8
SEKOLAH KEBANGSAAN COCHRANE JALAN SHAHBANDAR 55100 KUALA LUMPUR KERTAS KERJA PROJEK KHAS TAHUNAN PROGRAM PELANCARAN AKTIVITI NILAM ( NADI ILMU AMALAN MEMBACA) 2014 LOKASI: SEKOLAH KEBANGSAAN COCHRANE

Kk pelancaran nilam 2014

Embed Size (px)

Citation preview

SEKOLAH KEBANGSAAN COCHRANEJALAN SHAHBANDAR55100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJAPROJEK KHAS TAHUNAN

PROGRAM PELANCARAN AKTIVITI NILAM( NADI ILMU AMALAN MEMBACA)

2014

LOKASI:

SEKOLAH KEBANGSAAN COCHRANE

1.PENDAHULUAN

Membaca adalah asas kepada kecemerlangan seseorang. Tabiat membaca

perlu disemai dalam diri setiap insan sejak di bangku sekolah lagi. Melalui

PELANCARAN PROGRAM BACAAN NILAM peringkat sekolah ini, akan dapat

melahirkan insan yang cintakan buku sekaligus suka membaca, seterusnya

melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dan luas.

2.MATLAMAT

Memupuk budaya membaca di kalangan murid.

3.OBJEKTIF

3.1. Sebagai satu usaha untuk mempromosikan Program NILAM di sekolah.

3.2. Dapat memantapkan lagi pelaksanaan Program NILAM.

3.3. Menjadikan budaya membaca sebagai asas menambah ilmu.

4.TEMA

1 HARI 1 BUKU

5.TEMPAT

Tapak Perhimpunan SK Cochrane.

6.TARIKH DAN MASA

Tarikh : 17 Februari 2014 (Isnin)

Masa : 7.30 pagi

7.KUMPULAN SASAR

Semua Warga SK Cochrane.

8.ORGANISASI

Rujuk Lampiran 1

9.TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 2

10.IMPLIKASI KEWANGAN

Rujuk Lampiran 3

11.PENUTUP

Pihak kami amat mengharapkan semoga program ini dapat diluluskan serta

dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam

melahirkan murid yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan

sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua

sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala

perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang

dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

CIK NURUL HAFIZAH BT MOHD IMANUDDIN PN ROHAYA BT SHAWKATALY Guru Perpustakaan & Media Guru Besar SK COCHRANE SK COCHRANE

lampiran 1

STRUKTUR ORGANISASI

PENGERUSI

PN ROHAYA BT SHAWKATALY

(Guru Besar SK Cochrane) NAIB PENGERUSI

PN HABIBAH BT OTHMAN

( Penolong Kanan 1)

PN KAMARIAH BT MUSTAPHA

( Penolong Kanan HEM)

EN ISMAIL B AHMAD

( Penolong Kanan KOKU)

PENYELARAS PROGRAM

CIK NURUL HAFIZAH BT MOHD IMANUDDIN

(Guru Perpustakaan dan Media)

SETIAUSAHA

EN SUHAMI B AHMAD

(Guru NILAM)

PENOLONG SETIAUSAHA

PN ZURIATI BT ISMAIL ( Penolong Guru NILAM)

JAWATANKUASA PELAKSANA PELANCARAN PROGRAM NILAM 2014

Bil. Tugas Nama Petugas Butiran Tugas1 Bacaan Doa • En Husnul Yaqin B Jalius - Menyediakan teks doa yang

sesuai untuk majlis. - Memilih pelajar untuk

membacakan doa (jika perlu).

2. Persembahan

• Pn Nur Zahurah Bt Ongsor• Cik Nor Bismi Yamnun Bt Abd Rashid

- Menyediakan dan melatih pelajar untuk persembahan .

- Memastikan pelajar yang membuat persembahan bersedia ditempat yang sesuai sebelum persembahan.

3. Siaraya • En Mohd Zulfadhli B Mohd Yusof

• En Shukri B Sulaiman

- Menyediakan persiapan siaraya di tapak perhimpunan.- Mendapatkan maklumat

tentang bilangan mikrofon yang diperlukan daripada pengacara majlis dan pengurus.

4. Persiapan Tempat

• Cik Piramilla a/p Kampan• Pn Sharidah Bt Ab Karim• Pn Faridatul • Pn Norlina Bt Kamaruddin• Cik Looh Sook Kwan

- Membersih dan menghias pentas. - Menyediakan tempat untuk guru.- Mengemas dewan selepas

tamat majlis.5. Brouser /

Cenderamata / Kit NILAM

• Cik Nurul Hafizah Bt Mohd Imanuddin• Pn Zuriati Bt Ismail• Cik Mariani Bt Awang• Cik Rohana Bt Ahmad

Puad• Cik Farahain• Cik Farhan

- Menyediakan brouser / buku program yang sesuai dengan acara.

- Menyediakan cenderamata untuk tetamu VIP.

- Menyediakan Kit NILAM.

6. Disiplin • En Suhami B Ahmad• En Jamallua’in B Mat Soot• Guru Bertugas Mingguan

- Memastikan pelajar berada di tapak perhimpunan tepat pada masa yang ditentukan

- Memastikan disiplin pelajar

LAMPIRAN 1

terkawal sepanjang majlis berlangsung.

7. Pengacara Majlis

• Cik Hartini Bt Abd Aziz - Menyediakan teks ucapan - Mengacarakan Majlis

8. Fotografi • Cik Norfatihah Bt Yusoff• Cik Nur Izzati Bt Ahmad

Dahuri

- Mengambil gambar dan membuat rakaman yang sesuai.

lampiran 2

TENTATIF PROGRAM

7.30 - Murid dan guru berkumpul di dataran perhimpunan 7.45 - Kata-kata aluan Pengerusi Majlis

- Ucapan Guru Perputakaan dan Media, Cik Nurul Hafizah Bt Mohd Imanuddin- Ucapan Tuan Guru Besar Pn. Rohaya Bt Shawkataly- Upacara Perasmian Pelancaran Program Bacaan NILAM

8.00 - Penyerahan Kit NILAM kepada guru- guru Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris - Penyerahan ’button badge’ Rakan Pembaca- Penyampaian cenderamata

8.20 - Persembahan murid dan nyanyian lagu NILAM

8.30 - Majlis Bersurai

Lampiran 3

IMPLIKASI KEWANGAN

Anggaran Perbelanjaan Banting NILAM = RM 50.00

Cenderahati VIP = RM 50.00

Kit NILAM = RM 150.00

Pengurusan = RM 50.00

Jumlah Besar RM 300 .00