13
Hassan Mohd Ghazali. UPSI. 1 Oleh: Hassan Mohd Ghazali Pensyarah Komputer Grafik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak e-mail: [email protected] . 1. Pengenalan: Topik ini lebih tertumpu kepada reka bentuk grafik dan reka bantuk digital Multimedia. Pembelajaran bidang ini dikhusus kepada teori dan praktikal. Dari aspek teori guru memerlukan perbincangan, lawatan dan kuliah. Guru perlu mencari bahan-bahan melalui sumber internet (web), buku- buku terkini dan majalah. Tumpuan adalah banyak kepada reka bentuk digital samada dalam bidang grafik konvensional atau reka bentuk menggunakan komputer (multimedia, animasi dan laman web). 2. Pengertian: 2.1. Reka bentuk Grafik: Perkataan Grafik adalah dari perkataan Greek iaitu ‘Graphikos’ yang bermaksud: Boleh melukis dan mewarna. Penggunaan perkataan reka bentuk grafik atau ‘graphic designer’ mula diperkenalkan oleh William Addison dalam buku bertajuk ‘DWINGGINGS’ sekitar tahun 1922. Kamus Webstar: Grafik ialah seni halus dan seni gunaan dalam gambaran dekoratif dan tulisan atau cetakan di atas permukaan datar beserta dengan teknik dan ketukangan yang berkaitan dengannya. Smolucha L. (1997), dalam Buku ‘ The Visual Art’ menyatakan bahawa Seni Grafik merupa perkataan yang merujuk kepada banyak cabang seni halus terutamanya dalam bidang percetakan. Dan seterusnya beliau menyarankan reka bentuk grafik adalah lebih sesuai dalam aplikasi bidang ‘commersial-industrial’ dan komunikasi visual. Dalam buku ‘Enscylopaedia of Graphic Design+Designers’ Tulisan Alan dan Isabella menyatakan istilah reka bentuk grafik adalah merujuk kepada aktiviti yang melibatkan Tipografi, Ilustrasi, potografi, percetakan, pemujukan, informasi dan instruksi. Pada umumnya reka bentuk grafik lebih menjurus kepada reka bentuk visual yang berkepentingan komunikasi dengan audian. KOMUNIKASI VISUAL

Komunikasi visual satu pengenalan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Komunikasi visual satu pengenalan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

1

Oleh: Hassan Mohd Ghazali Pensyarah Komputer Grafik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak e-mail: [email protected].

1. Pengenalan:

Topik ini lebih tertumpu kepada reka bentuk grafik dan reka bantuk digital Multimedia. Pembelajaran bidang ini dikhusus kepada teori dan praktikal.

Dari aspek teori guru memerlukan perbincangan, lawatan dan kuliah.

Guru perlu mencari bahan-bahan melalui sumber internet (web), buku-buku terkini dan majalah. Tumpuan adalah banyak kepada reka bentuk

digital samada dalam bidang grafik konvensional atau reka bentuk

menggunakan komputer (multimedia, animasi dan laman web).

2. Pengertian:

2.1. Reka bentuk Grafik:

• Perkataan Grafik adalah dari perkataan Greek iaitu ‘Graphikos’ yang

bermaksud: Boleh melukis dan mewarna.

• Penggunaan perkataan reka bentuk grafik atau ‘graphic designer’

mula diperkenalkan oleh William Addison dalam buku bertajuk

‘DWINGGINGS’ sekitar tahun 1922.

• Kamus Webstar: Grafik ialah seni halus dan seni gunaan dalam gambaran dekoratif dan tulisan atau cetakan di atas permukaan datar

beserta dengan teknik dan ketukangan yang berkaitan dengannya.

• Smolucha L. (1997), dalam Buku ‘The Visual Art’ menyatakan bahawa Seni Grafik merupa perkataan yang merujuk kepada banyak

cabang seni halus terutamanya dalam bidang percetakan. Dan

seterusnya beliau menyarankan reka bentuk grafik adalah lebih

sesuai dalam aplikasi bidang ‘commersial-industrial’ dan komunikasi visual.

• Dalam buku ‘Enscylopaedia of Graphic Design+Designers’ Tulisan

Alan dan Isabella menyatakan istilah reka bentuk grafik adalah merujuk kepada aktiviti yang melibatkan Tipografi, Ilustrasi, potografi,

percetakan, pemujukan, informasi dan instruksi.

• Pada umumnya reka bentuk grafik lebih menjurus kepada reka bentuk visual yang berkepentingan komunikasi dengan audian.

KOMUNIKASI VISUAL

Page 2: Komunikasi visual satu pengenalan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

2

2.2. Reka bentuk multimedia:

• Perkataan Multimedia merujuk kepada komunikasi yang menggunakan audio, video, teks, grafik dan animasi yang

digabungkan dengan interaksi pengguna secara interaktif dan

dipersembahkan melalui teknologi komputer.

• Multimedia Interaktif ialah gabungan pelbagai media seperti video, teks, audio, grafik dan animasi melalui komputer. Multimedia

interaktif dikaitkan dengan maklum balas. Secara khususnya

interaktif adalah komunikasi dua hala dalam komunikasi. Interaktif ialah satu proses yang membenarkan pemprosesan maklumat yang

mendalam ke dalam minda audian.

• Reka bentuk multimedia ialah reka bentuk visual yang menggunakan komputer dihasilkan melalui yang memenuhi ciri-ciri rekabentuk grafik

yang memasukkan unsur-unsur warna, imej, tipografi, susun atur dan

audio yang membenarkan keselesaan kepada penglihatan dan

pendengaran audian.

• Animasi merupakan elemen dalam multimedia. Animasi merupakan

satu teknologi yang membolehkan imej pegun kelihatan seolah-olah

hidup, dapat digerakkan, beraksi dan bercakap. Pengolahan animasi adalah menerapkan unsur-unsur grafik dan seni halus bagi memberi

kesan ilusi pergerakan. Contohnya ialah kartun.

2.3. Elemen Visual

• Kepentingan eleman visual dalam sesuatu reka bentuk komunikasi

visual adalah amat penting. Dua elemen yang penting dalam sesuatu

reka bentuk komunikasi visual.

1. Imej/ gambar

2. Tipografi

a. Kedua-dua elemen ini menjadi faktor penyebab kepada wujudnya komunikasi visual dengan audian. Pereka bentuk akan

mempersembahkan elemen visual ini melalui:

• Poster

• Media elektronik

• Bahan cetakan

• Bilboard

• Skrin multimedia dan sebagainya

• Pereka bentuk komunikasi visual perlu peka kepada pemilihan

komponen imej dan teks dalam sesuatu reka bentuk persembahan

agar ianya menepati ciri:

• Keterbacaan

Page 3: Komunikasi visual satu pengenalan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

3

• Kemesraan penglihatan audian

• Menarik minat untuk melihat

• Memokus

• Untuk memberi kefahaman dalam menentukan eleman visual dalam

komunikasi visual kita bahagikan kepada tiga bentuk visual dalam

sesuatu reka bentuk:

1. Visual realistik – Visual dalam bentuk yang nyata dan

asal seperti foto, ilustrasi dan karya lukisan.

2. Visual analogik – Visual yang telah dipermudahkan dalam bentuk grafik. Kebiasaannya dilukis dalam bentuk

rajah atau symbol.

3. Visual Organizatonal – Visual ini adalah rekaan grafik yang dipermudahkan dalam bentuk flowchat, graf, peta

dan sebagainya. Kemahiran kepada pereka bentuk ini

adalah dari segi bentuk dan variasi warna yang digunakan.

Bentuk-bentuk Visual

Piktorial Grafik

Gambar foto Ilustrasi Grafik ringkas simbol

Visual realistik Visual analogik Visual organizational

Realistik abstrak

Page 4: Komunikasi visual satu pengenalan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

4

2.4. Tipografi

• Tipografi bermaksud seni memilih dan mengatur huruf. Seni ini penting kerana hampir semua jenis rekaan grafik menggunakan huruf

untuk memberi makna dan maklumat. Melalui muka taip yang

sempurna penyampaian maklumat dapat disampaikan dengan

sempurna.

• Terdapat dua jenis muka taip:

• Muka taip peraga – sifatnya lebih besar, gelap dan sesuai digunakan untuk tajuk utama, judul, logo dan apa saja bersifat

peraga atau iklan.

• Muka taip teks – sifatnya kecil dan sangat banyak digunakan misalnya dalam reka letak sebuah akhbar, majalah, risalah dan

sebagainya.

Anatomi Muka taip

Taip teks

3. Kepentingan Komunikasi Visual

3.1. Dari segi reka bentuk:

• Secara umumnya kepentingan reka bentuk grafik adalah untuk memberi kesan kepada audian dari segi komunikasi. Oleh yang

demikian reka bentuk grafik perlu memahami prinsip-prinsip dan

Lengkuk muka taip

Serif Asender

(tiang atas)

Desender

(tiang bawah)

Asender

Desender

Tinggi

Perbincangan:

1. Jenis-jenis muka taip.

2. Keluarga muka taip

3. Nama-nama font dalam komputer

4. Peranan muka taip dalam sesuatu penghasilan

grafik.

Page 5: Komunikasi visual satu pengenalan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

5

unsur-unsur grafik secara mendalam. Unsur pemujukan sangat

penting semasa proses rekaan.

• Reka bentuk grafik juga perlu memikirkan mesra pengguna. Terutama

apabila menghasilkan reka bentuk skrin multimedia interaktif. Audian

tidak mencari-cari dan terkeliru dengan reka bentuk yang dihasilkan.

• Merangsangkan audian adalah unsur penting dalam sesuatu reka bentuk, walau bagaimanapun tidaklah sampai ianya boleh

menimbulkan keraguan dan unsur negatif diutarakan dalam reka

bentuk. Misalnya unsur-unsur yang boleh memberi kesan negatif pada agama dan budaya sesuatu kaum.

• Pereka grafik juga harus memikirkan dalam rekaannya agar reka

bentuk tidak mengelirukan audian. Kepentingan membuat kajian sebelum menghasilkan sesuatu rekaan sangat penting. Misalnya

sasaran audian dikalangan masyarakat golongan tua jangan

dikelirukan dengan reka bentuk cara moden yang terlalu laju dan

bergaya bebas.

• Satu perkara yang penting dalam rekaan komunikasi visual seperti

billboard dan rerambu jalan ialah sesuai dengan alam sekitar. Warna

dan imej yang dikemukakan dalam reka bentuk perlu seimbang dengan alam sekitar. Perkara ini penting kerana audian akan terkeliru

dan boleh menyebabkan pencemaran komunikasi.

3.1. Dari segi masyarakat:

• Melalui reka bentuk komunikasi visual masyarakat cepat mendapat maklumat secara pantas. Reka bentuk komunikasi visual selalunya

ditempatkan dikawasan-kawasan strategi di mana audian secara

langsung dapat membaca dan melihat maklumat.

• Masyarakat juga mendapat pengetahuan sumber-sumber dari

komunikasi visual yang disampaikan secara berkesan. Sumber-

sumber pengatahuan melalui poster dan papan iklan atau billboard

disampaikan kepada pengguna secara langsung dan tidak langsung.

• Melalui komunikasi visual juga pengguna mendapat hiburan. Ini

terbukti dengan iklan-iklan yang terdapat di televisyen dan papan

iklan atau billboard elektronik dipersimpangan jalan memberi hiburan kepada pengguna.

• Dapat membandingkan produk melalui pengetahuan pengguna yang

dibaca melalui iklan-iklan. Secara tidak langsung peranan komunikasi visual dapat mendidik masyarakat melalui iklan produk yang

dikemukakan.

Page 6: Komunikasi visual satu pengenalan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

6

4. Media Komunikasi Visual

4.1. Media konvensional

• Pereka bentuk komunikasi visual menghasilkan rekaan dengan

menggunakan alatan lukisan seperti cat, berus dan peralatan teknikal. Kebiasaannya pelukis terkongkong dengan media yang ada dan

permukaan tertentu. Penggunaan media konvensional ini dilakukan

oleh pelukis-pelukis iklan. Contohnya poster, kain rentang, bidai

pengadang cahaya matahari (kedai), billboard dan sebagainya.

4.2. Media Cetak

• Media cetak adalah media yang paling popular diguna dalam komunikasi visual. Pengiklanan akan menggunakan media ini untuk

mengiklankan barangan dan maklumat. Media ini lebih mudah dan

murah. Pereka bentuk hanya perlu berkemahiran dalam bidang grafik terutamanya dari segi reka letak, menyusun huruf dan meletakkan

imej yang sesuai. Kini semua kerja-kerja reka bentuk grafik dihasilkan

dengan menggunakan perisian grafik komputer. Contoh kerja-kerja

grafik melalui medaia cetakan ialah poster, brocher, iklan akhbar dan majalah dan sebagainya.

4.3. Media elektronik

• Media ini adalah adalah media yang mula diterokai dalam alaf ini.

Dengan menggunakan teknologi komputer media ini boleh

menghasilkan persembahan yang dinamik dan inovasi. Bentuk

komunikasi juga bebas dan tidak terikat dengan sesuatu bentuk. Kini pengguna internet dapat menggunakan teknik animasi dan traksaksi

teks. Kesan seumpama ini juga terdapat dalam iklan-iklan di

televisyen. Oleh yang demikian pereka bentuk komunikasi visual perlu memiliki kemahiran dalam aplikasi perisaian komputer grafik. Antara

contoh komunikasi visual yang menggunakan media elektronik ialah

bilbooard elektronik, internet, televisyen, CD ROM dan persembahan multimedia.

Perbincangan:

1. Aspek kepentingan semasa komunikasi visual

tertumpu kepada media elektronik

2. Kesan kebaikan dan keburukan komunikasi visual

Page 7: Komunikasi visual satu pengenalan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

7

4.3.1. Perisian Komputer Grafik:

4.3.1.1. Rekaletak

Quark Express

Adobe PageMaker

MS Publisher

4.3.1.2. Melukis ilustrasi dan imej

Macromedia FreeHand

Adobe Ilustrator

CorelDraw

4.3.1.3. Mengedit foto dan membentuk imej

Adobe Photoshop

CorelPaint

4.3.1.4. Multimedia interaktif, linear dan Animasi

Macromedia Director

Macromedai Authorware

4.3.1.5. Reka bentuk 3-D dan animasi

3D Studio Max

AutoCAD

4.3.1.6. Reka bentuk laman web.

Macromedia Flash

MS Front Page

4.3.1.7. Mengedit filem

Adobe Premiere

Perbincangan:

1. Bincang kelebihan dan kelemahan Medaia-media

yang digunakan dalam penghasilan Komunikasi

visual. Perbincangan hendaklan dalam skop yang

lebih luas dari segi reka bentuk grafik, pengiklanan

dan reka bentuk multimedia.

2. Peranan komputer grafik terhadap perkembangan

reka bentuk komunikasi visual.

Page 8: Komunikasi visual satu pengenalan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

8

Digital Video Producer

4.3.1.8. mengedit audio

Sound Forge

Sound Edit

4.3.2. Format fail komputer grafik:

Jenis Elemen Format Fail Preskripsi

Teks . txt .doc

.rtf

Format fail ini digunakan untuk membuat dokumen biasanya

dalam MS Word.

Grafik .pcx/pict

.bmp

.eps

.tif/tiff

.jpeg

.gif

.targa

Format fail ini adalah bagi imej

foto atau ilustrasi. Kebiasaannya nilai kepada

setiap format fail adalah

berbeza dari segi kapasiti saiz.

Audio .wav

.aiff

.mid

.snd

Format fail yang akan

menentukan bentuk audio yang akan didengar.

Video .avi

.dvi

.mov

Format fail bagi audio digital.

Format ini bergantung kepada saiz dan bentuk video.

Animasi .flc

.dir

.fli

Format fail yang akan

menentukan jenis animasi dan perisian animasi.

4.3.3. Jenis-jenis imej grafik digital

Terdapat dua jenis imej grafik digital yang boleh diserasikan dengan reka bentuk yang akan dihasilkan:

1. Imej Vektor (Vector)

Imej yang dihasilkan dengan perisian komputer seperti

Adobi Ilustrator, Macromedia FreeHand, CorelDraw dan AutoCAD. Imej ini mempunyai kuali garisan yang padu dan tidak

bergerigi. Biasanya penghasilan ilustrasi adalah paling sesuai

menggunakan imej ini.

2. Imej Peta Bit (bitmap)

Imej ini dihasilkan dengan perisian komputer seperti

Adobe Photoshop, Corel Paint ,Xras dan imej pengimbas. Imej

Page 9: Komunikasi visual satu pengenalan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

9

yang dihasilkan jika dibesarkan terdapat bergerigi. Kebiasaan imej

ini adalah dari gambar foto yang di imbas dengan pengimbas (scan).

5. Kaedah Komunikasi Visual

Dalam menyampaikan mesej untuk berkomunikasi, pereka bentuk grafik

dan multimedia perlu memahami prinsip-prinsip asas dalam rekaan.

Antara lain ialah asas seni reka, prinsip rekaan dan mengorganisasikan rekaan. Menurut Amy E. Arntson dalam Bukunya ‘Grafik design basics’

(1998) menyatakan dua perkara penting perlu difikirkan oleh pereka

bentuk grafik dan multimedia ialah:

1. Daya intelektual dalam mengembangkan idea

2. Penguasan pengetahuan mengenai dunia terkini.

Penyataan ini tentu sekali mengherankan kita, apa tah lagi apabila ianya tidak dikaitkan dengan penguasaan ilmu visual. Namun, kenyataan ini

lebih bersifat bahawa keilmuan dan daya intelektual sangat penting

dalam menghasilkan sesuatu reka bentuk. Sifat-sifat seorang pereka

bentuk perlu mempunyai nilai-nilai interlektual disamping nilai kreatif.

Di samping itu sesorang pereka bentuk juga perlu memikirkan dua

perkara yang dikira sebagai pengukuhan dalam sesuatu rekaan. Antara

lain ialah Pemikiran ‘subject matter’ atau uniti intelek dan reka bentuk atau uniti visual.

Beberapa kaedah dalam reka bentuk komunikasi visual

Kaedah-kaedah ini merupakan sebahagian sahaja kaedah yang digunakan dalam penghasilan rekaan komunikasi visual. Pelbagai

kaedah lain juga boleh digunakan untuk menghasilkan rekaan yang

menarik. Menurut Amy E. Arntson (1998) pereka bentuk grafik adalah seorang pelukis catan abstrak yang baik. Ini adalah kerana kebanyakan

reka bentuk memerlukan daya kreativiti visual yang kuat dan penghasilan

Perbincangan:

Bincangkan imej grafik vektor (vector) dan peta bit

(bitmap) yang teradpat dalam perisian kompter grafik.

• Ciri-ciri perbezaan

• Kelebihan grafik imej Vector dan Bitmap

• Perisian

Page 10: Komunikasi visual satu pengenalan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

10

karya yang luar biasa. Sebagai contoh karya-karya grafik digital banyak

menguasai nilai-nilai catan abstrak.

Beberapa contoh:

Reka bentuk menggunakan Tipografi

Rekabentuk menggunakan Imej dan representasi

Reka bentuk Kombinasi imej/ Tipografi

Page 11: Komunikasi visual satu pengenalan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

11

Rekabentuk menggunakan Ilustrasi naratif

Rekabentuk Menggunakan Dekoratif

Rekabentuk bentuk herot-piut

Page 12: Komunikasi visual satu pengenalan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

12

Reka bentuk menggunkan Imej dan tipografi bersekuan.

6. Penutup

Pembelajaran komunikasi visual memberi penekanan kepada aspek teori

dan amali secara serentak. Keperluan maklumat yang mutakhir sangatlah penting bagi pendedahan kepada pelajar. Untuk itu sumber yang paling

dekat dengan pelajar ialah internet. Reka bentuk ‘home page’ boleh

dijadikan panduan untuk pelejar-pelajar mempelajari reka bentuk yang baru. Guru juga harus bersedia dengan bahan-bahan rujukan yang terkini

seperti majalah, internet, CD ROM dan buku-buku.

Penekanan pembelajaran amali kepada pelajar boleh dihasilkan dengan rekaan-rekaan grafik seperti poster, brocher, reka bentuk kulit CD, reka

bentuk kulit majalah, Menghasilkan multimedia interaktif, multimedia

linear dan animasi.

Proses amali boleh dibuat secara manual dan digital (komputer).

Rujukan Buku:

Alan and Isabella (1994). Encyclopaedia Graphic design + Designers, New York:

Thames and Hudson.

Arntson, A. E, (1998). Grafik Design Basics, USA: Harcourt Brace College Pub.

Duane and Preble S, (1994). Art Forms (5th Edition), New York: Harper Collings

College Publishers.

Page 13: Komunikasi visual satu pengenalan

Hassan Mohd Ghazali. UPSI.

13

Hassan Mohd Ghazali (2000). Teks Lengkap Pendidikan Seni Tingkatan 4 dan 5,

Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Heinich, R., Molenda, M. dan Russel, J.D. (1993). Instruction Media And The New

Technologies Of Instructional .(edisi ke-5), New York: Macmillan.

Hollis, R. (1997). Graphic Design A Concise History. London: Thames and Hudson

Ltd.

Martin, D. (1990). Graphic Design Inspration and Innovation. Ohio: North Light

Books.

Meggs, P.B. (1998. A History of Graphic Design (3rd Edition), New York: John Wiley & Son Inc.

Redman, S.A .(1999). Taking The Leap Into New Media, Ohio: North Ligh Books.

Rocsh, W.L., (1995). Multimedia Bible. USA: Sam Publication.

Smolucha, L. (1996). The Visual Art Companion, New Jersey: Prentice Hall.

Ocvirk, O.G., Stinson, R.E., Vigg, P.R., Bone, R.O., & Sayton, D.L. (1999) Art

Fundamentals: Theory and Practice (8th Edition). New York: McGraw-Hill.

Rujukan Internet:

1. Laman Grafik Power : http://www.graphicpower.com

2. Laman Planet Photoshop: http://www.planetphotoshop.com

3. Laman Digital web magezine: http://www.digital-web.com

4. Laman Communication Arts: http://www.commarts.com

5. Laman Majalah HOW: http://wwwhowdesign.com

6. Laman Principles of Graphic design:

http://wwwmundidesign.com/presentation/index2.html.

7. Laman Destop publishing: http://www.desktoppub.miningco.com

8. Laman Graphic Art Monthly: http://www.gammag.com/index.html

9. Laman Head North Graphic: http://www.headnorth.com/graphics.html

10. Laman Pendidikan Seni Visual: http://www.geocities.com/hasmoli/

11. Laman ABC Typography: http://wwwabc.planet-typography.com