KESANTUNAN BAHASA MELAYU

Embed Size (px)

Citation preview

KESANTUNAN BAHASA MELAYU

KONSEP KESANTUNAN

KESANTUNAN VERBAL

PENGENALANKesantunan adalah merujuk kepada cara sapaan sama ada secara lisan atau bertulis dalam Bahasa Melayu.

Cara sapaan tersebut diucap atau ditulis dengan sopan santun supaya pengucap atau penulis berkenaan tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa.

Dalam kesantunan berbahasa, Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri:Penggabungan GelaranRujukan Hormat Ganti Nama

Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus dalam kesantunan agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. 1. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, mencemar duli dan sebagainya.

2.

Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.PAK MAK TOK ABANG KAKAK Digunakan untuk orang lelaki yang sama sebaya dengan ayah sendiri. Digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak sendiri. Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek sendiri. Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah dan juga tidak setua diri sendiri. Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak dan juga tidak semuda diri sendiri.

ADIK

Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada diri sendiri.

Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:i. Jenama kekeluargaan pertalian darah Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su. Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang/bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.

ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua) Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

3. Gelaran Pergaulan Bebas Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja. 4. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal) -Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed. - Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya, seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad. -Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.

5. Gelaran Warisan Contoh: Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan,Pahang, Kedah, Terengganu). 6. Gelaran Keturunan orang-orang Besar Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan,Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu) 7. Gelaran warisan -Kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini. -Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa) ,Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku(Aceh).

KONSEP KESANTUNANKesantunan berbahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa dan sering kali dilihat dalam interaksi antara individu semasa berkomunikasi.. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut. Bahasa yang digunakan bukan sahaja mengambil kira bentuk atau pilihan kata tetapi turut menitikberatkan sistem sapaan yang akan diguna pakai.

Abdul Sukor Shaari et al, (2003) mentakrifkan kesantunan sebagai cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan santun. Ia merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa (bahasa sapaan), nada, gerak laku dan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi.Noresah Baharom et al, (2000) mendefinisikan kesantunan sebagai perihal santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa dan budi pekerti). Amat Juhari Moain (1992), pula berpendapat kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi.

Menurut Asmah Hj. Omar (2000) pula, kesantunan melibatkan kesedaran peranan, taraf sosial, kuasa dan kepatuhan mengawal perbincangan dan menjaga air muka. Air muka berasaskan maruah dan mertabat itu berbeza dengan bahasa tubuh berasaskan keinginan mencapai sesuatu. Noriati A. Rashid (2005) mentakrifkan kesantunan sebagai penggunaan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik dan sentiasa menjaga air muka pendengar. Oleh itu, kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan bahasa ketika berkomunikasi, sama ada secara lisan atau bertulis. Kesantunan juga merujuk kepada maksud timbang rasa yang diberikan kepada pihak yang mendengar perkara yang diperkatakan atau terhadap apa-apa yang ditulis.

Komunikasi lisan. Banyak digunakan dalam kalangan individu yang berlaku setiap hari kerana sentiasa berhubung dengan orang lain sama ada bertujuan untuk melahirkan pendapat atau perasaan kita. Dapat berkongsi atau bertukar-tukar fikiran, idea, maklumat dan perasaan dengan orang lain.

Proses penyampaian maklumat yang berkesan akan memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat.Komunikasi akan menjadi lebih menarik dan berkesan apabila kesantunan verbal diamalkan dalam percakapan.

Penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut.Kesantunan verbal berkait rapat dengan sistem sapaan dan protokol.

1. Kesantunan Menggunakan Telefon Semasa menjawab telefon Jawab tiap-tiap panggilan dengan ucapan selamat diikuti oleh nama organisasi, nama pejabat atau nama sendiri dengan nada suara yang ramah sebaik sahaja anda mengangkat gagang telefon. a) Hello.. Selamat pagi Unit Stor IPG Kampus Tuanku Bainun. Puan Amanda bercakap. Boleh saya bantu? b) Hello Selamat tengahari, Pusat Sumber IPG Kampus Tuanku Bainun, Puan Syabella pegawai bertugas sedia membantu.

Semasa membuat panggilanSelepas ungkapan Hello, mulakan dengan buat semakan untuk memastikan tempat yang dihubungi dan nama pegawai betul. Kemudian perkenalkan diri dan organisasi yang diwakili. a) Hello Unit Stor. Saya Puan Amanda dari Unit Bahasa Inggeris. Izinkan saya bercakap dengan Puan Syabella?..... Terima kasih.

2. Kesantunan Bahasa di KaunterBahagian di hadapan kaunter adalah tempat orang ramai berkumpul untuk mendapatkan makluman dan perkhidmatan. Justeru,petugas perlu senyum dan bertanyalah dengan bahasa yang bersantun a) Selamat pagi encik/puan, boleh saya bantu? b) Terima kasih, jumpa lagi.

3. Kesantunan Bahasa di Pintu MasukImej sesebuah organisasi bermula dari pintu masuk. Walaupun petugas di pondok pengawal dikendalikan syarikat swasta, bimbinglah mereka untuk bertutur dengan penuh kesantunan. a) Selamat pagi, Encik/Puan nak berurusan apa? / dengan siapa?

RUJUKAN http://addin-mariberbahasa.blogspot.com /2007/06/ kesantunanberbahasa.html Wednesday, June 6, 2007, Kesantunan berbahasa, Haji Mohd. Samsuddin Mahmod, Ketua Jabatan Kesusanteraan Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, Kuala Lumpur http://www.youtube.com/watch?v=ppbDj7QsYVE&feature=related Iklan Raya Petronas- Sayangi Orang Tua Kita [2006] http://cikgusitimaryambahasaowingly.blogspot.com/2010/01/kesantunan -bahasa.html Kesantunan Bahasa, SUNDAY, JANUARY 31, 2010, Siti Maryam bt Mohamed Zain, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, Sekolah Kebangsaan Gong Dermin Kota Bharu, Kelantan http://www.tutor.com.my/stpm/kesantunan_berbahasa.htm KESANTUNAN BERBAHASA, PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN, SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU STPM