Koleksi Sajak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Koleksi sajak

Citation preview

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    1/32

    HAIKU ANAK BANGSA

    Anak bangsaku

    padam bara hatimu

    sedingin salju.

    Anak bangsaku

    siramilah budimu

    subur selalu.

    Anak bangsaku

    terangilah dadamu

    iman di kalbu.

    Anak pertiwi

    hidup biar memberi

    amalan diri.

    Menerimalah

    segala rasa payah

    tiada gundah.

    Anak bangsaku

    yang perlu engkau tahuusul dirimu.

    ZULFAZLAN JUMRAH

    Kuala Lumpur

    Leave a Comment | Puisi Patriotik| Tagged:haiku,Puisi Patriotik| Pautan Kekal

    Dikirim oleh Admin

    http://penyair.wordpress.com/2010/01/25/haiku-anak-bangsa/#respondhttp://penyair.wordpress.com/2010/01/25/haiku-anak-bangsa/#respondhttp://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/haiku/http://penyair.wordpress.com/tag/haiku/http://penyair.wordpress.com/tag/haiku/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2010/01/25/haiku-anak-bangsa/http://penyair.wordpress.com/2010/01/25/haiku-anak-bangsa/http://penyair.wordpress.com/2010/01/25/haiku-anak-bangsa/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/haiku/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2010/01/25/haiku-anak-bangsa/#respond
  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    2/32

    Sajak Buat Tanahair

    Disember 6, 2009

    SAJAK BUAT TANAH AIR

    Nafas jihadmu tetap panas

    sewaktu tanah milikmu dicakar durjana

    namun kau masih sempat

    mengikir mata akal:

    Sebilah belati

    peluru tetap kau asah

    bangkit dengan semangat mata batin

    selamanya.

    WAN MARZUKI WAN RAMLISK Sultan Ibrahim (4), Pasir Mas.

    3 Komen| Puisi Patriotik| Tagged:Sajak Patriotik,sastera melayu| Pautan Kekal

    Dikirim oleh Admin

    Sajak A Aziz Deraman Lidah Bangsa

    September 8, 2009

    LIDAH BANGSA

    Lidah bangsaku tiba-tiba kelu

    di hujung satu dekad abad ke-21

    buana yang resah benua tidak tentu

    akan segala yang mungkin alaf baru,

    ketika kuasa-kuasa bertukar haluan

    krisis ekonomi gelegak di tangan

    budaya hidup yang terencat

    sosial manusia yang bejat

    di sisi globalisasi liberalisasi

    bangsaku hilang berani.

    Dari dahulu di bumi merdeka ini

    bangsaku bingkas

    http://penyair.wordpress.com/2009/12/06/sajak-buat-tanahair/http://penyair.wordpress.com/2009/12/06/sajak-buat-tanahair/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2009/12/06/sajak-buat-tanahair/#commentshttp://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sastera-melayu/http://penyair.wordpress.com/tag/sastera-melayu/http://penyair.wordpress.com/tag/sastera-melayu/http://penyair.wordpress.com/2009/12/06/sajak-buat-tanahair/http://penyair.wordpress.com/2009/12/06/sajak-buat-tanahair/http://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/http://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/http://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/http://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/http://penyair.wordpress.com/2009/12/06/sajak-buat-tanahair/http://penyair.wordpress.com/tag/sastera-melayu/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2009/12/06/sajak-buat-tanahair/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2009/12/06/sajak-buat-tanahair/
  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    3/32

    bangun berdiri

    bersatu langkah sederap serentak

    yakin bangunkan nusa yang hebat

    dimalui disegani dihormati orang

    atas kekuatan aneka macamtaat setia rakyat menjulang

    satu padu bukan kepalang

    sepakat nikmat kemakmuran,

    jika muncul aliran baru alur fikir

    menerjah tanpa nyata batin zahir

    nusa ini akan nanar

    jadi pohon tidak berakar.

    A AZIZ DERAMAN

    Kuala Lumpur

    15 Komen| A Aziz Deraman,Puisi Patriotik| Tagged:A Aziz Deraman| Pautan Kekal

    Dikirim oleh Admin

    Sajak Patriotik : Bersila Di Atas Tikar Merdeka

    September 4, 2009

    BERSILA DI ATAS TIKAR MERDEKA

    TELAH DI PILIH DARIPADA POHON MENGKUANG TERBAIK

    DI TANAH GEMBUR BERLEMBAH SUBUR MAKMUR INI

    TELAH DIPILIH DARIPADA DAUN TUA TERBAIK-SEGAR DAN LEBAR

    DICANTAS DAN DIHIMPUN DARIPADA TIGA POHON TERBAIK

    DIJEMUR DI BAWAH TERIK MENTARI NAMUN TETAP KUKUH IA

    DILAYAT MENJADI JALUR JEMALUR NAMUN TETAP LIAT IA

    DIRENDAM DENGAN TIGA RUPA WARNA SEMAKIN CANTIK

    DI JEMUR LAGI DAN DI LURUT BERKALIKALI SEMAKIN LEMBUT IA

    TELAH DI PILIH DARIPADA PENGANYAM TIKAR TERMAHIR

    DIATAS BUMI INDAH AMAN MAKMUR INI

    HALUS JEMARI MENYUSUN DAN MENYILANG JALURAN

    MENGANYAM PETAKPETAK WARNA DENGAN AKAL SENI

    TIDAK MUDAH SEPERTI YANG KITA SANGKAKAN

    http://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/#commentshttp://penyair.wordpress.com/category/a-aziz-deraman/http://penyair.wordpress.com/category/a-aziz-deraman/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/a-aziz-deraman/http://penyair.wordpress.com/tag/a-aziz-deraman/http://penyair.wordpress.com/tag/a-aziz-deraman/http://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/http://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/http://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/http://penyair.wordpress.com/tag/a-aziz-deraman/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/a-aziz-deraman/http://penyair.wordpress.com/2009/09/08/sajak-a-aziz-deraman-lidah-bangsa/#comments
  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    4/32

    JALURAN HARUS TEPAT MENYISIP ATAS BAWAH

    HATI PERLU TABAH MENGHADAPI WAKTU SABAR

    DARI LUAS SEINCI DI JADIKAN LEBAR SEJENGKAL

    DARI SEJENGKAL DIJADIKAN SEHASTA DEPA

    DARI SEHASTA DEPA DIJADIKAN SEHAMPARAN SUDAHBEGITU PAYAH SEBENARNYA MENYIAPKAN TIKAR KERAMAT INI

    BEGITU CANTIK PULA SIAPNYA MEMAPARKAN DIRI

    SIAPA MELIHAT MENJADI TERPEGUN AMAT AKAN CORAKNYA

    SIAPA MENYENTUH BERASA HALUS AMAT AKAN SENI DIRINYA

    INILAH TIKAR MERDEKA TERPILIH BINAAN GENERASI LALU

    JANGAN SEKALIKALI GADAIKAN IA KEPADA PENJAJAH

    JANGAN SEKALIKALI HAMPARKAN IA KEPADA PEMBELOT BANGSA

    JANGAN SEKALIKALI MELETAKKAN NILAI HARGANYA KEPADA SESIAPA

    KERANA TIKAR INI HANYA UNTUK PEJUANG TERBILANG

    KERANA TIKAR INI HANYA UNTUK RAKYAT BERHATI WAJA

    KERANA TIKAR TIADA TERNILAI UNTUK DI TUKAR GANTI

    HANYA KEPADAMU KAMI BERSETIA DAN BERSUMPAH

    HANYA KEPADAMU KASIH KAMI TUMPAH MELIMPAH

    KAMILAH INSAN PALING BERTUAH MENDUDUKI TIKAR MERDEKA INI

    BERSILA DAN BERZIKIR HAYAT MENYUSUN SEJARAH BANGSA..

    ~ Adam Mohd Noor

    8 Komen| Puisi Patriotik| Tagged:Bersila Di Atas Tikar Merdeka,Sajak Patriotik| Pautan

    Kekal

    Dikirim oleh Admin

    Puisi Sajak Patriotik Sempena Bulan Kemerdekaan

    Ogos 12, 2009

    Puisi Patriotik Bulan Kemerdekaan

    http://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/#commentshttp://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/2009/08/12/puisi-sajak-patriotik-sempena-bulan-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/2009/08/12/puisi-sajak-patriotik-sempena-bulan-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/bersila-di-atas-tikar-merdeka/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2009/09/04/sajak-patriotik-bersila-di-atas-tikar-merdeka/#comments
  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    5/32

    SUMPAH ANAK MERDEKA

    Aku anak merdeka

    Bangkit dari persada luka

    Berdiri megah di pentas wira

    Inginku tebus maruah bangsa

    Aku anak merdeka

    Terjaga dari ranjang kecewa

    Berpaksi gagah di panggung perkasa

    Ingin ku bela nasib bangsa

    Aku anak merdeka

    Harapan nusa dan bangsa

    Akan kutentang petualang negara

    Yang tegar membuat angkara

    Aku anak merdeka

    Di hati semangat waja

    Di dada penuh satria

    Ini Tuah akan membela

    Untuk kubalut luka lama

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    6/32

    Serunai Faqir

    Wangsa Maju

    PADA TANAH MERDEKA INI

    Kami kenal tanah ini

    selutnya pernah berbaur

    hanyar darah yang tumpah

    daripada liang derita para pejuang

    lumpurnya pernah tersimbah

    daripada batang tumbuh para pahlawan

    relung tanah ini pernah bergegar

    dek jerit pekik pejuang kemerdekaan

    yang mencari benih kebebasan

    dadanya pernah mengambus

    kujuran kaku anak nusa

    yang bangkit membina benteng

    bersama keris dan tombahk bersahaja

    menyambung nyawademi tanah ini

    tidak diragut ganas.

    Pada tanah merdeka ini

    telah tumbuh rimba kemajuan

    dan manusia kian lupa asal dirilalu

    api nasionalisme yang lantang bertiup

    sejak berdekad lalu kini terpaksa

    menunggu sepi mentari Ogos

    untuk bernyala kembali

    yang membelah relung tanah ini dahulu

    kini kian lenyap ditawan arus duniawi

    erti kemerdekaan kian kabur

    dalam mata fikir anak-anak kini.

    Namun kami tetap bersyukur

    kerana dengan korban suci

    Nukilan:

    Wan Muhamad Shukri Wan Abd Rahman

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    7/32

    UNTUK BANGSA MERDEKA

    Untuk sebuah bangsa merdeka

    jauhlah daripada rendah diri dan hipokrasi

    mimpi malam kolonialisme yang ngerikeluh-kesah hak asasi

    menghilang identiti diri.

    Untuk sebuah bangsa merdeka

    luas dalam horizon perjuangan

    tiada lupa akar bangsa

    serta sejarah yang mengalurkan nama megahnya

    tiada lupa tentang jerit bahasa.

    Untuk sebuah bangsa merdeka

    teruslah bergelut dengan dilema yang mengganggu citra unggul

    semakin kuat ditekan makin kemas berpegang kepada ikatan

    bukan nama simbol keris merdeka

    tapi semangatnya menjadi tajam hingga akhirnya.

    Seperti sebuah jarak padang terbuka

    tetap berani dengan kewujudan dirinya

    seorang yang memahami tangis bangsa

    monolog pada dirinya sendiribersyukur kepada hari-hari lalunya.

    MOHD FADZIL YUSOF

    CINTA WAJA WARGA MERDEKA

    Dengan zikir kasih kami bukakan singgahsana

    menjulang jalur gemilang bersama sejarah

    Yang tertarik ceritera luka bersama air mata

    dari simbahan maruah moyang berzaman

    inilah bisikan cinta kami

    istana kasih yang kukuh

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    8/32

    merangkul mesra di persada visi

    menganyam janji pada diri.

    Meski telah kami punahkan sejarah berdarah

    dalam zikir kasih menyusur perjuangannamun segala yang pernah musnah

    membangkitkan urat nadi pembela pertiwi

    menjujnjung martabat bangsa bermaruah

    kerana, kamilah warisan turun temurun

    memadu sumpah buat dititipkan

    pada seluruh cakerawala setia

    - akan kami laungkan keamanan

    - akan kami nyanyikan semangat merdeka.

    Di maya ini, kami tafsir segala peradaban

    menyirami kuntum perkasihan di laman

    telah kami baja keakraban pengalaman

    musteru ngeri luka silam masih mengimbau

    menggamit sejuta pesona waspada

    akan kami tangkis durjana menepis

    mengikis tapak sengsara di mata

    di sini, kamilah anak merdeka

    melangkah maju tidak gementar

    membentuk wawasan tidak gegar.

    Demi cinta bersemi ketamadunan hakiki

    melaut kasih pada keharmonian

    kamilah pejuang pembangunan abadi

    akan kami cincang cabaran merentang

    akan kami tentang jejak melentang

    kamilah pewaris menunjang pedang kerukunan

    dengan benteng sejuta pagar keamanan

    akan kami wangikan seluruh maya

    menabur bunga bijaksana bangsa

    atas gemala cita menyatu sejahtera

    tidak akan rebah dimamah sejarah

    tidak akan goyah dipatah dugaan

    kami abadikan seluruh degup jantung

    membina cinta waja dalam sumpah

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    9/32

    - kami anak merdeka

    ada misi membentuk kemenangan

    ada visi membentuk kemahuan.

    Karya: Sabariah Bahari

    AKSARA MERDEKA

    Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan

    aksara merdeka,kenapa masih ada lagi

    warga tanah bersejarah ini

    yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya

    yang kenal angka tetapi terlupa nilainya

    yang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya

    yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya

    yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya

    yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.

    Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal

    aksara merdeka,kenapa masih ada lagi

    warga tanah tercinta ini

    yang cerah mata tetapi gelap hati

    yang cerdik minda tetapi dungu peribadi

    yang cantik bahasa tetapi buruk sikap

    yang lembut budi tetapi keras lagak

    yang merdu suara tetapi sumbang bicara.

    Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam

    aksara merdeka,kenapa masih ada lagi

    warga tanah pusaka ini

    yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi

    yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi

    yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan

    yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan.

    Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsir

    aksara merdeka,kenapa masih ada lagi

    warga tanah bertuah ini

    yang terlepas kaki tetapi terikat tangan

    yang terlepas mata tetapi terikat jiwa

    yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita.

    Setelah sekian lama kita menjulang dan memarbatkan

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    10/32

    aksara merdeka,kenapa masih ada lagi

    warga tanah bertuah ini

    yang kasihkan bangsa tetapi bencikan pemimpin

    yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa.

    Setelah sekian lama menghargai dan menghormatiaksara merdeka,kenapa masih ada lagi

    warga tanah berdaulat ini

    yang menanam bunga tetapi menabur duri.

    Karya: Wadi Leta S.A

    NEGERI INI, ANAK

    Negeri ini, anak adalah tanah hijau penuh mahsul

    terlalu pemurah dan saksama pada tiap warga yang berjasa

    yang rela memberikan keringat serta setia untuk bumi tercintanya.

    Usah kau persoalkan tentang derita milik siapa di negeri kaya

    dan kesuraman sekejap siapa pula menjadi dalang

    kalau tiba-tiba terdengar laungan dari bukit penuh gelap

    itu hanyalah lolongan sang pertapa yang lemas ditikam bayang!

    Negeri ini, adalah tanah luas sesayup pandangan

    yang telah melahirkan ribuan pahlawan.

    Rela memilih terbuang dari berputih mata,kerana baginya, mati itu cuma sekali dan

    tidak harus sia-sia.

    Mereka tidak rela ini negeri tercinta

    jadi kuda tunggangan atau dipekosa warga tidak bernama.

    Meski darah dan tulang jadi gantian.

    Kerana baginya:

    negeri adalah tanah

    adalah air,adalah api,

    adalah angin.

    Adalah maruah,

    adalah permai,

    adalah berani,

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    11/32

    adalah susila.

    Adalah segala-galanya.

    Dan hari ini, kata keramat itu dilaungkan.

    Tanpa mengira kulit atau warna,tampuk atau asal, percaya atau agama:

    MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

    Di negeri ini anak,

    mari kita hidup tanpa curiga atau rasa berbeza.

    Siapa di sini adalah warganya,

    kerana meski putih atau hitam, darahnya tetap merah.

    Darahnya tetap merah.

    Usah dilebarkan jurang atau mencipta kelam.

    Mari kita dirikan harapan dan teguhkan kesetiaan.

    Marsli N.O

    17 JunJulai 1988

    Dari antologi: Di Atas Mimbar Merdeka, terbitan DBP 1989

    TANAH PEJUANG

    Jika diundurkan tikaKau akan lihat masa dulu kala

    Terlihat betapa pentingnya perjuangan

    Terlihat betapa besar dan agung

    Jasa dan keringat mereka taburkan

    Wang, tenaga, masa dan fikiran

    Hanya didambarkan untuk perjuangan

    Satu perjuangan yng lahir dari jiwa

    Satu perjuangan yang terbit dari naluri

    Jiwa mereka perkasaJiwa mereka murni suci

    Setiap langkah hanya untuk anak bangsa

    Untuk lihat lahirnya negara bangsa

    Perjuangan mesti diteruskan

    Hanya itu jalan penyelesaian

    Langkah kaki mesti dipercepat

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    12/32

    Kerana itu cara perjuangan

    Kelompok pimpinan diperkuat

    Hati masyarakat semua ditambat

    Perjuangan ini murni

    Perjuangan ini suciHanya ingin satu kebebasan

    Kita lihat tika ini

    Bangsa kita bangsa merdeka

    Separuh abad terpasak di dada dunia

    Gah, juara digeruni seantero

    Malaysia

    Namamu melakar sejarah

    Lagakmu mencabar

    Kelibatmu ghairah

    Sang negara dunia hatihati denganmu

    Resepi bercampur kaum

    Serat isi inti dalamnya

    Penuh dengan pelbagai rasa

    Perpaduan utuh punca segala

    Globalisasi dunia pemangkin utama

    Namamu gah merentasi sempadan dunia

    Ekonomi, teknologi kepakaran terbukti

    Dihidang semua untuk bangsa dicintai

    Merdeka separuh abad

    Bukti keagungan bangsamu

    Bukti kekuatan perpaduanmu

    Anak bangsa untung menikmati

    Dijaga rapi kemas merdeka ini

    Untuk santapan cucu cicit

    Untuk ingatan cerita nenek moyang

    Merdeka sudah dianugerahi

    Semat di jiwa simpan di hati

    Merdeka ini anugerah Illahi..

    OSMAN ZAINI

    080808 09PM

    E005 IPS,MIRI

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    13/32

    MENCARI WIRA

    Berkurun kita berburu mencari makna kata

    Berkurun kita keliru mengenal makna wira:

    Jebat dan Tuah, siapa patut dipuja?

    Lemas kita dilanda curiga

    antara setia dengan pembela.

    Selamanya wira dinilai oleh masa

    selaman wira dicanai kuasa

    selamanya wira dinobat oleh harta.

    Akhirnya wira entah dimana

    didepan kita pengkhianat bangsa.

    Bangunlah dari lena khayali

    kita kembalikan kata pada lidah

    kita pulangakan pandang pada akal

    ita keringkan rajuk pada tindak.

    Akal tak pernah mengalah kalau diajak bertelagah

    tapi selamanya kita mematikan akal

    kerana akal membijaksanakan manusia

    dan si bijak tidak perlu hidup

    seperti wajarnya budak ditikamatas kebijaksanaan yang mengancam.

    (ah ! sejarah todak kerap sangat berulang)

    Marilah kita didihkan akal

    mentafsir kata dengan sempurna

    - ada waktunya berontak itu keji

    - ada waktunya berontak itu suci

    - ada waktunya berontak itu cemar

    - ada waktunya berontak itu samaraberubah musim beralih sikap

    bertukar pimpin bersalin harap

    tapi pejuang tidak pernah terpuja

    tika darahnya mengucur seksa matanya dicungkil buta

    tanganya diikat waja kakinya dirantai sula

    dan kita mengulang keanehan

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    14/32

    berebut menabur bunga dan pandan

    didada mereka setelah kematian

    Sesal hanya datang sekali

    tapi seksanya sepanjang hayatlukanya berparut berabad-abad

    Nukilan:

    Mohamad Saleeh Rahamad

    NEGARAKU TERBILANG

    Tatkala aku menggagahi diri membelah kotaraya,

    Aku mendongak melihat tiang-tiang seri mencecah awan,

    Rasa bangga bangsa menyala-nyala di dada,

    jauh sudah rupanya negaraku mengembara.

    Fikiran menggugah zaman remajaku,

    Zaman tiada gerbang, tiada simbol pencakar langit,

    Yang ada hanya siulan burung di bendang,

    Tapi disana kaya kemanusiaan,

    Kaya keampunan dan kasih sayang,

    Kaya tangan menghulur bantuan,

    Di tengah ribuan wira tak didendang.

    Di luar sempadan ada cabaran,

    Dunia semakin deras bergelora,

    Tidak terperangkap kite dengan kata-kata,

    Yang cepat mendapat habuan luar biasa,

    Yang lambat mendapat sisa-sisa,

    Kita memilih sederhana daripada yang mutlak,

    Pelbagai daripada yang menyendiri,

    Percaya daripada mencurigai,Bersama daripada menguasai,

    Ke hadapan dengan acuan kita sendiri,

    Yang diwarisi tidak berkurang,

    Yang dijaga tidak susut.

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    15/32

    Di sini di bumi ini,

    Kita sulam pencakar langit dengan jernih susu kemanusiaan,

    Anyamkan cita-cita Alfred Nobel dengan puisi Jalaludin Rumi

    Bajai kembang kemboja keamanan pada kubur rakusnya perang,

    Tiupkan serunai budaya cinta merentas sempadan,Sambil memacak panji-panji di puncak khairuummah

    Cemerlang, gemilang dan terbilang.

    Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI

    (Sajak ini dideklamasikan pada Pesta Puisi Patriotik Ke-5, 29 Ogos 2004 Sunken Garden,

    Putrajaya.)

    TANAH JANTUNG

    Ini negeri kita

    Negeri kasih

    Kasih kita pada yang tak berbelah

    Kasih kita dalam rangkul genggaman sejarah

    Kita genggam sejarah

    Sejarah moyang di usap bahagia dan gundah

    Gundah beradap akhirnya terlerai

    Telah kita redahi pahit getir di lembah dan ngarai

    Pengalaman menjadikan kita lebih dewasa

    Jatuh dan bangun anak ank bangsa

    Kenal makna fahami erti slogan warga

    Kita menjadi wrga berani, percaya diri, dan perkasa

    Ini ibu pertiwi kita

    negeri tercinta

    Cinta kita yang setia terukir

    Berdenyut di nadi bersama merah darah mengalir

    Alirnya memercikkan cita

    Cita kita memercukan jaya

    Jaya ini kelak menjulangkan maruah

    Maruah tinggi di tanah merdeka yang indah

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    16/32

    Selamatlah kau tanah jantungku yang indah

    Dari utara ke selatan, timur dna ke barat jua

    Petamu keplaj sudah

    Udaramu camilha akhirnya

    Melindung memayungiBumi kekasih ini

    Ini negeri kita

    Diukir ikrar dan kata

    Dikibar jalur gemilang merata

    Senandung dan nyanyi bernafas setia

    Kesetiaan kita hanyalah kesetiaan untuk tanah jantung

    Dari perut laut hingga ke puncak gunung

    Awan-gemawan tanah air gemilang

    Kerenjis mawar keashi ke sekian kalinya

    untuk kau negeri yang kukasihi.

    Dideklamasikan oleh arwah Datin Seri Endon Mahmood

    NEGERI BERTUAH INI

    Negeri bertuah ini

    Tanah air tercintaDi sini kita dilahirkan

    Di sini kita dibesarkan

    Di sini taat setia dicurahkan.

    Negeri bertuah ini

    Warisan nenek moyang

    Kaya dengan budaya

    Kaya dengan adat dan suku

    Air setitik menjadi tasikTanah sekepal menjadi gunung

    Rakyat dididik hidup muafakat

    Bijak dijadikan panglima

    Alim dijadikan imam.

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    17/32

    Negeri bertuah ini

    Pernah terjajah dan dijajah

    Demi maruah bangsa dan tanah air tercinta

    Rakyat bangun menentang

    Darah tumpah merata.

    Negeri bertuah ini

    Sudah merdeka

    Yang gagah tidak lagi mengunus senjata

    Yang berani tidak lagi bermaharajalela

    Rakyat bangun berjuang

    Melawan kemiskinan

    Membasmi kejahilan.

    Negeri bertuah ini

    Rakyat belajar berdikari

    Hutan diteroka menjadi ladang

    Desa dibangunkan

    Bandar dimodenkan

    Rakyat bersama mengecap pembangunan

    Negeri bertuah ini

    Tanah air tercinta

    Pesan nenek moyang

    Di mana bumi dipijak

    Di situ jejak bertapak

    Di mana tempat bernaung

    Di situ taat dijunjung

    Di mana darah tumpah

    Di situ kasih dicurah.

    Negeri bertuah ini

    Negeri kitaMari kita bangunkan

    Mari kita makmurkan

    Mari kita pertahankan.

    A. Latip Talib

    Negeri Sembilan.

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    18/32

    BAPA KEBEBASAN

    (Al-Fatihah Untuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra)

    Dialah yang memugar rimba sejarah

    dan meletakkan batu tanda bertatah indahdialah yang membina sempadan gagah

    antara musim terjajah

    dan gerbang waktu melepas gundah.

    Dialah yang bergelar bapa

    mewariskan sebidang tanah menganjur,

    dengan bukit-bukau hijau mengimbau

    disuburi jernih air sungai masyhur

    bumi subur warisan leluhur.

    Dalam lembut bicara semanis kata-kata,

    dia menolak cengkam tajam

    dari kuku-kuku hitam yang kejam

    mengikis karat musibat

    dengan minda yang padat berkat

    lalu dia kembali melepaskan merpati

    melayah di mega pelangi.

    Dia yang meletakkan makna merdekadalam kamus peradaban bangsa

    lalu kita meluaskan aksara

    mencanai istilah bertuah

    sehingga anak-anak warisanmu

    berdiri di persada mercu restu

    menjamah madu syahdu

    dari embun di rumput baldu

    31 Ogos tanggal keramatdia meletak tapak kebebasan di bumi warisan

    tahun demi tahun kita kenang dalam insaf

    betapa hidup terjajah berbaur seribu masalah.

    Dialah bapa !

    yang telah mewariskan pada kita

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    19/32

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    20/32

    kemajuan dunia melangkah seiringan

    tegas mendepani perubahan!

    Dengan keyakinan dan iltizam bangsa

    jihad ke daerah merdekamenekuni perkongsian perjuangan dan kehidupan

    jangan sampai tergadai diselar petualangan

    yang sering datang bertandang mesra

    sedang hati diulit dengki khianat

    suka melihat kita tersungkur, memaut ehsan.

    Demikian terkenang pesan pahlawan terbilang

    gah! Suara anak Malaysia bergema di medan pembangunan

    lantang meningkat ekonomi dan martabat

    dunia menyaksi tamadun bergerak pantas

    lenyaplah kesedihan bangsa kita!

    Kini mendepani generasi bijak bestari

    pendengar dan ajarkan perjuangan silam

    jangan sampai terbiar hingga alpa

    harga diri bukan pada kemajuan semata

    kebebasan, keadilan dan teknologi canggih

    tetapi jua menuntut pertanggungjawapan di jiwa!

    Karya: Jariah Haji Taha

    INI TANAH AIR, TEMPAT BERMULA DAN BERAKHIR

    Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,

    Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

    Kita telusuri batas sejarah ke musim suram terjajah,

    Menguak hitam belenggu dalam murup durja yang gundah,

    Saat melangkah runduk di bawah serakah telunjuk,

    Suara pun hilang terpanar di tengah sorak petualang.

    Di denai waktu membiak tunas insaf seluruh warga,

    Musibah lalu jangan lagi meragut sejahtera wangsa,

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    21/32

    Bumi ini tanah air pesaka warisan pejuang,

    Dari darah, dari keringat dan semangat menjulang.

    Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,

    Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

    Malaysiaku, bumi mewangi seribu restu,

    Melimpah sejuta anugerah dari rahmat teguh bersatu,

    Menjulang wawasan gemilang ke puncak persada mercu biru,

    Membias bayu kecundang jelmaan cemburu sejuta seteru.

    Anak-anak bumiku tercinta,

    Hulurkan tangan memalu genta kelangsungan merdeka,

    Rapatkan barisan keramat berbekal azimat muafakat,

    Segera cantaskan pucuk angkuh rusuh dengan minda yang ampuh.

    Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,

    Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

    Alaf ini tempoh memacu asmara cinta berahi bumi pertiwi,

    Membilas noda hitam dari kemelut sengketa selisih semalam,

    Muhibah rimbun, mesra anggun, menghijau santun,

    Ini negeri terbaik, bumi tercantik, rakyat terdidik,

    Mengorak langkah, berkongsi arah menancap monumen terindah.

    Sahutlah gemersik suara nafiri seruan perjuangan,

    Cokmar kebebasan biar lestari kukuh dalam genggaman,

    Tanah ini milik hakiki zaman berzaman,

    Jangan sampai berulang lagi diulet kehinaan.

    Ini tanah kita, padang permainan seluruh anak bangsa,

    Ini darah kita, nafas kita, roh dan jiwa generasi merdeka,

    Nusa ini maruah kita, citra kita, martabat daulat perkasa,

    Wilayah ini wadah wacana hitam putih pemangkin wibawa.

    Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,

    Biar luluh jiwa raga, darah setiaku tetap mengalir,

    Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir,

    Biar nyawa luluh tercicir, janji ini tiada mungkir.

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    22/32

    Ghazali Lateh

    Banting,

    September 2000

    # Sajak ini pernah memenangi sayembara Puisi Puteri Pos, dan dimuatkan dalam antologiJamung Merdeka kelolaan Gapena.

    Di Halaman Kembang Sepatu Ini, Selamanya Sejahteralah Warga

    Ketika desar-desir suara angin menyentak rumput di halaman,

    Udara hitam dari sukma duka wangsa menyentuh gusar malam

    Bahtera kebanggaan yang selama ini teguh dan agam

    Tiba-tiba tercarik layar, tersasar haluan.

    Ketika angin serong menyusur ke lembah gersang

    Badai malam dari kalbu musykil murba menggigit sumsum alam

    Bangsa yang sekian lama megah dan padu

    Tiba-tiba menerka udara mahing kemarau silatur

    Menyeret ke musim silam yang kontang.

    Kau bangsaku, jangan lupa pada harumnya tubuh Sepumtum

    Kaku menjulur di tali gantung, demi mempertahankan

    sekangkang Pasir Salak. Kau saudara seagamaku, jangan lupa

    pada wanginya jenazah Tok Janggut,Terjerut songsang di pinggir jalan

    demi mendaulatkan seketing tanah Pasir Putih

    generasiku, jangan lupa akan manisnya

    darah leftenan Adnan yang terpercik di makam Tanjung Puteri

    demi menegakkan martabat nusa. Jangan sesaat pun kau lupa

    akan nyaringnya pekikan para katwal

    yang redha berputih tulang

    membentengi Rumah Pasung Bukit Kepong

    demi memelihara maruah pertiwi.

    Generasiku yang merdeka,

    Kita tidak pantas meneruskan nafas perjuangan ini

    Andai kita menjadi api yang marak diam merentungkan sekam

    Kita tidak pantas mengembangkan kuntum kemerdekaan ini

    Jika gunting dendam terus meracik licik dalam lipatan

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    23/32

    Kita tidak pantas merenjiskan madu kedamaian ini

    Kalau duri iri masih merodok setiap serat daging kita,

    Saudara sebangsa ku.

    Di sinilah halaman mesra kita,

    Halaman pusakapusaka pejuang terbilangHalaman merdekamerdeka tanpa decitan darah,

    Halaman membangunmembangun dengan keringat kendiri,

    Mengorak maju bersama perbawa pemimpin,

    Menyantap damai berkat perpaduan warga,

    Moga kekal selamanya.

    Dihalaman kembang sepatu ini,

    Pertahankanlah daulah addin nan quddus

    Di halaman udara segar bugar ini,

    Perteguhkan maruah bangsa nan mulus

    Dihalaman redup rimbun pohon kemerdekaan ini,

    Abadikanlah kemakmuran sejati

    Di halaman multi bangsa nan demokrasi ini,

    Selamanya sejahteralah warga,

    Sepanjang alaf menjulang bangsa

    Karya:

    Sazalee Haji Yacob

    Anda boleh membaca lebih banyak puisi patriotik di sini

    138 Komen| Puisi Patriotik| Tagged:Puisi Kemerdekaan,Puisi Merdeka,PuisiPatriotik,Sajak Kemerdekaan,Sajak Merdeka,Sajak Patriotik| Pautan Kekal

    Dikirim oleh Admin

    http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2009/08/12/puisi-sajak-patriotik-sempena-bulan-kemerdekaan/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2009/08/12/puisi-sajak-patriotik-sempena-bulan-kemerdekaan/#commentshttp://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2009/08/12/puisi-sajak-patriotik-sempena-bulan-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/2009/08/12/puisi-sajak-patriotik-sempena-bulan-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/2009/08/12/puisi-sajak-patriotik-sempena-bulan-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/sajak-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-merdeka/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-kemerdekaan/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2009/08/12/puisi-sajak-patriotik-sempena-bulan-kemerdekaan/#commentshttp://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/
  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    24/32

    Rumah Bangsa1MALAYSIA

    Mei 26, 2009

    Kita mulakan langkah baru

    mengiringi visi tak terbatas

    dari mata jiwa seorang wira bangsa

    demi tanah tumpah darah,

    mendukung misi ke martabat tertinggi dunia

    dengan tapak teguh perpaduan,

    dipandang hormat kawan dan lawan.

    Ini tugas kita,

    hasrat membina rumah bangsa

    dengan kudrat pengalaman

    terhimpun berdekat lama,azam tak terpadam,

    semangat panas membara.

    Lapan pasak kukuh,

    menunjang jauh di setiap sudut

    berhimpun segala tenaga

    mengagih beban dengan saksama.

    Lapan mata tangga,lurus bertingkat diukur sama

    berganding bahu melangkah sempurna.

    Lapan pintu terbuka,

    menyambut girang warga setia

    ikhlas bertindak, rendah jiwa,

    mengukuh wasilah setiap masa.

    Lapan jendela bertabir mesra,

    membiar semilir jujur menyapa

    dada sarat menakung janji,

    menyirat ikatan penuh percaya

    hati menerima penuh rela.

    Lapan penjuru berlantai rata,

    bersimpuh tenang menyingkap rahsia

    http://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/http://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/http://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/http://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/
  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    25/32

    membuka luas mata dan minda,

    mencari landasan menakluki dunia

    jangan bangsa mudah terpedaya.

    Lapan tiang berdiri sempurna,walau diterjah badai sengsara

    tabah bertahan meredah masa

    semangat tak luntur setapak tak undur

    berjuang bagai seorang satria.

    Kita bumbungkan rumah ini

    dengan impian gemerlapan

    kita palitkan warna damai perpaduan

    kita terangi dengan kerlipan cahaya ilmu

    kita bukakan pintu biar tetangga bertamu

    kita hidang segala bakti untuk yang perlu

    kita hiasinya segala termampu

    kita namakan 1Malaysia,

    terhimpun di dalamnya

    segala amanah menuntut keringat semua.

    Di bahu kitalah segalanya tersirat

    memikul lapan tiang utama

    visi dan misi wira negara.

    Cemerlang bertindak, usaha berganda,

    tepat sasaran tinggi nilainya.

    Ketabahan dipupuk menahan dugaan,

    sabar mendaki liku rintangan.

    Menyusur reba tunduk berisi,

    rendah hati menambat mesra.

    Mengukur hajat biar sepadan,

    menerima dengan lapang dada.Setia bertempat bijak mentafsir,

    jauhkan diri mengikut hati.

    Keupayaan dijulang, meritokrasi dilaksana,

    adil bertindak menegak yang hak.

    Ilmu ditimba menambah khazanah,

    jalan utama dipandang mulia.

  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    26/32

    Jujur mengatur lidah,

    berani kerana benar, integriti teras jati diri.

    Mari kita pelihara rumah ini,

    kita suburkan halamannyadengan bunga janji mekar mewangi

    biar ia bertambah seri,

    warisan penentu generasi muka

    1Malaysia lestarikan dijiwa,

    sepanjang hayat membangun nusa.

    Baha Wahab

    Kulai JayaIstana Budaya.

    13 Komen| Lain-lain,Puisi Patriotik| Tagged:1Malaysia,Puisi Satu Malaysia,Satu

    Malaysia| Pautan Kekal

    Dikirim oleh Admin

    Pada Sebuah Watan ~ Rejab FI

    Ogos 26, 2008

    Jati diri bangsa bagaikan pepohon

    pada sebuah watan

    akarnya kedaulatan bahasa

    batangnya keagungan nilai budaya

    dedahannya semangat kecintaan dan perpaduan

    dedaunnya rimbunan ketaatan dan kesetiaan.

    Pepohon negara yang merdeka dan berdaulat

    bahasa adalah akar peribadi bangsa

    menjalar pada nurani kehidupan

    menyuburkan dedahan pendidikanmenaungi daunan kesejahteraan

    pada sebuah negara bangsa.

    Batang budaya yang tertegak pada sebuah watan

    adalah peribadi yang luhur dan murni

    menjulang kecintaan nusa bangsa

    http://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/#commentshttp://penyair.wordpress.com/category/lain-lain/http://penyair.wordpress.com/category/lain-lain/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/1malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/1malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/1malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/http://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/http://penyair.wordpress.com/2008/08/26/pada-sebuah-watan-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/08/26/pada-sebuah-watan-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-satu-malaysia/http://penyair.wordpress.com/tag/1malaysia/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/lain-lain/http://penyair.wordpress.com/2009/05/26/rumah-bangsa-1malaysia/#comments
  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    27/32

    di mana bumi dipijak

    di situ langit dijunjung.

    Dedahan pada sebuah bangsa merdeka

    menegakkan pepohon nurani padu dan utuhmembangun ekonomi menyuburkan watan

    menyemarakkan ranting perpaduan dan persefahaman.

    Dedaunan yang menghijau dan rendang

    menyuburkan maruah dan semangat waja

    memartabatkan bahasa dan keluhuran perlembagaan

    membendung tekad dan keazaman

    membasmi hujan petualangan

    menaungi mentari keganasan

    yang merobek nurani bangsa.

    Pupuslah jati diri bangsa

    jika akar bahasa tercabut dari pepohon watan

    tumbanglah jati diri bangsa

    jika batang budaya terbongkar dari perdu perpaduan

    terkulailah jati diri bangsa

    jika dedahan kecintaan sekah dan patah

    kontanglah jati diri bangsa

    jika dedaunan ketaatan dan kesetiaan

    kering dan kelayuan.

    REJAB FI

    Perlis.

    1 Komen| Puisi Patriotik,Rejab FI| Tagged:Puisi Patriotik,Rejab FI| Pautan Kekal

    Dikirim oleh Admin

    http://penyair.wordpress.com/2008/08/26/pada-sebuah-watan-rejab-fi/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2008/08/26/pada-sebuah-watan-rejab-fi/#commentshttp://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/category/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/category/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/08/26/pada-sebuah-watan-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/08/26/pada-sebuah-watan-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/08/26/pada-sebuah-watan-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/08/26/pada-sebuah-watan-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2008/08/26/pada-sebuah-watan-rejab-fi/#comments
  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    28/32

    Kekasih Dalam Merdeka (3)

    Ogos 12, 2008

    Telah kulestarikan taman kemesraan

    setiap hujung Ogos yang jernih

    dalam makrifat temujanji tersendiri

    seberkas akrab dan mempesonakan

    mengalir di sungai kecintaan.

    Telah kulukiskan monumen diri

    kerinduan ini yang tidak tertanggung

    lantaran darah kesatria mengalir itu

    teramat manis dan kondusif

    aromanya menusuk ke jantung sedar

    dalam intuisi diri tidak pernah pudar.

    Kekasih

    himpunlah sebuah meditasi rindu

    dengan hamparan baldu realiti

    bahawa perjuangan mereka

    adalah kasih kita dua benua

    terangkat dendam cinta Laila Majnun

    jerih perit seakan menyanggah takdir

    di hujung pasrah.

    Kekasih

    binalah rumah pusaka bangsa ini

    dengan jambak kuntum

    pemodenan

    hiasilah ruang padang kehidupan

    dengan harum wangian keikhlasan

    dan siapkan laman kebahagiaan

    untuk kita tiduri malam abadi!

    D J DOLASOH

    Vila Usrati Jannati,

    Batu 19, Badak, Bachok

    1 Komen| Lain-lain,Puisi Patriotik| Pautan Kekal

    Dikirim oleh Admin

    http://penyair.wordpress.com/2008/08/12/kekasih-dalam-merdeka-3/http://penyair.wordpress.com/2008/08/12/kekasih-dalam-merdeka-3/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2008/08/12/kekasih-dalam-merdeka-3/#commentshttp://penyair.wordpress.com/category/lain-lain/http://penyair.wordpress.com/category/lain-lain/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2008/08/12/kekasih-dalam-merdeka-3/http://penyair.wordpress.com/2008/08/12/kekasih-dalam-merdeka-3/http://penyair.wordpress.com/2008/08/12/kekasih-dalam-merdeka-3/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/lain-lain/http://penyair.wordpress.com/2008/08/12/kekasih-dalam-merdeka-3/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2008/08/12/kekasih-dalam-merdeka-3/
  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    29/32

    Di Bumi Tercinta Ini ~ Rejab FI

    Februari 26, 2008

    Di bumi tercinta ini

    kita menganyam perjuangan

    berbekalkan sebuah bahtera

    dan sebuah neraca

    milik perjuangan sejati:

    memartabatkan bahasa ibunda.

    Bahasa ibunda adalah bekalan

    membangun atma anak-anak watan

    meneroka belantara

    melayari lautan

    menerbangi angkasa kerana kehidupan

    mesti dibajak

    mesti diteroka.

    Di bumi tercinta ini

    kita semaikan semangat

    bercambah di sanubari anak nusa

    bahawa bahasa adalah jati diri bangsabahawa bahasa identiti negara.

    Wahai anak-anak watan

    gemblengkan tekad

    bahawa bahasa itulah

    memupuk nilai-nilai kehidupan

    menyemarakkan azam dan cita-cita

    memperkukuhkan tamadun bangsa

    memerdekakan diri daripadapengkhianatan

    membebaskan perjuangan

    ketamakhalobaan.

    Bahasa adalah permata

    adalah mutiara

    http://penyair.wordpress.com/2008/02/26/di-bumi-tercinta-ini-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/02/26/di-bumi-tercinta-ini-rejab-fi/
  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    30/32

    adalah intan baiduri

    kerana bahasa mahkota bangsa.

    Di mana hak dan harga diri

    jika bahasa terkorban dalam arusglobalisasi

    di mana hakikat perjuangan sejati

    jika hanya memperkukuhkan kuasa

    sehingga terkorban perjuangan bangsa?

    Kita wajar mengimbau

    pembangunan negara berwibawa

    lewat bahasa ibunda

    membangun ekonomi dan keperibadian

    bangsa

    membangun pendidikan dan sahsiah

    negara.

    Wahai anak-anak watan

    gemblengkan perjuangan

    bahawa kita tidak betah lagi terjajah

    bahasa adalah hak mutlak

    memperkasakan nusa bangsa

    di bumi tercinta ini.

    REJAB FI

    Perlis.

    18 November 2007

    2 Komen| Puisi Patriotik,Rejab FI| Tagged:Puisi Patriotik,Rejab FI| Pautan Kekal

    Dikirim oleh Admin

    http://penyair.wordpress.com/2008/02/26/di-bumi-tercinta-ini-rejab-fi/#commentshttp://penyair.wordpress.com/2008/02/26/di-bumi-tercinta-ini-rejab-fi/#commentshttp://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/category/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/category/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/tag/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/02/26/di-bumi-tercinta-ini-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/02/26/di-bumi-tercinta-ini-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/02/26/di-bumi-tercinta-ini-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/2008/02/26/di-bumi-tercinta-ini-rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/tag/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/category/rejab-fi/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-patriotik/http://penyair.wordpress.com/2008/02/26/di-bumi-tercinta-ini-rejab-fi/#comments
  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    31/32

    Jangan Berduka Malaysiaku ~ Kemala

    Ogos 29, 2007

    Kubebat tanganku yang luka

    kubebat dadamu yang luka

    kubebat bahumu yang luka

    kubebat pipimu yang luka

    kugiring matamu yang duka

    kuiring lagumu yang duka

    kusaring cumbumu yang duka

    Embun mencari rumput tempat berpaut

    daun mencari tangkai untuk bertaut.

    Jangan berduka, Malaysiaku!

    Gunung dilingkari kabut

    mendung memayungi bumi

    berhujan darahkah Wilayah Utara?

    Serigala melolong di gunung

    todak melompati teluk tanjung

    Nadim lahir lagi

    demi hidup baru. Makna baru.

    Ada kilat ragu di matamu

    berhujan darahkah Wilayah Selatan?

    Tiba juga pesan warisan

    Tegaklah atas nama peribadi

    Senyum ibu dan sapaan Tuhan.

    Jangan berduka, Malaysiaku!

    Kalau ada wabak

    memadami jejak-jejak putih

    kalau ada lagak menepisi kasih akan

    berhujan perakkah di Barat?

    langit Timur membawa jalur-jalur

    sejarah berhujan emaskah sang ningrat?

    http://penyair.wordpress.com/2007/08/29/jangan-berduka-malaysiaku-kemala/http://penyair.wordpress.com/2007/08/29/jangan-berduka-malaysiaku-kemala/
  • 5/24/2018 Koleksi Sajak

    32/32

    Ada tembang pilu sang nelayan

    ada tempang lagu petani kemarau

    mencari kasih di sudut hati

    suaranya serak dan parau.

    Selepas jauh berjalan

    kaki direjami sendayan

    dengan duka pertama

    pahlawan menatap cermin retak pusaka.

    Jangan berduka, Malaysiaku.

    Empangan Utara dan Selatan

    tembokota Timur dan Barat

    gelora dua samudera menampar

    angin tujuh zaman terdampar

    firasat ibu mencabar.

    Kecil-kecil bintang seribu

    langit tanah air mengerdip cahaya

    kecil-kecil bintang kasihmu

    titipkan rindu pahlawan utama.

    Kudakap dadamu calarkutatap bahumu balar

    kutatap langkahmu wajar

    semoga tetap berjiwa benar.

    Belantara cinta Insan

    dalam hidayat Tuhan

    kucabut ranjau tujuh zaman

    kugenggam mutiara masa depan.

    Jangan berduka, Malaysiaku.

    Kemala

    Watan, 3 Disember 1984