12

Konsep Asas Kepenggunaan - KonsumerKINI

  • Upload
    others

  • View
    36

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Konsep Asas Kepenggunaan - KonsumerKINI
Page 2: Konsep Asas Kepenggunaan - KonsumerKINI

2 •

Konsep Asas Kepenggunaan

DEFINISI KEPENGGUNAAN

Istilah kepenggunaan, berasal daripada perkataanInggeris “Consumerism” yang mempunyai dua maknayang berbeza.

Second College Edition, Webster’s New WorldDictionary (1972) pertamanya menakrifkankepenggunaan sebagai amalan dan polisi melindungipengguna dengan menyedarkan mereka terhadapbarang yang rosak dan tidak selamat, amalanperniagaan curang, iklan yang mengelirukan,pengabaian birokrasi dan sebagainya.

Takrifan kedua pula, kepenggunaan adalah penggunaanmakanan dan barang.

PenasihatY.Bhg Datuk Marimuthu NadasonPresiden, Gabungan Persatuan-PersatuanPengguna Malaysia

Ketua Sidang PengarangMohd Yusof Abdul Rahman

Timbalan Ketua Sidang PengarangSiti Rahayu Zakaria

Sidang PengarangYu Kin Len, Pusat Penyelidikan dan Sumber PenggunaFoon Weng Lian, Forum Air MalaysiaMohana Priya, Persatuan Pengguna Standard MalaysiaBahagian Gerakan Kepenggunaan, KPDNKKBahagian Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia

Sidang RedaksiGenerasi Pengguna merupakanterbitan usahasama KementerianPerdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) dan FOMCA. Iaditerbitkan setiap bulan khususuntuk Kelab Pengguna Sekolah.Edaran naskhah adalah percuma.

EditorGENERASI PENGGUNANo 1D-1, Bangunan SKPPK,Jalan SS 9A/17,47300 Petaling Jaya, Selangor.Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076Email : [email protected]

Kementerian Perdagangan DalamNegeri, Koperasi dan KepenggunaanNo 13, Persiaran Perdana, Presint 2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62623 Putrajaya.Laman web : www.kpdnkk.gov.myHotline : 1-800-886-800Tel : 03-8882 5500Faks : 03-8882 5762

CetakanPercetakan Asas Jaya (M) Sdn BhdNo. 5B Tingkat 2, Jalan Pipit 2Bandar Puchong Jaya,47100 Puchong JayaSelangor Darul Ehsan

kepenggunaan

Perkataan kepenggunaan berasal daripada kata dasar“guna” yang turut menjadi kata dasar bagi istilahpengguna. Kamus Webster menakrifkan sepertiberikut:- menggunakan, berbelanja secara boros,makan dan minum, gelojoh, menerima apa sahaja dansebagainya.

Definisi Pengguna

Webster’s New World Dictionary menakrifkan istilahpengguna sebagai seseorang atau benda yangmenggunakan secara khususnya, seseorang yangmembeli barang dan menggunakan perkhidmatan untukkegunaan sendiri, bukan untuk dijual semula ataumenggunakannya bagi tujuan pengeluaran sesuatubarang yang lain untuk dijual.

ASAS KEPENGGUNAANASAS KEPENGGUNAANASAS KEPENGGUNAAN

Bil. 1, Edisi September 2011

Page 3: Konsep Asas Kepenggunaan - KonsumerKINI

• 3

Akta Perlindungan Pengguna 1999, menakrifkanpengguna sebagai orang perseorangan yang terlibatdengan pembelian barang atau perkhidmatan untukkegunaan sendiri. Akta ini tidak terpakai jika pembelimembeli barang-barang atau perkhidmatan untuktujuan perniagaan.

KONSEP PENGGUNA

• Kepenggunaan merujuk kepada seseorang.Semua pengguna adalah sama tanpa mengirakedudukan dan status seseorang. Ahli perniagaanjuga merupakan pengguna. Seseorang ahliperniagaan memainkan dua peranan. Sebagai ahliperniagaan, ia merupakan pembekal barang danperkhidmatan. Sebagai pengguna, ia merupakanpengguna barang, perkhidmatan dan alam semulajadi.

• Semua orang menggunakan barang, perkhidmatandan sumber semula jadi. Untuk mendapatkankualiti hidup yang sihat, seseorang mempunyaihak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihatdan bersih.

• Tujuan penggunaan adalah untuk mendapatkankepuasan bagi keperluan dan kehendak dalammenjalani kehidupan yang selesa secarakeseluruhan. Sekiranya barang yang digunakanitu diberikan secara percuma, tetapi penggunamasih berhak untuk menggunakan barang danperkhidmatan yang selamat dan memuaskan bagimenjamin kehidupan yang selesa.

PENGGUNA BIJAK

Seseorang yang berupaya untuk mendapatkanbarangan dan perkhidmatan yang terbaik yangdiperlukan oleh mereka dengan harga yang palingberpatutan.

Pengguna bijak tidak akan terpengaruh dengan mudahdengan pelbagai bentuk promosi dan iklan barang atauperkhidmatan. Pengguna bijak akan melibatkan diridalam kegiatan kepenggunaan dan bekerjasamadengan semua pihak yang terlibat bagi menjaminkesejahteraan pengguna. Program-programkepenggunaan dapat melahirkan pengguna bijakmelalui pelbagai cara termasuk pendidikan penggunayang formal dan bukan formal serta melalui mediamassa.

Untuk mendapatkankualiti hidup yang

sihat, seseorangmempunyai hak

untukmendapatkanalam sekitar

yang sihat danbersih.

• 3

PenggunaindustriPihak yang membelibarang atauperkhidmatan untuktujuan pengilanganatau pembuatan lain,yang kemudiannyaakan dijual kepadapengguna biasa.Pengguna industribiasanya mahir tentang barang sertaperkhidmatan yang dibeli dan digunakanberbanding dengan pengguna biasa.

Pengguna biasaPengguna yangmembeli sesuatubarang untukkegunaan sendiri.Biasanya penggunabiasa mudah untukterancam dengantindak tandukpeniaga. Inidisebabkan olehpengguna biasatidak begituberpengetahuantentang barang danperkhidmatan yang hendak dibeli.

Jenis-jenis Pengguna

Page 4: Konsep Asas Kepenggunaan - KonsumerKINI

4 •

Apakah itu PerancanganKewangan?

Mari sama-sama kita fikirkan senario ini. Sekiranyaanda ingin mencapai kejayaan dengan mendapatkepujian semua A dalam SPM, apakah yang anda akanlakukan?a) Membuat latihan sekerap mungkinb) Menghadiri kelas tambahanc) Membuat perbincangan bersama-sama guru dan

rakan

Ternyata banyak usaha yang perlu dilakukan untukmencapai kejayaan tersebut. Begitu juga denganperancangan kewangan, anda perlu membuatkeputusan yang tepat dan memikirkan langkah-langkahyang wajar untuk mencapai impian dalam perancangankewangan, sama ada prosesnya dalam jangka masapendek, sederhana atau panjang. Rahsianya, andaperlu mengetahui di manakah anda berada sekarang,hendak ke manakah anda pada masa hadapan danbagaimana untuk sampai ke sana.

Dalam perancangan kewangan, anda perlu melihatbagaimana untuk menyediakan belanjawan, menabungdan membelanjakan wang anda sepanjang masa.

5 langkah dalam proses perancangan kewangan:-• Menilai kedudukan kewangan anda sekarang.• Menetapkan matlamat kewangan.• Menyediakan pelan kewangan.• Melaksanakan pelan tersebut.• Memantau dan menilai semula.

• Menilai kedudukan kewangan – mengenalpasti jumlah wang saku atau sumber pendapatananda secara bulanan. Contohnya, anda menerimawang saku RM3 sehari x 25 hari persekolahan =RM75 sebulan.

• Menetapkan matlamat kewangan –mencatatkan matlamat yang anda impikan ataulaksanakan dengan wang saku yang diperolehi.Contohnya:

kewangan

PERANCANGANKEWANGAN

4 •

Matlamat

1) Beli buku rujukan

2) Peralatan sukan

3) Komputer riba

Harga

RM20

RM150

RM2,000

Tempoh

Masa Pendek (tempohkurang dari tahun)

Masa Sederhana(tempoh 1 - 3 tahun)

Masa Panjang (lebihdaripada 3 tahun)

• Menyediakan pelan kewangan – Untukmenetapkan matlamat kewangan, andamemerlukan bajet atau perancangan bagi

Page 5: Konsep Asas Kepenggunaan - KonsumerKINI

• 5

mencapai impian anda. Berdasarkan jumlah wangsaku RM75 sebulan, anda perlu mengkategorikanjumlah perbelanjaan seperti tambang bas,makanan, aktiviti bersama-sama rakan dan lain-lain. Bajet yang anda lakukan ialah jumlahanggaran untuk kategori yang telah ditetapkan.

Catatkan jumlah yang perlu disimpan untukmencapai matlamat kewangan anda sepertidinyatakan pada 1,2,3 di atas.

• Melaksanakan pelan – Anda perlumelaksanakan bajet yang telah anda tetapkan.Bajet ini perlu dibuat pada hujung bulan, iaitusebelum anda mendapat wang saku daripada ibubapa untuk bulan hadapan. Begitu juga sekiranyaanda mendapat wang saku secara harian. Andaperlu mencatatkan setiap sen atau ringgit yanganda belanjakan dan kirakan jumlah perbelanjaansebenar anda pada hujung bulannya.

• Memantau dan menilai semula – Anda perlumemastikan bajet ini diteruskan dari bulan kebulan. Sekiranya pada bulan tertentu, anda tidakdapat membuat simpanan seperti yang diimpikan,contohnya RM15. Berkemungkinan anda perlumenilai semula mana-mana kategori bajet yangboleh dikurangkan seperti makanan dan belianperalatan sekolah. Sentiasa teruskan usaha untukmencapai ketiga-tiga impian yang telah andacatatkan. Jangan putus asa!

Masa : 15 minitKesesuaian lokasi : Dalam kelas atau kawasanlapang.

Langkah-langkah :

a) Peserta dibahagikan kepada beberapakumpulan dan namakan setiap kumpulandengan nilai RM atau sen.

Contohnya: kumpulan A bernilai RM1,kumpulan B bernilai RM0.90 sen, kumpulanC bernilai RM1.20, kumpulan D bernilaiRM0.70 sen dan kumpulan E bernilaiRM0.40 sen.

b) Setiap peserta perlu mengingati nilai yangdiberikan dan tidak semestinya merekaberada di dalam kumpulan masing-masing.

c) Reka satu situasi atau cerita seperti contoh;“Saya ingin membeli lobak merah 1 kilogramdan saya perlukan RM2.30”. Semua pesertaperlu mencari peserta daripada kumpulan lainuntuk menjadikan jumlah kumpulan barumereka kepada RM2.30.

d) Peserta yang tidak berjaya mendapatkan nilaitersebut akan dikeluarkan daripadapermainan ini.

e) Anda boleh menukar nilai harga tersebut,tetapi prinsip pemainan masih sama.

Selamat Bermain !!!

PPPermainanermainanermainanMesinMesinMesinTTTunaiunaiunai

aktiviti kelas

Perancangankewangan hanyaakan berjayasekiranya andabenar-benarpatuh dan displinuntukmelaksanakannya.

• 5

Contoh Bajet

Jumlah Pendapatan sebulan

Tambang Bas = RM1 x 25 hari Makanan = RM1 x 25 hari Peralatan Sekolah

Jumlah bajet

Anggaran Simpanan anda sebulan

Bajet Anggaran

RM75

RM25RM25RM10

RM60

RM15

Perancangan kewangan akan memberi dorongan yangkuat untuk menyusun atur kehidupan yang andaimpikan.

Page 6: Konsep Asas Kepenggunaan - KonsumerKINI

6 •

PERWAKILANPENGGUNA

Standard boleh didefinisikan sebagai spesifikasi,peraturan dan garis panduan. Standard membantuuntuk menjelaskan sesuatu piawaian, memberipanduan dan juga mengawal proses atau aktivitidalam kehidupan seharian. Standard adalah satusumber yang berharga bagi seluruh dunia dan prosesstandardisasi memainkan peranan yang penting darisegi ekonomi. Pada masa kini terdapat lebih kurangsetengah juta standard telah diterbitkan di seluruhdunia yang telah dihasilkan oleh lebih kurang 1,000buah organisasi di seluruh dunia.

Standard dibangunkan oleh industri dan badan-badankerajaan di Malaysia mahupun peringkatantarabangsa. Terdapat banyak standard bagipelbagai bidang, dan jumlah ini sentiasa meningkatdari semasa ke semasa.

Kehadiran standard boleh dilihat pada hampir semuaproduk, proses dan perkhidmatan termasukperumahan (kod bangunan), makanan (organik,kebersihan dan saiz tin), pakaian (saiz, label),perkakas rumah (keselamatan, penggunaan tenagadan kebolehpercayaan), perkhidmatan pelanggan(perlindungan maklumat peribadi) dan lain-lain lagi.Standard antarabangsa dan kebangsaan yang efektifmembawa kebaikan kepada pengguna dan turutmembantu meningkatkan ekonomi Negara.

Perwakilan Pengguna

Perwakilan pengguna mengambil bahagian dalamjawatankuasa dasar dan penasihat badan-badanstandard kebangsaan dan antarabangsa sertamewaki l i kepentingan pengguna dalampembangunan standard.

Pihak penguatkuasa mengiktiraf penglibatanperwakilan pengguna apabila organisasi yangmendraf standard memastikan bahawa terdapatminat yang seimbang daripada semua pihak yangberkepentingan dan standard yang dibangunkantersebut menyokong polisi awam.

Pihak industri pula mengiktiraf bahawa perwakilanpengguna boleh meningkatkan penerimaan standarddan memastikan standard tersebut sesuai dengankehendak pengguna yang membeli.

Penglibatan pengguna dalam sistem standard akanmempunyai kesan secara langsung dan cepatberbanding dengan melobi kerajaan untuk melakukanperubahan di dalam perundangan.

Tanggungjawab utama perwakilan pengguna adalahuntuk menyuarakan pendapat pengguna dan hal-halberkaitan dalam proses pembangunan standard.Individu menjadi wakil pengguna melalui beberapacara iaitu:-

a) Dicadangkan oleh orang lain

b) Terlibat dalam organisasi dan aktiviti yangberorientasikan pengguna

c) Memohon kepada badan standard sendiri.

Untuk menyuarakan pendapat pengguna secaraefektif, perwakilan pengguna haruslah komited,terlibat secara aktif dan mendapat persetujuansebulat suara dalam kalangan ahli jawatankuasa.

standard

Apa ituApa ituApa ituApa ituApa itu

?

6 •

Page 7: Konsep Asas Kepenggunaan - KonsumerKINI

• 7

TEKA SILANG KATA TERSEMBUNYIKebaikan Standard

Standard memberikan pengguna lebih pilihandengan membolehkan produk sesebuah syarikatdiganti atau digabung dengan produk syarikatyang lain. Ini dipanggil “saling beroperasi” dan“saling tukar ganti”. Standard harus mempunyaiciri-ciri berikut supaya lebih dipercayai:-

a) Pembangunan standard harus di bawahpengawasan badan yang diiktiraf.

b) Proses pembangunan standard harusterbuka untuk menerima input- inputdaripada pihak-pihak yang berkepentingan.

c) Standard yang dibangunkan harusdidokumenkan dan mudah diperolehi olehorang awam.

d) Harus terdapat kaedah untuk memantaudan mengesahkan bahawa organisasi-organisasi mematuhi standard. Arahan :

Sila jawab soalan di bawah dan tandakan jawapan diruang petak di atas.

1. Untuk menguruskan kewangan yang terbaik, andaperlu menyediakan ………

2. Ali ingin membeli kereta secara sewa beli, beliautelah ke bank untuk memohon……..

3. Tanda yang perlu ada pada semua peralatanelektrik.

4. Semua hidupan termasuk hidupan di daratan dandi lautan dikenali sebagai…..

5. Salah sebuah badan NGO yang aktif di Malaysiadan berpusat di Petaling Jaya.

6. Sebelum membeli pengguna perlu memastikan……………… yang dipamerkan pada produktersebut.

7. Hutang juga dikenali sebagai ……8. Agensi kerajaan yang bertujuan melindungi

kepentingan pengguna di Negara ini.9. Perlindungan diri daripada aspek kewangan dan

perubatan untuk masa hadapan.10. Spesifikasi, peraturan dan garis panduan juga

dikenali sebagai…

Jawapan :1.Bajet2.Pinjaman3.SIRIM4.Populasi5.FOMCA

6.Label7.Liabiliti8.KPDNKK9.Insuran10.Standard

Tahukah Anda?

Standard membolehkan pengguna memilihproduk yang selamat, mudah digunakan, tahanlama dan sesuai untuk diri mereka.

Televisyen dibuat di Malaysia yang mempunyaitanda MS dan SIRIM adalah berkualiti.

• 7

Page 8: Konsep Asas Kepenggunaan - KonsumerKINI

8 •

Malaysia merupakan negara malar hijau yangterletak di garisan Khatulistiwa dan dikurniakansumber semula jadi yang kaya. Sumber-sumberini terdiri daripada pelbagai spesis flora danfauna, bahan mineral dan galian, tanah yangsubur, sumber air yang mencukupi dan bersih.Malaysia adalah tuan rumah kepada salah satuhutan hujan tropika yang tertua di dunia, iaitusebanyak 62.3% ataupun 20,456,000 hektarkawasan Malaysia adalah hutan.

Hutan merupakan kawasan tadahan air semulajadi. Ia merupakan sumber air yang utama danpenting kepada hidupan-hidupan liar danmanusia. Air yang mula-mula mengalir dari hilirsungai sangat bersih dan boleh menampungkeperluan bagi pelbagai kehidupan dalam air.Namun begitu kualiti air akan semakin merosotapabila ia mengalir ke kawasan hulu sungaidisebabkan oleh pelbagai faktor.

Sementara itu, alam sekitar juga merupakanhabitat bagi semua hidupan di dunia ini. Sektorpelancongan dan perhutanan boleh berkembangdengan pesat dan menjana ekonomi negarasekiranya kemampanan alam sekitar terjamin.Tanpa pengurusan penggunaan sumber-sumberalam sekitar yang baik dan terancang, makakemampanan alam sekitar tidak dapat terjamindan boleh menimbulkan pelbagai masalahkepada manusia.

Dengan berbekalkan sumber-sumber asli yangkaya itu, ekonomi negara semakin pesatmembangun dan kukuh. Taraf kehidupan negarajuga semakin meningkat dan segala keperluanasas boleh diperoleh dengan mudah sekali.Namun, keadaan ini telah mendorong sikap-sikapyang tidak bertanggungjawab seperti pembaziranmakanan dan sikap tidak prihatin terhadapkebersihan di kawasan sekeliling.

Perubahan iklim, kekurangan sumber air bersihdan pemusnahan hutan merupakan isu-isu alamsekitar yang hangat dibincangkan di seluruhdunia. Perkembangan pesat ekonomi dunia danpenemuan sumber bahan api yang murah sepertiminyak telah menyumbang kepada pembebasangas karbon dioksida yang berlebihan ke atmosferasehingga menyebabkan pemanasan global..Kawasan-kawasan hutan yang berfungsi untukmenyerap gas-gas karbon dioksida ini semakin

berkurangan akibat pemusnahan hutan yangberleluasa. Tanpa kawasan-kawasan hutan ini,pemanasan global menjadi semakin tidakterkawal. Ini mendorong kepada kejadianperubahan iklim.

Isu perubahan iklim yang disifatkan sebagaibencana buatan manusia ini bakal menggugatkelangsungan hidup manusia di muka bumi iniharus ditangani dengan segera. Kesan-kesanseperti musim kemarau yang berpanjangan dancorak hujan yang tidak menentu bakal menimpanegara. Pemusnahan hutan di negara jugamerupakan isu yang meruncing. Kajian padatahun 1990 hingga 2010, menunjukkan bahawaMalaysia telah kehilangan 96,000 hektar ataupun0.43% kawasan hutan secara purata setiap tahun.

Oleh sebab itu, kerajaan perlu menggiatkanusaha mereka dalam merangka danmenguatkuasakan polisi-polisi dan undang-undang perlindungan alam sekitar. Sektor swastajuga memainkan peranan penting sepertimemberikan bantuan kewangan kepada kempen-kempen kesedaran perlindungan alam sekitarsebagai sebahagian daripada tanggungjawabsosial organisasi untuk mempromosikanpenggunaan mampan di kalangan penggunaseperti yang disarankan dalam ‘ISO 26000 –Guidance on Social Responsibility’. Manakalasemua pengguna harus mengubah cara hidupdan sikap tidak peduli kita terhadap alam sekitar.

Semua usaha pembangunan mampanmemerlukan kerjasama daripada semua sektoriaitu kerajaan, swasta dan pengguna.

alam sekitar

Kepentingan Alam SekitarKepentingan Alam SekitarMalaysia merupakan negara malar hijau yangterletak di garisan Khatulistiwa dan dikurniakansumber semula jadi yang kaya. Sumber-sumberini terdiri daripada pelbagai spesis flora danfauna, bahan mineral dan galian, tanah yangsubur, sumber air yang mencukupi dan bersih.Malaysia adalah tuan rumah kepada salah satuhutan hujan tropika yang tertua di dunia, iaitusebanyak 62.3% ataupun 20,456,000 hektarkawasan Malaysia adalah hutan.

Hutan merupakan kawasan tadahan air semulajadi. Ia merupakan sumber air yang utama danpenting kepada hidupan-hidupan liar danmanusia. Air yang mula-mula mengalir dari hilirsungai sangat bersih dan boleh menampungkeperluan bagi pelbagai kehidupan dalam air.Namun begitu kualiti air akan semakin merosotapabila ia mengalir ke kawasan hulu sungaidisebabkan oleh pelbagai faktor.

Sementara itu, alam sekitar juga merupakanhabitat bagi semua hidupan di dunia ini. Sektorpelancongan dan perhutanan boleh berkembangdengan pesat dan menjana ekonomi negarasekiranya kemampanan alam sekitar terjamin.Tanpa pengurusan penggunaan sumber-sumberalam sekitar yang baik dan terancang, makakemampanan alam sekitar tidak dapat terjamindan boleh menimbulkan pelbagai masalahkepada manusia.

Dengan berbekalkan sumber-sumber asli yangkaya itu, ekonomi negara semakin pesatmembangun dan kukuh. Taraf kehidupan negarajuga semakin meningkat dan segala keperluanasas boleh diperoleh dengan mudah sekali.Namun, keadaan ini telah mendorong sikap-sikapyang tidak bertanggungjawab seperti pembaziranmakanan dan sikap tidak prihatin terhadapkebersihan di kawasan sekeliling.

Perubahan iklim, kekurangan sumber air bersihdan pemusnahan hutan merupakan isu-isu alamsekitar yang hangat dibincangkan di seluruhdunia. Perkembangan pesat ekonomi dunia danpenemuan sumber bahan api yang murah sepertiminyak telah menyumbang kepada pembebasangas karbon dioksida yang berlebihan ke atmosferasehingga menyebabkan pemanasan global..Kawasan-kawasan hutan yang berfungsi untukmenyerap gas-gas karbon dioksida ini semakin

berkurangan akibat pemusnahan hutan yangberleluasa. Tanpa kawasan-kawasan hutan ini,pemanasan global menjadi semakin tidakterkawal. Ini mendorong kepada kejadianperubahan iklim.

Isu perubahan iklim yang disifatkan sebagaibencana buatan manusia ini bakal menggugatkelangsungan hidup manusia di muka bumi iniharus ditangani dengan segera. Kesan-kesanseperti musim kemarau yang berpanjangan dancorak hujan yang tidak menentu bakal menimpanegara. Pemusnahan hutan di negara jugamerupakan isu yang meruncing. Kajian padatahun 1990 hingga 2010, menunjukkan bahawaMalaysia telah kehilangan 96,000 hektar ataupun0.43% kawasan hutan secara purata setiap tahun.

Oleh sebab itu, kerajaan perlu menggiatkanusaha mereka dalam merangka danmenguatkuasakan polisi-polisi dan undang-undang perlindungan alam sekitar. Sektor swastajuga memainkan peranan penting sepertimemberikan bantuan kewangan kepada kempen-kempen kesedaran perlindungan alam sekitarsebagai sebahagian daripada tanggungjawabsosial organisasi untuk mempromosikanpenggunaan mampan di kalangan penggunaseperti yang disarankan dalam ‘ISO 26000 –Guidance on Social Responsibility’. Manakalasemua pengguna harus mengubah cara hidupdan sikap tidak peduli kita terhadap alam sekitar.

Semua usaha pembangunan mampanmemerlukan kerjasama daripada semua sektoriaitu kerajaan, swasta dan pengguna.

Kesan-kesanseperti musimkemarau yangberpanjangan dancorak hujan yangtidak konsistenbakal menimpanegara ...

8 •

Page 9: Konsep Asas Kepenggunaan - KonsumerKINI

• 9

Fakta Keadaan Dunia• 6.8 bilion merupakan jumlah penduduk dunia.• 5 bumi diperlukan jika masyarakat dunia

mengamalkan cara hidup seperti di AmerikaUtara.

• 2.5 kali ganda merupakan peningkatan keperluanmakanan dan pengeluaran dalam masa 40 tahunsahaja.

• 8 juta hektar kawasan hutan hilang di dunia padatahun 2010.

• 20% daripada penduduk dunia tidak mempunyaiair minuman yang bersih dan selamat.

Sumber: Worldometers, 2010

Hak dan Tanggungjawab Pengguna

Salah satu hak pengguna ialah Hak untuk mendapatkanalam sekitar yang sihat dan selamat.

Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alamsekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarangkeadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan olehpengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dankeadaan alam semula jadi yang semakin pupus dandimusnahkan.

Semasa kita ...• Menonton TV• Bermain permainan video• Menggunakan peti sejuk• Membuka lampu• Mendengar lagu daripada radio• Menggunakan mesin basuh• Menggunakan ketuhar• Memandu kereta

Kita memerlukan elektrik untukmenjalankan aktiviti di atas. Elektrikdihasilkan daripada penjana elektrik.Sebanyak 85% elektrik di Malaysia dijanadengan membakar bahan api fosil.Pembakaran bahan api fosil inimenyumbang kepada pembebasan gaskarbon dioksida (gas rumah hijau) ke udara.

Apakah aktiviti yang melepaskangas rumah hijau ke udara?

“Cabaran terbesar dalamsejarah manusia...”

Ban Ki Moon, Setiausaha Agung PBB

• 9

Page 10: Konsep Asas Kepenggunaan - KonsumerKINI

10 •

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menakrifkanperkataan Sihat sebagai keadaan sempurna dari segifizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketikaketiadaan sakit. Kesihatan yang sempurna dapatdicapai melalui perkara-perkara berikut:1. Makan makanan seimbang;2. Meluangkan masa untuk bersenam dan beriadah;3. Berehat dan tidur dengan secukupnya;4. Udara dan alam sekitar yang bersih.

Gayai Hidup Remaja Kini …

Menurut satu kajian cara hidup golongan muda yangdijalankan oleh (TYI) pada tahun 2008, orang mudapada zaman sekarang cenderung untuk mengamalkancara hidup yang kurang aktif seperti melayari internet,menonton wayang dan mendengar lagu. Keadaan inimenjadi semakin teruk dengan pengenalan pelbagaijenis makanan ringan dan makanan segera yang tidaksihat yang mengandungi khasiat tidak seimbang.

Ini telah mengakibatkan kesihatan golongan mudasekarang kurang memuaskan dan kebanyakan merekamempunyai berat badan yang berlebihan.

WHO menganggarkan bahawa pada tahun 2015, lebihkurang 2.3 bilion orang penduduk dunia mengalamiberat badan yang berlebihan dan daripada jumlahtersebut, kira-kira 700 juta orang akan mengalamimasalah obesiti.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi KebangsaanKetiga (HNHMS III) yang telah dijalankan olehKementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2006,didapati bahawa 5.4% kanak-kanak di Malaysiamempunyai berat badan yang berlebihan. Kanak-kanakyang berumur 7 hingga 9 tahun adalah kumpulan yangmempunyai berat badan yang berlebihan paling tinggi.Berat badan yang berlebihan dan obesiti dalamkalangan kanak-kanak dijangka akan terus meningkatpada dekad yang akan datang.

Di antara faktor penyumbang kepada masalah tersebutialah:1. Amalan pemakanan yang tidak sihat2. Kurang melakukan aktiviti fizikal

Bagaimana untuk mencapai gayahidup yang sihat?

Terdapat enam langkah yang mudah untuk dilakukanoleh remaja bagi mencapai gaya hidup yang sihat:

1. Menjadi aktifAktiviti fizikal membantu untuk mencegahbeberapa jenis penyakit kanser, mengurangkanrisiko penyakit kencing manis, memperbaikikesihatan mental dan mungkin dapatmengurangkan risiko untuk mudah cedera padausia tua. Sejak dua dekad yang lalu, terdapatbukti-bukti yang menunjukkan aktiviti fizikalmemainkan peranan yang penting dalammengurangkan risiko untuk menghidap pelbagaijenis penyakit kronik. Kanak-kanak perlumelakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 60minit dalam sehari. (National Association for Sportand Physical Education, US, 2004). Pakarkesihatan percaya bahawa dengan bersenam satujam sehari dapat membantu kanak-kanak untukmengurangkan risiko obesiti, di samping dapatmencegah penyakit kencing manis dan penyakitjantung pada masa hadapan.

2. Aktiviti menonton TV dan menggunakankomputerMenonton terlalu banyak program TV dan jugaduduk di hadapan komputer dalam tempoh yanglama mempunyai kaitan dengan masalah beratbadan yang berlebihan bagi golongan remaja.Apabila menonton TV atau menggunakankomputer, remaja kurang melakukan pergerakan.Selain itu, iklan-iklan mengenai makanan ringandan makanan segera yang dipaparkan di TV jugaakan mempengaruhi tabiat pemakanan yang tidaksihat dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.Aktiviti menonton TV juga akan mengganggujadual tidur golongan muda. Kanak-kanak dibawah umur 3 yang menonton TV mempunyairisiko yang lebih tinggi untuk mempunyai jadualtidur yang tidak teratur. Kanak-kanak di bawahumur 2 tahun tidak sepatutnya menonton TV. Bagi

kesihatan

Remaja dan gayaRemaja dan gayahidup yang sihathidup yang sihat

10 •

Page 11: Konsep Asas Kepenggunaan - KonsumerKINI

• 11

pendidikan kepenggunaan

kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas, masamenonton TV tidak sepatutnya melebihi dua jamdalam sehari.

3. Pola pemakanan yang sihatSeseorang manusia memerlukan pelbagai jenismakanan untuk mendapatkan khasiat yangdiperlukan oleh badan. Kekurangan zat ataukhasiat adalah tidak baik untuk kesihatan. Olehitu, pemakanan seimbang hendaklah diamalkan.Jumlah zat yang diperlukan oleh seseorangbergantung kepada umur, jantina, aktiviti yangdilakukan, keturunan dan keadaan kesihatan. Zatyang mencukupi sangat penting untuk kesihatandan tumbesaran remaja.

4. AirSelain daripada pemakanan yang sihat danseimbang, tubuh badan juga memerlukan air yangsecukupnya. Anda perlu minum 6 hingga 8 cawanair setiap hari. Air adalah penting untukpenyerapan khasiat, mengangkut danmengeluarkan sisa daripada badan, mengawalsuhu badan, dan bertindak sebagai pelincir dalamtubuh badan. Air memastikan badan berfungsidalam keadaan yang sempurna dan optimum.

5. Tidur yang cukupSelain daripada khasiat yang seimbang danbersenam, tidur yang mencukupi juga amatpenting untuk pertumbuhan badan yang sihat.Tidur yang nyenyak dapat merangsangkanpertumbuhan hormon.Waktu tidur ‘ideal’ yang diperlukan ialah 7 jamsehari. Kajian oleh Fakulti Kedoktoran UniversitiWest Virginia mendapati seseorang yang tidurkurang daripada 7 jam berisiko untuk menghadapipenyakit jantung dan strok.

6. Kasih sayang dan mengambil beratGolongan muda memerlukan perhatian, kasihsayang dan perhatian daripada ahli keluarga,terutama ibu bapa. Ini sangat penting dalammenentukan kesihatan mental mereka. Merekamemerlukan sokongan orang dewasa untukmengatasi pelbagai tekanan yang dihadapimereka. Ibu bapa patut mengamalkan sikap yangpositif dalam membimbing anak-anak denganmenghabiskan masa lapang bersama-sama anakmereka. Ibu bapa juga boleh menjalankan aktivitiyang sihat dan beriadah dengan ahli keluarga bagimenjalinkan perhubungan yang sihat.

• 11

Kelab PenggunaSekolah (KPS)

Golongan pelajar merupakan kumpulan penggunagenerasi baru (New Consumer Group) yang bakalmempunyai kuasa beli sendiri dan berupayamempengaruhi permintaan serta penawaran barang danperkhidmatan suatu hari nanti.

Sebagai nadi penggerakpendidikan Kepenggunaan diperingkat sekolah, KementerianPerdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) dengan KerjasamaKementerian Pelajaran Malaysia(KPM), telah mengasaskanpenubuhan Kelab PenggunaSekolah (KPS).

... bersambung ke muka 12

T-Shirt KPS

Page 12: Konsep Asas Kepenggunaan - KonsumerKINI

12 •

pendidikan kepenggunaan

Kemukakan karya-karya menarik berkaitankepenggunaan (boleh berbentuk cerpen, pantun,sajak, gambar, berita, pandangan, komen, risalah,poster atau lain-lain) ke alamat berikut :

Bahagian Gerakan KepenggunaanKementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan KepenggunaanAras 4, Lot 2G3, Presint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62623 PUTRAJAYATel : 03-8882 5979Faks : 03-8882 5983Emel : [email protected]

Pastikan setiap sumbangan karya disertakandengan nama, no kad pengenalan dan alamatpenuh anda. Karya-karya bertuah yang tersiardalam Buletin Generasi Pengguna akanmemenangi hadiah misteri yang menarik!

12 •

... dari muka 11

Karya KepenggunaanObjektif Penubuhan KPS• Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan

kepenggunaan dalam kalangan pelajar.

• Menggalakkan pelaksanaan program/aktiviti kepenggunaan di peringkat sekolahdan IPT.

• Mengukuhkan jaringan kerjasama dalamkalangan pelajar.

• Membentuk generasi muda yang rasionaldalam membuat keputusan pembelianbarangan/perkhidmatan dengan mengambilkira faktor harga, kualiti, keselamatan,penggunaan sumber, ekologi dan keadaanekonomi semasa.

• Mewujudkan kumpulan pengguna generasibaru yang bermaklumat, bijak danbertanggungjawab.

Negeri Bilangan KPS

Perlis 28Kedah 173Kelantan 135Terengganu 135Pulau Pinang 123Perak 247Pahang 193Selangor 263W.P. Kuala Lumpur 93W.P. Putrajaya 9Negeri Sembilan 116Melaka 75Johor 243Sabah 208Sarawak 179W.P. Labuan 9

Jumlah 2,229

Bilangan KPS Tahun 2011

Fokus PendidikanKepenggunaan di Sekolah

Program / Aktiviti KPS• Lawatan Sambil Belajar• Kuiz Pengguna• Projek Kitar Semula• Kembara Alam• Explorace Pengguna• Cabaran Interaktif

Pengguna• Taklimat / Ceramah /

Seminar / Bengkel• Dialog / Sembang

Pengguna• Pameran / Demonstrasi• Latihan Jurulatih

Kepenggunaan• Majlis KPS

Pemeliharaanalam sekitar

Perbelanjaanberhemat

Pemakananseimbang