KEUNIKAN BAJU TRADIDIONAL

  • View
    21

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Langkah menyusur denai berliku,mencari bayangan teman sejiwa,manis sungguh gadis melayu,berbaju kurung, berselendang di kepala.

Text of KEUNIKAN BAJU TRADIDIONAL

KEUNIKAN BAJU KURUNG TRADISIONAL DAHULU DAN KINI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISDIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (TEKNIKAL)

SHT 5072TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

TUGASAN 1 KEUNIKAN BAJU KURUNG TRADISIONAL DAHULU DAN KINI

DISEDIAKAN OLEH :ENI BINTI AZNANL20073001539

DISEDIAKAN UNTUK :DR. SUPLI EFFENDI B. RAHIM

ISI KANDUNGAN

BIL.PERKARAMUKA SURAT

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

PENGENALAN

BAJU KURUNG RIAU

BAJU KEBAYA BELAH PANJANG

BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

BAJU MELAYU TELUK BELANGA

BAJU KURUNG

TEKNIK MENGUKUR BAJU KURUNG

TEKNIK MENJAHIT BAJU KURUNG

HIASAN PADA BAJU KURUNG

KESIMPULAN

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

BIL.SENARAI GAMBARAJAHMUKA SURAT

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.GAMBARAJAH 1 : BAJU KURUNG RIAU

GAMBARAJAH 2 : BAJU KEBAYA BELAH PANJANG

GAMBARAJAH 3 : KERONSANG SERANGKAI

GAMBARAJAH 4 : BAJU KURUNG CEKAK MUSANG

GAMBARAJAH 5 : BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

GAMBARAJAH 6 : BAJU MELAYU TELUK BELANGA

GAMBARAJAH 7 : BAJU KURUNG

GAMBARAJAH 8 : TALI PENGUKUR

GAMABARAJAH 9 : JARI-JEMARI

GAMBARAJAH 10 : CONTOH JAHITAN SEMBAT

GAMBARAJAH 11 : CONTOH HIASAN MANIK PADA BAJU KURUNG

3

5

5

6

6

7

8

9

9

10

11

Langkah menyusur denai berliku,mencari bayangan teman sejiwa,manis sungguh gadis melayu,berbaju kurung, berselendang di kepala.Busana melayu yang biasanya dipakai di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu baju melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju Melayu Teluk Belanga biasanya dikenali di selatan Malaysia di negeri-negeri seperti Johor Darul Takzim, Negeri Sembilan Darul Ehsan dan Melaka Bandar Bersejarah manakala potongan Cekak Musang lebih dikenali dikawasan tengah dan Utara tanah air. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti mata lalat, Tulang Belut sebagainya,Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu potongan moden atau dipanggil potongan cina. Lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju iaitu secara sambungan terus atau dijahit kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.Cara pemakaiannya juga berbeza dimana bagi Baju Melayu teluk Belanga biasanya dipakai bersama sampin di luar baju, manakala Baju Melayu Cekak Musang dipakai bersama sampin di dalam baju.

BAJU RIAUBaju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju riau juga selalu disebut sebagai Engku Puteri atau Raja Hamidah iaitu puteri kepada Raja Haji iaitu Yang Dipertua Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis.

GAMBARAJAH 1BAJU KURUNG RIAU

BAJU KEBAYA BELAH PANJANGWalaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung tetapi di dalam acara atau majlis, mereka hadir dengan mengenakan baju kebaya sebagai warisan daripada kerajaan Johor-Riau. Pola baju belah panjang ini masih bersifat mengurungkan anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju ini. Umumnya pakaian ini dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau pakaian rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor, kedah dan Perlis. Baju Kurung Belah Panjang ini kemudiannya dikenali sebagai baju panjang atau kebaya panjang. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau keronsang tiga.

GAMBARAJAH 2 GAMBARAJAH 3 BAJU KEBAYA BELAH PANJANG KERONSANG SERANGKAI

BAJU MELAYU CEKAK MUSANGIstilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk cekak tinggi atau leher tegak empang. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5 cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh ligkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari yang lain bertemu di hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim ibi Sultan Abu Bakar.

GAMBARAJAH 4 GAMBARAJAH 5 BAJU KURUNG CEKAK MUSANG BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

BAJU MELAYU TELUK BELANGABaju ini mula diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johoe khususnya pada abad ke-19. ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Tekuk Belanga di Singapura ke Johor Bharu. Walaubagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat melayu hingga disebut selengkapnya Baju Melayu.

GAMBARAJAH 6BAJU MELAYU TELUK BELANGA

BAJU KURUNGBau kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada kocek iaitu jumlah kocek lelaki lebih banyak berbanding perempuan. Baju Kurung lelaki mempunyai 3 kocek manakala baju Kurung perempuan mempunyai 1 kocek. Satu lagi perbezaan adalah dari segi cara pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti mengurung atau menutup anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara melayu setelah kedatangan Islam sehinggalah istilah kurung diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Baju Kurung juga disebut-sebut sebagai baju kurung bernyawa walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung tetap menampilkan ciri-ciri tersendiri.

GAMBARAJAH 7BAJU KURUNG TRADISIONAL DAN SELENDANG

TEKNIK MENGUKUR BAJU KURUNG Di zaman moden ini, pelbagai alat atau gadget boleh digunakan sebagai alat mengukur dalam pembuatan baju. Alat-alat ini direka atau dihasilkan dengan mengikut keperluan dan kegunaan semasa. Berbeza sekali dengan zaman dahulu di mana, alat yang digunakan untuk mengukur adalah dari bahan-bahan alam semulajadi atau kegunaan harian. Contohnya seperti, alat mengukur di era sekarang adalah pembaris, pita ukur atau skala tetapi berlainan pula dengan alat yang digunakan pada masa dahulu. Pernahkah anda terfikir apakah alat yang digunakan untuk mengambil ukuran keliling dada atau pun labuh baju 50 tahun yang lalu? Dari pembacaan dan perbualan tidak rasmi saya, saya mendapati info dari orang-orang yang terdahulu bahawa mereka menggunakan tali atau akar kayu untuk mengambil ukuran badan manakala mereka menggunakan jari-jemari mereka untuk menandakan kedudukan pada kain sebelum kain tersebut dipotong.Mereka memanggilnya jengkal. Menarik bukan.

GAMBARAJAH 8 GAMBARAJAH 9 TALI PENGUKUR JARI-JEMARI

TEKNIK MENJAHIT BAJU KURUNG Secara khususnya, baju kurung cantik bila dipakai oleh gadis-gadis melayu yang mana menampakkan lagi kelembutan dan keayuan mereka tetapi di saat ini bukan sahaja gadis melayu mengenakan Baju Kurung malah ramai wanita dari pelbagai peringkat umur berbilang bangsa juga telah bijak mengenakan Baju Kurung. Jatuhan atau alunan baju Kurung ini menyerlahkan kecantikan si pemakai. Apa yang penting di dalam pembuatan baju kurung adalah teknik memotong dan menjahit yang betul.Pada zaman dahulu, tukang jahit menjahit baju Kurung dengan menggunakan mata jahitan tangan seperti jahit kia atau ulang alik manakala di zaman berteknologi seperti sekarang ini tukang jahit lebih senang menggunakan mesin jahit untuk menjahit pakaian. Ketika dulu, baju kurung ini dijahit dengan sembat disebelah dalam baju kurung bagi menyudahkan baju tersebut berlainan pula dengan zaman sekarang yang mana mesin jahit tepi atau overlock machine digunakan untuk mengemaskan bahagian dalam pakaian. Langkah yang mudah juga kemas bagi menyudahkan pakaian tetapi kehalusan dalam penghasilan baju kurung masih terpancar dengan teknik yang lama iaitu jahit kia dan sembat.

GAMBARAJAH 10CONTOH JAHITAN SEMBAT

HIASAN PADA BAJU KURUNGBaju Kurung tradisional cantik dengan jahitan tangan yang halus. Kehalusan jahitan ini jelas kelihatan bila dipakai. Hiasan yang selalu dijahit pada baju kurung tradisional ialah mata lalat dan tulang belut. Itu adalah mata jahitan yang biasa menghiasi leher baju kurung. Berbeza dengan era sekarang dimana haisan pada baju kurung telah dipelbagaikan dengan elbagai hiasan. Di antara hiasan yang digunakan ialah sulaman manik yang cantik. Pelbagai bentuk manik dan beads yang digunakan bagi menghiasi baju kurung.

GAMBARAJAH 11HIASAN MANIK PADA BAJU KURUNG

KESIMPULAN

Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia. Ia merupakan kebanggaan seluruh rakyat jelata, dipakai oleh setiap lapisan masyarakat tidak mengira umur dan pangkat. Baju kurung adalah warisan negara kita tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan. Ia adalah warisan yang patut dijaga dan dipelihara supaya tidak hilang dari ingatan.

Lipat kain lipat baju,Lipat kertas dalam cawan,Dari air menjadi batu,Sedikit tidak lupakan tuan.

11