22
Khasiat Asma Ul Huna 1 http://klinik-muallij.blogspot.com Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda KHASIAT ASMA UL HUSNA Klinik muallij http://klinik-muallij.blogspot.com oleh: Mustakim bin Mohd Najib 12 April 2010 (27 Rabiul Akhir 1431) tanpa hakcipta – ilmu untuk semua

Khasiat Asmaul-Husna

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

1

http://klinik-muallij.blogspot.com

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

KHASIAT

ASMA UL HUSNA

Klinik muallij

http://klinik-muallij.blogspot.com

oleh: Mustakim bin Mohd Najib 12 April 2010 (27 Rabiul Akhir 1431)

tanpa hakcipta – ilmu untuk semua

Page 2: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

2

http://klinik-muallij.blogspot.com

Page 3: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

3

http://klinik-muallij.blogspot.com

Page 4: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

4

http://klinik-muallij.blogspot.com

PENGIJAZAHAN PERCUMA (prisip ilmu agama bukan untuk dijual)

Kaedahnya awal:

1. Solat Sunnat Hajat 2 Raka'at

2. Membaca Istighfar 70 x

3. Membaca Selawat 70 x

4. Membaca Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) 70 x

1. Pengijazahan yakni dibacakan al-fatihah dan dihadiahkan kepada rasullullah, keluarga dan sahabat

baginda serta para wali allah, guru-guru agama di dunia sama ada yg masih hidup dan yg telah

meningga dunia dan seluruh sekolah pondok di Malaysia, Patani dan Indonesia mohon agar mendapat

perlindungan Allah. Hanya niat pada pertama kali mula membaca dan beramal. Ilmu ini baik dan

bermanfaat. Setelah itu lengkaplah ijazahnya kerana Allah Ta'ala. Maka telah tamat ijazahnya

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:

"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH

S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." - (Surah Al-A'raf:180)

"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia

mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)

Page 5: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

5

http://klinik-muallij.blogspot.com

"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"-

(Surah Thaha:8)

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya

(menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari

1."Ya Allah" - apabila dizikirkan sebanyak 500x setiap malam, terutamanya selepas solat Tahajjud @

solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

Barangsiapa yang menbacanya 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan dimurahkan rezekinya, dan jika

dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang fardhu, maka akan menjadi sebutan orang besar dan

mendapat kebaikan yang banyak.

2."Ya Rahman" ( Maha Pemurah ) - apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,maka hati

kita akan menjadi terang,tenang & sifat-sifat pelupa serta gugup akan hilang dengan izin Allah. Dizikir

100x selepas solat fardu akan dihilangkan sifat pelupa dan lalai.

3."Ya Rahim" ( Maha Penyayang ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari,Insya Allah kita akan

mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap

kita dan makhluk Allah.

4."Ya Malik" ( Maha Merajai / Pemerintah Alam ) - apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi @

setelah tergelincirnya matahari,segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat

& kekayaan yang diredai Allah.

Page 6: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

6

http://klinik-muallij.blogspot.com

5."Ya Quddus" ( Maha Suci ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi @ setelah tergelincirnya

matahari,maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit-penyakit hati seperti sombong,iri hati,dengki

dll. Dizikirkan sebanyak 1000x akandiselamatkan dari bala bencana dunia.

6."Ya Salam" ( Maha Penyelamat /Sejahtera) - apabila dizikirkan sebanyak 136x atau 121x ,InsyaAllah

jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar,sihat &

sejahtera termasuk sakit kepala.

7."Ya Mukmin" ( Maha Pengaman ) - apabila dizikirkan sebanyak 236x,insyaAllah diri kita,keluarga &

segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8."Ya Muhamin" ( Maha Pelindung / Penjaga ) - apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu

Isyak,InsyaAllah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih dan kuat hafalannya. Dibaca 100x

selepas tahajjud untuk membersihkan hati zahir dan batin.

9."Ya Aziz" ( Maha Mulia / Perkasa ) - apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat subuh,InsyaAllah

kita akan menjadi orang yang mulia,disegani orang kerana penuh kewibawaan. Jika dibaca selama 40

hari berturut-turut, akan mendapat kekayaan dan kesenagan hidup.

10."Ya Jabbar" ( Maha Kuasa ) - apabila dizikirkan 206x atau 226x setiap pagi & petang,setiap musuh

akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah. Jika dizalimi, maka perbuatan zalim akan segera dibalas

Allah.

Page 7: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

7

http://klinik-muallij.blogspot.com

11."Ya Mutakabbir" ( Maha Memilik Keagungan ) - apabila dizikirkan sebanyak 662x,maka dengan

kebijaksanaan bertindak,kita akan dapat menundukkan semua musuh,bahkan mereka akan menjadi

pembantu yang setia.

12."Ya Khaliq" ( Maha Pencipta ) - dibaca mengikut kemampuan @ sebanyak 731x,InsyaAllah yang ingin

otak cerdas,cepat menerima sesuatu pelajaran,amalan ini akan memberikan otak kita cerdas & cepat

faham. Dibaca 5000x setiap hari untuk mengembalikan barang yang hilang/ dan suami/isteri yang hilang

atau lari dari rumah

13."Ya Baari" ( Maha Perancang /Mengadakan) - sekiranya kita berada dalam kesusahan & sedang

sakit,dibaca sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut,Insya Allah kita akan terlepas dari kesukaran &

sembuh dari penyakit tersebut. Dizikir 100x setiap petang untuk elak seksaan kubur.

Mungkin kaedah amalan tidak diajar oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Haron Din Al-Hafiz walaupun ana

ada terbaca salah satu zikir asas 10 pertama beliau terkandung zikir asmaul husna ini.

Barang siapa yang sentiasa membaca Ya Baari' 213x setiap selesai solat fardu, maka allah akan

menjadikanya penyembuh di tangannya, apabila ada seorang yang sakit lalu di usap dengan tangannya

sambil membaca Ya Baari' maka Allah akan menghilangkan penyakitnya, insya Allah.

Kaedah: Penjazaman dahulu Ya Bari' selama seminggu sebanyak 7000 kali, waktunya selepas solat isyak

dengan komitmen yang penuh tanpa gangguan duniawi. Insya allah, selepas itu hanya amalkan

Ya baari' sebanyak 213x selepas selesai solat fardu, tak semestinya dalam keadaan duduk, sambil

bekerja pun boleh asalkan selama berzikir itu dalam keadaan berwuduk.

14."Ya Musawwir" ( Maha Menjadikan Rupa Bentuk ) - sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum

mempunyai anak,maka cubalah ikhtiar dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu.

Sewaktu hendak berbuka, ambillah segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian

minum air tersebut untuk berbuka. Bagi sang suami,hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya

berpuasa selama 3 hari.Kemudian sewaktu hendak berjimak,bacalah zikir ini sebanyk 10x,InsyaAllah

akan dikurniakan anak yang soleh.

Page 8: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

8

http://klinik-muallij.blogspot.com

15."Ya Ghaffaar" ( Maha Pengampun ) - sambil beri'tikaf dalam masjid.bacalah zikir ini sebanyak 100x

sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat,InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16."Ya Qahhaar" ( Maha Menundukkan/Perkasa ) - dizikirkan mengikut kemampuan @ sebanyak 306x,

maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah, orang-orang yang selalu

memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya. Zikir sebanyak 100x dalam keadaan berdoa dan membaca

doa hajat, insya allah dimakbulkan.

17."Ya Wahhaab" ( Maha Pemberi ) - dizikirkan sebanyak 300x sesudah solat fardhu, barang siapa yang

selalu berada dalam kesempitan,InsyaAllah segala kesempitan @ kesulitan dalam apa soal pun akan

hilang. Dizikirkan sebanyak 40x selepas solat dhuha, dimudahkan kekayaan baginya.

18."Ya Razzaq" ( Maha Pemberi Rezeki ) - dizikirkan mengikut kemampuan sesudah solat fardhu

khususnya solat subuh, InsyaAllah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat.Rezeki

akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir. Dizikirkan sebanyak

308x setiap hari akan ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah. Dizikirkan 20x sebelum makan

dan minum pagi, insyaallah mendapat pemahaman yang sempurna.

19."Ya Fattah" ( Maha Pembuka/Pemberi Keputusan ) - dizikirkan sebanyak 71x sesudah selesai solat

subuh, InsyaAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20."Ya ‘Aalim" ( Maha Mengetahui ) - dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, InsyaAllah

aka mendapat kemakrifatan yang sempurna. Mendapat ilmu makrifat, kasyaf dan iman yang sempurna.

Page 9: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

9

http://klinik-muallij.blogspot.com

21."Ya Qaabidhu" ( Maha Penyempit Hidup )- Dizikirkan 100x setiap hari,maka diri akan semakin dekat

dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22."Ya Baasithu" ( Maha Pelapang Hidup ) - Bagi mereka yang berniaga @ mempunyai usaha-usaha lain,

kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini,InsyaAllah rezeki akan

menjadi murah.

23."Ya Khaa'fidh" ( Maha Penghina ) - dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan bersuci,

khusyuk & tawadu',InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah.Juga apabila mempunyai musuh,

musuh itu akan jatuh martabatnya.

24."Ya Raafi" ( Maha Tinggi ) - dizikirkan setiap hari baik siang @ malam sebanyak 70x, InsyaAllah

keselamatan harta benda di rumah, di kedai @ di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari

kecurian.

25."Ya Mu'izz" ( Maha Pemberi Kemulian / Kemenangan ) - dizikirkan sebanyak 140x setiap

hari,InsyaAllah akan memperoleh kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan @ perniagaan.

26."Ya Muzill" ( Maha Merendahkan ) - Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang

berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar

hutangnya kembali. Dizikirkan sebanyak 75x dan dibacakan pada orang yang ditakuti. Dizikirkan

sebanyak 1000x selama 7 hari untuk menolak bahaya musuh.

Page 10: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

10

http://klinik-muallij.blogspot.com

27."Ya Samii" ( Maha Mendengar )- Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita

tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari mengikut kemempuan, lebih2 lagi sesudah solah Dhuha,InsyaAllah

doa akan mustajab. Dizikirkan sebanyak 500x setiap dhuha bagi pesakit tuli/pekak.

28."Ya Basiir" ( Maha Melihat ) - dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat,InsyaAllah akan

menjadiakn kita terang hati, cerdas otak & selalu diberiakan taufik & hidayah dari Allah.

29."Ya Hakim" ( Maha Menghukum ) - dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan

bersuci,InsyaAllah akan membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu2 agama & membantu

kecepatan mempelajari ilmu2 agama.

30."Ya Adl" ( Maha Adil ) - dizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah

diri kita selalu dapat berlaku adil.

31."Ya Lathiif" ( Maha Halusi/Lembut ) - dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan,

InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

Penjazaman Ya Latif : Mewiridkan Ya Latif selepas solat fardu setiap malam isnin, malam selasa dan

malam jumaat sahaja sebanyak 1000 kali selepas solat isyak dan pilih salah satu zikir latif di bawah,

dan amalkan sbyk 786 kali selepas solat fardu. Kalau nak amalkan keempat-empat ayat latif di bawah,

setiap satu juga 786 kali. Setiap satu ayat latif 786 kali mengambil masa lebih kurang sejam 15 minit

kalau buat tanpa henti. Boleh buat sambung2 dengan syarat masih berwuduk dan tidak bertemu solat

yang berikutnya.

Khasiat Ya Latif (Maha Lembut)

1. Jalburr Rizqi ( Menarik Rizqi )

2. Li Qodoil Hajat ( Unttuk di laksanakan hajat2 )

3. Li Kholasil Masjun ( Membebaskan diri dari penjara )

Page 11: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

11

http://klinik-muallij.blogspot.com

4. Li Ikhfai an ainidz dzulmah ( Halimunan )

Inilah Ayat Latif Yg di maksud (dibaca 786 kali) :

1. Ayat Jalbur Rizqi ALLOHU LATIFUN BI IBADIHI YARZUQU MAN YASA U

WAHUWAL QOWIYYUL 'AZIJ ( Surat ASY-SYURA ayat 19 )

2. Ayat Liqodoil Hajat ALA YA'LAMU MAN KHOLAQO WA HUWAL LATIFUL

KHOBIRU ( Surat Al-Mulk ayat 14 )

3. Ayat Lil IKholasil Masjun INNA ROBBI LATIFUN LIMA YASA U INNAHU

HUWAL LATIFUL KHOBIRU ( Surat Yusuf ayat 100 )

4. Ayat Lil Ikhfa' an ainid dzulmah LA TUDRIKUHUL ABSORU WA HUWA YUDRIKUL

ABSORO WA HUWAL LATIFUL KHOBIRU ( Surat Al- An'am Ayat 103 )

32."Ya Khabiir" ( Maha Waspada ) - dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari,terkandung faedah

yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu

dengan teman @ anak yang telah terpisah sekian lama. Dibaca 812x untuk mendapat perkhabaran yang

dikehendaki secara ghaib. Dibaca surah al-Mulk ayat 14 sebanyak 9x sebelum tidur dan wirid Ya Allah

sambil niat apa yang dihajati dalam mimpi hingga terlena, maka akan bermimpi apa yang dihajati

33."Ya Haliim" ( Maha Penyantun ) - dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang

mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat @ apa saja, InsayAllah dipastikan

kedudukannya tidak akan dicabar @ diungkit-ungkitkan @ tergugat.

34."Ya 'Aziim" ( Maha Agong ) - dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama

menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh.Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiup pada tangan lalu

diusap2 pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, sayitan &

sebagainya.

Page 12: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

12

http://klinik-muallij.blogspot.com

35."Ya Ghaffur" ( Maha Pengampun ) - bagi orang yang bertaubat,hendakalah memperbanyakkan zikir

ini dengan mengakui dosa2 & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya

oleh Allah. Dibaca 3x kepada orang yang sakit, nescaya disembuhkanNya.

36."Ya Syakuur" ( Maha Pengampun ) - dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat,sebagai ucapan

terima kasih kepada Allah,InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah.Lakukan setiap kali kita

mempunyai hajat yang penting & terdesak. Juga menghilangkan sakit mata.

37."Ya 'Aliy" ( Maha Tinggi MartabatNya ) - untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir

ini sebanyak 110x ( dalam bahasa ARAB bukannya bahasa MALAYSIA!!! ) lalu direndamkan pada air yang

dingin & diberikan si anak meminumnya,InsyaAllah lama kelamaan otak anak akan berubah cemerlang &

tidak dungu lagi.InsyaAllah mujarab.

38."Ya Kabiir" ( Maha Besar )- Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas @ dilucutkan gara2

sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut2 dalam keadaan bersuci

sebagai pengaduan kepada Allah.Lakukan sesudah solat tahajjud @ hajat.

39."Ya Hafiiz" ( Maha Pelindung/Memelihara ) - dizikirkan sebanyak 99x, InsyaAllah diri kita akan

terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila berada dalam hutan.

40."Ya Muqiit" ( Maha Pemberi Keperluan ) - Sekiranya kita berada dalam keadaan kelaparan seperti kita

sesat dalam hutan @ dimana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka

perbanyakkanlah zikir ini.InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

Page 13: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

13

http://klinik-muallij.blogspot.com

41."Ya Hasiib" ( Maha Mencukupi/Penghitung ) - untuk memperteguhkan kedudukan yang kita jawat,

amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah, kedudukan

kita akan teguh tanpa sebarang gangguan.

42."Ya Jaliil" ( Maha Luhur/Sifat Kebesaran ) - barangsiapa yang mengamalkan zikir ini 1/3 malam

terakhir sebanyak 73x, InsyaAllah kita akan mendapati perubahan yang mengkagumkan - perniagaan

akan bertambah maju. Anda seorang pegawai,maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi &

terhoemat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43."Ya Kariim" ( Maha Mulia/Pemurah ) - untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia & di akhirat

kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 270x ketika hendak masuk tidur.InsyaAllah Allah akan

mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44."Ya Raqiib" ( Maha Pengawas ) - bagi meminta pertolongan daripada Allah terhadap penjaga barang

yang dikhuatirkan, maka zikirkan ini sebanyak 50x setiap hari dengan niat agar barang2 yang

dikhuatirkan yang berada di tempat2 yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian

mahupun gangguan lain.Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah...

45."Ya Mujiib" ( Maha Mengkabulkan ) - sesungguhnya Allah adalah zat yang menerima doa hambaNya

& agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55x

sesudah solat subuh.InsyaAllah doa kita dimakbulkan Allah.

46."Ya Waasi" ( Maha Luas PemberianNya ) - apabila berada dalam kesulitan maka amalkan zikir ini

sebanyak 128x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan

Allah.Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita daripada hasad dengki

sesama makhluk.

Page 14: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

14

http://klinik-muallij.blogspot.com

47."Ya Hakiim" ( Maha Bijaksana )- Bagi pelajar @ sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap

hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran.

Amalkan sekurang2nya 300x setiap hari.

48."Ya Waduud" ( Maha Pencinta )- amalkan zikir ini sebanyak 11,000x setiap malam.InsyaAllah kita

akan menjadi insan yang bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa dalam keadaan

aman & harmoni.

49."Ya Majiid" ( Maha Mulia/ Pemurah KurniaNya ) - untuk mententeramkan keluarga di mana setiap

anggota sentiasa menyayangi & menghormati, khususnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan

zikir ini sebnyak 99x, sesudah itu hembuskanlah kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh

muka.InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua

keluarga.

50."Ya Baa'its" ( Maha Membangkitkan ) - zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua belah

tangan ke dada, InsyaAllah tuhan akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51."Ya Syahiid" ( Maha Menyaksikan ) - apabila ada di kalangan keluarga kita yang suka membangkang &

sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang

akan sedar & berubah perangainya.

52."Ya Haq" ( Maha Benar ) - perbanyakkanlah zikir ini,InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk

menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

Page 15: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

15

http://klinik-muallij.blogspot.com

53."Ya Wakiil" ( Maha Berserah/Pemegang urusan ) - sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang

kuat @ terjadi gempa, maka perbanyakkanlah zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda &

kembali seperti sediakala.

54."Ya Qawiy" ( Maha Memiliki Kekuatan ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin (1000x) agar kita tidak

gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berhadapan dengan si zalim.

55."Ya Matiin" ( Maha Sempurna Kekuatannya/Maha Teguh ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin

kerana ia mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga

musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56."Ya Waliy" ( Maha Melindungi ) - barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan @ kedudukan, maka

amat elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya, kedudukan kita akan

kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

Amalkan zikir ini sebanyak 1000x setiap hari untuk dimudahkan hisab di akhirat.

57."Ya Hamiid" ( Maha Terpuji ) - perbanyakkanlah zikir ini selepas maghrib dan isyak ebagai pengakuan

bahawa Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian. Insya allah diri sendiri akan menjadi

terpuji dalam masyarakat.

58."Ya Muhsiy" ( Maha Menghitung ) - sekiranya kita inginkan diri kita digolong di dalam pertolongan

yang selalu dekat dengan Allah ( muraqabah ), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin selepas solat 5

waktu. Dibacakan 20x kepada makanan sebagai penunduk.

Page 16: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

16

http://klinik-muallij.blogspot.com

59."Ya Mubdiu" ( Maha Memulai / Pemula )- agar segala apa yang kita rancang akan berhasil, maka

zikirkan sebanyak 470x setiapa hari. InsyaAllah...

60."Ya Mu'id" ( Maha Mengembalikan ) - andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri &

sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan

hasilnya.

61."Ya Muhyiy" ( Maha Menghidupkan ) - amalkan zikir ini sebanyak 58x setiap hari, InsyaAllah kita akan

diberi kemuliaan darjat di dunia & akhirat kelak.

62."Ya Mumiit" ( Maha Mematikan ) - barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini,InsyaAllah akan

dipermudahkan di dalam perniagaan, berpolitik & sebagainya. Untuk menundukkan nafsu, Amalkan zikir

ini sebanyak 490 selepas solat.

63."Ya Hayyu" ( Maha Hidup ) - untuk mencapai kekuatan mental / batiniah di dalam menjalani

kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini. Amalkan zikir ini sebanyak 300,000x untuk mengelakkan penyakit.

64."Ya Qayyuum" ( Maha Berdiri Denagn SendiriNya ) - telah berkata Imam Ghazali ra bahawa

barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia,

ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dengan "Ya

Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1000x setiap malam @ selang sehari.Hendaklah dilakukan secara

berterusan, InsyaAllah akan tercapai segala hajat.

Page 17: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

17

http://klinik-muallij.blogspot.com

65."Ya Wajiid" ( Maha Menemukan ) - andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah

terpengaruh & kukuh pendirian, maka perbanyakkanlah zikir ini.

66."Ya Majiid" ( Maha Mulia ) - Amalkan zikir ini sebanyak 400x tiap pagi dan petang demi kecergasan

otak & agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut

memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

atau

67."Ya Waahid"/ Ya Ahad ( Maha Esa ) - bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata & tersangat

ingin untuk menimangnya, amalkan zikirkan ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5

waktu selama 1 bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, InsyaAllah...

68."Ya Somad" ( Maha Diminta ) - ketika dalam kelaparan akibat sesat @ kesempitan hidup, maka

pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin.InsyaAllah, diri akan berrasa segar. Amalkan

zikir ini sebanyak 313x selama tiga hari disertai puasa, akan dikabulkan hajatnya.

69."Ya Qaadir" ( Maha Kuasa ) - apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka

amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari, InsyaAllah segala hajat akan berhasil. Amalkan zikir ini

sebanyak 200x selepas solat sunat 2 rakaat untuk mendapat kekuatan.

70."Ya Muqtadir" ( Maha Menentukan ) - agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar

secara lahiriah, maka berzikirlah dengan zikir ini sebeberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil

kerana zikr ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita. Baca 100x selepas bangun tidur untuk

mudah mendapat petunjuk Allah.

Page 18: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

18

http://klinik-muallij.blogspot.com

71."Ya Muqaddim" ( Maha Mendahulukan ) - menurut imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau

berkata"Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala

usahanya akan berhasil". Untuk pejuang fisabilillah, baca zikir ini 184x sebelum ke medan perang.

72."Ya Muakkhir" ( Maha Melambat-lambatkan ) - bagi meningkatkan lagi ketaatan kita kepada Allah,

perbanyakkanlah zikir ini. Amalkan zikir ini sebanyak 300x untuk dibukakan pintu taubat penyesalan.

73."Ya Awwal" ( Maha Pemulaan ) - barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 27x atau 37x

setiap hari, InsyaAllah segala yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74."Ya Aakhir" ( Maha Penghabisan ) - amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solet 5 waktu selama 1

bulan, InsyaAllah tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal. Amalkan zikir ini sebanyak 1000x untuk

kebaikan diakhir umurnya.

75."Ya Dzaahir" ( Maha Menyatakan ) - amalkan zikir ini sebanyak 1106x sesudah solat waktu di tempat

yang sunyi ( khalwat ), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar

serta diberi kefahaman ilmu. Mendapat ilmu yang jarang dimiliki manusia.

76."Ya Bathinu" ( Maha Tersembunyi ) - seperti Ya Dzaahir tetapi amalkan sebanyak 30x sesudah solat

fardhu.

Page 19: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

19

http://klinik-muallij.blogspot.com

77."Ya Waaliy" ( Maha Menguasai Urusan ) - memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh

menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan

para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.

78."Ya Muta'aliy" ( Maha Suci / Tinggi ) - sekirnya kita berjumpa dengan mereka yang berkedudukan

tinggi @ yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap.

InsyaAllah dengan mudaj kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting2 akan berhasil.

Amalkan zikir ini sebanyak 541x pagi dan petang untuk mudah naik pangkat

79."Ya Barru" ( Maha Bagus [ Sumber Segala Kelebihan ] ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap

hari.InsyaAllah segala yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80."Ya Tawwaab" ( Maha Penerima Taubat ) - bagi orang yang selalu buat dosa & ingin bertaubat maka

hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81."Ya Muntaqim" ( Maha Penyiksa ) - Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak

melakukan kezalimannya kepada kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali

sesudah solat fardhu. InsyaAllah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

82."Ya 'Afuww" ( Maha Pemaaf ) - barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya di akan diampuni

segala dosanya oleh Allah.

83."Ya Rauuf" ( Maha Mengasihi ) - bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman @ sesiapa

sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini sebeberapa mampu sama ada waktu siang mahupun

malam.

Page 20: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

20

http://klinik-muallij.blogspot.com

84."Ya Maalikul Mulki" ( Maha Pemilik Kekuasaan ) - seseorang pengarah @ ketua yang ingin

kedudukannya kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak

212x sesudah solat fardhu & 212x pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat

pertolongan Allah.

85."Ya Zul Jalaali Wal Ikraam" ( Maha Pemilik Keagungan & Kemuliaan ) - amalkan zikir ini sebanyak 65x

setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86."Ya Muqsith" ( Maha Mengadili ) - berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah tuhan

akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya. Dibacakan 209x sebelum solat

bagi menghindari was-was.

87."Ya Jaami" ( Maha Mengumpulkan ) - sekiranya ada dikalangankeluarga kita @ isteri kita yang lari

dari rumah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin pada setip hari dengan niat semoga Allah

menyedarkan orang tersebut.Dengan izin Allah, orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang

singkat. Baca 300x untuk menyampaikan hajat sebelum doa.

88."Ya Ghaniy" ( Maha Kaya Raya ) - amalkan zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa

yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu mendapat berkat. Amalkan

zikir ini sebanyak 1060x setiap hari untuk kesembuhan penyakit.

89."Ya Mughniy" ( Maha Pemberi Kekayaan ) - mintalah kekayaan yang bermnfat untuk kehidupan di

dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini 1000x setiap hari, InsyaAllah segala

hajat kita akan tercapai.

Page 21: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

21

http://klinik-muallij.blogspot.com

90."Ya Maani" ( Maha Membela / Menolak ) - andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161x

pada waktu menjelang subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang zalim & suka

membuat angkara.

91."Ya Dhaarr" ( Maha Pembuat Bahaya/Mudarat ) - asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita dalam

menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihadapi & telah puas dihidapi & telah puas

diubati. Amalkan zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan

cepat sembuh.

92."Ya Naafi" ( Maha Pemberi Manfaat ) - menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barang siapa yang

mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang

susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah. Untuk suami isteri, dibacakan zikir ketika jimak,

insya allah mendapat anak soleh.

93."Ya Nuur" ( Maha Pemberi Cahaya ) - menurut Sheikh Ahmad Muhammad As Shawi, barangsiapa

yang mengkehendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikkan di

dunia mahupun kebaikkan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi &

petang.

94."Ya Haadiy" ( Maha Pemberi Petunjuk ) - bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke sesuatu tempat

tertentu, kemudiannya sesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir

ini, InsuaAllah akan diberikan pertolongan Allah & akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

Page 22: Khasiat Asmaul-Husna

Khasiat Asma Ul Huna

22

http://klinik-muallij.blogspot.com

95."Ya Baadii" ( Maha Indah / Tiada Bandingan ) - andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting

& bagi memastikan rancangan kita itu berjaya serta berjalan lancar, maka birzikirlah dengan zikir ini

sebanyak 500x selepas solat fardhu.InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan

kita berjaya & berjalan lancar.

96."Ya Baaqiy" ( Maha Kekal ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu,

InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua pekerjan yang telah menjai punca rezeki tidak akan mudah terlepas,

perniagaan tidak akan rugi @ bankrap dengan berkat zikir ini.

97."Ya Waarits" ( Maha Membahagi / Mewarisi ) - sekiranya kita berzikir sebanyak 500x selepas solat

fardhu @ sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah peda setiap malam

berzikir dengan zikir ini sebanyak 707x. InsyaAllah, berkat zikir ini Allah kan memberi petunjuk sehingga

usaha kita berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98."Ya Rasyiid" ( Maha Pandai / Bijaksana ) - walaupun kita tergolong didalam golongan yang serdas

otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi lebih cerdas.

99."Ya Sabuur" ( Maha Penyabar ) - agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka

berzikirlah dengan zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada

Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan. Amalkan zikir ini sebanyak 100x sebelum

matahari terbit, nescaya dijauhkan bala pada hari tersebut.