44
150 BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP EDISI 2013 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH EDISI 2013

KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bicara berirama

Citation preview

Page 1: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

150

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BICARA BERIRAMASEKOLAH RENDAH

EDISI 2013

 

Page 2: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

150

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

KERTAS KONSEP BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

EDISI 2013

1.0 PENDAHULUANBicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor.

Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh digunakan sebagai suara solo.

2.0 PENGENALANBicara Berirama adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Sub Unit Bahasa Melayu, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharapkan dengan pertandingan ini akan dapat menggalakkan dan meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa Melayu Baku dan bahasa Melayu yang indah dalam kalangan murid-murid sekolah menengah khasnya.

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN3.1 Sasaran

Pertandingan ini terbuka untuk murid menengah rendah (Tingkatan Peralihan, 1,2 dan 3) saja. Setiap kumpulan/pasukan mestilah dari sekolah yang sama. Digalakkan penyertaan berbilang kaum.

3.2 Masa Persembahan hanya dihadkan selama DUA BELAS(12) hingga LIMA BELAS(15) minit.

3.3 Pasukan

Setiap pasukan mestilah berjumlah TIGA PULUH(30) orang (termasuk SEORANG(1) konduktor). Setiap pasukan mestilah diiringi oleh TIGA(3) orang guru pengiring.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 3: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

150

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

3.4 Teks/Skrip3.4.1. Skrip adalah bertema sama ada dalam puisi atau prosa yang dikarang/reka sendiri dan autentik. 3.4.2. Skrip yang dikarang/reka mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama, kaum, budaya dan peribadi seseorang. 3.4.3. Skrip yang dikarang hendaklah dihantar kepada penganjur dalam lima salinan selewat-lewatnya seminggu sebelum pertandingan.3.4.4. Markah kreativiti dinilai berdasarkan persembahan fizikal buku skrip dan isi kandungannya.3.4.5. Skrip yang dikarang/reka hendaklah mempunyai sinopsis, kerangka cerita, segmen dan nombor mengikut ujaran.3.4.6. Setiap pasukan TIDAK DIBENARKAN membaca atau merujuk nota/teks/bahan bercetak dan bertulis semasa membuat persembahan.

3.5 Pakaian Semua peserta diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah (pakaian pengawas/pengawas pusat sumber/uniform asrama dibenarkan). Hanya konduktor dibenarkan memakai sarung tangan putih.

3.6 AlatanPenggunaan mikrofon adalah dibenarkan. Mikrofon tersebut hendaklah diletakkan dua (2) meter daripada peserta.

3.7 SokonganSebarang alatan/sokongan seperti lakonan, berdrama, prop, bahan latar yang bertujuan untuk membantu persembahan, latar bunyi sama ada dalam bentuk elektronik, bercetak atau bertulis tidak dibenarkan. Nyanyian hanya dibenarkan tidak melebihi 3 minit sepanjang persembahan. Rakaman muzik ‘minus one’ sahaja dibenarkan pada segmen permulaan dan penutup persembahan tetapi tiada sebarang markah diberi.

3.8 PentasSusunan pasukan di pentas adalah bebas mengikut kreativiti pasukan masing-masing. Susunan yang dbenarkan tidak melebihi tiga baris. Pergerakan setempat sahaja dibenarkan.

4.0 LARANGAN

Peniruan bunyi dan suara dibenarkan tetapi tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan budaya masyarakat Malaysia secara langsung.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 4: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

150

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

5.0 KRITERIA PENGHAKIMAN

5.1 Persembahan Ujaran (30 markah)Kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai

5.2 Keseragaman persembahan (15 markah) Formasi/gerakan badan berbentuk objek seperti bulatan, segi empat dan sebagainya serta pergerakan setempat.

5.3 Kreativiti (10 markah)Kesesuaian kepelbagaian dan keselarasan suara dan gerak yang bermakna serta rakaman muzik ‘minus one’ yang sesuai.

5.4 Kesan bunyi (5 markah)Bunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki dan lain-lain lagi.

5.5 Penghayatan (10 markah)Ekspresi mimik muka (tanpa bantuan alat solek) dan bahasa tubuh.

5.6 Tempo dan ritma (10 markah)Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, Jeda antara segmen, Ad-lib (sahut-menyahut) antara SUARA SOLO dan SUARA RAMAI

5.7 Konduktor (20 markah)Keselarasan gerak tangan, mimik muka, bahasa badan yang bersopan, tempo dan kepimpinan.

5.8 Penalti (tolak 10 markah)Sekiranya menyentuh isi-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat

pertandingan, membawa dan menggunakan bahan sokongan, melebihi had masa atau kurang LIMA(5) minit dan persembahan yang keterlaluan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 5: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

150

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP EDISI 2013

5.9 Skrip

5.9.1 Tema/Mesej (10 markah)Isi yang bernas, sesuai dan jelas mengikut tema dan mencapai kehendak audiens.

5.9.2 Bahasa (40 markah)Baku dan gramatis. Penggunaan kata, frasa dan ungkapan. Bahasa percakapan (dialog) yang digunakan sesuai. Penggunaan bahasa bombastik dan dialek tidak digalakkan

5.9.3 Cerita (30 markah)Ada kesinambungan cerita. Jalan cerita jelas dan menampakkan keaslian (originality). Arahan dalam skrip dinyatakan dengan jelas dan difahami

5.9.4 Watak (10 markah)Mempunyai watak SUARA SOLO dan SUARA RAMAI. Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran.

5.9.5 Kreativiti (5 markah)Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita,menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar khalayak dan sesuai dengan tema.

5.9.6 Markah Bonus (5 markah) Memperaga dan mempersembahkan skrip untuk memperlihat kesungguhan pasukan. Menyediakan sinopsis atau kandungan dalam skrip.

6.0 KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD

7.0 HAL-HAL LAIN Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat pertandingan pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.

9.0AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 6: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAANBORANG MARKAH PERSEMBAHAN

PasukanNombor

Ujaran(30

markah)

Keseragaman Persembahan (15 markah)

Kreativiti(10

markah)

Tempo dan Ritma

(10 markah)

Penghayatan (10 markah)

Kesan bunyi

(5 markah)

Penalti(-10

markah)

Jumlah Markah

Masa Persembahan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

Nama Hakim ___________________________________ Tandatangan _______________ Tarikh :_______________

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 7: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAANBORANG MARKAH SKRIP

PasukanNombor

Tema/Mesej (10 markah)

Bahasa (40 markah)

Cerita(30 markah)

Watak(10 markah)

Kreativiti (5 markah)

Markah Bonus (5 markah)

Jumlah Markah

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

Nama Hakim ___________________________________ Tandatangan __________________ Tarikh :___________

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 8: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAANCATATAN MASA

PASUKAN MASA DIAMBIL

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

NAMA PENJAGA MASA : ____________________ TARIKH : _____________

TANDATANGAN :________________________

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 9: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHRUMUSAN KEPUTUSAN

KEDUDUKAN MASA HAKIM 1

HAKIM 2

HAKIM 3

HAKIM 4

HAKIM 5

KEDUDUKAN TEMPAT

1

2

3

4

5

NAMA KETUA HAKIM: _______________________ TANDATANGAN:__________

NAMA DAN TANDATANGAN HAKIM

HAKIM 1 : __________________________ TANDATANGAN : _________

HAKIM 2 : __________________________ TANDATANGAN : _________

HAKIM 3 : __________________________ TANDATANGAN : _________

HAKIM 4 : __________________________ TANDATANGAN : _________

TARIKH : ________________

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 10: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHKONDUKTOR TERBAIK

Panduan Pemarkahan

Markah Penuh

Sangat Lemah

Lemah Sederhana Baik Cemerlang

20 1- 4 5- 8 9- 12 13 - 16 17 - 20

BORANG MARKAH

Nombor Pasukan

Keselarasan Gerak

Tangan (5 markah)

Mimik Muka

(5 markah)

Kawalan Tempo

(5 markah)

Kepimpinan(5 markah)

Jumlah

Nama Hakim : _______________________

Tandatangan : ____________

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 11: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

BIL SUKATAN PEMBELAJARAN

3.1 Konsep

Tema cerita- Isu semasa, persekitaran,

kemasyarakatan, sains, dll

Unsur bahasa / seni yang digabungkan- Berdialog, menyusun kata/frasa, bertutur

dengan betul, menyampaikan mesej dan menghafal skrip

- Seni bercerita, seni muzik, seni suara, seni peniruan suara, seni lakon, seni dramatisasi (dramatik), seni pergerakan kreatif

3.2 Cerita/Skrip

Kerangka cerita / jalan cerita /masa- Mengingati cerita/jalan cerita

Kesinambungan / pertautan idea- Jalinan antara idea mengikut segmen

Ketepatan dialog / bermakna- Berdasarkan tema, suara solo dan suara

beramai-ramai

Bahasa (ringkas, padat, bermesej)

Tema yang jelas

3.3 Melodi Kesesuaian- Pelbagai jenis nada dalam penceritaan

dan penyampaian

Suara / suara latar- Kawalan suara, lontaran suara, kejelasan

sebutan, suara dalam atau suara luaran

Sebutan / nada / intonasi (BERIRAMA)

Korus = sekumpulan peserta yang ‘menyanyi’ bersama-sama dalam sesuatu persembahan- ditekankan keseragaman persembahan

‘ad lib’ (sahut-menyahut) – suara solo (soloist)- nada suara yang lantang

Kepelbagaian irama- Tempo muzik berentak perlahan atau

cepatKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 12: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

- Kata dan frasa yang puitis

Tempo / jeda- Berdasarkan ujaran kata atau dialog

serta ekspresi emosi

3.4Teknik

Penyampaian

Susunan cerita- Berplot (pengenalan, perkembangan,

klimaks dan kesudahan cerita)

Kesatuan dan harmoni- Keseragaman korus, melodi dan irama

Keseragaman keseluruhan- Suara ramai, suara solo dan konduktor

Kreativiti- Bahasa badan dan bergantung pada

arahan konduktor

Ekspresi- Mimik muka terhad kepada ujaran kata

atau frasa- Sorotan mata dan lirikan mata- Suara tinggi, rendah dan lantang- Bunyi selingan muzik atau kesan bunyi- Penghayatan watak

Unsur kecindanan (kata-kata atau perlakuan yang berunsur jenaka yang tidak keterlaluan)- Rujuk situasi dalam cerita, dialek,

peniruan bunyi atau suara watak tertentu

3.5 Gerak Kreatif Kesesuaian gerak- Disiplin bahasa badan (dari paras

pinggang ke kepala)

Gerak yang bermakna (fungsi)- Memberi kesan kepada mesej

menggunakan kata dan frasa

Keseragaman gerak- Arahan daripada konduktor

menggunakan isyarat tangan dan mimik muka

Bentuk-bentuk gerak (formasi)- Gerakan statik, gerakan memukau,

gerakan bermakna serta kreatif

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 13: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

Kesinambungan dan keselarasan- Menyesuaikan lirik

3.6 Teknikal

Peserta- Suara solo dan suara beramai-ramai

Muzik- Muzik latar

Kesan bunyi- Terhad dan disesuaikan mengikut situasi

yang diwujudkan

Alat / props- CD, DVD, buku rujukan, rakaman video,

dll

Pencahayaan- Lampu sorot dan lampu limpah jika

diadakan di dalam dewan

Konduktor- Memahami kerangka cerita- Mencipta gerak tangan dan mimik muka

mengikut situasi serta segmen- Mengawal tempo, ‘ad lib’, melodi dan

ujaran frasa- Berdiri tegak di hadapan kumpulan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 14: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

KERANGKA CERITA/ISI SKRIP BICARA BERIRAMA

Memilih bahan berdasarkan tema persembahan Bicara Berirama- Pastikan tema untuk bahan sesuai berdasarkan khalayak- Contoh isu dasar-dasar negara; alam sekitar, cerita binatang; dll

Menyaring isi melalui pemetaan cerita- Melakar plot cerita berdasarkan pengenalan, perkembangan (isi) cerita, klimaks

dan kesudahan (isi) cerita- Menentukan plot cerita berdasarkan sub isi (SB)- Menulis ujaran kata, frasa dan ayat berserta watak- Penentuan watak individu (solo) dan suara ramai

Menentukan isi berdasarkan segmen- Menetapkan tempoh masa penyampaian isi- Menentukan aksi, pergerakan badan (gesture), mimik muka- Memasukkan kesan visual, elemen nyanyian berirama dan selingan muzik

Mengedit isi - Menentukan istilah, kata seru- Pemilihan ayat mudah, ringkas dan bermakna- Pemilihan frasa dan ungkapan yang menarik- Memetik ujaran tertentu yang biasa didengar oleh khalayak

Menghafal skrip- Menghafal berdasarkan segmen skrip, nombor ujaran/arahan cerita/pergerakan

tubuh

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 15: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

CONTOH PEMETAAN CERITA MENGGUNAKAN TEKNIK PETA MINDA

TEMA : PERPADUAN RAKYAT MALYSIA

Langkah 1 : Memastikan bahan dan isi yang sesuai daripada tema

Langkah 2 : Menentukan plot cerita berdasarkan sub isi (SB)Pengenalan : S1 (Sub Isi 1-4)) Salam pembukaan Latar belakang negara Malaysia

Teras/Dasar Perpaduan Negara Slogan/Ungkapan perpaduan

Perkembangan Cerita : S2 (Sub Isi 1-5) Memperkasa aktiviti muhibah antara kaum Tujuan aktiviti muhibah Aktiviti rukun tetangga

Aktiviti rumah terbuka perayaan kaum Aktiviti sukan /sukaneka Aktiviti gotong-royong

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERPADUAN RAKYAT

MALAYSIA S1

S2: Memperkasa aktiviti muhibbah antara kaum

S5:Mendaulatkan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu

S4: Mengamalkan nilai toleransi dan semangat setiakawan

S7: Berpegang pada paksi Perlembagaan dan prinsip Rukun Negara

S6: Menjunjung konsep gagasan 1Malaysia

S3: Menjadikan Jalur Gem ilang sebagai lambang penyatuan rakyat Malaysia

1

2 34

5

1 2 34 5

1 2

3 4

Page 16: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

Langkah 3 : Menulis ujaran kata, frasa dan ayat beserta watak SEGMEN 1 SB1. (Memberi hormat dalam bentuk pergerakan kreatif)

SB1 (SUARA RAMAI) Salam 1MalaysiaSB1 (SOLO)Dengar sini semua! (simbol telapak tangan di

belakang cuping telinga )SB2 (SOLO) Cerita rakyat sebuah negara bernama MalaysiaSB2 (SOLO) Rakyat berbilang kaumSB2 (SUARA RAMAI) Hidup harmoni ,sengketa dimusyawarah,

musuh disanggahSB2 (SOLO) MelayuSB2 (SOLO) CinaSB2 (SOLO) IndiaSB2 (SOLO) Lain-lain bangsa.SB3 (SUARA RAMAI) Toleransi, muafakat, kerjasama, faham-

memahamiSB3 (SOLO) Apa resipinya?SB4 (SUARA RAMAI) Bulat air kerana pembetung, bulat kata

kerana muafakat

SEGMEN 2 SB1 (SUARA RAMAI) Nyanyian lagu patriotik “Muhibah”/ Muzik latar lagu patriotik “Muhibah”

SB1 (SUARA RAMAI) Seterusnya ,memperkasa aktiviti muhibah SB2 (SOLO) Untuk apa?SB1 (SUARA RAMAI) Masyarakat berpadu, negara maju.SB1 (SUARA RAMAI) Negara yang maju, aman sentosa,

kemesraan rakyat terjaga. Itulah Muhibah namanya!SB1 (SOLO) Ha, saya tahu! Muhibah... Muhibah…Muhibah…

Itulah amalan kita semua (memelodikan lirik lagu “Muhibah”)

SB2 (SOLO) Bagaimana caranya?SB2 (SUARA RAMAI)Keamanan tempat tinggal diawasi

bersama, dengan cara amalan Rukun Tetangga SB2 (SOLO) Slogannya “Muafakat Membawa Berkat”SB3 (SUARA RAMAI)Apabila musim perayaan agama,

jemputlah berkunjung ke rumah terbuka tetanggaSB3 (SUARA RAMAI)Ukhuwah dipanjangkan, silaturahim

dirapatkanSB4 (SOLO)Ada lagi!...SB4 (SUARA RAMAI) Untuk menjaga kesihatan tubuh, anjurkan

aktiviti sukanSB5 (SOLO) Ha,Bukan itu sahaja! Sukaneka memeriahkan

suasana, mengeratkan persaudaraanSB5 (SUARA RAMAI) Detik ini, hubungan antara kaum kita

julang

SB5 (SUARA RAMAI) Bagai aur dengan tebing, kita teruskan KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 17: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

tradisi bergotong royongSB5 (SOLO) Susah payah nenek moyang kita, mencipta rumah

muafakatSB5 (SUARA RAMAI) Hasilnya… Lihatlah… apa yang

terbentang, kita warisi SB5 (SOLO) Malaysiaku Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 18: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

SKRIP BICARA BERIRAMA Bahasa Penyatu Bangsa (Mendukung Transformasi 1Malaysia)

SEGMEN 1 1. (Murid masuk dengan iringan back up lagu rakyat Embun Sok Sek dalam jangka masa 40 saat ). Pergerakan santai dengan lengkok hanyunan tangan, kaki dan badan.

2. (SR) Ring, ring...Ring, ring...Ring,ring3. (SRP)Hello! Apa Khabar? Nak cakap dengan siapa4. (SRP) Ha, tengok ni! 5. (SRP) I Phone.6. (SRL) I… I apa?7. (SRP) I Phone lah pakcik8. (SRL) I Phone tu... mata telefon ke?9. (SRP) Tak. Dengar ni (Murid menunjukkan menari riang sambil menyanyikan

lagu ikut tempo)10. (SR) Kacak luar, kacak dalam.Kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak bising

sekali (irama minus one tanpa muzik)11. (SRP) Hebatkan!12. (SRL) Nak tengok ,boleh?13. (SRP) Boleh. 14. (SRL) Nak pinjam?15. (SRP) Tak boleh!16. (SOLO) Emm…, itulah bahasa!17. (SRP) Bila dengar , banyak makna! 18. (SRL) ! Kadang-kadang kena fikir dulu sebelum berkata-kata

(SRP) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh padahnya!SEGMEN 2 19. (SR) Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

(SR) Hari ini kami nak mengimbas penggunaan bahasa di Malaysia. 20. (SR) Bahasa Melayu sudah sebati dalam jiwa rakyat negara ini. Masa zaman

nenek moyang lagi, bahasa Melayu berkembang menjadi lingua franca. .21. (SOLO) Lingua franca? (suara rasa ingin tahu)22. (SR) Ya.. Lingua franca bermaksud bahasa perantaraan untuk berhubung.

Ramai pedagang menggunakanya.23 (SOLO)Hebat! 24 (SR)Lepas merdeka, slogan Bahasa Jiwa Bangsa dihidupkan. Bahasa Melayu

diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bergema di segenap pelusuk negara, tak kira tua , muda, di desa atau di kota

24. (SRP) Gunakanlah bahasa kebangsaan kita…Marilah amalkan ramai-ramai… Bahasalah menyatukan kita semua… Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa (irama lagu Bahasa Jiwa Bangsa)

25. (SR) Di gedung, di pasar bahkan di mana-mana, semua bercakap bahasa Melayu 26. (SRP) Tapi, pada masa tu…bahasa pasar diutamakan27. (SOLO) Bahasa pasar tu apa?28. (SRL) Bahasa yang digunakan tanpa mementingkan nahu. Macam…

29. (SOLO P) Haiya… apek mau pigi mana? .(lenggok laras bahasa mengikut nada orang Melayu bercakap menggunakan nada orang Cina berbahasa Melayu )

30. (SOLO L) Adik cantik ha! Gua mau jalan-jalan. Lu mau ikut gua ka? .(lenggok laras bahasa mengikut nada orang Cina bercakap bahasa Melayu)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 19: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

31. (SOLO L) Ayo..yo…yo. Ini macam ka. Orang banyak cantik, mau jalan sama apek tua ka. Saya kalu lagi suka sama awak adik manis . Ikut saya naik api kereta. (lenggok laras bahasa mengikut nada orang India bercakap bahasa Melayu) (SR)Ha.. Itu contoh bahasa pasar

32. (SRL) Sekarang… Bahasa Melayu diterima oleh semua rakyat Malaysia 33. (SRP) Tak kira tua atau muda.. kecil atau besar , semuanya tahu berbahasa

Melayu. 34. (SRL)Malangnya… timbul pula bahasa cacamarba35. (SR)Cuba dengar ni…36. (SOLO P)I kan nak pergi gather. Jomlah we go… Boringlah duduk sorang-sorang.37. (SR) Inilah bahasa rojak … macam buat sambal belacan.38. (SR)Masuk lada…, Masuk bawang… masuk belacan Blennnd… (bunyi mesin

kisar). 39. (SRP) Lepas tu makan. Rasa… Huh…huh…huh. 40. (SRP) Pedasnya41. (SRL) Ha…Siapa makan cili, terasa pedasnya! (suara menyindir)42. (SRP) Tapi…Sambal belacan kan sedap, sudah makan pedas. Lepas tu… Nak

lagi…Nak lagi…Nak lagi…macam tu juga bahasa rojak. 43. (SRP)Makin digunakan makin sedap , sampai terlupa kita ini orang Malaysia.44. (Lagu instrumental Joget Serampang Laut dalam jangka masa 25 saat)

SEGMEN 3 45. (SOLO)Nah ! Tu, dia…, Bahasa Identiti Bangsa 46. (SR) Macam dulu-dulu… Nenek moyang kita kaya dengan budi bahasa47. (SRP) Kat selatan, puak Baba dan Nyonya berpantun. Di Johor, kita ada ghazal48. (SRP) Kat utara, kaum Bori berlagu boria49. (SRL) Kalau ada duit boleh belanja, nanti kita makan bersama-sama, Hidup

rakyat kita jangan dimanja, nanti bila susah badan merana. 50. (SR) Kat tengah pula, ada orang Minang

(SRP) Luruihlah jalan payakumbuah, Babelok jalan kayu jati, Dima hati den indak karusoh, Ayam den lapeh ei, ei... Ayam den lapehPagaruyuang batusangka, Tampek bajalan urang baso. Duduok tamanuong tiok sabanta, Oi takanang juo oi oi, Ayam den lapeh

51.52.

53.

Kat timur pula, ada ore… Kelate.Dengar ye. Demo lo ni tak supa mulo, tak beghani hambo nak tegor, demo kherling ujung mato, nyo maghi angin , sekat demo kayo…(SR) Sekarang ni..Budi Bahasa Amalan Kita. Jayakan Kempen Budi Bahasa Amalan Mulia. Lahirkan masyarakat berbudi bahasa. Barulah terjamin kedaulatan bangsa. Macam lagu ni…

54. (SR)Bangsa Malaysia berhemah tinggi, Ramah dan mesra elok pekerti, Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi, Bertimbang rasa hormat-menghormati , Budi bahasa…budaya kita…a..a…a…a

SEGMEN 4 55. (SOLO) Ha.. bahasa penyatu bangsa. Kalau dalam sukan kita jerit ramai-ramai . 56. (SOLO L)Satu, dua, tiga . 57. (SR) Goooooool (gerakan pegang tangan beramai-ramai dan membuat

gelombang)58. (SOLO) Satu, dua, tiga .59. (nyanyi ikut irama lagu) Ole..ole…ole Kita menang … kitalah juara. (2x)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 20: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

60. (SRP) Bersatu teguh, bercerai roboh. Bagai aur dengan tebing. Kita ungkapkan bahasa tanpa rasa curiga

61. (SR) Di sekolah, kami belajar bahasa ikut nahu. Tapi kadang kala…62. (SOLO P) Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu; Suruh makan

dia makan, suruh mengaji dia tak mahu. (gaya pengucapan pantun)63. (SRL) Ingat! Bahasa lambang perpaduan Bangsa, rosak bahasa, binasalah akar

bangsa. 63. (SRP)Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi; Yang indah itu bahasa, Yang

cantik itu budi.64. Hidup bahasa! Negara Sejahtera! Rakyat Bahagia!65. (SOLO) Skuad! Luruskan barisan! (suara tegas)66. (Kumpulan murid berkawat menerima arahan untuk meluruskan barisan. Muzik

back up drum roll)67. (SR) Jadi! (tangan diangkat separas bahu untuk bacaan ikrar) 68. (SR) Kami, anak-anak transformasi, 1Malaysia, berjanji69. (SR) Mengekalkan tradisi bahasa, bangsa Malaysia ,

(SR) Bahasa Dijulang, Warisan dipertahan, Warga Terbilang70. Lagu 1Malaysia nyayian Faizal Tahirdalam jangka masa 1 minit 32 saat.

(Pergerakan mengikut irama lagu dengan tepuk tangan berirama sambil menyanyikan lagu verse ke 2 )

71. (SOLO) 1Bahasa72. (SOLO) 1Bangsa73. (SOLO) 1Malaysia74. (Pergerakan hayunan langkah serta tepukan berirama sambil menyanyi verse

ke 4 dengan mengikut lirik lagu dan melangkah masuk )

Catatan Petunjuk : SOLO – Suara Solo ( 9 orang) SR – Suara Ramai SRL – Suara Ramai Lelaki SRP – Suara Ramai Perempuan

SKRIP BICARA BERIRAMA : PENDIDIKAN MENJANA TRANSFORMASI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 21: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

SEGMEN 1 1. (Murid sedang santai dan berbuat bising di dalam kelas)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 22: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

2. (SOLO) Kawan-kawan hendak pinjam kerja rumah matematik, boleh tak? Saya tak datanglah semalam.

3. (SOLO)Eh, cikgu sudah sampai!!! Hisssh… (simbol jari telunjuk di atas daun bibir mulut)

4. (SOLO) Selamat pagi, kelas.5. (SR) Selamat pagi, cikgu.6. (SOLO) Anda semua sudah bersedia?7. (SOLO) Ya, cikgu8. (SOLO) Baiklah. Hari ini kita akan belajar sejarah… sejarah

pendidikan negara.9. (SOLO) Dari dahulu hingga merdeka, banyak dasar telah

digubal. (Murid menunjukkan reaksi kurang bersemangat)10. (SOLO) Salah satunya Dasar Pendidikan Negara.11. (SOLO) Apa laporan yang terdapat di dalamnya?12. (SOLO) Siapa tahu?13. (SOLO) Cikgu, saya tahu jawapannya.14. (SOLO) Apa dia, Yusri.15. (SOLO) Laporan Barnes.16. (SOLO) Cikgu, saya.17. (SOLO) Laporan Fenn Wu.18. (SOLO) Laporan Razak.19. (SOLO) Ha, eer… Laporan Rahman Talib20. (SOLO) Ya, betul, kamu membaca sebelum diajar.

SEGMEN 2 21. (SR) Salam 1Malaysia22. (SR) Dunia pendidikan negara mengalami pelbagai

transformasi23. (SR) Dari DPN ke PIPP dan sekarang NKRA24. Apa itu NKRA?25. (SR) Bidang Keberhasilan Utama Negara26. (SRP) NKRA mempunyai 6 dasar27. (SRL) Ya, segalanya bermula dengan teknologi.28. (SOLO) Ilmu, maklumat ditransformasi, terhasillah e-

pembelajaran (suara robot lelaki)29. (SOLO) Apa faedahnya?30. (SRP) Banyak31. (SOLO) Satu32. (SRL) Lahirnya rakyat berdaya maju33. (SRP) Ooooh…34. (SOLO) Kedua35. (SRL) Masyarakat berprestasi tinggi36. (SRP) Uuuuu…37. (SOLO) Ketiga38. (SRL) Wujudkan kecemerlangan negara bangsa39. (SRP) Aaaaa…40. (SRP) Wah, bagusnya!41. (SOLO) Tapi… Bagaimana caranya?42. (SR) Modal insan terbaik bermula daripada pendidikan awal43. (SR) Belajar sambil bermain44. (SR) Itulah PERMATA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 23: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

45. (SOLO) Eh, awak emak kita kata, sahsiah diri, jati diri boleh memupuk apa tu…

46. (SRL) Perpaduan rakyat kita47. (SOLO) Mari kita rujuk buku48. (SRP) Dulu ‘a’ bunyinya [ a ]49. (SRP) Cikgu, betul tak?50. (SOLO) Ya, tepat sekali51. (SRP) Sekarang ‘a’ untuk angklung…52. (SRP) Jom… kita main angklung53. (SR) Klong, klang, klung,klung,klung…

SEGMEN 3 54. (SRL) Seterusnya, memperkasakan sukan55. (SRL) Satu Murid Satu Sukan56. (SOLO) Ek…Eleh57. (SRL) Nak jadi atlit ke…! (menyindir)58. (SRP) Tak semestinya…! 59. (SOLO) Siti, tukar baju sekarang! 60. (SOLO) Murid sekarang mesti bijak lagi cergas.61. (SOLO) Jelas semua62. (SRL) Huh,huh,huh,huuuh…63. (SOLO) Hah, itu akibatnya tidak cergas, kalau tidak bersukan!64. (SR) Gol, gol, gol, gooooool…65. (SRL) Arumugam66. (SRP) Tangkas67. (SRL) Mokhtar Dahari68. (SRP) Lincah69. (SRL) Marina Chin70. (SRP) Pantas71. (SRP) Kalau boleh, kita mahu, ramai lagi macam mereka

SEGEMEN 4 72. (SR) Selamat Hari Guru73. (SR) Guru Pembina Negara Bangsa74. (SRL) Patuhi standard75. (SRP) Iyaaa, Guruku mendidik tanpa jemu. Lagi-lagi kalau

muridnya panjang akal seperti kami…76. (SRP) Hi,hi,hi,hi…

SEGMEN 5 77. (SOLO) Ayuh, kita semua ke pautan pelayaran Internet 78. (SOLO) Tut, tut, tut… Tut,tut… Tutut,Tutut,tut..79. (SR) Dunia di hujung jari kita80. (SRL) Macam-macam ada81. (SRP) Yahoo, hoo..82. (SRL) Goggle83. (SRP) MSN84. (SRP) Twit,twit,Twitter…85. (SRL) SKMM86. (SOLO) Streamyx… pendidikan berjalur lebar berprestasi

tinggi87. (SOLO) http : www.moe.gov.my88. (SR) Itulah Dasar Jalur Lebar Negara

SEGMEN 6 89. (SR) Semuanya cukup dan nampak mudah90. (SR) Itu kelebihan anak kota

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 24: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

91. (SRL) Tapi, bagaimana dengan anak desa?92. (SOLO) Penoreh getah?93. (SOLO) Bagaimana keluarga miskin?94. (SOLO) Nelayan pula macam mana?95. (SRP) Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul96. (SOLO) Tanggungjawab siapa?97. (SOLO) Siapa pula yang mendukungnya?98. (SOLO) MARA!99. (SOLO) RISDA!100. (SOLO) FELDA!101. (SOLO) Dan YAYASAN PENDIDIKAN102. (SRL) Sama menyokong, meningkatkan taraf pendidikan

negara103. (SRP) Barulah kita hidup sama rasa, sama kata…

SEGMEN 7 104. (SR) Hebat, bertenaga dan berkualiti105. (SR) Kita mampu menjadikan pendidikan bertaraf dunia.106. (SRP) Bak kata orang-orang tualah, kalau hendak seribu daya,

tak hendak seribu dalih107. (SR) Mari kita bersama gemblengkan tenaga, jayakan NKRA.108. (SR) Tiada yang mustahil, semua dirintis109. (SR) Kerana kita110. (SR) Satu Malaysia : Transformasi Pendidikan

Catatan Petunjuk : SOLO – Suara Solo SR – Suara Ramai SRP – Suara Ramai Perempuan SRL – Suara Ramai Lelaki

SKRIP BICARA BERIRAMA Bahasa Penyatu Bangsa (Mendukung Transformasi 1Malaysia)

SEGMEN 1 1. (Murid masuk dengan iringan back up lagu rakyat Embun Sok Sek dalam jangka masa 40 saat ). Pergerakan santai dengan lengkok hanyunan tangan, kaki dan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 25: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

badan.2. (SR) Ring, ring...Ring, ring...Ring,ring3. (SRP)Hello! Apa Khabar? Nak cakap dengan siapa4. (SRP) Ha, tengok ni! 5. (SRP) I Phone.6. (SRL) I… I apa?7. (SRP) I Phone lah pakcik8. (SRL) I Phone tu... mata telefon ke?9. (SRP) Tak. Dengar ni (Murid menunjukkan menari riang sambil menyanyikan

lagu ikut tempo)10.11.

(SRP) Senyum, Tak perlu kata apa-apa (3x)(SR) Kacak luar, kacak dalam.Kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak bising sekali (irama minus one tanpa muzik)

12. (SRP) Hebatkan!13. (SRL) Nak tengok ,boleh?14. (SRP) Boleh. 15. (SRL) Nak pinjam?16. (SRP) Tak boleh!17. (SOLO) Emm…, itulah bahasa!18. (SRP) Bila dengar , banyak makna! 19. (SRL) ! Kadang-kadang kena fikir dulu sebelum berkata-kata

(SRP) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh padahnya!SEGMEN 2 20. (SR) Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

(SR) Hari ini kami nak mengimbas penggunaan bahasa di Malaysia. 20. (SR) Bahasa Melayu sudah sebati dalam jiwa rakyat negara ini. Masa zaman

nenek moyang lagi, bahasa Melayu berkembang menjadi lingua franca. .21. (SOLO) Lingua franca? (suara rasa ingin tahu)22. (SR) Ya.. Lingua franca bermaksud bahasa perantaraan untuk berhubung.

Ramai pedagang menggunakanya.23 (SOLO)Hebat! 24 (SR)Lepas merdeka, slogan Bahasa Jiwa Bangsa dihidupkan. Bahasa Melayu

diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bergema di segenap pelusuk negara, tak kira tua , muda, di desa atau di kota

25. (SR) Di gedung, di pasar bahkan di mana-mana, semua bercakap bahasa Melayu 26. (SRP) Tapi, pada masa tu…bahasa pasar diutamakan27. (SOLO) Bahasa pasar tu apa?28. (SRL) Bahasa yang digunakan tanpa mementingkan nahu. Macam…29. (SOLO P) Haiya… apek mau pigi mana? .(lenggok laras bahasa mengikut nada

orang Melayu bercakap menggunakan nada orang Cina berbahasa Melayu )

30. (SOLO L) Adik cantik ha! Gua mau jalan-jalan. Lu mau ikut gua ka? .(lenggok laras bahasa mengikut nada orang Cina bercakap bahasa Melayu)

31. (SOLO L) Ayo..yo…yo. Ini macam ka. Orang banyak cantik, mau jalan sama apek tua ka. Saya kalu lagi suka sama awak adik manis . Ikut saya naik api kereta. (lenggok laras bahasa mengikut nada orang India bercakap bahasa Melayu) (SR)Ha.. Itu contoh bahasa pasar

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 26: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

32. (SRL) Sekarang… Bahasa Melayu diterima oleh semua rakyat Malaysia 33. (SRP) Tak kira tua atau muda.. kecil atau besar , semuanya tahu berbahasa

Melayu. 34. (SRL)Malangnya… timbul pula bahasa cacamarba35. (SR)Cuba dengar ni…36. (SOLO P)I kan nak pergi gather. Jomlah we go… Boringlah duduk sorang-sorang.37. (SR) Inilah bahasa rojak … macam buat sambal belacan.38. (SR)Masuk lada…, Masuk bawang… masuk belacan Blennnd… (bunyi mesin

kisar). 39. (SRP) Lepas tu makan. Rasa… Huh…huh…huh. 40. (SRP) Pedasnya41. (SRL) Ha…Siapa makan cili, terasa pedasnya! (suara menyindir)42. (SRP) Tapi…Sambal belacan kan sedap, sudah makan pedas. Lepas tu… Nak

lagi…Nak lagi…Nak lagi…macam tu juga bahasa rojak. 43. (SRP)Makin digunakan makin sedap , sampai terlupa kita ini orang Malaysia.

SEGMEN 3 44. (SOLO)Nah ! Tu, dia…, Bahasa Identiti Bangsa 45. (SR) Macam dulu-dulu… Nenek moyang kita kaya dengan budi bahasa46. (SRP) Kat selatan, puak Baba dan Nyonya berpantun. Di Johor, kita ada ghazal47. (SRP) Kat utara, kaum Bori berlagu boria48. (SRL) Kalau ada duit boleh belanja, nanti kita makan bersama-sama, Hidup

rakyat kita jangan dimanja, nanti bila susah badan merana. 49. (SR) Kat tengah pula, ada orang Minang50.51.

52.

(SRP) Kat timur pula, ada ore… Kelate.(SR) Sekarang ni..Budi Bahasa Amalan Kita. Jayakan Kempen Budi Bahasa Amalan Mulia. Lahirkan masyarakat berbudi bahasa. Barulah terjamin kedaulatan bangsa.

SEGMEN 4 53. (SOLO) Ha.. bahasa penyatu bangsa. Kalau dalam sukan kita jerit ramai-ramai . 54. (SRP) Bersatu teguh, bercerai roboh. Bagai aur dengan tebing. Kita ungkapkan

bahasa tanpa rasa curiga55. (SR) Di sekolah, kami belajar bahasa ikut nahu. Tapi kadang kala…56. (SOLO P) Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu; Suruh makan

dia makan, suruh mengaji dia tak mahu. (gaya pengucapan pantun)57. (SRL) Ingat! Bahasa lambang perpaduan Bangsa, rosak bahasa, binasalah akar

bangsa. 58. (SRP)Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi; Yang indah itu bahasa, Yang

cantik itu budi.59. Hidup bahasa! Negara Sejahtera! Rakyat Bahagia!

60. (SOLO) Skuad! Luruskan barisan! (suara tegas)61. (Kumpulan murid berkawat menerima arahan untuk meluruskan barisan. Muzik

back up drum roll)62. (SR) Jadi! (tangan diangkat separas bahu untuk bacaan ikrar) 63. (SR) Kami, anak-anak transformasi, 1Malaysia, berjanji64. (SR) Mengekalkan tradisi bahasa, bangsa Malaysia ,

(SR) Bahasa Dijulang, Warisan dipertahan, Warga TerbilangKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 27: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

65. Lagu 1Malaysia nyanyian Faizal Tahir dalam jangka masa 1 minit 32 saat. (Pergerakan mengikut irama lagu dengan tepuk tangan berirama sambil menyanyikan lagu verse ke 2 )

66. (SOLO) 1Bahasa67. (SOLO) 1Bangsa68. (SOLO) 1Malaysia69. (Pergerakan hayunan langkah serta tepukan berirama sambil menyanyi verse

ke 4 dengan mengikut lirik lagu dan melangkah masuk )Catatan Petunjuk :

SOLO – Suara Solo ( 9 orang) SR – Suara Ramai SRL – Suara Ramai Lelaki SRP – Suara Ramai Perempuan

Skrip disediakan oleh : Abd Razak b. Abd. Malek

SKRIP BAHASA BERIRAMA BALQISSEGMEN 1 1. Engkaulah ratu, di mahligai permata

2. Istana bagaikan syurga3. Harta dan takhta telah mengaburi mata4. Tersesat baginda diterangi cahaya4. Langsung tidak kau5. Endah kata bicara, utusan hud-hud yang benar

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 28: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

6. Seruan mengajakmu, taat yang Esa7. Tinggalkan menyembah tuhan sang suria

8. Balqis, kau bijak dalam menilai9. Dan membuat pemilihan10. Di antara yang sementara 11. Dan yang kekal buat selamanya12. Keindahan dunia yang hanya pinjaman13. Untuk seketika14. Atau kebahagiaan hidup di akhirat15. Yang dijanjikan-Nya.

SEGMEN 2 16. Tidak perlu kau singkapi labuhkan kainmu17. Ketika kau melangkah ke istana Nabi Sulaiman18. Bukannya air yang kau pijak tetapi kaca19. Terpedaya dikau dek kemilauan sinarnya20. Hanya sekelip mata, mahligaimu pun beralih21. Abid memindahkannya tanpa kau sedari22. Kebijaksanaan Nabi Sulaiman telah merubahi 23. Sekeping hati

SEGMEN 3 24. Akhirnya Balqis akur jua25. Akan kelemahan pada diri26. Kau kutip ikhtibar dari apa 27. Yang telah engkau lalui28. Menjadikan kau isteri yang taat29. Kepada seorang Nabi30. Pangkat dan jua harta31. Tak menjamin bahagia32. Cantik dan keayuan wajah33. Kan pudar akhirnya34. Kemiskinan di dunia tak bererti35. Kau terhina, 36. Itu hanyalah di pandangan mata37. Kemewahan tak bermakna38. Hidupmu akan sentosa

SKRIP BAHASA BERIRAMASELAMATKAN BUMI KITA

SEGMEN 1 1. SELAMAT PAGI TUAN PUAN WARGA DEWAN2. ( SELAMAT PAGI!!!)

3. TIKA INI , SAAT INI, INGIN KAMI BERKONGSI SESUATU4. PARA HADIRIN DAN JUGA TETAMU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 29: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

5. KAMI MENYERU DI SINI6. SELAMATKANLAH BUMI KITA! DUNIA KITA! ALAM KITA!

7. LIHAT DAN PANDANGLAH SEKELILING KITA,8. CANTIK SUNGGUH TAK DAPAT DIKATA9. AWAN DAN LAUT BERWARNA BIRU10. POKOK DAN RUMPUT KEHIJAUAN

11. TETAPI.. KITA TAK PERNAH AMBIL TAHU12. TAK PERNAH AMBIL PEDULI13. TENTANG APA YANG KITA LAKUKAN PADA BUMI INI14. TENTANG KEMUSNAHAN YANG KITA LAKUKAN HARI INI

15. ITU PROTES, INI PROTES,16. JEREBU KITA PROTES, PANAS PUN KITA PROTES17. KEMARAU KITA PROTES, HUJAN PUN KITA PROTES….18. PELIK..PELIK..PELIK…19. MANUSIA ZAMAN SEKARANG20. TAHU BUAT TAK TAHU NAK TANGGUNG.

SEGMEN 2 21. DENGAR SINI, LIHAT SINI..22. RINTIHAN INI DATANGNYA DARI KAMI23. BERGELAR ALAM SEMULAJADI24. BUKA MATA PASANGLAH TELINGA25. KEMBAR KARAM SINGH WALIA NAK MULA BICARA,26. BETULKAN KERUSI DAN JUGA MEJA27. DI HADAPAN PENTAS KAMI DAH SEDIA28. EHEM…EHEM…

29. DULU…..30. PEPOHON ITU TEGAP BERDIRI MEGAH KERANA KEGAGAHANNYA31. TATKALA DITIUP ANGIN SEPOI SEPOI BAHASA32. KINI….33. POHON-POHON YANG DAHULU KAYA DENGAN KEHIJAUAN34. TIDAK SANGGUP MEMBERI KHIDMATNYA LAGI35. PEPOHON ITU MULA REBAH DAN TERUS SUJUD KE BUMI36. PM DAH KATA JANGAN ADA PEMBALAKKAN HARAM37. MEREKA PULA KATA....DUIT CIK... DUIT,,,,38. PEPOHON OOH PEPOHON

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 30: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

39. KENAPA ENGKAU REBAH?40. MACAM MANA AKU TAK REBAH41. MANUSIA ZALIM SANGAT!

SEGMEN 3 42. DULU…..43. UDARA KITA SEDUT SUNGGUH BERSIH…SUNGGUH SEGAR DAN44. SUNGGGUHHHHH NYAMAN…….( MMMMMMM…. NYAMAN….)45. KINI…..46. UDARA KITA TELAH TERCEMAR…( UHUK…UHUK…)47. ADA VIRUS DAN ADA BAKTERIA48. PM DAH KATA…… ASAP MOTOR …49. ASAP KILANG DIKURANGKAN50. MEREKA PULA KATA....TAK KENA SAMAN PUN51. UDARA OO UDARA52. KENAPA ENGKAU KOTOR?53. MACAM MANA AKU TAK KOTOR54. HABUK BANYAK SANGAT!55. IKAN YANG DULU BERENANG KEGIRANGAN56. KINI LENYAP DISEBABKAN PENCEMARAN57. SISA……SISA SINI…SISA SANA58. SISA DOMESTIK, SISA INDUSTRI, SISA PERTANIAN59. DAH TAK MUAT SUNGAI KITA LAGI!60. PM DAH KATA……….. SISA DIPROSES SEMULA

61. MEREKA PULA KATA....AHHH...LECEHLAH62. IKAN OOO IKAN63. KENAPA TIDAK TIMBUL?64. MACAM MANA AKU NAK TIMBUL65. AIR HITAM SANGAT!64. SAMPAH….. SAMPAH SINI, SAMPAH SANA,65. CAMPAK SINI, CAMPAK SANA, CAMPAK SITU66. BUANG SAMPAH MERATA-RATA67. PARIT TERSUMBAT HARUS WASPADA68. NYAMUK DAN LALAT ADA DI MANA SAJA69. PM DAH KATA..70. JANGAN BUANG MERATA-RATA71. MEREKA PULA KATA....72. NANTI.... ORANG TAK ADA KERJA73. SAMPAH OO SAMPAH74. KENAPA ENGKAU BANYAK ?75. MACAM MANA AKU TAK BANYAK76. MANUSIA PEMALAS SANGAT!77. LIHAT!!!…FAJAR MULA MENYINSING78. TETAPI…….79. MANA CAHAYA?.80. MANA SINARNYA!

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 31: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

81. DI MANA ENGKAU????82. DAH HILANG…..83. KAMU KATA HILANG??84. YA!!!….85. AWAN BIRU MULA BERTUKAR KEHITAMAN UNTUK SELAMA-LAMANYA86. PM DAH KATA… LAPISAN OZON DAH MULA MENIPIS87. MEREKA PULA KATA....IA KA ?88. API!…API!…API!…89. ( BUNYI SIREN )

SEGMEN 4

90. MANUSIA…MANUSIA…..

91. BEROTAK ADA, BERAKAL TIADA92. PM DAH KATA.....93. DILARANG PEMBAKARAN TERBUKA94. MEREKA PULA KATA....BIAR SAJALAH95. (BUNYI TANGISAN)96. WAHAI INSAN ATAU MANUSIA97. KAU MUSNAHKAN KAMI SABAN HARI98. FAHAMI KAMI JAUH SEKALI99. HANYA TAHU MENUNDING JARI.100. PM DAH KATA.. TANAM SEMULA,101. MEREKA PULA KATA..102. APA NAK SUSAH, CABUT SAHAJA.103. HUTAN RIMBA DAH GANTI HUTAN KONKRIT104. TEBANG…!…TEBANG…!!…TEBANG…!105. BAKAR!..BAKAR!…BAKAR!!106. (BUNYI HAIWAN DAN UNGGAS)107. KE MANA KAMI HENDAK TUJU?….108. RUMAH KAMI, TEMPAT TINGGAL KAMI…..HANCUR…MUSNAH….109. MANA IBU?110. MANA AYAH?111. MANA ABANG?112. MANA SAUDARAKU?113. MANA TEMAN-TEMANKU?114. MENANGIS KAMI DALAM SENGSARA…115. (BUNYI MENANGIS )116. TIADA TEMAN TIADA SAUDARA….117. HEI…MANUSIA PENTING DIRI118. ADA UBI ADA BATAS119. SUATU HARI TUHAN BALAS

SEGMEN 5120 (RINTIHAN HARIMAU)

121. KENAPA KAMU DATUK HARIMAU?122. SEDIH AKU MENGENANGKAN NASIBKU123. DIBUNUH, DIKEJAR SESUKA HATI,124. KULITKU DILAPAH MEMANG TAK BERHATI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 32: KoAkademik Bahasa Melayu Men 2013 Bicara Berirama

180

180

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHPANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

125. AKU DENDAM SAMPAI KE MATI126. AEDES127. ( BUNYI NYAMUK )128. EII..BANYAKNYA NYAMUK129. OH..LA…LA…LA130. BUMI INI…131. KITA PUNYA!132. MILIK KITA!133. HAK KITA!134. PLANET YANG PALING BERHARGA DAN TERLALU ISTIMEWA135. OLEH ITU LINDUNGILAH IA136. KEPUTUSAN DAN TINDAKAN DI TANGAN KITA137. SAMA ADA BUMI INI ADA DAN JUGA TIADA.138. SELAMATKANLAH BUMI KITA!!!

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA