KK1 - Mengenali Mad'u

Embed Size (px)

Citation preview

MENGENALI MAD UOleh Zainusham bin Yusof

MUQADDIMAH Manusia memiliki berbagai sifat dan watak Kerencaman dan kerumitan berdepan dengan manusia menuntut para penda wah atau dai e memiliki ilmu mengenali manusia, dan caracara untuk mendekati, menembusi, membina keyakinan, menguasai dan mempengaruhi mereka.

SASARAN DA WAH Setiap manusia tidak kira siapa adalah sasaran da wah kerana Islam sebagai risalah Allah SWT adalah bersifat sejagat dan mesti disampaikan kepada seluruh manusia. Firman Allah SWT dalam Surah Saba ayat 28:

Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).

Arahan Allah SWT ini berlaku ke atas semua manusia, meliputi semua bangsa, keturunan, darjat, negara dan jantina. Penda wah perlu memahami bahawa da wahnya adalah untuk semua manusia, maka ia perlu berusaha supaya risalah Islam dapat sampai kepada sesiapa sahaja yang berada didalam capaiannya (atau lengkungannya) seboleh mungkin, bermula dengan orang yang terdekat.

Al-Quran menyebut dalam Surah As-Syua ra ayat 214:

Dan berilah peringatan kepada kaum-kerabatmu yang terdekat.

HAK-HAK SASARAN DA WAH Sasaran da wah mempunyai hak ke atas penda wah untuk ditemui dan dida wahkan. Oleh itu, penda wah perlu mencari dan menemui mereka dan mengajak mereka kepada Allah SWT, bukan hanya duduk-duduk bersantai di rumah menunggu klien (sasaran da wah) datang menjelma. Inilah pendekatan yang dilakukan oleh penda wah pertama iaitu Rasulullah SAW.

SETIAP INDIVIDU MEMPUNYAI POTENSI Setiap orang hendaklah dianggap sebagai aset dan mempunyai potensi untuk menerima Islam dan kemudiannya menjadi pendokong kuat da wah. Pendaw ah hanya boleh menilai potensi seseorang mad u (sasaran da wah) berdasarkan pemerhatian zahir, ilmu dan pengalamannya sahaja. Hakikat yang sebenar, Allah SWT lebih mengetahui. Manusia tidak memiliki kecerdasan dan tahap penerimaan yang sama terhadap da wah dan kebenaran. Ada yang pantas dan ada pula yang sangat lambat. Dan di antara keduanya, terdapat pelbagai tahap penerimaan mad u.

KEGAGALAN MENGENALI MAD U Dalam da wah, kegagalan mengenali sasaran da wah akan menghasilkan mekanisma dan pendekatan yang kurang berkesan. Lantaran itu mengenali mad u adalah perkara yang sangat penting. Dengan memahami siapa mad u, seseorang dai e akan mencari titik keserasian, atau paling tidak membina kesesuaian untuk bersama mad u.

GOLONGAN SASARAN DA WAHLima golongan utama: 1. Pemimpin dan pembesar yang berpengaruh (al-malak). 2. Masyarakat awam. 3. Golongan munafiq. 4. Golongan pelaku dosa. 5. Golongan kafir.

Pemimpin dan pembesar (al-malak) Lazimnya golongan ini mengambil sikap permusuhan terhadap da wah. Kebanyakan mereka melihat kebenaran sebagai kebatilan atau kesesatan, dan sebaliknya. Inilah sikap, pola pemikiran dan cara berfikir mereka.

Al-Quran menjelaskan dalam Surah Sad ayat 4-7:

Dan mereka (yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri. dan mereka yang kafir itu berkata: "Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta.(4) "Patutkah ia menafikan ilah-ilah (tuhan-tuhan) yang berbilang itu dengan mengatakan: Ilah hanya satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara Yang menakjubkan!" (5) Dan (ketika itu) keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka (memberi perangsang dengan berkata): "Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek kamu) dan tetap tekunlah menyembah ilah-ilah (tuhan-tuhan) kamu, sebenarnya sikap ini adalah satu perkara yang amat dikehendaki. (6) "Kami tidak pernah mendengar tentang (soal mengesakan tuhan) itu dalam agama yang terakhir, perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta semata-mata". (7)

Masyarakat awam atau rakyat Masyarakat awam atau rakyat adalah golongan majoriti dalam sesebuah negara. Mereka lebih mudah menerima da wah berbanding al-malak, kerana secara umumnya, fitrah mereka lebih bersih berbanding al-malak, namun mereka juga mungkin terpengaruh dengan rancangan jahat golongan atasan. Maka jika mereka dida wahkan dan menerima Islam, maka mereka akan mencorakkan identiti sesebuah masyarakat dan negara.

Golongan Munafiq Iaitu golongan manusia yang menzahirkan sesuatu yang lain daripada apa yang disimpan dan disembunyikan dalam hati. Golongan ini wujud apabila da wah dan Islam sudah merata dalam masyarakat. Mereka tidak mahu beriman dan dalam masa yang sama tidak mahu menyertai orang kafir karena takut tindak balas umat Islam.

Al-Quran memperjelaskan dalam Surah AlBaqarah ayat 14:

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: "Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".

Golongan pelaku dosa Iaitu golongan yang pada dasarnya beriman tetapi tidak melaksanakan sepenuhnya tuntutan iman mereka kerana terlibat dengan dosa atau ma siat sama ada sedikit, sederhana atau banyak. Kehidupan mereka bercampur aduk - ibadat dan dosa silih berganti. Sebahagian daripada golongan ini terdiri daripada orang-orang jahil yang dibelit oleh kesenangan dan kemewahan duniawi.

Firman Allah SWT dalam Surah An- Nisa ayat 17:

Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang iang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya, dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Golongan kafir Iaitu golongan yang tidak beriman dan menolak petunjuk daripada Allah SWT. Golongan ini secara terang-terangan menolak Islam dan mengaku tidak beriman kepada Allah SWT. FirrmanNya dalam Surah Al-Hajj ayat 57:

Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat kami, maka bagi mereka azab yang menghinakan.

SIKAP PENDA WAH TERHADAP GOLONGAN SASARAN DA WAH Penda wah perlu mengenali dan melihat semua golongan yang telah disebutkan di atas dengan rasa simpati dan kasihan kerana mereka sedang berhadapan dengan ancaman azab dan kebinasaan. Fitrah mereka telah dirosakkan oleh kekufuran, kemunafikan dan kema siatan. Mereka diibaratkan seperti orang yang sedang berada di tepi tebing curam dalam kegelapan malam, di mana mereka akan jatuh ke dalam jurang itu pada bila-bila masa.

Penda wah perlu memahami bahawa pendekatan terhadap setiap golongan adalah berbeza-beza kerana penyakit yang dihadapi oleh mereka tidaklah sama di antara satu golongan dengan golongan yang lain - ada yang kronik dan ada yang biasa. Pendekatan perlu dilaksanakan secara berhikmah dan berhati-hati. Penda wah hendaklah mengemukakan pendekatan da wah yang sesuai berdasarkan pengenalan atau ta aruf yang betul terhadap mad u atau sasarannya.

PEMBAHAGIAN GOLONGAN MAD U (SASARAN DA WAH) BERDASARKAN KECERDASAN PEMIKIRAN Pembahagian golongan sasaran da wah juga boleh dibuat berdasarkan kecerdasan pemikiran. Terdapat empat faktor utama faktor yang boleh mempengaruhi kecerdasan pemikiran manusia. Tingkat usia. Tahap pendidikan dan pengetahuan. Tingkat sosio-ekonomi dan pekerjaan. Tempat tinggal.

Berdasarkan kecerdasan pemikiran, sasaran da wah boleh dibahagikan kepada tiga golongan, iaitu: Golongan cediakawan atau terpelajar yang dapat berfikir secara kritis, mempunyai rangsangan yang cukup kuat dan mudah memahami sesuatu persoalan. Mereka hendaklah dida wahkan secara berhikmah atau secara bijaksana. Golongan awam, yakni orang kebanyakan yang tidak berfikir secara kritis dan mendalam serta tidak dapat menangkap pengertian atau takrifan yang tinggi. Mereka hendaklah dihadapi dengan cara mau izatul hasanah iaitu dengan cara memberi pengajaran-pengajaran dan didikandidikan yang mudah difahami dan dihayati. Golongan pertengahan, itu golongan di mana tingkat kecerdasannya adalah di antara dua golongan di atas. Mereka mestilah ditangani dengan cara mujadalah iaitu dengan cara berbincang, diskusi dan bertukar-tukar fikiran bagi mencari kebenaran.

MENGENALI MAD U Setiap penda wah atau da ie mesti mengenali sasaran da wahnya untuk menyesuaikan kaedah da wah yang digunakan, bagi menjamin keberkesanan da wah, Insyaallah. Antara erti hikmah ialah da ie mengenali golongan, suasana dan keadaan mad unya. Ini kerana penyampaian isi da wah hendaklah sesuai dengan kemampuan akal sasaran da wah.

Langkah-langkah yang boleh diambil ialah:1. Membuat kajian mengenai kumpulan sasaran berkaitan untuk mendapat maklumat selengkap mungkin dari aspek jenis, sosio-budaya, ekonomi, sikap dan pandangan hidup. 2. Merangka strategi da wah yang sesuai dengan kumpulan sasaran tersebut. 3. Membuat penilaian pelaksanaan kerja da wah dari masa ke semasa untuk melihat keberkesanannya.

ANTARA CARA PANTAS UNTUK MENGENALI MAD U Bergantung kepada tahap interaksi penda wah dengan mad u, semakin sering penda wah berinterkasi dengan mad unya, semakin cepatlah penda wah memahami mereka. Beberapa cara yang dapat mempercepatkan proses ta aruf:

1. Meminta biodata lengkap mad u mengikut format yang penda wah tentukan bagi mendapatkan maklumat peribadinya. Antara elemen yang boleh dimasukkan ialah: nama lengkap, tempat tinggal, umur, pekerjaan, hobi, bilangan anak, pekerjaan ibu bapa, penyakit dan alahan, latarbelakang tarbiyah, pandangan terhadap masyarakat dan apaapa yang lain yang sesuai.

2. Menganjurkan program-program tak formal seperti rehlah, musafir, bersukan dan berekreasi. Pendekatan sebegini akan membolehkan penda wah memahami tabi at dan peribadi mad u secara tab ie. Justeru, kegiatan seumpama ini perlulah dirancang dalam suasana yang santai supaya mad u bebas berekspresi (mengeluarkan apa yang ada dalam dirinya) secara asli dan tidak kaku. Maka, penda wah boleh membaca minda, kecenderungan dan minat para mad unya dalam suasana seperti ini.

3. Penda wah bijaksana dalam memancing rasa dan isi hati mad unya. Ini boleh dilakukan dengan cara penda wah terlebih dahulu menceritakan perihal dirinya dan sejarahnya yang sesuai kepada mad u untuk tujuan perkongsian. Maka dengan itu mad u dengan mudah mengeluarkan apa yang ada dalam minda dan lipatan hatinya secara tab ie.

4. Menziarahi rumah atau pejabat mad u untuk meninjau suasana dan susunan rumah atau pejabatnya. Semua ini mencerminkan keperibadian mad u. Suasana dan susunan yang kemas mencerminkan wataknya yang mementingkan kebersihan dan kekemasan. Manakala keadaan yang sebaliknya, mencerminkan sikap sembrono, tidak kisah dan kurang peka dalam aspek penyusunan.

5. Perhatikan pula kepada pakaian, perhiasan dan aksesori kenderaannya. Semua ini mencerminkan kecenderungan, minat dan kesukaan yang masih tertanam dalam lubuk hati dan mindanya, samada secara sedar mahupun tidak sedar. Misalnya, mungkin pada kenderaannya terdapat pelekat Islami, pada masa yang sama terdapat pula pelekat pasukan bolasepak MU (Manchester United) (atau gambar pemain-pemainnya). Maka ini mencerminkan sikapnya yang masih belum bertajarrud dengan syakhsiyah Islam sepenuhnya.

Memahami dan berta aruf dengan mad u bererti menghargainya. Dan, ia akan membuka gerbang ta aruf yang lebih jauh dan mendalam bagi mempertautkan ikatan hati antara dai e dan mad u.

PENUTUP Para dai e perlu juga mengenali dirinya sendiri, bermaksud mengintrospeksi status kefahaman, ketaqwaan, syakhsiyah diri, sifat-sifat kebiasaan dan sifat-sifat dominan yang ada pada diri sendiri, supaya dengan pengetahuan tersebut, da ie sedar tentang segala kekuatan dan potensi dirinya untuk dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi melaksanakan kerja-kerja da wah. Segala kelemahan yang dikenalpasti (terutama kelemahan-kelamahan yang membantutkan keberkesanan da wah) dapat diperbaiki segera.

Ingat akan pesanan Imam Hasan Al Banna:

Jadilah kamu umpama pohon buah-buahan. Ia sering dilempar manusia dengan barangan tiada berharga. Namun, di akhirnya ia akan menghasilkan buah-buahan yang akan memberi manfa at kepada makhluk.

Para dai e perlulah terus menerus melaksanakan tugas da wah dan mengislah manusia. Semua ini akan menjadi saham atau bekalan yang akan dipersembahkan kepada Allah SWT di akhirat kelak. Hidup di dunia ini hanya sekali, maka nikmatilah kehidupan ini dengan nikmat berda wah dan berjuang untuk Islam.