Konsep Dan Latar Belakang Seni Dalam Pendidikan

Embed Size (px)

Citation preview

KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKANDISEDIAKAN OLEH :

FATIHA BT AHMAD ZAINUL PARHIUNTUK PERHATIAN :

PN. RASHIHAH BT MUHAMMAD

PENGEN ALAN KONSEP

PENGENALAN KONSEP-Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kretivitinya. - Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. - Penggabungan 3 jenis seni yang terdiri dari seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh.

- Seni dalam pendidikan akan : menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran di sekolah menjadi lebih seronok. membantu anda memahami diri sendiri membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah memotivasikan anda sebagai guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional. Membantu perkembangan insan yang seimbang dan menyeluruh

MATLAMAT SENI DALAM PENDIDIKAN

Estetika yang tinggi Celik budayaMATLAMAT SDP

Imaginatif

Inovatif

Kritis

Kreatif

OBJEKTIF SENI DALAM PENDIDIKA N

Seni dalam pendidikan di sekolah rendah bertujuan untuk : menghargai keindahan ciptaan Tuhan memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan kerja. menjadikan seni dalam pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan.

ISU-ISU BERKAITAN SENI DALAM PENDIDIKA N

1.Penyerapan tiga dalam satu 2.Penerimaan seni dalam pendidikan di sekolah 3.Perlaksanaan di sekolah 4.Kekaburan matlamat dan objektif 5.Pertindihan subjek seni yang sedia ada 6.Masa interaksi guru bertambah 7. Mata pelajaran yang rileks

1. Penyerapan dalam satu - Pelajaran seni visual, seni muzik dan pendidikan jasmani digabungkan. 2. Penerimaan seni dalam pendidikan sekolah - Subjek ini digunakan untuk recover subjek peperiksaan kerana inginkan pencapaian UPSR yang cemerlang 3. Perlaksanaan di sekolah - Sebagai subjek yang diintegrasikan, guru cenderung untuk mengajar kepakaran seni sahaja.

4. Kekaburan malamat dan objektif -Terminologi dan laras bahasa Seni dalam pendidikan masih dalam konteks ingat-ingat lupa. 5. Pertindihan subjek seni yang sedia ada -Kedatangan seni dalam pendidikan seolah-olah membawa satu pertindihan aktiviti dan bidang yang diajar. 6. Masa interaksi guru bertambah -Guru mendapat tambahan waktu mengajar sedangkan sekarang ini mereka mempunyai jumlah interaksi mengajar yang maksimum 7. Mata pelajaran yang rileks - Tiada peperiksaan

PENDAPAT TOKOHTOKOH

Fox and Diffily (2000) - Golongan profesional mengenalpasti akan kepentingan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk perkembangan dalam semua bidang, sosioemosi-psikomotor dan perkembangan kognitif. Seni kreatif, seni muzik, drama, seni pergerakan dan seni visual adalah penting sebagai penyemai perkembangan di peringkat pendidikan awal kanakkanak.

Gibson (1996) - Pembelajaran kecerdasan emosi berkait rapat dengan cara penyampaian idea-idea dan perasaan masing-masing.Seni membantu dalam meluahkan perasaan dan emosi secara mendalam. Perasaan adalah subjektif seperti perasaan bahagia dan tidak bahagia. Perasaan merupakan satu cara untuk merangsang minda untuk mengenali fakta. Ini bermakna perasaan boleh ada makna- sesuatu yang mempengaruhi kita.

John Dewey - Fungsi seni adalah memimpin kanak-kanak kearah suatu fahaman tentang seni sebagai cara penyusunan pengalaman. Pendidikan adalah suatu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanakkanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk melatih kecerdasan fikiran melalui seni.

KEPENTIN GAN SENI DALAM PENDIDIKA N

1. Peranan ekspresi SDP menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti SDP memberi peluang untuk murid membina keyakinan, menajamkan ekspresi, meningkatkan kreativiti, dan meningkatkan nilai estetik.

Emosi

Ruang

Penglibatan diri

Muzik

Imaginasi

BENTUK EKSPRESI

Kinestetik

eranan Ekspresi dalam SMenggambarkan perasaan Menghasilkan idea Menghasilkan pngucapan lisan

Menghasilkan ekspresi bukan lisan

Menghasilkan reaksi

Menggambarkan emosi

2. Peranan Emosi -Emosi itu satu keadaan yang dialami oleh manusia melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Mohmood Nazar Mohammad (1991) (a)Kecerdasan emosi - Konsep IQ dan EQ : Intelligence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognitif sperti membaca. Menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. IQ dikaitkan dengan kejayaan, namun tidak semua yang mempunyai IQ tinggi berjaya dalam hidup. Perkembangan pesat dalam bidang sains otak mendapati emosi dapat mempengaruhi kecerdasan (EQ).

(b) Membina emosi yang sihat -Guru yang penyayang dan ceria -Tahap EQ guru yang membina EQ murid - Murid membina kemahiran emosi untuk memperoleh keputusan ujian atau peperiksaan. - Terdapat perhubungan yang rapat antara EQ dan tingkahlaku. -Murid yang menguasai kemahiran emosi lebih terhindar dari gejala sosial -Mereka lebih bekerjasama, suka menolong, boleh diharap dan berempati

(c) Cara Mengintegrasi Kecerdasan Emosi dalam Bilik Darjah -Setiap guru mengamalkan EQ semasa berinteraksi dengan murid - Bercakap tentang kepentingan emosi dalam setiap interaksi guru-murid - Menguasai kemahiran mengajar EQ - Menggunakan prkataan-perkataan yang berkaitan dengan perasaan -Mengunakan lagu-lagu yang berkaitan dengan perasaan - Menggunakan unsur puisi seperti sajak, pantun, syair dan cerita - Ada unsur kecindan - Mengucapkan perasaan terutamanya nilai murni dalam setiap interaksi.

3. Peranan Imaginasi -Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan : Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

-Menurut Russel (1968), matlamat guru sekolah rendah dalam proses p&p ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi bentuk tekstur dan irama. - Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Kebolehan kanak-kanak selari dengan perkembangan diri mereka. Kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan untuk mencipta sesuatu yang baru.

TAMA T