k.kerja Kem Pecutan Akhir Pisa

  • View
    73

  • Download
    14

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh kertas kerja kem pecutan akhir

Text of k.kerja Kem Pecutan Akhir Pisa

Ruj kami : SMAN: 30/001/32 (14)Tarikh : 16 April 2015

Pegawai,Pejabat Pendidikan Daerah,Kuala Muda Yan,08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman.

Tuan,MEMOHON PERUNTUKAN UNTUK TEMPAHAN SLING BAG BAGI PELAJAR PISA 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak sekolah akan melaksanakan Kem Pecutan Akhir PISA peringkat sekolah kepada 40 pelajar tingkatan 4 yang terpilih untuk menduduki ujian PISA selama 3 hari bermula pada 26 April 2015 hingga 29 April 2015.

3Sehubungan dengan itu pihak sekolah ingin memohon peruntukan sebanyak RM1200.00 untuk perbelanjaan tempahan Sling Bag kepada para pelajar semasa mengikuti Kem Pecutan Akhir Pisa Peringkat Sekolah.

4.Bersama ini, disertakan lampiran sebutharga untuk tindakan pihak tuan.

Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

YAKIN BOLEH, YAKIN HEBAT PISA 2015, SMAN TERUNGGUL!

Saya yang menurut perintah,

.................................................

Ruj kami : SMAN: 30/001/32 (15)Tarikh : 16 April 2015

Pegawai,Pejabat Pendidikan Daerah,Kuala Muda Yan,08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman.

Tuan,MEMOHON PERUNTUKAN UNTUK BELIAN TETIKUS (MOUSE) BAGI PELAJAR PISA 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2Sukacita dimaklumkan, SMA Nahdzah telah terpilih antara 230 buah sekolah di Malaysia dan 17 buah sekolah di kedah yang terlibat dengan program PISA.

3Sehubungan dengan itu pihak sekolah ingin memohon peruntukan sebanyak RM600.00 untuk perbelanjaan belian tetikus (mouse) kepada para pelajar untuk memudahkan mereka menjawab soalan menggunakan komputer semasa ujian sebenar PISA berlangsung pada 30 April 2015.

4.Bersama ini, disertakan anggaran harga belian tetikus (mouse) untuk tindakan pihak tuan.

Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

YAKIN BOLEH, YAKIN HEBAT PISA 2015, SMAN TERUNGGUL!

Saya yang menurut perintah,

.................................................

Ruj kami : SMAN: 30/001/32 (12) Tarikh : 16 April 2015

Pegawai,Pejabat Pendidikan Daerah,Kuala Muda Yan,08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman.

Tuan,MEMOHON PERUNTUKAN UNTUK MAKAN DAN MINUM PELAJAR BAGI KEM PECUTAN AKHIR PISA PERINGKAT SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak sekolah akan melaksanakan Kem Pecutan Akhir PISA peringkat sekolah kepada 40 pelajar tingkatan 4 yang terpilih untuk menduduki ujian PISA selama 3 hari bermula pada 26 April 2015 hingga 29 April 2015.

3Sehubungan dengan itu pihak sekolah ingin memohon peruntukan sebanyak RM1200.00 untuk perbelanjaan makan dan minum kepada para pelajar semasa mengikuti Kem Pecutan Akhir tersebut.

4.Bersama ini, disertakan lampiran anggaran harga makan dan minum pelajar untuk tindakan pihak tuan.

Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

YAKIN BOLEH, YAKIN HEBAT PISA 2015, SMAN TERUNGGUL!

Saya yang menurut perintah,

.................................................

Ruj kami : SMAN: 30/001/32 (13)Tarikh : 16 April 2015

Pegawai,Pejabat Pendidikan Daerah,Kuala Muda Yan,08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman.

Tuan,MEMOHON PERUNTUKAN UNTUK PEMBELIAN ALAT TULIS BAGI KEM PECUTAN AKHIR PISA PERINGKAT SEKOLAH.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak sekolah akan melaksanakan Kem Pecutan Akhir PISA peringkat sekolah kepada 40 pelajar tingkatan 4 yang terpilih untuk menduduki ujian PISA selama 3 hari bermula pada 26 April 2015 hingga 29 April 2015

3Sehubungan dengan itu pihak sekolah ingin memohon peruntukan untukbelian alat tulis sebanyak RM400.00 bagi Kem Pecutan Akhir PISA 2015 Peringkat Sekolah.

4.Bersama ini, disertakan lampiran sebutharga alat tulis untuk tindakan pihak tuan.

Segala kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai..

Sekian, terima kasih.

YAKIN BOLEH, YAKIN HEBAT PISA 2015, SMAN TERUNGGUL!

Saya yang menurut perintah,

.................................................

SMA NAHDZAH(SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN )Batu 12, Bukit Besar 06800, Yan. Kedah Darul Aman

KEM PECUTAN AKHIR PISA PERINGKAT SEKOLAHLITERASI SAINS, MATEMATIK DAN BAHASA TAHUN 2015

1.0 PENGENALAN

Programme for International Students Assessment (PISA) merupakan penyelidikan pendidikan antarabangsa terbesar di dunia. Dianjurkan oleh Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang berpengkalan di Paris. Bermula pada tahun 2000 dan dijalankan setiap 3 tahun. PISA 2015 merupakan pusingan PISA yang ke-6. Melalui Inisiatif PISA di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,sasaran yang ditetapkan bagi sekolah berasrama penuh adalah mencapai skor 500, manakala bagi sekolah harian adalah 460 menjelang 2015. Selaras dengan usaha ini, kelas Pecutan Akhir PISA peringkat sekolah untuk literasi sains, matematik dan bahasa bagi menjawab soalan berbentuk KBAT yang dilaksanakan diharap dapat menjana kecemerlangan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pelajar-pelajar SMA Nahdzah.Kelas ini bertujuan untuk mengukuh,memantap dan meningkatkan keupayaan murid dalam menjawab soalan yang menekankan kemahiran berfikir aras tinggi untuk mencapai skor yang telah ditetapkan.

2.0 RASIONAL

2.1 Pencapaian bagi mock test semasa Kelas Pectan Akhir Pisa Peringkat Negeri Kedah kurang memuaskan.

2.2 Setiap pelajar mempunyai potensi diri yang boleh dikembangkan dan di harapdapat diguna bagi meningkatkan momentum dan pembudayaan KBAT melalui soalan-soalan yang menekankan KBAT 2.3Kebanyakan pelajar kurang cekap dalam mengendalikan komputer

3.0 MISI

Bidang Sains dan Matematik serta Bahasa akan berusaha untuk melahirkan pelajar yang:

3.1 Bermotivasi tinggi dan berdaya saing.

3.2 Berkemahiran Berfikir Aras Tinggi setanding dengan pencapaian purata global menjelang 2015.

3.3 Berkemahiran dalam menggunakan komputer

4.0 MATLAMAT

4.1 Membimbing pelajar melalui latih tubi soalan menggunakan komputer bagi memantapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan cekap menggunakan komputer.

4.2 Merangsang semangat belajar yang tinggi,setanding dengan peringkat global

4.3 Mendedahkan pelajar kepada kemahiran menjawab soalan KBAT. 4.4 Membimbing pelajar agar dapat menjawab soalan PISA menggunakan komputer melalui kaedah cooperative learning

4.5 Meningkatkan persefahaman dan tanggungjawab bersama antara guru dan pelajar Tingkatan 4 tahun 2015 agar dapat bergerak serentak dan sederap bersama ke arah satu matlamat yang sama iaitu untuk meningkatkan kualiti pencapaian pelajar dalam PISA 2015 dan menjadi penanda aras kualiti pendidikan negara Malaysia.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memastikan pelajar dapat menjawab dengan tepat soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

5.2 Membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di kalangan guru dan pelajar.

5.3 Memastikan pencapaian yang berkualiti dalam Literasi Sains, Matematik, bacaan dan penyelesaian masalah.

5.4 Memastikan semua pelajar yang terlibat berkemahiran dalam menjawab soalan PISA menggunakan komputer.

6.0 KUMPULAN SASAR

6.1 40 pelajar Tingkatan 4 tahun 2015 yang telah terpilih untuk menduduki ujian PISA 2015 pada 30 April 2015 jam 8.00 pagi. (Rujuk lampiran 1)

7.0 PELAKSANAAN

7.1 Nama guru yang tercatat dalam jadual merupakan fasilitator bagi setiap sesi Kem Pecutan Akhir PISA yang di adakan. Semua guru dalam setiap panitia sains, matematik dan bahasa juga akan terlibat dalam membantu dan seterusnya menjadi penggerak kepada pelaksanaan Kem Pecutan Akhir Pisa peringkat sekolah.

8.0 JADUAL KEM PECUTAN AKHIR PISA 2015 PERINGKAT SEKOLAH

8.1 (Rujuk lampiran 2)

9. ANGGARAN PERBELANJAAN KEM PECUTAN AKHIR PISA 2015 PERINGKAT SEKOLAH

BILBUTIRANKETERANGANKOS(RM)JUMLAH( RM )

1.Makanan dan minuman Sarapan (Mee/bihun goreng + Milo)Makan TengahariMakan Petang (Roti + Air kotak)40 pelajar x RM3.00 x 3 hari

40 pelajar x RM5.00 x 3 hari40 pelajar x RM2.00 x 3 hari 360.00

600.00240.00

1200.00

2.Sling Beg40 pelajar x RM30

1200.001200.00

3.Alat tulis.A. Fail Plastik

B. Pen (merah, hitam, biru)

C. Nota kecil

40 pelajar x RM5.00

3 batang x 40 pelajar x RM1.00

40 pelajar x RM2.00

200.00

120.00

80.00

400.00

JUMLAH KESELURUHANRM2,800.00

10. Penutup

Bagi memastikan Kelas Pecutan Akhir peringkat sekolah ini dapat dijalankan dengan berkesan, semua pihak yang terlibat terutama pelajar dan guru perlulah memberikansepenuh komitmen, iltizam dan kesungguhan. Guru-guru harus sepakat menimba ilmu yang terkini dan bergerak sederap mencari strategi yang relevan dan sesuaibagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan seterusnya merealisasikan pencapaian dalam PISA. Semoga usahamurni ini direstui dan diberkati Allah S.W.T. Insya-Allah.

YAKIN BOLEH, YAKIN HEBAT

PISA 2015, SMAN TERUNGGUL!

Di sediakan oleh : Disahkan oleh :

. .

(NORMAYATI BINTI JAAFAR) Setiausaha PISA 2015,SMA Nahdzah