12
KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI MALAYSIA Dr. Hjh Sarimah Ismail Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor Bahru [email protected] dan [email protected] Chia Peggie Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor Bahru [email protected] Dr. Rohana Hamzah Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor Bahru [email protected] Abstrak: Dapatan kajian kualitatif keatas guru-guru sekolah menunjukkan pengetua jarang menyelia pengajaran mereka. Semasa peyeliaan, pengetua pula hanya menyemak buku persediaan mengajar dan lebih menekankan penyediaan dan penggunaan alat bantu mengajar. Hal ini telah menimbulkan perasaan cemas dan keresahan dalam kalangan guru kerana penyelia tidak mengaplikasi kriteria penyeliaan yang sepatutnya semasa menyelia dan kurang memberi bantuan dalam membimbing guru yang diselia. Oleh itu kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengenalpasti criteria atau komponen penyeliaan P&P keatas guru-guru teknikal. Borang soal selidik yang lengkap diisi telah dikumpul daripada 162 orang guru yang mengajar mata pelajaran teknikal di 4 buah sekolah menengah teknik di Malaysia. Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi instrumen kajian ialah 0.9. Perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 16.0 digunakan untuk menganalisis semua data yang dikumpul. Dapatan kajian menunjukkan purata penyeliaan yang dijalankan mengikut komponen P&P penguasaan isi pelajaran, penglibatan pelajar, hasil kerja pelajar, persediaan guru, kaedah penyampaian, kemahiran komunikasi berkesan, amalan profesion keguruan, penggunaan sumber pendidikan, penilaian, teknik penyoalan dan pengurusan kelas keatas guru-guru teknikal berada pada tahap tinggi (min=4.15). Kajian ini mencadangkan agar model penyeliaan P&P dibangunkan sebagai panduan penyeliaan proses P&P dalam bilik darjah bagi menjamin keberkesanan penyeliaan P&P yang dijalankan di sekolah, di samping dapat membantu mengenalpasti ciri-ciri penyeliaan yang baik, diingini dan boleh diterima oleh semua pihak. Kata kunci: penyeliaan, pengajaran dan pembelajaran 1.1 Pengenalan

KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU … · 2013-07-19 · KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI MALAYSIA Dr. Hjh Sarimah Ismail Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor

  • Upload
    vanque

  • View
    263

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU … · 2013-07-19 · KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI MALAYSIA Dr. Hjh Sarimah Ismail Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor

KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU

TEKNIKAL DI MALAYSIA

Dr. Hjh Sarimah Ismail

Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor Bahru

[email protected] dan [email protected]

Chia Peggie

Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor Bahru

[email protected]

Dr. Rohana Hamzah

Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor Bahru

[email protected]

Abstrak: Dapatan kajian kualitatif keatas guru-guru sekolah menunjukkan pengetua

jarang menyelia pengajaran mereka. Semasa peyeliaan, pengetua pula hanya menyemak

buku persediaan mengajar dan lebih menekankan penyediaan dan penggunaan alat

bantu mengajar. Hal ini telah menimbulkan perasaan cemas dan keresahan dalam

kalangan guru kerana penyelia tidak mengaplikasi kriteria penyeliaan yang sepatutnya

semasa menyelia dan kurang memberi bantuan dalam membimbing guru yang diselia.

Oleh itu kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengenalpasti criteria atau komponen

penyeliaan P&P keatas guru-guru teknikal. Borang soal selidik yang lengkap diisi telah

dikumpul daripada 162 orang guru yang mengajar mata pelajaran teknikal di 4 buah

sekolah menengah teknik di Malaysia. Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach

bagi instrumen kajian ialah 0.9. Perisian Statistical Package For Social Sciences

(SPSS) versi 16.0 digunakan untuk menganalisis semua data yang dikumpul. Dapatan

kajian menunjukkan purata penyeliaan yang dijalankan mengikut komponen P&P

penguasaan isi pelajaran, penglibatan pelajar, hasil kerja pelajar, persediaan guru,

kaedah penyampaian, kemahiran komunikasi berkesan, amalan profesion keguruan,

penggunaan sumber pendidikan, penilaian, teknik penyoalan dan pengurusan kelas

keatas guru-guru teknikal berada pada tahap tinggi (min=4.15). Kajian ini

mencadangkan agar model penyeliaan P&P dibangunkan sebagai panduan penyeliaan

proses P&P dalam bilik darjah bagi menjamin keberkesanan penyeliaan P&P yang

dijalankan di sekolah, di samping dapat membantu mengenalpasti ciri-ciri penyeliaan

yang baik, diingini dan boleh diterima oleh semua pihak.

Kata kunci: penyeliaan, pengajaran dan pembelajaran

1.1 Pengenalan

Page 2: KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU … · 2013-07-19 · KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI MALAYSIA Dr. Hjh Sarimah Ismail Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor

Penyeliaan adalah proses pembangunan dan usaha kerjasama kearah mengesan dan

menyelesaikan masalah yang dihadapi. Penyeliaan yang melibatkan pihak pengurusan sekolah dan

guru ialah kunci kepada keberkesanan proses P&P dalam bilik darjah (Tanner dan Tanner, 1987).

Penyeliaan penting bagi membantu orang yang dinilai meningkatkan kemahiran dan kebolehan

mereka dalam bidang yang diceburi Christenson et al., (1982).

Di antara tujuan penyeliaan adalah untuk meningkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru

Besar dan guru dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses P&P sejajar dengan falsafah,

matlamat dan objektif sistem pendidikan Negara; berkongsi maklumat, pengetahuan dan pengalaman

Pengetua/Guru Besar untuk memperbaiki proses P&P di sekolahnya. Sumber maklumat ini boleh

digunakan oleh Pengetua/Guru Besar sebagai asas untuk menilai seseorang guru bagi tujuan tertentu;

memupuk, memelihara dan mengukuhkan hubungan professional dan interaksi yang positif antara

Pengetua/Guru Besar dengan guru-guru, antara guru dengan guru dan antara guru dengan murid; dan

membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan membentuk sikap guru ke

arah yang lebih positif (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987).

Penyeliaan dalam pendidikan bertujuan membantu guru dalam menyelesai masalah

yang dihadapi terutamanya pengajaran dan pembelajaran (P&P) (Mohd Salleh, 1998).

Penyeliaan yang berkesan dapat memastikan pembelajaran dan perkembangan guru secara

berterusan (Sufean, 2005) dan membantu guru-guru memperbaiki proses pengajaran mereka

bagi mencapai matlamat yang telah dirancang (Mohd Hamsam, 2002). Pengurusan P&P

Sekolah Menengah Negeri Johor telah menetapkan guru-guru yang mengajar di sekolah

menengah Negeri Johor diselia minimum dua kali setahun berpandukan Borang Pencerapan

Pengajaran & Pembelajaran bersesuaian dengan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

(SKPM) (Pengurusan Sekolah Kualiti MS ISO 9001: 2008).

Penyeliaan P&P dalam sistem pengurusan sekolah wujud daripada arahan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1987.

Walaupun penyeliaan ke atas P&P guru-guru merupakan tanggungjawab penuh Pengetua

atau Guru Besar, akan tetapi Penolong Kanan (PK) dan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)

juga boleh membantu Pengetua atau Guru Besar dalam melaksanakan tugas penyeliaan

(Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti MS ISO 9001: 2008). Pengetua sepatutnya

menggunakan 25%-30% daripada masanya untuk tujuan penyeliaan pengajaran guru kerana

beban tugas pengetua sebagai pemimpin pengajaran dan pentadbiran menyebabkan masa

yang diperuntukkan untuk melaksanakan penyeliaan pengajaran menjadi terhad (Boardman

et al., 1953 dan Mohd Selleh, 2000). Kajian yang dijalankan oleh Mohd Hamsam (2002) ke

atas 150 orang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di 18 buah

sekolah menengah, mendapati hanya 23.33% responden diselia oleh pengetua manakala

76.67% responden yang lain diselia oleh Ketua Bidang dan Ketua Panitia. Dapatan kajian

Hashim (2000) juga menunjukkan pengetua jarang menyelia keberkesanan pengajaran guru

dalam bilik darjah. Kajian yang dijalankan keatas 146 orang guru oleh Sharifah dan Azizah

(1988) pula menunjukkan 44 peratus guru tidak bersetuju diselia oleh pengetua kerana tidak

yakin dan meragui sistem penyeliaan pengajaran, sifat profesionalisme pengetua sebagai

penyelia dan berasa status mereka terancam semasa diselia sementara proses penyeliaan itu

sendiri tidak dapat membantu proses P&P guru dalam meningkatkan prestasi pelajar. Kajian

Sergit Singh (1974) mengenai persepsi guru terhadap peranan nazir dalam penyeliaan

pengajaran di sekolah mendapati sebahagian besar guru beranggapan penyeliaan tersebut

tidak berkesan dan tidak mencapai matlamat sebenar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Page 3: KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU … · 2013-07-19 · KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI MALAYSIA Dr. Hjh Sarimah Ismail Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor

Penyeliaan pengajaran telah menjadi aspek penting dalam pengurusan dan

pentadbiran di semua institusi pengajian seperti di sekolah, politeknik, maktab, pusat

pengajian tinggi dan sebagainya bukan sahaja kerana arahan daripada Kementerian

Pendidikan seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1987 KP

(BS)8591/Jld.11(77) bertarikh 11 November 1987, tetapi kerana kesannya yang positif.

Malangnya, dapatan kajian oleh Bahagian Perancanagn dan Penyelidikan Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia (1987) menunjukkan aspek penyeliaan pengajaran paling

kurang dilakukan oleh pengetua kerana member tumpuan lebih kepada kerja-kerja

pentadbiran. Penyataan ini telah disokong oleh responden-responden dari dua buah sekolah

Menengah Teknik yang terlibat dalam kajian ini:

“Pengetua sentiasa perlu menghadiri mesyuarat di merata tempat. Kerja-

kerja menyelia P&P guru biasanya dijalankan oleh penolong kanan, ketua

bidang dan ketua panitia sekolah” (RA)

“Penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah kami berdasarkan

sistem hieraki. Biasanya pengetua menyelia penolong kanan dan guru

kanan matapelajaran. Penolong kanan pula menyelia ketua panitia

manakala guru-guru biasa akan diselia oleh ketua panitia, rakan sekerja

ataupun penolong kanan” (RB)

Bagi guru-guru yang diselia oleh pengetua pula berpendapat penyeliaan yang

dijalankan tidak memberi manfaat dan kurang meningkatkan profesionalisme mereka (Abdul

Shukor, 1988) kerana pengetua hanya menyemak buku persediaan mengajar dan lebih

menekankan persediaan alat bantu mengajar (Sapon, 2001) dan ini menimbulkan salah

tanggapan antara guru dan pengetua. Pengetua berpendapat tugas penyeliaan telah

menambahkan beban kerja mereka manakala guru pula beranggapan pelaksanaan penyeliaan

pengajaran telah memberi peluang kepada pengetua untuk mencari kelemahan dan kesalahan

mereka. Walau bagaimanapun, dapatan ini bertentangan dengan hasil temubual bersama

guru-guru di beberapa buah sekolah menengah teknik di Malaysia. Mereka berpendapat

penyeliaan pengajaran telah membawa kesan yang positif kepada mereka.

“penyeliaan ni sangat berkesan, ia dapat membantu saya meningkatkan

kemahiran menyampaikan isi pelajaran yang dirancangkan dan masalah

lain dalam proses P&P”(G1)

“dengan adanya penyeliaan pengajaran dapat mambantu saya

menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah dan juga meningkatkan

pencapaian pelajar. Penyelia pula seorang yang berfikiran terbuka, beliau

sentiasa meminta pandangan daripada saya dan menerima cadangan

saya” (G2)

“saya suka penyeliaan P&P dijalankan....ia dapat merapatkan hubungan

saya dengan pihak pentadbiran.”(G3)

Berdasarkan dapatan temubual kumpulan fokus bersama guru-guru teknikal, didapati

terdapat konflik dalam proses penyeliaan P&P di sekolah yang memberi gambaran

ketidakselarasan komponen yang diselia sehingga wujudnya prasangka guru-guru terhadap

Page 4: KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU … · 2013-07-19 · KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI MALAYSIA Dr. Hjh Sarimah Ismail Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor

pengetua yang dianggap mencari kesalahan dan kesilapan pengajaran guru dan tugas

penyeliaan yang sepatutnya dilaksanakan oleh pengetua tetapi telah diserahkan kepada guru

penolong kanan (GPK) yang juga diragui kemampuan dan kemahiran meraka dari aspek

pendekatan dan komponen yang dinilai. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti

komponen penyeliaan proses P&P yang dijalankan keatas guru-guru.

2.0 METOOLOGI KAJIAN

Malaysia mempunyai 19 buah Sekolah Menengah Teknik. Bagi kajian kuantitatif ini

hanya empat buah sahaja telah dipilih sebagai lokasi kajian berdasarkan kriteria ditadbir oleh

pengetua cemerlang (Jadual 2) dengan anggapan pengetua cemerlang ini mengaplikasi

semua komponen penyeliaan yang ditetapkan semasa menyelia proses P&P guru-guru

teknikal di sekolah mereka.

Jadual 2: Populasi Guru Teknikal di Sekolah Menengah Teknik Malaysia yang ditadbir

oleh Pengetua Cemerlang

Bil Sekolah Menengah Teknik Bilangan

Populasi

Bilangan

sampel

1. Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur 61 35

2. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru 63 37

3. Sekolah Menengah Teknik (Perdagangan) Johor Bahru 82 47

4. Sekolah Menengah Teknik Bachok 74 43

Jumlah 280 162

Sumber: Bahagian Pendidikan Tenik dan Vokasional, KPM (2011).

Sampel kajian dipilih mengikut persampelan rawak mudah yang memberi makna

semua sampel mempunyai peluang yang yang sama untuk dipilih menjadi sampel kajian

(Leary, 2009).

Formula saiz sampel untuk saiz populasi yang dikenali:

S = x ² NP (1-P) ÷ d ² (N-1) + x ²

Di mana:

S = saiz sampel yang diperlukan

x ² = nilai jadual khi-kuasa dua untuk 1 darjah kebebasan pada tahap keyakinan

yang dikehendaki (3,841)

N = saiz populasi

P = perkadaran populasi (diandaikan menjadi 0,50 kerana ini akan memberi saiz

sampel maksimum)

d = darjah ketepatan yang dinyatakan sebagai nisbah (0.05).

Kajian rintis dijalankan keatas 14 orang guru teknikal di salah sebuah sekolah

menengah teknik di Melaka. Nilai kebolehpercayaan pekali alpha Cronbach, instrumen

kajian yang mengandungi 86 item yang adalah 0.9. Pembolehubah komponen penyeliaan

yang dikaji adalah penglibatan pelajar, penguasaan pembelajaran pelajar, hasil kerja pelajar,

perancangan dan persediaan guru, kaedah penyampaian, kemahiran komunikasi, penggunaan

sumber pendidikan, penilaian, teknik penyoalan, penguasaan isi kandungan, pengurusan

kelas dan amalan profesionalisme keguruan.

Page 5: KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU … · 2013-07-19 · KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI MALAYSIA Dr. Hjh Sarimah Ismail Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor

3.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini dibincangkan mengikut tahap penyeliaan pengetua ke atas

pembolehubah bagi komponen penyeliaan proses P&P dikaji iaitu penglibatan pelajar,

penguasaan pembelajaran pelajar, hasil kerja pelajar, perancangan dan persediaan guru,

kaedah penyampaian, kemahiran komunikasi, penggunaan sumber pendidikan, penilaian,

teknik penyoalan, penguasaan isi kandungan, pengurusan kelas dan amalan profesionalisme

keguruan (rujuk Jadual 3).

Jadual 3: Ringkasan Dapatan Kajian

3.1 Penyeliaan Penglibatan Pelajar Dapatan kajian bagi pembolehubah ini menunjukkan penyelia memberi penekanan

yang tinggi keatas penglibatan pelajar. Ini dibuktikan dengan nilai purata 4.25 dan sisihan

piawai 0.58 bagi subpembolehubah yang dikaji. Enam item menunjukkan nilai min yang

juga berada pada tahap tinggi seperti menggalakkan penglibatan aktif semua pelajar

(min=4.32), meminta pelajar memberi pandangan dan cadangan (min=4.18), menggalakkan

pelajar bekerjasama, berinteraksi antara satu sama lain (min=4.18), menyediakan aktiviti

P&P untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik (min=4.26), melibatkan pelajar

Pembolehubah Kajian

(Komponen Penyeliaan P&P)

ATS

1

TS

2

TP

3

S

4

SS

5

Min

Sisihan

Piawai

Tahap

Min f / % f / % f / % f / % f / %

Penglibatan Pelajar 0.33

0.20

0.33

0.20

9.33

5.73

101.30

62.57

50.83

31.28

4.25

0.58

Tinggi

Penguasaan Pembelajaran Murid 0.00

0.00

0.33

0.20

19.83

12.23

100.67

61.17

41.17

25.40

4.13

0.61

Tinggi

Hasil Kerja Murid 0.29

0.17

1.43

0.89

18.86

11.66

96.86

58.90

44.57

27.51

4.14

0.63

Tinggi

Perancangan dan Persediaan Guru 1.64

1.02

0.00

0.00

19.00

16.81

96.82

59.75

44.55

27.48

4.13

0.65

Tinggi

Kaedah Penyampaian 0.00

0.00

4.36

2.70

8.91

5.50

105.27

64.97

43.45

26.82

4.16

0.62

Tinggi

Kemahiran Komunikasi Berkesan 0.00

0.00

0.00

0.00

16.75

10.35

104.00

64.20

41.25

35.79

4.15

0.57

Tinggi

Penggunaan Sumber Pendidikan 0.00

0.00

2.50

1.53

32.25

19.90

84.00

51.85

51.13

26.48

4.04

0.71

Tinggi

Penilaian 0.00

0.00

0.00

0.00

12.00

7.40

107.60

66.42

42.40

26.16

4.19

0.55

Tinggi

Teknik Penyoalan 0.00

0.00 1.50

0.93

12.67

7.81

104.50

64.50

43.33

26.73

4.17

0.59

Tinggi

Isi Kandungan 0.00

0.00 0.25

0.15

13.13

8.11

103.13

63.66

45.5

28.09

4.20

0.57

Tinggi

Pengurusan Kelas 1.00

0.63

3.25

2.00

18.38

11.34

100.00

61.66

39.38

24.30

4.08

0.70

Tinggi

Amalan Profesionalisme Keguruan 0.00

0.00

0.00

0.00

10.55

6.37

105.44

57.73

45.88

28.33

4.22

0.54

Tinggi

Purata

4.15

0.61

Tinggi

Page 6: KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU … · 2013-07-19 · KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI MALAYSIA Dr. Hjh Sarimah Ismail Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor

dalam aktiviti P&P bagi mewujudkan komunikasi berkesan antara guru dengan pelajar

(min=4.27) dan memberi peluang kepada semua pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti

P&P (min=4.27).

Dapatan kajian ini menunjukkan peningkatan yang lebih baik bagi komponen

penyeliaan yang dikaji berbanding dapatan kajian tinjauan Jemaah Nazir Sekolah (1996)

yang mendapati 40%-70% guru mempunyai prestasi pengajaran ditahap sederhana manakala

10%-25% kurang berkemahiran, kefahaman dan pengetahuan dalam isi pelajaran yang

disampaikan disebabkan kurang penyeliaan ke atas proses P&P (Syed Alwi, 1989). Dapatan

kajian ini juga menunjukkan penyelia memastikan guru-guru yang dinilai mempelbagaikan

aktiviti P&P supaya dapat menggalakkan penglibatan aktif semua pelajar. Dapatan kajian ini

selaras dengan pendapat Mok (1995) yang menyatakan penglibatan pelajar dalam aktiviti

P&P memberi peluang kepada mereka berinteraksi di antara satu sama lain bagi

memudahkan mereka menjalankan aktiviti berkumpulan.

3.2 Penyeliaan Penguasaan Pembelajaran Murid

Dapatan kajian menunjukkan purata bagi tahap penyeliaan ke atas penguasaan

pembelajaran murid adalah tinggi dengan nilai min 4.13 dan sisihan piawai 0.61. Terdapat 6

item yang mengukur pembolehubah kajian ini. Semua sub pembolehubah bagi item-item ini

menunjukkan nilai min yang juga berada pada tahap tinggi iaitu bagi meminta pelajar

membuat rumusan pembelajaran (min=4.18), memastikan semua pelajar telah menguasai

sesuatu isi pelajaran sebelum berpindah ke isi pelajaran seterusnya (min=4.11), menilai tahap

kefahaman pelajar melalui latihan (min=4.15), pelajar dapat menguasai pembelajaran dari

segi pemikiran kritis (min=4.06), pelajar dapat menghubungkaitkan pengetahuan yang

pelajari dengan aktiviti harian mereka (min=4.08) dan pelajar dapat menyelesaikan masalah

berdasarkan situasi yang diberi (min=4.19).

3.3 Penyeliaan Hasil Kerja Murid

Dapatan kajian bagi pembolehubah tahap penyeliaan keatas hasil kerja murid pula

menunjukkan penyelia memberi penekanan kepada hasil kerja pelajar semasa penyeliaan

P&P dijalankan, dengan nilai purata min 4.14 dan sisihan piawai 0.63.

Terdapat 6 item yang mengukur pembolehubah kajian ini. Semua sub pembolehubah

bagi item-item ini menunjukkan nilai min yang juga berada pada tahap tinggi iaitu memberi

tugasan kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran (min=4.26), memberi tugasan

yang sesuai dengan tahap kefahaman pelajar (min=4.26), memberi beban kerja yang

berpatutan kepada pelajar (min= 3.88), memastikan pelajar menyiapkan tugasan dalam masa

yang tetapkan (min=4.14), tugasan yang diberikan dapat menarik minat pelajar (min=4.13),

tugasan yang berperingkat iaitu dari mudah kepada yang sukar (min=4.07) dan tugasan yang

berikan dapat mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan aktiviti harian pelajar (min=4.21).

Dapatan kajian ini menunjukkan penyelia menggalakkan guru-guru memberi beban

kerja yang berpatutan kepada pelajar untuk mencapai objektif pengajaran dan memastikan

pelajar menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Ini bertepatan dengan dapatan

kajian Shamsudin dan Kamarul (2011) berhubung dengan tugas seorang guru iaitu

memeriksa kerja bertulis pelajar dari segi kuantiti dan kualiti sama ada guru memberi latihan

yang mencukupi, berkualiti dan bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar.

3.4 Penyeliaan Perancangan dan Persediaan Guru

Page 7: KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU … · 2013-07-19 · KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI MALAYSIA Dr. Hjh Sarimah Ismail Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor

Dapatan kajian bagi tahap penyeliaan keatas perancangan dan persediaan guru adalah

tinggi dengan nilai min 4.13 dan sisihan piawai 0.65. Sebelas item yang mengukur

pembolehubah kajian ini menunjukkan nilai min yang juga berada pada tahap tinggi iaitu

objektif pengajaran mengandungi perlakuan yang boleh diukur (min=4.20), isi pelajaran

yang disediakan mengandungi konsep dan kemahiran yang sesuai dengan keupayaan

kognitif pelajar (min=4.16), objektif pengajaran boleh dicapai dalam masa yang

diperuntukkan (min=4.07), objektif pengajaran disediakan mengikut turutan dari mudah

kepada sukar (min=4.20), pengenalan atau set induksi yang sediakan bersesuaian dengan

tajuk pengajaran (min=4.15), aktiviti pelajar melibatkan semua pelajar secara aktif

(min=4.27), susunan penyampaian isi pelajaran yang disediakan mempunyai kesinambungan

antara satu dengan yang lain (min=4.12), alat bantu mengajar yang disediakan dapat

meningkatkan kefahaman pelajar (min=4.25), alat bantu mengajar yang disediakan sesuai

untuk semua pelajar (min=3.90), guru dapat mengaitkan isi pelajaran yang hendak

disampaikan dengan pelajaran yang lepas (min=4.25) dan memastikan alat bantu mengajar

yang disediakan selamat digunakan (min=3.84).

Dapatan kajian ini menunjukkan penyelia memastikan guru membuat perancangan

dan persediaan yang baik sebelum proses P&P dijalankan dan ini selaras dengan Rosini dan

Ramlah (1998) yang berpendapat penyediaan rancangan yang teratur khususnya dalam

menentukan objektif, isi pelajaran dan kemahiran yang hendak diajar adalah penting bagi

pengajaran seorang guru bagi mengelakkan mereka menyeleweng daripada tajuk yang

hendak disampaikan dan mengurangkan pembaziran masa. Hawabi (1998) juga mempunyai

pandangan yang sama, iaitu melalui penyeliaan, pengetua dapat membantu guru-guru

membina kemahiran dalam merancang pengajaran mereka dengan baik.

Walau bagaimanapun dapatan kajian Subaidah (2001) mendapati ramai guru yang

menampakkan kelemahan yang ketara dalam perancangan dan kaedah pengajaran mereka

seperti teknik dan strategi digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran, kurang melibatkan

pelajar secara aktif dan membimbing mereka kearah perkembangan intelek.

3.5 Penyeliaan Kaedah Penyampaian Dapatan bagi pembolehubah kajian ini menunjukkan penyelia memberi penekanan

yang tinggi kepada kaedah penyampaian guru semasa P&P dijalankan dengan nilai min 4.16

dan sisihan piawai 0.62. Sebelas item dibawah pembolehubah ini menunjukkan nilai min

berada pada tahap tinggi adalah penyelia memastikan guru menggunakan kaedah pengajaran

bersesuaian dengan objektif pengajaran (min=4.27), menggalakkan kreativiti dalam

pengajaran (min=4.19), menggalakkan guru mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi

menarik minat pelajar (min=4.28), memastikan kaedah penyampaian mengikut hiraki dari

yang konkrit kepada abstrak (min=4.24), menggalakkan inovasi dalam kaedah pengajaran

(min=4.20), memastikan interaksi guru dengan pelajar berlaku dua hala (min=4.22), sesuai

dengan tahap penguasaan pelajar (min=4.14), idea dan konsep isi pelajaran disampaikan

dengan jelas dan mudah difahami (min=4.25), menggabungkan isi pelajaran dengan

pengalaman hidup pelajar, masyarakat dan alam pekerjaan (min=4.07), menggunakan papan

tulis secara sistematik (min=3.82) dan memastikan penyampaian pengajaran memudahkan

kefahaman pelajar (min=4.12).

Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perubahan yang jelas bagi ciri-ciri yang

baik dalam kaedah penyampaian pengajaran dalam bilik darjah pada masa kini berbanding

penyampaian pengajaran pada tahun 80an. Contohnya, Fatimah (1980) mendapati

Page 8: KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU … · 2013-07-19 · KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI MALAYSIA Dr. Hjh Sarimah Ismail Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor

sebahagian besar guru-guru masih menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan

kapur dan papan hitam sahaja dalam proses P&P. Fonseka (1987) pula mengatakan terlalu

kurang guru-guru menggunakan media eletronik dalam proses P&P.

3.6 Penyeliaan Kemahiran Komunikasi Berkesan Dapatan kajian bagi pembolehubah ini menunjukkan penyelia memberi penekanan

yang tinggi kepada kemahiran komunikasi guru dalam P&P. Nilai min bagi pembolehubah

ini ialah 4.15 dan nilai sisihan piawai adalah 0.55. Semua sub pembolehubah yang dikaji

menunjukkan nilai min yang juga berada pada tahap tinggi seperti menggunakan "body

language" dalam penyampaikan isi pelajaran (min=4.02), menggalakkan guru mempunyai

hubungan yang mesra dengan pelajar (4.20), menggalakkan guru menggunakan bahasa,

suara dan intonasi yang sesuai (min=4.25) dan memastikan tulisan guru kemas (min=4.14).

Land (1987) mengatakan pengajaran guru dianggap berkesan apabila mereka menggunakan

bahasa yang jelas dan mudah difahami pelajar. Subaidah (2001) juga mengakui yang

kemahiran ini penting kepada guru-guru kerana papan tulis adalah antara alat bantu mengajar

yang penting, mudah didapati dan paling banyak digunakan oleh guru-guru. Dapatan kajian

Hamidah (1991) juga menunjukkan alat bantu mengajar yang paling banyak digunakan ialah

papan tulis. Oleh itu, penggunaan papan tulis dengan cara yang betul dapat membantu guru-

guru menyampaikan pengajaran dengan teratur, tepat, pantas dan secara tidak langsung

mewujudkan komunikasi berkesan antara guru dengan pelajar (Musa, 1992).

3.7 Penyeliaan Penggunaan Sumber Pendidikan Hasil kajian ini mendapati penyelia memastikan guru menggunakan sumber

pendidikan yang sesuai dan berkesan untuk menarik perhatian pelajar dan menimbulkan rasa

minat mereka untuk belajar. Ini dapat dibuktikan melalui purata bagi pembolehubah ini yang

berada di tahap tinggi dengan nilai 4.06 dan sisihan piawai 0.71. Item-item tersebut seperti

penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat membantu mencapai objektif pengajaran

(min=4.05), penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat meningkatkan kefahaman pelajar

(min=4.17), penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat menarik perhatian pelajar

(min=4.09) dan menggalakkan guru memaksimakan penggunaan pusat sumber dan bengkel

sekolah (min=3.83). Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan kajian Rosini dan Ramlah

(1998) yang telah membuktikan bahawa penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan

dapat meningkatkan hasil pembelajaran kerana penggunaan alat bantu mengajar melibatkan

banyak deria yang secara langsung boleh meningkatkan kefahaman dan maklumat yang

diperolehi akan lebih kekal dalam ingatan mereka.

3.8 Penyeliaan Penilaian

Tahap penyeliaan pembolehubah kajian ini adalah tinggi dengan nilai min 4.19 dan

sisihan piawai ialah 0.55 yang menunjukkan penyelia memberi penekanan kepada penilaian

guru keatas pelajar semasa proses P&P dijalankan. Lima item yang menunjukkan nilai min

yang juga berada pada tahap tinggi ialah guru mengenalpasti tahap penguasaan pembelajaran

setiap pelajar (min=4.15), membuat penilaian keatas pelajar dari semasa ke semasa bagi

mengenalpasti tahap kefahaman mereka (min=4.19), membuat penilaian yang adil keatas

semua pelajar (min=4.24), mengenalpasti kelemahan pelajar melalui tugasan yang diberi

(min=4.19) dan menilai keberkesanan P&P melalui tugasan yang diberi kepada pelajar

(min=4.18). Shamsudin dan Kamarul, (2011) telah menyenaraikan ciri-ciri guru yang baik

Page 9: KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU … · 2013-07-19 · KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI MALAYSIA Dr. Hjh Sarimah Ismail Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor

yang di antaranya ialah membuat penilaian dalam pengajarannya bagi mengukur setakat

mana pelajar dapat menerima, memahami, dan mempraktikkan isi pelajaran yang telah guru

sampaikan.

3.9 Penyeliaan Teknik Menyoal Dapatan kajian bagi pembolehubah ini menunjukkan penyelia memberi penekanan

yang tinggi kepada cara guru menyoal semasa proses P&P dijalankan dengan nilai min 4.17

dan sisihan piawai 0.60. Enam item yang mengukur pembolehubah kajian ini juga berada

pada tahap tinggi iaitu kepelbagaikan teknik menyoal (min=4.12), soalan berperingkat dari

mudah kepada yang sukar (min=4.12), soalan yang berkaitan dengan topik pelajaran

(min=4.21), mengemukakan soalan untuk menilai tahap kefahaman pelajar (min=4.18),

soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran (min=4.25) dan soalan sesuai dengan tahap

kefahaman pelajar (min=4.14). Musa (1992) mengatakan menyoal adalah cara yang penting

untuk merangsangkan pembelajaran dan pemikiran pelajar. Oleh itu, penyeliaan pengetua

penting untuk memastikan guru-guru berusaha mengaplikasikan teknik penyoalan yang betul

sebagai pendekatan penilaian dalam pengajaran mereka.

3.10 Penyeliaan Penguasaan Isi Kandungan

Dapatan kajian menunjukkan penyelia memberi penekanan yang tinggi kepada guru

dalam menguasai isi kandungan dengan nilai min 4.20 dan sisihan piawai 0.57. Lapan item

yang mengukur pembolehubah kajian ini juga menunjukkan nilai min berada pada tahap

tinggi bagi penguasaan isi kandungan pelajaran (min=4.19), P&P yang sampaikan

berhubung kait dengan isi pelajaran (min=4.25), dapat menyampaikan isi pelajaran dalam

masa yang ditentukan (min=4.13), isi pelajaran yang disampaikan mengikut perancangan

mengajar (min=4.22), isi pelajaran yang sampaikan dapat menarik perhatian pelajar

(min=4.17), menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan isi pelajaran yang

disampaikan (min=4.27), isi pelajaran disampaikan dari mudah kepada yang sukar

(min=4.12) dan memastikan isi pelajaran yang disampaikan sesuai dengan tahap penguasaan

pelajar (min=4.23). Dapatan kajian ini bertepatan dengan pendapat Yoakam dan Simpson

(1957) yang mengatakan seseorang guru tidak akan dapat mengambarkan unit yang diajar

dengan baik jika tidak memahami benar-benar bidang pelajaran yang diajarnya. Manakala

bagi guru yang memahami bidang pelajaran yang akan diajar, dapat melaksanakan tugas

mereka dengan berkesan.

3.11 Penyeliaan Pengurusan Kelas

Dapatan bagi pembolehubah kajian ini juga menunjukkan penyelia memberi

penekanan yang tinggi kepada pengurusan kelas oleh guru-guru yang diselia dengan nilai

min 4.08 dan sisihan piawai 0.70. Lapan item yang mengukur pembolehubah kajian ini juga

berada pada tahap tinggi iaitu menjaga keselamatan pelajar dalam bilik darjah (min=4.19),

mencatat kehadiran pelajar (min=4.12), mewujudkan keadaan bilik darjah yang selesa

(min=4.27), mengawal tingkah laku pelajar (min=4.20), memastikan pelajar mematuhi

peraturan bilik darjah (min=4.02), menjaga kelengkapan dalam bilik darjah supaya berada

dalam keadaan yang baik (min=3.93), mengarah pelajar menjalankan tugas harian

(min=4.01) dan menjaga ruang bilik darjah dalam keadaan yang kemas (min=3.93). Dapatan

kajian ini menyokong pernyataan Mohd Salleh (2000) yang menjelaskan melalui penyeliaan

Page 10: KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU … · 2013-07-19 · KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI MALAYSIA Dr. Hjh Sarimah Ismail Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor

pengajaran dapat membantu guru mengawal tingkah laku pelajar dan dapat membantu guru

mengurus bilik darjah dengan cekap.

3.12 Penyeliaan Amalan Profesionalisme Keguruan Dapatan kajian bagi pembolehubah penyeliaan amalan profesionalisme keguruan

menunjukkan penyelia memberi penekanan yang tinggi keatas pembolehubah ini semasa

penyeliaan P&P guru-guru teknikal dijalankan dengan nilai min 4.22 dan sisihan piawai

0.54.

Semua sub pembolehubah bagi 9 item yang disediakan menunjukkan nilai min yang

juga berada pada tahap tinggi iaitu menerima perbezaan tahap pembelajaran setiap pelajar

(min=4.20), sentiasa bersifat matang (min=4.14), mengamalkan tingkah laku yang baik

supaya menjadi teladan kepada pelajar (min=4.12), mengembangankan potensi pelajar dari

segi JERI (min=4.22), bersikap jujur dalam menjalankan semua tugas (min= 4.21), bersikap

adil terhadap semua pelajar (min=4.24), bertutur dengan sopan (min=4.25), memotivasikan

pelajar untuk berjaya dalam pelajaran (min=4.32) dan berpakaian kemas (min=4.17). Mok

(1995) mengatakan guru-guru yang mempunyai tingkah laku yang baik dan pertuturan yang

sopan berjaya memotivasikan pelajar-pelajar dan dapat menarik perhatian mereka untuk

bersedia mengikuti pengajaran guru dengan penuh minat. Selain itu, penyeliaan yang

berkesan dapat membantu guru membentuk sikap yang sihat tentang pembanguna

profesional berterusan (Abu Bakar, 1995).

4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan penekanan yang tinggi

diberikan keatas semua kriteria atau komponen penyeliaan yang dijalankan oleh pengetua

sekolah sepanjang proses P&P guru-guru teknikal dalam bilik darjah. Ini bercanggah dengan

latarbelakang masalah yang menunjukkan kebanyakkan penyeliaan P&P guru-guru

dilakukan oleh guru penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia sementara komponen

P&P yang diselia pula tidak menyeluruh, lebih menumpu kepada penulisan buku persediaan

mengajar dan penyediaan alat bantu mengajar. Ini mungkin ada kaitan dengan sifat komited

yang ditunjukkan pengetua di sekolah teknik yang dikaji selaras dengan anugerah yang

disandang sebagai pengetua cemerlang bagi melahirkan sekolah teknik cemerlang menerusi

guru yang cemerlang.

5.0 CADANGAN

Di antara cadangan berdasarkan dapatan kajian ini ialah:

i. Model penyeliaan P&P perlu disediakan untuk membuat kawalan, arahan, penyeliaan dan

penilaian keatas proses P&P bagi menjamin keberkesanan penyeliaan P&P di sekolah di

samping dapat membantu mengenalpasti ciri-ciri penyeliaan yang baik dan boleh diterima

dengan mudah oleh semua pihak.

ii. Pengetua sekolah perlu menyediakan perancangan yang sistematik supaya penyeliaan ke

atas pengajaran semua guru-guru dapat dijalankan secara berterusan. Oleh itu, pengetua

harus bijak dalam pengurusan dan penggunaan masa supaya dapat memberi tumpuan

kepada pelaksanaan kurikulum dalam proses P&P.

iii. Seseorang penyelia itu perlu berusaha memiliki pengetahuan, kemahiran interpersonal

dan kemahiran teknikal yang tinggi di samping mempunyai pengalaman sebelum bersedia

untuk menjadi seorang penyelia pengajaran.

Page 11: KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU … · 2013-07-19 · KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI MALAYSIA Dr. Hjh Sarimah Ismail Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor

iv. Guru-guru juga perlu diberi pendedahan tentang konsep dan objektif penyeliaan melalui

kursus, seminar dan bengkel agar dapat memberikan kerjasama dan bersifat terbuka

kepada pengetua sebagai penyelia agar dapat mengatasi kelemahan pengajaran mereka

dan pada masa yang sama mengekalkan hubungan baik antara pengetua dan guru-guru.

RUJUKAN Abdul Shukur Abdullah. (1988). Pengurusan Penyeliaan Dalam Suasana Sekolah- Isu Dan Strategi.

Jurnal kementerian pendidikan, 32 (7); 33-39.

Christenson . C, Johnson. T.W dan Stinson. J.E. (1982). Supervising. Addison-Wesley Publishing

Company.

Habawi Hashim (1998). Persepsi Guru-guru Maktab Rendah Sains Mara Terhadap Tingkah Laku

Kepimpinan Pengajaran Pengetua. Tesis Sarjana Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Salleh Lebar (1998). Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah Dan Pendidikan. Petaling Jaya:

Thinker’s Library And Bhd.

Mohd Salleh Lebar (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan Di Malaysia. Petaling

Jaya : Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Sapon Ibrahim (2001). Persepsi Pensyarah Politeknik Di Semanjung Malaysia Terhadap Amalan

Penyeliaan. UTM: Kertas Kerja Seminar Pendidikan.

Sergit Singh sb Gur Baksh Singh (1974). The Leadership Role In Education Of Federal Inspector Of

School. Tesis Sarjana Pendidikan: Universiti Malaya.

Sharifah Md. Nor dan Azizah Abd. Rahman (1989). Penyeliaan Pengajaran Sebagai Satu Ciri

Kepimpinan Profesional. Jurnal Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. 33.20.39.

Shamsudin Mohamad dan Kamarul Azmi (2011). Penyeliaan Guru Dalam Pengajaran &

Pembelajaran. Penerbit UTM Press.

Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti MS ISO 9001: 2008

Subaidah Haleed (2001). Persepsi Guru-Guru Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru Terhadap

Kesan Penyeliaan Pengetua Keatas Peningkatan Kualiti Pengajaran Guru. Tesis

Sufean Husin. (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Universiti Malaya : PTS

Professional.

Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1987. Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas

Oleh Pengetua / Guru Besar. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Syed Alwi Al- Junid (1989). Konsep dan Peranan Guru Dalam Pencerapan. Jurnal Maktab

Perguruan Sri Pinang.8.30-36.

Page 12: KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU … · 2013-07-19 · KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI MALAYSIA Dr. Hjh Sarimah Ismail Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor