Click here to load reader

Kesantunan Bahasa

  • View
    326

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kesantunan

Text of Kesantunan Bahasa

  • KESANTUNAN BAHASA Oleh:Hj. Mohd. Samsuddin MahmodInstitut Pendidikan Guru Malaysia:Kampus Bahasa MelayuKuala Lumpur

  • KONSEP KESANTUNANPerlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi (Lakoff, 1975:64)Usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik (Fraser dan Nolan, 1981:96)Perlakuan yang mewujudkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial (Leech, 1983:104)

  • KONSEP KESANTUNANKesantunan ialah usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka(Brown &Levinson, 1987:62)Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung (Asmah, 2000:88)Perlakuan yang diamalkan untuk membina persefahaman (Bayraktaroglu,1997:5)

  • RUMUSAN KONSEP KESANTUNANKesantunan merupakan penggunaan kata-kata atau perlakuan yang: sesuai Tidak menimbulkan konflik sentiasa menjaga air muka pendengar Ikhlas merangkumi hubungan manusia manusia manusia - khalik

  • KONSEP MUKAMuka dalam masyarakat Melayu merujuk kepada air muka (Asmah, 2000:101)Menjangkau ruang lintup melampaui masa berlangsung sesuatu perbualanMelibatkan anggota keluarga/masyarakatMerujuk kepada hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan Tuhan

  • KONSEP MUKADalam sembahyang dibaca doa: Sesungguhnya aku menghadap wajahku (mukaku) kepada zat Allah yang menitahkan emua yang ada di langit dan di bumi dengan kecondongan hati serta menyerahkan diri.

  • KONSEP MUKA Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan tidak mengetahui(al-Ruum:30)

  • KONSEP MUKA Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap, di situlah wajah Allah. Sesungguhnya, Allah maha luas (rahmat-Nya) lagi maha mengetahui. (al-Baqarah:115)

  • MODEL KESANTUNAN BAHASAModel Kesantunan Lakoff (1975):Jangan memaksaBerikan pilihanJadikan pendengar selesa

  • MODEL KESANTUNAN BAHASAModel kesantunan Asmah (2000) - Kesantunan Asas : Kesantunan yang sedia ada sikap berbaik-baik dalam masyarakat - Kesantunan Berkendala: usaha yang dilakukan dalam sesuatu interaksi

  • MODEL KESANTUNAN BAHASAKesantunan BerkendalaSiapa yang bercakap?Apa yang dicakapkan?Di mana percakapan berlaku?Mengapa percakapan berlaku?Bagaimana cara percakapan disampaikan?

  • STRATEGI KESANTUNAN ORANG MELAYUKategori Strategi Budiman - strategi ikhlas - strategi memudahkan - strategi merendah diri - strategi maaf

  • STRATEGI KESANTUNAN ORANG MELAYUKategori Strategi Kerjasama - Strategi penyelesaian - Strategi Persetujuan - Strategi muafakat - strategi berikan peluang

  • STRATEGI KESANTUNAN ORANG MELAYUKategori Strategi MenyenangiKategori Strategi KiasanKategori Strategi BerhemahKategori Rujukan Sumber (merujuk sunah)Kategori Strategi Ungkapan Rabbani - ungkapan salam - bismillah

  • STRATEGI KESANTUNAN ORANG MELAYUStrategi Bukan Bahasa- senyum - Bersalam - duduk - artifak

  • KESANTUNAN BAHASA DALAM KURIKULUM BAHASA MELAYUFalsafah Pendidikan Kebangsaan: Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  • Objektif Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah MenegahPada akhir sekolah menengah, murid dapat:

    Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan;Mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.

  • Kesantunan Bahasa Dalam Kurikulum BM Tk 5Contoh:1.1 Berbual dan berbicara tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian yang menyentuh diri, keluarga, rakan dan masyarakat dengan menggunakan kata, sebutan dan intonasi, serta nada yang sesuai;1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan;1.5 Berbincang dan membidas hujah dengan sopan dalam pelbagai situasi;1.6 menyatakan perasaan secara berterus terang dan beradab tentang sesuatu perkara untuk mengekalkan hubungan

  • Contoh Aktiviti Anda telah berjanji dengan rakan anda untuk menghadiri Rumah Terbuka Rakyat Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil bersempena dengan tahun baharu pada malam 31 Disember yang lalu. Namun, pada malam itu anda perlu menghantar abang anda ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kerana dia akan melanjutkan pengajian ke Jerman dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa. Anda tidak dapat menghubungi rakan anda yang sedang menunggu di pekarangan sekolah untuk memaklumkan perkara tersebut. Anda berasa terkilan dan serba salah atas kejadian tersebut. Bina dialog untuk menyatakan perasaan tersebut. 1.6 Aras 2 (ii)

  • Kesantunan Bahasa dalam Kurikulum BM Tk 1Aras 1 (i) : Berbual dengan keluarga menggunakan sebutan, intonasi, kata dan ungkapan yang sesuai dan mengemukakan idea yang relevan dengan topik.Aras 1(ii): Memperkenalkan diri kepada seseorang dan memperkenalkan seseorang kepada ahli yang lain dengan mesra dan santun.Aras 1(iii): Memahami dan menentukan gelaran atau panggilan yang sesuai bagi seseorang.

  • Contoh Kesantunan Dalam Teks Komsas (Sehijau Warna Daun)(a) Perlakuan bahasaMemberikan kata nasihat dalam bentuk pujukan Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta buatmu, nak.Kata-kata pujian Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,Kata panggilan yang sesuai Rizal nak nasi lagi? tanya Ramli.Tak nak, bang. Ijai dah kenyang, jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama timang-timangan.

  • Contoh Kesantunan Dalam Teks Komsas (b) Bukan perlakuan bahasaEmpati Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan.Air muka/ raut wajah wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya.Menujukkan sikap bertanggungjawab Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai. (Sehijau Warna Daun, hlm.52-54)

  • Contoh Kesantunan Dalam Teks Komsas Tapi hakikatnya kita tetap berbeza Jun.Setidak-tidaknya kau guru tetap, lepasan maktab.Jun tak suka Fuad merendah diri begitu. Jadilah seorang laki-laki yang berani dan Jun akan mengagumi keberanian itu.Aku memang selalu cuba jadi berani, Jun. Kalau aku tak berani, aku tak akan berdepan dengan kau sekarang, anak majikan aku sendiri. Senyum Junainah mekar dan segar. (Kerusi, hlm.81)

  • Contoh Kesantunan Dalam Teks KomsasYa Allah, pandulah saya menghadapi musibah ini, (Kerusi, hlm. 48)Insya Allah, saya akan datang! (Kerusi, hlm. 54)Tak mengapa, nak. Engkau sudah sedar, kesatkan air matamu. Lupakan tragedi itu. Tidak ada sebesar huma pun rasa dendam di dalam jiwa saya, nak. (Kerusi, hlm. 54)

  • Renungan Jika kita pengurus,Jalankan kerja dengan terurus.Jika kita pekerja,Jalankan kerja dengan rela.Jika kita guru,Amalkanlah apa yang tahu.Jika kita pelajar,Amalkan apa yang diajar.Jika ingin menjadi pandai,Ajaran guru janganlah lalai.Jika sudah berada di puncak jaya,Ibu dan bapa dilupa jangan.

  • Yang kurik kundi, yang merah saga; yang baik budi, yang indah bahasa.

    SEKIAN, TERIMA KASIH.

Search related