KHB tingkatan 1.pdf

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    1/72

    BAB 1 ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN [ KHB TINGKATAN 1 ]

    KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

    TINGKATAN 1

    BAB 1ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN

    1. Organisasi bengkel dan keselamatan adalah satu sistem pengurusan bengkel.

    2. Dalam sistem ini, murid akan menjalankan tugas mereka dalam kumpulan

    secara bergilir-gilir.

    3. Murid perlu mematuhi jadual kerja yang disediakan dan bekerjasama untuk

    memastikan peraturan-peraturan tersebut dipatuhi.

    STRUKTUR ORGANISASI BENGKEL

    1. Ketua kumpulan dinamakan formen dan dibantu oleh penolong formen.

    2. Formen dan penolong formen menerima arahan daripada guru dan mereka

    akan menyelaraskan tugasan kepada setiap kumpulan.

    3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan

    menjalankan tugas masing-masing berdasarkan carta organisasi.

    http://1.bp.blogspot.com/-Y-UHQewS3lg/UZz1CPi4_MI/AAAAAAAAADE/wYJAoC-0y3A/s1600/organisasi+bengkel.pnghttp://3.bp.blogspot.com/-A0x6KnYAVBk/UZzhqaZnO5I/AAAAAAAAABg/k_wdzI0VPI0/s1600/images.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    2/72

    LANGKAH KESELAMATAN

    Amalan 4M

    1. Membersih

    Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat

    Menitikberatkan kebersihan diri dan mental

    Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek

    Kebersihan mental iaitu berfikiran positif

    Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu :

    a. Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah)

    - Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering

    - Jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair

    b. Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekananudara tinggi.

    2. Menyusun Atur

    Guna alat mengikut kegunaannya

    Simpan alat di tempat yang betul

    3. Menilai

    Menilai diri sendiri dan tempat kerja Melaksanakan sikap penuh bertanggungjawab

    Melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan pertolongan cemas serta penggunaan

    alat pemadam api.

    4. Mendisiplin

    Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

    Peraturan Keselamatan

    Dibahagikan kepada tiga bahagian :-

    1. Peraturan keselamatan di dalam bengkel:

  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    3/72

    Memberikan perhatian pada kebersihan bengkel;

    Memastikan lantai bengkel sentiasa kering dan tidak berminyak;

    Memastikan terdapat alat pemadam api di dalam bengkel;

    Memastikan bengkel bersih dan kemas;

    Memastikan bengkel mempunyai pengudaraan dan percahayaan yang mencukupi;

    Membekalkan bengkel dengan peti pertolongan cemas.

    2. Peraturan keselamatan alatan dalam bengkel:

    Menggunakan alatan tangan mengikut kegunaan yang betul;

    Berhati-hati semasa menggunakan alatan tangan;

    Menyimpan semua alatan dan bahan di tempat yang selamat;

    Memastikan alatan yang digunakan adalah betul dan dalam keadaan yang baik.

    3. Peraturan keselamatan diri:

    http://1.bp.blogspot.com/-G94tTrMYg7w/UZzl4XdQOWI/AAAAAAAAACA/dxDQvAWI88A/s1600/home-repair-tools-1.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-OxkyJpV-I3E/UZzmQ5jytMI/AAAAAAAAACI/VffBT3aBWNA/s1600/images+(1).jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    4/72

    Berbaju lengan pendek atau melipat baju yang berlengan panjang;

    Menanggalkan tali leher dan memasukkannya ke dalam baju;

    Memakai kasut untuk mengelakkan kemalangan;

    Menggunakan gogal dalam kerja-kerja tertentu;

    Memakai apron jika perlu;

    Mendapat kebenaran guru sebelum menggunakan mesin;

    Mengikut arahan guru semasa berada di dalam bengkel

    Berambut pendek atau mengikat rambut yang panjang.

    Peraturan am penggunaan dan keselamatan bengkel kemahiran hidup

    Masuk setelah mendapat kebenaran dan arahan daripada guru

    Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah

    Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel

    Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan

    daripada guru

    Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan

    Jika berlaku kemalangan atau kecederaan , segera beritahu guru yang berkenaan

    Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan bersih

    serta kemas sebelum meninggalkannya.

    Keselamatan di bengkel kemahiran hidup

    Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan.

    Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan , semasa menggunakan dan

    selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di bengkel

    Guru dan pelajar mestilah tahu bagai mana bertindak apabila berlaku

    http://2.bp.blogspot.com/-cetvfGQ76Ok/UZzlrg2ladI/AAAAAAAAAB4/Ack09HS5gvA/s1600/4519228.gif
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    5/72

    - Kecederaan dan kemalangan

    - Kejutan elektrik

    - Kebakaran

    Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandundi ubat luka dan sapuan untuk

    lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan. Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendakan dilaporkan kepada guru

    bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat

    Bengkel juga mesti mempunyai alat pencecah kebakaran yang berfungsi disetiap

    bengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan mudah

    dicapai.

    Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan

    kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999

    Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah dimatikan suis utama terlebih

    dahulu atau menekan suis keselamatan bengkel

    Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering untuk mengalih

    mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan elektrik

    Alat Pemadam Api.

    Cara menggunakan alat pemadam api :-

    1. Keluarkan pin picu

    2. Halakan muncung pemancut alat pemadam api ke dasar api

    http://1.bp.blogspot.com/-hhSCkaAz5H4/UZzuWVPkTJI/AAAAAAAAACY/vrzIUxr4UVs/s1600/3292421.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    6/72

    3. Tekan tuas rapat pada pemegang supaya bahan pemadam api dapat disembur.

    Kotak Pertolongan Cemas

    Kotak pertolongan cemas perlu juga disediakan di dalam bengkel untuk merawat

    kecederaan.

    Kotak pertolongan cemas mengandungi beberapa jenis bahan seperti iodine, ubat

    antiseptic, kapas, gunting, plaster, pin, dan pembalut luka.

    Langkah-langkah merawat kecederaan ringan :-

    1. Bersihkan luka dengan antiseptik.

    2. Sapukan dengan iodin.

    http://3.bp.blogspot.com/-fZ-sUkfH1NE/UZzvaadyPVI/AAAAAAAAACo/HlA8Ua3po3M/s1600/344231744.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-ELxr4RQjSLc/UZzu8M9X_TI/AAAAAAAAACg/XghR3t8Oamc/s1600/Slide1.JPG
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    7/72

    3. Balutkan luka dengan kain kasa dan plaster.

    Aspek keselamatan dan penggunaan elektrik :-

    Memastikan alatan elektrik dibumikan dengan betul;

    Memastikan suis elektrik dimatikan apabila menukar mentol atau mencabut plag;

    Tidak mencuba membaiki sendiri peralatan elektrik;

    Tidak menyentuh wayar elektrik yang terdedah;

    Tidak menggunakan sesuatu alatan elektrik jika didapati penebat wayarnya telah

    rosak;

    Tidak mengendalikan alatan elektrik dengan tangan yang basah;

    Tidak menggunakan alatan elektrik di tempat yang basah;

    Tidak meletakkan terlalu banyak beban pada satu soket elektrik;

    Memastikan tamatan plag adalah betul apabila membuat pendawaian plag;

    Sekiranya berlaku kejutan elektrik, suis utama mesti dimatikan dengan serta merta;

    Tidak menarik mangsa kejutan elektrik dengan tangan sebaliknya asingkan mangsa

    dengan bahan kering atau bahan bukan logam.

    Etika Dan Budaya Kerja

    1. Amalkan etika dan budaya kerja yang betul semasa berada di dalam bengkel

    supaya murid mengamalkannya setelah mereka menempuh alam pekerjaan nanti.

    2. Etika kerja adalah disiplin dan sikap anda terhadap kerja manakala budaya

    kerja bermaksud cara peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sebuah

    organisasi.

    3. Contoh etika kerja adalah:

    Menepati waktu;

    Amanah;

    Patuh pada peraturan dan undang-undang.

    4. Contoh budaya kerja ialah:

    Beratur ketika memasuki bengkel;

    Mengucapkan salam kepada guru sebelum memulakan kerja;

    Formen hendakkah memeriksa keadaan bengkel dan alatan serta membuat laporan.

  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    8/72

    http://3.bp.blogspot.com/-fdHDgFUFXm0/UZzwYqE7ppI/AAAAAAAAAC0/HFx31PbxEN8/s1600/Peraturan+copy.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    9/72

    BAB 2 REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK | REKA BENTUK & TEKNOLOGI

    [KHB TINGKATAN 1]

    KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

    TINGKATAN 1

    BAB 2

    REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK

    MAKSUD REKA BENTUK & TEKNOLOGI

    Reka bentuk : Susunan barang yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu

    produk atau impak.

    Teknologi : Pengajian & pengetahuan dalam usaha manusia mencipta dan

    menggunakan pelbagai alat,sumber, teknik & system

    untuk menguruskan kehidupan.

    http://2.bp.blogspot.com/-yrMxnIFP9wo/UdWRlmH73aI/AAAAAAAAAKw/U_nvH41MdWA/s320/1.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    10/72

    FAKTOR REKABENTUK

    i-Fungsi

    - berfungsi dengan baik dan memenuhi kehendak pengguna

    ii-Rupa Bentuk

    - mempunyai konsep dan rupa menarik, stabil dan praktikal ketika menggunakannya

    iii-Kesesuaian Bahan

    - menggunakan bahan yang mudah didapati dan mudah dipasang sesuai dengan kos yang perlu

    dibayar

    iv-Ketahanan

    - Kukuh

    - Jika digunakan diluar mesti tahan cuaca dan serangan serangga

    - Tidak mudah rosak

    v-Kos Produk

    - Berpatutan dengan kos pembuatan dan mampu dibeli dan dimiliki pengguna

    vi-Keselamatan

    - Tidak mendatang bahaya kepada pengguna dan kesan buruk terhadap alam sekitar

    vii-Nilai Komersial

    - Memenuhi cita rasa masa kini dan mampu dipasarkan serta menepati kehendak pasaran

  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    11/72

    JENIS BAHAN & PENGIKAT

    A. BAHAN :

    Bahan Kelebihan Kelemahan

    Kayu

    2 jenis ;

    i. Kayu Keras:

    Cengal & jati

    untuk perabot.

    ii. Kayu lembut:

    Meranti & Nyatoh

    untuk perabot &

    pembinaan am.

    Mudah digergaji, digerudi, dipaku &

    diskru

    Mudah dicantum & disambung

    Lasak

    Sesuai dengan beberapa jenis

    kemasan

    Lebih teguh

    Urat & ira kayu cantik & mudah

    dikerjakan

    untuk kerja pembinaan

    Mudah mengecut & meleding

    Bahagian hujung mudah retak & pecah

    apabila dipaku

    Mudah reputmudah diserang serangga

    perosak

    sesuai untuk membuat permukaan

    yang lebar & luas

    Papan lapis

    Beberapa lapisan

    kayu nipis/Vernier

    2 jenis :

    i. Papan lapis kalis

    air

    ii. Papan lapis tidak

    kalis air

    - untuk

    Ringan & mudah digunakan

    lebar & rata

    Tidak mudah mengecut & meleding

    Bahagian hujung & tepi tidak mudah

    pecah apabila dipaku @ diskru.

    Lapisan kayu nipis mudah lekang

    apabila terkena air

    Tidak sesuai digunakan di luar rumah

    & bangunan

  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    12/72

    membuat perabot &

    pembinaan am

    Medium Density

    Fibre Board (MDF)

    - Daripada serat kayu

    lembut.

    - disadur bahan

    kemasan berwarna

    @ corak ira kayu

    - untuk perabot

    Tahan haba

    Kemasan boleh dibuat spt kayu

    semula jadi

    Tidak retak apb dipaku hujungnya

    Tidak mudah bengkok dan tidak

    meleding

    Permukaan lebar & rata

    Tidak kalis air

    Mudah lerai jika ada kecacatan

    Mounting board

    - Kadbod drpd

    kertas.

    - pelbagai

    saiz, ketebalan &

    warna.

    - untuk hiasan,

    model barangan,

    kraftangan & bingkaigambar

    Mudah dibentuk & dikerjakan

    Kelihatan menarik kerana pelbagai

    warna

    Ringan

    Tidak kalis air

    Warna mudah luntur

    Daya kekuatan rendah

    B. PENGIKAT :

    1. Paku

    a) Paku kepala rata : - Daripada keluli lembut

    - Untuk kerja am

    b) Paku panel : - Untuk perabot

  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    13/72

    - Tukul kuku kambing & tukul warrington digunakan untuk mengetuk paku

    - Ditentukan oleh panjang batang

    - Memaku secara menyerong lebih kuat cengkaman

    - Pembenam paku untuk membenam paku panel

    2. Skru

    a) Skru kepala benam

    b) Skru kepala bulat

    - Daripada keluli lembut, kuprum @ Loyang

    - Untuk mengikat bahan kayu & logam serta memasang engsel.

    - Dipasang menggunakan pemutar skru rata @ pemutar skru Phillips.

    - Cengkaman lebih kuat berbanding paku

    - Senggerek digunakan untuk menandakan lubang kecil pada kayu sebelum diskru.

    3. Glu

    a) Glu sentuh

    - Untuk mencantum 2 bahan berlainan jenis spt kayu & logam

    b) Glu PVA ( Polyvinyl acetate )

    - Untuk cantuman kayu. Mudah digunakan tetapi tidak kalis air.

    - Pastikan permukaan bahan cantuman kering, bersih & tidak berminyak.

  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    14/72

    ALATAN TANGAN & MESIN

    i) ALATAN TANGAN

    BIL ALATAN KETERANGAN1 Pita pengukur Untuk mengukur jarak

    Saiz : 3 meter6 meter Unit ukuran : mm, cm

    dan meter

    2 Pembaris keluli Untuk mengukur jarak &memindahkan jarak Saiz : 30 cm, 45 cm, 60 cm

    & 100 cm

    3 Sesiku Untuk :-

    i) menguji ketepatan sudut 90

    http://3.bp.blogspot.com/-6fZf_C6GZ_I/UeJX0n25F2I/AAAAAAAAATc/gGNW2dYC8rk/s1600/nu_pembaris_keluli.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-nJTbjFcjYIs/UeJXYexw6mI/AAAAAAAAATU/7z-KIxjzrTg/s1600/nu_pita_pengukur.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    15/72

    L

    ii) menguji kerataan permukaan

    bahan

    iii)membuat garisan bersudut

    tepat

    Saiz ditentukan oleh

    panjang bilah

    4 Tolok penanda Untuk :-

    i) menanda tebal kayu

    ii) menanda lebar kayu

    http://2.bp.blogspot.com/-OmrHkWX3prg/UeJYtoP7yaI/AAAAAAAAATs/BnK1iKZBxHM/s1600/nu_sesiku_l.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    16/72

    5 Tolok serong Untuk :-

    i) menanda & memindah sudut

    bukan 90

    ii) membina tanggam

    6 Gergaji puting Untuk memotong kayubersaiz kecil & membuat tanggam Jalur logam : menguatkan

    bilah gergaji

    http://1.bp.blogspot.com/-J2N0PFnEjSA/UeJbESTnUsI/AAAAAAAAAUE/98_OAxBVSmY/s1600/nu_tolok_serong.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-nWxDefYVGzg/UeJa2MdBcoI/AAAAAAAAAT8/Syxtv5rc8Po/s1600/nu_tolok_penanda.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    17/72

    7 Gergaji lengkung halus Untuk menggergajibentuk lengkung pada bahan

    yang nipis

    8 Gergaji tangan

    Untuk mengerat &

    membelah kayu. Saiz : mengikut panjang

    http://3.bp.blogspot.com/-vrRf4qiOBZs/UeJjk5HjYLI/AAAAAAAAAUc/YP1x42xbT3k/s1600/nu_gergaji_lengkung_halus.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-3G7rM-WuPmI/UeJbOWlrryI/AAAAAAAAAUM/NMsRDppMTOw/s1600/nu_gergaji_puting.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    18/72

    bilah & bilangan giginya setiap 25

    mm

    http://3.bp.blogspot.com/-fZoaKLGpaEU/UeJkYXBhW9I/AAAAAAAAAUo/oT5reeD5JFY/s1600/nu_menggergaji_kayu.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    19/72

    9 Tukul kuku kambing Untuk menukul &mencabut paku Saiz : mengikut berat

    kepala

    10 Tukul warrington Untuk menukul pakukecil Bongkol tirus : semasa

    mula memaku Saiz : mengikut berat

    kepala

    http://1.bp.blogspot.com/-Vu43WXBSb2s/UeJqgcTdK6I/AAAAAAAAAVk/KxXVVVNwoWQ/s1600/nu_tukul_warrington.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-62Z2hE1uyOM/UeJpAk9gxSI/AAAAAAAAAVE/lKynfp3M0Xw/s1600/nu_tukul_kukukambing.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-bPP7lvaQVRE/UeJk-rNV_MI/AAAAAAAAAU4/DpwMd6TBtqY/s1600/nu_gergaji_tangan.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    20/72

    11 Kikir parut Untuk membentuklengkung & meratakan kayu Saiz : mengikut panjang

    & gred gigi

    Membersih : guna berus

    dawai

    12 Gandin kayu Untuk mengetuk pahat &pemasangan tanggam

    Saiz : mengikut saiz

    kepala

    http://4.bp.blogspot.com/-D_irCBP7zjk/UeJpmDVhiYI/AAAAAAAAAVM/tdtmuOlhtBM/s1600/nu_kikir_parut.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    21/72

    13 Pahat tepi serong Untuk memahat, meraut,meratakan tanggam &

    membersihkan bucu tanggam Saiz : mengikut lebar

    mata pemotong Matanya drp keluli

    karbon tinggi

    ii) MESIN

    http://2.bp.blogspot.com/-H6bWXfIzuD8/UeJqUR_-fsI/AAAAAAAAAVc/9KJ_xM4rG8M/s1600/nu_pahat_tepiserong.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-qfxHhnE6oDk/UeJqKw2SxMI/AAAAAAAAAVU/uJSKjKszZBw/s1600/nu_gandin.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    22/72

    BIL MESIN KETERANGAN

    1 Gerudi mudah alih Untuk menggerudi kayu, logam nipis @plastik lembut Menggunakan kuasa elektrik (berwayar)

    dan bateri (tanpa wayar)

    http://4.bp.blogspot.com/-cO3wRfyqHdM/UeJsXd92ydI/AAAAAAAAAV0/ZnYMOjZ39fQ/s1600/nu_gerudi-tangan.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-giyLJMUbZFU/UeJuODQQC8I/AAAAAAAAAWM/hYu32Kp2TpA/s1600/download+(1).jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    23/72

    Mata gerudi pintal

    Digunakan bersama mesin gerudi

    mudah alih @ gerudi lantai Dibuat daripada keluli tahan lasak Saiz : diameter batangnya

    2 Gerudi lantai Untuk menggerudi kayu, logam nipis @plastic Benda kerja diapit pada ragum gerudi Mesin gerudi dipasang & dibolt ke lantai Langkah menggerudi :

    Tandakan pusat pada bahan dengan penanda

    pusat

    Apit bahan pada ragum

    Pasang & ketatkan mata gerudi.Tanggalkan

    kunci bindu

    http://4.bp.blogspot.com/-UqiermQbf2c/UeJvNGCqgFI/AAAAAAAAAWg/yGnrr4ic4_s/s1600/download.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-HQxwUy2ppSI/UeJsiTgd8hI/AAAAAAAAAV8/-KeNkMUUZ_g/s1600/nu_menggerudi-tangan.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    24/72

    Tekan tuas pemasuk untuk menurunkan bindu

    Hidupkan suis. Mula menggerudi.

    Bendalir penyejuk ; Menyejukkan mata gerudi

    Semasa menggerudi, naikkan bindu perlahan-

    lahan untuk membuang serpihan bahan

    Matikan suis

    Keluarkan bahan dari ragum

    Bersihkan meja gerudi dengan berus

    http://3.bp.blogspot.com/-fiARZ0wriJE/UeJuYdO9pYI/AAAAAAAAAWU/8ASxIlBMBw8/s1600/1alatmesingerudi.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/-fiARZ0wriJE/UeJuYdO9pYI/AAAAAAAAAWU/8ASxIlBMBw8/s1600/1alatmesingerudi.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/-fiARZ0wriJE/UeJuYdO9pYI/AAAAAAAAAWU/8ASxIlBMBw8/s1600/1alatmesingerudi.JPG
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    25/72

    2.4 PROSES REKA BENTUK

    2.4.1 Lukisan projek

    Lukisan projek memberikan maklumat lengkap sesuatu projek. Melalui lukisan, rupa bentuk

    projek, dimensi, bahan, teknologi pembuatan dan peralatan yang akan digunakan dapatdikenal pasti.

    i) Melakar

    Melakar adalah proses menjelmakan idea di dalam minda ke atas kertas dengan menggunakan

    medium seperti pensel atau pen.

    ii) Lukisan 3 Dimensi

    Memberi gambaran sebenar projek, daripada lakaran 3D, panjang, lebar dan tinggi projek dapat

    diketahui.

    Lakaran 3D boleh dibuat melalui lakaran oblik dan lakaran isometrik.

    a) Lukisan Isometrik : Lukisan bergambar 3 paksi, sudut sama

    b) Lukisan Oblik : Lukisan bergambar, sudut 90 , 45

    http://1.bp.blogspot.com/-RwskToRXuNk/UeJ3LnUKLDI/AAAAAAAAAWw/e4l8HrCt31Y/s1600/1+(1).jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    26/72

    iii) Lukisan 2 Dimensi

    - menghuraikan lakaran projek dengan lebih terperinci

    - menunjukkan bentuk sebenar objek dalam dua pandangan, atau tiga pandangan iaitu

    pandangan atas(pelan), - - pandangan hadapan dan pandangan sisi.

    - lakaran 2D dilukis dalam unjuran ortografik

    a) Lukisan Ortografik : 3 pandangan ( pelan, hadapan & sisi )

    http://4.bp.blogspot.com/-dctVGr6MqU0/UeJ4I5L15yI/AAAAAAAAAXE/27s81xvpb6g/s1600/Slide2+(1).JPGhttp://3.bp.blogspot.com/-SSrRBKhiSoE/UeJ4JPRkTfI/AAAAAAAAAXI/ABORPPNTU0c/s1600/Slide1+(1).JPGhttp://1.bp.blogspot.com/-3jQp9BPpRXk/UeJ3Shj-MqI/AAAAAAAAAW4/Bb9qjQGaEAo/s1600/2.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    27/72

    2.4.2 Mendimensi ( Membuat Ukuran )

    2.4.3 Pembinaan projek

    i) Mengukur

    - Ukur dengan peralatan seperti pita pengukur, pengukur keluli, pensil dan sesiku L

    ii) Menanda

    - Peralatan menanda adalah pisau penanda, pensil, penggarit dan penebuk pusat.

    http://1.bp.blogspot.com/-8PFozaD0hd4/UeJ6J-G5wXI/AAAAAAAAAYE/r-WsE57moes/s1600/Slide3.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/-ez2Mv81oR-w/UeJ6IUWyKQI/AAAAAAAAAX8/lKdDL1b_Jso/s1600/Slide2+(2).JPGhttp://1.bp.blogspot.com/-_3rXoDAapPY/UeJ6FzjLKgI/AAAAAAAAAX0/8OqnTf_4Lrw/s1600/Slide1+(2).JPG
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    28/72

    - Bagi mengelakkan kesilapan pemotongan bahan dan rekabentuk.

    iii) Memotong

    - Peralatan memotong ialah gergaji besi, gunting besi dan pemotong perspek.

    iv) Membentuk

    - Membentuk dilakukan sebelum bahagian projek dipasang

    - Aktiviti membentuk ialah melengkung, melipat dan membengkok

    v) Mencantum

    - Proses memasang bahagian yang telah dipotong dan dibengkokkan

    - Kerja-kerja mencantum ialah meribet, melekat dan menskru

    Tanggam : cantuman atau sambungan kayu

    Jenis Tanggam :-

    1. Tanggam temu

    2. Tanggam parit : tanggam parit terus, tanggan parit buntu

    http://1.bp.blogspot.com/-V-pUNKHh4LI/UeJ7XobSLMI/AAAAAAAAAYU/im7R9HG_DfE/s1600/Slide1+(3).JPG
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    29/72

    3. Tanggam lekap : tanggam lekap palang, tanggam lekap T

    Bahan pemasangan : mencantum bahan projek

    1.Engsel

    - untuk pintu, tingkap

    - Saiz : panjang buku sendinya

    - Menggunakan skru

    http://3.bp.blogspot.com/-lvlh7ck1kxU/UeJ7lVUZr8I/AAAAAAAAAYg/SBVIUvFY7zI/s1600/Slide2+%25283%2529.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/-qn24aNu48nE/UeJ73AlXILI/AAAAAAAAAYk/AMLWY4LqFi8/s1600/Slide3+(1).JPG
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    30/72

    2. Breket

    - dipasang bersudut tepat dengan bahan

    - Dibuat daripada kayu @ logam

    - Menggunakan skru

    http://1.bp.blogspot.com/-jIa51VM8Bnw/UeJ-9i40LOI/AAAAAAAAAZc/dAyhs1_oico/s1600/Slide1.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/-g5PnDNFR5Bs/UeJ-JRHg4LI/AAAAAAAAAY8/2ZSVPO-Zv3M/s1600/Slide2.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/-JS7S8SOTSRI/UeJ995bfFcI/AAAAAAAAAY0/3xHDjB6SxhM/s1600/Slide1+(4).JPG
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    31/72

    3. Penyangkut

    - untuk menyangkut benda ringan

    - Daripada logam, mempunyai ulir pada batangnya.

    iii. Kemasan

    - Untuk mencantikkan, melindungi permukaan projek agar tahan lama serta mudah dibersihkan.

    Alat kemasan :

    1. Berus

    cat

    : bersihkan dengan turpentin2. Berus syelek : bersihkan dengan spirit metal

    3. Pengikis : untuk menyapu tepung penyumbat & mengikis lebihan tepung penyumbat

    Bahan kemasan :

    1. Kertas las : melicinkan permukaan kayu

    Daripada Aluminium oksida @ silicon

    Gred : 00 - paling halus

    0,1halus

    http://1.bp.blogspot.com/-1WbQGoW82JY/UeJ_dghChjI/AAAAAAAAAZw/2hv2R23M7rA/s1600/Slide2+(2).JPGhttp://4.bp.blogspot.com/-f0mjA98BXLg/UeJ_al2Kl0I/AAAAAAAAAZo/LXHNrXYblVw/s1600/Slide1+(1).JPGhttp://2.bp.blogspot.com/-XUSxCiQmG2U/UeJ-r_HJ0CI/AAAAAAAAAZU/j8revYsgJ8c/s1600/Slide2+(1).JPG
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    32/72

    1 , 2 : sederhana kasar

    2 , 3 : kasar

    Gunakan bongkah kayu untuk mendapat tekanan yang sama

    2. Tepung penyumbat : serbuk tepung berwarna putih

    Menutup lubang paku, liang @ ira kayu

    3. Cat licau : Digunakan selepas cat alasUntuk kayu & logam

    Pelarut : Turpentin

    Kelebihan : i. kemasan yang licin, berkilat & cantik

    ii. kalis air

    iii. mencegah karat ( logam )

    iv. pelbagai warna

    Langkah : i. Bersihkan permukaan kayu

    ii. sapu cat alas. Keringkan

    iii. gosok kertas las

    iv. sapu cat licau

    4. Cat sembur

    5. Syelek : kemasan kayumencantikkan & melindungi permukaanPelarut : spirit metil

    6. Tona kayu : untuk permukaan kayu

    7. Semburan lekar jernih : untuk kayu & logam

    8. Pelekat : daripada kertas atau plastic / kombinasi kertas & plastic

    Pelbagai saiz, warna, corak & ukuran

    6. REKA BENTUK PROJEK

    i. Pernyataan masalah

    - Masalah @ keperluan

    - Mengumpul maklumat dan data

    - Menyenarai pelbagai alternative penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran bebas

    ii. Perancangan, pembinaan dan pengubahsuaian projek

    - Jadual kerja

    - Senarai bahan dan alatan tangan

    - Membuat projek berdasarkan lukisan kerja yang dipilih

    - Meguji dan menilai projek

    - Mengubahsuai projek

    iii. Pendokumentasian projek

    - Mengira kos projek

    - Persembahan projek

  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    33/72

    BAB 3 ELEKTRIK : SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK [KHB TINGKATAN 1]

    KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

    TINGKATAN 1

    BAB 3

    ELEKTRIK

    [SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK]

    3.0 MAKSUD ELEKTRIK

    Elektrik ialah tenaga

    Elektrik ialah pergerakan elektron dalam pengalir

    Elektrik boleh didapati dalam dua bentuk arus iaitu arus terus dan arus ulang alik

    Elektrik yang dibekalkan kerumah-rumah adalah sebanyak 220-240V dalam bentuk arus

    ulang alik (AC/AU).

    http://3.bp.blogspot.com/-DiTAbUlkDKY/Ud0kRlHsMiI/AAAAAAAAAOM/-MvgxWuUttE/s1600/New+Picture.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    34/72

    Di Malaysia elektrik dibekalkan oleh TNB (Tenaga Nasional Berhad).

    3.1 SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK

    3.1.1 SUMBER ELEKTRIK

    A. Kemagnetan

    -Kemagnetan Sebagai Sumber Elektrik

    -Hasilkan elektrik dengan menggerakkan sebatang magnet di dalam gegelung wayar

    -Contoh :

    a. Dinamo Basikal

    i) Dinamo basikal menghasilkan voltan 6 volt - 12 volt

    http://4.bp.blogspot.com/-bvkh-xqB7do/Ud0KHZ2vWAI/AAAAAAAAALY/NswjUABEvXc/s1600/dinamo.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/-MIKmO9VUuJw/Ud0HMr20iMI/AAAAAAAAALI/0uAxjQd3sTE/s1600/magnet+gegelung.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    35/72

    ii) Arus elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah arus ulang alik (AU/AC)

    iii)Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah hasil daripada aruhan kemagnetan

    iv)Bahagian Dinamo Basikal

    v) Prinsip Kendalian Dinamo

    1) 3 bahagian dinamo : magnet kekal, teras besi dan gegelung wayar

    2) gegelung wayar dibuat daripada lilitan wayar kuprum

    3) dinamo dikendalikan atas prinsip aruhan magnet

    4) Magnet di dalam dinamo basikal berputar dalam satu arah. Aruhan medan magnet

    menghasilkan arus elektrik pada gegelung wayar

    5) teras besi mengembangkan medan magnet

    b. Turbin

    - turbin : alat yang mempunyai rotor yang dapat diputar oleh aliran air, stim atau angin

    - turbin menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga mekanikal, menggerakkan pam air dan

    http://4.bp.blogspot.com/-sEnvo-SeOyI/Ud0L-isyJOI/AAAAAAAAALw/aPpnJd9mxoA/s1600/images+(1).jpghttp://2.bp.blogspot.com/-GjzzzM15MMA/Ud0KV_NWsLI/AAAAAAAAALg/BSEqtXiPxr0/s1600/images.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    36/72

    penjana elektrik

    - rotor : bilah-bilah kipas yang dipasang pada gandar. Gandar dihubungkan dengan penjana

    elektrik.

    B. Tindakan kimia

    - Tindakan Kimia Sebagai Sumber Elektrik

    - Contoh :

    a. Sel Kering

    i) Sel kering menghasilkan voltan 1.5 volt

    ii) Dua sel kering yang disambungkan secara siri akan menghasilkan 3.0 volt

    http://3.bp.blogspot.com/-v8hIKLNkNhI/Ud0U8vyp4KI/AAAAAAAAAM8/WzJE8vDJrik/s1600/220px-Alkali_battery_5.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-Zt1p7KjF7OE/Ud0Redg4qqI/AAAAAAAAAMY/kxm_slxh-8c/s1600/350px-galvanic_cell-svg.png
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    37/72

    iii) Arus elektrik yang dihasilkan oleh sel kering ialah arus terus (AT/DC)

    iv) Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sel kering adalah daripada hasil tindak balas kimia

    v) Sel kering digunakan pada alatan elektrik mudah alih berkuasa rendah - seperti lampu

    picit, jam loceng, alatan permainan

    vi) Bahagian Sel kering

    - karbon : punca positif

    - elektrolit : campuran ammonium klorida dan mangan dioksida.

    - zink : punca negatif

    - tindakbalas kimia antara elektrolit dan bekas zink menghasilkan arus elektrik

    vii) Jenis- Jenis Sel :-

    1. Sel Alkali

    2. Sel merkuri

    3. Sel lithium

    4. Sel nikel kadmium

    http://3.bp.blogspot.com/-v8b1MG7VbTk/Ud0NS2d_g6I/AAAAAAAAAL8/sOH6MTOmiT8/s1600/selkering-bateri.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-Jh2fU91T-8U/Ud0Opxe2zGI/AAAAAAAAAMI/ZEhlBDu4ulI/s1600/untitled43.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    38/72

    b. Sel Basah

    i) Sel basah biasanya menghasilkan voltan 6.0 volt, 12 Volt dan 24 volt

    ii) Sel basah boleh dicas semula dengan alat pengecas bateri

    iii) Sel basah lebih dikenali sebagai bateri

    iv) Sel basah digunakan di dalam kenderaan seperti motor, kereta, lori dan bas

    v) boleh dicas semula

    vi) Bahagian sel basah

    http://2.bp.blogspot.com/-nkkS4O6Cnao/Ud0S_knGsCI/AAAAAAAAAMo/Khsl03UM5gg/s1600/selbasah.gifhttp://2.bp.blogspot.com/-uBlEpFJBnb8/Ud0US9aePCI/AAAAAAAAAM0/rM7l9t1QXic/s1600/IMG00201-20110330-1919.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    39/72

    A = Plat positif (plumbum peroksida) , B= Terminal positif , C = Penyelang , D = Plat negatif

    (plumbum) ,

    E = Elektrolit (Asid Sulfurik Cair), F= Terminal Negatif

    - sel asid plumbum terdiri daripada :

    i. plumbum peroksidaelektrod positif

    ii. Plumbumelektrod negatif

    iii. Asid sulfurikelektrolit (bahan kimia dalam sel yang dapat hasilkan tenaga elektrik

    semasa tindakbalas kimia.

    C. Cahaya

    i) Cahaya Sebagai Sumber Elektrik

    http://2.bp.blogspot.com/-an3gcMPRe7A/Ud0V9uOiM-I/AAAAAAAAANM/RZUpflEReFU/s1600/selsolar32.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    40/72

    ii) Bahan kimia seperti selenium, natrium dan kalium dapat ditukarkan kepada tenaga

    elektrik apabila menerima cahaya.

    iii) Sel foto/solar yang terima cahaya matahari akan hasilkan tenaga elektrik

    iv) Jika keamatan cahaya tinggi, arus elektrik juga tinggi

    3.1.2 KEGUNAAN ELEKTRIK

    i) Hasilkan Haba

    -Tukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba

    -Contoh alat : seterika, periuk nasi, cerek

    ii) Hasilkan Tenaga Kinetik

    -Tukar tenaga elektrik tenaga kinetik

    - Contoh : mesin basuh, kipas angin

    http://4.bp.blogspot.com/-iEsBhLA5WRk/Ud0WPfNK_0I/AAAAAAAAANU/vEfiIQjuPbU/s1600/7.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    41/72

    iii) Hasilkan Cahaya

    -Tukar tenaga elektrik tenaga cahaya

    -Contoh, lampu ada 2 jenis :

    a. Lampu pijar

    - guna filamen untuk menukar tenaga elektrik kepada tenaga cahaya

    b. Lampu pendarflour :

    - tiub lampu pendarflour berisi gas argon dan merkuri

    - arus yang mengalir melalui campuran gas argon dan merkuri menghasilkan sinaran ultra

    ungu, tukar cahaya putih bila terkena lapisan fosfur

    iv) Hasilkan Bunyi

    -Tenaga elektrik tenaga bunyi

    -Alat : televisyen, pembesar suara, radio

    3.2 JENIS WAYAR DAN KERJA PENDAWAIAN

    3.2.1 ALATAN TANGAN

    1) Pena Ujian

    -Kegunaan : menguji, mengesan kebocoran elektrik dan mengetatkan skru kecil

    -Apabila pena ujian tersentuh pada wayar hidup, lampu neon di dalamnya akan menyala

    2) Pemotong Sisi

    http://1.bp.blogspot.com/-sjvP8_-iNSo/Ud0rV7sSG2I/AAAAAAAAAO0/idkiK2uMbh4/s1600/test+pen.JPG
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    42/72

    -Kegunaan : memotong wayar elektrik

    3) Playar Muncung Tirus

    -Kegunaan : memegang benda kecil, memotong dawai, membentuk kaki komponen

    4) Playar Gabung

    -Kegunaan : memegang benda bulat, memotong, membentuk dawai

    5) Penjalur Wayar

    - Kegunaan : menjalur dan memotong wayar

    -2 jenis :

    a. penjalur wayar mudah

    http://3.bp.blogspot.com/-ELWWTJtqtf0/Ud0sKKWrOYI/AAAAAAAAAPM/VQwwuCyXZ_I/s1600/playar+gabung.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-wu4G0q5vECs/Ud0ruK3PxZI/AAAAAAAAAPE/1icDkJIv-xk/s1600/pla.+mcg+tir.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/-UodnnoD2bcE/Ud0xyvP1MYI/AAAAAAAAAPc/IAbpLjflKsw/s1600/_MG_0919.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    43/72

    b. Penjalur wayar spring

    3.2.2 JENIS WAYAR

    1) Wayar Kuprum Berenamel

    - Kegunaan : membuat gegelung pada motor elektrik dan transformer

    2) Wayar Lembar Tunggal (berpenebat)

    http://2.bp.blogspot.com/-8VJ2f8b_VOg/Ud0lvha1B0I/AAAAAAAAAOc/rftrBluRkmw/s1600/Slide2.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/-jNnxq8ssmYg/UeO95edPK7I/AAAAAAAAAaM/ZgJpz_v9UMM/s1600/penjalurwayar02.gifhttp://3.bp.blogspot.com/-qN3C479DMVA/UeO95SDFVwI/AAAAAAAAAaI/MTun9u5CRyA/s1600/penjalur01.gif
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    44/72

    -Kegunaan : membuat pendawaian litar mudah seperti radio

    3) Wayar Teras Tunggal (berpenebat)

    -Diperbuat dari lembaran halus dan lembaran kasar

    -Lembar halus : mudah lentur, untuk pendawaian di radio dan pembesar suara

    -Lembar kasar : untuk pendawaian litar elektrik di rumah

    4) Wayar Teras Kembar

    -dua wayar teras tunggal yang dilekatkan

    -Untuk pendawaian radio, soket dan tv

    5) Wayar Tiga Teras

    -2 Jenis ;a. berpenebat PVCuntuk pendawaian perkakas elektrik yang tak hasilkan haba(kipas angin,

    peti sejuk)

    b. berpenebat PVC serta beranyaman benanguntuk pendawaian alat elektrik yang

    menghasilkan haba (ketuhar, seterika, cerek)

    3.2.3 JENIS PLAG

    1) Plag 2 Pin 2 Ampere

    http://3.bp.blogspot.com/-Bm8AzkNbQ28/Ud0rK11Pl6I/AAAAAAAAAOs/0NfB0kePi1k/s1600/wayar.JPG
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    45/72

    -Menggunakan wayar teras kembar

    -Ada dua tamatan : teras hidup(L) dan teras neutral (N)

    -Alat : radio, pencukur elektrik

    2) Plag 3 Pin 13 Ampere

    - Ada 3 tamatan : tamatan dawai hidup (L), dawai neutral (N), tamatan dawai bumi (E)

    -Fius katrij 13A dipasang di dalam plag ini untuk keselamatan.

    http://1.bp.blogspot.com/-Q8R0j9b0naM/Ud0zKQ5hX7I/AAAAAAAAAP0/Om0p3Mi7v3c/s1600/Three_pin_mains_plug_%2528UK%2529.pnghttp://3.bp.blogspot.com/-TCo5MADL3Cc/Ud0zKkHcG4I/AAAAAAAAAP4/wucqeqImh6A/s1600/download+(1).jpghttp://4.bp.blogspot.com/-y-4z1z5-TW0/Ud0y9wzflgI/AAAAAAAAAPo/fGC7Lsw2i00/s1600/download.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    46/72

    3) Plag 3 Pin 15 Ampere

    -Pinnya bulat dan tidak berfius

    -Untuk kelengkapan elektrik berkuasa tinggi(pemanas air dan pendingin udara)

    3.2.4 FIUS

    i) Fungsi : melindungi litar dan perkakas elektrik

    ii) Fius di dalam plag akan melebur dan arus elektrik terputus jika arus itu terlalu tinggi

    iii) Fius disambung pada tamatan hidup (L)

    iv) Fius ditentukan mengikut arus iaitu 2A, 5A, 10A, 13A

    v) Ada 2 jenis :

    a) Fius Dawai

    -Berbentuk dawai dan kadarannya tetap

    -Fius yang lebur boleh diganti

    -Pemegang fius diperbuat daripada seramik dan bakelit

    http://3.bp.blogspot.com/--ZV9D2Egd4c/Ud00d5PlQjI/AAAAAAAAAQQ/aKoPB5JGUxs/s1600/Slide3.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/-SEh_jO9SZOc/Ud0zKj3KxQI/AAAAAAAAAQE/IFXkXzI3j5s/s1600/download+%25282%2529.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    47/72

    b) Fius Katrij

    -Fius yang tebakar diganti dengan fius kadaran yang betul

    3.2.5 LAMPU PENDARFLOUR

    http://4.bp.blogspot.com/-w2Z85wJ4w1c/Ud02QIYy3RI/AAAAAAAAAQs/R-OzRNe3iaw/s1600/images+(3).jpghttp://1.bp.blogspot.com/-BfngU8C3kLE/Ud02P3OKJsI/AAAAAAAAAQo/TNUOvo4tjR8/s1600/fius.GIFhttp://2.bp.blogspot.com/-M4t4OMLgAMU/Ud02EmEvFDI/AAAAAAAAAQg/iaLO8r2RHbs/s1600/Pendawaian+Elektrik+13fdgdf.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    48/72

    Bahagian Lampu Pendarflour

    1) Tiub Pendarfluor

    -Diperbuat daripada kaca berisi merkuri dan gas argon

    -Dindingnya disalut dengan lapisan fosfur

    -Dihujung tiub ada 2 pin elektrod yang mengalirkan arus ke tiub

    2) Perumah

    -Mengandungi pemegang tiub, cok dan suis penghidup

    3) Cok

    -Kegunaan :

    1. untuk membekalkan voltan tinggi2. Menstabilkan voltan selepas lampu menyala

    4) Pemegang Tiub

    -Terletak pada hujung perumah

    -Berfungsi menyangga tiub pendafluor

    http://3.bp.blogspot.com/-hnLtyA8UL8w/Ud06lAwRm3I/AAAAAAAAARQ/0EtUzlBOS6Y/s1600/images+(7).jpghttp://2.bp.blogspot.com/-4bagevcYPXM/Ud06QIXykyI/AAAAAAAAARI/yiPw11pudeI/s1600/images+(5).jpghttp://3.bp.blogspot.com/-dwfa1XxAycs/Ud05bCvz5iI/AAAAAAAAARA/_tjM6intiqI/s1600/3369811439_8064107085.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    49/72

  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    50/72

    BAB 4 KERJA PAIP : SISTEM BEKALAN AIR DI RUMAH [ KHB TINGKATAN 1 ]

    KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

    TINGKATAN 1

    BAB 4KERJA PAIP

    [ SISTEM BEKALAN AIR DI RUMAH ]

    A) Sistem bekalan air di rumah

    a. Sistem terus membekalkan air terus dari paip perkhidmatan ke semua pili.

    b. Sistem tidak terus membekalkan air ke tangki simpanan air yang akan menyalurkannya

    semula

    kepada pili di dalam rumah.

    Paip Bekalan Air

    Paip Perhubungan - menghubungkan paip utama dengan meter air.

    http://3.bp.blogspot.com/-PcLqlnW4oUY/Ud8R-cF7EZI/AAAAAAAAARg/EZLXl6LmB-c/s1600/A.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    51/72

    Paip Perkhidmatan - menghubungkan meter air ke tangki simpanan air dan pili dapur.

    Paip Agihan - mengagihkan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan

    perpaipan di rumah.

    - Menggunakan paip jenis BG atau PVC

    Paip Cuci - Dipasang di dasar tangki

    - Berfungsi untuk menyalur air keluar semasa kerja pembersihan

    tangki dijalankan

    Paip Limpah - Dipasang tinggi sedikit dari aras penuh tangki simpanan air

    - Bersaiz lebih besar sedikit dari paip perkhidmatan

    - Menyalurkan air jika berlaku limpahan air apabila injap bebola

    rosak.

    Tangki Simpanan Air

    Fungsi: menyimpan air sebelum diagihkan ke kelengkapan perpaipan lain di rumah.

    Terletak di atas bilik air dan bertutup untuk mengelakkan pencemaran.

    Menerima air dari paip perkhidmatan dan dikawal oleh injap bebola serta pelampung.

    Ia diperbuat daripada bahan kepingan galvani, gentian kaca atau poli.

    http://2.bp.blogspot.com/-a5fSWJs7jwo/UbcL_UZtNwI/AAAAAAAAADY/bFjY9tZYUfM/s1600/New+Picture.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    52/72

    Muatan tangki biasanya antara 140 liter hingga 450 liter.

    B) Jenis Paip, Penyambung Paip dan Bahan Pemasangan Paip

    Jenis Paip

    1. Paip besi bergalvani (BG)

    Diperbuat daripada keluli yang bersadur dengan zink.

    Saiz paip BG ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip

    Saiz yang biasa untuk kegunaan di rumah ialah 13mm dan 20 m dengan panjang 6 meter.

    Untuk kegunaan perpaipan industri dan loji pula, saiz yang biasa digunakan ialah 25 mm, 32mm, 38 mm dan 50 mm.

    Hujung paip BG diulir untuk tujuan penyambungan dan pemasangan.

    Gred Ketebalan Kod warna Kegunaan

    A Nipis Perang Paip Limpah

    B Sederhana Biru Paip Agihan

    C Tebal MerahPaip perhubungan dan

    paip perkhidmatan

    http://1.bp.blogspot.com/-Av1IPTrziaA/UbcM6W6VOmI/AAAAAAAAADk/g97kHZ14hq8/s1600/New+Picture+(1).jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    53/72

    2. Paip polivinil klorida (PVC)

    Diperbuat daripada plastik polivinil klorida (PVC)

    Digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah

    Ringan dan mudah dikendalikan tetapi tidak sesuai untuk menyalurkan air panas. Saiz paip PVC di pasaran ialah 13 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 50 mm.

    Panjang piawaian paip PVC ialah 6 m.

    3. Paip Poli (HDPE)

    boleh dilentur dan tahan cuaca panas dan hujan.

    berwarna hitam, lebih kuat daripada PVC, tidak berkarat, ringan dan boleh digulung.

    ketebalan dalam satu saiz tetapi mempunyai diameter pelbagai.

    lebih mahal dan tidak boleh ditegakan.

    apabila penyambungan dibuka, hujung paip perlu dipotong kerana terdapat kesan

    pencengkam pada hujung paip itu.

    boleh dipotong menggunakan pemotong paip PVC atau gergaji.

    http://3.bp.blogspot.com/-f5rRN8br1Ps/UdWL42v6ECI/AAAAAAAAAJo/KWcNY5IOBVk/s350/pipe1.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-ZEydKhsSfqc/UdWLzYvrSwI/AAAAAAAAAJg/IeWXXwwWDOc/s300/galvanized_title.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    54/72

    penyambungan tidak memerlukan glu kerana terdapat sleeve dalam penutup untuk

    mencengkam paip poli.

    di dalam sleeve terdapat gelang getah.

    Penyambung Paip

    http://4.bp.blogspot.com/-7Sh__sapGAQ/UbcTev58EcI/AAAAAAAAAD4/oIs3CLbqZWc/s1600/New+Picture+%25282%2529.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-NUInEOQXxL4/UdWL-fgwwWI/AAAAAAAAAJw/g8T-zvX9cUI/s400/Pelbagai+saiz+paip+32mm+25mm+20mm+dan+16mm.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    55/72

    Bahan Pemasangan Paip

    http://3.bp.blogspot.com/--YfuUtdmt1g/UbcTkQ0LEEI/AAAAAAAAAEM/IRt8list4n0/s1600/New+Picture+%25286%2529.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-MdwT48_hZeQ/UbcTiDyPOnI/AAAAAAAAAEA/KWZaJ_fZeKw/s1600/New+Picture+%25285%2529.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-uLnHNcAQZPw/UbcTk9jp_NI/AAAAAAAAAEQ/hm5iN-Ef9L8/s1600/New+Picture+%25284%2529.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-8nsoary-L-k/UbcTlHATkWI/AAAAAAAAAEY/CGAxZC5s-To/s1600/New+Picture+%25283%2529.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    56/72

    1. Pita PTFE

    untuk sambungan paip yang berulir.

    dililit pada ulir mengikut arah pusingan jam sebelum penyambung dipasang pada paip.

    http://4.bp.blogspot.com/-l4bqum4I9Ww/UdWMGV1d3NI/AAAAAAAAAKE/CMiHDXHLPhM/s320/Slide2+(2).JPGhttp://3.bp.blogspot.com/-rsJr3WODw6o/UdWMGFrkNxI/AAAAAAAAAJ4/Sp7W9YdzTJc/s320/PASANGPAIP.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    57/72

    2. Glu Paip PVC (simen pelarut)

    bahan perekat cecair yang dijual dalam tin.

    disapu pada paip atau pemyambung PVC yang tidak berulirsebelum pemasangan dilakukan.

    C) JENIS DAN KELENGKAPAN PAIP

    http://2.bp.blogspot.com/-Bn5N4Q0tmc0/UdWMGfGsG8I/AAAAAAAAAKI/1KJB0x8qYwM/s320/Slide3.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/-7J0e7T_J6Oc/Ud8St8tlLwI/AAAAAAAAARw/9LwUF64jOQI/s1600/lilit+pitaN.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    58/72

  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    59/72

    3) Pemotong paip beroda

    memotong paip besi bergalvani dengan tepat dan cepat

    4) Ragum paip yoke

    memegang dan mengapit batang paip besi bergalvani supaya tidak bergerak semasa

    memotong, mengulir dan melakukan kerja-kerja pemasangan.

    http://3.bp.blogspot.com/-PimRGGFJiNg/UdWAdTKnR2I/AAAAAAAAAHg/1u60lrGNQYA/s960/Slide1.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/-CSfeTaPYssw/UdWAa7GNEyI/AAAAAAAAAHY/XDo8O0Ue0ec/s960/Slide2.JPG
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    60/72

    4) Kikir bulat

    untuk membuang gerigis di dalam hujung paip selepas dipotong

    5) Kikir rata

    membuang gerigis luar pada hujung paip

    http://4.bp.blogspot.com/-jJBL19pds6A/UdWA7NZsqhI/AAAAAAAAAHw/7gucd86HcmU/s320/KIKIRBULAT.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-K65ru-1enKM/UdWA10ipiMI/AAAAAAAAAHo/zyS_tBIgLr8/s320/Slide1+(2).JPG
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    61/72

    6)Pemotong paip PVC/Poli

    untuk memotong paip PVC/poli dengan tepat dan cepat

    apit pemotong paip PVC/poli pada batang paip yang hendak dipotong dan pusing

    disekelilingnya

    tambah tekanan perlahan-lahan

    7) Perengkuh Paip

    mencengkam dan memutarkan batang paip.

    rahangnya boleh dilaraskan untuk mencengkam batang paip

    tidak sesuai untuk melonggarkan atau mengetatkan bahagian kepala pili, nat atau

    penyambung yang tepinya rata

    http://4.bp.blogspot.com/-lz9QYsl7eEI/UdWBI2ymNRI/AAAAAAAAAIA/2q20AGw2d1c/s320/pemotongpaippvc.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-WdnE-p_WF-4/UdWA_WPb_RI/AAAAAAAAAH4/2pjQOU3cfQE/s320/KIKIRRATA.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    62/72

    8) Sepana boleh laras

    melonggarkan atau mengetatkan nat pada pili dan penyambung.

    rahangnya boleh dilaraskan untuk disesuaikan dengan saiz benda kerja

    http://2.bp.blogspot.com/-ro5Tzzkx6QU/UdWBRpsk-0I/AAAAAAAAAIQ/OR5Qhs8_MiU/s320/Slide2+(1).JPGhttp://4.bp.blogspot.com/-2wZ58X1wAQM/UdWBOT1dUcI/AAAAAAAAAII/QtCLwJNNz7o/s320/Slide1.JPG
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    63/72

    9) Playar cengkam seribu

    mencengkam batang paip dan mengetatkan penutup penyambung poli semasa menjalankan

    kerja pemasangan paip poli

    http://1.bp.blogspot.com/-4vqxTEnWiAA/UdWBiNKOLiI/AAAAAAAAAIk/XxqMxsI7osk/s320/PELAYACENGKAPSERIBU.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-Y43pJRrOuWM/UdWBbsYN6gI/AAAAAAAAAIY/56lbtxSc1EQ/s320/PELAYA.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    64/72

    D) TANGKI SIMBAH

    terdapat 2 jenis tangki simbah

    tangki simbah aras tinggi dipasang 2 meter dari paras lantai

    tangki simbah aras rendah dipasang 1 meter dari paras lantai

    digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya menyimbah keluar melalui paip simbah

    untuk membersihkan mangkuktandas

    diperbuat daripada plastik atau tembikar

    boleh menyimpan air sehingga 9 liter

    Tangki Simbah Aras Rendah

    http://2.bp.blogspot.com/-Xf_DnQPhy2c/Ud_PxjjgqDI/AAAAAAAAATA/8cWeW8Vlo_w/s1600/rendah.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-Z9G1zS-iy68/UdWBh6GRtlI/AAAAAAAAAIg/VvcP9G1CefI/s320/Slide1+(1).JPG
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    65/72

    Tangki Simbah Aras Tinggi

    BAHAGIAN UTAMA DAN FUNGSI TANGKI SIMBAH

    1. Paip alur masuk (paip agihan)

    membekalkan air masuk ke dalam tangki simbah.

    2. Paip alur keluar (paip simbah)

    http://4.bp.blogspot.com/-w8sFmM8Uvgc/UbccLjnRbxI/AAAAAAAAAEk/54bdm52XZmg/s1600/New+Picture+(7).jpghttp://1.bp.blogspot.com/-c8VBXK47aRs/Ud_PxPORmfI/AAAAAAAAAS8/M9MQukVKhSQ/s1600/tggi.jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    66/72

    menyalurkan air keluar dari tangki simbah untuk menyimbah serta membersihkan mangkuk

    tandas.

    3. Paip limpah

    menyalurkan air keluar dari tangki simbah jika berlaku kerosakan pada injap bebola atau

    pelampung.

    4. Injap bebola

    mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah.

    5. Pelampung

    terapung di atas permukaan air akan bergerak bersama paras air. Pelampung mengawal

    paras air dengan menutup dan membuka injap bebola melalui lengan pelampung. Lengan

    pelambung yang bergerak ke atas menolak omboh dalam injap bebola.

    6. Injap gegendang

    mengawal air masuk ke tiub sifon. apabila tuil tarik, injap gegendang akan naik dan

    membenarkan air masuk ke tuib sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.

    7. Tuil tarik/tangkai pelepas

    tuil tarik terdapat diluar tangki simbah. apabila mangkuk tandas perlu dicuci, tuil ditarik

    untuk menyimbah air.

    8. Tiub sifon

    menyalurkan air ke paip simbah

    OPERASI TANGKI SIMBAH

    http://2.bp.blogspot.com/-mAmSr0_OUS0/UbcdNbE-OCI/AAAAAAAAAEw/zsYE7Q61K94/s1600/New+Picture+(8).jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    67/72

  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    68/72

    E) PILI

    digunakan untuk mengawal pengaliran air keluar melalui batang paip.

    diperbuat daripada loyang (campuran kuprum dan zink), pili PVC dan pili bersadur

    kromium.

    terdapat 2 jenis pili iaitu pili berbibir dan pili bertiang.

    PILI BERBIBIR

    alur masuk mendatar.

    biasa digunakan pada tab mandi dan singki di dapur.

    http://4.bp.blogspot.com/-NMVAxH_MrWI/UdWDUYfMxhI/AAAAAAAAAI4/MTH43b5nRT0/s320/Slide3.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/-dxiyOC7MipQ/UdWDUVwgBhI/AAAAAAAAAI8/RKU-oTEJ1h8/s320/Slide2.JPG
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    69/72

    PILI BERTIANG

    alur masuk menegak.

    biasa dipasang pada tab mandi dan singki jenis tembikar.

    F) KERJA PENYENGGARAAN

    dilakukan kerana perangkap tersumbat dengan enapan sisa kotoran.

    PERANGKAP

    berfungsi untuk menghalang bau busuk masuk ke dalam rumah.

    terdapat 3 jenis perangkap, iaitu;

    http://1.bp.blogspot.com/-HRY5sqxclXs/UdWDedMFKoI/AAAAAAAAAJM/3STq9rbu6rs/s320/Slide2+(1).JPGhttp://1.bp.blogspot.com/-Sx_UBriug7Q/UdWDeIXfFpI/AAAAAAAAAJI/R2fGvh4vgHM/s320/Slide1.JPG
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    70/72

    1. perangkap botol

    2. perangkap S

    3. perangkap P

    di dalam perangkap sentiasa terdapat air di paras kedap perangkap seperti dalam

    gambarajah di atas.masalah biasa yang dihadapi ialah perangkap kerap tersumbat kerana sisa kotoran.

    cara menyenggara perangkap yang tersumbat adalah dengan menggunakan pelocok.

    langkah-langkah penyenggaraan adalah seperti berikut;

    1. Isikan air ke dalam singki melebihi paras pelocok.

    http://1.bp.blogspot.com/-63rjAFUM0eE/Ubcelu6JvaI/AAAAAAAAAFY/Wl0SyIsMMrk/s1600/New+Picture+%252814%2529.pnghttp://1.bp.blogspot.com/-vqdPH34-73s/UbcemIJ7cwI/AAAAAAAAAFg/3L4bzqIIzWU/s1600/New+Picture+%252813%2529.pnghttp://4.bp.blogspot.com/-W-kPEe5-jpg/UbceodmFIDI/AAAAAAAAAFk/uJaKRO9PsFo/s1600/New+Picture+(12).png
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    71/72

    2. Letakkan pelocok pada singki dengan diafragma pelocok diletakkan pada lubang singki.

    3. Tekan dan tarik pelocok beberapa kali sehingga air yang menakung mengalir keluar.

    cara kedua membersihkan perangkap ialah mengeluarkan kotoran melalui plag buangan

    atau mangkuk enapan bagi perangkap botol.

    Langkah-langkah membersihkan perangkap yang tersumbat melalui lubang buangan :-

    1) Letakkan baldi di bawah perangkap. Longgarkan dan tanggalkan plag buangan dengan

    sepana boleh laras.

    2) Masukkan dawai kasar melalui lubang plag buangan dan jolokkan endapan kotoran dalam

    perangkap untuk mengeluarkan kotoran.

    3) Pasang semula plag buangan dan uji aliran air.

    http://3.bp.blogspot.com/-Xyt04ZQ_DVM/UbcfpME5qVI/AAAAAAAAAF8/0BJBxP1kZ9Q/s1600/New+Picture+%252816%2529.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-GAQATBasLEQ/UbcfnmbLNVI/AAAAAAAAAFw/wU9jbIJfCLM/s1600/New+Picture+(15).jpg
  • 8/11/2019 KHB tingkatan 1.pdf

    72/72

    http://3.bp.blogspot.com/-07hMJt05kSc/Ud_L_EIisaI/AAAAAAAAASo/NXnNihSbTNQ/s1600/perangkp.jpg