40
Pengantar Linguistik Bahasa Melayu [INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK] INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, KUCHING, SARAWAK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (BAHASA MELAYU – PENDIDIKAN RENDAH) KERJA KURSUS PROJEK PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU BMM 3107 NAMA PELAJAR AUTDREY ANAK KANCHIN NO KAD PENGENALAN 900221-13-7232 KUMPULAN/ UNIT PISMP BM/PJ/PSV 1111 KOD BMM 3107 MATAPELAJARAN PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU PENSYARAH PEMBIMBING PUAN NOOR LIZA BINTI ABDULLAH Autdrey anak Kanchin 1

KKP BMM 3107

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

KOTA SAMARAHAN, KUCHING, SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

(BAHASA MELAYU – PENDIDIKAN RENDAH)

KERJA KURSUS PROJEK

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

BMM 3107

NAMA PELAJAR AUTDREY ANAK KANCHIN

NO KAD PENGENALAN 900221-13-7232

KUMPULAN/ UNIT PISMP BM/PJ/PSV 1111

KOD BMM 3107

MATAPELAJARAN PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

PENSYARAH PEMBIMBING

PUAN NOOR LIZA BINTI ABDULLAH

TARIKH SERAHAN 12 SEPTEMBER 2012

1

Page 2: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

Halaman Pengakuan

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………………………...

Nama Penulis : …………………………………………………

Tarikh : …………………………………………………

2

Page 3: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

HALAMAN JUDUL

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU: KAJIAN SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK &

PERBANDINGAN ANTARA KAJIAN SEMANTIK DAN PRAGMATIK SERTA PERBANDINGAN ANTARA

PSIKOLINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

AUTDREY ANAK KANCHIN

PISMP BAHASA MELAYU

AMBILAN JANUARI 2011

SEMESTER EMPAT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUN ABDUL RAZAK,

KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

3

Page 4: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN

HALAMAN JUDUL

SENARAI KANDUNGAN

i. SOALAN TUGASAN

ii. PROFIL PERIBADI

iii. JADUAL PELAN TINDAKAN

iv. BORANG REKOD KOLABORASI

v. PENGHARGAAN

Mukadimah

1.0 Esei Kajian Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik 10

2.0 Grafik Banding Beza Semantik dengan Pragmatik 21

3.0 Grafik Banding Beza Psikolinguistik dengan Sosiolinguistik 23

4.0 Penutup 25

5.0 Refleksi Kendiri

6.0 Bibliografi

7.0 Lampiran

Lampiran A – Maklumat rujukan Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Lampiran B – Salinan Kerja Kursus dalam bentuk Cakera Padat

4

Page 5: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

5

Page 6: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

PROFIL DIRI PELAJAR

BIODATA GURU PELATIH

Nama : Autdrey anak Kanchin

No. Kad Pengenalan : 900221-13-7232

Kursus : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Ambilan Januari 2011

Kelas : Bahasa Melayu

Alamat : Unit 014, Blok M, Sibu Jaya, 96000, Sibu,

Tarikh Lahir : 21 Februari 1990

Emel : [email protected]

6

Page 7: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

JADUAL PELAN TINDAKAN

KERJA KURSUS PROJEK PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Pensyarah Pembimbing : PN NOORLIZA BINTI ABDULLAH

Tarikh Mula : 08 OGOS 2012

Tarikh Serahan : 12 SEPTEMBER 2012

Langkah Tindakan Interaksi Tarikh

1 menerima soalan tugasan

daripada pensyarah pembimbing

taklimat dan sesi soal jawab

mengenai tugasan.

Pelajar dengan Pensyarah

8 ogos 2012

2 melayari internet dan meminjam

buku dari perpustakaan untuk

mencari maklumat perihal fonetik

dan fonologi bahasa Melayu.

Pelajar12 ogos 2012

3 Membaca dan

menandawarnakan maklumat

yang diperolehi.

Menjana beberapa isu sebagai

soalan atau perkara yang hendak

diketahui dalam Sejarah

perkembangan Linguistik.

Memindahkan pengetahuan yang

didapati dalam esei kajian

Sejarah Perkembangan

Linguistik.

Pelajar 13 ogos 2012

4 Memeriksa kesilapan ejaan dan

menyusun atur esei kajian

Sejarah Perkembangan

Linguistik.

Membuat banding beza semantik

dan pragmantik serta

Pelajar 19 Ogos 2012

7

Page 8: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

psikolinguistik dan sosiolinguistik.

Menulis refleksi KKP BMM 3107 Pelajar 29 Ogos 2012

8 membuat pengurusan grafik

Sejarah Perkembangan

Linguistik.

membuat isi kandungan dan

bibliografi

Pelajar 31 Ogos 2012

9 menyemak dan menjilidkan hasil

kerja.Pelajar 10 September

20129 menghantar tugasan kepada

pensyarah pembimbing.Pelajar danPensyarah

12 September 2012

PENGHARGAAN

8

Page 9: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

Tak Molek jika alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah penghargaan jika tiada tuannya untuk berbicara..

Syukur kepada hadrat Ilahi, atas segala kasih karunianya akhirnya Kerja Kursus

Projek BMM 3018 ini dapat saya laksanakan dengan jayanya.

Buat pensyarah pembimbing BMM 3107- Puan Noor Liza binti Abdullah,

Banyak duri perkara duri

     Tidak sama duri mengkuang

Banyak budi perkara budi

     Tidak sama budimu seorang.

Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau sepanjang kursus

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu.

Kepada rakan seperjuangan PISMP BM 1111, atas segala perkongsian idea dan

kolaborasi anda:

Kuning emas masaknya padi

     Mawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladi

     Budi tuan jadi kenangan.

Akar keladi melilit selasih

     Selasih tumbuh dihujung taman

Kalungan budi junjungan kasih

     Mesra kenangan sepanjang zaman

9

Page 10: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

Kerja Kursus Projek Pengantar Lingusitik Bahasa Melayu ini membincangkan

tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga

ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik pada KKP ini bermula pada zaman

Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan

(Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman

linguistik moden. Selain itu, sesuai dengan tajuk pengantar linguistik, struktur dalam

linguistik turut dibincangkan di mana penekanan kepada perbezaan semantik dengan

pragmatik dinyatakan dalam bentuk grafik. Bagi displin ilmu linguistik, kerja kursus

projek ini hanya menyentuh dua bidang kajian linguistik iaitu psikolinguistik dan

sosiolinguistik. Walaubagaimanapun, Kerja Kursus ini menerangkan lebih rinci sejarah

perkembangan ilmu linguistik. Perihal semantik, pragmatik, psikolinguistik dan

sosiolinguistik saya interprestasikannya dalam bentuk grafik banding beza. Di mana

saya menyentuh definisi, persamaan dan perbezaan setiap bidang tersebut.

Pada akhir kerja kursus ini, saya turut lampirkan bibliografi sebagai bukti

menyokong hasil tugasan saya dan beberapa maklumat yang telah saya cetak bagi

menunjukkan berlakunya proses pemerolehan ilmu.

10

MUKADIMAH

Page 11: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

Dalam prakata buku Aspects of Language yang dikarang oleh Bolinger (1968)

terdapat satu rangkai kata yang bermaksud ‘pada hari ini seorang ahli linguistik akan

dapat mengkaji kata adverba sama seperti ahli sains mengkaji atom’. Namun,

apakah itu linguistik? Perihal apakah linguistik? Perkara ini akan saya kupaskan

satu-persatu.

Menurut Verhaar (1985:1), linguistik berasal daripada perkataan Latin iaitu

‘lingua’ yang bermaksud bahasa. Selain itu, perkataan linguistik juga boleh

ditemukan dalam bahasa Perancis ‘Langue’ dan ‘Langage’, bahasa Itali- ‘Lingua’,

bahasa Sepanyol- ‘Lengua’ dan bahasa Inggeris – ‘Linguistics’.

Menurut Kamus Dewan (1993) perkataan linguistik diambil daripada

perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa.

Berikut ialah beberapa pendapat tokoh yang menjelaskan definisi ilmu

linguistik:

1. John Lyons (1968) mendefinisikan linguistik sebagai “the scientific study of

language”.

2. David Crystal (1973), menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara

saintifik.

3. Langacker (1987), mendefinisikan linguistik sebagai kajian terhadap bahasa

manusia.

4. Ferdinand de Sausure (1988), mendefinisikan linguistik sebagai kajian mengenai

bahasa yang diucapkan oleh segolongan masyarakat.

5. Verhaar (1993) menyatakan bahawa linguistik adalah suatu kajian ilmu bahasa.

Beliau juga mengatakan bahawa perkataan ‘linguistik’ sudah memberikan maksud

kajian yang menyentuh sesuatu kajian bahasa boleh dilaksanakan

Pendek kata, linguistik adalah kajian tentang bahasa.

11

1.0 ESEI KAJIAN SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK

Page 12: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

Tetapi sebelum itu, sebagai makluman tambahan, terdapat perbezaan antara

istilah ahli bahasa, ahli linguistik dan ahli terjemahan. Ahli bahasa adalah individu

yang mahir dalam satu-satu bahasa, terutamanya dari segi peraturan bahasa serta

penggunaan bahasa yang betul dalam pelbagai konteks. Ahli linguistik pula adalah

individu yang mahir tentang teori-teori lingistik serta kaedah-kaedah penyelidikan

linguistik. Seseorang ahli linguistik yang bersandarkan sesuatu teori boleh

menjelaskan apa-apa fenomena atau permasalahan dalam bahasanya sendiri atau

bahasa-bahasa lain walaupun beliau sendiri tidak memahami bahasa tersebut. Ini

bermakna ahli linguistik bukanlah seseorang yang mahir dalam banyak bahasa

seperti ahli terjemahan. Ahli terjemahan ialah seseorang yang mahir lebih daripada

satu bahasa. Kemungkinan, seseorang itu boleh menterjemahkan bahasa Melayu

dengan bahasa Rusia atau dengan beberapa bahasa yang lain. Walaupun saya

telah menjelaskan definisi linguistic dan perbezaan antara ahli bahasa, linguistic dan

penterjemah, skop kajian Kerja Kursus yang ingin saya bincangkan sebenarnya

adalah perihal Sejarah Perkembangan ilmu linguistik.

Sejarah perkembangan ilmu linguistik sebagai salah satu disiplin ilmu moden

secara relatifnya masih dianggap baharu. Di Eropah seperti Britain, ilmu ini mula

berkembang sekitar tahun-tahun 1960-an. Ijazah ilmu linguistik mula-mula

diperkenalkan di Universiti York, Britain. Di Malaysia pula, ilmu linguistik mula

diajarkan di Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan UKM pada 1 Mei

1984. Bidang ini telah mendapat perhatian hampir di semua universiti di Malaysia.

Tapi molek sekiranya, kita mengkaji terlebih dahulu sejarah perkembangan

linguistik dari zaman ke zaman. Seperti manusia yang telah berkembang secara

revolusi, bahasa juga mengalami perkembangan tetapi secara evolusi. Yang

dimaksudkan dengan cara evolusi ialah suatu perkembangan yang memakan waktu

yang panjang dan tidak membuang unsur-unsur yang lama secara radikal.

Misalnya,saya petik contoh ayat bahasa Inggeris dari buku Rencana Linguistik oleh

Abdullah Hassan;

Tahun 1600: Our Father, which art in Heaven, Hallowed be thy name.

Tahun 1300: Fader oure thet art ine hevenes, yhalyed bi thi name.

12

Page 13: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

Tahun 900: Faeder ure thy the eart on heofenum, si thin nama gehalgod.

Tahun 600: Atta unsar, thu ini himinam, weihnai namo thein.

Untuk menyakinkan masyarakat wujudnya hakikat evolusi bahasa, hanya ada

satu cara iaitu kita menjajarkan sesuatu bahasa yang dipakai daripada beberapa

zaman. Implikasinya, kita celik sejarah perkembangan bahasa dan bukan hanya

individu yang tahu menuturkan bahasa. Sementelah, kita dapat menerapkan nilai

tidak lupa pada bahasa, kerana perkembangan bahasa dari zaman ke zaman inilah

yang membantu bahasa kita bersifat dinamika.

Sejarah Perkembangan Linguistik

Berdasarkan daripada rajah 1 dan rajah 2 berkaiatan kronologi Sejarah

Perkembangan Ilmu Linguistik, saya dapati sumber rujukan yang saya perolehi

memaparkan perkembangan ilmu linguistik yang agak berbeza. Di mana di dalam

buku Rencana Linguistik oleh Abdullah Hassan tidak menyentuh mengenai zaman

Iskandariah. Tetapi di dalam modul PGSR Pengantar Linguistik, ia telah

menggariskan sembilan perkembangan zaman ilmu linguistik.

13

Zaman Yunani

Zaman Romawi

Zaman Arab

Zaman India

Zaman Linguistik Perbandingan

Zaman Struktur

Pengaruh De Saussure

Zaman Yunani

Rajah 1 : Kronologi Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik (rujukan buku Rencana Linguistik oleh Abdullah Hassan,1992)

Zaman Iskandariah

Zaman Rom

Zaman Pertengahan

Zaman Peralihan

Zaman Arab

Zaman India

Zaman Linguistik Perbandingan

Zaman Linguistik Moden

Rajah 2 : Kronologi Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik (rujukan Modul PGSR Pengantar Linguistik Bahasa Melayu, KPM)

Page 14: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

Terlebih dahulu, saya akan membicarakan tentang perkembangan ilmu

linguistik zaman Yunani.

Zaman yunani merupakan tamadun awal di dunia. Kegiatan pengkajian

bahasa bermula sebelum 500 masihi. Pada zaman Yunani, tokoh-tokoh seperti

Plato, Aristotle, Trax dan lain-lain merupakan sarjana linguistik yang terkenal.

Sarjana linguistik Yunani pada masa ini cenderung mengkaji apa yang kita anggap

sebagai etimologi; iaitu pengkajian tentang bagaimana kata-kata terbentuk.

Perbincangan etimologi ini menyentuh perihal : persoalan pembentukan kata adalah

berlaku secara semula jadi atau dibentuk oleh manusia melalui kebudayaan. Di

sebabkan persoalan ini, wujudnya dua puak yang menyokong ideologi berlainan iaitu

puak naturalis dan puak konvesional,Puak naturalis nendukung filasat bahawa

perkataan terbentuk daripada kebiasaan atau realiti benda. Pernyataan ini didukung

oleh makna ‘naturalisme’ yang saya petik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat,

mukasurat 1073di mana ia menerangkan bahawa ‘naturalisme’ adalah aliran atau

pandangan dalam seni atau sastera yang berusaha untuk mengambarkan manusia

atau objek dalam keadaan atau sifat yang sebenarnya.Manakala, puak konvensional

pula adalah berdasarkan kebudayaan atau persetujuan masyarakat. Di dalam

kamus Dewan, mukasurat 820; perkataan ‘konvensional’ adalah terbitan daripada

kata ‘konvensi’. Konvensi bermakna sesuatu seperti amalan, tingkah laku, atau ciri-

ciri yang sudah diiktiraf, diterima dan diamalkan secara meluas serta berterusan.

Ketidaksamaan pendapat ini telah mewujudkan dua golongan sarjana iaitu sarjana

analogi yang menyokong epistemologi konvensional dan sarjana anomali yang

mendukung filasat puak neutralisme.

Menurut O.Jespersen di dalam buku Linguistik Am oleh Abdullah Hassan,

‘sekiranya bahasa itu satu unsur semula jadi, maka kita hendaklah menerima

bahasa itu sebagaimana bahasa itu terbentuk. Tetapi sekiranya bahasa itu

terbentuk menurut kebiasaan, maka bolehlah kita memperbaikinya apabila

terdapat kekurangan’. Pendapat O.Jespersen ini timbul daripada hasil penyelidikan

ahli falsafah zaman Yunani yang terkenal iaitu Plato. Plato merupakan ahli falsafah

pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan

persoalan ini disalurkan melalui karyanya yang berbentuk dialog iaitu ‘CRATYLUS’.

Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi antara sarjana analogi dan sarjana

14

Page 15: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

anomalis. Dialog ini mencetuskan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama

berasaskan tabii dan realiti atau konvensional, iaitu berdasarkan persetujuan

masyarakat yang telah menjadi kebiasaan.

Beliau juga telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang membentuk

pemikiran lengkap , yakni logos. Logos terbahagi kepada dua iaitu onoma dan

rhema. Dalam karya Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) – Pelita Bahasa Melayu 1

(1974), beliau juga membahagikan ayat kepada benda (onoma) dan cerita (rhema).

Selain itu, Plato juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata

nama dengan kata kerja. Beliau telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek

kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.

Pada zaman Aristotle (murid Plato) tahun 384 – 322 sebelum masihi,

Arristotle telah memperkenalkan penggunaan kata hubung dalam tatabahasa. Beliau

juga merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kata

atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle

ialah fungsi bahasa sebagai alat untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa

bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang

menjadi subjek tatabahasa.

Dionysius Thrax- salah seorang sarjana Yunani selepas Plato telah

mengetengahkan kaajian berdasarkan bahasa yang betul seperti yang digunakan

oleh pemuisi Homer dalam puisinya. Beliau telah menghasilkan buku tatabahasa

yunani iaitu ‘Techne Grammatike’. Beliau telah menggolongkan kata kerja kepada

lapan, iaitu kata nama, kata ganti nama, kata kerja, kata adjektif, kata adverb, kata

sendi, kata partikel dan kata seru. Buku ini menjadi asas penulisan buku-buku

tatabahasa bahasa Eropah pada hari ini.

Secara umumnya, dapat saya nyatakan di sini bahawa pada zaman Yunani

kajian mengenai bahasa lebih fokus kepada tatabahasa.

Sekarang kita akan membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik

zaman Iskandariah.

Zaman Iskandariah bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah

tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan

15

Page 16: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada

aspek lisan,yakni pertuturan. Sarjana linguistik zaman Iskandariah turut mengkaji

sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverba, kata partikel, ganti

nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu

ayat merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan

yang mempunyai makna.

Kita telah selesai membincangkan zaman Yunani dan jajahan takluknya –

Iskandariah. Oleh itu kita akan beralih kepada perkembangan ilmu linguistik fasa

ketiga pada zaman Romawi.

Setelah keruntuhan kegemilangan Yunani, Rom telah mengambil alih bidang

bahasa dan menjadi pusat kajian bahasa. Pada zaman Rom, sarjana-sarjana

linguistik telah mengubahsuai segala tinggalan linguistik sarjana Yunani dan

diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Natijahnya, satu pengkodifikasian pemikiran

dan konsep nahu Yunani telah berlaku pada zaman Romawi. Rentetan hal ini,

sarjana bahasa Rom tidak menghasilkan banyak karya asli. Walaubagaimanapun,

hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa sellepas

zaman itu. Tamsilnya, buku tatabahasa ‘Institutiones Grammatikae’ oleh Priscian

masih dianggap baku hingga ke hari ini. Buku ini membincangkan pembentukan kata

dan ayat. Daripada aspek linguistik moden, karya beliau dinyatakan menggunakan

kaedah yang tidak konsisten kerana beliau membuat deskripsi berdasarkan kriteria

formal (bentuk kata) dan kadang kala menggunakan semantic (makna). Namun,

tatabahasa beliau menjadi asas tatabahasa latin hari ini.

Setelah zaman kesarjanaan Yunani, Iskandariah dan Romawi berakhir, usaha

mengkaji bahasa pada akhir zaman pertengahan dan zaman peralihan telah

diteruskan. Akhir Zaman pertengahan dan zaman peralihan dikenali sebagai zaman

Renaissance. Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud

pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi

penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti

sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat

peradaban dunia pada suatu ketika dahulu. Zaman ini merupakan zaman

kebangkitan atau pemulihan budaya masyarakat Eropah daripada kegelapan

16

Page 17: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

cengkaman autokratik gereja. Zaman Renaissance berlangsung selama dua

abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya

bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan

intelektual dan pemikiran manusia. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa

termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu

bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan

mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan

kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi

kesusasateraan.

Bukan itu sahaja, pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika

dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman

pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat

mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

Ini menyumbang kepada kegemilangan Itali menjadi pusat ilmu yang terkenal

di Eropah pada abad ke 15. Hal ini terjadi apabila Kota constntinople dikuasai oleh

orang Islam telah jatuh ke tangan orang Barat pada tahun 1453. Keadaan ini telah

menyebabkan ramai para ilmuan Islam berhijrah ke pusat-pusat perdagangan di

Baghdad. Ini menyebabkan Itali menjadi pusat intelektual terkenal di Eropah pada

masa itu.

Dalam masa yang sama, di mana Eropah sedang mengalami zaman

kegelapan dan dalam proses peralihan, perkembangan linguistik zaman Arab

berlaku di ibu wilayah empayar Islam yakni Baghdad. Pada zaman ini bahasa

berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Kebanyakan ahli

falsafah yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat

sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-

Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi

sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Ini

dibuktikan dengan deskripsi bunyi dan lambing Quran sejak 1400 tahun yang lalu

tidak pernah berubah.

17

Page 18: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

Seorang sarjana bahasa leksikografi Arab – al-Khalil telah menumpukan

tenaga dan akal fikiran beliau mengkaji fonetik dan kata. Beliau mendeskripsi bunyi-

bunyi bahasa arab dengan memilih bunyi-bunyi konsonan sahaja. Bunyi-bunyi

konsanan lebih konstan daripada bunyi vokal. Oleh itu, bunyi vokal akan berubah

dan mempunyai variasi pengucapan.

Perbincangan seterusnya ialah perihal sejarah perkembangan linguistik zaman

India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan

kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi

bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani

dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Hasil kajian daripada pendeta-pendeta

india wajar disanjungi. Salah seorang pendeta India- Panini, telah menulis buku

tatabahasa Sanskrit bertajuk ‘Astadhyayi’ (Delapan Kuliah) pada kurun keempat

sebelum masihi. Buku tatabahasa Sanskrit beliau ini berjumlah lebih kurang seribu

makalah berkenaan tatabahasa Sanskrit. Pendeta-pendeta india mengumpul teks

agama untuk dikaji dan dideskripsi secara terperinci. Ahli nahu india telah

membezakan kata nama dan kata kerja tetapi menamainya sebagai ‘proposisi’ dan

‘partikel’.

Seterusnya, kita beralih kepada perbincangan zaman Linguistik

Perbandingan.

Untuk makluman anda, zaman linguistik perbandingan dikatakan sebagai

permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula

berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi.

Menurut kamus dewan Edisi Keempat, mukasurat 69, antropologi adalah kajian

saintifik tentang asal usul manusia baik dari aspek perkembangan fizikal dan

budayanya, ciri-ciri ras dan adat resam serta kepercayaannya. Manakala, sosiologi

membawa makna kajian tentang perkembangan,organisasi dan kehidupan manusia.

Sarjana linguistik zaman perbandingan turut mengkaji pertalian dan hubungan

antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Sarjana linguistik komparatif

membandingkan dua bahasa atau lebih daripada sudut bunyi, perkataan dan ayat

iaitu dengan cara melihat persamaan dan perbezaan antara satu bahasa dengan

bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui

18

Page 19: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Ini

bermakna teori linguistik perbandingan tercipta untuk menentukan bahasa induk

sesuatu rumpun bahasa. Bidang kajian ini telah dipelopori oleh Grimm dan Verner

dengan hukum pergeseran bunyi untuk mencari induk bahasa-bahasa Eropah.

Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua

bahasa di dunia . Bagi induk bahasa Eropah dapat kita ketahui melalui rumpun-

rumpun bahasa di dunia. Justeru, rumpun-rumpun bahasa dunia digolongkan seperti

yang demikian: Indo-Eropah, Semitik, Fino-Ugria, Bantu, Altaik, Sino-Tibet,

Austronesia, Oceania dan lain-lain. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan

bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan

dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-

H dan R-D-L.

Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk sejarah perkembangan ilmu linguistik

ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden

sekitar abad ke-20. Kajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada

linguistik deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan

menekankan kepada sinkronik dan diakronik. Konsep sinkronik dan diakronik

dibincangkan buat pertama kalinya oleh Ferdinand De Saussure dalam bukunya

Kursus Linguistik Am. Di dalam buku Rencana Linguistik, Sinkronik bermaksud satu

kajian yang dilakukan terhadap bahasa pada satu masa dalam titik sejarah, dan

menerangkan apa sahaja unsur yang wujud pada waktu itu dengan tidak

dipengaruhi oleh bahasa tersebut dari segi sejarah. Manakala, diakronik adalah

tinjauan sesuatu hal daripada sejarah perkembangannya. Pengasas bidang linguistic

moden ini turut merumuskan bahasa dari segi unit linguistiknya terdiri daripada dua

elemen iaitu signifier dan signified. Elemen pertama merujuk kepada apa yang

diwakili oleh sesuatu objek itu (rujukan), manakala elemen kedua merujuk kepada

objek yang diwakili itu sendiri (makna rujukan). Contohnya, perkataan [kucing]

merujuk kepada gabungan huruf ‘k,u,c,i,n,g’ sebagai signifier, manakala ‘binatang

berkaki empat yang bersifat manja, mempunyai misai, biasanya menjadi haiwan

peliharaan di rumah…..’ bertindak sebagai signified. Ferdinand de Saussure turut

memperkenalkan konsep ‘langue’ dan ‘parole’. ‘Langue’ ialah loghat. ‘Parole’ pula

ciri-ciri individu yang yang terkandung dalam pertuturan seseorang individu pada

19

Page 20: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

sesuatu masa. ‘Langue’ mempunyai ciri-ciri umum yang terdapat pada sekumpulan

‘parole’. Ciri-ciri umum dari ‘Langue’ pula terkandung dalam ‘Langage’ iaitu bahasa.

Tuntasnya, pengaruh Ferdinand De Saussure telah memulakan linguistik moden.

Selain itu, terdapat seorang tokoh bahasa yang terkenal pada tahun 1930an,

iaitu Bloomfield. Pada tahun 1933, Beliau telah menerbitkan buku yang berjudul

Language. Beliau memegang filasat bahawa perlakuan bahasa adalah hasil

daripada operasi ransangan dan gerak balas. Ini menunjukkan paradigma beliau

dipengaruhi oleh teori behaviorisme. Buku Language Bloomfield telah

membincangkan kajian fonetik, morfologi, sintaksis, makna dan hubungan bahasa

dengan kebudayaan. Satu penganalisisan ayat yang beliau kemukakan yang masih

popular ialah konsitituen terdekat. Buku ini telah menjadi sumber rujukan untuk

kajian ilmu bahasa di IPTA,IPTS dan IPG.

Demikianlah sumbangan tokoh-tokoh pada zaman linguistik moden dalam

tatabahasa. Maka, dapat saya simpulkan disini, setiap zaman memainkan peranan

yang penting dalam memberi sumbangan kepada perkembangan displin linguistik.

Sebagai bakal guru bahasa Malaysia, mempelajari setiap cabang linguistik

merupakan satu kemestian dalam melengkapkan pedagogi dan ikthisas guru.

20

Page 21: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

BANDING BEZA SEMANTIK DAN PRAGMATIK

DEFINISI / KONSEP

Semantik : Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (m/s 1433), semantik ialah kajian tentang

makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.

The New Penguin English Dictionary (1986) mendefinisikan istilah semantik sebagai

satu cabang daripada bidang semiotik yang meneliti hubungan antara lambang-

lambang bahasa dengan apa yang dilambangkannya.

Aplikasi Psikolinguistik dalam P&P Bahasa oleh Zulkifley Hamid menyatakan semantic

adalah makna sesuatu ayat yang diperoleh dengan menentukanmakna bagi setiap

perkataan dan mengenal pasti hubungan struktur antara perkataan yang membentuk

ayat tersebut.

Pragmatik :

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (m/s 1229), pragmatik ialah cabang linguistik

yang berkaitan dengan kajian tentang makna dan kesan yang timbul daripada

penggunaan bahasa dalam situasi tertentu.

The New Penguin English Dictionary (1986) mendefinisikan pragmatik sebagai satu

aliran falsafah yang menegaskan bahawa makna atau kebenaran sesuatu konsep

bergantung kepada kesan amalinya atau kesan penggunaannya.

Aplikasi Psikolinguistik dalam P&P Bahasa oleh Zulkifley Hamid menyatakan dalam

pragmatik, pentaksiran makna harus melibatkan aspek-aspek bukan linguistik dan

aspek-aspek linguistik.

PERSAMAAN Mentafsir makna sesebuah ayat. Semantic berperanan menghubungkan fenomena linguistic kepada yang di luar

linguistik iaitu pragmatik. Menitik beratkan aspek ketaksaan, ketaksaan merujuk kepada perkataan atau ayat

yang mempunyai lebih daripada satu makna.

PERBEZAANSEMANTIK PRAGMATIK

21

2.0 GRAFIK BANDING BEZA SEMANTIK DENGAN PRAGMATIK

Page 22: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

Kajian semantik melengkapkan kajian sintaksis. Sintaksis mengkaji struktur atau bentuk ayat, manakala semantik mengkaji makna yang terdapat dalam struktur tersebut.

Pentafsiran makna dilihat pada peringkat kata, frasa dan ayat.

Bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan yang terbahagi kepada dua iaitu makna denotasi dan makna konotasi.

Analisis makna pada peringkat kata memerlukan kita mengetahui sinonim, antonimm, polisim dan homonim sesuatu perkataan.

Khusus pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik.

Tiga aspek yang diambil kira dalam pentafsiran makna secara pragmatik iaitu implikatur, praandaian dan lakuan tuturan.

Pentaksiran makna pada peringkat ayat sahaja.

Bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa.

Kajian bahasa yang melibatkan konteks khususnya kajian komunikasi linguistik.

Khusus kepada kajian maklumat yang berada di luar linguistic yang dapat membantu pendengar mendapatkan makna sesuatu ujaran.

RUMUSANTerdapat perbezaan antara pentafsiran makna secara semantik dan secara pragmatik.

Pentafsiran secara pragmatik mengambil kira faktor-faktor keperihalan keadaan penggunaan,

termasuk pengguna yang terlibat. Pentafsiran secara pragmatik adalah pentafsiran lanjutan

kepada pentafsiran semantik.

22

Page 23: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

BANDING BEZA PSIKOLINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

DEFINISI / KONSEP

Psikolinguistik :

Linguistik Melayu oleh Zulkifley Hamid menyatakan psikolinguistik adalah bidang yang

mengkaji aspek yang berkaitan dengan akal budi dan bahasa manusia.

Menurut Garnham, psikolinguistik ialah kajian tentang mekanisme mental yang

membolehkan manusia menggunakan bahasa. Ia merupakan satu displin saintifik yang

tujuannya adalah penteorian secara utuh tentang bagaimana bahasa dihasilkan dan

difahami.

Sosiolinguistik :

Menurut Teo Kok Seong, sosiolinguistik bermatlamat untuk menunjukkan hubungan

sistematik yang wujud antara struktur bahasa dengan struktur sosial.

Linguistik Melayu oleh Zulkifley Hamid menyatakan sosiolinguistik bidang ilmu yang

meniliti aspek hubungan antara bahasa dengan masyarakat.

PERSAMAAN

Displin ilmu dalam linguistik.

Membuat kajian tentang bahasa.

PERBEZAAN

PSIKOLINGUISTIK SOSIOLINGUISTIK

Gabungan displin ilmu psikologi dengan linguistik.

Psikolinguistik menekan pada perkembangan diri individu dalam pemerolehan bahasa.

Subbidang yang mendasari komponen bahasa manusia: a. Fonetik dan fonologi – bunyi dan

ujaran

Gabungan displin ilmu sosiologi dengan linguistik.

Sosiolinguistik menekan penggunaan bahasa individu dalam masyarakat.

Subbidang kajian sosiolinguistik:a. Diateklogib. Variasi bahasac. Sikap bahasad. Etnografi komunikasi

23

3.0 BANDING BEZA PSIKOLINGUISTIK DENGAN SSOSIOLINGUISTIK

Page 24: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

b. Morfologi –peerkataanc. Sintaksis – pola ayatd. Semantik – makna perkataane. Pragmatic – penggunaan bahasa

dalam konteks

Dikenali sebagai psikologi bahasa.Beza psikologi bahasa dan psikolinguistik:- Psikologi bahasa : hipotesis tentang

pemerolehan bahasa dan kecekapan dalam teori linguistik (persepsi, ingatan, kecerdasan atau motivasi)

- Psikoloinguistik : perkembangan mengkaji keupayaan bayi dan kanak-kanak memperoleh bahasa dan mempelajari bahasa.

Dikenali sebagai sosiologi bahasa..Beza sosiologi bahasa dan sosiolinguistik:- Sosiologi bahasa : fokus kepada

kesan masyarakat terhadap sesuatu bahasa.

- Sosiolinguistik : kesan bahasa terhadap masyarakat.

RUMUSAN

Sosiolinguistik dan psikolinguistik adalah dua kajian tentang bahasa. Apa yang

membezakan adalah konteks kajian iaitu aspek psikologi dan sosiologi.

Sosiolinguistik mengkaji seluruh aspek kehidupan manusia termasuk nilai budaya,

konteks bahasa yang digunakan. Ini disebabkan mobiliti masyarakat yang nomad. Maka

terjadilah proses penyebaran bahasa. Keadaa ini melahirkan dialek, laras bahasa dan

variasi bahasa. Manakala psikolinguistik melibatkan proses pemerolehan bahasa serta

bagaimana minda beroperasi.

24

Page 25: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

Sejarah perkembangan ilmu linguistik telah melalui 9 fasa zaman iaitu dimulai

oleh zaman yunani, zaman iskandariah, zaman rom, zaman pertengahan, zaman

peralihan, zaman arab, zaman india, zaman perbandingan linguistik dan akhir sekali

zaman linguistik moden. Setiap zaman ini memegang epistemologi yang berlainan.

Hal ini kerana setiap sarjana liguistik dan ahli bahasa bagi setiap zaman berusaha

untuk mengetengahkan filasat masing-masing akan struktur tatabahasa linguistik.

Walaubagaimanapun, sumbangan idea dan paradigma falsafah inilah yang menjadi

asas kepada pembentukan linguistik abad ke-20.

25

4.0 PENUTUP

Page 26: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

Refleksi Kendiri Kerja Kursus Projek Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

NAMA : AUTDREY ANAK KANCHIN

NO KP : 900221-13-7232

Dengan nama Kristus yang maha pemurah lagi maha pengasih,

segala pujian bagi-Nya, Tuhan sekalian alam, keluarga, para sahabat

serta para tabi’in. Syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnia dan izinnya, akhirnya

saya- Autdrey anak Kanchin dapat menyiapkan tugasan projek bmm 3107-

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Terlebih dahulu, dikesempatan yang ada ini saya ingin merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing subjek

BMM 3107 saya – Puan Noor Liza binti Abdullah bagi semester 4 program ijazah

sarjana muda perguruan (PISMP) ambilan januari 2011. Segala tunjuk ajar,

bimbingan dan kata nasihat daripada beliau amat saya hargai.

Subjek Pengantar Linguistik ini merupakan salah satu pengajian major yang

harus saya pelajari dalam memperlengkapkan kemahiran pedagogi saya sebagai

seorang bakal guru. Memahami dan mempelajari skop-skop tajuk di bawah

matapelajaran Pengantar Linguistik ini merupakan satu kemestian dan ia merupakan

tanggungjawab yang harus saya pikul sebagai seorang pelajar pada masa ini.

Pada awal menerima taklimat daripada pensyarah pembimbing akan sinopsis

dan kandungan subjek ini, saya tidak menunjukkan minat kerana pada pandangan

saya belajar sejarah adalah sesuatu yang membosankan.hal ini kerana dalam

proforma Pengantar Linguistik bahasa Melayu terdapat tajuk Sejarah Perkembangan

Ilmu Linguistik yang harus kami pelajari. Itu persepsi awal saya. Tetapi apabila saya

belajar sendiri melalui bahan-bahan rujukan seperti buku dan laman sesawang,

disogok pula dengan kuliah daripada pensyarah pembimbing yang ringkas tetapi

padat, persepktif saya pada matapelajaran ini mula berubah. Saya mula memahami

26

5.0 REFLEKSI KENDIRI

Page 27: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

sebagai seorang bakal guru, memahami epistemologi pengantar linguistik

membantu saya dalam memahami perkembangan ilmu linguistik di dunia dan

falsafah pemikiran tokoh-tokoh linguistik.

Bukan itu sahaja, mempelajari pengantar linguistik ini membantu saya

memahami konsep struktur linguistik dalam bahasa Melayu. Tatatingkat linguistik

mengikut buku Daftar Ejaan Rumi Baharu bahasa Melayu karya Nik Safiah Karim

mengariskan fonetik dan fonologi sebagai asas struktur linguistik bahasa melayu,

diikuti dengan kajian morfologi,seterusnya kajian sintaksis, kajian semantik, kajian

pragmatik dan akhir sekali analisis wacana. Setiap bahagian struktur linguistik ini

dapat saya rumuskan seperti yang berikut:

a. Fonetik dan fonologi – fonetik cenderuung mengkaji aspek bunyi sesuatu

bahasa yang bermakna, iaitu bunyi vokal atau bunyi konsonan. Bunyi-

bunyi ini dicerakinkan berdasarkan criteria tertentu. Konsonan dihasilkan

berdasarkan daerah artikulasi dan cara sebutan. Manakala bunyi vocal

pula dihasilkan berdasarkan kedudukan lidah, bahagian lidah yang terlibat

dan bentuk bibir sama ada dalam keadaan hampar, bersahaja atau

bundar.

b. Morfologi- morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata

dan pembentukan kata. kata dibentuk dari unit terkecil bermakna yang

dikenali sebagai morfem. Morfem dibahagikan kepada dua iaitu morfem

bebas dan morfem terikat. Morfem-morfem ini akan membentuk kata yang

dibahagikan kepada dua iaitu kata dasar dan kata terbitan. Kata-kata ini

dapat digolongkan kepada kata nama, kata kerja, kata sendi nama dan

Kata adjektif.

c. Sintaksis- sintaksis merupakan bidang yang melihat cara kata-kata

dihubungkan dalam bahasa untuk membentuk ayat.

d. Semantik – semantik adalah kajian kepada makna yang terkandung dalam

sesuatu bahan bahasa, pada peringkat kata, frasa, klausa atau ayat.

e. Pragmatik – pragmatik adalah kajian tentang konteks ayat yang dituturkan

dari aspek makna. Walaupun ayat yang sama, tetapi kita boleh membuat

inferens yang pelbagai berpandukan ayat tersebut melalui intonasi,

tekanan dan jeda yang digunakan oleh si penutur.

27

Page 28: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

Kini, saya melihat bidang ini mencabar kredibiliti saya sebagai seorang

pelajar. Bagaimana? Untuk mempelajari struktur linguistik, ia mengambil masa yang

lama. Malahan setiap bidang linguistik memiliki konsep dan rumus-rumus yang

harus kita fahami. Contohnya, dalam sintaksis. Untuk membina ayat, kita harus

mematuhi hokum DM. Tetapi ada ayat yang subjeknya kita boleh gugurkan dan

gantikan dengan kata nama lain. Malahan terdapat ayat yang boleh kita majmukkan

dengan bantuan kata hubung.

Sehubungan dengan itu, bagi mentaksir prestasi pengetahuan saya dalam

bidang pengantar linguistik bahasa Melayu; satu kerja kursus projek telah dberikan.

Taklimat kerja kursus projek ini telah dilaksanakan pada 8 ogos 2012 oleh

pensyarah pembimbing subjek.

Sepanjang tempoh 5 minggu perlaksanaan kerja kursus ini, banyak yang

telah saya pelajari dan perolehi. Baik dari aspek pemerolehan ilmu atau perkongsian

idea, semuanya memberikan impak yang besar dalam kehidupan saya sebagai

seorang pelajar. Dalam proses mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan

semantik dan pragmatik,ia telah mengajar saya erti berkongsi. Memandangkan

bahan rujukan yang diperolehi terhad terutamanya bagi kajian pragmatik, maka kami

sekelas telah berkongsi bahan-bahan rujukan yang kami perolehi. Terutamanya,

jurnal bahasa, ensiklopedia bahasa melayu dan buku-buku yang berkaitan dengan

bidang pengantar linguistik.

Kekangan muncul sekali lagi, apabila saya membaca bahan-bahan yang telah

saya perolehi. Informasi yang dipaparkan dalam buku rujukan yang saya perolehi

dari aspek kandungan isi dan huraian agak sama tentang perkembangan ilmu

linguistik. Contohnya, buku rencana linguistik dan buku linguistik am untuk guru

bahasa malaysia oleh abdullah hassan dalam menghuraikan sejarah perkembangan

ilmu linguistik. Perbezaan yang ketara adalah di dalam buku Rencana Linguistik,

Abdullah Hassan hanya membincangkan perkembangan 7 zaman ilmu linguistiK,

tetapi dalam bukunya Linguistik Am, beliau membincangkan 9 zaman

perkembangan ilmu linguistiK. Spekulatif saya mungkin ini merupakan

pembaharuan bagi ilmu yang diberikan dengan menambah baik sumber maklumat

sedia ada. Maklumat yang perolehi saya baca dan cernakan lalu tuliskan kembali

28

Page 29: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

mengikut kefahaman saya. Saya sedari sebagai seorang pelajar, amalan plagiat

hanya akan menjejaskan kualiti diri saya. Adalah molek saya menulis mengikut

kefahaman saya kerana itulah tahap pencapaian saya dalam menguasai bidang

pengantar linguistik bahasa Melayu. Perkara ini secara tidak langsung membantu

saya mengulangkaji pelajaran saya. ini merupakan satu peneguhan bagi saya

mengingat kembali ilmu yang semakin saya lupakan dek hambatan waktu dan kerja.

Epilognya, menjadi guru yang tahu dan tidak mudah lupa akan epitaf sejarah

adalah satu entiti yang penting dalam masyarakat. Individu yang kenal sejarah akan

menghargai hasil sumbangan pada zaman-zaman terdahulu,kerana itulah

penyumbang kepada kemodenan zaman kini. Oleh itu, belajar pengantar linguistik

bahasa melayu merupakan satu bonus bagi guru bahasa melayu. Secara tidak

langsung kerja kursus ini telah membantu mendedahkan sejarah perkembangan

ilmu linguistik yang tidak pernah dipelajari pada peringkat sekolah rendah dan

sekolah menengah.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh,

_________________

Autdrey anak Kanchin,

PISMP BM 1111.

29

Page 30: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

BUKU

Abdullah Hassan. 1978. Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan.1989. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Abdullah Hassan. 2006. Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Abdullah Hassan. 2006. Aplikasi Psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Adrian Akmajian.1995. Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1981

Raminah Hj Sabran & Rahim Syam. 1985. Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Percetakan Jiwabaru Sdn Bhd.

Zulkifley Hamid, Ramli Md Salleh & Rahim Aman. 2007. Linguistik Melayu. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

30

6.0 BIBLIOGRAFI

Page 31: KKP BMM 3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

[]

Lampiran A – Maklumat rujukan Pengantar Linguistik Bahasa

Melayu

Lampiran B – Salinan Kerja Kursus dalam bentuk Cakera Padat

31