20
AMANAT TAHUN BAHARU KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN M A L A Y S I A DATO’ SR MOHD NOOR BIN ISA MENGURUS PERBEZAAN, MEMBINA KEYAKINAN

KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

  • Upload
    others

  • View
    22

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

AMANATTA H U NBAHARUK E T U A P E N G A R A HUKUR DAN PEMETAANM A L A Y S I A

DATO’ SR MOHD NOOR BIN ISA

MENGURUS PERBEZAAN, MEMBINA KEYAKINAN

Page 2: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

Alhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri, wayasirli amri, wahlul ukhdatam millisani yabkhahu khauli

Terima kasih kepada saudara Shah Iran bin Misran selaku Pengacara Majlis dan terima kasih jua kepada saudara Masmuhallim bin Nah Rawai yang telah membacakan doa bagi memohon kesejahteraan dan keberkatan perhimpunan kita di pagi yang mulia ini.

Y. Berusaha Sr Mohamad Kamali bin Adimin, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan IY. Berusaha Sr John Elvis Koh, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan IISr Ismail bin Harun, CEO Lembaga Jurukur Tanah Malaysia

Pengarah - Pengarah Ukur BahagianPengarah - Pengarah BahagianPengarah - Pengarah Ukur Negeri Pengarah-pengarah SeksyenAhli-ahli MBJ Jabatan

Seterusnya tuan-tuan / puan-puan warga JUPEM sekalian

Page 3: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

1. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakahtuh, Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Baru. Sebelum saya mulakan ucapan saya pada hari ini, ingin saya memperkenalkan Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) iaitu YBhg. Datuk Zurinah Pawanteh yang telah berkuatkuasa pada 7 Januari 2019.

2. Alhamdulillah, syukur kita ke-hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya kita dipanjangkan usia dan diberikan kekuatan untuk kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Perhimpunan Pagi bagi awal tahun 2019. Dikesempatan ini, tidak terlewat bagi saya untuk mengucapkan selamat tahun baru masihi 2019 kepada yang hadir di Dewan Ukur ini khususnya dan seluruh warga JUPEM dipelusuk negeri yang dikasihi amnya.

3. Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, perhimpunan kita pada pagi ini dibuat bersekali dengan Amanat Tahun Baharu. Ianya menjadi platform bagi kita merenung sejenak dan membuat penganalisisan tentang apa yang telah kita lakukan di sepanjang tahun 2018; dan seterusnya membolehkan kita bermuhasabah diri bagi menyediakan perancangan tahun 2019 yang akan kita tempohi bersama yang sudah tentunya mahukan yang terbaik berbanding tahun- tahun yang lalu; ‘hari ini lebih baik dari semalam dan besok mengharapkan lebih baik dari hari ini’.

MUKADIMAH

Page 4: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

4. Pada tahun lepas, ucapan saya adalah bertemakan ‘MENDEPANI CABARAN, MELAKARI KEJAYAAN’ dengan mengambil pendekatan atau tag line ‘Perundingan Diutamakan, Perkhidmatan Dipertingkatkan’. Sekadar merenung sejenak akan tema dan ‘tag line’ tersebut dan sebagai kesinambungan darinya, pada tahun ini saya memilih ‘MENGURUS PERBEZAAN, MEMBINA KEYAKINAN’ sebagai tema ucapan dengan berprinsipkan ‘pemikiran kepunyaan’ atau ‘ownership thinking’ sebagai satu pendekatan. Saya merasakan bahawa tema dan pendekatan yang cuba dilontarkan ini adalah amat relevan dan tepat pada masanya dalam suasana dan persekitaran Malaysia Baharu.

5. Tidak ada istilah perundingan kalau tidak ada perbezaan. Perundingan hanya tercetus bilamana adanya perbezaan yakni perbezaan dari segi sumber, pemikiran dan tindakan. Perundingan boleh tercapai bilamana kita berupaya untuk meyakinkan penyelesaian sesuatu perbezaan itu. Tanpa perbezaan menjadikan kehidupan kita tepu dan kaku.

‘The Power of Solution is Negotiation and The Negotiation Power Makes the Impossible Become Possible’

6. Bersandarkan hakikat tersebut, kita akan kekal menjadi seorang individu yang sentiasa berkeyakinan, dengan syarat kita tidak mengelak daripada menghadapi sesuatu perbezaan atau cabaran. Jika kita menolak untuk menghadapi perbezaan, kita tidak akan pernah dapat membangunkan tahap keyakinan diri dalam diri dan yang paling menakutkan, sifat ‘Fear of Failure’ ini akan menguasai diri kita dan membuatkan kita lebih sukar untuk mencapai sesuatu kejayaan.

PENDAHULUAN

Page 5: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

7. Keyakinan diri kita akan membangun dengan lebih jauh apabila kita telah melalui banyak cabaran dan telah berjaya mengatasinya. Percayalah setiap kali sesuatu cabaran yang telah kita atasi, kita akan merasakan sesuatu perasaan ‘it feels good’ dan ‘full of satisfaction’. Perasaan kepuasan ini akan meningkatkan tahap keyakinan diri kita dalam berorganisasi.

8. Hakikatnya, kejayaan dari sesuatu perundingan itu banyak terletak kepada kebijaksanaan dan keyakinan kita dalam menguruskan perbezaan tersebut. Kiranya perbezaan itu diuruskan dengan baik, ianya merupakan satu rahmah; tapi sebaliknya kiranya perbezaan itu tidak ditangani dengan sebaik mungkin, ianya akan menimbulkan konflik baik dalam diri mahupun organisasi yang kita terajui; seterusnya memungkinkan kita bertindak sendirian tanpa melihat kesannya terhadap diri dan organisasi. Menguruskan perbezaan juga memerlukan ketersediaan untuk kita berhadapan atau bermesyuwarah bagi membincang dan menyelesaikan sebarang permasalahan dalam mencari kata sepakat berbanding cakap-cakap di belakang; ibarat ‘membaling batu sembunyi tangan’. Percayalah lambat laun diketahui juga bak kata pepatah ‘riak ikan dilaut, boleh tahu jantan betinanya’.

9. Budaya pengedaran surat layang yang agak berleluasa masa kini adalah merupakan satu contoh terdekat di mana penyelesaian itu dibuat demi kepuasan sendiri tanpa mempertimbangkan kesahihan sumber dan kematangan bertindak. Bertindak di luar kotak juga harus beradab dan beretika bak kata pepatah ‘menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tak bertaburan’. Dalam konteks ini, seseorang itu seharusnya sentiasa berkeupayaan untuk mempamerkan harapan, kekuatan dan keyakinan diri dalam bertindak supaya kita tidak dilihat bagai ‘menepuk air didulang terpercik ke muka sendiri’. Diharapkan keadaan ini tidak akan berlaku dalam organisasi kita.

Page 6: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

10. Perbezaan dan perselisihan pandangan juga adalah lumrah, bahkan fitrah manusiawi yang tidak dapat dielakkan, sebagaimana firman Allah dalam Surah Hud ayat 118-119 yang bermaksud:

‘Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya umat yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia…’

Sebab itulah kita amat menekankan adab-adab dalam berbeza pandangan seperti berlapang dada bagi meraikan pandangan yang berbeza dan tidak taksub dengan pendapat dan pandangan sendiri.

2018 - MERENUNG SEJENAK MENGGAPAI KEJAYAAN

Tuan-tuan/Puan-puan sekalian

11. Sekadar merenung kembali kepada pendekatan yang diperkenalkan iaitu ‘Perundingan Diutamakan, Perkhidmatan Dipertingkatkan’, beberapa kejayaan telah kita capai sepanjang tahun 2018. Kejayaan ini juga bersandarkan keberanian kita mentransformasikan sistem penyampaian yang mensasarkan ‘people centric’ iaitu ‘buat apa yang mereka mahu, bukan buat apa yang kita tahu’ dengan tanpa meninggalkan prinsip-prinsip utama. Demi meletakkan keunggulan JUPEM diminda masyarakat, saya mengharapkan supaya seluruh warga JUPEM dapat memahami dan menjiwai apa yang JUPEM ingin capaikan. Lebih penting lagi bagi setiap pegawai yang diwakilkan bagi mewakili Jabatan dalam apa jua

Page 7: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

“ The Powero f S O L U T I O N i s Negot ia t ion andThe Negotiation PowerMakes the ImpossibleBecome Possible. ”

Page 8: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

perbincangan atau mesyuarat di luar JUPEM, sudah seharusnya tahu dan faham akan subject matters, dasar-dasar dan matlamat Jabatan.

12. Antara kejayaan ketara yang telah kita capai melalui perundingan ini antara lainnya:

i. Kolaborasi JUPEM dengan pelbagai Agensi/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui Menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU);

ii. Penyelesaian ‘Outstanding Boundary Problems (OBP)’yang melibatkan Malaysia (Sektor S abah) – Indonesia;

iii. Program UTM HYDRO III (CAT A), FIG/IHO/ICA;iv. Kelulusan kenaikan Pangkat melalui ‘Subject Matter Expert’; v. Peta Sempadan sebagai Produk Baru;vi. Pembatalan Cadangan Akta Geospatial Negara; danvii. Semakan Jadual XIII, Skala Fi Ukur Lembaga

13. Menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan perkongsian dan pertukaran maklumat geospatial antara agensi pengguna seperti Jabatan/ Agensi Kerajaan, Pihak Kerajaan Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri. Sehingga kini JUPEM telah berjaya menjalinkan kolaborasi dengan –

- Perbadanan Putrajaya pada 20 Julai 2016 ;- Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 22 November 2016;- PLANMalaysia pada 15 Mei 2017;- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 22 Januari 2018;- Majlis Daerah Tangkak, Johor pada 16 Mac 2018

KEJAYAAN 2018

Page 9: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

- Majlis Perbandaran Subang Jaya, Selangor pada 7 Ogos 2018;- Perak GIS, Kerajaan Negeri Perak pada 31 Oktober 2018;- Majlis Perbandaran Seremban, N. Sembilan pada 23 November 2018; dan- Majlis Perbandaran Kuantan, Pahang pada 27 November 2018.

Dalam pada itu beberapa PBT lain yang tidak sempat dilaksanakan dalam tahun 2018 akan dimuktamadkan dalam masa yang terdekat; In Sya Allah iaitu :

- Perbadanan Aset Keretapi (RAC), Kementerian Pengangkutan Malaysia pada 24 Januari 2019;

- Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Selangor pada Mac 2019;- Majlis Perbandaran Dungun, Terengganu pada April 2019; dan- PEGIS, Pulau Pinang pada Mei 2019

Tahniah dan syabas kepada semua pegawai-pegawai yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam mengatur dan menguruskan program ini sehingga termeterainya MoU. Saya mengharapkan pasukan ini akan terus berusaha agar program kolaborasi ini bukan setakat MoU tapi ianya perlu disusuli dengan ‘follow up’ dan ‘follow through’ agar ‘ultimate goal’ kolaborasi tersebut tercapai.

14. Penyelesaian ‘Outstanding Boundary Problems (OBP)’ yang melibatkan sempadan darat Malaysia - Indonesia bagi Sektor Sabah dan Kalimatan Utara. Dua kawasan OBP telah dipersetujui oleh kedua-dua negara dimana kedua-dua negara juga turut bersetuju supaya MoU Sempadan ini ditandatangani dengan bersaksikan oleh kedua-dua pemimpin negara semasa kunjungan Tuan Yang Terutama Presiden Indonesia ke Kuala Lumpur dalam masa

Page 10: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

terdekat ini. Kiranya ini berlaku, ianya merupakan satu titik sejarah bagi JUPEM dimana sebelum ini MoU Sempadan hanya melibatkan Pengerusi Bersama tanpa melibatkan pemimpin negara. Berdasarkan prinsip penyelesaian yang telah dipersetujui bersama, penyelesaian bagi tiga kawasan lagi bagi Sektor Sabah akan dimulakan pada awal tahun 2019.

Manakala MoU Sempadan Malaysia - Thailand yang melibatkan Sektor Sungai Golok yang telah tertunda lebih dari 10 tahun, perundingan awal pada peringkat Jawatankuasa Teknikal telah dimulakan dimana JUPEM telah mencadangkan supaya elemen navigasi, Imigresen, air dikeluarkan dari deraf MoU kerana ianya boleh dibincangkan pada peringkat Jawatankuasa yang lain. Secara dasarnya cadangan ini telah dipersetujui dan akan diangkat ke peringkat Jawatankuasa Sempadan Bersama.

15. Program UTM HYDRO III (CAT A), FIG/IHO/ICA yang mendapat kerjasama serta sokongan Pusat Hidrografi Negara (PHN) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), telah pun mendapat kelulusan dari FIG/IHO/ICA International Board on Standards of Competence for Hydrographic Surveyors and Nautical Cartographers (IBSC) di bawah IHO. Dengan menggunakan sistem pembelajaran dan peperiksaan secara ‘fast track’, program CAT A ini telah dimulakan pada 5 Oktober 2018 dan In Sya Allah ianya akan berakhir pada Jun 2019 yang akan datang.

Program ini dijangka akan memberikan banyak manfaat kepada Jurukur di JUPEM dan Jurukur Tanah Berlesen bila mana aktiviti pemberimilikan marin kadaster dan pemetaan pesisir pantai diperkenalkan nanti. Kaedah mengadakan program secara kerjasama ini dan ‘fast track’ telah mendapat pujian dan pengiktirafan tinggi dari pengamal pengamal hidrografi diperingkat antarabangsa.

Page 11: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

16. Kenaikan Pangkat melalui ‘Subject Matter Expert (SME)’ JPA telah menjadikan JUPEM sebagai agensi printis bagi melahirkan pegawai-pegawai

yang bertaraf ‘Subject Matter Expert (SME)’. Bidang-bidang yang dicadang dan mendapat kelulusan JPA adalah meliputi :

i. Kadaster meliputi Ukuran Kadaster, Perundangan Kadaster, Ukuran Strata/Stratum/3D Kadaster dan 3D Modelling;

ii. Pemetaan meliputi Pemetaan LiDAR/SAR, Pembangunan Data Geospatial, Pemetaan UAV dan Pemetaan Utiliti;

iii. Geodetik meliputi GPS, Sistem Rujukan dan Astronomi Geodetik; daniv. Persempadanan meliputi Sempadan Maritim dan Sempadan Darat.

Pegawai-pegawai yang berminat dan berkelayakan dari kalangan Juruukur Gred 44 (termasuk fleksi 44) hingga ke Gred 54 adalah layak memohon. Untuk itu, satu majlis taklimat oleh pegawai dari JPA akan diadakan petang esok (11 Januari) jam 3.00 petang. Dalam konteks ini, setiap calon yang berjaya akan dinilai berdasarkan penilaian 360.

17. Penerbitan Peta Sempadan sebagai Produk Baru; dalam usaha JUPEM mempertingkat dan memperluaskan sistem penyampaian, JUPEM telah membuat kajian kemungkinan untuk menerbitkan produk baru iaitu peta sempadan atas keperluan penguatkuasaan sempadan di bawah Akta Keselamatan Sempadan (AKSEM) secara sepihak khususnya bagi kawasan persempadanan Malaysia – Thailand.

Selain dari kegunaan AKSEM, peta-peta tersebut juga boleh digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Cadangan ini telah dibentang dan dipersetujui dalam Mesyuarat

Page 12: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

Jawatankuasa Pemetaan dan Geospatial Pertahanan; dan selanjutnya diendos oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT). Dalam masa yang sama, pihak Malaysia telah mencadangkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Malaysia-Thailand supaya penerbitan peta ini boleh diterbitkan secara bersama.

18. Pembatalan Cadangan Akta Geospatial Negara; sesi perbincangan bagi memperhalusi deraf cadangan Akta Geospatial Negara (AGN) yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. KSU semasa Retreat KATS telah bersetuju supaya cadangan ini tidak diteruskan dengan alasan berlakunya pertindihan fungsi dikalangan Jabatan/Agensi sediaada. Keputusan ini juga adalah selari dengan Pelan Strategik KATS 2019 - 2023 di bawah Program Kajian Kemungkinan Mentrasformasikan Perkhidmatan Ukur, Pemetaan dan Geospatial.

19. Semakan Jadual XIII, Skala Fi Ukur Lembaga; yang telah tidak disemak sejak penguatkuasaanya pada tahun 1997 kini telah mendapat kelulusan YB Menteri. Skala Fi ini diluluskan setelah kita Berjaya meyakinkan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melalui beberapa siri perundingan bagi mencapai standard melalui tapisan Regulatary Impact Assestment (RIA). Apa yang membanggakan bahawa JUPEM/Lembaga merupakan agensi pertama di bawah KATS yang telah berjaya melepasi standard RIA.

20. Walaupun tahun 2018, kita berhadapan dengan suasana ekonomi yang tidak menentu dengan jumlah peruntukkan yang terhad, namun begitu saya penuh percaya dengan perancangan dan keupayaan kita menguruskan sumber yang ada, kita telah berupaya mencapai sasaran tahunan sepertimana yang ditetapkan serta memenuhi MPI YB Menteri dan YBhg. KSU diperingkat nasional. Apa yang lebih membanggakan saya pada saat penutup tirai tahun 2018, kita telah berjaya meyakinkan kepada pengurusan KATS tentang

Page 13: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

matlamat dan halatuju JUPEM menjelang 2023 melalui sesi perbincangan Retreat KATS yang diadakan pada 6 hingga 9 Disember 2018 yang lalu.

BAGAIMANA PENCAPAIAN DITERJEMAHKAN KEPADA MASYARAKAT

21. Menyentuh sedikit mengenai pencapaian tahun 2018, beberapa program teras yang telah dicapai antara lainnya:i. Prestasi ukuran kerja hakmilik tanah hanya mencapai sebanyak 27,649 lot berbanding

35,608 jumlah lot yang disasarkan dimana terdapat 7,959 lot tidak dapat disiapkan ; manakala prestasi semakan kerja Jurukur Tanah Berlesen (JUBL) pula telah mencapai sebanyak 144,737 lot berbanding 145,900 jumlah lot yang disasarkan;

ii. Prestasi semakan strata peringkat I telah mencapai sebanyak 111,170 petak berbanding 89,600 petak yang disasarkan; manakala semakan strata peringkat II pula telah mencapai sebanyak 83,230 petak berbanding 83,100 jumlah petak yang disasarkan; dan

iii. Prestasi penerbitan peta topografi telah mencapai sebanyak 356 lembar berbanding 340 jumlah lembar yang disasarkan; daripada pecapaian 356 tersebut 264 lembar pemetaan bandar telah berjaya disiapkan.

Walaupun sebahagiannya kita telah berjaya mencapai sasaran tersebut, dan saya ingin menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih atas segala daya usaha yang dibuat, namun begitu terdapat juga sasaran yang kita tidak dapat capai, terutamanya bagi prestasi ukuran hakmilik. Kekurangan ini perlu dilihat balik kenapa ianya berlaku, adakah disebabkan pemantauan yang lemah atau faktor lain yang menyebabkannya. Kita perlu

Page 14: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

ingat, amanah yang kita pikul adalah bagi memenuhi kehendak masyarakat, kehendak rakyat, jadi apa-apa kelemahan kita semestinya perlu kita perbaiki secepat yang boleh. Selain dari itu, pencapaian ini juga perlu dilihat dari sudut ‘Return of Investment (ROI)’ atau keberkesanan kos kerana pencapaian yang ditunjukkan pada saya masih boleh dipertingkatkan lagi berbanding dengan keupayaan atau norma per individu yang kita tetapkan.

22. Walaupun kita mengejar pencapaian dan kejayaan, disini saya juga ingin mengingatkan kepada kakitangan JUPEM bahawa keselamatan ketika menjalankan tugas di lapangan mahupun di pejabat perlu dititikberatkan dan jangan mengambil ringan. Setiap kakitangan JUPEM tidak kira dari kumpulan profesional mahupun kumpulan pelaksana mestilah mengikut prosedur dan arahan keselamatan kerja yang telah ditetapkan bagi mengelakkan risiko kemalangan terjadi di tempat kerja.

23. Dalam konteks pengurusan kewangan, JUPEM telah berupaya berbelanja sebanyak RM 44,251,127.24 juta atau 99.62 % dari jumlah Peruntukkan Pembangunan sebanyak RM 44,418,990 juta. Baki peruntukan sebanyak RM 167,862.76 adalah merangkumi jumlah amaun Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (CJCP) berjumlah RM 151,132.45 dan baki lebihan yang tidak dapat dibelanjakan berjumlah RM 16,730.31. Manakala untuk Belanja Mengurus, RM 247,768,950.48 atau 99.07 % telah dibelanja daripada jumlah RM 250,104,821.00 yang telah diperuntukan. Pada keseluruhannya, pencapaian kedua-dua Belanja Pembangunan dan Mengurus ini baik, namun begitu jumlah yang tidak dapat dihabiskan tersebut dapat dikurang lagi, jika pemantauan yang lebih rapi dibuat. Saya faham jika terdapat baki yang melibatkan butiran emolumen (Objek Am 10000),

Page 15: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

bagaimanapun jika baki yang melibatkan Perkhidmatan dan Bekalan (Objek Am 20000) ia sepatutnya boleh dielak atau setidak-tidaknya diminimakan. Saya dimaklumkan ada beberapa Bahagian dan JUPEM Negeri mempunyai baki yang tidak dibelanjakan antara RM 20,000 ke RM 35,000, jumlah ini dikira besar dalam situasi peruntukan Jabatan yang dipotong. Jumlah baki tersebut atas alasan akaun ditutup awal dan sebagainya. Sudah tentu ini akan menjadikan AP (58a) bagi tahun 2019. Alasan ini tidak sepatutnya berlaku kerana peringatan berulang kali supaya memproses bayaran awal termasuk bayaran kontrak akhir bulan kerana akaun boleh ditutup pada bila bila masa apabila keadaan perbelanjaan negara telah mencapai pada defisit 3%.

24. Dari segi pengurusan sumber manusia, JUPEM telah berjaya melaksanakan beberapa proses kenaikan pangkat yang melibatkan Penolong Juruukur Gred 38 ke Gred 40 iaitu lapisan gred terbaharu diwujudkan. Demikian juga dari Penolong Juruukur Gred 36 ke Gred 38 dan Penolong Juruukur Gred 29 ke Gred 36. Selain dari itu, JUPEM juga berjaya melaksanakan kenaikan bagi jawatan rendah iaitu dari Pembantu Awam Gred 14 ke Gred 16 iaitu lapisan gred terbaharu diwujudkan, Pembantu Awam Gred 11 ke Gred 14 serta lebih dari 500 jawatan Gred R1/H11 dinaikkan pangkat secara ‘one off’.

25. Sesungguhnya kejayaan kita melaksanakan program-program yang telah saya sebutkan sebentar tadi sudah pasti memerlukan sokongan serta komitmen tuan-tuan/puan-puan sekalian. Terima kasih semua. Walau bagaimanapun kejayaan ini bukanlah boleh kita jadikan landasan untuk berbangga diri; sebaliknya ia merupakan satu cabaran dan pendorong bagi kita untuk terus membina satu kekuatan baru dalam melaksanakan tanggungjawab yang lebih baik dan cemerlang.

Page 16: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

PROGRAM 2019 DAN MASA DEPAN

26. Selain dari meneruskan program lazim dan teras kepada aktiviti-aktiviti utama Jabatan, bagi tahun 2019 Jabatan turut akan melaksanakan beberapa program atau aktiviti baru yang lebih berbentuk sistem penyampaian dan obligasi sosial iaitu:

i. Penganjuran Sambutan Hari Juruukur Sejagat (Global Surveyors Day) secara bersama dengan RISM dan Pejuta pada 23 hingga 27 Mac 2019 yang mana salah satu pengisiannya berupa Hari Terbuka JUPEM sebagaimana Program UBeR;

ii. Penganjuran Pesta Sukan Dwi Tahunan (PESUMA) akan diadakan pada 12 hingga 14 April 2019 yang akan dihoskan oleh JUPEM Melaka;

iii. JUPEM Dihati KATS; Pada awal tahun ini, JUPEM telah menerbitkan ‘Coffee Table Book’ yang pertama di bawah KATS yang berlandaskan Malaysia Baharu dan mendapat pujian dari YB. Menteri. Demi mendekatkan lagi JUPEM dihati KATS, JUPEM turut bercadang untuk mengadakan Sukan Menembak dari kalangan Pengurusan Tertinggi KATS dan JUPEM;

“The sovereignty and prosperity of the nation begins from the establishment of boundaries between countries”

iv. Pelan Strategik KATS 2019 - 2023; Keseluruhan Pelan Strategik KATS 2019-2023 merangkumi 4 teras utama meliputi 58 Strategi dan 127 program. Daripada keseluruhan strategi dan program tersebut terdapat 5 strategi dan 9 program telah disenaraikan di bawah Bidang Ukur dan Geospatial yang diterajui oleh JUPEM iaitu :

Page 17: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

• Memantapkan Pengurusan Persempadanan Darat dan Maritim Negara Secara Inklusif dengan mensasarkan 4 TOR dan 3 MoU pada peringkat negeri dan 2 MoU Sempadan pada peringkat antarabangsa;

• Memperkukuhkan Pengurusan dan Perkhidmatan Ukur Kadaster Negara dengan mensasarkan 90% penyiapan kerja ukur hakmilik dalam tempoh 6 bulan penerimaan, menyediakan 190,000 keping borang suratan hakmilik lot tanah dan 75,100 keping borang suratan hakmilik strata;

• Meningkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Ukur, Pemetaan dan Geospatial bagi memenuhi Keperluan Pelanggan dan Pemengang Taruh melalui Pemerkasaan dan Penguatkuasaan melalui pewujudan Rang Undang-undang (Akta Ukur dan Pemetaan - AkUP), pewujudan Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah serta Pemantapan Perkhidmatan Ukur secara bersasar seperti MyGeoserve, Peta Sempadan untuk tujuan Pertahanan dan Keselamatan dan Pemetaan 3 Dimensi yang melibatkan sungai, pesisir pantai dan bandar selamat.

Selain dari itu, pemerkasaan infrastruktur geodetik turut juga diberikan penekanan disamping berusaha untuk mempertingkatkan kerjasama strategik dalam pengumpulan dan perkongsian maklumat geospatial negara antara agensi;

• Mempertingkat penjanaan hasil pulangan perkhidmatan melalui semakan Perintah Fi dan Bayaran Upah Ukur; dan

Page 18: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

• Mengkaji kemungkinan mentransformasikan perkhidmatan ukur, pemetaan dan geospatial melalui penggabungan fungsi yang bertindih antara institusi.

PENUTUP

27. Setiap perancangan tidak akan tercapai kiranya tidak disulami dengan semangat, komitmen dan disiplin yang tinggi dari kalangan kita. Berdasarkan pemerhatian, saya mendapati bahawa komitmen pegawai khususnya kerjaluar dalam mematuhi waktu kerja ini adalah jauh tersasar dari waktu sepatutnya. Saya berharap ketidakpatuhan ini perlu dipantau dan dibendung kerana ianya amat berkait rapat dengan soal integriti dan akauntabiliti kita sebagai penjawat awam dan seterusnya boleh disabitkan dengan tindakan disiplin selain boleh menidakkan dari menerima APC.

28. Disamping dari itu, saya juga mendapati masih ada lagi berlaku ketidakpatuhan menguruskan soal pembayaran bil dalam tempoh 14 hari dan ianya sering mendapat teguran dari KATS. Demikian juga dengan penjagaan dan pengurusan aset aset kerajaan. Janganlah disebabkan kecuaian kita yang kecil ini, menjadikan pencapaian yang besar hilang dari sebutan.

29. Selain dari itu, saya juga ingin mengingatkan bahawa penggunaan teknologi komunikasi masa kini bukan lagi dianggap kemewahan tapi ianya sudah menjadi satu keperluan. Oleh itu, kemudahan ini janganlah dipersalahgunakan seperti menyebarkan berita-berita yang

Page 19: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,

tidak benar atau dari sumber yang tidak sahih apatah lagi yang melibatkan isu-isu yang

bersifat perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian kaum. YBhg. Dato’ Sri KSN telah memperingatkan penjawat awam dimana tindakan disiplin dan undang-undang boleh diambil kiranya mereka berbuat demikian.

“SESEORANG KETUA ITU TIDAK MEMADAI MENJADI SEORANG PENDENGAR YANG BAIK TAPI PERLU JUGA DENGAR BAIK-BAIK SUPAYA SEBARANG KEPUTUSAN BOLEH DIBUAT DENGAN TEPAT DAN BETUL”

30. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, marilah kita sama sama berdoa agar segala perancangan dan tindakan yang kita lakukan beroleh keberkatan dan kejayaan. Demi keunggulan JUPEM, marilah kita bangkit dan bangun bersama untuk melaungkan azam dan semangat iaitu;

URUSKAN PERBEZAAN; BINAKAN KEYAKINAN; JAYAKAN KEMENANGAN

10 Januari 2019

Page 20: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA fileAlhamdulillah hirobbil alamin, washola tiwasala muala asrafil ambia hiwal mursalim, waala alihi wasahbihi ajmain, Rabbis syirahli, sadri,