16
TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS “KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI” DEWAN PERHIMPUNAN SK TUDAN MIRI 2 JULAI 2011 Masa Aturcara Panduan (Cue) Tindakan Teks Pengacaraan Catatan 0715 Ketibaan para pelajar. Muzik instrumental dimainkan. Selepas mendapat isyarat, muzik dihentikan untuk pengumuman. Pengacara Majlis AJK Protokol AJK Teknikal Para hadirin sekalian, Majlis akan di mulakan sebentar lagi. Bagi memastikan kelancaran program pada pagi ini, majlis ingin memaklumkan kepada para hadirin sekalian bahawa sila pastikan telefon bimbit anda dalam keadaan mod senyap atau matikan telefon bimbit anda sepanjang majlis ini berlangsung. Kerjasama hadirin sekalian adalah sangat dihargai. Terima kasih. 0730 Ketibaan guru-guru, staf-staf sokongan dan ibu bapa.

KKBI - Teks Pengacaraan Majlis

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KKBI - Teks Pengacaraan Majlis

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS “KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI”

DEWAN PERHIMPUNAN SK TUDAN MIRI

2 JULAI 2011

Masa Aturcara Panduan (Cue) Tindakan Teks Pengacaraan Catatan

0715

Ketibaan para pelajar.

Muzik instrumental

dimainkan.

Selepas mendapat isyarat,

muzik dihentikan untuk

pengumuman.

Pengacara

Majlis

AJK Protokol

AJK Teknikal

Para hadirin sekalian,

Majlis akan di mulakan sebentar lagi.

Bagi memastikan kelancaran program

pada pagi ini, majlis ingin memaklumkan

kepada para hadirin sekalian bahawa sila

pastikan telefon bimbit anda dalam

keadaan mod senyap atau matikan

telefon bimbit anda sepanjang majlis ini

berlangsung.

Kerjasama hadirin sekalian adalah sangat

dihargai.

Terima kasih.

0730

Ketibaan guru-guru,

staf-staf sokongan dan

ibu bapa.

Masa Aturcara Panduan (Cue) Tindakan Teks Pengacaraan Catatan

Page 2: KKBI - Teks Pengacaraan Majlis

0800

Ketibaan Yang Diraikan,

En. Jong Jin Haw diiringi

dif-dif kehormat masuk ke

dalam dewan.

Muzik gamelan

mengiringi ketibaan

tetamu kehormat.

Pengacara

Majlis

AJK Protokol

AJK Teknikal

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan

En. Rafiuddin Hamdani, guru besar

Sekolah Kebangsaan Tudan Miri diiringi

dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.

Hadirin diminta berdiri.

0810

Tetamu kehormat berada

di tempat masing-masing.

Muzik gamelan

dihentikan.

Lagu Negaraku dan lagu

Ibu Pertiwiku.

Setelah lagu dinyanyikan.

Salutasi.

Pengacara

Majlis

AJK Teknikal

Hadirin diminta untuk sama-sama

menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu

Pertiwiku.

Hadirin dipersilakan duduk.

Hari yang berbahagia penuh bermakna

kami bawakan kepada anda Majlis

“Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena

persaraan En. Rafiuddin Hamdani, Guru

Besar SK Tudan Miri. Salam sejahtera,

salam perpaduan dan salam ‘Satu

Malaysia’.

Masa Aturcara Panduan (Cue) Tindakan Teks Pengacaraan Catatan

Page 3: KKBI - Teks Pengacaraan Majlis

0810

Tetamu kehormat berada

di tempat masing-masing.

Salutasi. Pengacara

Majlis

Yang Berusaha,

En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan

Pegawai Pelajaran Bahagian Miri

Yang Berusaha,

Pn. Saleha Bee Siraj

Guru Penolong Kanan 1

SK Tudan Miri

Yang Dihormati,

En. Lee Su Foo

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan

Guru (PIBG), SK Tudan Miri

dan,

Yang Diraikan

En. Rafiuddin Hamdani

Guru Besar SK Tudan Miri

Masa Aturcara Panduan (Cue) Tindakan Teks Pengacaraan Catatan

Page 4: KKBI - Teks Pengacaraan Majlis

0810

Tetamu kehormat berada

di tempat masing-masing.

Kata alu-aluan. Pengacara

Majlis

Seterusnya, barisan guru, murid-murid,

hadirin dan hadirat yang dihormati

sekalian. Selamat datang ke Majlis

“Kasih Disemai Bakti Dituai”.

Sarung ketupat berisi inti,

Dibawa budak sambil berlari,

Kehadiran semua sangat dihargai,

Moga Majlis bertambah seri.

0830

Bacaan Doa.

Ustaz bersedia untuk

bacaan doa.

Pengacara

Majlis

Pengurus

aturcara

Ustaz Awang

Ariffin

Bunga mawar cantik tersemat,

Dipetik gadis di tepi titi,

Doa dibaca memohon Rahmat,

Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan majlis kita

pada hari yang penuh bermakna ini,

marilah sama-sama kita menadah

tangan mengaminkan bacaan doa yang

akan dibacakan oleh Ustaz Awang

Ariffin. Dipersilakan.

Masa Aturcara Panduan (Cue) Tindakan Teks Pengacaraan Catatan

Page 5: KKBI - Teks Pengacaraan Majlis

0830

Bacaan Doa.

Bacaan doa. Ustaz Awang

Ariffin

(Slot bacaan doa)

0845

Bacaan Doa Tamat.

Bacaan doa tamat. Pengacara

Majlis

Majlis merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada

Ustaz awang Ariffin atas bacaan doa itu

tadi. Semoga kita semua sentiasa

berada dalam limpah kurnia dan

rahmatNya.

0850

Ucapan alu-aluan dari Pn.

Saleha Bee Siraj, Guru

Penolong Kanan 1, SK

Tudan Miri.

Tunggu 5 saat. Pengacara

Majlis

AJK Pengiring

Pn. Saleha Bee

Siraj

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,

Tak berguna jika ada dayung tiada,

perahunya, Tak lengkaplah majlis jika

tidak ada yang berbicara.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan

mendengarkan ucapan alu-aluan

daripada Yang Berusaha, Pn. Saleha

Bee Siraj, Guru Penolong Kanan 1, SK

Tudan Miri.

Dipersilakan.

Penyampaian ucapan alu-aluan oleh Pn. Saleha Bee

Page 6: KKBI - Teks Pengacaraan Majlis

0920

Ucapan alu-aluan tamat. AJK Pengiring mengiringi

Pn. Saleha ke tempat

duduknya.

Pengacara

Majlis

AJK Pengiring

Terima kasih diucapkan kepada Yang

Berusaha, Pn. Saleha atas ucapan yang

telah disampaikan sebentar tadi.

0925

Ucapan dari En. Abdul

Aziz bin Hj. Redwan,

selaku Pegawai Pelajaran

Bahagian Miri.

Tunggu 5 saat. Pengacara

Majlis

AJK Pengiring

En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan

Majlis seterusnya menjemput dan

mempersilakan Yang Berusaha, En.

Abdul Aziz bin Hj. Redwan,

Pegawai Pelajaran Bahagian Miri untuk

menyampaikan ucapan beliau. Oleh itu,

majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

Penyampaian ucapan oleh En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan

1045

Ucapan dari En. Abdul

Aziz bin Hj. Redwan,

tamat.

Tunggu 5 saat. Pengacara

Majlis

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih

kepada Yang Berusaha, En. Abdul Aziz

bin Hj. Redwan atas ucapan itu tadi.

Masa Aturcara Panduan (Cue) Tindakan Teks Pengacaraan Catatan

Page 7: KKBI - Teks Pengacaraan Majlis

1050

Ucapan dari Yang

Diraikan, En. Rafiuddin

Hamdani.

Tunggu 5 saat. Pengacara

Majlis

Untuk menyempurnakan lagi majlis

pada pagi ini, dengan segala hormatnya

menjemput Yang Diraikan, En.

Rafiuddin Hamdani untuk memberikan

sepatah dua kata. Majlis dengan penuh

takzimnya mempersilakan.

Penyampaian ucapan oleh En. Rafiuddin Hamdani

1120

Ucapan dari En. Rafiuddin

Hamdani, tamat.

Tunggu 5 saat. Pengacara

Majlis

Majlis merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada

Yang Diraikan, En. Rafiuddin Hamdani

atas ucapan yang membina sebentar

tadi.

Masa Aturcara Panduan (Cue) Tindakan Teks Pengacaraan Catatan

Page 8: KKBI - Teks Pengacaraan Majlis

1125

Tayangan Multimedia

Khas untuk En. Rafiuddin

Hamdani.

Tunggu 5 saat.

AJK Multimedia

menguruskan layar putih

untuk tujuan tayangan

multimedia tersebut di

tengah-tengah pentas.

Pengacara

Majlis

AJK Multimedia

Jasamu dikenang,

Budimu tak terbilang,

Semangatmu dijulang,

Kepimpinanmu gemilang.

Begitulah yang boleh kita perkatakan

atas segala bakti dan kepimpinan yang

dilakukan oleh Yang Diraikan En.

Rafiuddin Hamdani sepanjang

perkhidmatan beliau di dalam dunia

pendidikan yang berakhir sebagai Guru

Besar di SK Tudan Miri.

1130

Tayangan Multimedia

Khas untuk En. Rafiuddin

Hamdani.

Cikgu Farid bersedia

untuk tayangan

multimedia.

Muzik instrumental

dimainkan apabila

tayangan multimedia

dimulakan.

Pengacara

Majlis

En. Farid.

AJK Multimedia

Untuk itu, marilah sama-sama kita

saksikan persembahan multimedia yang

telah disediakan oleh En. Farid,

berkisarkan kenangan pahit manis di

sepanjang perkhidmatan En. Rafiuddin

Hamdani sebagai Guru Besar SK Tudan

Miri sejak dari tahun 1998 lagi.

Masa Aturcara Panduan (Cue) Tindakan Teks Pengacaraan Catatan

Page 9: KKBI - Teks Pengacaraan Majlis

Slot tayangan multimedia dimulakan

1145

Tayangan Multimedia

tamat.

Muzik instrumental

dihentikan.

Tunggu 5 saat.

Pengacara

Majlis

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan

persembahan multimedia sempena

persaraan Yang Diraikan En. Rafiuddin

Hamdani. Mudah-mudahan ianya dapat

memberi sumber inspirasi buat kita

semua.

1150

Penyampaian

Cenderamata dari warga

sekolah kepada Yang

Diraikan, En. Rafiuddin

Hamdani.

Pengurus Aturcara

memastikan kesemua

wakil pemberi

cenderamata bersedia

berbaris mengikut urutan

yang diumumkan oleh

pengacara majlis.

Wakil-wakil akan berdiri

di sebelah kanan dewan

kemudiannya akan

masuk melalui tangga di

sebelah kiri.

Pengacara

Majlis

Pengurus

Aturcara

AJK Pengiring

AJK

Cenderamata

Majlis diteruskan dengan upacara

penyampaian cenderamata buat Yang

Diraikan En. Rafiuddin Hamdani.

Sebelum itu, majlis dengan segala

hormatnya menjemput Pn. Saleha Bee,

Guru Penolong Kanan 1, SK Tudan Miri

untuk mengiringi Yang Diraikan En.

Rafiuddin Hamdani untuk menerima

cenderamata kenang-kenangan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Masa Aturcara Panduan (Cue) Tindakan Teks Pengacaraan Catatan

Page 10: KKBI - Teks Pengacaraan Majlis

1105

Penyampaian

Cenderamata dari warga

sekolah kepada Yang

Diraikan, En. Rafiuddin

Hamdani.

Muzik gamelan akan

dimainkan.

Wakil-wakil akan naik ke

pentas memberikan

cenderamata selepas

diumumkan oleh

pengacara majlis.

Muzik gamelan akan

diperlahankan.

Pengacara

Majlis

Pengurus

Aturcara

AJK Pengiring

AJK

Cenderamata

Kita akan mulakan dengan

penyampaian cenderamata daripada

warga sekolah.

Dipersilakan wakil daripada:

1. Guru-guru SK Tudan Miri

2. Staf-staf sokongan

3. Pra-sekolah dan Pendidikan

Khas

4. Kelas-kelas tahap satu

5. Kelas-kelas tahap dua

1130

Upacara penyampaian

cenderamata tamat.

Muzik gamelan akan

dihentikan.

En. Rafiuddin dan

pengiring-pengiring

bergerak ke tempat

masing-masing.

Pengacara

Majlis

Itulah tadi upacara penyampaian

cenderamata khusus untuk Yang

Diraikan En. Rafiuddin Hamdani. Majlis

turut merakamkan ribuan terima kasih

kepada semua penyampai cenderamata

sebentar tadi.

Masa Aturcara Panduan (Cue) Tindakan Teks Pengacaraan Catatan

Page 11: KKBI - Teks Pengacaraan Majlis

1135

Persembahan deklamasi

puisi oleh Pn. Erina Amor.

Pembaca puisi pertama

bersedia.

Setelah mendapat isyarat

dari pengurus aturcara,

Pn. Erina akan bergerak

ke rostrum.

Pengacara

majlis

Pn. Erina Amor

Hadirin sekalian,

Majlis berehat seketika. Untuk

memeriahkan lagi majlis pada pagi ini,

marilah sama-sama kita menghayati

sebuah puisi berjudul Warkah Seorang

Pendidik. Puisi ini adalah hasil nukilan

En. Let Keram dan akan disampaikan

oleh Pn. Erina Amor.

Dipersilakan.

Deklamasi puisi oleh Pn. Erina Amor.

1145

Persembahan tamat.

Tunggu 5 saat. Pengacara

majlis

Terima kasih diucapkan kepada Pn.

Erina atas kesudian mendeklamasikan

puisi itu tadi.

Masa Aturcara Panduan (Cue) Tindakan Teks Pengacaraan Catatan

Page 12: KKBI - Teks Pengacaraan Majlis

1150

Penyampaian

cenderamata kepada

Yang Berusaha,

En. Abdul Aziz bin Hj.

Redwan,

Pegawai Pelajaran

Bahagian Miri

Tunggu 5 saat.

Pengiring bersedia

mengiring Yang

Berusaha, En. Abdul Aziz

untuk menerima

cenderamata dari pihak

sekolah.

Muzik instrumental

dimainkan perlahan.

Pengacara

Majlis

Pengurus

Aturcara

AJK Pengiring

AJK

Cenderamata

Majlis diteruskan lagi dengan upacara

penyampaian cenderamata buat Yang

Berusaha, En. Abdul Aziz bin Hj.

Redwan, Pegawai Pelajaran Bahagian

Miri.

Sebelum itu, majlis dengan segala

hormatnya menjemput Pn. Saleha Bee

untuk mengiringi En. Abdul Aziz untuk

menerima cenderamata penghargaan

dari pihak sekolah, SK Tudan Miri.

1155

Upacara penyampaian

cenderamata

penghargaan tamat.

Muzik instrumental akan

dihentikan.

Tunggu 5 saat.

En. Abdul Aziz dan

pengiring-pengiring

bergerak ke tempat

masing-masing.

Pengacara

Majlis

Itulah tadi upacara penyampaian

cenderamata penghargaan untuk Yang

Berusaha, En. Abdul Aziz bin Hj.

Redwan. Majlis merakamkan ribuan

terima kasih kepada beliau atas

kesudian menerima cenderamata itu

tadi. Majlis turut merakamkan ribuan

terima kasih kepada semua penyampai

cenderamata sebentar tadi.

Masa Aturcara Panduan (Cue) Tindakan Teks Pengacaraan Catatan

Page 13: KKBI - Teks Pengacaraan Majlis

1200

Majlis berakhir.

Tunggu 5 saat.

Muzik instrumental

dimainkan perlahan.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar

telah sampai di pelabuhan, umpama

berkayuh telah sampai di muara,

umpama berjalan telah sampai di

destinasi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun

berada di hujung acara.

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis

kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita

akan menyaksikan buat kali terakhirnya

Yang Diraikan En. Rafiuddin Hamdani

menandatangani buku rekod kehadiran

sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi

beliau di dalam dunia pendidikan ini.

En. Rafiuddin menandatangani buku rekod kehadiran di tengah-tengah pentas.

1200

Majlis berakhir.

En. Rafiuddin diiringi

semula ke tempat

duduknya.

Pengacara

majlis.

Itulah tadi sesi menandatangani buku

rekod kehadiran yang akhir kalinya buat

En. Rafiuddin Hamdani.

Masa Aturcara Panduan (Cue) Tindakan Teks Pengacaraan Catatan

Page 14: KKBI - Teks Pengacaraan Majlis

1205

Majlis berakhir.

Muzik gamelan

dimainkan perlahan.

AJK Pengiring bersedia

untuk mengiringi

keberangkatan tetamu

kehormat keluar dari

dewan.

Pengacara

majlis.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Demikianlah tadi berakhirnya majlis kita

pada hari ini. Sekali lagi majlis

merakamkan jutaan terima kasih

kepada:

Yang Berusaha,

En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan

Pegawai Pelajaran Bahagian Miri

Yang Berusaha,

Pn. Saleha Bee Siraj

Guru Penolong Kanan 1

SK Tudan Miri

Yang Dihormati,

En. Lee Su Foo

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan

Guru (PIBG), SK Tudan Miri

Masa Aturcara Panduan (Cue) Tindakan Teks Pengacaraan Catatan

Page 15: KKBI - Teks Pengacaraan Majlis

1205

Majlis berakhir.

Lagu sekolah bersedia.

Pengacara

majlis

AJK Teknikal

dan,

Yang Diraikan

En. Rafiuddin Hamdani

Guru Besar SK Tudan Miri

Serta guru-guru, para ibu bapa, staf

sokongan dan murid-murid sekalian di

atas kesudian bersama-sama

menyempurnakan majlis kami pada kali

ini.

Hadirin sekalian dipohon berdiri untuk

sama-sama menyanyikan lagu sekolah.

Lagu sekolah dimainkan dan dinyanyikan beramai-ramai.

Tetamu kehormat berserta pengiring bersedia untuk keluar dari dewan.

Masa Aturcara Panduan (Cue) Tindakan Teks Pengacaraan Catatan

Page 16: KKBI - Teks Pengacaraan Majlis

1205

Majlis berakhir.

Muzik gamelan

dimainkan perlahan.

Muzik gamelan

dimainkan bagi

mengiringi perarakan

keluar dari dewan.

Pengacara

majlis

AJK Teknikal

Pergi ke dusun memetik kelapa,

Kelapa muda si kelapa barli,

Jari disusun maaf dipinta,

Panjang usia bersua kembali.

Dikesempatan ini juga, saya ingin

memohon ribuan kemaafan andai ada

salah dan silap sepanjang saya

mengacarakan majlis ini. Sekian sahaja

majlis kita pada hari yang berbahagia

ini. Sebelum mengundur diri, kami

merakamkan ribuan terima kasih buat

semua yang membantu menjayakan

majlis ini.

Diumumkan keberangkatan pulang

Yang Diraikan En. Rafiuddin Hamdani,

guru besar Sekolah Kebangsaan Tudan

Miri diiringi dif-dif kehormat keluar dari

dewan.

Masa Aturcara Panduan (Cue) Tindakan Teks Pengacaraan Catatan

Page 17: KKBI - Teks Pengacaraan Majlis

1215

Majlis bersurai.

Muzik intrumental

dimainkan perlahan

Pengacara

majlis

Perhatian kepada hadirin sekalian,

Satu sesi fotografi bersama En.

Rafiuddin Hamdani, guru-guru, Ahli

Jawatankuasa PIBG sekolah dan staf-

staf sokongan akan dijalankan di luar

dewan. Diminta semua yang terlibat

mengambil tempat masing-masing

sebaik sahaja majlis bersurai.

Pihak majlis juga berbesar hati

menjemput tetamu-tetamu khas, guru-

guru, staf-staf sokongan dan ibu bapa

untuk menikmati jamuan di Bilik Bestari

manakala kepada murid-murid sekalian

dijemput untuk mengambil bungkusan

makanan di kantin sekolah. Ketua kelas

sila ambil bungkusan makanan untuk

kelas anda sahaja.

Sekian sahaja, terima kasih.