of 31 /31
KOLEKSI SOALAN NOVEL SPM (2001 – 2012) NOVEL MELUNAS RINDU DAN KABUS DI PERBUKITAN TAHUN 2001 4a Pada pendapat anda, wajarkah pengarang mengakhiri cerita seperti yang terdapat dalam novel yang anda pelajar ? Jawapan: Berdasarkan novel “Melunas Rindu” saya berpendapat, pengarang wajar mengakhiri cerita itu seperti yang saya pelajari kerana novel berkenaan berakhir dengan kegembiraan apabila Fuad dapat bertemu semua dengan ibu kandungnya, Mariana. Kegembiraan Fuad ini bermula apabila dia ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk melawat ibu Farhana yang sakit. Dia mendapati nama ibu Farhana iaitu Mariana binti Osman yang tercatat pada fail pesakit sama seperti nama ibunya. Kehadiran bapa Fuad iaitu Robert Lim yang menyusuli Fuad ke hospital berkenaan untuk menyerahkan sebentuk cincin yang boleh membantu Fuad mencari ibunya telah mengesahkan bahawa ibu Farhana itu ialah ibu kandung Fuad juga. Selain itu, pengakhiran novel itu juga telah berjaya menyatukan semua ahli keluarga yang telah lama terpisah iaitu Fuad telah dapat bertemu semua dengan, ibunya Mariana, sementara Mariana bertemu semua dengan bekas suaminya, Roslan (Robert Lim). Sementara itu ketika Robert Lim bertemu Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah yang akan berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah, dia telah menyatakan kepada Fuad bahawa dia akan menyusul kemudian ke sana, seolah-olah pernyataan hati Robert Lim untuk kembali semua kepada agama Islam. 4b Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari itu. Jawapan: Persoalan yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, persoalan tentang kasih sayang sesama ahli keluarga misalnya, Fuad reda menerima ketentuan bahawa Farhana ialah adik seibunya walaupun sebelum ini dia ada menaruh hati terhadap Farhana. Akibat ketentuan takdir itu, Fuad mulai belajar untuk menyayangi Farhana sebagai adiknya. Kedua, persoalan tentang tanggungjawab sebagai seorang anak misalnya, Fuad tetap bertanggungjawab untuk membiayai persekolahan adik-adik angkatnya bagi mengambil alih tanggungjawab bapa angkatnya Peter Lim yang uzur, walaupun kini dia telah kembali kepada agama Islam. Perbezaan agama tidak menghalang Fuad daripada memikul tanggungjawab sebagai seorang anak walaupun berstatus anak angkat. Persoalan yang terdapat dalam novel “Kabus Di Perbukitan” ialah persoalan kasih sayang antara ahli keluarga misalnya, Faridah sangat sayang dan merindui saudara kembarnya, Rahayu yang telah terpisah sejah kecil akibat perceraian anatara ibu dan bapanya. Mereka sangat merindu antara satu sama lain dan hanya bertemu di alam bawah sedar semasa Faridah terbabit dalam kemalangan sementara Rahayu terlantar sakit di hospital akibat kanser. Kedua, persoalan tentang tanggungjawab sesama umat Islam, misalnya Soleh Johnsons sentiasa memastikan proses penyembelihan haiwan di ladang ternakannya mengikut syariat Islam demi memastikan umat Islam di negaranya memperoleh bekalan daging yang halal.

Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

Embed Size (px)

DESCRIPTION

komsas

Citation preview

Page 1: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

KOLEKSI SOALAN NOVEL SPM (2001 – 2012)NOVEL MELUNAS RINDU DAN KABUS DI PERBUKITAN

TAHUN 20014a Pada pendapat anda, wajarkah pengarang mengakhiri cerita seperti yang terdapat dalam novel yang anda pelajar ?

Jawapan:                Berdasarkan novel “Melunas Rindu”  saya berpendapat, pengarang wajar mengakhiri  cerita itu seperti yang saya pelajari kerana novel berkenaan berakhir dengan kegembiraan apabila Fuad dapat bertemu semua dengan ibu kandungnya, Mariana. Kegembiraan Fuad ini bermula apabila dia ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk melawat ibu Farhana yang sakit. Dia mendapati nama ibu Farhana iaitu Mariana binti Osman yang tercatat pada fail pesakit sama seperti nama ibunya. Kehadiran bapa Fuad iaitu Robert Lim yang menyusuli Fuad ke hospital berkenaan untuk menyerahkan sebentuk cincin yang boleh membantu Fuad mencari ibunya telah mengesahkan bahawa ibu Farhana itu ialah ibu kandung Fuad juga.                Selain itu, pengakhiran novel itu juga telah berjaya menyatukan semua ahli keluarga yang telah lama terpisah iaitu Fuad telah dapat bertemu semua dengan, ibunya Mariana, sementara Mariana bertemu semua dengan bekas suaminya, Roslan (Robert Lim). Sementara itu ketika Robert Lim bertemu  Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah yang akan berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah, dia telah menyatakan kepada Fuad bahawa dia akan menyusul kemudian ke sana, seolah-olah pernyataan hati Robert Lim untuk kembali semua kepada agama Islam.

4b Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari itu.

Jawapan:                Persoalan yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, persoalan tentang kasih sayang sesama ahli keluarga misalnya, Fuad reda menerima ketentuan bahawa Farhana ialah adik seibunya walaupun sebelum ini dia ada menaruh hati terhadap Farhana. Akibat ketentuan takdir itu, Fuad mulai belajar untuk menyayangi Farhana sebagai adiknya. Kedua, persoalan tentang tanggungjawab sebagai seorang anak misalnya, Fuad tetap bertanggungjawab untuk membiayai persekolahan adik-adik angkatnya bagi mengambil alih tanggungjawab bapa angkatnya Peter Lim yang uzur, walaupun kini dia telah kembali kepada agama Islam.  Perbezaan agama tidak menghalang Fuad daripada memikul tanggungjawab sebagai seorang anak walaupun berstatus anak angkat.                Persoalan yang terdapat dalam novel “Kabus Di Perbukitan” ialah persoalan kasih sayang  antara ahli keluarga misalnya, Faridah sangat sayang dan merindui saudara kembarnya, Rahayu yang telah terpisah sejah kecil akibat perceraian anatara ibu dan bapanya. Mereka sangat merindu antara satu sama lain dan hanya bertemu di alam bawah sedar semasa Faridah terbabit dalam kemalangan sementara Rahayu terlantar sakit di hospital akibat kanser. Kedua, persoalan tentang tanggungjawab sesama umat Islam, misalnya Soleh Johnsons sentiasa memastikan proses penyembelihan haiwan di ladang ternakannya mengikut syariat Islam demi memastikan umat Islam di negaranya memperoleh bekalan daging yang halal.

TAHUN 20024a Unsur kejutan ialah unsur penceritaan yang menimbulkan situasi yang tidak disangka-sangka sama ada oleh watak dalam sesebuah cerita mahupun pembaca.

Huraikan dua contoh peristiwa yang menggunakan unsur kejutan dan nyatakan sebab peristiwa berkenaan mengejutkan.

Jawapan:                Dua contoh unsur kejutan dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama peristiwa pertemuan antara Fuad dengan ibu kandungnya di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan secara kebetulan ketika dia mengunjungi ibu Farhana di sana sangat mengejutkan  Fuad dan Farhana.   Hal ini mengejutkan disebabkan, Fuad tidak menyangka bahawa ibu Farhana itu sebenarnya ibu kandungnya juga.   Hal ini

Page 2: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

disahkan sendiri oleh bapa Fuad iaitu Robert Lim yang kebetulan mahu menemui Fuad untuk menyerahkan sebentuk cincin yang mungkin boleh membantu Fuad mencari ibunya.                Kedua, peristiwa kehadiran bapa Fuad, Roberti Lim di lapangan terbang ketika Fuad, ibunya Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah hendak berangkat mengerjakan umrah di Makkah mengejutkan Fuad. Hal ini mengejutkan Fuad kerana dia tidak menyangka bapanya akan datang malah Fuad lebih terkejut apabila bapanya menyatakan bahawa dia akan menyusul ke Makkah juga seolah-olah bapanya mahu kembali kepada agama Islam.

4b Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari itu.

Jawapan:                Dua nilai murni yang terdapat dalam  novel “Melunas Rindu” ialah nilai kasih sayang. Misalnya, Fuad reda menerima ketentuan bahawa Farhana ialah adik seibunya walaupun sebelum ini dia ada menaruh hati terhadap Farhana. Akibat ketentuan takdir itu, Fuad mulai belajar untuk menyayangi Farhana sebagai adiknya. Kedua, nilai tanggungjawab.  Misalnya, Fuad tetap bertanggungjawab untuk membiayai persekolahan adik-adik angkatnya bagi mengambil alih tanggungjawab bapa angkatnya Peter Lim yang uzur, walaupun kini dia telah kembali kepada agama Islam.  Perbezaan agama tidak menghalang Fuad daripada memikul tanggungjawab sebagai seorang anak walaupun berstatus anak angkat.                Dua nilai yang terdapat dalam novel “Kabus Di Perbukitan” ialah nilai kasih sayang.  Misalnya, Faridah sangat sayang dan merindui saudara kembarnya, Rahayu yang telah terpisah sejak kecil akibat perceraian anatara ibu dan bapanya. Mereka sangat merindu antara satu sama lain dan hanya bertemu di alam bawah sedar semasa Faridah terbabit dalam kemalangan sementara Rahayu terlantar sakit di hospital akibat kanser. Kedua, nilai tanggungjawab. Misalnya Soleh Johnsons sentiasa bertanggungjawab memastikan proses penyembelihan haiwan di ladang ternakannya mengikut syariat Islam demi memastikan umat Islam di negaranya memperoleh bekalan daging yang halal.

TAHUN 20024a Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari.

Jawapan:JIKA PILIH MELUNAS RINDU                Tema yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” cabaran seorang pemuda untuk mencari asal usul dirinya. Buktinya Fuad/ Abdul Halim/ Joshua gigih berusaha untuk mencari ibunya yang telah terpisah sejak dilahirkan. Dia yang dipelihara oleh bapa saudaranya Peter Lim pada awalnya cuba mengesan kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia. Namun, berita yang menyatakan ibunya masih hidup amat mengembirakan hatinya. Pencariannya berakhir apabila dia berjaya menemui ibunya yang seterusnya melunasi rindunya. Kasih sayang Fuad terhadap ibu kandungnya. Fuad berusaha mencari ibunya yang tidak pernah ditemui sejak 25 tahun lalu kerana terlalu menyayanginya.

JIKA PILIH KABUS DI PERBUKITANNovel Kabus Di Perbukitan pula mengemukakan tema jati diri seorang wanita terhadap tanah airnya/keluarganya. Sebagai contohnya, Faridah sangat sayang akan ibunya, buktinya dia sanggup menjaga ibunya dan tidak berpindah apabila suaminya, Ghazali bertugas di Kelang. Bukti lain, Faridah juga sangat sayang kepada Rahayu, adik kembarnya yang terpisah. Kekuatan kasih sayang itu menyebabkan Faridah seolah-olah dapat berhubung secara bawah sedar dengan Rahayu ketika Faridah berada dalam keadaan koma. Seterusnya, kasih sayang terhadap kampung halaman dan jati dirinya sebagai orang Melayu. Buktinya, Faridah tetap ingat akan kampung halamannya di Sungai Besar walaupun berada jauh di negeri orang.Malah Faridah juga tetap mengamalkan budaya Melayu ketika berada di New Zealand.  Jati diri bangsa bangsa  Melayu dan kekuatan pegangan agama menjadikan seorang wanita Melayu berupaya menghadapi cubaan hidup dengan tenang tanpa terkikis nilai wanita Melayu dan penganut agama yang setia. Kekuatan diri membentuknya menjadi wanita glokal yang masih sedar akan asal usul diri.Sebagai contoh,  Faridah yang bermaustatin di Rosewood , New Zealand tidak pernah melupai tanah tumpah darahnya Malaysia walaupun sudah 25 tahun menetap di Rosewoo,  Faridah masih menggemari masakan Melayu iaitu kari yang juga merupakan masakan kegemaran anaknya Anne, Faridah masih mengekalkan panggilan namanya dengan nama Melayu iaitu Idah, Faridah masih kuat berpegang pada

Page 3: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

agama Islam yang menjadi pegangan kuat bangsa Melayu, Faridah dan Soleh Johnsons menerapkan ajaran Islam kepada anak-anak mereka iaitu larangan meminum arak dan mereka menghantar anak-anak mereka Anne dan Melina belajar di sekolah rendah Islam ketika berusia enam tahun di Christchurch yang terletak 30 km dari rumah mereka di Rosewood

4b Huraikan  dua latar masyarakat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari

Jawapan:                Dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup misalnya, Fuad sungguh tabah menghadapi sikap dingin Mak Salmah terhadapnya selama beberapa bulan dia tinggal bersama-sama Pak Ismail dan Mak Salmah. Mak Salmah itu beranggapan bahawa Fuadlah punca kematian Sofia, iaitu anaknya akibat daripada tindakan Fuad melarikan Sofia. Fuad terpaksa bersabar dan sentiasa berusaha mengambil hati Mak Salmah. Kedua, masyarakat yang mentaati perintah agama misalnya, selepas kembali kepada agama asal keluarganya, Fuad tekun mengerjakan solat termasuklah bersolat berjemaah di surau dan tekun mempelajari al-Quran melalui tunjuk ajar Pak Ismail.                Dua latar masyakarat yang terdapat dalam novel “Kabus Di Perbukitan” ialah masyarakat yang tabah menerima ketentuan takdir dengan reda misalnya, Faridah reda menerima ketentuan takdir bahawa dia akan kehilangan insan-insan yang disayangi dalam tempoh yang berdekatan antara satu sama lain. Mula-mula Faridah kehilangan saudara kembarnya yang sangat dirinduinya iaitu Rahayu yang meninggal dunia kerana penyakit barah. Kemudian, ibunya pula meninggal dunia kerana menderita akibat kematian Rahayu. Kemudian, suaminya Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Kedua, masyarakat yang mentaati perintah agama misalnya, Soleh Johnsons sangat mentaati perintah agama Islam setelah dia memeluk agalam Islam dan berkahwin dengan Faridah. Dia sentiasa bersolat dan menyokong usaha-usaha mengembangkan syiar Islam dengan sentiasa menghulurkan derma. Dia juga sentiasa memastikan penyembelihan haiwan di ladangnya mengikut syariat Islam agar umta Islam di New Zealand memperoleh bekalan daging yang halal.             

TAHUN 20034a Plot merupakan aspek penting dalam pembinaan sebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan klimaks novel berkenaan.

Jawapan:                Berdasarkan novel “Melunas Rindu” plot yang menjadi klimaks novel ini ialah melalui peristiwa apabila Fuad mendapati ibu Farhana merupakan ibu kandungnya. Ketika dia melawat ibu Farhana yang terlantar di hospital dia mendapati nama ibu Farhana sama dengan nama ibunya iaitu Mariana binti Osman. Hal ini disahkan sendiri oleh bapa Fuad, Robert Lim yang secara kebetulan ke hospital mencari Fuad untuk menyerahkan sebentuk cincin iaitu cincin perkahwinannya dengan ibu Fuad yang dirasakannya dapat membantu Fuad mencari ibu kandungnya. Peristiwa itu menjadi klimaks novel “Melunas Rindu” kerana telah menamatkan pencarian Fuad selama ini iaitu untuk mengenali ibu kandungnya yang telah terpisah sejak dia kecil.

4b Huraikan dua latar tempat berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari.

Jawapan:                Dua latar tempat yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah Klinik Ihsan yang terletak di bandar Kuala Terengganu. Fuad telah membawa anak Borhan yang demam panas untuk dirawat. Fuad sanggup menyewa sebuah kereta dan pergi ke klinik tersebut pada waktu malam demi membantu rakannya itu. Kedua, Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan. Latar tempai ini sangat penting kerana di sinilah Fuad telah bertemu dengan ibu kandungnya yang dicari-carinya sekian lama. Secara kebetulan dia ingin melawat ibu Farhana yang dirawat di situ. Rupa-rupanya ibu Farhana itu ialah ibu kandungnnya juga.                Dua latar tempat yang terdapat dalam novel “Kabus Di Perbukitan” ialah Cameron Highlands iaitu di sinilah berlakunya pertemuan semula Datuk Azrul dengan kembar bekas teman istimewanya, Rahayu iaitu Faridah. Faridah memperkenalkan dirinya ketika Datuk Azrul dan Datin Aishah pergi ke banglo percutian keluarga Anne untuk membincangkan  tentang perkahwinan Zain dan Anne. Kedua, di Dubai iaitu Soleh Johnsons dan Melina tiba di Dubai International Airport untuk bertemu dengan Benny di

Page 4: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

Empire Tower Hotel. Benny bercadang untuk mendapatkan rumah berhampiran pantai seperti di Marang dan mencadangkan agar Melina melahirkan anak di Dubai.

TAHUN 20034a Kegigihan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari. Jelaskan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan tersebut berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari.

Jawapan:                Dua contoh persoalan kegigihan yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, persoalan kegigihan warga guru mendidik anak bangsa, misalnya, Farhana dan Fuad gigih mendidik murid-murid Sekolah Menengah Seri Setia yang sangat lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan mengatur pelbagai program seperti kelas tambahan untuk membantu mereka. Hasilnya, murid-murid semakin menunjukkan minat untuk mempelajari bahasa Inggeris. Kedua, persoalan kegigihan seorang anak untuk mencari ibu kandungnya, misalnya, Fuad begitu gigih mengesan lokasi kubur ibu kandungnya yang dikatakan telah meninggal dunia di Lembah Klau dengan bantuan Pak Said dan Pak Ngah Lias. Fuad sangat rindu akan ibunya kerana telah terpisah sejak kecil lagi. Harapan Fuad untuk menemui ibunya hidup-hidup agak cerah apabila dimaklumkan oleh Pak Ngah Lias bahawa ibunya belum meninggal dunia.

4b Huraikan dua perwatakan watak utama dalam dua buah novel yang telah anda pelajari

Jawapan:                Dua perwatakan, watak utama dalam novel “Melunas Rindu” iaitu Fuad ialah pertama, dia seorang yang penyayang, misalnya, Fuad sayang akan keluarga angkatnya, Peter Lim sekeluarga yang telah memeliharanya sejak kecil dengan tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak seperti menanggung persekolahan adik-adik angkatnya, Ah Soh dan Mei Lan walaupun dia telah kembali kepada agama Islam. Kedua, Fuad seorang yang tabah menerima ketentuan takdir, misalnya, dia tabah dan reda menerima hakikat bahawa Farhana yang memikat hatinya itu merupakan adik seibunya lalu dia terpaksa membuangkan perasaan cintanya kepada Farhana kepada perasaan sayang seorang abang kepada seorang adik.                Dua perwatakan, watak utama dalam novel “Kabus Di Perbukitan’ iaitu Faridah ialah pertama, dia seorang yang penyayang. misalnya, Faridah sangat sayang akan anak-anaknya Melina dan Anne, terutamanya yang melibatkan penyediaan makanan kegemaran mereka. Dia akan sentiasa memenuhi kehendak selesa anak-anaknya itu. Kedua, Faridah seorang tabah menerima ketentuan takdir, misalnya, dia tabah meneruskan kehidupannya setelah kematian saudara kembarnya, Rahayu, kemudian ibunya pula meninggal dunia dan diikuti oleh suaminya Ghazali dalam tempoh yang sangat dekat.

TAHUN 20044a Watak utama sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua cabaran yang dihadapi oleh watak tersebut.

Jawapan:                Dua cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam novel “Melunas Rindu” iaitu Fuad ialah cabaran untuk memenangi hati Mak Salmah yang membencinya. Fuad berasa bersalah terhadap Pak Ismail dan Mak Salmah kerana dialah, Sofia iaitu anak angkat kesayangan Pak Ismail dan Mak Salmah meninggal dunia. Bagi menebus dosanya itu dia telah tinggal bersama-sama mereka tetapi beberapa bulan tinggal di situ, Mak Salmah bersikap dingin terhadap Fuad walaupun telah dinasihati oleh Pak Ismail suaminya. Namun Fuad tidak berputus asa untuk mengambil hati Mak Salmah dengan pelbagai cara termasuklah membelikan sebidang tanah untuk mereka. Berkat kesabarannya akhirnya Mak Salmah mulai menerima Fuad.                Kedua, Fuad menghadapi cabaran untuk menerima hakikat bahawa gadis yang dicintainya ialah saudara kandungnya. Apabila Fuad mengetahui bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya dia terpaksa melupakan perasaan cintanya terhadap Farhana. Dia terpaksa menerima hakikat bahawa Farhana ialah adik kandung seibunya. Oleh itu, dia berusaha untuk menukarkan perasaan cintanya itu kepada perasaan kasih sayang seorang abang kepada adiknya walaupun dia berasa janggal pada permulannya.

Page 5: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

4b Huraikan dua pengajaran daripada dua buah novel yang telah anda pelajari

Jawapan:                Dua pengajaran yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, kita hendaklah tabah dan reda menghadapi dugaan hidup, misalnya, Fuad tabah mengharungi dugaan hidup terutama dalam menerima hakikat bahawa gadis yang dicintainya iaitu Sofia dan Farhana ialah adik-adik kandungnya. Fuad hampir-hampir meluahkan perasaan cintanya itu kepada Farhana namun terpaksa membatalkan niatnya itu apabila dia mendapat tahu bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya. Dia reda bahawa cintanya terhadap Farhana hanyalah sekadar sayang seorang abang kepada adik kandungnya. Kedua, kita hendaklah mentaati perintah agama, misalnya, setelah Fuad kemabli kepada agama Islam, dia begitu mentaati ajaran agama Islam. Dia sentiasa mengerjakan solat termasuklah solat berjemaah dan mengaji al-Quran melalui tunjuk ajar Pak Ismail.                Dua pengajaran yang terdapat dalam novel “Kabus Di Perbukitan” ialah pertama, kita hendaklah reda dan tabah menerima ketentuan takdir, misalnya,  Faridah tabah meneruskan kehidupannya setelah kematian saudara kembarnya, Rahayu, kemudian ibunya pula meninggal dunia dan diikuti oleh suaminya Ghazali dalam tempoh yang sangat dekat. Faridah menerima ketentuan takdir itu dengan reda. Kedua, kita hendaklah mentaati perintah agama, misalnya, Soleh Johnsons sangat mentaati perintah agama Islam setelah dia memeluk agalam Islam dan berkahwin dengan Faridah. Dia sentiasa bersolat dan menyokong usaha-usaha mengembangkan syiar Islam dengan sentiasa menghulurkan derma. Dia juga sentiasa memastikan penyembelihan haiwan di ladangnya mengikut syariat Islam agar umta Islam di New Zealand memperoleh bekalan daging yang halal.

TAHUN 20044a Huraikan dua contoh  nilai kasih sayang terhadap ahli keluarga yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji.

Jawapan:                Dua contoh nilai kasih sayang terhadap ahli keluarga dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, kasih sayang seorang anak kepada bapa angkat iaitu, Fuad sangat menyayangi bapa angkatnya Peter Lim yang telah memeliharanya sejak kecil walaupun kini dia telah kembali kepada agama asalnya iaitu Islam.Fuad telah membiayai persekolahan adik-adik angkatnya apabila, bapa angkatnya itu jatuh sakit kerana sebagai anak dia berasa dia wajib memikul tanggungjawab itu. Kedua, kasih sayang seorang abang kepada adik kandung iaitu, Fuad menyayangi Sofia dan Farhana sebagai seorang abang kepada mereka, walaupun sebelum mengetahui mereka adik-adiknya dia ada menaruh hati terhadap mereka. Fuad terpaksa memadamkan perasaan cintanya terhadap mereka lantaran dia dan wanita-wanita itu ada pertalian darah.

4b Konflik merupakan perkara yang menarik dalam sesebuah cerita. Berdasarkan dua buah novel yang anda baca, jelaskan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi.

Jawapan:                Dalam novel “Melunas Rindu”, watak utamanya iaitu Fuad berkonflik dengan Mak Salmah kerana Mak Salmah sukar untuk memaafkan kesalahan Fuad yang menjadi punca kematian anak kesayangannya, Sofia. Selama beberapa bulan Fuad tinggal di rumah Mak Salmah, dia bersikap dingin terhadap Fuad. Bagi menyelesaikan konflik tersebut, Fuad sentiasa bersabar dan berusaha untuk memenangi hati Mak Salmah sehinggalah dia membelikan sebidang tanah untuk Mak Salmah dan Pak Ismail. Akhirnya, Mak Salmah mulai dapat menerima dan memaafkan Fuad.                Dalam novel “Kabus Di Perbukitan” pula, watak utamanya, Faridah berkonflik dengan dirinya sendiri untuk mengekalkan jati diri keturunannya yang berasal dari Malaysia. Dia tidak mahu anak cucunya lupa akan asal usul bangsanya setelah 25 tahun dia menetap di New Zealand. Bagi menyelesaikan konflik yang dihadapinya itu telah mengambil keputusan untuk mengajak suaminya, Soleh Johnsons menetap ke Malaysia. Suaminya telah bersetuju apabila menjalin hubungan perniagaan dengan Datuk Azrul. Akhirnya, Faridah berasa tenang dan bersyukur kerana dia kini telah pulang dan kembali membina jati diri bangsa di tanah air sendiri.

Page 6: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

TAHUN 20054a Watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan dua perwatakan satu daripada watak sampingan tersebut.

Jawapan:                Dua perwatakan, watak sampingan yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” iaitu Farhana ialah pertama, Farhana ialah seorang guru yang berdedikasi misalnya, dia berusaha sedaya upaya meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris murid-murid di sekolahnya. Bersama-sama Fuad dia telah merancang pelbagai program untuk tujuan berkenaan bagi dikemukakan dalam mesyuarat kurikulum.

Kedua, dia berani menegakkan kebenaran, misalnya, dia berani menegur kesilapan Cikgu Zamani yang culas dan tidak amanah dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik. Tindakan Farhana ini berpunca daripada sikap Cikgu Zamani yang selalu memburuk-buruknya kepada guru-guru yang lain.

4b Pengarang banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam novelnya. Jelaskan dua peristiwa yang dapat anda teladani daripada setiap dua buah novel yang anda pelajari.

Jawapan:                Dua contoh peristiwa yang boleh diteladani daripada novel “Melunas Rindu” ialah pertama, peristiwa Farhana  begitu komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia selalu berbincang dengan Fuad untuk memantapkan program yang telah dirancang. Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh komited.

Kedua, peristiwa yang menunjukkan Fuad tabah menerima ketentuan takdir bahawa gadis-gadis yang dicintainya ialah adik-adiknya sendiri. Dia sememangnya jatuh hati terhadap Farhana dan tercari-cari masa yang sesuai untuk meluahkan perasaannya itu, namun akhirnya dia mendapati bahawa Farhana ialah adik seibu dengannya. Dia menerima ketentuan takdir itu dengan reda. Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah tabah atau reda akan ketentuan takdir kerana ada hikmah di sebaliknya.                Dua contoh peristiwa yang boleh diteladani daripada novel “Kabus di Perbukitan ” ialah pertama, peristiwa Arzul yang bertekad untuk menjadi penternak dan petani setelah menamatkan pengajian di UPM. Dia telah berusaha dengan gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga dia berjaya menjadi seorang usahawantani berjaya. Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kemajuan.. Kedua, peristiwa yang menunjukkan Soleh mahu penebangan hutan untuk membina chalet peranginanya di Tanah Tinggi Lojing dilakukan dengan lebih terancang dan terkawal  tanpa melibatkan penebangan pokok-pokok yang berusia ratusan tahun walaupun akan melibatkan kos yang tinggi. Di samping itu chaletnya itu akan dihiasi dengan kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga. Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah memelihara keindahan alam sekitar dalam melaksanakan projek pembangunan agar tidak merosakkan keindahan alam sekitar.

TAHUN 20054a Terdapat pelbagai peristiwa menarik yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari. Jelaskan satu sebab bagi setiap peristiwa yang  telah anda nyatakan.

Jawapan:                Dua peristiwa yang paling menarik dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, peristiwa pertemuan antara Fuad dengan ibu kandungnya, Mariana yang telah terpisah sejak kecil. Peristiwa ini menarik kerana pertemuan itu telah menjadi penamat rindu Fuad kepada ibu kandungnya. Sementara Mariana akhirnya dapat menemui anaknya yang dicari sejak sekian lama. Selain itu, peristiwa itu juga menjadi titik nokhtah pada perasaan cinta Fuad terhadap Farhana kerana pertemuan itu bermakna Fuad dan Farhana tidak boleh berkahwin kerana mereka adik-beradik seibu.

Page 7: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

                Kedua, peristiwa, Farhana dimakumkan bahawa Cikgu Zamani telah ditukarkan ke negeri asalnya mulai sesi persekolahan yang akan datang. Peristiwa itu sudah pasti menarik kerana pertukaran Cikgu Zamani bermakna Farhana akan dapat bekerja dengan tenang di Sekolah Menengah Seri Setia kerana seterunya sudah tiada lagi. Selain itu, cabaran Cikgu Abas sebagai Penolong Kanan di sekolah itu juga berkurangan kerana guru yang culas dan suka mencetuskan budaya kerja negatif dalam kalangan guru di sekolah itu sudah tiada.

4b Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan dua latar tempat dalam setiap novel itu.

Jawapan:                Kedua-dua novel “Melunas Rindu” dan “Kabus di Perbukitan” terdapat persamaan latar tempat iaitu di hospital. Dalam novel “Melunas Rindu” hospital yang menjadi latar tempat beberapa peristiwanya ialah Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan. Latar tempai ini sangat penting kerana di sinilah Fuad telah bertemu dengan ibu kandungnya yang dicari-carinya sekian lama. Secara kebetulan dia ingin melawat ibu Farhana yang dirawat di situ. Rupa-rupanya ibu Farhana itu ialah ibu kandungnnya juga. Sementara itu, hospital yang menjadi latar tempat dalam novel “Kabus di Perbukitan” ialah Hospital Kuala Lumpur. Latar tempat ini merupakan tempat Faridah dan Iqbal dirawat selepas mereka ditemui. Selain itu, Rahayu juga telah ke Hospital Kuala Lumpur untuk menemui Faridah yang koma dan akhirnya Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah setelah Faridah tersedar dari koma. Berita kematian Rahayu sejurus kakak kembarnya, Faridah tersedar dari koma menggemparkan seluruh warga hospital.                Selain itu, dalam kedua-dua novel tersebut terdapat persamaan latar tempat iaitu di institusi pendidikan. Perbezaannya adalah dalam novel “Melunas Rindu” institusi pendidikan yang dimaksudkan ialah Sekolah Menengah Seri Setia, iaitu tempat Fuad mengajar sebagai guru sandaran bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Di sinilah, Fuad telah berkenalan dengan Farhana yang merupakan Ketua Panitia Mata Pelajaran Bahasa Inggeris yang sering bertelagah dengan Cikgu Zamani kerana perbuatan Cikgu Zamani yang sering memburuk-burukkan Farhana. Pengenalan itu juga telah menerbitkan perasaan sayang Fuad kepada Farhana tetapi malangnya, akhirnya Fuad mendapati bahawa Farhana ialah adik kandung seibunya. Sementara itu, dalam novel “Kabus di Perbukitan”, institusi pendidikan yang dimaksudkan ialah Universiti Putra Malaysia (UPM). Di sinilah, Azrul berkenalan dengan Rahayu kerana mereka merupakan teman sekuliah daripada Fakulti Ekologi Manusia. Kemudian sewaktu di perpustakaan UPM, Rahayu tiba-tiba jatuh pengsan lalu dikejarkan ke Pusat Kesihatan.             

TAHUN 20064a Pertentangan antara watak banyak terdapat dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan pertentangan (konflik) antara watak dalam sebuah novel yang anda telah kaji.

Jawapan:                Dua contoh peristiwa yang menunjukkan pertentangan antara watak yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, pertentangan antara Fuad dengan Mak Salmah. Konflik antara mereka berpunca daripada kesukaran Mak Salmah untuk memaafkan kesalahan Fuad yang menjadi punca kematian anak kesayangannya, Sofia. Fuad terpaksa bersabar menghadapi kedinginan layanan Mak Samlah terhadapnya sepanjang dia tinggal menumpang di rumah Pak Ismail dan Mak Salmah malah Fuad mengambil masa berbulan-bulan untuk memujuk hati Mak Salmah agar memaafkannya. Kedua, pertentangan antara Fuad dengan bapanya, Robert Lim. Konflik antara mereka berpunca daripada tindakan bapanya meninggalkan ibu kandung Fuad. Tindakan bapanya itu menyebabkan Fuad menyalahkan bapanya sebagai punca dia terpisah daripada ibu kandungnya itu sejak sekian lama. Dia bertindak tidak mahu menemui bapanya walaupun bapanya telah memasukkan wang sebanyak RM200,000 ke dalam akaunnya bagi memujuk Fuad.

4b Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, jelaskan dua nilai kemasyarakatan daripada setiap novel tersebut.

Jawapan:                Dua nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, nilai bantu-membantu. Misalnya,        Fuad telah membawa anak Borhan yang demam panas untuk dirawat.

Page 8: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

Fuad sanggup menyewa sebuah kereta dan pergi ke klinik tersebut pada waktu malam demi membantu rakannya itu. Kedua, nilai bekerjasama untuk melaksanakan sesuatu tugas. Misalnya, Farhana dan Fuad saling berbincang dan bekerjasama merancang beberapa program untuk membantu pelajar-pelajar Sekolah Menengah Seri Setia menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris.                Dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel “Kabus Di Perbukitan” ialah pertama, nilai bekerjasama, misalnya,  pelbagai agensi kerajaan seperti tentera, polis, ambulans dan RELA bekerjasama dalam operasi mengesan Faridah dan Iqbal yang lesap selepas mereka terbabit dalam kemalangan . Kedua, nilai bantu-membantu. Misalnya, Buyung telah membantu Kamarudin mengesan Faridah dan Iqbal setelah pihak berkuasa menghentikan operasi pencarian kedua-duanya. Berkat bantuan Buyung, Kamarudin telah berjaya menemui Faridah dn Iqbal di perkampungan orang Asli.

TAHUN 20064a Huraikan pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda telah kaji.

Jawapan:                Dua pengajaran yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, kita hendaklah tabah dan reda menghadapi dugaan hidup, misalnya, Fuad tabah mengharungi dugaan hidup terutama dalam menerima hakikat bahawa gadis yang dicintainya iaitu Sofia dan Farhana ialah adik-adik kandungnya. Fuad hampir-hampir meluahkan perasaan cintanya itu kepada Farhana namun terpaksa membatalkan niatnya itu apabila dia mendapat tahu bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya. Dia reda bahawa cintanya terhadap Farhana hanyalah sekadar sayang seorang abang kepada adik kandungnya. Kedua, kita hendaklah mentaati perintah agama, misalnya, setelah Fuad kemabli kepada agama Islam, dia begitu mentaati ajaran agama Islam. Dia sentiasa mengerjakan solat termasuklah solat berjemaah dan mengaji al-Quran melalui tunjuk ajar Pak Ismail.

4b Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, bandingkan dua persoalan daripada setiap novel tersebut.

Jawapan:                Perbandingan persoalan yang terdapat dalam novel ‘Melunas Rindu’ dan novel ‘Kabus Di Perbukitan’ ialah kedua-dua novel ini membicarakan tentang persoalan kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan. Contohnya, Fuad sangat sayang akan  keluarga  angkatnya, sehingga sanggup membantu membiayai persekolahan adik-adik  angkatnya walaupun dia telah kembali  memeluk agama asalnya iaitu Islam. Ikatan kekeluargaan tidak terputus biarpun dia kini berlainan agama. Faridah pula sangat sayang akan kembarnya, Rahayu yang sangat  dirinduinya setelah terpisah sejak kecil. Ikatan kasih sayang yang utuh ini terbukti apabila mereka boleh berhubung antara satu sama lain secara di bawah sedar atau secara ‘telepati” apabila Faridah lesap selepas terlibat dalam kemalangan. Melalui hubungan inilah, bapa mereka Kamarudin berjaya mengesan lokasi Faridah berada. Selain itu, kedua-dua novel ini  juga membicarakan tentang persoalan  keredaan  menerima ketentuan takdir. Contohnya, Fuad reda menerima kenyataan bahawa dia dan Farhana ialah adik-beradik walaupun dia ada menaruh perasaan sayang akan Farhana. Sementara Faridah pula reda menerima kematian Rahayu dan suaminya, Ghazali walaupun dia sangat menyayangi kedua-dua insan tersebut.

TAHUN 20074a Nilai setia kawan sering dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua nilai setia kawan dalam sebuah novel yang anda pelajari.

Jawapan:                Nilai setia kawan yang terdapat dalam novel “Kabus di Perbukitan” ialah pertama, kesetiaan persahabatan antara Azrul dan Rahayu. Hubungan antara Azrul dan Rahayu sangat rapat lantaran mereka  merupakan teman sekuliah daripada Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Mereka sering membuat rujukan bersama-sama di perpustakaan dan berbincang tentang rancangan masa hadapan apabila mereka menamatkan pengajian kelak. Namun hubungan mereka terputus apabila Rahayu meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah paru-paru. Walau bagaimanapun, Azrul terus berusaha untuk meneruskan harapan Rahayu dan dirinya untuk menjadi siswazah yang berdikari tanpa mengharapkan kerja makan gaji. Azrul sentiasa menjadikan kata-kata semangat Rahayu sebagai pendorong kepada untuk terus berjaya dan akhirnya dia telah menjadi usahawan tani yang berjaya. Kedua, kesetiaan persahabatan antara Benny dan Mohamed Attar. Benny begitu setia menyertai misi

Page 9: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

Mohamed Attar untuk menegakkan syiar Islam secara ekstrem walaupun tidak disenangi oleh Melina. Benny tetap meneruskan persahabatannya dengan Mohamed Attar walaupun Melina berkali-kali menasihatinya agar menjauhi Mohamed Attar sehinggalah Mohamed Attar ditahan oleh pihak Interpol manakala Benny terpaksa melarikan diri ke Dubai.

4b Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan tema dalam setiap novel itu.

Jawapan:                Tema bagi novel “Melunas Rindu” ialah kegigihan dan ketabahan seorang pemuda untuk mencari asal usul dirinya. Misalnya, Fuad/ Abdul Halim/ Joshua gigih berusaha untuk mencari ibunya yang telah terpisah sejak dilahirkan. Dia yang dipelihara oleh bapa saudaranya Peter Lim pada awalnya cuba mengesan kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia. Namun, berita yang menyatakan ibunya masih hidup amat mengembirakan hatinya. Pencariannya berakhir apabila dia berjaya menemui ibunya yang seterusnya dapat melunaskan rindunya terhadap ibu kandungnya itu.                Sementara itu , tema bagi novel “Kabus di Perbukitan” ialah jati diri bangsa menjadi tunjang seseorang insan. Buktinya, Faridah yang merantau ke New Zealand selama 25 tahun kemudian berkahwin dengan Soleh Johnsons akhirnya kembali ke Malaysia untuk membina kehidupan dalam meniti usia tuanya. Malahan dia berazam untuk memastikan anak cucunya juga akan berpegang teguh pada jati diri bangsa dan akan menetap  di Malaysia pada suatu hari nanti ibarat peribahasa setinggi-tinggi bangau terbang akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.

TAHUN 20074a Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah.

Jawapan:                Dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah dalam novel “Kabus di Perbukitan” ialah pertama persoalan menjaga maruah diri dan keluarga. Misalnya, walaupun Melina semakin akrab dengan Benny dan Benny berkali-kali mengajaknya ke Malaysia namun Melina keberatan untuk menerima pelawaan Benny tanpa sebarang ikatan perkahwinan yang sah demi menjaga maruah diri dan keluarganya. Harapan Benny itu hanya terlaksana apabila Benny melamar Melina dan mereka mendirikan rumah tangga. Kedua, persoalan menjaga maruah agama. Misalnya, tindakan Mohamed Attar yang agak ekstrem dalam perjuangannya untuk menegakkan syair Islam kurang disenangi oleh Ustaz Hassan Syukri. Peristiwa Mohamed Attar ditangkap kerana cuba mengebom sebuah pusat perjudian di Pulau Sentosa, Singapura telah menjatuhkan maruah agama Islam kerana telah memberikan tanggapan negatif kepada masyarakat terutama masyarakat bukan Islam bahawa agama Islam mengajar umatnya melakukan keganasan. Hal ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam yang mengutamakan amalan berhemah dalam menyebarkan syair Islam.

4b Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya.

Jawapan:                Berdasarkan novel “Melunas Rindu” cara watak utama iaitu, Fuad menyelesaikan  konflik antara dirinya dengan Mak Salmah yang berpunca daripada kesukaran Mak Salmah untuk memaafkan kesalahan Fuad yang menjadi punca kematian anak kesayangannya, Sofia ialah Fuad terpaksa bersabar menghadapi kedinginan layanan Mak Samlah terhadapnya sepanjang dia tinggal menumpang di rumah Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad mengambil masa berbulan-bulan untuk memujuk hati Mak Salmah agar memaafkannya dan akhirnya Mak Salmah telah memaafkan Fuad.

                Sementara itu, dalam novel “Kabus di Perbukitan” cara watak utamanya iaitu Faridah menyelesaikan konflik dalam dirinya yang terlalu rindu akan kampung halamannya iaitu Sungai Besar, Selangor setelah 25 tahun tinggal di New Zealand ialah dia telah bercuti ke Malaysia untuk menguruskan perkahwinan antara Zain dengan Anne. Namun , akhirnya dia dan suaminya, Soleh Johnsons mengambil keputusan untuk terus tinggal di Malaysia maka dapatlah dia menghabiskan usia tuanya di tanah airnya yang tercinta.

Page 10: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

TAHUN 20084a Pemilihan tajuk sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut. Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.

Jawapan:                Berdasarkan novel “Melunas Rindu” sesungguhnya, judul novel ini sangat sesuai dengan jalan ceritanya kerana pertama, judul novel “Melunas Rindu’ ada kaitan dengan perasaan Fuad yang sangat rindu akan ibunya kerana dia sudah terpisah daripada ibunya sejak kecil. Oleh itu, dia berusaha untuk mencari kubur ibunya kerana diberitakan ibunya sudah meninggal dunia. Namun dia dikhabarkan berita yang menggembirakan iaitu ibunya belum meninggal dunia. Maka, dia berpeluang untuk menemui ibunya hidup-hidup bagi melunaskan rindunya itu.

                Kedua, perasaan rindu Fuad akhirnya terlunas apabila pada suatu hari ketika dia pergi melawat ibu Farhana yang sakit di hospital dia mendapati nama ibu Farhana sama dengan nama ibunya. Perkara itu akhirnya terbongkar apabila bapa Fuad, Robert Lim yang ingin menyerahkan cincin perkahwinannya dengan Mariana kepada Fuad mengesahkan bahawa ibu Farhana itu ialah ibu kandung Fuad.

4b Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam setiap novel.

Jawapan:                Pengajaran yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh komited. Misalnya, Farhana juga begitu komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia selalu berbincang dengan Fuad untuk memantapkan program yang telah dirancang. Kedua, kita hendaklah sayang akan ahli keluarga sendiri walaupun berlainan agama.Misalnya, Fuad sangat sayang akan Peter Lim iaitu bapa angkatnya yang telah memeliharanya sejak kecil malah sanggup membiayai persekolahan adik-adik angkatnya walaupun kini dia telah  kembali kepada agama asalnya iaitu Islam. Ketiga, kita hendaklah mentaati perintah ajaran agama yang dianuti. Misalnya, Fuad tekun mengerjakan solat di surau dan mengaji al-Quran selepas kembali kepada agama Islam.

                Pengajaran yang terdapat dalam novel “Kabus di Perbukitan” ialah pertama, kita hendaklah mempunyai jati diri yang teguh walaupun di mana-mana kita berada. Misalnya, Faridah yang sudah 25 tahun tinggal di New Zealand tetap mengingati dan menghargai tanah airnya, Malaysia. Dia kemudian telah mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia dalam meniti usia tuanya bersama-sama suaminya, Soleh Johnson. Kedua, kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kemajuan. Misalnya, Azrul yang bertekad untuk menjadi penternak dan petani setelah menamatkan pengajian di UPM, telah berusaha dengan gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga dia berjaya menjadi seorang usahawantani berjaya. Ketiga, kita hendaklah mentaati perintah ajaran agama yang dianuti sebaik-baiknya. Misalnya, Soleh Johnsons merupakan seorang penganut Islam yang tekun mengerjakan solat lima waktu di masjid dan selalu menderma kepada badan-badan kebajikan.

TAHUN 20084a Bahagian permulaan sebuah novel memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda.

Jawapan:                Berdasarkan novel “Kabus di Perbukitan”, permulaan novel ini menarik kerana menimbulkan perasaan ingin tahu kepada pembaca apabila Rahayu tiba-tiba terlihat peristiwa seolah-olah dia sedang menuju ke penghadang jalan lalu melanggarnya dan terus menjunam ke dalam gaung ketika berada di

Page 11: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

dalam perpustakaan Universiti Putra Malaysia. Rentetan peristiwa itu dia menjerit ketakutan lalu jatuh pengsan yang menimbul kegemparan di UPM yang kononnya UPM diserang histeria.                Kedua, peristiwa kehilangan Faridah dan Iqbal selepas mereka ditimpa kemalangan pada permulaan cerita juga menarik perhatian pembaca kerana menimbulkan persoalan kepada pembaca tentang siapa-siapa yang telah melarikan mereka berdua tanpa meninggalkan sebarang jejak sehingga memeningkan kepada pihak yang berusaha mengesan kehilangan mereka itu. Kehilangan Faridah dan Iqbal berjaya menimbulkan pelbagai misteri.

4b Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari.

Jawapan:                Persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” dan “Kabus di Perbukitan” ialah masyarakat yang mengamalkan perkahwinan campur. Misalnya, dalam novel “Melunas Rindu”, Mariana yang berketurunan Melayu telah berkahwin dengan Robert Lim yang berketurunan Cina. Hasil perkahwinan inilah lahirlah Fuad yang merupakan pemuda kacukan Melayu dan Cina. Sementara itu, dalam novel “Kabus di Perbukitan”, Faridah yang berketurunan Melayu dari Malaysia telah berkahwin dengan Samuel Johnsons yang berketurunan ‘kulit putih’ dari New Zealand lalu lahirlah Anne dan Melina yang merupakan gadis kacukan Melayu dan bangsa ‘kulit putih’.                Perbezaan latar masyarakat yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” dan “Kabus di Perbukitan” ialah masyarakat yang berbeza tempat tinggal. Misalnya, dalam novel “Melunas Rindu”, Fuad tinggal di Malaysia. Sementara itu, dalam novel “Kabus di Perbukitan”, Faridah dan keluarganya tinggal di New Zealand sebelum dia kembali semula ke Malaysia.

TAHUN 20094a Sesebuah novel dapat menimbulkan pelbagai kesan terhadap perasaan pembaca.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda.

Jawapan:                Berdasarkan novel “Melunas Rindu” peristiwa yang menimbulkan kesan kepada saya ialah pertama, peristiwa Fuad kembali ke Sungai Ruan untuk menemui bapa angkatnya iaitu Peter Lim yang telah memeliharanya sejak kecil setelah dia kembali kepada agama Islam. Kepulangan Fuad sangat dinanti-nantikan oleh keluarga angkatnya itu malah Fuad telah menyuapkan bubur kepada bapa angkatnya yang sedang sakit itu walaupun kini mereka berlainan agama. Fuad juga telah membuat  keputusan untuk membiayai persekolahan adik-adik angkatnya itu. Peristiwa ini meninggalkan kesan terhadap perasaan saya kerana telah berjaya membuktikan bahawa perbezaan anutan agama tidak akan memutuskan hubungan kekeluargaan yang telah terjalin sekian lama. Kedua, peristiwa Fuad mendapati bahawa Farhana ialah adik kandungnya yang sama ibu iaitu ibu Fuad ialah ibu Farhana juga walaupun Fuad telah berkira-kira untuk melafazkan perasaan cinta terhadap Farhana. Fuad sungguh tabah dan reda menerima ketentuan takdir bahawa dia terpaksa melupakan perasaan itu terhadap Farhana kerana berdosa adik-beradik berkahwin. Ketabahan dan keredaan Fuad menerima takdir itu meninggalkan kesan terhadap perasaan saya kerana telah menyedarkan saya bahawa tuntutan agama itu lebih penting daripada tuntutan nafsu.

4b Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan dua latar masa dalam setiap novel.

Jawapan:                Latar masa yang terdapat dalam kedua-dua novel “Melunas Rindu” dan “Kabus di Perbukitan” ialah pada waktu pagi. Misalnya, dalam novel “Melunas Rindu”, peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah kedatangan Chin ke Sekolah Seri Setia untuk berjumpa Fuad di kantin sekolah pada waktu rehat. Dalam pertemuan itu Chin telah memaklumkan Fuad tentang perniagaan ayah Fuad iaitu Robert Lim yang semakin merosot. Sementara itu, dalam novel “Kabus di Perbukitan”, peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah peristiwa Rahayu tiba-tiba terlihat peristiwa seolah-olah dia sedang menuju ke penghadang jalan lalu melanggarnya dan terus menjunam ke dalam gaung ketika berada di dalam perpustakaan Universiti Putra Malaysia. Rentetan peristiwa itu dia menjerit ketakutan lalu jatuh pengsan

Page 12: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

yang menimbul kegemparan di UPM yang kononnya UPM diserang histeria. Pada masa yang sama juga Faridah telah terlibat dalam kemalangan dalam perjalannya ke Raub.                Selain itu, dalam kedua-dua novel juga terdapat latar masa pada waktu malam. Misalnya, dalam novel “Melunas Rindu”, peristiwa Fuad membawa anak Borhan, Muhammad Alif yang demam panas ke Klinik Ihsan di bandar Kuala Terengganu berlaku pada waktu malam iaitu mereka sampai di situ lebih kurang jam sebelas malam. Demi membantu rakannya itu, Fuad telah menyewa sebuah kereta dan membayar caj rawatan anak Borhan itu. Sementara itu, dalam novel “Melunas Rindu”, peristiwa yang berlaku pada waktu malam peristiwa Ghazali dan Said tiba di Rumah Rehat Gap menjelang jam 10 malam untuk mengetahui perkembangan operasi pencarian Faridah dan Iqbal. Ghazali telah dimakulmkan oleh Inspektor Aznil bahawa satu platun Senoi Praak akan tiba dari Hulu Perak untuk membantu mereka mengesan jejak Faridah dan Iqbal lewat malam itu.

TAHUN 20094a Ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan di atas.

Jawapan:                Berdasarkan watak utama dalam novel “Melunas Rindu” iaitu Fuad sememangnya ketabahan Fuad menghadapi cabaran telah membolehkannya memperoleh kejayaan. Pertama, ketabahan Fuad menghadapi sikap dingin Mak Salmah. Mak Salmah sukar untuk memaafkan kesalahan Fuad yang menjadi punca kematian anak kesayangannya, Sofia. Selama beberapa bulan Fuad tinggal di rumah Mak Salmah, dia bersikap dingin terhadap Fuad. Walau bagaimanapun, Fuad sentiasa tabah menghadapi situasi tersebut dan berusaha untuk memenangi hati Mak Salmah sehinggalah dia membelikan sebidang tanah untuk Mak Salmah dan Pak Ismail. Akhirnya, Mak Salmah mulai dapat menerima dan memaafkan Fuad.                Kedua, ketabahan Fuad mendidik murid-murid tingkatan 5 di Sekolah Menengah Seri Setia yang agak lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Bagi menghadapi situasi ini, Fuad telah berusaha mencari kaedah yang sesuai supaya anak-anak muridnya mendapat kesan yang positif daripada didikannya. Berkat ketabahannya, anak-anak muridnya telah menunjukkan minat untuk mempelajari Bahasa Inggeris.

4b Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan dua contoh nilai tanggungjawab yang terdapat dalam setiap novel.

Jawapan:               Contoh nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, tanggungjawab terhadap amanah atau tugas yang telah diberikan. Misalnya, Cikgu Abas sentiasa melaksanakan tanggungjawabnya sebagai penolong kanan untuk memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Beliau kerap menegur sikap guru-guru yang tidak amanah seperti tidak masuk ke kelas untuk mengajar. Sementara itu, dalam novel "Kabus di Perbukitan" terdapat contoh nilai tanggungjawab sebagai muslim sejati . Misalnya, Soleh Johnsons sentiasa memastikan penyembelihan haiwan ternakan yang akan dipasarkan kepada pengguna terutama umat Islam mengikut lunas-lunas ajaran Islam. Selain itu, Soleh Johnsons sentiasa bersolat dan bersedekah semata-mata untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai penganut agama Islam yang sejati.

                Perbandingan contoh nilai yang kedua ialah tanggungjawab sebagai suami atau ketua keluarga. Misalnya, dalam novel "Melunas Rindu", Roslan (Robert Lim) seharusnya bertanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan tidak meninggalkan Mariana yang sedang mengandung selepas kira-kira 3 bulan mereka mendirikan rumah tangga. Berbuatan Roslan (Robert Lim) yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan Mariana tertekan lalu mengalami penyakit gila meroyan malahan, Abdul Halim (Fuad) mahu dibunuhnya. Dalam novel "Kabus di Perbukitan juga terdapat contoh nilai tanggungjawab sebagai suami atau ketua keluarga. Sikap Kamaruddin juga seperti Roslan (Robert Lim) yang seharusnya bertanggungjawab sebagai suami kepada Salmah dengan tidak berlaku curang dengan mengahwini perempuan lain dan merampas Rahayu daripada jagaan Salmah sehingga menyebabkan Salmah dan Faridah menanggung perasaan rindu terhadap Rahayu.

Page 13: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

TAHUN 20104a. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.

Jawapan:

                Berdasarkan novel “Melunas Rindu” dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat ialah masyarakat yang tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan. Hal ini terbukti melalui sikap Cikgu Zamani yang tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang guru yang berdedikasi. Misalnya, dia kerap menghabiskan masa berbual-bual di kantin malah bertindak memburuk-burukkan rakan sekerja iaitu Farhana. Dia juga kerap tidak masuk ke kelas untuk mengajar sehingga menyebabkan suasana kelas menjadi riuh-rendah.

                Kedua, masyarakat yang tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga. Hal ini terbukti melalui watak Robert Lim (Roslan) yang tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan Mariana yang baru dikahwininya selama tiga bulan sedangkan pada ketika itu Mariana telahpun mengandung. Berbuatan Roslan (Robert Lim) yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan Mariana tertekan lalu mengalami penyakit gila meroyan malahan, Abdul Halim (Fuad) mahu dibunuhnya.

4b. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat dalam setiap novel.

Jawapan:

                Dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah masyarakat yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh komited. Misalnya, Farhana juga begitu komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia selalu berbincang dengan Fuad untuk memantapkan program yang telah dirancang. Kedua, masyarakat yang sayang akan ahli keluarga sendiri walaupun berlainan agama.Misalnya, Fuad sangat sayang akan Peter Lim iaitu bapa angkatnya yang telah memeliharanya sejak kecil malah sanggup membiayai persekolahan adik-adik angkatnya walaupun kini dia telah  kembali kepada agama asalnya iaitu Islam.                Dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel “Kabus di Perbukitan” ialah pertama, masyarakat yang mempunyai jati diri yang teguh walaupun di mana-mana pun berada. Misalnya, Faridah yang sudah 25 tahun tinggal di New Zealand tetap mengingati dan menghargai tanah airnya, Malaysia. Dia kemudian telah mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia dalam meniti usia tuanya bersama-sama suaminya, Soleh Johnson. Kedua, masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kemajuan. Misalnya, Azrul yang bertekad untuk menjadi penternak dan petani setelah menamatkan pengajian di UPM, telah berusaha dengan gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga dia berjaya menjadi seorang usahawantani berjaya.

TAHUN 20104a. Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

Jawapan:

                Berdasarkan novel “Melunas Rindu” terdapat beberapa sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca, pertama kesedaran melalui tema novel berkenaan yang menunjukkan betapa kegigihan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran sangat penting beroleh kejayaan. Misalnya, Fuad/ Abdul Halim/ Joshua gigih berusaha untuk mencari ibunya yang telah terpisah sejak dilahirkan. Dia yang dipelihara oleh bapa saudaranya Peter Lim pada awalnya cuba mengesan kubur

Page 14: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia. Namun, berita yang menyatakan ibunya masih hidup amat mengembirakan hatinya. Pencariannya berakhir apabila dia berjaya menemui ibunya yang seterusnya dapat melunaskan rindunya terhadap ibu kandungnya itu.                Kedua, kesedaran melalui perwatakan Farhana yang sangat  komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia selalu berbincang dengan Fuad untuk memantapkan program yang telah dirancang. Melalui perwatakan Farhana ini telah memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa komited dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan.

 4b. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan dua peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel.

Jawapan:

                Dua contoh peristiwa yang memaparkan peristiwa yang mengandungi nilai keberanian dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, keberanian menegakkan kebenaran. Misalnya, Farhana berani menegur sikap Cikgu Zamani yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang guru. Farhana begitu tegas menegur sikap Cikgu Zamani yang selalu ponteng mengajar dan tidak menghadiri aktiviti kokurikulum. Sementara itu, dalam novel “Kabus di Perbukitan” pula memaparkan peristiwa keberanian berhijrah ke tempat baharu. Misalnya, Faridah berani berhijrah ke New Zealand untuk memulakan kehidupan baharu setelah dia kehilangan insan-insan yang tersayang. Pada permulaannya Faridah ke New Zealand kerana mengikuti kursus  selama enam bulan di situ, namun akhirnya dia telah menetap selama 25 tahun di New Zealand setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons.                              Nilai keberanian yang kedua dalam novel “Melunas Rindu” ialah keberanian menanggung risiko demi menebus kesilapan lalu. Misalnya, Fuad berani untuk kembali ke kampung Danau Seberang selepas dia membawa lari anak gadis Pak Ismail dan Mak Salmah, Sofia. Fuad berani menghadapi cemuhan orang kampung dan Mak Salmah demi menebus kesilapannya melarikan Sofia yang akhirnya menyebabkan kematian Sofia. Sikap beraninya itu berbaloi apabila penduduk kampung dan Mak Salmah mulai memaafkan Fuad. Sementara itu, nilai keberanian yang terkandung dalam novel “Kabus di Perbukitan” ialah keberanian hidup berdikari. Misalnya, Melina sangat berani meneruskan hidup di Malaysia seorang diri dalam keadaan sarat mengandung selepas kehilangan Benny yang melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa. Melina berani memandu sendiri dari Terengganu untuk ke Cameron Highlands menemui ibu bapanya yang datang bercuti ke Malaysia.

SOALAN TAHUN 2011

PERBANDINGAN TEMA• Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan tema dalam setiap novel itu. [8 markah]• Tema merupakan perkara pokok yang dibincangkan dalam sesebuah novel. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan tema dalam setiap novel itu. [8 markah]

Contoh Jawapan

Novel yang saya kaji dalam tingkatan empat ialah novel Melunas Rindu manakala dalam tingkatan lima ialah novel Kabus Di Perbukitan.

Dalam novel Melunas Rindu, tema yang dikemukakan ialah kasih sayang seorang saudara baru terhadap ahli keluarga dan sesama manusia. Buktinya, Fuad yang mempunyai perasaan sayang yang mendalam terhadap ibu kandung sehingga menyebabkan dia sanggup mencari pusara ibunya tetapi setelah mengetahui ibunya masih hidup dia cuba menjejakinya. Akhirnya dia berjaya menemui ibunya yang juga merupakan ibu kepada Farhana. Selain itu, kasih sayang Fuad terhadap kedua-dua ibu bapa angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah menyebabkan Fuad sanggup membelikan tanah, motorsikal dan membawa mereka berdua mengerjakan umrah ke Tanah Suci.

Page 15: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan pula mengemukakan tema jati diri dan kasih sayang seorang wanita terhadap ahli keluarganya dan juga tanah airnya. Sebagai contohnya, Faridah sangat sayang akan ibunya, buktinya dia sanggup menjaga ibunya dan tidak berpindah apabila suaminya, Ghazali bertugas di Kelang. Bukti lain, Faridah juga sangat sayang kepada Rahayu, adik kembarnya yang terpisah. Kekuatan kasih sayang itu menyebabkan Faridah seolah-olah dapat berhubung secara bawah sedar dengan Rahayu ketika Faridah berada dalam keadaan koma. Seterusnya, kasih sayang terhadap kampung halaman dan jati dirinya sebagai orang Melayu. Buktinya, Faridah tetap ingat akan kampung halamannya di Sungai Besar walaupun berada jauh di negeri orang. Malah Faridah juga tetap mengamalkan budaya Melayu ketika berada di New Zealand.

PERBANDINGAN PERSOALAN• Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan persoalan kasih sayang daripada setiap novel. [8 markah]• Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan persoalan yang terdapat dalam novel tersebut. [8 markah]

Contoh Jawapan

Novel yang saya kaji dalam tingkatan empat ialah novel Melunas Rindu manakala dalam tingkatan lima ialah novel Kabus Di Perbukitan.

Persoalan yang pertama ialah persoalan kasih sayang terhadap ibu. Dalam novel Melunas Rindu, persoalan ini jelas ada pada watak Fuad yang amat merindui ibunya yang telah lama terpisah. Dia sanggup mencari kubur arwah ibunya. Setelah dia mengetahui bahawa ibunya masih hidup, dia meneruskan pencarian dan segera menjejakinya. Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan pula, persoalan ini digambarkan pada watak Faridah yang sangat sayang akan ibunya, buktinya dia sanggup menjaga ibunya dan tidak berpindah apabila suaminya, Ghazali bertugas di Klang.

Persoalan kedua ialah persoalan kasih sayang terhadap saudara kandung. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad sangat menyayangi Sofia dan Farhana kerana kedua-dua mereka adalah saudara kandungnya yang berlainan bapa. Sementara dalam novel Kabus Di Perbukitan, Faridah juga sangat sayang kepada Rahayu, adik kembarnya yang terpisah. Kekuatan kasih sayang itu menyebabkan Faridah seolah-olah dapat berhubung secara bawah sedar dengan Rahayu ketika Faridah berada dalam keadaan koma.

Persoalan lain ialah ketaatan kepada Tuhan dan ajaran agama iaitu Fuad sebagai saudara baru tekun mempelajari agama. Dia belajar mengaji daripada Pak Ismail dan selalu mengerjakan solat berjemaah di surau. Fuad tidak pernah meninggalkan solat waima dalam perjalanan pulang ke kampung atau pada masa kecemasan. Manakala dalam Novel Kabus Di Perbukitan pula ialah Faridah taat pada agama dan sentiasa mematuhi ajaran agama walaupun telah lama tinggal di New Zealand. Faridah mementingkan pendidikan agama kepada anak-anaknya, seusia 6 tahun anaknya telah dihantar belajar agama.

SOALAN TAHUN 2012SOALAN 4AJELASKAN DUA LATAR MASA YANG TERDAPAT DALAM SEBUAH  NOVEL YANG ANDA PELAJARI.(7 MARKAH)

Latar Masa Dalam Novel Melunas Rindu(JAWAPAN MESTI DALAM BENTUK ESEI, BUKAN DALAM BENTUK “POINT”)

Semua peristiwa yang digambarkan dalam novel ini berlaku pada zaman sekarang iaitu dalam era globalisasi. Hal ini terbukti dengan adanya penggunaan telefon bimbit, kereta Proton Iswara dan kewujudan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Tempoh masa keseluruhan cerita dalam novel ini adalah lebih kurang beberapa bulan sahaja tetapi diolah oleh pengarang dengan menyelitkan teknik imbas kembali pada zaman darurat. Peristiwa-peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu-waktu

Page 16: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

tertentu seperti kehidupan manusia iaitu waktu pagi, petang, dan malam. Yang berikut disenaraikan contoh latar masa tersebut:

Waktu pagiFuad sampai di Sekolah Menengah Seri Setia untuk memulakan tugasnya sebagai guru pada pukul tujuh lima belas pagi. Rujuk halaman 35.

Waktu petangFuad mengajak Farhana keluar dan makan pada hari ulang tahun Farhana pada waktu petang. Rujuk halaman 137.

Waktu malamFuad pergi ke rumah Cikgu Zamani yang menjemputnya untuk makan malam. Rujuk halaman 7.

Latar Masa Dalam Kabus di Perbukitan(Jawapan MESTI ditulis dalam bentuk esei, bukan dalam bentuk “point”)

Waktu pagi6.00 pagi – Rahayu terjaga dari tidur oleh deringan telefon bimbitnya. Dia teringat akantugasan MP 3714 yang perlu dihantar pagi itu.8.00 pagi – Rahayu tiba di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersama Azrul.Waktu pagi– Rahayu terjatuh dan pengsan di perpustakaan.Faridah terlibat dalam kemalangan.

Waktu malamMalam – Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak kariah membaca Yasin, memohonkepada Allah supaya diberi petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempatkemalangan.

Waktu petang9. 3.30 petang- Pihak polis menamatkan OPS PDK setelah usaha mencari Faridah dan Iqbalselama dua minggu menemui kegagalan.

Waktu petang – Sebelum majlis perkahwinan Benny dan Melina, Zain berkenalan denganAnne.

Dua petang- Benny dan Melina tiba di KLIA untuk bekerja di Malaysia.

25 tahun - Faridah telah meninggalkan kampung halamannya selama 25 tahun danmenetap di New Zealand selepas kematian ibu dan suaminya, Ghazali.

Dua minggu- Dalam masa dua minggu Benny dan Melina berkenalan, Benny sudahmelamar Melina.

Soalan 4BBERDASARKAN SEBUAH NOVEL YANG ANDA PELAJARI, JELASKAN TIGA NILAI KEMANUSIAAN YANG TERDAPAT DALAM NOVEL TERSEBUT. (8 MARKAH)

PERISTIWA YANG DAPAT DIKAITKAN DENGAN NILAI KEMANUSIAAN DALAM NOVEL MELUNAS RINDU        Dalam novel Melunas Rindu, peristiwa pertama yang dapat dikaitkan dengan nilai kemanusiaan ialah peristiwa Fuad membelikan sebidang tanah dan  motosikal untuk bapa angkat bercucuk tanam dan  memudahkan pergerakannya.  Peristiwa ini dapat dikaitkan dengan nilai kasih sayang Fuad terhadap bapa angkatnya.

Page 17: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

Peristiwa kedua ialah peristiwa Farhana berani menegur keculasan Cikgu Zamani walaupun Cikgu Zamani lebih tua dan lebih berpengalaman daripadanya.  Peristiwa ini jelas menunjukkan nilai  keberanian  yang ada pada  Farhana dalam menegur perbuatan rakan sekerjanya.

Peristiwa ketiga ialah peristiwa Fuad yang bersedia memikul tanggungjawabnya sebagaiabang kepada Farhana dan adik-adiknya setelah mengetahui ibu Farhana ialah ibu kandungnya.  Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam peristiwa ini ialah nilai tanggungjawab abang terhadap adik-adiknya yang berlainan bapa.

Peristiwa yang seterusnya ialah peristiwa Farhana dan Fuad yang sering bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian anak didik mereka dalam bahasa Inggeris. Peristiwa ini jelas menunjukkan nilai kerjasama yang wujud dalam warga pendidik untuk meningkatkan prestasi anak-anak  didik mereka.

PERISTIWA YANG DAPAT DIKAITKAN DENGAN NILAI KEMANUSIAAN DALAM NOVEL KABUS DI PERBUKITAN        Dalam novel Kabus di Perbukitan, peristiwa pertama yang dapat dikaitkan dengan nilai kemanusiaan ialah peristiwa Salmah yang amat menyayangi anaknya Rahayu sehingga sering terkenang-kenangakan Rahayu yang sudah meninggal dunia akibat kanser.  Peristiwa ini dapat dikaitkan dengan nilai kasih sayang ibu iaitu Salmah terhadap anaknya, Rahayu.

Peristiwa kedua ialah peristiwa Farhana gigih menjalani hidup selama 25 tahun di New Zealand tanpa pulang ke Malaysia setelah berkahwin dengan Soleh Johnson.  Peristiwa ini jelas menunjukkan nilai kegigihan yang ada pada Faridah dalam menjalani kehidupan di rantau orang.

Peristiwa ketiga ialah peristiwa Melina berani memandu  seorang diri dari Marang, Kuala Trengganu ke Cameron Highlands untuk bertemu ibunya, Faridah.  Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam peristiwaini ialah nilai keberanian.Peristiwa yang seterusnya ialah peristiwa Datuk Azrul membuat keputusan yang bijak apabila menceburi bidang pertanian selepas tamat pengajian dari UPM. Peristiwa ini jelas menunjukkan nilai kebijaksanaan dalam membuat keputusan.

CONTOH SOALAN NOVEL YANG LAIN

PERBANDINGAN WATAK UTAMA• Kegigihan watak utama banyak dihuraikan dalam novel.   Berdasarkan dua novel yang anda kaji, huraikan peristiwa yang menunjukkan kegigihan watak      utama menjalani   kehidupan mereka. [8 markah]

Contoh Jawapan:

Novel yang saya kaji dalam tingkatan empat ialah novel Melunas Rindu (MR) manakala dalam tingkatan lima ialah novel Kabus Di Perbukitan (KDP). Watak utama dalam novel MR ialah Fuad manakala watak utama dalam novel KDP ialah Faridah.

Dalam novel MR, kegigihan watak utama iaitu Fuad dapat dilihat apabila dia berusaha mencari ibu kandungnya, Mariana yang dikatakan telah meninggal dunia tetapi sebenarnya masih hidup. Fuad sanggup pergi ke Lembah Klau dan bertanya kepada penduduk kampung tentang keberadaan pusara ibunya.  Dalam pencarian tersebut, Fuad dimaklumkan bahawa pusara ibunya tidak ada di Lembah Klau.]Selain itu, Fuad juga gigih menjalani kehidupan sebagai saudara baru dalam Islam.  Fuad sanggup belajar solat dan mengaji al_Quran dengan ayah angkat, Pak Ismail.  Fuad juga sanggup ke surau untuk mengerjakan solat berjemaah bersama penduduk kampung.

Page 18: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

Manakala dalam novel KDP, kegigihan watak utama iaitu Faridah yang gigih menghadapi cabaran tinggal di negara asing yang berbeza budaya dan agama.  Faridah juga gigih mempertahankan budaya bangsa melalui percakapan, pakaian dan  pergaulan biarpun berada di negara asing selama 25 tahun. Selain itu, kegigihan Faridah yang bekerja di pusat penyembelihan sebelum berkahwin dengan Soleh Johsons.

         Berdasarkan dua novel yang anda kaji, bandingkan perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel. [8 markah]

Contoh Jawapan

Novel yang saya kaji dalam tingkatan empat ialah novel Melunas Rindu (MR) manakala dalam tingkatan lima ialah novel Kabus Di Perbukitan (KDP). Watak utama dalam novel MR ialah Fuad manakala watak utama dalam novel KDP ialah Faridah.

Perbandingan perwatakan watak utama ialah taat kepada agama dan perintah Tuhan. Dalam novel MR, Fuad Sebagai saudara baru dalam Islam, dia tekun mengaji al-Quran sementara menunggu waktu Isyak, dan mendalami ilmu agama daripada Pak Ismail. Manakala dalam novel KDP ialah Faridah taat pada agama dan sentiasa mematuhi ajaran agama walaupun telah lama tinggal di New Zealand dengan mementingkan didikan agama kepada kedua-dua anaknya.

Perbandingan kedua ialah tabah. Dalam MR, Fuad tabah menghadapi kenyataan bahawa orang yang dicintai iaitu Sofia dan Farhana ialah adiknya sendiri. Manakala dalam KDP, Faridah tabah menghadapi cabaran di rantau orang iaitu New Zealand seorang diri selepas kematian ibu dan suaminya.

Perbandingan perwatakan yang ketiga ialah penyayang. Dalam novel MR, Fuad begitu menyayangi kedua-dua ibu bapa angkatnya sehingga membelikan motosikal dan tanah untuk Pak Ismail dan membawa mereka berdua menunaikan umrah di Mekah. Manakala dalam novel KDP, Faridah sayang akan ibunya Salmah sehingga sanggup menemani ibunya dan tidak mahu berpindah mengikut suaminya yang bekerja di Kelang.

4 (a)    Sesebuah novel mengetengahkan pelbagai latar tempat untuk menjadikan jalan ceritanya lebih menarik.Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan latar tempat dalam novel tersebut . ( 7 markah )

NOVEL MELUNAS RINDU                      JAWAPAN (PILIH 3 @ 4 LATAR TEMPAT)Danau Seberang, Fuad dengan keluarga angkatnya, Mak Salmah dan Pak Ismail tinggal.Di situlah Fuad belajar mengaji dengan Pak Ismail.Di surau, Danau Seberang, Fuad tiba di surau untuk solat Isyak berjemaahSekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia, Fuad berkhidmat  sebagai guru sandaran Bahasa Inggeris. Dia diberi tugas penting iaitu mengajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3. Beliau berkhidmat bersama-sama dengan Cikgu Farhana.                Rumah Peter Lim di Sungai Ruan, Fuad pulang ke Sungai Ruan menziarahi apaknya Peter Lim setelah setahun tidak pulang.  Peter Lim sakit dan menghadapi masalah perbelanjaan hidup.  Fuad berjanji akan menanggung perbelanjaan sekolah adik-adik sepupunya.  Fuad bertanya tentang ibunya kepada Peter Lim dan mahu mencari susur galur sebelah ibunyaPerkampungan Felda Lembah Klau, Fuad dan Pak Said bertemu dengan Pak Ngah Lias, dalam usaha Fuad mencari ibunya, Mariana.Mariana dan Pak  Seman tinggal sebelum mengikut kakak angkatnya berpindah  Bentong.Kampung Sedili, terletak di Kuala lipis, Fuad, Pak Said dan Pak Ngah Lias menjejaki kubur ibu Fuad, Mereka bertemu dengan Pak Shamsuddin yang akhirnya memberitahu bahawa ibu Fuad belum meninggal dunia.

Page 19: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

Rumah  Cikgu Zamani, Fuad datang ke rumah Cikgu Zamani kerana sangkaannya ada jemputan doa selamat Cikgu Zamani memujuk Fuad agar mengikuti jemaah yang dianggotainya.Fuad mempertikaikan tentang jemaah agama yang banyak sedangkan agama islam itu hanya satuFuad berasa ada pertentangan pendapat tentang cara menarik masyarakat menghayati Islam. Fuad tidak bersetuju dengan sikap prejudis Cikgu Zamani sesama orang Islam iaitu FarhanaHospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Tempat ibu Farhana, Mariana Osman dirawat. Di sinilah Fuad bertemu dengan ibunya semula. Robert Lim juga datang ke hospital ini dan bertemu dengan Fuad, Farhana serta Mariana.Lapangan Terbang KLIA, Keluarga Fuad ( Farhana dan adik-adiknya) menghantar Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah. Robert Lim turut hadir untuk  mengucapkan selamat jalan dan  memberitahu Fuad dia mungkin akan mengikuti mereka

LATAR TEMPAT KABUS DI PERBUKITAN

JAWAPAN (PILIH 3 @ 4 LATAR TEMPAT)                Di Perpustakaan, Universiti Pertanian Malaysia, Azrul dan Rahayu belajar dan mencari maklumat.Rahayu tiba-tiba pengsan di sini.Bukit Fraser, Tempat Faridah dan rakannya Mastura serta anak-anak muridnya mengadakan perkhemahan. Faridah meninggalkan tempat ini untuk pergi ke Raub.Van yang dipandu oleh Faridah terbabas dan jatuh ke dalam gaung ketika menuruni Bukit Fraser menuju ke Pekan Raub.Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Tempat Rahayu dirawat kerana menghidap kanser di leher.Tempat Faridah dibawa untuk rawatan setelah ditemui di Sungai Dua oleh ayahnya Kamarudin dan BuyungTempat Rahayu dan Faridah bertemu setelah 14 tahun berpisah di alam ilusi (bawah sedar) dan Tempat Rahayu meninggal dunia di samping Faridah yang koma

Di  Bukit  Kutu, Tempat Faridah hilang bersama-sama anak muridnya Iqbal.  Mejar (B) Kamarudin dan Buyung bermalan di  Bukit Kutu untuk mencari  Faridah.Di Perkampungan Orang Asli Temuan, Mejar (B) Kamarudin dan Buyung tiba di perkampungan ini untuk mencari Faridah dan Iqbal. Mereka menemui Faridah dalam keadaan tidak sedar di rumah Tok Batin SenikSungai Besar, Selangor, Tempat kelahiran Rahayu dan Faridah tetapi Faridah dibesarkan oleh ibunya, Salmah setelah ibunya berpisah dengan bapanya Mejar (B) KamaruddinRahayu dibawa pulang oleh Mejar (B) Kamarudin ke rumah ibunya Salmah ketika penyakit kansernya semakin serius.Jenazah Rahayu / Salmah dan Ghazali disemadikan di Sungai BesarRosewood, Christchurch, Faridah menetap di Rosewood selama 25 tahun dan membina hidup barunya dengan berkahwin dengan Samuel Kirkby Johnsons (Soleh Johnsons)Di sini juga Melina membawa Benny untuk berkenalan dengan Faridah dan Soleh.  Pusat penternakan kambing biri-biridiri.

4b. Bincangkan peristiwa yang berlaku pada permulaan dalam novel yang anda kaji

ATAU

Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel.  Huraikan satu peristiwa yang berlaku pada permulaan novel yang anda kaji (8 markah )

Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel.  Berdasarkan kedua-dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang berlaku pada permulaan cerita dalam novel-novel tersebut (8 markah)

Jawapan

Page 20: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

NOVEL MELUNAS RINDUa)      Peristiwa yang berlaku pada permulaan novel:

                Peristiwa Fuad pulang lewat daripada mencari kayu api di hutan. Fuad disapa oleh Mak Salmah ketika masuk ke rumah melalui pintu dapur. Fuad menjelaskan dia terleka dan terlupa bawa jam.       Peristiwa Fuad melaungkan azan Isyak di surau apabila masuk waktu . Fuad diminta oleh Pak Imam untuk melaungkan azan Isyak.  Selepas menunaikan solat sunat, dia terus melaungkan Iqamah dan mereka bersama-sama menunaikan solat Isyak secara berjemaah.

Peristiwa Fuad ke rumah Borhan, rakannya apabila mendapat tahu anak Borhan demam. Fuad mengajak Borhan menghantar anaknya ke klinik walaupun sudah pukul sebelas malam.

Peristiwa Fuad menyemak penyata akaun melalui kad ATMnya ketika menunggu anak Borhan dirawat di klinik. Didapati wang dalam akaunnya bertambah.Fuad yakin bahawa ayahnya yang memasukkan wang tersebut.

NOVEL KABUS Di PERBUKITANa)      Peristiwa yang berlaku pada permulaan novel:

Peristiwa Rahayu tiba-tiba pengsan di perpustakaan. dan dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan kemudiannya dimasukkan keHospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM) . Rahayu disahkan menghidap penyakit Kanser.

Peristiwa Faridah, kembar Rahayu ditimpa kemalangan bersama-sama kanak-kanak istimewa Iqbal semasa dalam perjalanannya ke Pekan Raub. Sapaan Iqbal dari tempat duduk belakang mengejutkan Rahayu yang sedang memandu van lalu hilang kawalan. Van melanggar tembok penghadang jalan dan terus menjunaJawapan

4b. Bincangkan peristiwa yang berlaku pada penamat dalam novel yang anda kaji

ATAU

Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel.  Huraikan satu peristiwa yang berlaku pada penamat novel yang anda kaji (8 markah )

Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel.  Berdasarkan kedua-dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang berlaku pada penamat  cerita dalam novel-novel tersebut (8 markah)

NOVEL MELUAS RINDUPeristiwa yang berlaku pada penamat novel

Peristiwa Farhana dan adik-adiknya Muhammad Fikri dan Muhammad Syukri menghantar Fuad, ibu kandungnya Mariana, Pak Ismail dan Mal Salmah  mengerjakan umrah ke tanah suci. Mariana berpesan kepada Farhana supaya menjaga adiknya baik-baik.

Peristiwa di lapangan terbang. kedatangan Robert Lim di lapangan terbang.  mengejutkan Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah. Robert Lim berpesan kepada Fuad supaya menjaga ibunya baik-baik di sana sebelum mereka berangkat ke tanah suci.  Dia mungkin akan menyusul kemudian

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Peristiwa yang berlaku pada penamat novel:  Peristiwa Datuk Azrul dan Soleh Johnsons menjalankan perniagaan kotej di Cameron Highlands.

Page 21: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

Peristiwa Anne dan Zain mengambil alih perusahaan dan penternakan keluarga Johnsons  di New Zealand. Zain siswazah pertanian, mampu menguasai selok-belok perniagaan dan pertanian.

Peristiwa di Cameron Highland.  Faridah dan Datin Aishah sering menghantar juadah masakan atau  mempelawa mereka makan bersama-sama.  Kadang kala mereka  masak bersama-sama hidangan kegemaran, pecal dan sambal gulai tahun.         

Berdasarkan sebuah novel  yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam  novel tersebut.

PERISTIWA MENARIK NOVEL MELUNAS RINDU (PILIH 3 @ 4 PERISTIWA SAHAJA)

Peristiwa Fuad mengetahui ibu kandungnya masih hidup daripada Pak Samsudin iaitu jiran Mariah (kakak angkat ibu Fuad).  Pak Samsudin juga meyakinkan Fuad bahawa Fuad akan berjumpa dengan ibu kandungnya, Mariana sendiri bukan dengan kuburnya.  Peristiwa ini menjadikan perjalanan cerita bertambah menarik dan pembaca ingin mengetahui cerita yang seterusnya.

Peristiwa Fuad mengetahui bahawa nama asal ketika dilahirkan ialah Abdul Halim dan nama Islam bapanya ialah Roslan.  Fuad sendiri terkejut mendengarkan perkara itu daripada Pak Ngah Lias. Peristiwa ini memberikan maklumat tentang sejarah hidup Fuad dan mengetahui identiti sebenar Fuad.

Peristiwa Fuad membantu ibu saudaranya, Swee Lan menyuapkan bubur nasi kepada bapa saudaranya, Peter Lim yang semakin uzur.  Fuad juga membantu ibu saudaranya itu mengelap muntah bapa saudaranya, dan membawanya ke klinik.  Peristiwa ini memaparkan keperibadian Fuad yang bukan hanya kacak  dari segi luaran malah mempunyai perwatakan dalaman yang  berbudi pekerti mulia.

Peristiwa Fuad menyambut hari lahir Farhana.  Bermula dengan pemberian kad ucapan, kemudian Fuad mengajak Farhana keluar makan di Restoran Terapung di Taman Syahbandar, Terengganu.  Fuad juga mengucapkan ’Selamat Ulang Tahun ke-24’ kepada Farhana.  Peristiwa ini memberikan gambaran Fuad dan Farhana sudah mula bercinta.  Farhana senang dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh Fuad.

Peristiwa Fuad menyedari bahawa ibu Farhana adalah ibu kandungnya.  Mariana   dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana menghidap penyakit lelah (asma).  Semasa berada di hospital tersebut Fuad mengetahui ibu Farhana (Mariana) adalah ibu kandungnya yang dicari selama ini. Fuad tabah menerima kenyataan bahawa ibunya (Mariana) adalah ibu Farhana juga dan Farhana, gadis yang dicintai dan ingin dikahwininya adalah adik kandungnya sendiri.  Peristiwa ini membawa unsur kejutan kepada pembaca dan pembaca berasa simpati kepada Fuad dan Farhana yang baru mula ingin bercinta.  Perjalanan cerita menjadi bertambah menarik.

Pertemuan Fuad dengan ayah kandungnya, Robert Lim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Fuad ingin membalas jasa orang tuanya dengan membawa Mariana (ibu kandungnya), Mak Salmah (ibu angkat) dan Pak Ismail (bapa angkatnya) menunaikan umrah di Mekah. Robert Lim memberikan harapan  bahawa dia akan menyusul mereka kemudian dan  dia dan Fuad saling berpelukan.  Peristiwa ini menandakan Fuad sudah memaafkan bapanya dan hubungan antara kedua-dua beranak itu sudah jernih.

Peristiwa Fuad mengajar murid-murid secara individu di dalam kelas lanjutan untuk membantu murid-murid di SM Seri Setia menguasai bahasa Inggeris dengan baik.  Peristiwa tersebut membuktikan kesungguhan dan keikhlasan Fuad melaksanakan tugas sebagai pendidik.

PERISTIWA MENARIK NOVEL KABUS DI PERBUKITAN  karya Mohamad Kholid bin Hamzah (PILIH 3 @ 4 PERISTIWA)

Page 22: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

Peristiwa yang berlaku ketika Faridah berada dalam keadaan bawah sedar.  Faridah berada pada zaman lampau.  Faridah berada di suatu tempat asing, iaitu di Bukit Kutu dan Pekan Sungai Kubu. Faridah pergi ke pekan tersebut ditemani oleh Amah Siti.  Faridah melihat cara penduduk pada zaman itu begitu asing baginya.  Faridah  merasakan dia berada pada zaman penjajahan Inggeris sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Peristiwa Rahayu bertemu dengan Faridah dalam keadaan bawah sedar.  Mereka bertemu di dalam sebuah rumah papan yang hampir roboh ditolak arus.  Selepas diselamatkan Rahayu, Faridah memeluk adiknya dengan erat untuk melepaskan rindu setelah bertahun-tahun tidak bertemu.  Selepas Faridah sedar, Rahayu telah pun meninggal dunia.  Menggambarkan keistimewaan hubungan kembar antara Faridah dan Rahuyu yang masih boleh berhubung walaupun jasad mereka terpisah jauh.

Peristiwa Faridah bertemu dengan Zain di banglonya di Rosewood, Christchurch, New Zealand.  Pertemuan itu menguatkan lagi keinginan Faridah untuk pulang ke tanah air kerana Zain juga berasal dari Sungai Besar, Selangor.

Peristiwa Melina bertemu semula dengan suaminya, Benny di Dubai.  Benny terpaksa melarikan diri dan meninggalkan Melina seorang diri di Marang, Terengganu.  Benny meminta maaf dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di Dubai.  Pertemuan itu merungkai masalah yang dihadapi oleh Melina dan akhirnya mereka hidup bahagia.

Peristiwa Faridah dan Iqbal ditemui semula di Perkampungan Orang Asli Temuan oleh ayahnya, Mejar (B) Kamarudin  dan Buyung dalam keadaan tidak sedarkan diri.   Pertemuan ini merungkai misteri kehilangan Faridah dan Iqbal selama dua minggu selepas kemalangan jalan raya di Bukit Fraser.

Pertemuan Azrul dengan Faridah ketika melawat kubur Rahayu di Tanah Perkuburan Parit Satu, Sungai Besar.  Peristiwa ini mencerminkan kesetiaan dan keluhuran kasih Azrul terhadap kekasihnya, Rahayu walaupun Rahayu telah pergi buat selama-lamanya.  Malah Azrul tidak mahu berhijrah ke tempat lain semata-mata ingin dekat dengan Rahayu.  Kata-kata perangsang Rahayu agar dia bekerja sendiri tanpa makan gaji juga terus membakar semangatnya untuk bekerja sendiri iaitu menternak kambing di kampungnya.

Peristiwa operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor.  Situasi ini menunjukkan kesungguhan pelbagai pihak bekerjasama berusaha mencari dan menyelamatkan dua orang rakyat tempatan yang hilang di Bukit Fraser.

Berdasarkansebuah novel yang andapelajari, jelaskan  dua  peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai-nilai kemanusiaan [7 markah]

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan nilai kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel [8 markah]

Novel yang saya kaji dalam tingkatan empat ialah novel Melunas Rindu dan dalam tingkatan lima ialah novel Kabus di Perbukitan.

Nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel  Melunas Rindu ialah kasih sayang seorang anak terhadap ibu dan bapa angkatnya. Contoh peristiwa yang memaparkan nilai kasih sayang tersebut ialah Fuad yang menyayangi Pak Ismail dan Mak Salmah.  Fuad telah membeli tanah daripada Awang Sojar dan ditukarmilik kepada Pak Ismail. Fuad juga membawa ibu dan bapa angkatnya menunaikan umrah.Manakala nilai kasih sayang dalam novel Kabus di Perbukitan pula  ialah kasih sayang antara ibu

Page 23: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

dengan anak. Sebagai contoh, Faridah yang begitu menyayangi kedua-dua anaknya dengan sentiasa berusaha memenuhi permintaan anak-anaknya, terutama yang melibatkan penyediaan makanan dan didikan agama untu kanak-anaknya, Anne dan Melina.

Nilai kasih sayang kedua dalam novel Melunas Rindu ialah kasih sayang seorang anak terhadap ibu kandung.  Buktinya, Farhana segera pulang ke Kuantan setelah mengetahui ibunya dimasukkan ke hospital kerana sakit lelah dan sanggup tidur di hospital untuk menjaga ibunya. Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan, kasih sayang ibu terhadap anak tirinya Rahayu yang dianggap seperti anak kandungnya sendiri. Buktinya, peristiwa Hamidah segera bersetuju dengan saranan doctor supaya ujian biopsi dilakukan terhadap Rahayu yang mungkin menghidap kanser untuk mengesahkannya dan supaya Rahayu cepat sembuh.

Berdasarkansebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam novel  tersebut?  [7 markah]

Novel Melunas Rindu       Novel yang saya kaji dalam tingkatan empat ialah Novel Melunas Rindu.Pengajaran pertama ialah kita hendaklah patuh pada perintah Tuhan.  Sebagai contoh Fuad ke surau untuk solat berjemaah dan mengaji al-Quran dengan Pak Ismail.                    Pengajaran kedua ialah kita tidak boleh memutuskan hubungan kekeluargaan.  Sebagai contoh, Fuad pergi ke rumah bapa saudaranya yang berlainan agama, iaitu Peter Lim dan berjanji menanggung belanja persekolahan anak-anaknya, iaitu Ah Soh dan Mei Lin.                   Pengajaran seterusnya ialah kita mesti menerima takdir yang telah ditentukan. Sebagai contohnya, Fuad dan Farhana mula dapat menerima realiti bahawa mereka ialah adik-beradik dalam tempoh yang agak singkat.

Novel Kabus Di Perbukitan      Novel yang saya kaji dalam tingkatan lima ialahNovel Kabus di Perbukitan.Pengajaran pertama ialah  kita hendaklah menerima ketentuan takdir dengan hati terbuka. Sebagai contoh, Azrul dapat menerima takdir kematian  Rahayu yang menghidap penyakit kanser.

                Pengajaran kedua ialah kita hendaklah berhati-hati memilih kawan.  Sebagai contoh,  Benny berkawan dengan Mohamed Attar terpaksa menyembunyikan diri kerana kawannya itu terlibat dalam aktiviti keganasan.                     Pengajaran seterusnya ialah sebagai penganut agama yang taat, kita hendaklah mematuhi ajaran dan tuntutan agama.  Sebagai contohnya, Soleh menunaikan sembahyang di masjid pada setiap hari dan selalu menderma kepada badan kebajikan.

Nilai kegigihan ialah nilai murni yang sering dipaparkan oleh penulis novel dalam karya mereka.Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan nilai kegigihan daripada setiap novel itu.              [8 markah]

Novel yang saya kaji dalam tingkatan empat ialah Novel Melunas Rindu dan dalam tingkatan lima ialah Novel Kabus di Perbukitan.                 Berdasarkan novel Melunas Rindu terdapat nilai kegigihan seorang anak mencari ibunya. Nilai ini dapat dilihat menerusi watak Fuad yang gigih mencari ibunya sehingga berjumpa, setelah mengetahui bahawa ibu kandungnya masih lagi hidup. Berkat kegigihan Fuad, akhirnya dia bertemu semula dengan ibunya yang dicarinya selama ini.Manakala berdasarkan novel Kabus di Perbukitan terdapat nilai kegigihan melakukan sesuatu perkerjaan. Nilai ini dapat dilihat menerusi watak Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya sehingga berjaya.              Nilai kegigihan yang kedua dalam novel Melunas Rinduialah nilai kegigihan seorang saudara baru dalam mendalami agama Islam.  Nilai ini dapat dilihat menerusi watak Fuad yang gigih mendalami agama Islam

Page 24: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

dengan rajin solat berjemaah dan mengaji dengan Pak Ismail.  Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitanialahnilai kegigihan seorang wanita meneruskan kehidupan di rantau orang.  Nilai ini terdapat pada watak Faridah yang gigih menjalani kehidupan di New Zealand.

Bincangkan persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji?

Jika pilih...KABUS MELUNAS RINDU

                Persoalan tentang ketaatan kepada Tuhan.  Fuad sebagai saudara baru rajin mengerjakan solat dan belajar mengaji dengan Pak Ismail.  Fuad juga rajin menunaikan solat di Surau.

                Persoalan tentang kasih sayang.  Fuad sangat menyayangi ibu kandungnya sehingga sanggup ke Lembah Klau untuk mencari pusara ibunya yang disangka sudah meninggal dunia.  Fuad akhirnya mengetahui bhawa ibunya masih hidup.

Persoalan tentang tanggungjawab terhadap kerja.  Fuad yang bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris sementara di SMK Seri Setia sanggup mengadakan kelas tambahan pada waktu petang untuk mengajar anak-anak murid yang agak lemah Bahasa Inggeris.

Persoalan tentang keruntuhan institusi kekeluargaan.  Perpisahan Robert Lim dan Mariana menyebabkan Fuad tidak mengetahui siapa ibu bapa kandungnya.  Fuad menyangka bahawa ibu kandungnya sudah meninggal dunia dan menyangka bahawa Peter Lim itu ayah kandungnya, sementara Robert Lim, ayah saudaranya.  Keadaan tersebut berlaku kerana ibu bapa kandung Fuad terpisah sejak Fuad masih kecil.

Jika pilih...KABUS DI PERBUKITAN

Persoalan keretakan rumah tangga yang memisahkan kasih sayang anak-anak.  Perpisahan Salmah dengan Kamarudin menyebabkan perpisahan anak kembarnya Rahayu dan Faridah. Mereka tidak bertemu lebih dari 20 tahun

Persoalan kasih sayang antara ibu, ayah dan anak.  Perasaan sayang Salmah tidak pernah pudar walaupun telah berpisah dengan Rahayu selama lebih 20 tahun.  Selain itum  Mejar (B) Kamarudin meredah hutan belantara mencari anaknya yang Faridah yang hilang di dalam hutan Cameron Highlands walaupun selama lebih 20 tahun dia tidak pernah pernah bersua dengan Faridah setelah berpisah dengan Salmah (ibu Faridah) dan Hamidah amat menyayangi Rahayu walaupun Rahayu hanya anak tirinya yang dibela bagai anak sendiri sejak berusia 7 tahun.

Persoalan tentang pelestarian alam semula jadi.  Soleh Johnsons mengusahaknan sebuah kawasan peranginan di Lojing, Cameron Highlands tanpa menebang pokok-pokok balak merbau dan tualang dan pokok-pokok balak yang lain demi mengekalkan ekosistem Cameron Highlands.

Persoalan tentang kepentingan agama dalam kehidupan.  Faridah masih kekal sebagai Muslim yang taat walaupun telah tinggal di Nez Zealand selama 25 tahun.  Soleh Johnsons seorang Muslim yang kuat pegangan agama, anak-anaknya Anne dan Melina dihantar belajar di sebuah sekolah rendah agama yang jauhnya 30 km dari Rosewood semata-mata mahu anak-anaknya mendapat pendidikan Islam yang baik.

Persoalan tentang semangat kental untuk memajukan sektor pertanian.  Azrul meneruskan usaha bapanya menjadi usahawan tani dan berjaya membina empayar perniagaannya sehingga mendapat penghargaan (bergelar Datuk) kerana usaha gigihnya memajukan industri tani di Sungai Besar.  Sementara Zain,  anak Azrul meneruskan pengajian di bidang pertanian di New Zealand untuk meneruskan legasi perniagaan tani ayahnya.  Soleh Johnsons pula mengusahakan industri ternak kambing secara Islam di New Zealand dan usaha ini diteruskan pleh zain yang berkahwin dengan anaknya Anne.

Page 25: Koleksi Soalan Dan Jawapan Novel 2001-2012

Persoalan tentang perkahwinan campur pelbagai bangsa.  Faridah berkahwin dengan Soleh Johnsons seorang bangsa Inggeris New Zealand, Melina berkahwin dengan Benny berbangsa Arab dan Anne berkahwin dnegan Zain berbangsa Melayu

Persoalan amalan agama yang longgar dalam kehidupan masyarakat kini sehingga mudah dipergunakan oleh orang lain.  Benny seorang lelaki yang longgar pegangan agama walaupun seorang Muslim dia masih minum arak dan sering berfoya-foya, akhirnya tanpa sedar telah diperalatkan oleh Mohd. Attar seorang anggota militan Islam sehingga terpaksa melarikan diri dan meninggalkan Melina seorang diri di Marang.

HIDUP MESTI BERMATLAMATSELAMAT BERJUANG UNTUK SPM