takziah kepada pihak terlibat sudah menjadi suatu norma masyarakat.

Namum pengucapannya hanya cenderung kepada kalimah takziah dan ditokok tambah dengan

nasihat bersabar atau bertenang. Agak janggal mengutarakan doa yang disebut secara Ma’thur

sepertimana yang diajarkan oleh Rasul Muhammad SAW. Oleh kerana itu, ucapan takziah yang

Sunnah dan lebih nilai kerohanian perlu dipopularkan. Pendedahan, didikan dan galakan perlu

dilakukan untuk mengamalkan Sunnah ucapan takziah yang sejajar dengan didikan syarak.

d- Larangan syarak tentang pakaian yang berwarna-warni, bergemerlapan dan menarik hanyalah

tertumpu kepada si isteri yang kematian suami, bukan kepada ahli keluarga, jiran atau mereka

yang menziarahi. Walaupun pakaian hitam atau warna kusam jelas kelihatan dalam tempoh ini,

ia bukanlah suatu adat rasmi. Sebaliknya, ia sekadar menzahirkan rasa sedih dan simpati. Syarak

tidak melarang keadaan ini kerana ia bukan suatu ritual khas agama lain malah ia selari dengan

nilai sejagat yang melihat warna hitam atau kusam itu suatu yang sedih, objektif dan tenang.

Tidak juga dianggap suatu kesalahan untuk menziarah kematian dengan memakai pakaian putih

atau selain dari warna hitam atau kusam38

.

e- Amalan membaca al-Quran, tahlil, doa dan kenduri arwah dalam tempoh perkabungan ini

menjadi polemik di kalangan sarjana agama berdasarkan kecenderungan mazhab dan pendirian

masing-masing. Sebahagian besarnya berpendapat ia diharuskan atas dasar ianya zikir, doa dan

sedekah yang mempunyai dalil umum dalam syarak. Manakala pihak yang menafikan

keharusannya pula berpegang atas asas ia bid’ah dan tiada dalil khusus yang mengharuskannya39

.

37

Abu ‘Ammar, Mahmud al-Misri, (2007), Fatawa al-Nas : Ahkam al-Solah, Kitab al-Jana’iz, Kaherah :

Maktabah al-Sofa, m.s. 786-787 38

Ibn ‘Abidin, (2000), Op.cit, m.s 356, lihat juga Abd al-Karim Zaydan, (1997), Op.cit, m.s 232 39

Abu ‘Ammar, (2007), Op.cit; Ibn Baz, (2000), Op.cit, m.s.378-382,

Page 10: konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

10

3. Amalan Hari Perkabungan Negara

Dalam konteks negara, Malaysia telah mengisytiharkan 22 Ogos 2014 sebagai Hari Perkabungan

Negara dengan beberapa simbolik perkabungan yang ditayangkan di media elektronik dan

dipaparkan di dada akhbar. Perspektif syarak melihat ini adalah sesuatu perkara yang baru dan

tidak terdapat nas khusus mengenainya. Ketetapan dan istiadat perkabungan pada hari tersebut

dibuat oleh pihak Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana

Menteri (JPM)40

.

a- Pengibaran bendera separuh tiang merupakan simbolik perkabungan yang universal dan

diamalkan oleh seluruh dunia. Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada

hari tersebut yang memberi simbolik rasa dukacita dan kehilangan di peringkat nasional.

Beberapa kedutaan negara luar di Malaysia seperti Amerika Syarikat dan Belanda turut

melakukan perkara yang sama pada hari berkenaan. Kedutaan Malaysia di India, Pakistan dan

Bangladesh turut mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda penghormatan. Istiadat ini

telah dilakukan oleh Belanda pada 23 Julai 2014 sebagai negara yang terlibat sama dalam tragedi

MH1741

.

b- Tafakkur Seminit dalam Moment Of Silence yang dilakukan secara berdiri diam dalam

pelbagai situasi seperti pertandingan sukan, persidangan rasmi dan sesi ucapan khas turut

memberi simbolik kesedihan dan penghormatan. Walaupun perkataan tafakkur dalam konteks

syarak membawa maksud tadabbur iaitu mengambil iktibar dari kejadian alam dan apa yang

berlaku, ia tidak bertentangan dengan realiti amalannya yang meminta setiap individu berhenti

sejenak dari kesibukan yang ada dan memikirkan tentang apa yang berlaku untuk iktibar dan

pengajaran42

. Konsep ini selari dengan hadis dan contoh yang dikemukakan oleh Baginda SAW

yang bangun ketika satu jenazah Yahudi diusung di hadapannya.

Maksudnya : Lalu satu jenazah di hadapan Nabi SAW lalu Baginda berdiri. Kemudian dikatakan

“itu jenazah yahudi.” Nabi SAW menjawab “bukankah ia juga satu jiwa (yang perlu dihormati).”

Namun dalam konteks yang lebih terperinci, diam sejenak atau tafakkur ini boleh diisi dengan

sesuatu yang lebih baik seperti bacaan doa, zikir dan al-Fatihah berbanding diam semata-mata.

c- Perbarisan hormat istiadat tentera disempurnakan oleh Bridged 12 Infantri Malaysia ketika

membawa dan mengiring jenazah yang sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

Lumpur (KLIA). Dari sudut pandangan syarak, perkara atau istiadat ini adalah sesuatu yang baru

dan dijadikan rasmi oleh pihak pemerintah. Sumber amalannya tidak dikaitkan dengan mana-

mana amalan ritual agama lain sebaliknya lebih kepada tanda toleransi, hormat dan simpati

kepada pihak yang terlibat sama ada individu, keluarga, lokaliti ataupun negara.

40

BHONLINE, 18 Ogos 2014, www.bharian.com.my/node/1247, dilihat pada 12 Okt. 2015 41

NBCNEWS.2014. http://www.nbcnews.com/storyline/ukraine-plane-crash/day-mourning-dutch-jet-crash-return-

home-n163016. Dilihat pada 13 Mac 2015 42

Tafakkur adalah perihal merenung memikirkan sesuatu dengan sungguh-sungguh, menumpukan segenap

perhatian dan fikiran kepada sesuatu, mengheningkan cipta . lihat DBP, (2007), Op.cit. m.s 1566

Page 11: konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

11

Walaupun ia suatu istiadat rasmi, namun perlu diambilkira satu saranan syarak yang

menganjurkan agar orang Islam perlu berjalan di hadapan jenazah bukan muslim jika

mengiringinya. Ini berdasarkan kebenaran Rasulullah SAW kepada seorang Sahabat bernama

Qays Ibn Syamas yang berhasrat menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani

dengan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat43

.

d- Warna hitam atau gelap menjadi warna pakaian rasmi perkabungan kepada pihak yang terlibat

secara langsung dengan majlis sambutan ketibaan jenazah termasuklah petugas media yang

membuat liputan. Kakitangan terlibat yang beragama Islam perlu memakai songkok tanpa lilitan

putih dan bagi wanita perlu berselendang hitam. Untuk masyarakat awam, diminta memakai

pakaian berwarna gelap dan dilarang memakai pakaian berwarna garang atau terang. Malah tema

warna gelap ini turut diserlahkan melalui cetakan hitam putih oleh semua akhbar tempatan

sebagai tanda perkabungan pada hari tersebut.

e- Semua acara dan program berbentuk hiburan ditangguhkan pada hari tersebut dan digantikan

dengan bacaan al-Quran dan program berbentuk keagamaan. Ketetapan ini mengesani beberapa

program seperti Karnival Transformasi Terengganu, perlawanan bolasepak Piala Malaysia,

rancangan-rancangan berbentuk hiburan di saluran radio dan televisyen. Turut mendapat liputan

media adalah perkabungan yang dilakukan oleh beberapa pengendali panggung wayang seperti

TGV Cinemas dan Golden Screen Cinemas (GSC) yang mengadakan sesi tafakkur sebelum

setiap tayangan bermula.

Namun begitu program berbentuk keagamaan yang menggantikannya di saluran penyiaran agak

terhad kepada ucapan takziah, bacaan al-Fatihah, surah Yaasin dan perbincangan agama dalam

bentuk forum dan diskusi. Selebihnya adalah sorotan berita dengan maklumat yang sama dan

berulang-ulang, liputan wawancara terhadap keluarga mangsa dan lain-lain. Perlu dipelbagaikan

pengisian program dan metod penyampaian khususnya maklumat keagamaan, zikir, motivasi

atau terapi, bacaan doa kepada jenazah muslim, penghormatan dan takziah kepada jenazah yang

bukan muslim dan sebagainya.

PENUTUP

Berdasarkan dapatan kajian ini, pengkaji menyarankan agar dibuat penambahbaikan khususnya

dari sudut penggunaan kalimah Ihdad dan perkabungan, variasi ucapan takziah, pengisian

tafakkur (Moment Of Silence) dan kepelbagaian pengisian program perkabungan di saluran

penyiaran. Usaha ini memerlukan sinergi dan kefahaman semua pihak khususnya pihak

berautoriti yang menentukan sebarang hukum, keputusan, prosedur dan istiadat, sama ada di

pihak kerajaan atau swasta, sektor media cetak dan elektronik serta lain-lain. Usaha ini perlu

digembleng bagi memastikan sesuatu pengisytiharan perkabungan itu difahami dan dapat

dilaksanakan tanpa melanggar mana-mana prinsip asas syarak serta mampu menjaga

kepentingan dan sensitiviti semua pihak khususnya keluarga pihak yang terlibat.

43

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, (2005), Op.cit, jld. 2, m.s. 434, Lihat juga Ibrahim al-Dabbu, (2010), Op.cit

Page 12: konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

12

RUJUKAN

Abd al-Karim Zaydan, (1997), al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim fi al-

Syaria’ah al-Islamiyyah, Cet.3, Beirut : Muassasah al-Risalah

Abu ‘Ammar, Mahmud al-Misri, (2007), Fatawa al-Nas : Ahkam al-Solah, Kitab al-Jana’iz,

Kaherah : Maktabah al-Sofa

‘Atiyyah Saqar, (2002), Fatawa wa Ahkam li al-Mar’ah al-Muslimah, Kaherah : Maktabah

Wahbah

al-Asqalaniy, Ahmad bin Ali bin Hajar (2000), Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhariy, Cet. 3,

Beirut : Dar al-kutub al-‘Ilmiyyah

al-Asyqar, Sulaiman et.al (1996), Masail fi al-Fiqh al-Muqarin, Jordan:Dar al-Nafais

al-Ba’albakiy, Ruhi (1995), al-Mawrid, Beirut: Dar al-‘Ilm li al-Malayiin

al-Gahamrawiy, Muhammad al-Zuhri (1993), Anwar al-Masalik Syarh ‘Umdah al-Salik Wa

‘Uddah al-Nasik, Damsyiq: Dar al-Taba’ah

al-Jaziri, Abd al-Rahman, (1986), Kitab al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah, Cet.7, Kaherah :

Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabiy

al-Mawardiy, Abi al-Hasan Ali bin Muhammad bin Habib, (1994), al-Hawiy al-Kabir, Beirut :

Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah

al-Mubarakfury, Muhammad Abd al-Rahman bin Abd al-Rahim, (t.t) Tuhfah al-Akhwaziy,

Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah

al-Nadwiy, Abu Hasan ‘Ali, (1998), al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Cet. 4, Damsyiq: Dar al-Qalam,

al-Syarbainy, Syams al-Din Muhammad bin Muhammad al-Khatib, (1994), Mughni al-Muhtaj

ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah

al-Syawkaniy, Muhammad bin Ali, (2003), al-Darari al-Mudiyyah Syarh al-Durar al-

Bahiyyah, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah

al-‘Uthaimin, Muhammad bin Saleh, (2006), Ahkam al-Jana’iz, Beirut : Dar al-Kutub al-

‘Ilmiyyah

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), (2007), Kamus Dewan, Ed. 4, Cet. 2, Kuala Lumpur : DBP

Ibn Abidin, Muhammad Amin bin Umar, (2000), Hasyiah Ibn ‘Abidin Radd al-Muhtar Ala

al-Dur al-Mukhtar, Damsyik : Dar al-Thaqafah wa al-Turath

Ibn Baz, Abd al-‘Aziz bin ‘Abdallah bin ‘Abd al-Rahman bin Baz, (2000 ), Majmuk Fatawa wa

Maqalat Mutanawwi’ah, cet.2, Riyadh: Dar Asda’ al-Mujtamak

Ibrahim al-Dabbu et.al, (2010), al-Islam wa Qadaya al-‘Asr, (t.tpt):Dar al-Makmun

Ibrahim Mustafa et.al (1989), al-Mu’jam al-Wasit, Istanbul : Dar al-Da’wah

Ibn Manzur, (1997), Lisan al-‘Arab, Beirut : Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabiy

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Syams al-Din Muhammad bin Abu Bakr, (2005), Ahkam Ahl al-

Dzimmah, Kaherah:Dar al-Hadith

Muhammad Yusof Hasyim,(1989), Kesultanan Melayu Melaka, Korpus DBP

Said Yusuf Mahmud Abu Aziz, (2010), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim li al-Usrah, Kaherah : Dar

al-Tawfiqiyyah li al-Turath

Zainal Abidin Safarwan (1995), Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributors

Page 13: konsep perkabungan dan takziah menurut perspektif syarak

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

13

BHONLINE, 18 Ogos 2014, www.bharian.com.my/node/1247, 12 Okt. 2015

BBC NEWS. 2104. Pakistan mourns after Taliban Peshawar school messacre. BBC NEWS 17

Disember 2014. http://www.bbc.com/news/world-europe-31493764.23 Mac 2015

JAKIM, e-portal www.jakim.gov.my

Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), www.kbbi.web.id. 23 Mac 2015

UTUSAN ONLINE, 25 Ogos 2014, Hasan Mohd Noor dalam artikel “Perkabungan, Jalur

Gemilang, Melayu”, , 25 Ogos 2014, http//:ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/2014082.

10 Okt 2015

NBCNEWS.2014. http://www.nbcnews.com/storyline/ukraine-plane-crash/day-mourning-dutch-

jet-crash-return-home-n163016. Dilihat pada 13 Mac 2015