25
KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG BAIK DARIPADA PERSEPSI PELAJAR DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR. SITI ASFARINA BINTI SARIMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

  • Upload
    vankien

  • View
    231

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG BAIK

DARIPADA PERSEPSI PELAJAR DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,

SKUDAI, JOHOR.

SITI ASFARINA BINTI SARIMIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah
Page 3: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah
Page 4: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG BAIK DARIPADA

PERSEPSI PELAJAR DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR.

SITI ASFARINA BINTI SARIMIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah

(Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 5: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah
Page 6: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W .

Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin, serta

limpah kuniaNya maka kajian Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan. Kutujukan

dedikasi ini khas untuk semua yang tersayang.

Buat Ayahanda

SARIMIN BIN MAARUF

Pendorong dan idolaku

Buat Bonda

SITI ESAH BINTI SAMIAN

Engkaulah sumber inspirasi dan semangatku

Selautan kasih sayang dan pengorbanan Abah dan Emak tidak dapat kuhitung. Hanya

segulung Ijazah di tangan sebagai tanda membalas jasa dan penat lelahmu selama ini.

Buat penyelia

EN AHMAD JOHARI BIN SIHES

Terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan kepadaku

Buat kekanda-kekanda ku, adindaku, sanak saudara dan rakan-rakan seperjuangan,

Terima kasih di atas segala doa, dorongan dan bantuan secara langsung atau tidak

langsung dari kalian semua. Semoga Kejayaanku Ini Di berkatiNya.

Page 7: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin dan limpah kurniaNya

dapatlah saya menyempurnakan penyelidikan yang dijalankan ini. Saya ingin

mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan dan

ribuan terima kasih buat En. Ahmad Johari Bin Sihes selaku Pensyarah Pembimbing

Projek sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat buah fikiran dan

tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat pensyarah yang terlibat dalam

memberikan kerjasama yang tidak terhingga dan maklumat yang disampaikan dalam

memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan khususnya kepada pelajar tahun 4 yang banyak membantu memberikan

kerjasama bagi menyiapkan penulisan ini.

Semoga Allah S.W.T memberkati kalian semua.

Sekian terima kasih.

Page 8: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri pengajaran pensyarah

yang baik daripada persepsi pelajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Johor. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 100 orang pelajar yang

terdiri daripada pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

Kemahiran Hidup yang mewakili Fakulti Pendidikan dan pelajar tahun empat

kursus Sarjana Muda Mekanikal Tulen yang mewakili Fakulti Kejuruteraan

Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri

daripada bahagian A dan B. Bahagian A terdiri daripada latar belakang responden

manakala bahagian B pula mengandungi 40 item berdasarkan kepada 4 persoalan

kajian iaitu merangkumi aspek personaliti, penyampaian pengajaran, interaksi dan

juga penilaian. Kesahan item-item diperolehi menerusi perbincangan dengan

pakar-pakar. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan

perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 11.5.

Hasil daripada analisis data disusun mengikut urutan keutamaan item yang dipilih

oleh semua responden dan perbandingan telah dibuat di antara Fakulti Pendidikan

dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Dapatan kajian menunjukkan daripada

keempat-empat aspek ini, pelajar memberi keutamaan kepada pensyarah yang

sentiasa bersifat terbuka, berkebolehan menyampaikan pengajaran dengan jelas,

mudah untuk berbincang, dan dapat melakukan penilaian yang adil. Beberapa

cadangan telah dibuat bagi melahirkan pensyarah dan juga pendidik yang

berkualiti daripada aspek pengajaran. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan

panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi mewujudkan lebih ramai

generasi pendidik yang berkualiti.

Page 9: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

vi

ABSTRACT

This research is conducted in order to identify the characteristics of a

good teaching technique employed by the lecturers from the perception of students

in Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor. This descriptive research involves

a sample group of 100 students which comprises of fourth-year students from the

Bachelor’s Degree in Technology and Life Skills Education representing the

Faculty of Education, and fourth-year students from the Bachelor’s Degree of Pure

Mechanical Engineering representing the Faculty of Mechanical Engineering. The

instruments of the research conducted include questionnaires which comprise 2

sections which is part A and B. Part A includes respondent’s background while

part B contains 40 items which concerns with 4 main aspects in the research. The

aspects are personality, delivery of subject material, evaluation method and

interaction with students. The validity of the items is verified by discussing with

experts. The accumulated data is then analyzed using the Statistical Package for

Social Science (SPSS) for Windows Version 11.5 software. All the findings from

the analysis of the data are sorted according to the priority of the items chosen by

all respondents and comparison is made between the respondents in the Faculty of

Education and the Faculty of Mechanical Engineering. Results of the study shows

that from all aspect, students prefer lecturers with a tolerant attitude, capable of

delivering the subject material clearly, more open to discussion and give a fairer

assessment. A few suggestions have been made in order to hopefully produce

lecturers and educators with higher qualities in standards of teaching. It is the hope

of the writer of this project that the fruits of this project will help to guide the

relevant parties in creating a generation of educators with high quality.

Page 10: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

i

ii

iii

iv

v

vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

xi

xiii

xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektf Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 11

1.9 Penutup 13

Page 11: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

viii

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Keberkesanan Pengajaran 14

2.3 Hubungan Gaya Pengajaran Derngan Gaya

Pembelajaran

16

2.4 Personaliti Pensyarah 18

2.5 Pendekatan Penyampaian Pengajaran Pensyar 20

2.6 Interaksi Pensyarah Dan Pelajar 21

2.7 Penilaian 24

2.8 Sorotan Kajian Terdahulu 27

2.9 Penutup 30

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka Bentuk Kajian 32

3.3 Tempat Kajian 33

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 33

3.5 Instrumen Kajian 34

3.6 Kebolehpercayaan Soal Selidik 35

3.7 Prosedur Kajian 35

3.8 Analisis Data 36

3.10 Penutup 36

4 ANALISA DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 37

4.2 Analisis data

4.2.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Jantina

4.2.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Kursus

38

38

39

40

40

Page 12: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

ix

4.2.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Umur

4.2.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Bangsa

4.2.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Kelulusan Akademik Tertinggi

41

4.3 Keputusan Dan Analisis Bahagian B

4.3.1 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri

Pensyarah Yang Baik Daripada Aspek

Personaliti.

4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri

Pensyarah Yang Baik Daripada Aspek

Penyampaian Isi Pelajaran.

4.3.3 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri

Pengajaran Pensyarah Yang Baik

Daripada Aspek Interaksi Pensyarah

Dan Pelajar.

4.3.4 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri

Pengajaran Pensyarah Yang Baik

Daripada Aspek Kaedah Penilaian Yang

Dilakukan Oleh Pensyarah Kepada

Pelajar.

4.3.5 Perbezaan Responden diantara pelajar

Fakulti Pendidikan dan pelajar Fakulti

Mekanikal terhadap pengajaran

pensyarah yang baik.

42

43

47

52

57

62

4.4 Penutup 66

5 PERBINCANGAN RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 67

5.2 Perbincangan Kajian 68

Page 13: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

x

5.2.1 Perbincangan Analisis Faktor Demografi

5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian

79

71

5.3 Perbincangan : Perbandingan Diantara

Responden FP Dan FKM Terhadap Ciri-ciri

Pengajaran Pensyarah Yang Baik Daripada

Persepsi Pelajar.

75

5.4 Cadangan Tindakan 80

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 81

5.6 Penutup 82

RUJUKAN 83

Lampiran A-B 89 - 96

Page 14: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perbezaan diantara pengajaran berkesan dan

pengajar berkesan

17

4.1 Kekerapan dan peratusan responden mengikut

jantina

39

4.2Kekerapan dan pPeratusan responden mengikut kursus 40

4.3 Kekerapan dan peratusan responden mengikut

umur.

41

4.4 Kekerapan dan peratusan responden mengikut

bangsa

41

4.5 Kekerapan dan peratusan responden mengikut

kelulusan akademik tertinggi

42

4.5 Jadual analisis item soalan kajian satu dari aspek

personaliti pensyarah

44

4.6 Urutan kedudukan item dari aspek personaliti

penyarah

47

4.7 Analisis item soalan kajian dari aspek

penyampaian pengajaran pensyarah

48

4.8 Urutan kedudukan item dari aspek penyampaian

pengajaran pensyarah

52

4.9 Jadual analisis item soalan kajian dari aspek

interaksi

53

4.10 Urutan kedudukan item dari aspek interaksi 57

4.11 Jadual analisis item soalan kajian dari aspek

penilaian

58

4.12 Urutan kedudukan item dari aspek penilaian 62

Page 15: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

xii

4.13 Perbandingan urutan keutamaan item bagi

responden FP dan FKM dari aspek personaliti

pensyarah

63

4.14 Perbandingan urutan keutamaan item bagi

responden FP dan FKM dari aspek penyampaian

pengajaran pensyarah

64

4.15 Perbandingan urutan keutamaan item bagi

responden FP dan FKM dari aspek interaksi

65

4.16 Perbandingan urutan keutamaan item bagi

responden FP dan FKM dari aspek penilaian

66

Page 16: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

xiii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

4 SPH Pelajar tahun empat Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran

Hidup

4 SMM Pelajar tahun empat kursus Sarjana Muda

Mekanikal Tulen

UTM Universiti Teknologi Malaysia

ƒ Kekerapan

% Peratus

SPSS Statistical Package for Social Science

UNIPEN Unit Pengajaran dan Pembelajaran

CTL Centre for Teaching and Learning

IPT Institut Pengajian Tinggi

Page 17: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 88

B Pengesahan Soal Selidik 96

Page 18: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidik bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu

kepada murid dan penuntut tetapi mereka juga bertanggungjawab untuk membentuk

peribadi pelajar yang mulia. Pendidik atau pengajar memainkan peranan yang amat

penting dalam pembentukan generasi yang akan mengambil alih daripada generasi

semasa. Dengan perkataan lain pendidik menentukan jaya atau tidaknya sesuatu bangsa,

sesuatu negara, sesuatu tamadun.

Pendidik bukan sahaja dipertanggungjawab untuk membekalkan generasi baru

dengan ilmu pengetahuan tetapi juga untuk menyemai nilai-nilai hidup yang boleh

menentukan jaya atau tidaknya masyarakat dan bangsa. Mungkin peranan ini yang

terletak di bahu mereka dianggap terlalu berat tetapi bagi seorang pengajar yang baik

akan dapat melaksanakannya dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

Begitu juga dengan peranan pensyarah sebagai tenaga pengajar adalah sama

penting dalam melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berkesan. Keberkesanan

pensyarah atau pendidik melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka untuk

mendidik dan menyampaikan pengajaran bergantung kepada pelbagai faktor yang lazim

dibincangkan dalam kajian-kajian mengenai pembelajaran. Penyampaian kuliah dalam

kelas di universiti, maktab perguruan dan mana-mana institusi pendidikan mempunyai

kesan yang mendalam kepada pendidikan setiap pelajar.

Page 19: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

2

Menurut Highter (dalam Esah Sulaiman 2004), pengajaran dikatakan suatu sains

kerana pengajaran perlu dilaksanakan secara sistematik dengan maklum balas tentang

pengajaran digunakan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran pada masa hadapan.

Terdapat sesetengah pandangan yang menganggap tugas mengajar itu adalah senang dan

tidak membebankan. Namun begitu, sejauhmanakah kebenarannya kerana bukan semua

individu boleh memikul beban tugas sebagai pengajar atau pendidik. Walaupun mereka

mempunyai kepakaran didalam bidang tertentu tetapi bagi mereka yang tidak memiliki

diploma atau ijazah pendidikan untuk mengajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi,

mampukah mereka untuk menjadi seorang pendidik yang baik? Mereka harus

mempunyai kemahiran atau teknik yang betul untuk menyampaikan ilmu dengan

berkesan.

Pengajaran yang baik dihasilkan oleh keupayaan untuk merangsang murid

supaya menimbulkan minat mereka untuk melibatkan diri di dalam proses pembelajaran,

mengadakan suasana yang boleh mendatangkan proses pemikiran serta mengekalkan

konsep itu (Atan Long 1978). Seorang pengajar yang baik ini sentiasa memfokuskan

ciri-ciri pengajaran yang berkualiti. Mereka harus sentiasa menunjukkan perancangan

dan penyampaian yang baik. Penyampaiannya mestilah menimbulkan minat dan

menggalakkan pelajar untuk belajar. Pengajaran disampaikan mengikut rangka masa

yang ditetapkan, beberapa alat bantuan digunakan dalam proses pengajarannya dan

terdapat pula pelbagai cara untuk menilai prestasi pelajarnya. Interaksi antara tenaga

pengajar dan pelajar haruslah sentiasa mesra dan positif.

Page 20: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

3

1.2 Latar Belakang Masalah

“Staf akademik di Institut Pengajian Tinggi (IPT) lazimnya terdiri dari

golongan profesional dengan latar belakang pendidikan dan disiplin yang

berbagai-bagai. Oleh itu, keperluan golongan profesional ini dilatih untuk

menjadi pendidik profesional di IPT adalah merupakan hakikat yang perlu

diterima oleh semua pihak. Di kebanyakan IPT di negara maju, seseorang

profesional lazimnya perlu mengikuti latihan ikhtisas pengajaran tertentu

(misalnya Teaching Certificate in Higher Learning Education) untuk

membolehkan ianya dilantik sebagai seorang pendidik profesional.”

(Buletin P&P UTM, 2004)

Sebagaimana yang kita ketahui, guru tanpa latihan menghadapi masalah untuk

mengendalikan kelas dengan baik. Sekiranya guru tidak dapat mengawal kelas dengan

baik, murid-murid pasti akan menghadapi masalah dimana mereka tidak dapat belajar

dengan sempurna. Oleh sebab itu, seseorang guru harus menyediakan dirinya terlebih

dahulu sebelum masuk ke alam perguruan.

Menurut Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan (1993), pensyarah universiti tidak

wajib mendapat latihan ikhtisas perguruan sebagaimana yang telah diwajibkan kepada

guru sekolah berijazah. Ini kerana secara umumnya guru di sekolah telah mengikuti

latihan mengajar dengan baik serta mempelajari teknik-teknik pengajaran yang terdapat

dalam bidang pedagogi, sosiologi serta falsafah pendidikan. Boleh dikatakan sebahagian

besar daripada keseluruhan tenaga pengajar di UTM tidak mempunyai kelayakan yang

khusus dalam bidang pendidikan terutamanya yang berhubung dengan pedagogi.

Sebaliknya pensyarah-pensyarah ini hanya diberikan latihan intensif dalam suatu jangka

masa tertentu sebagai persediaan kepada mereka memulakan tugas sebagai tenaga

pengajar di UTM. Latar belakang pengalaman mereka dalam pengajaran banyak

bergantung kepada tempoh perkhidmatan mereka sebagai tenaga pengajar.

Page 21: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

4

Bagi melahirkan pelajar yang berkesan, pensyarah terlebih dahulu perlu mampu

dan berkeupayaan tinggi menjalankan peranan mereka dengan cemerlang dan berkesan

(Salimah, 2002). Mengajar dengan baik dan bijak disamping mempunyai personaliti

yang baik serta bermotivasi tinggi ialah ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang

pendidik berkesan.

Pada umumnya kejayaan seorang pensyarah bergantung kepada kecekapan,

kemahiran dan keberkesanan dalam pengajaran. Permasalahan yang cuba di kaji ialah

mengenai keprofesionalan seorang pensyarah dalam melaksanakan pengajarannya

dengan baik dan berkesan. Kajian mengenai penilaian pelajar terhadap tahap pengajaran

pensyarah adalah wajar dilaksanakan memandangkan banyak kelemahan pensyarah

dalam menyampaikan pengajaran sering dirunguti oleh pelajar.

Penyelidikan yang berkaitan dengan keberkesanan pengajaran pensyarah di

institusi pengajian tinggi adalah kurang, tetapi terdapat banyak laporan yang tidak

memuaskan berkenaan kecekapan pensyarah menyampaikan pengajaran yang telah

dibuat (Tifla, 1998). Pada peringkat universiti seorang tenaga pengajar atau pensyarah

diberi kebebasan untuk melaksanakan pengajaran mengikut kemahiran masing-masing.

Situasi ini adalah berbeza jika dibandingkan dengan sistem pengajaran di sekolah kerana

guru perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Dalam Rang Undang-Undang Pendidikan 1995, terdapat perkara yang

menyatakan Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada Dasar Pendidikan

Kebangsaan. Pensyarah sebagai pendidik juga terlibat secara langsung di dalam

merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara ini. Oleh itu, peranan pensyarah dalam

memenuhi aspirasi Negara adalah melalui penyampaian ilmu dan kemahiran kepada

pelajar dengan baik dan berkesan. Menurut Ryans (dalam Shahri, 1992), guru yang

cekap dapat dibezakan dengan pengetahuan dan kemahiran profesionalnya. Kredibiliti

Page 22: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

5

seorang pensyarah dapat dinilai melalui tahap pencapaian pelajar serta kejayaannya

mencapai objektif pengajaran dengan berkesan.

Pelajar berada paling hampir dengan pensyarah semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Pelajar juga mengalami sendiri bagaimana sesuatu pengajaran

dilaksanakan oleh pensyarah. Pelajar juga boleh menilai samada pengajaran yang

disampaikan oleh pensyarah dapat difahami, dilaksanakan dengan baik dan proses

pembelajaran berjalan dengan lancar. Oleh itu, pelajar berhak untuk menentukan ciri-ciri

seorang pensyarah yang baik mengikut persepsi mereka. Dengan ini, kita dapat

mempertingkatkan lagi mutu pengajaran sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Penilaian dari pelajar adalah penting untuk mengetahui sejauhmana pengajaran

seorang pensyarah itu berkesan. Tambah beliau lagi peilaian bukanlah bertujuan untuk

mencari kelemahan pensyarah sebaliknya ia bermatlamat untuk mempertingkatkan

kewibawaan dalam pengkaedahan, pengetahuan, kemahiran dan sikap yang bersepadu.

Begitu juga dengan pernyataan Sherman (1988), dalam kajian yang terdahulu telah

mendapati bahawa hasil daripada penilaian yang dilakukan oleh dua orang pensyarah

terhadap pengajaran mereka dapat diperbaiki berikutan menerima maklum balas dari

pelejar-pelajarnya.

Menurut Barton di dalam buku yang ditulis oleh Miller (1974), pula berpendapat

penilaian yang dilakukan oleh pelajar dalam menentukan kualiti pengajaran adalah lebih

baik berbanding dengan penilaian oleh rakan sekerja atau pihak pentadbir. Manakala

Barack dalam hasil penulisan Glezer dan Meyer (1991), mengemukakan pandangan

bahawa sikap dan penilaian pelajar terhadap pengajaran pensyarah berkemungkinan

lebih berguna pada peringkat organisasi dalam sesebuah institusi untuk kepentingan dan

keperluan kepada seseorang pensyarah.

Dapat dirumuskan bahawa penilaian daripada pelajar amat penting bagi

mendapatkan maklum balas mengenai pengajaran yang dilakukan oleh pensyarah. Ini

Page 23: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

6

kerana pelajar merupakan kompenan penting di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Oleh itu penilaian pelajar terhadap pengajaran pensyarah dapat

meningkatkan kesedaran pensyarah terhadap tahap kekuatan dan kelemahan pengajaran

mereka. Ianya secara tidak langsung boleh digunakan untuk meningkatkan lagi kualiti

pengajaran mereka.

1.3 Pernyataan Masalah

Setiap pensyarah mempunyai ciri-ciri dan kaedah pengajaran yang berbeza-beza.

Pelajar-pelajar pula sentiasa mempunyai persepsi yang berbeza terhadap keutamaan ciri-

ciri dan pengajaran pensyarah yang dianggap sebagai baik. Terdapat pensyarah yang

sentiasa ditunggu-tunggu oleh pelajar dan ada juga pensyarah yang pelajar tidak merasai

apa-apa jika mereka tidak ada. Ini menunujukkan terdapat banyak ciri-ciri pensyarah dan

pengajaran pensyarah yang disukai dan diminati oleh pelajar yang perlu kita kaji.

Dalam kajian ini penyelidik akan mengkaji mengenai persepsi pelajar tahun

akhir Fakulti Mekanikal Tulen dan Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai Johor terhadap keutamaan ciri-ciri pengajaran pensyarah yang baik. Antara

permasalahan yang akan dinilai ialah :

1) Personaliti pensyarah

2) Pengajaran pensyarah dalam menyampaikan isi pelajaran

3) Interaksi pensyarah dan pelajar

4) Penilaian yang dilakukan oleh pensyarah kepada pelajar

Kajian ini cuba untuk mengenal pasti sejauhmana keempat-empat aspek ini

mempengaruhi persepsi pelajar untuk menilai keutamaan ciri-ciri pengajaran pensyarah

yang baik mengikut keutamaan mereka. Penggunaan aspek-aspek tersebut akan

dikenalpasti melalui penilaian oleh pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan dan Fakulti

Page 24: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

7

Mekanikal setelah empat tahun mempelajari hampir semua mata pelajaran dengan

beberapa orang pensyarah yang berlainan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dirangka bagi tujuan untuk mendapat maklum balas daripada pelajar

megenai keutamaan ciri-ciri pengajaran pensyarah yang baik daripada persepsi pelajar.

Oleh itu kajian ini bertujuan untuk :

i. Mengenalpasti persepsi pelajar tentang keutamaan ciri-ciri pengajaran

pensyarah yang baik daripada aspek personaliti.

ii. Mengenalpasti persepsi pelajar tentang keutamaan ciri-ciri pengajaran

pensyarah yang baik daripada aspek penyampaian isi pelajaran.

iii. Mengenalpasti persepsi pelajar tentang keutamaan ciri-ciri pengajaran

pensyarah yang baik daripada aspek interaksi pensyarah dan pelajar.

iv. Mengenalpasti persepsi pelajar tentang keutamaan ciri-ciri pengajaran

pensyarah yang baik daripada aspek kaedah penilaian yang dilakukan oleh

pensyarah kepada pelajar.

v. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan pendapat di antara pelajar

Fakulti Pendidikan dan pelajar Fakulti Mekanikal terhadap keutamaan ciri-

ciri pengajaran pensyarah yang baik daripada persepsi mereka.

Page 25: KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG … · Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri ... 4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri Pensyarah

8

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini penyelidik akan cuba mencari jawapan berpandukan kepada

pernyataan masalah, objektif kajian dan beberapa persoalan yang timbul. Persoalan

kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah :

i. Apakah persepsi pelajar tentang keutamaan ciri-ciri pengajaran pensyarah yang

baik daripada aspek personaliti ?

ii. Apakah persepsi pelajar tentang keutamaan ciri-ciri pengajaran pensyarah yang

baik daripada aspek penyampaian isi pelajaran ?

iii. Apakah persepsi pelajar tentang keutamaan ciri-ciri pengajaran pensyarah yang

baik daripada aspek interaksi pensyarah dan pelajar ?

iv. Apakah persepsi pelajar tentang keutamaan ciri-ciri pengajaran pensyarah yang

baik daripada aspek kaedah penilaian yang dilakukan oleh pensyarah kepada

pelajar ?

v. Adakah terdapat perbezaan pendapat di antara pelajar Fakulti Pendidikan dan

pelajar Fakulti Mekanikal terhadap keutamaan ciri-ciri pengajaran pensyarah

yang baik daripada persepsi mereka ?