53
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM & STRUKTUR FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN BANDAR PROJEK : KAJIAN LALU LINTAS DI BANDAR BARU BANGI PENSYARAH: PROF. IR. DR. HJ. RIZA ATIQ ABDULLAH O.K. RAHMAT AHLI KUMPULAN: SYAHRUL FITRI BIN MOHAMED MOHD AZMER BIN MOHD ZAINOL MUHAMMAD HASRUL BIN YUSOF EPYZUL AKMAL BIN MOHD SHAHALI

KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

  • Upload
    dokhanh

  • View
    265

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM & STRUKTUR

FAKULTI KEJURUTERAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN BANDAR

PROJEK : KAJIAN LALU LINTAS DI BANDAR BARU BANGI

PENSYARAH:

PROF. IR. DR. HJ. RIZA ATIQ ABDULLAH O.K. RAHMAT

AHLI KUMPULAN:

SYAHRUL FITRI BIN MOHAMED

MOHD AZMER BIN MOHD ZAINOL

MUHAMMAD HASRUL BIN YUSOF

EPYZUL AKMAL BIN MOHD SHAHALI

Page 2: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

2 of 53

1. PENGENALAN

1.1. OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai di akhir kertas kerja ini:

1) Menyediakan pelan perancangan sistem pengangkutan yang efektif.

2) Meningkatkan kualiti pengangkutan awam.

3) Meningkatkan taraf rangkaian jalan raya.

4) Menilai keadaan semasa, fizikal dan pengangkutan bagi jangka masa

pendek dan panjang.

5) Menyediakan pelan pelaksanaan dan aliran kos projek.

1.2. KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian melibatkan keseluruhan kawasan Bandar Baru Bangi dan

juga kawasan sekelilingnya termasuk Putrajaya, Seremban, Kuala Lumpur

dan Kajang.

1.3 PENGEZONAN KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian utama iaitu Bandar Baru Bangi telah pun dibahagikan

berdasarkan kepada kawasan seksyen – seksyen sedia ada. Terdapat 15

seksyen sedia ada dan 5 kawasan kajian sekunder iaitu Kajang, UKM,

Kuala Lumpur dan Seremban.

Page 3: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

3 of 53

1.3.1 Bandar Baru Bangi

Bandar Baru Bangi telah dimajukan secara berperingkat-peringkat

sejak tahun 1974 yang merangkumi kawasan seluas lebih kurang

2,925 hektar (7,228 ekar). Matlamat utama pembangunan bandar

ini ialah:

a) Untuk menjadikan kawasan Bandar Baru Bangi sebagai satu

pusat pertumbuhan wilayah bagi selatan Lembah Kelang.

b) Memberi peluang yang luas kepada Bumiputera dalam kegiatan

ekonomi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.

c) Bandar Universiti dan seterusnya pusat kajian sains.

Pembangunan peringkat awal Bandar Baru Bangi adalah

berdasarkan kepada Pelan Struktur yang disediakan oleh PKNS

dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan

selepas itu dikaji semula pada tahun 1979 dengan matlamat untuk

mewujudkan pembangunan yang sederhana (moderate growth)

bagi menampung seramai 75,000 penduduk pada tahun 2000.

Pelan Perspektif Lembah Klang 1983 telah menggalakkan

pertumbuhan enam pusat utama termasuk Bangi. Bandar Baru

Bangi telah dikenal pasti sebagai pusat pertumbuhan utama di

kawasan koridor selatan dan berperanan sebagai pusat

penempatan institusi, industri ringan dan pentadbiran daerah.

Fungsi dan status Bandar Baru Bangi bukan sahaja untuk

mencapai matlamat di atas tetapi juga menjadikan sebagai sebuah

bandar wilayah (regional town) yang terbesar bagi kawasan selatan

Negeri Selangor Darul Ehsan.

Page 4: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

4 of 53

1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan

Kajian Pelan Struktur Bangi merangkumi kawasan seluas 362 km

persegi meliputi mukim Kajang (termasuk Bandar Baru Bangi),

Semenyih dan Beranang di Daerah Sepang dan sebahagian Mukim

Petaling Daerah Petaling. Bandar Baru Bangi akan dimajukan

secara bersepadu bagi memenuhi matlamat sebuah bandar yang

selesa untuk didiami. Di samping mengekalkan 477 ha. (23.1 %)

daripada kawasan tersebut adalah dikhaskan untuk memenuhi

keperluan sektor perdagangan dan perindustrian yang secara

langsung akan memberi faedah kepada masyarakat setempat dan

pembangunan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Page 5: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

5 of 53

Pelan Bandar Baru Bangi

Page 6: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

6 of 53

2. AUDIT KEADAAN SEMASA

2.1 PENGENALAN

Laporan ini memberi tumpuan kepada 4 aspek audit keadaan semasa yang

menjadi sebahagian daripada proses perancangan pengangkutan bandar

untuk mengesan kelemahan, kelebihan dan kemungkinan untuk

meningkatkan keupayaan infrastruktur pengangkutan yang mana boleh

membantu di dalam pembentukan senario-senario untuk pengujian model-

model pengangkutan. Berikut merupakan aspek-aspek yang telah

dipertimbangkan :

a) Laporan Berdasarkan Pandangan

I. Jalan masuk utama ke Bandar Baru Bangi.

II. Tahap prestasi beberapa jenis mod pengangkutan.

i. Pengangkutan peribadi.

ii. Pengangkutan awam - Bas, Kereta api, teksi.

III. Persepsi masyarakat setempat.

b) Laporan Bancian Lalu lintas.

c) Laporan Peluang dan Halangan.

d) Laporan Pernyataan Masalah.

Page 7: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

7 of 53

2.2 LAPORAN BERDASARKAN PANDANGAN

Laporan ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas kepada

keadaan fizikal dan operasi pengangkutan Bandar Baru Bangi. Ia juga

bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan – kelemahan dan peluang –

peluang serta proses – proses menaiktarafkan infrastruktur pengangkutan

yang mungkin membantu di dalam membentuk senario – senario untuk

menguji model – model pengangkutan yang disarankan.

2.2.1 Pintu masuk utama ke Bandar Baru Bangi.

a) Jalan raya / Lebuh raya

Terdapat beberapa jalan raya dan lebuh raya yang

menghubungkan Bandar Baru Bangi ke kawasan – kawasan

lain.

- Lebuh raya KL – Seremban

- Kajang

- Bangi

- Putrajaya

Page 8: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

8 of 53

Rajah 1: Lebuh raya KL – Seremban (Plaza tol Bangi)

Rajah 2 : Lebuh raya KL – Seremban (Plaza Tol Kajang)

Page 9: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

9 of 53

b) Udara

Pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

Lumpur pada Julai 1998 telah Malaysia telah melangkah

setapak lagi menuju ke arah mencapai Wawasan 2020.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur boleh

dianggap sebagai salah satu daripada pintu masuk utama ke

Bandar Baru Bangi walaupun fungsinya lebih kepada

peringkat nasional.

Rajah 3. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Page 10: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

10 of 53

c) Kereta api

Pada masa kini, Bandar Baru Bangi dihubungkan oleh satu

rangkaian perkhidmatan rel kereta api iaitu sistem

perkhidmatan komuter oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad

(KTMB). Sistem perkhidmatan komuter ini menghubungkan

Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor. Sistem

komuter ini mempunyai permintaan yang tinggi dan

digunakan oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira

warga kerja mahupun pelajar. Sistem komuter ini

menghubungkan Bandar Baru Bangi di dalam rangkaian

perkhidmatannya melalui stesen komuter UKM.

Page 11: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

11 of 53

2.2.2 Tahap Prestasi Mod-mod Pengangkutan

a) Jalan raya / Lebuh raya

Lebuh raya KL – Seremban

Lebuh raya ini mempunyai 3 laluan per setiap laluan dapat

menampung isi padu trafik yang banyak sepanjang waktu

pagi dan sebahagian waktu petang. Aliran trafik yang paling

sibuk adalah waktu puncak pada masa siang dan petang

hari bekerja dan lewat tengah hari pada hari minggu.

Pemerhatian ini dapat disahkan dengan memerhatikan

kenderaan - kenderaan yang berbaris panjang di Plaza Tol

Sg. Besi pada waktu – waktu yang dinyatakan. Kesesakan

trafik yang teruk berlaku pada waktu pagi hari Isnin dan juga

waktu petang hari Ahad di laluan menuju ke Kuala Lumpur,

manakala untuk laluan yang menuju ke arah Selatan, wujud

kesesakan lalu lintas yang teruk pada hari Sabtu waktu

tengah hari. Laluan – laluan persimpangan pertukaran yang

dapat menampung isi padu trafik yang besar dengan efisien

adalah di Sri Petaling dan Kajang. Walau bagaimanapun,

pada hari – hari Sabtu, jalan susur ke Sg. Besi / Serdang /

Seri Kembangan selalunya sesak dan mengakibatkan

kenderaan – kenderaan berbaris panjang ke arah Utara.

Laluan – laluan persimpangan di sepanjang lebuh raya

seperti di UPM, Bangi dan Nilai Utara tidak mengalami

kesesakan lalu lintas yang ketara dan dijangkakan dapat

menampung peningkatan permintaan pada masa hadapan.

Page 12: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

12 of 53

Kajang

Kajang dan kawasan sekitarnya merupakan sebuah mukim

yang terletak di dalam Daerah Hulu Langat di negeri

Selangor. Ia terletak lebih kurang 14 batu di sebelah

Tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang

dihubungi melalui jalan raya dan jalan kereta api. Kajang

juga dapat dihubungkan dengan Putrajaya, Pusat

Pentadbiran Negara dan Cyberjaya Bandar Multimedia

negara. Di sebelah Baratnya pula terletak bandar Puchong,

Batu 3 dan Klang.

b) Kereta api (KTM Komuter)

Perkhidmatan Komuter KTMB terbukti menjadi satu daripada

alternatif pengangkutan yang popular. Ini dapat dilihat

daripada kesesakan pengguna komuter di Kajang, Serdang

dan Nilai. Perkhidmatan di Kajang dan Serdang disokong

oleh perkhidmatan teksi dan bas. Kebanyakan daripada

pengguna di stesen Kajang dan Serdang adalah pekerja

pejabat yang bekerja di bandar manakala pengguna di

stesen Nilai kebanyakannya menuju ke KLIA dan

sebaliknya.

Page 13: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

13 of 53

c) Bas

Laluan bas ini bertumpu di sekitar Bandar Baru Bangi dan

Kajang. Pusat Hentian Kajang memainkan peranan sebagai

pusat transit perkhidmatan bas.

Page 14: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

14 of 53

d) Teksi

Perkhidmatan teksi di Bandar Baru Bangi dikendalikan

secara persendirian di mana pemandu – pemandu teksi

berkumpul di tempat – tempat tumpuan awam seperti di

Stesen Komuter UKM, di Seksyen 1 dan di WARTA di Pusat

Bandar Baru Bangi. Perkhidmatan teksi di Bandar Baru

Bangi secara relatifnya kurang efektif di mana kekerapan

untuk mendapatkan teksi adalah rendah dan masalah

pemandu – pemandu yang tidak menggunakan meter

dengan sempurna.

Page 15: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

15 of 53

2.2.3 Persepsi masyarakat setempat.

Beberapa sesi temu ramah telah dijalankan untuk

mendapatkan pandangan masyarakat umum mengenai

masalah sistem pengangkutan di Bandar Baru Bangi.

Secara kesimpulannya, mereka menyatakan harapan untuk

mendapatkan sistem pengangkutan awam yang lebih baik

dan efektif. Di mana perkhidmatan bas dan teksi yang sedia

ada tidak mencukupi di mana laluan – laluan pengambilan

penumpang tidak merangkumi keseluruhan kawasan Bandar

Baru Bangi. Pondok menunggu bas yang disediakan juga

tidak mencukupi. Bas – bas yang digunakan untuk

mengambil penumpang juga tidak selesa dan tidak selamat

manakala kebanyakan teksi – teksi di Bandar Baru Bangi

tidak menggunakan meter. Penduduk – penduduk yang

ditemu ramah itu juga menyatakan masalah kecelakaan

jalan raya yang berlaku di kawasan-kawasan perumahan

dan juga sekitar Bandar Baru Bangi.

Page 16: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

16 of 53

2.3 LAPORAN BANCIAN LALU LINTAS

Maklumat – maklumat untuk Laporan Bancian Lalu lintas Bandar Baru

Bangi diperoleh daripada pihak Bahagian Kejuruteraan Trafik, Jabatan

Awam dan Struktur, Fakulti Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beberapa persimpangan yang dikenal pasti daripada pemerhatian sebagai

persimpangan yang mempunyai kadar aliran kenderaan yang sesak.

Persimpangan menghala ke Plaza Tol Kajang telah dipilih sebagai kawasan

kajian kerana ia merupakan persimpangan yang menghala trafik ke

Putrajaya, Kajang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Laporan dan statistik kes – kes kemalangan jalan raya di sekitar Bandar

Baru Bangi diperoleh daripada Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah

Kajang. Laporan dan statistik – statistik yang diperoleh menunjukkan

kawasan – kawasan yang mencatatkan kes kemalangan yang tertinggi

pada tahun 2005 (sehingga Ogos) merupakan kawasan pinggir bandar /

pekan / kampung dan kawasan perumahan merupakan kawasan yang

mencatatkan kes – kes kemalangan kedua tertinggi.

Rajah 3 Persimpangan Plaza Tol Kajang

Page 17: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

17 of 53

Berikut merupakan graf yang telah diplot daripada data – data pengaliran lalu lintas di persimpangan yang dinyatakan

pada Rajah 3. Dapat dilihat bahawa, pengaliran trafik maksimum di kawasan yang dinyatakan berlaku di sekitar jam 8-9

pagi dan 6-7 petang.

Pengaliran Lalu lintas Di Plaza Tol Kajang

Bandar Baru Bangi

0

500

1000

1500

2000

2500

3000

3500

7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24

Masa (jam)

Isip

ad

u l

alu

lin

tas

(k

en

d/ja

m)

Menuju P.Bandar Dari P.Bandar

Page 18: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

18 of 53

0

5

10

15

20

25

30

35

Bil.

Kecederaan

Mati Cedera Parah Cedera ringan

Tahap Kecederaan

Jumlah Kecederaan Kes Kemalangan mengikut Tahun

2003

2004

2005

Page 19: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

19 of 53

0

100

200

300

400

500

600

700

800

Bil.

Kemalangan

KMLG MAUT KMLG PARAH KMLGN RINGAN KMLGN ROSAK SHJ

Jenis Kemalangan

Jumlah Kemalangan Mengikut Jenis Pengguna yang Disyaki Disalahkan

2003

2004

2005

Page 20: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

20 of 53

Kes Kemalangan di Bandar Baru Bangi

dari 1/01/05 hingga 31/08/05

0

10

20

30

40

50

60

70

UKM Persiaran

kemajuan

Fasa 4 Bulatan

Fasa 4

Persiaran

Jaya

Fasa 1 Persiaran

Golf BBB

Persiaran

Pekeliling

Jalan Teras

Jernang

Bulatan Tol

BBB

Persiaran

Bandar

Tempat

Bil

an

ga

n

Page 21: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

21 of 53

2.4 LAPORAN PELUANG DAN HALANGAN

Tujuan : untuk memberi maklumat yang jelas berkenaan dengan peluang-

peluang untuk memperbaiki keadaan pengangkutan dan juga halangan-

halangan di kawasan Bandar Baru Bangi.

2.4.1 Peluang-peluang untuk memperbaiki keadaan

pengangkutan

� Wujudkan hentian bas/teksi di pusat Bandar Baru Bangi

� Menggalakkan orang ramai menaiki kenderaan awam

dengan :

• Menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta

• Mengehadkan jumlah tempat letak kereta

• Mengenakan kadar tol yang tinggi kepada kenderaan

persendirian

• Membaiki perkhidmatan awam ke tahap yang

memuaskan

� Mewujudkan laluan khas untuk kenderaan berat bagi

mengurangkan kecelakaan khususnya terhadap

kenderaan ringan seperti motosikal

� Pengurusan lalu lintas yang lebih efektif seperti

mengubah aliran lalu lintas, membaiki persimpangan dan

pembinaan jejantas

� Mewujudkan hierarki jalan raya yang lebih jelas seperti

jalan pengagih primer, daerah dan tempatan.

� Mengadakan sekatan lalu lintas bagi menguji tahap

pencemaran yang dikeluarkan oleh kenderaan berat

� Kempen dan saranan yang berterusan mengenai ‘kongsi

kereta’

Page 22: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

22 of 53

2.4.2 Halangan-halangan yang mungkin timbul untuk

memperbaiki keadaan pengangkutan

� Kekurangan infrastruktur pengangkutan awam seperti

hentian bas yang strategik.

� Tidak mendapat penyertaan yang menyeluruh dari

masyarakat setempat untuk melaporkan mengenai

keberkesanan perkhidmatan awam.

� Kos yang tinggi bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas

seperti pembinaan jejantas dan sebagainya.

� Kesedaran sivik yang kurang di kalangan pemandu.

� Berlaku aktiviti lumba haram di jalan raya yang

menyumbang kepada kes – kes kecelakaan jalan raya.

Page 23: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

23 of 53

2.5 LAPORAN PERNYATAAN MASALAH

Masalah Objektif Ambang

Kecekapan

- jalan raya sempit.

- perkhidmatan bas kurang berkesan.

- Perkhidmatan teksi hanya bertumpu kepada

kawasan-kawasan tertentu.

- Kurang tempat letak kereta.

- menyediakan satu terminal

pengangkutan yang efektif.

- Menyelaraskan perkhidmatan

pengangkutan awam

- Menambah tempat letak kereta

- satu tempat letak

kereta bagi setiap

50m2 per luas

lantai.

Keselamatan

- tiada lampu jalan.

- Penyelenggaraan jalan raya yang kurang berkesan.

- Kekerapan berlaku kemalangan

- Ketiadaan lampu isyarat untuk pejalan kaki –

terutama di kawasan perumahan kepadatan tinggi

dan sekolah

- menambah lampu jalan di

kawasan – kawasan yang

dikenal pasti.

- Perbaiki jalan raya.

- 1.31 o.c.k. setahun

Alam Sekitar

- asap dan bunyi hingar terutama dari kenderaan berat

seperti lori dan bas.

- membuat pemeriksaan secara

berjadual.

- 70 dBA

Page 24: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

24 of 53

3. PELAN TINDAKAN

3.1 KEPERLUAN SEGERA INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN

A

BC

D

E

F

G

H

I

Page 25: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

25 of 53

Rujukan Kawasan Perkara

A Kawasan perumahan Seksyen 8 Memperbaiki jalan raya

B Susur keluar / masuk Seksyen 1 Kawalan lalu lintas

Keselamatan jalan raya

C Sekolah Rendah & Menengah

Seksyen 3

Kawalan lalu lintas

Keselamatan jalan raya

D Seksyen 16 (berhadapan Shell) Keselamatan Jalan raya

Kawalan lalu lintas

E WARTA & Kompleks Diamond

Tempat letak kereta

Kawalan Lalu lintas

Keselamatan jalan raya

F Stesen Komuter UKM Tempat letak kereta

Kawalan lalu lintas

G Bulatan Tol Bangi Kawalan lalu lintas

Keselamatan jalan raya

H Bulatan Fasa 4 Kawalan lalu lintas

Keselamatan jalan raya

I Jalan Reko – Kajang Keselamatan jalan raya

Memperbaiki jalan raya

Page 26: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

26 of 53

Memperbaiki jalan raya

A

Page 27: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

27 of 53

Kawalan lalu lintas

Keselamatan jalan raya

B

D

Page 28: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

28 of 53

Kawalan lalu lintas

Keselamatan jalan raya

C

Page 29: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

29 of 53

Tempat letak kereta

Kawalan Lalu lintas

Keselamatan jalan raya

E

Page 30: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

30 of 53

Tempat letak kereta

Kawalan lalu lintas

F

Page 31: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

31 of 53

Keselamatan jalan raya

Memperbaiki jalan raya

I

Page 32: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

32 of 53

4. PELAN JANGKA MASA PANJANG

4.1 POLISI

4.1.1 Dasar Ekonomi

� Menyediakan satu sistem pengangkutan yang efisien dan

bersepadu bagi membolehkan perniagaan berkembang

dan keselesaan kepada penduduk sekitarnya.

4.1.2 Dasar Sosial

� Menyediakan kemudahan pengangkutan yang selesa

bagi golongan berpendapatan rendah dan golongan

cacat dengan;

• Menyediakan ruang tempat letak kereta bagi

golongan cacat

• Menyediakan ruang tempat letak kereta tidak

berbayar bagi kawasan perniagaan

4.1.3 Dasar Pembangunan

� Pembangunan industri perlu mengambil kira peletakan

lokasi yang strategik dan penyediaan zon penampan

dengan berpandukan garis panduan rancangan kawasan

perindustrian, JPBD 1997.

Page 33: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

33 of 53

� Pihak PBT perlu mengawasi aktiviti pembangunan di

sekitar sungai dan memastikan sebarang perancangan

pembangunan di kawasan rizab sungai haruslah

mematuhi garis panduan konsep pembangunan

berhadapan sungai (JPS 1995).

4.1.4 Dasar Alam Sekitar

� Kualiti bunyi di bandar Baru Bangi mestilah tidak melebihi

piawaian bunyi bising yang disyorkan oleh WHO iaitu

antara 57.2 dBA hingga 78.1 dBA.

� Pihak pengusaha kilang perlu memastikan paras bunyi

bising di sempadan kilang tidak melebihi 65 dBA. Di

samping itu, paras bunyi bising di kawasan perumahan

atau zon penampan tidak melebihi 55 dBA pada waktu

siang dan malam.

� Mengurangkan had laju kenderaan dan melalui

penguatkuasaan undang-undang berkaitan (peraturan-

peraturan kualiti alam sekeliling (bunyi bising kenderaan

motor), 1987).

� Kawalan asap kenderaan sentiasa tidak melebihi 50

hetridge.

Page 34: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

34 of 53

4.2 MODEL TRAFIK

Model pengangkutan ialah iaitu satu rangkuman formula – formula

matematik yang boleh menggambarkan bagaimana penduduk – penduduk

melakukan perjalanan dan pengangkutan.

Kaedah pembinaan model adalah berdasarkan kepada garis panduan yang

ditetapkan oleh Manual for the Preparation of Urban Transport Plans in

Malaysia (HPU-1995). Model yang diguna pakai adalah model graviti

batas tunggal. Batas tunggal bermaksud jumlah anggaran perjalanan

keluar sahaja dari sesuatu zon atau jumlah anggaran perjalanan masuk

sahaja dibatasi supaya bersamaan dengan jumlah pengeluaran atau tarikan

perjalanan. Pembinaan model ini adalah berpandukan kepada faktor

pengeluaran dan tarikan, masa serta jumlah penduduk di sesuatu kawasan.

Tujuan pembinaan model ini dibangunkan adalah untuk melihat agihan

perjalanan mengikut asalannya atau tujuannya. Model graviti secara amnya

berbentuk seperti berikut:

Di mana;

Tij = perjalanan zon i ke zon j

Pi = pengeluaran zon i

Aij = penarikan zon j

Tij = masa atau kos perjalanan antara zon i dan zon j

α = parameter yang perlu ditentukurkan.

(kawasan Lembah Klang α = 2.05)

Page 35: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

35 of 53

Manakala;

Page 36: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

36 of 53

4.3 KEADAAN TRAFIK SEDIA ADA

Kajian keadaan trafik sedia ada telah dijalankan bagi meninjau

keadaan trafik di Bandar Baru Bangi. Hasil daripada kajian

tersebut dapat dirumuskan di dalam rajah di bawah.

Rajah 7 : Desire line berdasarkan tarikan Bandar Baru Bangi

Tarikan (org/jam) Zon

Seremban KL Putrajaya Kajang A 2235.027 4569.673 2108.996 1428.69

B 4134.293 84523.86 3901.463 2642.752

C 270.8651 553.803 255.5913 173.144

D 1137.164 2326.444 1073.7 727.353

zon A seksyen 1,2,3

Zon B seksyen 4,5,6,7,8

Zon C seksyen 9,10,11 & PBB

Zon D seksyen 12,13,14,15,16

Page 37: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

37 of 53

Rajah 8: Umpukan Perjalanan

Page 38: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

38 of 53

PELAN BANDAR BARU BANGI BERDASARKAN SEKSYEN

Page 39: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

39 of 53

Pengaliran Lalu lintas Di Plaza Tol Kajang

Bandar Baru Bangi

0

500

1000

1500

2000

2500

3000

3500

7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24

Masa (jam)

Isip

ad

u l

alu

lin

tas

(k

en

d/ja

m)

Menuju P.Bandar Dari P.Bandar

Berikut merupakan graf yang telah diplot daripada data – data pengaliran lalu lintas di persimpangan yang dinyatakan

pada Rajah 3. Dapat dilihat bahawa, pengaliran trafik maksimum di kawasan yang dinyatakan berlaku di sekitar jam 8-9

pagi dan 6-7 petang.

Page 40: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

40 of 53

4.4 RAMALAN MASA DEPAN

Tahun peramalan yang ditentukan adalah 2010, 2015, dan 2020. Biasanya

tahun peramalan ini dicadangkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Peramalan ini penting untuk perancangan pengangkutan yang lebih

sistematik di masa hadapan.

4.4.1 Model Permintaan Pengangkutan

Berikut merupakan 4 langkah yang diambil di dalam memodelkan

permintaan pengangkutan pada masa hadapan.

Rajah 6 : Proses Permodelan

Page 41: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

41 of 53

• Penjanaan Perjalanan

Menganggarkan jumlah pejalan yang keluar atau ditarik dari satu-

satu zon yang menggunakan guna tanah dan sosioekonomi

sebagai pemboleh ubah.

Kadar pengeluaran dan penarikan

Sumber : DBKL 1996

Page 42: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

42 of 53

• Pengagihan Perjalanan

Menganggarkan agihan perjalanan dari satu-satu zon kepada zon-

zon yang lain. Model ini akan menghasilkan satu matriks asalan

tujuan perjalanan-perjalanan yang ada dalam kawasan kajian.

Model graviti diguna pakai dalam kajian ini.

Di mana;

Tij = perjalanan zon i ke zon j

Pi = pengeluaran zon i

Aij = penarikan zon j

Tij = masa atau kos perjalanan antara zon i dan zon j

α = parameter yang perlu ditentukurkan. (α = 2.05)

Page 43: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

43 of 53

• Pisah Ragaman

Pemisahan pelaku perjalanan mengikut pilihan ragam

pengangkutan. Model ini menggunakan taraf sosioekonomi pelaku

perjalanan dan ciri – ciri perjalanan antara zon sebagai pemboleh

ubah

Kadar purata pisah ragaman pada waktu puncak. Sumber JKAL

Annual Report 1991

Page 44: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

44 of 53

• Pengumpukan Perjalanan

Pengumpukan perjalanan asalan tujuan yang telah dipisahkan-

pisahkan mengikut ragam pengangkutan yang ada dalam kawasan

kajian. Model ini akan memberikan isi padu lalu lintas di setiap jalan

raya dan juga isi padu pergerakan penumpang pengangkutan

awam di setiap laluannya.

Kadar purata kenderaan pada waktu puncak. Sumber JKAL Annual Report 1991

Page 45: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

45 of 53

4.5 RAMALAN KEPERLUAN PENGANGKUTAN

Berdasarkan daripada data – data yang telah diperoleh dan diintegrasikan

di dalam Model Graviti yang digunakan di dalam pembinaan model

pengangkutan serta kadar 2.4% untuk pertumbuhan penduduk (daripada

Jabatan Statistik Negara) Bandar Baru Bangi, satu ramalan mengenai kadar

pertumbuhan pengguna jalan raya telah diramalkan. Rumusan daripada

ramalan yang dibuat dapat dilihat pada Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah.

Jadual 1. Ramalan Pengguna Jalan raya di Bandar

Baru Bangi

Tahun Kenderaan

2005 2010 2015 2020

BAS 130 146 165 186

KERETA 6719 7565 8518 9590

MOTOSIKAL 2590 2916 3283 3697

Jadual 2. Ramalan pertumbuhan bilangan kenderaan di atas

jalan raya di Bandar Baru Bangi

Tahun Mod Pengangkutan 2005 2010 2015 2020

Bas 11709 13183 14843 16712

Kereta 13775 15509 17462 19660

Motosikal 3575 4025 4531 5102

Page 46: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

46 of 53

Berdasarkan kepada ramalan pertumbuhan pengguna jalan raya, telah

dikenal pasti beberapa cadangan infrastruktur pengangkutan yang ingin

disarankan untuk menampung pertumbuhan pengguna jalan raya bagi

kawasan Bandar Baru Bangi. Analisis keseluruhan menunjukkan rangkaian

lebuh raya yang menghubungkan Bandar Baru Bangi kepada kawasan –

kawasan lain mampu menampung pengaliran trafik pada waktu puncak

sehingga tahun 2020. Oleh itu, sekatan trafik jalan raya dan sekatan

berasaskan kewangan seperti peningkatan tol dan sebagainya tidak

diperlukan. Oleh itu, penekanan pembangunan sistem pengangkutan lebih

ditekankan kepada pengangkutan awam.

Page 47: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

47 of 53

Ramalan Pertumbuhan Pengguna Jalan raya

11709

13183

14843

16712

13775

15509

17462

19660

35754025

45315102

2005 2010 2015 2020

Tahun

Bil

an

ga

n Bas

Kereta

Motosikal

Page 48: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

48 of 53

4.6 CADANGAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN DAN SISTEM

PENGURUSAN TRAFIK

Berdasarkan kepada ramalan – ramalan yang telah dibuat, beberapa

cadangan telah dibuat untuk menampung peningkatan permintaan terhadap

infrastruktur – infrastruktur pengangkutan dan pengurusan sistem trafik.

Infrastruktur – infrastruktur yang dicadangkan dijangka dapat menampung

permintaan sehingga tahun 2020.

4.6.1 Pengangkutan Awam:

a) Hentian Bas dan Teksi di Bandar Baru Bangi

• Hentian Bas dan Teksi ini bertujuan sebagai satu

pusat hentian bas dan teksi yang baru bagi

menampung permintaan bas di Bandar Baru Bangi.

Rangkaian laluan bas berhenti – henti akan meliputi

kawasan Bandar Baru Bangi, Bangi, Kajang, Serdang

dan Putrajaya.

• Integrasi di antara perkhidmatan teksi dan bas perlu

diselaraskan untuk memastikan mutu perkhidmatan

pengangkutan awam di Bandar Baru Bangi tidak

terjejas.

Page 49: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

49 of 53

b) Hentian Kajang dicadangkan untuk dikekalkan sebagai

hentian bas ekspres. Ini kerana untuk tidak membebankan

laluan bas berhenti – henti di Bandar Baru Bangi. Namun

begitu, laluan bas berhenti – henti dan teksi perlu

merangkumi Hentian Kajang untuk memastikan

perkhidmatan pengangkutan awam berjalan dengan lancar.

c) Menyediakan perkhidmatan komuter atau monorel yang

menghubungkan rangkaian perkhidmatan komuter ke

Putrajaya di stesen Bangi. Pengguna perkhidmatan komuter

atau monorel akan mempunyai mod pengangkutan alternatif

untuk ke destinasi masing – masing.

4.6.2 Rangkaian Jalan raya

Rangkaian jalan raya yang baru dicadangkan adalah :

a) Menghubungkan Bandar Baru Bangi dengan Bangi Lama

melalui Lebuh raya KL – Seremban.

b) Menghubungkan Bandar Baru Bangi ke Putrajaya melalui

Dengkil dengan menaiktarafkan jalan raya sedia ada.

Page 50: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

50 of 53

4.6.3 Sistem Trafik Pintar (ITS)

Kajian harus dibuat untuk mengetahui Sistem Pengurusan Trafik

untuk kawasan Bandar Baru Bangi dan sekitar kawasannya. Di

dalam perancangan struktur Wilayah Persekutuan Putrajaya,

dijangkakan akan mempunyai sistem pengurusan trafik. Oleh itu

diharapkan, sistem – sistem pengurusan trafik ini dapat

diaplikasikan di bandar – bandar sekelilingnya khususnya Bandar

Baru Bangi. Output – output yang dihasilkan daripada mana –

mana Sistem Pengurusan Trafik boleh disampaikan secara

automatik dan diintegrasikan oleh Sistem Pengurusan Trafik

bandar tersebut. Di dalam setiap bandar, setiap persimpangan

yang mempunyai lampu isyarat haruslah disambung secara terus

kepada Sistem Pengurusan Trafik tempatan untuk

mengoptimumkan aliran trafik. Untuk persimpangan dan lintasan

pejalan kaki yang kurang penting, sistem lampu isyarat pintar harus

digunakan di mana fasa – fasa trafik selalu dikemaskinikan untuk

menampung permintaan terkini aliran trafik. Integrasi maklumat

mengenai pejalan kaki, penunggang motor, pemandu kereta dan

pengangkutan awam harus dilakukan. Polisi harus dibuat untuk

memberi keutamaan kepada pengangkutan awam.

4.6.3.1 Sistem Pengurusan Pengangkutan Awam

Sistem Pengurusan Pengangkutan Awam haruslah

mengintegrasikan dan menyelaras segala maklumat

mengenai masa ketibaan pengangkutan awam daripada

pelbagai pengendali perkhidmatan pengangkutan awam.

Tujuan utama maklumat diselaraskan adalah untuk

meminimumkan waktu menunggu penumpang.

Page 51: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

51 of 53

RAJAH 10 : Cadangan Laluan Bas

Cadangan Hentian Bas & Teksi

Bandar Baru Bangi

Hentian Bas Kajang

Page 52: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

52 of 53

4.7 ANGGARAN KOS CADANGAN

4.7.1 Kos Pembinaan

CADANGAN Jarak

(km) Perkara

Kadar Kos

(RM juta)

Hentian Bas/ Teksi 0,5

Menghubungkan Bandar Baru Bangi dengan

Bangi Lama melalui Lebuh raya KL - Seremban 3 2 x 2 lorong 25,5

Menghubungkan Bandar Baru Bangi ke Putrajaya

melalui Dengkil dengan menaiktarafkan jalan raya

sedia ada.

5 2 lorong kepada

2x2 lorong 34,4

Membaik pulih jalan yang sedia ada di Bandar

Baru Bangi 2,5

lorong jalan

yang rosak 0,2

JUMLAH RM 60,6

Page 53: KH 4543 PERANCANGAN PENGANGKUTAN · PDF filedan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun 1974 dan ... 1.3.2 Konsep Pembangunan dan Perancangan ... mengambil penumpang juga tidak

KAJIAN LALU LINTAS BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN

53 of 53

4.7.2 Kos Profesional

Perkara Kadar Kos (RM juta)

Kos jurutera, arkitek, peguam, juru ukur tanah, juru ukur bahan

3,03

JUMLAH 3,03

4.7.3 Kos Pengambilan Tanah

Anggaran = RM 1,5 juta

Jumlah Keseluruhan = RM 65,13 juta