24
FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI KELANTAN Erme Fasnera Binti Zulkifle 30096 Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan seni ) 2014

KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD

NEGERI KELANTAN

Erme Fasnera Binti Zulkifle

30096

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan seni ) 2014

Page 2: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD

NEGERI KELANTAN

ERME FASNERA BINTI ZULKIFLE

30096

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2014

Page 3: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

i

Prof Dato’ Dr Hashim bin Awang

Prof Dato’ Dr Hashim bin Awang

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade:

_____________

Please tick ()

Final Year Project Report

Masters

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the ……………..day of……………..2014.

Student’s Declaration:

I ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ------------------

------------ (PLEASE INDICATE STUDENT’S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby

declare that the work entitled ---------------------------------------------------------------------------------------

---------------------- is my original work. I have not copied from any other students’ work or

from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly

in the text, nor has any part been written for me by another person.

___________________ _____________________________

Date submitted Name of the student (Matric No.)

Supervisor’s Declaration:

I-------------------------------------------------------------- (SUPERVISOR’S NAME) hereby certifies that

the work entitled --------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------- (TITLE) was prepared by the above named student, and was submitted to the

“FACULTY” as a * partial/full fulfillment for the conferment of ----------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------- (PLEASE INDICATE THE

DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student’s

work.

Received for examination by: ______________________________ Date: ______

ERME FASNERA BINTI ZULKIFLE, 30096, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ARTS

30 May

KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI KELANTAN

May 30, 2014 ERME FASNERA BINTI ZULKIFLE (30096)

BACHELOR OF APPLIED

May 30, 2014

KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI KELANTAN

ARTS WITH HONOURS (ARTS MANAGEMENT)

Page 4: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

ii

(Name of the supervisor)

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act

1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation

where

research was done)*

OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said

Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with

the abiding interest and rights as follows:

This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak

(UNIMAS).

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make

copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise

the content for the Local Content Database.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make

copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning

Institute.

No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on

this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.

This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not

be distributed, published or disclosed to any party by the student except with

UNIMAS permission.

Student signature ________________________ Supervisor signature:________________

(May 30, 2014) ( )

Current Address:

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together

as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and

Kampung Dewan Kechil

18500 Machang

Kelantan

Page 5: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

iii

PENGAKUAN

Projek bertajuk Keunggulan Batik Nordin & Craft Sdn. Bhd ini disediakan oleh Erme

Fasnera Binti Zulkifle dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan denganKepujian

PengurusanSeni.

Diterima untuk diperiksa oleh:

________________________

(Profesor Dr. Hashim Bin Awang)

Tarikh:

________________________

Page 6: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

iv

PENGHARGAAN

Bismillahhirrahmannirrahim...Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana

dengan izin dan limpah Kurnia-Nya Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir ini dapat

disiapkan dengan jayanya seperti mana yang dikehendaki walaupun menghadapi pelbagai

halangan semasa menjalankan penyelidikan.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Professor Dato’ Dr. Hashim Bin

Awang selaku penyelia Projek Tahun Akhir. Kepercayaan dan keyakinan beliau

merupakan faktor yang menguatkan daya tahan untuk terus menyiapkan tesis ini. Syukur

Kehadrah Ilahi kerana pengkaji merupakan orang yang sangat bertuah menjadi pelajar

dibawah bimbingan dan seliaan Professor Dato’ Dr. Hashim Bin Awang. Segala

bimbingan dan tunjuk ajar beliau menjadikan pengkaji lebih berdispilin dan serius dalam

memberi komitmen dalam menuntut ilmu. Dengan kata-kata semangat dan pendorong

daripada beliau juga, pengkaji bersemangat dalam melakukan penyelidikan ini.

Selain itu, tanda terima kasih dan penghargaan ingin pengkaji sampaikan kepada

ibu pengkaji yang sanggup menemani pengkaji untuk menemuramah informan dan

membuat kerja lapangan serta memberikan bantuan kewangan kepada pengkaji bagi

menyiapkan tesis ini dengan jayanya. Di samping itu, tidak dilupakan tanda

penghargaan kepada, Perpustakaan Universiti Malaysia Sarawak, kerana membenarkan

pengkaji metelaah ilmu dan mendapat bahan rujukan untuk pengajian ini. Seterusnya

pengkaji ingin tujukan penghargaan ini kepada Wisma Nordin Batik & Craft Sdn. Bhd

kerana membenarkan membuat kajian di sana.

Page 7: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

v

Abstrak

Kajian ini berkaitan tentang “ Keunggulan Batik Nordin & Craft Sdn. Bhd Negeri

Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta jatuh bangunnya syarikat

tersebut hingga kini. Syarikat ini mempunyai keunggulannya yang tersendiri. Kajian ini

menunjukkan bahawa keunggulan syarikat Batik Nordin mampu mengatasi pelbagai

persaingan, menghasilkan produk yang unik dan kukuh serta penyusunan strategi yang

sistematiklah telah membawa kepada unggulnya syarikat batik Nordin di Kelantan.

Page 8: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

vi

Abstract

This study is relates to the superiority of Nordin Batik & Craft Sdn Bhd in

Kelantan to scrutiny the history of batik heritage, and the rise and fall of the company's

throughout the establishment. This company has its own superiority. Study shows that,

Nordin Batik & Craft Sdn Bhd able to overcome various competitions, producing unique

products and systematic strategies has led to the primacy of Nordin Batik & Craft Sdn

Bhd in Kelantan.

Page 9: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

vii

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN Muka Surat

BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN........................................................i

PENGAKUAN..............................................................................................................iii

PENGHARGAAN.........................................................................................................iv

ABSTRAK.....................................................................................................................v

ABSTRACT..................................................................................................................vi

BAB I: PENGENALAN

Pengenalan.......................................................................................................................1

Latar Belakang Kajian

Sejarah Batik..........................................................................................................2

Sejarah Penubuhan Nordin Batik & Craft Sdn. Bhd.............................................3

Sejarah Perkembangan & Kronologi Syarikat Nordin Batik & Craft Sdn. Bhd...5

Objektif Syarikat Nordin Batik & Craft Sdn. Bhd.............................................13

Visi & Misi Syarikat Nordin Batik......................................................................14

Sasaran Pelanggan...............................................................................................14

Lokasi Kajian.......................................................................................................16

Skop Kajian...................................................................................................................16

Permasalahan Kajian.....................................................................................................17

Objektif Kajian..............................................................................................................18

Kerangka Konsep..........................................................................................................19

Signifikan Kajian...........................................................................................................21

Page 10: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

viii

Rumusan......................................................................................................................22

BAB II: KUPASAN KEPUSTAKAAN

Pengenalan...................................................................................................................23

Sejarah Batik di Malaysia...................................................................................24

Motif-motif Batik................................................................................................27

Corak-corak Pada Batik......................................................................................28

Rumusan.....................................................................................................................32

BAB III: METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan..................................................................................................................33

Kaedah Penyelidikan..................................................................................................34

Rumusan.....................................................................................................................38

BAB IV: ANALISA DATA

Pengenalan………………………………………………………………….……....39

Kaedah Analisis Data……………………………………………………….….......44

Penemuan………………………………………………………………………......47

Rumusan…………………….………………………………………...…….….......63

BAB V : PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

Pengenalan…………………………………………………………………............65

Perbincangan…………………………………………………………………..…...66

Cadangan……………………………………………………………………….….72

Kesimpulan…………………………………………………………...……….…...74

Page 11: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

ix

Rujukan………………………………………………………………………….….76

Lampiran…..………………………………………………………………….……..78

SENARAI PETA

Peta 1: Lokasi Syarikat Nordin Batik & Craft Sdn. Bhd............................................15

SENARAI GAMBAR RAJAH

Gambar Rajah 1: Carta Organisasi Nordin Batik & Craft Sdn. Bhd…….......….......42

Gambar Rajah 2: Proses Pembuatan Batik……………………………...….......…....43

Gambar Rajah 3: Proses Pembuatan Batik Digital……………………..……............44

Gambar Rajah 4: Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ).………………….…...........47

Page 12: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

1

BAB I : PENGENALAN

Pengenalan

Batik adalah salah satu lambang kepada sesebuah negeri dan ianya menjadi

elemen yang sangat penting di dalam industri kraftangan. Batik terdapat dalam pelbagai

bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Teknik batik

telah diketahui lebih seribu tahun, kemudiannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria.

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke-15

Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional.

Pada masa dahulu masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat

pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden

batik. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negari Kelantan sejak tahun

1910.

Industri batik kini masa kini juga dikenali sebagai industri kreatif. Ianya juga

adalah satu bidang perniagaan antarabangsa yang terus berkembang dan berpontensi

tinggi di dalam menstabilkan ekonomi negara.

Page 13: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

2

Latar belakang kajian

Sejarah Batik

Kelantan adalah sebuah negeri yang memang dikenali sebagai yang kaya dengan

pelbagai hasil kesenian yang halus dan bermutu tinggi. Antaranya ialah songket,

pertukangan perak, wau bulan dan hasil kraftangan juga batik. Batik juga adalah salah

satu lambang kepada sesebuah negeri dan ianya menjadi elemen yang sangat penting di

dalam industri kraftangan. Selain itu, batik bukan sahaja dikhususkan di Malaysia, malah

di dunia juga dikeluarkan, namun di negeri Kelantan telah menghasilkan corak batik

mengikut ciri-ciri budaya negeri masing-masing serta nilai estetikanya yang menjadi

lambang kepada batik sesebuah negeri tersebut. Namun, pada zaman ini, rekaan-rekaan

yang lebih dinamik dan sesuai untuk pelbagai peringkat telah dihasilkan dan setiap

rekaan yang dihasilkan mempunyai maksud yang tersendiri dalam setiap nilai kesenian

batik itu sendiri.

Batik merupakan satu kesenian yang halus dan menarik kerana ianya menuntut

kepakaran dan kehalusan yang tinggi. Batik juga telah menjadi salah satu lambang

kepada sesebuah negeri dan ianya menjadi elemen yang sangat penting di dalam industri

kraftangan. Selain itu, batik bukan sahaja dikhususkan di Malaysia, malah di dunia juga

dikeluarkan, namun di negeri Kelantan telah menghasilkan corak batik mengikut ciri-

ciri budaya negeri masing-masing serta nilai estetikanya yang menjadi lambang kepada

batik sesebuah negeri tersebut. Namun, pada zaman ini, rekaan-rekaan yang lebih

dinamik dan sesuai untuk pelbagai peringkat telah dihasilkan dan setiap rekaan yang

Page 14: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

3

dihasilkan mempunyai maksud yang tersendiri dalam setiap nilai kesenian batik itu

sendiri.

Sebagaimana yang telah diperkatakan oleh Siti Zainon Ismail di dalam bukunya “

Getaran Jalur dan Warna” (1985:31) bahawa, “ kepakaran masyarakat Melayu dalam

bidang kraftangan ini muncul sejak zaman prasejarah lagi. Masyarakat Kelantan

sememangnya kaya dengan aktiviti-aktiviti kesenian yang berteraskan adat dan budaya.

Batik merupakan salah satu tradisi yang paling popular dalam kalangan masyarakat dan

ianya merupakan khazanah yang terpenting di dalam seni dan budaya masyarakat

Kelantan yang telah diwarisi oleh nenek moyang sejak zaman-berzaman. Oleh itu, batik

kini telah menjadi satu daripada industri terpenting dalam pertumbuhan ekonomi kini.

Sejarah Penubuhan Nordin Batik & Craft Sdn. Bhd

Antara pengusaha batik yang terkenal dan tersohor di Kelantan adalah Tuan Haji

Nordin bin Mahmood. Beliau merupakan antara golongan terawal yang mempelopori

industri batik di Kelantan dan antara tokoh batik yang masih berdiri gagah di arena

pembatikkan sehingga kini. Hasil dan kerja keras tanpa mengenal penat lelah dan iltizam

yang tinggi, beliau tidak pernah jemu untuk menceburi sektor batik dan pernah melalui

pahit getir sepanjang pembabitan beliau lebih dari empat puluh sembilan tahun dalam

bidang ini. Kini, beliau mampu berbangga dengan hasil kerja kerasnya selama ini dengan

terbina dengan megahnya “Wisma Nordin”, iaitu satu-satunya pusat pameran dan jualan

Page 15: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

4

batik yang pertama dan terbesar di negeri Kelantan yang pernah dimiliki oleh kaum

bumiputera khususnya dalam kalangan pengusaha batik negeri Kelantan

Nordin Batik & Craft Sdn. Bhd adalah merupakan sebuah syarikat sendirian berhad

yang ditubuhkan bagi tujuan mengilang dan mengedar batik tradisional untuk pasaran

dalam dan luar negeri Kelantan. Ianya ditubuhkan pada tahun 1993 dengan nama Nordin

Batik Sdn. Bhd. Perniagaannya dahulunya didaftarkan dibawah Ordinan Perniagaan 1956

sebagai pemilik tunggal pada 1 haribulan September 1981. Kemudian pada 23 Februari

2010, Nordin Batik Sdn. Bhd ditukarkan kepada nama Nordin Batik & Craft Sdn. Bhd.

Berkat kegigihan dan ketabahan pemiliknya iaitu Tuan Haji Nordin bin Mahmood,

syarikat ini telah berkembang maju tahun demi tahun di dalam perusahaan batik

tradisional.

Page 16: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

5

Sejarah Perkembangan & Kronologi Syarikat Nordin Batik & Craft Sdn. Bhd

Tuan Haji Nordin bin Mahmood telah memulakan perusahaan batik ini semenjak

1972, bertempat di Kampung Sireh, Kota Bharu dengan tiga orang pekerja. Pengeluaran

pada masa itu hanya tertumpu kepada batik sarong dan batik ela.

Sejarah perkembangan syarikat ini boleh dilihat berdasarkan kronologi berikut :

Tahun Sejarah Perkembangan & Kronologi Syarikat Nordin Batik &

Craft Sdn. Bhd

1975

Pada awalnya, pengilang dibuat dengan 15 0rang pekerja.

Syarikat mendapat bekalan kain putih dari Koperasi Pembatik-

Pembatik Kelantan Berhad untuk mengilang batik sarong dan

batik ela. Tahap pengeluaran adalah sebanyak 15 hingga 20

pasang sehari. Kerja-kerja ini dilakukan secara mengambil upah

dari pembatik-pembatik di sekitar Kota Bharu.

1976

Syarikat terpaksa berpindah ke Kampung Pintu Geng, Kota

Bharu kerana proses pembesaran di mana tempat lama didapati

tidak lagi sesuai kerana sempit. Pada masa ini, bilangan pekerja

telah meningkat kepada 50 orang dengan kuantiti pengeluaran

sebanyak 100 meter sehari.

Page 17: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

6

1988

Syarikat memasuki era baru di dalam industri batik tradisional

dengan mengeluarkan batik tulis yang terdiri dari kain sutera

Jacquard, Rayon Jacquard dan Rayon Fuji. Bilangan pekerja

meningkat kepada 60 orang dengan pengeluaran sebanyak 100

pasang sehari (400 meter).

1990

Syarikat telah dilesenkan sebagai pengilang berlesen di bawah

seksyen 13, Akta Cukai Jualan. Syarikat telah diberi kebenaran

oleh jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk mengimport kain

putih dari China dan Singapura tanpa bayaran cukai jualan. Di

samping itu, syarikat juga diberi pengecualian duti import oleh

Perbendaharaan Malaysia untuk tujuan yang sama. Jumlah

pekerja meningkat kepada 80 orang dan pengeluaran meningkat

kepada 120 pasang sehari (480 meter).

1991

Bilangan pekerja bertambah kepada 110 orang seiring dengan

pertambahan permintaan di mana penegeluaran meningkat

kepada 440 pasang sehari (1760 meter).

1993

Syarikat telah menambahkan bilangan pekerja kepada 140

orang dengan purata pengeluaran di antara 550 hingga 750

pasang sehari dengan penggunaan kain putih di antara 2200

hingga 3000 meter sehari dan semuanya adalah terdiri daripada

kain sutera yang diimport terus daripada Negara China.

Page 18: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

7

1997

Oleh kerana kelembapan dan kegawatan ekonomi telah

melanda Negara, semua perniagaan menjadi lembap, begitula

juga dengan perniagaan industry batik yang juga menerima

nasib yang sama. Walaubagaimanapun, dengan pengalaman

yang ada pada Encik Nordin Mahmood, beliau masih lagi

bertahan untuk mengeluar dan memasarkan keluaran kilang

beliau. Di samping itu, beliau juga telah berjaya mengubah

haluan corak batik daripada corak lukis tangan kepada corak

stensil iaitu ( skrin printing- manual) yang menjadi kesukaaan

orang ramai. Skri printing menggunakan meja-meja panjang

dan mampu mengeluarkan 2000 meter sehari jika perlu.

2000

Syarikat telah diluluskan Lesen Pengilang di bawah Akta

Penyelarasan Perindustrian 1975 oleh Kementerian

Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia

sebagaimana Rujukan No. MIDA 100/32114/0061/0003 ACI

pada 27 November 2000.

Syarikat telah diluluskan Pengecualian Duti Import/ Cukai

Jualan ke atas Mesin dan Peralatan oleh MIDA sebagaimana

Rujukan MIDA 100/32114/0061/002 JKM pada 19

Page 19: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

8

September 2000. Dengan kelulusan ini syarikat telah

menempah 2 buah mesin iaitu mesin kelender dan mesin

clureng dari Pekalongan, Indonesia dengan harga

RP125,000,000.00 juta bersamaan RM 52,500.00 dan

dijangkakan syarikat akan memperolehi mesin tersebut pada

pertengahan bulan Jun ini. Kegunaan mesin adalah untuk

pengering dan pengilat khusus untuk pengeluaran batik

sarong. Dengan adanya mesin ini syarikat dijangka dapat

mengeluarkan Batik Jawa Tulen.

Syarikat telah diluluskan Pengecualian Duti Import ke atas

kain cotton sebanyak 126,000 meter oleh Kementerian

Kewangan Malaysia, Kuala Lumpur. Sebagaimana Rujukan

(8.20) 116/5/1-11805(5) pada 17 November 2000. Dengan

kelulusan ini, syarikat telah pun mengimport kain cotton dari

Pekalongan, Indonesia sebanyak 9,142.62 meter pada 4

januari 2001. Syarikat dijangkakan dapat mengeluarkan

produk yang berkualiti dengan harga yang lebih murah.

Syarikat telah diluluskan 2 (dua) Jawatan Asing oleh MIDA

sebagimana surat kelulusan Rujukan 20/9/3 (38/2000) 4 pada

10 November 2000. Dengan kelulusan ini syarikat telah pun

mengambil 2 orang pakar pembuatan batik khusus batik

sarong dari Pekalongan, Indonesia pada 8 Januari 2001.

Page 20: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

9

Dengan adanya pekerja asing tersebut, syarikat berasa yakin

akan dapat memberi persaingan dengan pengeluar lain di

samping memantapkan lagi kedudukan syarikat sebagai

pengeluat batik.

Syarikat telah diluluskan sebagai kontraktor berdaftar di

bawah Kepala dan Sub-Kepala 050299. Pembuat Batik oleh

Kementerian Kewangan Malaysia Sebagaimana Rujukan

K.Kaw/ K&B/D/02/494/357-052474 pada 12 Disember 2000.

Dengan kelulusan ini syarikat akan dapat membekal produk

batik kepada pejabat-pejabat & agensi kerajaan melalui sebut

harga & tender.

Syarikat juga telah diluluskan kebenaran memasang jentera

oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kelantan.

Sebagaimana Rujukan JKKP D (105-12/2000).

Syarikat juga telah diluluskan SMI E-Commerce Grant oleh

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana

( SMIDEC) Sebagaimana Rujukan CQPI/EC/DEC 001.

Dengan adanya SMI E-Commerce ini segala produk-produk

syarikat akan dipasarkan oleh CQPI melalui WEB-SITE.

Page 21: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

10

2002

Bagi menampung permintaan yang semakin meningkat,

pihak pengurusan telah bersetuju untuk membuka

sebuah lagi kilang bagi menambah pengeluaran. Kilang

kedua ini telah dibuka di Kg Penambang, Jalan PCB,

Kota Bharu, Kelantan. Pada tahun pertama, pengeluran

dari kilang kedua telah mencapai kira-kira 31,200 meter

dengan tenaga pekerja seramai 20 orang. Pihak

pengurusan juga telah merancang untuk meningkatkan

pengeluaran dengan membesarkan lagi saiz kilang, di

samping menambah kelengkappan dengan menyediakan

kilang pembancuh warna serta mengadakan stok kain

putih sendiri yang dibekakalkan oleh kilang utama.

2003

Tahun 2003 telah menyaksikan kejayaan besar dalam

sejarah perniagaan bagi Tuan Haji Nordin. Setelah

melalui pelbagai rintangan dan jatuh bangun di dalam

industry batik serta mendapat persaingan yang sengit

dari pengusaha-pengusaha batik professional di sekitar

Kota Bharu, beliau telah mengambil langkah yang

berani pada masa yang tepat untuk mengembangkan lagi

Page 22: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

11

empayar perniagaanya.

Dengan terbinanya WISMA NORDIN Pada

pertengahannya 2003, yang terbahagi kepada beberapa

cabang perniagaan, iaitu ruang pameran dan pusat

jualan kraftangan (SHOWROOM NBSB), tempat

penginapan dengan bilik berhawa dingin serta

kemudahan yang selesa ( PALOH INN), dewan untuk

pelbagai kegunaan ( DEWAN CENGKIH) dan sektor

pemaju perumahan (NBM ENGINEERING &

DEVELOPMENT) yang dibina di atas tapak dengan

keluasan 2 1/4 ekar di alamat 74, Kg Paloh Pintu Geng,

15050 Kota Bharu, Kelantan.

Pada masa yang sama, pihak kerajaan telah mengadakan

kempen penggalakkan pemakaian batik di kalangan

kakitangan kerajaan dan juga swasta sebagai sebahagian

pakaian rasmi semasa bekerja. Hasil dari galakan

daripada kerajaan juga, industri pembatikkan Malaysia

telah menunjukkan perkembangan yang positif. Usaha

ini disambut baik oleh seluruh pengusaha batik, dan

pihak kami juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan

produk yang

Page 23: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

12

lebih baik, dan mempelbagaikan corak dan fabrik kain

demi memenuhi permintaan pasaran yang semakin

meningkat.

2010

Nordin Batik Sdn Bhd telah bertukar nama kepada

Nordin Batik & Craft Sdn Bhd dan sistem pentadbiran

dirombak kepada sisitem yang baru.

Nordin Batik & Craft Sdn Bhd mula menceburi bidang

batik digital. Kami menggunakan reactive dye dan

material berasakan protein silk jacquard, silk creep dan

silk satin.

Mesin pencetak mutoh ditempah khas daripada Jepun.

Mesin ini dapat mencetak dengan kelajuan 12 pasang

satu sesi bekerja bersamaan dengan spesifikasi 720 dpi.

Batik digital ini dinamakan sebagai KL Design Batik

Digital

Sumber: Kilang Nordin Batik & Craft Sdn Bhd (2014)

Page 24: KEUNGGULAN BATIK NORDIN & CRAFT SDN. BHD NEGERI … Batik Nordin (24pgs).pdf · Kelantan bagi melihat sejarah perjalanan warisan batik serta ... Kaedah & Teknik Kawakita Jiro (KJ

13

Secara keseluruhannya, pereka design juga akan dilatih khas untuk menghasilkan

corak yang terbaik kepada pelanggan dan dapat memenuhi kehendak pelanggan kami.

Oleh itu, penghasilan batik adalah produk kesenian yang mempunyai nilai yang

tinggi. Kreativiti pencanting banyak menentukan seni dan nilai produk ini. Walaupun

industri ini banyak menunjukkan peningkatan, namun masih banyak usaha yang perlu

ditambah bagi mengekalkan kesenian dan meningkatkan mutu industri batik.

Objektif Syarikat Nordin Batik & Craft Sdn. Bhd

Pusat pameran dan jualan kraftangan yang diwujudkan adalah salah satu projek

pelancongan yang bakal menarik minat pelancong bagi mengenali lebih dekat kesenian

dan kehalusan kraftangan masyarakat tempatan. Showroom Nordin Batik diharapkan

dapat mengiktiraf produk kraftangan ke peringkat antarabangsa, sekaligus dapat

memartabatkan nilai budaya Melayu yang sebenar. Kami juga berharap agar pusat

kraftangan ini dapat menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di negeri

Kelantan, khusus bagi pelancong yang ingin mendapatkan produk kraftangan yang

terbaik dan pelbagai dengan harga yang berpatutan.