15
TAJUK 2: KLASIFIKASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Pengenalan Ramai pakar pendidikan khas di merata dunia, menggunakan klasifikasi yang dicadangkan oleh IDEA (1990) di Amerika Syarikat untuk mengklasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas. IDEA (PL 105-117) mencadangkan 13 kategori kurang upaya (disability). Untuk tujuan kursus ini, kanak-kanak berkeperluan khas di kategorikan kepada 8 kategori sahaja. Untuk memudahkan perbincangan beberapa kategori telah dicantumkan. Dalam sebuah kelas biasa, guru akan mengajar pelajar daripada pelbagai latar belakang dan budaya. Pelajar mungkin terdiri daripada keluarga berpendapatan tinggi dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Begitu

Klasifikasi Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PRA 3109

Citation preview

Tajuk 2: klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khasPengenalan Ramai pakar pendidikan khas di merata dunia, menggunakan klasifikasi yang dicadangkan oleh IDEA (1990) di Amerika Syarikat untuk mengklasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas. IDEA (PL 105-117) mencadangkan 13 kategori kurang upaya (disability). Untuk tujuan kursus ini, kanak-kanak berkeperluan khas di kategorikan kepada 8 kategori sahaja. Untuk memudahkan perbincangan beberapa kategori telah dicantumkan.

Dalam sebuah kelas biasa, guru akan mengajar pelajar daripada pelbagai latar belakang dan budaya. Pelajar mungkin terdiri daripada keluarga berpendapatan tinggi dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Begitu juga dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Mereka juga berlainan. Sesetengah orang tidak begitu setuju kanak-kanak berkeperluan khas dikategorikan dan diberi nama tertentu kerana ia mungkin mewujudkan persepsi stereotaip terhadap sesuatu kumpulan. Sebaliknya, mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas membolehkan seseorang mengkaji dengan mendalam sesuatu kategori. Ini akan menambahkan kefahaman tentang ciri-ciri individu dalam sesuatu kategori dan langkah-langkah yang patut diambil untuk merealisasi potensi mereka.

Kanak-kanak berkeperluan khasKanak-kanak Kurang Upaya Pendengaran atau Bermasalah Pendengaran

Kanak-kanak kurang upaya pendengaran terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan tahap kehilangan deria pendengaran. Kehilangan deria pendengaran dibezakan sama ada seseorang itu boleh mendengar bunyi pada desibel (dengan ringkas dB yang merupakan ukuran kekuatan bunyi) yang berlainan. Individu yang hanya boleh mendengar bunyi antara 27 hingga 65 dB dikatakan sebagai mengalami kesukaran pendengaran (hard of hearing) manakala individu yang hanya boleh mendengar bunyi pada 90 dB dan ke atas dikatakan sebagai pekak (deaf). Kehilangan deria pendengaran boleh mempengaruhi pertuturan dan penguasaan bahasa. Ini secara langsung akan memberi kesan ke atas kebolehan membaca, perkembangan tatabahasa dan kemahiran membaca. Penguasaan bahasa akan terjejas bagi kanak-kanak yang menjadi pekak pada usia yang muda (sebelum 3 tahun).

Kanak-kanak Kurang Upaya Penglihatan atau Bermasalah PenglihatanKanak-kanak bermasalah penglihatan selalunya dibahagikan kepada dua kumpulan sahaja iaitu: (a) Kanak-kanak buta (blind) adalah mereka yang tidak dapat melihat apa-apa, termasuk objek atau sumber cahaya. Mereka belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, hidu, dan rasa. Mereka mengunakan tulisan braille. Mereka juga perlu menggunakan tongkat putih apabila bergerak dari satu tempat ke satu tempat.(b) Kanak-kanak berpenglihatan terhad atau rabun (low vision) mempunyai keupayaan melihat dan boleh membaca, melihat muka orang lain, objek atau gambar setelah diberikan peralatan khas seperti cermin mata, kanta pembesar dan lain-lain. Mereka perlu ditempatkan di bahagian hadapan kelas dan dibantu dengan cahaya yang sesuai dan tulisan bersaiz besar. Kurang upaya penglihatan atau bermasalah penglihatan tidak mempengaruhi kapasiti intelek atau kebolehan untuk belajar. Bagaimana pun kanak-kanak yang buta atau berpenglihatan terhad memerlukan perkhidmatan pendidikan khas untuk berjaya dalam pendidikan. Antaranya ialah bahan dengan saiz huruf besar, buku-buku yang dirakam pada pita audio atau cakera padat dan buku-buku Braille

2.4.3 Kurang Upaya Pertuturan atau Bahasa

Masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi, morforlogi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik. Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami kesukaran untuk mengeluar atau menyebut sesuatu perkataan. Masalah berbahasa menyebabkan kanak-kanak mendiamkan diri daripada bertanya dan tidak mahu bertindak balas atau menjawab soalan-soalan, memberi penerangan atau arahan. Mereka akan terus mendiamkan diri kecuali kalau dipaksa untuk menjawab soalan. Kanak-kanak ini akan mengambil masa yang lama untuk memahami dan mengeluarkan pendapat apabila bercakap

2.4.4 Bermasalah MentalKanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis pada tahap kanak-kanak normal mungkin menghadapi masalah keupayaan mental yang rendah. Secara umum, mereka mempunyai keupayaan intelek atau IQ yang rendah. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang menghadapi kerencatan mental. Dari segi fizikal, sesetengah antara mereka kelihatan sama seperti kanak-kanak biasa. Sebaliknya, perbezaan dari segi fizikal dapat dilihat dengan ketara seperti mereka yang menghadapi sindrom Down.

Kurang upaya mental atau kerencatan mental dikaitkan dengan individu yang tidak dapat belajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang normal dan yang dan tidak dapat memahami dengan jelas dan sukar untuk menggunakan maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi lain. Dengan perkataan lain kanak-kanak kerencatan mental kecelaruan fungsian intelektual dan dua atau lebih daripada kemahiran adaptif berikut: komunikasi, urus diri, kemahiran hidup, kemahiran sosial, arahan kendiri, kesihatan dan keselamatan, akademik, beriadah dan kerja. Kerencatan mental lazim berpunca sebelum umur 18 tahun

2.4.5 Kurang Upaya FizikalKurang Upaya Fizikal meliputi kanak-kanak yang diserang penyakit yang merosakkan otak, otot dan tulang belakang seseorang. Terdapat beberapa jenis penyakit sedemikian. Contohnya, kanak-kanak palsi serebral (cerebral palsy) mengalami kesukaran mengerakkan kaki atau tangan atau leher atau lebih daripada satu anggota badan. Keadaan ini wujud disebabkan kecederaan kepada otak yang mengawal fungsi motor atau pergerakan. Keadaan ini bermula pada peringkat bayi dan awal perkembangan seorang kanak-kanak. Lagi satu penyakit yang membawa kepada kurang upaya fizikal ialah spina bifida (spina bifida) yang menyerang dan merosakkan tulang belakang seseorang. Penyakit ini menyebabkan badan menjadi bengkok dan akhirnya lumpuh. Distropi otot (muscular dystrophy) ialah sejenis penyakit yang menyebabkan otot-otot skeletal menjadi lemah. Kanak-kanak yang diserang penyakit ini lama-kelamaan dapati sukar bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda dan ramai di antara mereka meninggal dunia apabila sampai remaja

Semua kanak-kanak berbeza antara satu sama lain. Contohnya, dalam sebuah kelas biasa, akan ada kanak-kanak yang lebih tinggi daripada kanak-kanak lain, ada diantara mereka yang lebih cekap menyelesaikan masalah matematik, manakala ada yang lebih cepat menguasai kemahiran membaca. Lazimnya, setelah melalui suatu program pendidikan, beberapa perbezaan ini dapat dikurangkan. Bagaimanapun, terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak yang mana ciri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan program pendidikan khas atau pendidikan yang khusus. Mereka ini dipanggil kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) dan terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasi potensi mereka (Heward, 2003).

Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengala mi kerencatan mental sejak dilahir.

Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental (pencapaian akademik), keupayaan deria (melihat dan mendengar), keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul), dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri). Walaupun istilah kurang upaya dan kecacatan digunakan sebagai sama, kedua-dua istilah ini mempunyai maksud yang berlainan.

2.4.6 Kurang Upaya Pembelajaran (Ambil daripada Tajuk 3 di bawah)Masalah Pembelajaran Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenalpasti ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai. Dalam bab ini, kita membincangkan dengan lebih mendalam mengenai pelajar bermasalah pembelajaran.

Tumpuan ialah kepada definisi dan sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran. Juga dibincangkan ialah ciri-ciri dan kaedah mengenalpasti pelajar bermasalah pembelajaran. Akhirnya, tumpuan ialah kepada cara menempatkan pelajar-pelajar ini dan kaedah pengajaran yang sesuai bagi mereka.

3.6.1 Definisi Masalah Pembelajaran

1. Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997

.Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.

2 The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990

.Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.

Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.