32
INSTUTUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 1 TUGASAN PROJEK WAJ 3108 PENGURUSAN KOKURIKULUM _________________________________________________________________ _____ NAMA : OO WOEI TIAN NO. KAD PENGENALAN : 931207-07-5102 UNIT : PJ (SJKC)

Kkp Gerko Full

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kkp

Citation preview

INSTUTUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS RAJA MELEWARSEREMBAN, NEGERI SEMBILANPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUANSEMESTER 1

TUGASAN PROJEKWAJ 3108PENGURUSAN KOKURIKULUM

______________________________________________________________________

NAMA: OO WOEI TIANNO. KAD PENGENALAN: 931207-07-5102UNIT: PJ (SJKC)AMBILAN : JAN 2013NAMA PENSYARAH: PUAN MAZNAH BT MANANTARIKH HANTAR: 8 MAC 2013

BIODATA PELAJAR

NAMA: OO WOEI TIANNO KAD PENGENALAN: 931207-07-5102UNIT: PJK (SJKC)AMBILAN: JAN 2013SEMESTER: PISMP SEM 1PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUANALAMAT : 1896, JALAN 8, KAMPUNG VALDOR, 14200 SUNGAI BAKAP, PULAU PINANG.AGAMA : BUDDHAKAUM : CINAJANTINA : PEREMPUAN

PENGAKUAN

Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah satu jelaskan sumbernya.

Tandatangan: ________________Nama Penulis: OO WOEI TIANTarikh: 18 MAC 2013

BORANG KOLABORASI

Nama:OO WOEI TIANUnit:S1 PISMP PJK(SJKC) AMBILAN JAN 2013Mata Pelajaran:PENGURUSAN KOKURIKULUMPensyarah Pembimbing:PUAN MAZNAH BT MANAN

Bil.PerkaraTarikhTandatangan

1.Menerima tugasan dan membina jadual kerja18/02/2013

2.Mencari dapatan kajian tentang pengurusan kokurikulum23/02/2013

3.Membincang dan menghasilkan kertas kerja28/02/2013

4.Pembetulan4/3/2013

5.Semakan terakhir6/03/2013

PENGHARGAANSetelah berusaha dalam persediaan dan penyiapan tugasan projek Pengurusan Kokurikulum ini, saya telah berjaya menyempurnakannya dalan masa yang ditetapkan oleh pensyarah. Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru bimbingan kami iaitu Puan Maznah Binti Manan. Beliau telah banyak membantu saya dalam penyiapan projek ini. Setelah tunjuk ajar beliau yang jelas, saya telah berjaya menghasilkan projek ini dengan lancar.

Saya juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kita secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Mereka telah banyak memberi sokongan dan dorongan di samping idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Kepada ahli kumpulan khususnya, yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama antara satu sama lain dalam mencari bahan-bahan penting bagi digunakan dengan tujuan menyempurnakan kerja kursus ini.

Saya juga ingin menyatakan rasa terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan dorongan untuk saya belajar dengan bersungguh-sungguh. Tanpa dorongan mereka, mustahil saya dapat menyiapkan tugasan projek ini dengan penuh keyakinan dan berjayanya.

Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus

ISI KANDUNGANTAJUKMUKA SURAT

BiodataI

Halaman PengakuanII

Borang KolaborasiIII

PenghargaanIV

Isi KandunganVI

Pengenalan1

Tugasan Projek 1

1.0 Carta Organisasi Unit Kokurikulum

2.0 Penubuhan Unit Kokurikulum

3.0 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)

4.0 Surat Panggilan Mesyuarat

5.0 Sistem Fail

2

4

6

9

10

Refleksi13

Rujukan14

Lampiran

Pengenalan kepada Gerak Kerja KokurikulumKokurikulum juga dikenali sebagai kurikulum tambahan atau pendidikan untuk waktu lapang. Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah.Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) merupakan sebahagian kurikulum formal yang merangkumi aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan, serta unit berniform dijalankan di luar bilik darjah. Tujuan utama merangkumi kokurikulum dalam kurikulum formal ialah memupuk minat, kegemaran dan kepandaian istimewa murid, demi mengakomodasi dan mengembangkan keperluan, intelek, kebolehan dan bakat kreatif, meluaskan bidang ilmu pengetahuan, mempertingkatkan kesihatan jasmani dan kemahiran pemikiran, memupuk nilai moral, estetik, rohani dan sosial, serta melapangkan jiwa murni murid yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut ;a) Penyertaan dalam Sukan dan Permainanb) Penyertaan dalam Persatuan dan Kelabc) Penyertaan dalam Pasukan Pakaian Seragamd) Kegiatan lain-lain sebagaimana ditentukan oleh Menteri

1.0 Carta Organisasi Unit Kokurikulum1.1 PengenalanCarta organisasi merupakan satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan, kedudukan tempat atau posisi seseorang individu di dakam sesuatu irganisasi selaras dengan bidang kuasa (authority) , tugas dan tanggungjawabnya. Carta Organisasi bukan sekadar bertujuan memaparkan bagaimana sesebuah organisasi itu perlu ditadbirkan mengikut struktur operasi organisasi itu tetapi carta itu menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab tiap-tiap anggota organisasi itu. Setiap individu itu perlulah diberikan peranan yang khusus supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan kekliruan yang akan menghalang dan mejejaskan kelicinan perjalanan organisasi itu.

Contoh carta organisasi sekolah:

Pengerusi:Pengetua/ Guru BesarKetua Penyelaras Kokurikulum:Guru Kokurikulum/ Penyelia PetangNaib Pengerusi:Penolong Kanan (HEM)Penyelaras Kelab dan PersatuanPenasihat-penasihatAJK Kelab & PersatuanPenyelaras Sukan dan PermainanPenasihat-penasihatAJK Sukan & PermainanPenyelaras Unit BeruniformPenasihat-penasihatAJK Unit Beruniform

Contoh carta organisasi pelaksanaan kokurikulum:

Kebaikan Carta Organisasi: Agihan tugas dan tanggungjawab. Rantaian perintah. Perancangan untuk saiz organisasi dan kakitangan. Perancangan latihan dan aktiviti. Saluran maklumat berkesan.

1.2 Carta Organisasi Unit Kokurikulum IPG Kampus Raja Melewar(rujuk kepada lampiran 1)Sebuah organisasi telah dibentuk dalam unit kokurikulum IPG Kampus Raja Melewar untuk menjelaskan bidang tugas setiap jawatankuasa. Ketua unit kokurikulum ialah En.Zulkifli bin Hj Zakaria. Beliau bertanggungjawab untuk mempengerusikan semua mesyuarat dan meluluskan aktiviti yang dibincangkan dalam mesyuarat. Tn.Hj.Md Afandi bin Mohd Ayob merupakan penyelaras unit beruniform, En. Wan Mahamad Saad Bin Wan Chik ialah penyelaras unit persatuan. Manakala penyelaras sukan dan permainan ialah Tn.Hj.Shamsuddin bin Mohd Shariff, dan penyelaras BIG ialah En.Amran bin Mohd Din. Bidang tugas mereka ialah melaksanakan aktiviti dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan jawatankuasa mereka.2.0 Penubuhan Unit Kokurikulum2.1 PengenalanBeberapa faktor yang mempengaruhi penubuhan unit kokurikulum iaitu:1. Saiz SekolahSaiz sekolah yang hanya ada bilangan kecil murid menjaddi sekolah itu menghadapi masalah pilihan terhad dalam penubuhan jenis kokurikulum.2. Sumber KewanganSekolah yang kekurangan sumber kewangan tidak mampu menubuhkan unit kokurikulum seperti pancaragam sekolah yang memerlukan banyak perbelanjaan wang.3. Kemudahan SekolahSekolah yang tidak mempunyai padang terpaksa menubuhkan kelab permainan yang hanya dijalankan dalam bilik darjah atau di dewan.4. Sekolah Lelaki/PerempuanHanya unit beruniform seperti pengakap di sekolah lelaki dan sekolah perempuan hanya boleh menubuhkan unit beruniform Pandu Puteri.5. KepakaranSesetengah unit kokurikulum memerlukan jurulatih yang bertauliah untuk membimbing murid seperti pancaragam, koir, berenang dan gimnastik.

2.2 Perlembagaan dan PeraturanSetiap persatuan mesti mempunyai perlembagaan. Fungsi perlembagaan & undang-undang sebagai panduan & pedoman untuk menggerakkan aktiviti persatuan. Ia dapat melicinkan perjalanan persatuan kerana ada penetapan bidang tugas & jawatankuasa. Ia juga sebagai tempat rujukan apabila timbul masalah perjalanan aktiviti. Perlembagaan perlu dikemaskini & diubah suai selaras dengan keperluan persatuan dari masa ke masa. Perlembagaan & undang-undang mesti diluluskan dalam mesyuarat agung. Persatuan yang mempunyai badan induk, perlembagaan bergantung kepada badan induk.

2.3 Prosedur Penubuhan Unit KokurikulumProsedur bagi menubuhkan unit kokurikulum terbahagi kepada dua kategori:i. Persatuan yang tidak mempunyai badan induk seperti Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Bola Sepak, dan lain-lain : Ditubuhkan di peringkat sekolah sahaja. Tidak mempunyai badan induk untuk membuat penyelarasan aktiviti & pentadbiran.ii. Persatuan yang bergabung & mempunyai badan induk untuk mengelola, mendaftar & menyelaraskan di peringkat daerah, negeri atau pusat. Seperti Unit-unit beruniform seperti Pengakap, KPP, SJAM, BBSM: Perbincangan dengan badan induk. Mengisi borang permohonan&menyediakan maklumat yang diperlukan. Menghantar borang kepada setiausaha atau pesuruhjaya di daerah, negeri untuk diproses. Pengumuman pendaftaran dibuat kepada murid untuk menjadi ahli. Mendapat kelulusan atau sijil pendaftaran daripada badan induk & mendaftar ahli secara rasmi. Melaksana & menjalankan aktiviti.

2.4 Pelantikan dan Pemilihan AJKPerlantikan dan pemilihan AJK bergantung kepada perlembagaan. Ia dipilih dalam mesyuarat agung. Ahli berhak mencalon, memilih & melantik. AJK dilantik dengan kuasa pihak tertentu iaitu berkuasa melalui perbincangan/ujian tertentu seperti Ketua Platon Pasukan, Kadet Polis. Kebolehan setiap murid dijalankan secara undian.

2.5 Bidang Tugas AJKPengerusi bertanggungjawab mempengerusikan, mengurus, mentadbir dan melaksanakan mesyuarat. Dia juga harus merancang, melaksana dan menyelia aktiviti yang dijalankan. Naib pengerusi membantu pengerusi dalam pengurusan & pentadbiran persatuan. Setiausaha menyimpan pendaftaran keahlian dan bertanggungjawab dalam urusan surat-menyurat dengan badan luar, pentadbiran sekolah & ahli persatuan. Bendahari mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan,, menyimpan rekod dan stok harta persatuan serta menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira. Ketua biro menetuai kumpulan kecil bagi melaksanakan tugas yang ditetapkan.

2.6 Peranan Guru PenasihatGuru penasihat memberi panduan, nasihat dan bimbingan bagi melaksanakan aktiviti dan aspek pentadbiran. Beliau menjadi pengantara pentadbir sekolah dengan murid, serta memberi tunjuk ajar dan latihan kepada ahli persatuan. Setiap mesyuarat agung dihadiri oleh guru penasihat untuk pemberian nasihat dan cadangan.

3.0 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)3.1 PengenalanSurat pekeliling ikhtitas merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Surat ini juga merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan serta satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam. SPI merupakan satu peringatan dan tindak awal untuk langkah keselamatan. Ia merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Sasaran SPI ialah pelajar, guru, pentadbir (sekolah,PPD,JPN), ibu bapa dan agensi luar (NGO & GO).

3.2 Surat Pekeliling Ikhtisas KokurikulumSPI BIL. 20/2000: Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-sekolah (rujuk lampiran 2)1. Terdapat kekeliruan mengenai dasar penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam di sekolah-sekolah.2. Persatuan Agama Bukan Islam dikategorikan dalam kategori (e) apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar. Persatuan tersebut boleh ditubuhkan selepas pendaftar membuat permohonan bertulis.3. Isu penubuhan persatuan adalah kekal, bermaksud jika sekolah yang sudah ada Kelab Agama Bukan Islam, maka boleh diteruskan.4. Selepas permohonan diluluskan, persatuan harus mengikuti Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti tidak menjalankan aktiviti yang mempengaruhi kepercayaan kepada murid yang lain, aktiviti harus dirancang drngan mengambil kira sensitiviti kebebasan beragama.5. Persatuan boleh dibubarkan jika terdapat yang tidak memberi manfaat kepada murid dan guru, propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia, serta yang melanggar peruntukan peraturan ini.SPI. BIL 7/2006: Panduan Peruntukan Kokurikulum Kepada Sekolah (rujuk lampiran 3)1. Sekolah Rendah RM 10.00 dan Sekolah Menengah RM 12.00 seorang.2. Sekolah Pendidikan Khas kekal menggunakan kadar sedia ada iaitu RM5000 bagi sekolah rendah dan RM10,000 bagi sekolah menengah. 3. Sekolah Rendah Enrolmen bawah 150 orang akan dibayar secara pukal.4. Penggunaan peruntukan wang meliputi urusan makan, minum, penginapan, sewaan, perjalanan, salinan dokumen dan cetakan.5. Nisbah perbelanjaan antara Kegiatan Kokurikulum dengan Kegiatan Sokongan Pembentukan, Pemupukan Dan Pembanguan Sahsiah Murid ialah 4:1SPI. BIL. 1/1995: Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Kegiatan Kokurikulum & Sukan Di Dalam/Luar Kawasan Sekolah (rujuk lampiran 4)1. Guru menjaga keselamatan murid dengan rapi yang melibatkan diri dalam sebarang aktiviti dan memastikan peraturan sentiasa berkeadaan baik.2. Pelajar mesti mematuhi arahan guru semasa mengikuti pelajaran PJ.3. Stor sukan dikemas dan selamat dan ada rekod inventori. Peralatan yang digunakan oleh murid mesti diselenggara dan dipastikan selamat.4. Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada pengetua/guru besar dengan segera.5. Sekolah digalakkan mengadakan skim insurans untuk semua pelajar.SPI. BIL 2/1986 - Rekod Kedatangan Dan Laporan Gerak Kerja Kokurikulum Pelajar (rujuk lampiran 5)1. Gerak kerja kokurikulum akan diambil kira dalam pemilihan pelajarpelajar ke Tingkatan Enam dan ke Maktabmaktab Perguruan.2. Mulai tahun 1986, kedatangan setiap orang pelajar Sekolah Menengah dalam gerak kerja kokurikulum hendaklah direkodkan.3. Menyedia dan melengkapkan laporan gerak kerja kokurikulum pelajar bagi pelajarpelajar yang tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional (SPVM) 1985.4. Untuk pelajar yang tamat SPM/STPM 1986 dan seterusnya, satu format laporan gerak kerja Kokurikulum akan dihantar kemudian.SPI. BIL. 4/2008 - Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (Segak) (rujuk lampiran 6)1. Satu penilaian yang standard yang di kenali sebagai Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) telah dirangka untuk dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2008.2. Terdapat 5 set ujian SEGAK iaitu pengiraan indeks jisim badan, ujian naik turun bangku selama 3 minit, ujian tekan tubi, ujian ringkuk tubi separa, dan ujian jangkauan melunjur.3. Pelaksaan SEGAK harus mengikut Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.4. Ujian SEGAK hendaklah dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos bagi murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 sahaja.5. semua data ujian direkod dengan menggunakan Borang BSSR untuk sekolah rendah dan Borang BSSM untuk sekolah menengah.

4.0 Surat Panggilan Mesyuarat4.1 PengenalanMesyuarat ditakrifkan sebagai perjumpaan ramai untuk berbincang sesuatu dalam mencapai keputusan dan membolehkan urusan lain berjalan dengan lancar.Ia dapat memudahkan segala urusan yang telah dirancang kerana terlibatnya lebih daripada seorang individu dalam sesuatu mesyuarat dan pelbagai idea serta keputusan dapat dicapai. Selain itu,mesyuarat didefinisikan sebagai satu perhimpunan kumpulan bagi sesebuah pertubuhan yang menggabungkan idea untuk mencapai sesuatu matlamat. Matlamat yang hendak dicapai kebanyakannya dalam keadaan yang kompleks dan faktor inilah yang menyebabkan mesyuarat perlu dilaksanakan. Mesyuarat juga merupakan satu bentuk komunikasi dua hala antara individu dalam situasi formal bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah yang berbangkit.

4.2 Format Surat Panggilan Mesyuarat

Alamat: (Contoh: SM Kebangsaan Perai,13700 Perai, SPT, Pulau Pinang)Tajuk :Minit MesyuaratTarikh: Masa:Tempat:

Agenda Mesyuarat:1.0 Ucapan Pengerusi Tindakan 2.0 Mengesahkan Minit 3.0 Perkara Berbangkit 4.0 Perkara yang Dibincangkan 5.0 Hal-hal lain

Mesyuarat ditangguhkan pada jam......

Pencatat

..................( t.t , Nama dan Jawatan)

Pengesahan

..................(t.t , Nama dan Jawatan)

4.3 Contoh Surat Panggilan MesyuaratRujuk kepada Lampiran 7

5.0 Sistem Fail5.1 PengenalanSistem fail ialah suatu proses menyimpan segala rekod dan dokumen untuk simpanan selamat atau satu rantaian aktiviti yang bermula dan berakhir pada titik yang sama. Proses mengklasifikasi, menyusun menyimpan dan menyelenggara fail-fail bagi memudahkan pengurusannya apabila diperlukan. Pengurusan fail adalah penting kerana surat dan dokumen lampiran yang diterima dan diwujudkan oleh jabatan dan agensi Kerajaan dalam menjalankan urusan rasminya hendaklah dikandungkan dalam satu fail yang didaftar menggunakan kulit fail yang ditetapkan. Selain itu, penggunaan fail ini membolehkan maklumat yang terkandung di dalamnya dikawal dan dikesan dengan cepat dan tepat apabila diperlukan. Fail ini mesti diuruskan dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Jabatan Artib Negera.

5.2 Tujuan Sistem Fail Melicin dan melancarkan perjalanan organisasi. Satu keperluan untuk menyimpan rekod-rekod, dokumen-dokumen penting organisasi, catatan dan keputusan yang telah dilaksanakan. Supaya sesuatu rekod mudah dicari apabila diperlukan tanpa membuang masa yang banyak. Menyimpan segala rekod dan dokumen dengan selamat dan rekod tidak hilang. Mudah disediakan dan disimpan. Dapat menambah kecekapan mentadbir dan mengurus sesebuah organisasi dan membuat rujukan apabila diperlukan.

5.3 Ciri-Ciri Umum Sistem Fail Sesuatu dokumen itu mudah dicari dan diperoleh dengan cepat apabila diperlukan. Tidak kompleks dan difahami serta tidak mengelirukan. Sistem fail digunakan perlu disesuaikan dengan keperluan organisasi. Boleh diubahsuai jika perlu mengikut kehendak dan keadaan organisasi. Sistem fail yang digunakan perlu melibatkan kos yang paling minimum. Perlu menggunakan ruang yang paling minimum. Perlu mendapat perlindungan keselamatan daripada kebakaran, kekotoran, bencana alam dan kebocoran rahsia organisasi.

5.4 Pengkelasan FailFail boleh dikategorikan kepada fail urusan am (house keeping files) dan fail urusan fungsian (functional files). Fail urusan am mengandungi surat dan dokumen lampiran berkaitan dengan hal pentadbiran, bangunan dan harta, kelengkapan dan bekalan, kewangan dan personel. Fail urusan fungsian mengandungi surat dan dokumen lampiran berkautan dengan fungsi dan aktiviti asas jabatan.

5.5 Pengkelasan Perkara dan Pengkodan (subject classification and coding)Setiap fail hendaklah diberi tajuk fail yang membayangkan kandungan fail tersebut. Tajuk fail diberi berdasarkan pengkelasan perkara yang berasaskan fungsi dan aktiviti jabatan dan agensi berkenaan. Setiap perkara diberi pengekodan nombor yang mana akan menjadi nombor rujukan fail. Jabatan dan agensi boleh mendapat khidmat nasihat kepakaran daripada Jabatan Arkib Negara bagi penyediaan Pengkelasan Perkara dan Pengkodan.

5.6 Prosedur Pengurusan Fail5.6.1 Pembukaan FailTajuk dan nombor rujukan fail sera tarikh pembukaan fail baru perlu dicatakan di atas kulit fail. Fail yang dibuka ini hendaklah didaftarkan dalam daftar fail jabatan.

5.6.2 Penutupan FailFail yang mengandungi 100 kandungan atau ketebalannya 4 sentimeter hendaklah ditutup dan fail baru dibuka. Di atas kulit fail yang ditutup hendaklah dipalang dengan dakwat merah dan dicatatkan perkataan DITUTUP JILID 2 DIBUKA dengan dakwat biru atau hitam. Di atas kulit fail yang baru pula hendaklah dicatatkan tajuk dan nombor rujukan yang sama berserta dengan catatan Jilid 2 (Jld. 2).

5.6.3 Penyimpanan dan Pergerakan FailFail terbuka perlu disimpan di Bilik Rekod dengan menggunakan rak yang sesuai. Fail ini perlu disusunkan mengikut nombor rujukan dan rak perlu dilabelkan bagi memudahkan pengesanan fail. Fail terperingkat hendaklah disimpan dalam kabinet berkunci yang berpalang, rak bergerak yang berkunci atau bilik kebal sesuai dengan Arahan Keselamatan. Pergerakan Fail hendaklah direkodkan bagi memudahkan pengawalan dan pengesanan fail.

5.6.4 Pelupusan FailJabatan dan agensi hendaklah mendapatkan nasihat Jabatan Arkib Negara sebelum melaksanakan pelupusan fail.REFLEKSI

Nama: OO WOEI TIANPada semester 1 PISMP ini, saya telah menerima tugasan yang berkaitan dengan pengurusan kokurikulum. Secara jujurnya, melalui tugasan projek ini, saya memang telah banyak mendapat ilmu dan pengetahuan tentang pengurusan kokurikulum. Saya dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme GERKO.Saya mendapati sebuah carta organisasi itu sangat penting dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Ini disebabkan carta organisasi merupakan satu rangkaian perintah yang mana semua jawatankuasa harus melaksanakan bidang tugasnya dengan sempurna dan matlamat bersama dapat dicapai dengan jayanya. Apabila melakukan tugasan ini, sebagai seorang bakal guru, saya dapat belajar kepentingan dan keperluan dalam menubuhkan sesutu unit kokurikulum itu. Setelah kita menubuhkankan kelab, kita perlu berusaha untuk melaksanakan objektif dan tujuan penubuhan kelab agar usaha yang kita lakukan tidak sia-sia. Sebenarnya, saya tidak sangat faham akan surat pekeliling ikhtisas dan sistem fail sebelum ini. Sememangnya tugasan projek ini telah banyak membantu saya untuk mempelopori pengetahuan yang baru. SPI dengan jelasnya disenaraikan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Dengan ini kita tidak akan keliru maka dapat menjalankan sesuatu tugasan dengan hala tuju yang betul.Dalam menulis kertas kerja program kejurulatihan, saya ingin menegaskan bahawa format penulisan kertas kerja amat penting kerana tujuan penulisan kertas kerja ialah memastikan penyediaan dan tentatif program berjalan dengan lancar.. Menerusi tugasan pada kali ini, saya mendapat banyak peluang untuk melihat contoh-contoh kertas kerja. Hal ini banyak membantu saya bagi lebih menguasai kemahiran menulis kertas kerja.Kesimpulannya, melalui tugasan ini saya telah banyak pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusan kokurikulum. Saya akan mempraktikkan apa-apa yang saya belajar daripada topik ini dalam pengajaran suatu hari nanti. Sekian.RUJUKAN

Mok Soon Sang (2013), Pengurusan Kokurikulum, Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn . Bhd.

Ab. Alim Abdul Rahim (2004), Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum, Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Kamus Dewan (edisi ketiga) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pusaka.

Unit kokurikulum Sekolah Kebangsaan Masai, Johor Bahru, Johor.(2012). Buku Pengurusan Kokurikulum. Dicapai pada 25 Februari 2013 daripada http://ppaks.files.wordpress.com/2010/06/buku-pengurusan-koko-2012.pdf

Politeknik Ibrahim Sultan.Nota Kokurikulum .dicapai pada 25 Februari 2013 daripadahttp://www.pis.edu.my/index.php/pengurusan/unit-kokurikulum/struktur-organisasi/946-maklumat-

LAMPIRAN