6
Konsep Ijtihad Dan Fatwa Masa Kini Yang dimaksudkan dengan ijtihad dan fatwa semasa ialah ijtihad dan fatwa berasaskan fikah semasa , iaitu memahami hukum syarak berasaskan sumber-sumbernya secara terperinci. Ia bukan sekadar memahami atau mengulangikaji literature iaitu penulisan terdahulu sama ada klasik atau semasa tetapi melakukan penyelidikan sepenuhnya termasuk ulangkaji literature itu sendiri, perujukan kembali kepada nas-nas Al- Quran dan sunnah, juga kerja-kerja lapangan. Semuanya ini dilakukan mengikut lunas-lunas kaedah penyelidikan hukum Islam yang dikenali sebagai Usul Fikah. Dengan lain perkataan, Ijtihad semasa ialah penyelidikan secara serius dalam bidang hukum dan bukan sekadar merujuk hukum yang telah dirumuskan oleh para penyelidikan iaitu fuqaha terdahulu. Sesuai dengan inilah maka kata para fuqaha, ijtihad itu ialah menggunakan daya akademik yang maksimum dalam usaha memahami hukum Islam. Tanpa menafikan pengkategorikannya kepada berbagai-bagai kategori seperti Ijtihad mutlaq, Ijtihad Muntasib dan berbagai-bagai kategori lagi, secara umum dan bahasa yang lebih mudah ijtihad itu sendiri boleh disebut sebagai “penyelidikan hukum” dalam konsepnya yang luas. Hasil penyelidikan atau fikah semasa ini biasa disebut sebagai “ Hukum Islam Semasa” Apabila difatwakan ia disebut sebagai “Fatwa Semasa”. Ia bermaksud hukum atau fatwa yang mengambil kira perspektif semasa dan setempat dalm menentukannya termasuk soal-soal aplikasi dan sebagainya. Dengan kata lain, ia bukanlah hukum yang difahami terus daripada Al-Quran dan Sunnah, tetapi sebaliknya hukum yang dianalisis berasaskan

Konsep Ijtihad Dan Fatwa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Menerangkan serba sedikit konsep ijtihad dan fatwa dengan ringkas.

Citation preview

Page 1: Konsep Ijtihad Dan Fatwa

Konsep Ijtihad Dan Fatwa Masa Kini

Yang dimaksudkan dengan ijtihad dan fatwa semasa ialah ijtihad dan fatwa berasaskan fikah semasa , iaitu memahami hukum syarak berasaskan sumber-sumbernya secara terperinci. Ia bukan sekadar memahami atau mengulangikaji literature iaitu penulisan terdahulu sama ada klasik atau semasa tetapi melakukan penyelidikan sepenuhnya termasuk ulangkaji literature itu sendiri, perujukan kembali kepada nas-nas Al-Quran dan sunnah, juga kerja-kerja lapangan. Semuanya ini dilakukan mengikut lunas-lunas kaedah penyelidikan hukum Islam yang dikenali sebagai Usul Fikah.

Dengan lain perkataan, Ijtihad semasa ialah penyelidikan secara serius dalam bidang hukum dan bukan sekadar merujuk hukum yang telah dirumuskan oleh para penyelidikan iaitu fuqaha terdahulu. Sesuai dengan inilah maka kata para fuqaha, ijtihad itu ialah menggunakan daya akademik yang maksimum dalam usaha memahami hukum Islam. Tanpa menafikan pengkategorikannya kepada berbagai-bagai kategori seperti Ijtihad mutlaq, Ijtihad Muntasib dan berbagai-bagai kategori lagi, secara umum dan bahasa yang lebih mudah ijtihad itu sendiri boleh disebut sebagai “penyelidikan hukum” dalam konsepnya yang luas.

Hasil penyelidikan atau fikah semasa ini biasa disebut sebagai “ Hukum Islam Semasa” Apabila difatwakan ia disebut sebagai “Fatwa Semasa”. Ia bermaksud hukum atau fatwa yang mengambil kira perspektif semasa dan setempat dalm menentukannya termasuk soal-soal aplikasi dan sebagainya. Dengan kata lain, ia bukanlah hukum yang difahami terus daripada Al-Quran dan Sunnah, tetapi sebaliknya hukum yang dianalisis berasaskan metode penganalisaan hukum yang diperakui oleh Syariat Islam sendiri, iaitu yang dikenali dengan istilah hukum ijtihad.

Apa yang menjadi ukuran sama ada fikah berkenaan semasa atau tidak ialah data-data yang digunakan sama ada bersifat semasa atau sebaliknya. Begitu juga penganalisisan yang dibuat terhadap data-data berkenaan, termasuk pentafsiran nas Al-Quran dan sunnah berasaskan keilmuan semasa. Ini bukan bererti menolak hukum klasik,sebaliknya menambah input-input baru yang memperkukuhkan lagi penganalisisan hukum berkenaan hingga ia mengambil kira semua factor perkembangan semasa dalam masyarakat atau keilmuan berkenaan.

Dalam syariat Islam hukum biasa didefinisikan sebagai “ Arahan Allah ( Khatab Allah) yang berkait dengan perbuatan mukallaf ( af’al al-Mukallafin) . Ia mungkin diperoleh secara terus daripada nas-nas Al-Quran atau sunnah dengan menggunakan kaedah penganalisisan nas ( qawa’id al-tafsir) . Dalam keadaan ini ia disebut sebagai hukum mansus. Prinsip yang

Page 2: Konsep Ijtihad Dan Fatwa

digunakan dalam kaedah penganalisisan nas ini berasaskan kepada penganalisisan bahasa yang dikenali sebagai istidlal.

Mengikut kaedah penyelidikan hukum Islam iaitu Usul Fikah kalau nas khusus mengenai persoalan hukum berkenaan tidak ada, metode kedua perlu digunakan. Dalam istilah Usul Fikah metode ini dikenali sebagai qiyas. Berasaskan kaedah ini hukum masih lagi berasaskan kepada nas. Cuma pemakaiannya bukanlah secara langsung tetapi berasaskan kepada objektif hukum yang terdapat pada nas berkenaan dan kesesuaiannya untuk dipakai dalam kes yang menjadi tajuk persoalan berkenaan.

Di luar daripada batas-batas berkenaan, hukum ditentukan berasaskan sumber-sumber sekunder iaitu sumber bukan wahyu. Sumber-sumber seperti ini banyak berasaskan kepada rasional dan reality dan diterima sebagai sumber hukum berasaskan semangat bahawa Islam menerima kedua-duanya sebagai asas menentukan sesuatu asalkan tidak bercanggah dengan nas dan prinsip umum syariah. Biasanya sumber-sumber sekunder ini disebut oleh para fuqaha sebagai kepentingan umum (maslahah) ,budaya dan kebiasaan umum ( al-Urf wa al- adat) langkah pencegahan (sad al-dzara’i) syariat terdahulu (syar’ man qablana) dan sebagainya.

Tidak seperti hukum-hukum yang ditentukan secara langsung melalui nas, hukum-hukum yang berlandaskan sumber-sumber sekunder ini sentiasa terdedah kepada perubahan mengikut perubahan zaman dan keadaan.

Page 3: Konsep Ijtihad Dan Fatwa

Konsep Fatwa

Secara umumnya fatwa bererti kenyataan tentang hukum Allah oleh seseorang mufti. Kata para ulama, mufti ialah orang yang memberi fatwa tentang masalah yang berkait dengan hukum syarak. Untuk memberi fatwa mereka perlu mampu berijtihad atau melakukan penyelidikan secara ilmiah. Dalam bahasa yang mudah difahami sekarang, mufti perlu terdiri daripada kalangan ahli akademik yang berwibawa.

Bagaimanapun konsep ijtihad itu amat luas sekali. Paling tinggi ialah ijtihad mutlaq iaitu yang melibatkan teori original yang menyeluruh. Sementara yang paling rendah pula ialah ijtihad tarjih iaitu sekadar melakukan penelitian atau ulangkaji hasi penulisan (literature review) para fuqaha terdahulu yang sedia ada.

Dalam sejarahnya yang lama, ijtihad dan fatwa ini telah menempuh atau mengalami berbagai-bagai corak perkembangan, baik secara positif mahupun negatif. Sebenarnya ia dimulakan oleh Rasulullah SAW sendiri dan kemudiannya diwarisi dari zaman ke zaman sampailah ke hari ini.

Namun, apa pun juga perkembangan yang dialami fatwa hanya berlaku dalam dua format sahaja. Pertama, menerangkan hukum seperti mana yang jelas terdapat wahyu,iaitu nas al-Quran dan sunnah, dan keduanya pula menerangkan hukum berasaskan kepada ijtihad iaitu dalam kes-kes yang hukumnya tidak terdapat secara jelas daripada nas-nas al-Quran dan sunnah tadi.

Fatwa dalam format pertama tidak banyak menghadapi masalah, kerana rujukan secara jelas dapat dibuat kepada Al-Quran dan sunnah. Terutama pada zaman ini al-Quran dan sunnah mudah dirujuk,begitu juga tafsir al-Quran dan syarah hadis yang berautoriti (muktabar) semuanya sudah ada dalam bentuk tulisan yang bercetak. Apa yang perlu ialah pengetahuan tentang al-Quran dan sunnah serta kemahiran dalam melakukan ulangkaji terhadap pandangan para mufassirin dan syurrah,juga pandangan para fuqaha dalam tulisan masing-masing.

Apa yang menjadi persoalan ialah fatwa dalam format kedua, iaituyang berasaskan kepada ijtihad. Ia melibatkan persoalan-persoalan hukum yang tidak disebut secara jelas dalam al-

Page 4: Konsep Ijtihad Dan Fatwa

quran dan sunnah. Bagaimanapun, jawapan terhadapnya tidak boleh lari daripada kehendak al-Quran dan sunnah sahajalah yang merupakan sumber-sumber hukum.

Untuk lebih senang difahami situasi ini, baik sekali disebut di sini bahawa al-Quran dan sunnah pada keseluruhannya mengandungi idealisme pengajaran islam yang boleh difahami pertamanya melalui nas-nas yang terdapat didalamnya, dan keduanya melalui semangat keseluruhannya al-Quran dan sunnah itu sendiri. Untuk berijtihad idealisme ini perlu difahami betul-betul dan kemudian perlu direalisasikan dengan bijak dan tepat sesuai dengan reality semasa dan setempat yang menimbulkan persoalan tentang hukum berkenaan.

Kebijaksanaan dan ketepatan dalm usaha merealisasikan idealisme syariah dan reality hidup ini boleh diukur melalui kejayaan menyesuaikan idealisme yang komprehensif dan universal itu dengan reality hidup yang khusus dan terhad. Pada titik ini ijtihad-ijtihad yang dilakukan boleh menghasilkan natijah yang berbeza-beza dan tiada hasil ijtihad yang boleh bersifat kekal dan abadi, tetapi sebaliknya sentiasa terdedah kepada perubahan.