19
1.0 Pendahuluan Kemahiran perolehan dan mengurus maklumat secara berkesan dan efektif merupakan salah suatu aspek kemahiran belajar yang amat penting dalam kehidupan manusia. Hal ini disebut demikian kerana maklumat merupakan satu karya atau salah satu sumber yang penting dalam kehidupan. Seorang profesion, guru, dan pelajar memerlukan banyak maklumat untuk pembelajaran,pengajaran, membaca dan pengurusan kerja kursus. Manusia mesti mahir dalam mencari dan mengumpul maklumat yang telah mandatangkan dan memberi banyak ilmu dan manfaat kepada pelajar dalam proses pembelajaran atau pekerjaan. Kebanyakan bahan maklumat telah diproseskan serta dihasilkan dan bahan-bahan ini telah direkodkan dalam bentuk bercetak, bukan bercetak dan elektronik. Bagi mengenal dan mengetahui maklumat dalam buku, cara mendapatkan maklumat daripada temu ramah,mengenal pasti sumber pembelajaran, membuat rujukan, dan ensiklopedia ialah sebahagian maklumat yang perlu dikuasai oleh murid dalam kemahiran pelajar. Di samping itu, generasi muda ini, kita telah mengalami dan menghadapi dunia yang lebih mencabar. Halini disebutkan demikian kerana maklumat dapat diperoleh dalam pelbagai bentuk. elajar perlu mengasuh atau mendedahkan akan kepentingan maklumat dan cuba mengetahui atau memahirkan diri dalam cara menggunakan maklumat yang bersesuaian dengan mengikut kehendakan masa. elajar perlu juga mengetahui tentang kaedah untuk menilai kredibiliti sesuatu maklumat dan menggunakan maklumat yang betul ,rele!en,dan te dalam proses pembelajaran mereka serta memperkayakan ilmu pengetahuan mereka untuk kejayaan pelajaran. Kesimpulannya,pelajar perlu mempunyai sifat belajar dan menguasai kaedah memperoleh maklumat untuk mendapatkan lebih banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran mencari maklumat. enerapan kemahiran memperoleh maklumat ini juga boleh diberikan melalui pendedahan formal dan tidak formal oleh guru,penyelaras pusat sumber dan pihak pentadbir.Kemahiran ini perlu diajar kepada pelajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan di "nstitut engajian #inggi supaya mereka selalu bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran tentang pengendalian maklumat. 1

kesantunan bahasa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ppismp sem 1

Citation preview

1.0 Pendahuluan Kemahiran perolehan dan mengurus maklumat secara berkesan dan efektif merupakan salah suatu aspek kemahiran belajar yang amat penting dalam kehidupan manusia. Hal ini disebutkan demikian kerana maklumat merupakan satu karya atau salah satu sumber yang penting dalam kehidupan. Seorang profesion, guru, dan pelajar memerlukan banyak maklumat untuk pembelajaran,pengajaran, membaca dan pengurusan kerja kursus.Manusia mesti mahir dalam mencari dan mengumpul maklumat yang telah mandatangkan dan memberi banyak ilmu dan manfaat kepada pelajar dalam proses pembelajaran atau pekerjaan. Kebanyakan bahan maklumat telah diproseskan serta dihasilkan dan bahan-bahan ini telah direkodkan dalam bentuk bercetak, bukan bercetak dan elektronik. Bagi mengenal dan mengetahui maklumat dalam buku, cara mendapatkan maklumat daripada temu ramah,mengenal pasti sumber pembelajaran, membuat rujukan, dan ensiklopedia ialah sebahagian maklumat yang perlu dikuasai oleh murid dalam kemahiran pelajar.Di samping itu, generasi muda ini, kita telah mengalami dan menghadapi dunia yang lebih mencabar. Halini disebutkan demikian kerana maklumat dapat diperoleh dalam pelbagai bentuk. Pelajar perlu mengasuh atau mendedahkan akan kepentingan maklumat dan cuba mengetahui atau memahirkan diri dalam cara menggunakan maklumat yang bersesuaian dengan mengikut kehendakan masa. Pelajar perlu juga mengetahui tentang kaedah untuk menilai kredibiliti sesuatu maklumat dan menggunakan maklumat yang betul ,releven,dan terkini dalam proses pembelajaran mereka serta memperkayakan ilmu pengetahuan mereka untuk kejayaan pelajaran.Kesimpulannya,pelajar perlu mempunyai sifat belajar dan menguasai kaedah memperoleh maklumat untuk mendapatkan lebih banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran mencari maklumat. Penerapan kemahiran memperoleh maklumat ini juga boleh diberikan melalui pendedahan formal dan tidak formal oleh guru,penyelaras pusat sumber dan pihak pentadbir.Kemahiran ini perlu diajar kepada pelajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan di Institut Pengajian Tinggi supaya mereka selalu bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran tentang pengendalian maklumat.

2.0 Jenis-jenis dan contoh-contoh maklumatMaklumat telah dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu sumber maklumat pertama atau primer, sumber maklumat kedua atau sekunder dan sumber lisan. Bagi mengetahui dan mengenali definisi sumber utama dengan lebih jelas dan teliti, padangan daripada beberapa orang tokoh-tokoh sejarah telah saya petik. Dari segi konsep, keseluruhan tokoh-tokoh sejarah telah memberikan makna dan maksud yang sekurang-kurang sama. Menurut pandangan Muhd Yusuf Ibrahim; sumber utama itu bermaksud kumpulan sumber mahupun bahan yang boleh kita rujuk, tetapi keadaannya masih asli dan belum lagi ditafsirkan serta terdapat di institusi-institusi tertentu.Antara sumber ini temasuklah bahan yang berupa dokumen, surat, sama ada yang rasmi ataupun sebaliknya, catatan, laporan, buku harian, dan kadangkala akhbar serta majalah dan peringatan boleh juga dianggap sebagai sumber utama. Apa yang menjadikan sumber-sumber itu sebagai sumber utama ialah keadaannya itu sendiri yang merupakan sumber yang pertama sekali mencatatkan sesuatu peristiwa yang berlaku itu.Sumber utama juga dikenali sebagai sumber primer. Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah; sumber pertama itu dimaksudkan sebagai keterangan daripada seorang saksi atau yang terlibat sendiri dalam sesuatu perkara. Ataupun, sumber pertama ialah bahan-bahan mentah dan asal yang belum sempurna lagi. Bagaimanapun tidak selalunya terdapat pemisahan yang mutlak antara sumber pertama dengan sumber kedua. Ada kalanya yang digolongkan sebagai sumber pertama itu adalah juga sumber kedua. Berdasarkan beberapa maksud sumber di atas, dapat saya merumuskan bahawa sumber utama merupakan sumber asal dah mentah yang belum sempurna yang mana ia mula-mula sekali mencatatkan peristiwa sejarah yang berlaka dan belum lagi dikenalpastikan oleh mana-mana pihak atau institusi.

Secara umunnya, sumber kedua merupakan satu kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan yang telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesuatu kumpulan, tentang sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh dan sebagainya. Kajian-kajian itu berdasarkan sumber-sumber utama.Sumber kedua lebih merujuk kepada tulisan ahli sejarah seperti karya sejarah yang tersusun, rencana, dissertasi atau buku.

Sebenarnya, sumber kedua ini merupakan tafsiran, penyeluruhan, kesimpulan dan malahan andaian yang dibuat oleh seseorang pengkaji terhadap perkara-perkara yang dikajinya dengan berdasarkan sumber utama yang berkaitan. Sumber kedua itu boleh dan biasa digunakan oleh para penyelidik yang lain, sama ada sebagai rujukan, sebagai bandingan, mahupun sebagai ungkapan bagi mengemukakan pandangan serta tafsirannya terhadap perkara yang dikajinya. Dalam kategori sumber kedua ini termasuklah buka-buku, majalah dan juga akhbar, latihan ilmiah, tesis, karangan ataupun - esei yang menganalisis sesuatu isu yang penting. Pada pendapat saya, sumber kedua ini merujuk kepada sesuatu karya yang telah diproses hasil daripada bahan-bahan sumber pertama. Ini bermakna sumber kedua ini mempunyai satu kaitan yang amat rapat dengan sumber-sumber utama. Dalarn hal ini, sekiranya sumber utama tiada, maka sumber kedua ini tidak akan wujud dengan sendirinya.

Seterusnya, kita akan membincangkan tentang sumber lisan. Sumber lisan merupakan sumber yang wujud melalui percakapan atau pertuturan dari mulut ke mulut oleh seseorang atau pencakap yang terlibat atau menyaksikan sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Ia hanya tersimpan di dalam ingatan penyaksi dan ianya tidak ditulis, dicatat atau dirakamkan dalam buku. Namun begitu, sumber lisan boleh menjadi sumber bertulis apabila ia dirakam setelah menjalankani proses temu bual, perbincangan, dan temuduga dengan orang sumber. Pada kebiasaannya, sumber ini turut menjadi rujukan bagi ahli sejarawan dalam bidang sejarah lisan.Sumber lisan boleh juga dikategorikan sebagai sumber utama dan sumber kedua. Lazimnya, sumber utamanya didapati daripada penyaksi-penyaksi atau orang-orang yang terlibat dalam sesuatu peristiwa sejarah itu. Mereka ini boleh memberikan maklumat asal tentang peristiwa yang mereka saksikan atau yang mereka turut terlibat. Jika mereka ini memuatkan maklumat-maklumat ke dalam pita rakaman ataupun apa-apa perakam suara, manakala ini boleh dianggap sebagai satu sumber utama. Tetapi, jika mereka menulisnya, maka ia akan menjadi sumber utama yang bertulis dan bukan lisan lagi. Bagi sumber lisan dalam kategori kedua pula, ia adalah maklumat daripada mereka yang tidak menyaksikan atau terlibat dalam sesuatu peristiwa yang diterangkan.

Kepentingan sumber lisan sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Tambahan pula dalam situasi yang kekurangan sumber utama dan kedua dalam sesuatu peristiwa sejarah. Sebagai contoh yang lebih jelas adalah semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama 3 setengah tahun iaitu dari 15 Februari 1942 hinggalah 12 September 1945. Kebanyakan daripada generasi muda pada masa kini mendapat tahuan tentang peristiwa yang telah menggambarkan keganasan dan kekejaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu melalui cerita-cerita orang tua yang masih hidup dan telah menempuh zaman tersebut. Hal ini turut dijelaskan oleh K.Ratnam:Layanan yang berbeza diberi kepada penduduk tempatan oleh pihak Jepun. Semua kaum iaitu orang Melayu, Gina dan India mengalami penyeksaan, penderitaan, kebuluran, ketakutan dan pengangguran. Kaum Gina menceritakan akibat kezaliman dan penyeksaan askar-askar Jepun. Akibatnya, ramai orang Cina telah melarikan diri ke pinggir-pinggir hutan untuk mengelakkan penyeksaan, kebuluran, dan kezaliman Jepun. Di sini mereka menternak ayam itik. Ini telah mewujudkan masyarakat setinggal di Tanah Melayu Kaum Melayu dan India diberi layanan baik tetapi ramai yang di antara mereka juga dihantar ke Siam untuk membina Jalan Kereta Api Maut. Akibatnya ramai orang Melayu, India dan Cina telah terkorban dalam pembinaan jalan kereta api tersebut akibat seksaan dan jangkitan penyakit tropika

Selain itu, sumber teriar juga merupakan satu sumber yang penting.Ia juga dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Sumber tertiar boleh didapati dalam bentuk buku teks, pangkalan data, ulasan artikel, kompendia dan panduan praktis. Laman web atau internet juga menyediakan banyak sumber dari kategori ini. Sumber tertiar dapat membantu dan mengesan sumber primer dan sumber sekunder. Contoh-contoh sumber teriar ialah buku tahunan, bibliografi kepada bibliografi, Panduan kepada penerbitan, panduan kepada perpustakaan, panduan kepada sumber maklumat, panduan kepada organisasi.

Seterusnya, kolesi akhbar juga dikenali sebagai satu sumber yang amat berguna dalam mencari maklumat. Ia juga merupakan maklumat yang telah berhubung dengan isu semasa dan menjadi tumpuan masyarakat umumnya. Ianya senang didapati dan dijumpai di perpustakaan awam atau sekolah khususnya yang mempunyai jilid mengikut isu semasa. Sebagai contoh, Bernama Info (BLIS). Pangkalan data atas talian mengenai berita-berita Malaysia, statistic laporan-laporan industry, berita-berita Malaysia, laporan-laporan industry, termasuklah data mengenai tokoh-tokoh Malaysia dalam satu pangkalan dan maklumat online. Kandungnya telah disusun daripada perkhidmatan-perkhidmatan wayar Bernama, prkhidmatan berita antarabangsa dan bahan-bahan kerajaan dan kaji selidik.

Kemudian, kolesi majalah suja boleh disebutkan sebagai satu sumber. Majalah juga merupakan satu sumber yang terkini dan mempunyai pelbagai jenis mengikut isu dan perkara yang telah dibincangkan. Contoh-contoh majalah, majalah hiburan, majalah sukan,majalah kerjaya dan sebagainya. Majalah-majalah tersebut selalu memberitahu kita bahawa perkara yang terbaru dan tempat yang telah berlaku perkara tersebut supaya kita mengetahui dan meningkatkan ilmu pengetahuan kita.

Selain itu, bahan rujukan umum juga sebagai satu sumber maklumat. Perpustakaan juga melanggan kepada beberapa pangkalan data atas talian seperti Academic Search, Business Source premier, Thesis dan Dissertations Abstracts dan lain-lain. Pangkalan-pangkalan data ini mengandungi abstrak, indeks dan teks penuh bahan dari berpuluh ribu judul jurnal, disertasi dan tesis.

Akhir sekali, bahan rujukan laman Internet perpustakaan juga merupakan satu sumber yang amat berkesan dalam memperoleh sesuatu maklumat. Melalui On-Line Database, koleksi seperti cakera padat, dan pelbagai jenis pita audio dan video juga boleh didapati dari perpustakaan. Terdapat juga bahan-bahan seperti Tesis dan projek pelajar yang membawa kepada anugerah akademik seperti Diploma dan Ijazah Sarjana muda. Ini adalah hasil penyelidikan dan kajian daripada pelajar-pelajar peringkat diploma dan ijazah. Biasanya koleksi ini adalah koleksi terhad dan tidak dibenarkan untuk difotostat di perpustakaan tertentu. Melalui kertas soalan digital, kertas-kertas soalan peperiksaan akhir dan ujian boleh didapati do perpustakaan bagi tujuan rujukan tertentu.

3.0 Kepentingan Memperoleh MaklumatPada era ke21 boleh dikatakan sebagai zaman maklumat. Maklumat merupakan satu bahan yang tidak dapat dipisahkan atau dihapuskan daripada kehidupan kita. Apabila timbul situasi bermasalah iaitu keadaan di mana pengetahuan seseorang itu kurang mencukupi bagi mencapai sesuatu tujuan, maka maklumat adalah satu alat yang diperlukan untuk mencapai kerjayaan. Maklumat telah memainkan peranan yang sangat penting kepada kita untuk mengatasi masalah dalam kehidupan kita. Persoalannya, apakah kepentingan kita memperolehi maklumat?Maklumat selalunya dugunakan dan juga diperlukan bagi memenuhi kehendak ataupun menangani masalah yang kita hadapi. Biasanya, tujuan kita mencari maklumat adalah untuk membantu kita menyelesaikan masalah ataupun membuat keputusan apabila menghadapi masalah. Contohnya, jika salah seorang ahli keluarga telah menghadapi penyakit, ahli keluarga yang lain akan mencari apa sahaja maklumat yang dapat membantunya menyembuhkan penyakit itu. Selain membawa berjumpa dengan doktor, pelbagai jenis maklumat juga boleh diperolehi dalam perpustakaan atau internet. Mereka juga akan berjumpa dengan orang lain yang pernah menghadapi masalah yang sama untuk membantu mereka berkongsi maklumat dalam hal yang sama. Ini dapat membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka dengan lebih baik.Selain itu, kita selalu memperoleh maklumat adalah untuk mempelajari perkara baru yang dapat meningkatkan pengetahuan kita berkenaan sesuatu perkara. Pencarian maklumat tidak terbatas pada tujuan pembelajaran dalam bidang akademik sahaja. Contohnya, seorang suri rumah ingin menambahkan atau mempertingkatkan pengetahuannya dalam bidang masakannya, dia boleh mendapat maklumat yang diperlukan dengan pelbagai cara. Ini termasuklah melalui cara membeli buku masakan, mencari resipi di dalam akhbar dan youtube, bertanya pakar masakan ataupun menonton rancangan masakan di televisyen. Maklumat yang dicari dan diperolehi akan meningkatkan pengetahuan suri rumah tersebut dalam bidang masakannya. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah menyebabkan proses pencarian maklumat menjadi lebih cepat dan mudah serta hanya menggunakan masa tempoh yang pendek.

Maklumat sangat penting bagi seseorang pelajar apabila dia ingin menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru. Contohnya, kita boleh mendapat maklumat yang dihendak oleh tajuk tugasan kita melalui internet atau buku-buku rujukan. Maklumat yang banyak dan berguna akan membantu kita menghasilkan tugasan yang berkualiti dan bermutu. Keadaan ini juga akan menjimatkan masa kita untuk menyiapkan tugasan. Dengan memperoleh maklumat yang banyak daripada berbagai-bahai jenis sumber, kita dapat lebih memahami dan mendalami tentang topik tugasan yang kita buat. Selain menyiapkan tugasan yang diberi, kita juga boleh mempelajari kemahiran mencari maklumat daripada buku dan internet dan kemahiran ini amat berguna kepada kita untuk menyelesaikan tugasan yang diarah oleh orang lain dengan lebih mudah pada masa depan. Di samping itu, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita apabila kita memperoleh maklumat. Sebagai contoh, kita dapat mencari e-book melalui laman web dan membacanya dengan percuma. Dalam e-book tersebut kita boleh memperoleh banyak ilmu yang tidak terdapat dalam pembelajaran kita di pusat sumber sekolah. Bukan itu sahaja, kita akan mengetahui pelbagai isu-isu semasa yang sedang berlaku di dunia melalui pembacaan surat khabar. Surat khabar juga merupakan salah satu media yang boleh kita memperoleh maklumat. Maklumat itu penting kepada kita kerana tanpa maklumat kita akan menjadi katak di bawah tempurung . Maklumat telah membawa banyak manfaat kepada kita.Dalam era yang morden ini, kita memerlukan maklumat bagi melaksanakan pelbagai aktiviti.Ini termasuk penggunaan maklumat bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, pembelajaran, hiburan dan berkomunikasi.

4.0 Cara mengurus maklumat yang diperolehPengurusan maklumat yang diperoleh merupakan satu proses yang amat penting bagi seseorang. Dengan pengurursan maklumat dengan cara yang betul dan bijak, kita boleh mendapat dan mencari maklumat kita dengan senang dan cepat. Hal ini boleh menjimatkan masa kita dalam mencari buku selain daripada menambahkan ilmu pengetahuan kita. Contoh kita boleh mendapat maklumat yang telah diurus dengan baik ialah internet, E-Book, OPEC dan Eric. Kita boleh mengurus maklumat yang kita perolehi dalam dua bahagian iaitu media cetak dan media elektronik.Media cetakMenurut Cingara (2004) maksud media cetak adalah sebagai satu kegiatan yang berkaitan dengan proses menghasilkan teks dengan menggunakan tinta, huruf dan kertas, atau bahan cetak lainnya. Media cetak merupakan cara yang berkesan apabila kita mencari maklumat yang kita hendahi. Contoh-contoh bahan cetak ialah majalah, surat khabar, kamus, buku teks dan sebagainya. Kita harus mengurus maklumat atau bahan cetak kita dengan teratur dan sistematik supaya senang dicari dan diperoleh. Dengan mengurus maklumat dengan teratur, kita boleh mendapat menjadikan dia sebagai satu fail supaya mudah dibaca dan menambahkan ilmu pengetahuan kita.Perpustakaan merupakan satu tempat kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti berkelompok untuk mencari bahan makumat menurut susunan tertentu secara teratur. Biasanya kita mengunakan kad catalog dan OPAC untuk sebagai satu maklumat. Dengan menjalankan cara ini, kita boleh mendapat maklumat dengan senang.

000-099 Karya Am100-199 Falsafah200-299 Agama300-399 Sains Kemasyarakatan400-499 Bahasa500-599 Sains Tulen600-699 Teknologi700-799 Kesenian dan Hiburan800-899 Kesusasteraan900-999 Geografi, Sejarah dan BiografiKita boleh menggunakan tiga jenis laci untuk mencari maklumat iaitu,laci kad pengarang, laci kad perkara dan laci kad judul. Biasanya, pusat sumber sekolah telah menjalankan dan juga menggunakan Sistem Perpuluhan Dewey untuk mengurus bahan cetak. .Berdasarkan sistem ini,terdapat sepuluh kelas maklumat iaitu:

Dengan ini, kita dapat mencari dan memperoleh maklumat yang kita hendaki dengan menggunakan masa yang singkat dan juga boleh menjimatkan masa kita. Selain itu, kiata boleh menyusun bahan cetak atau maklumat dengan mengikut tarikh dan tahun untuk membina informasi yang mengikut pentarikhan. Cara ini sangat sesuai dengan dalam menguruskan surat khabar, majalah mingguan atau tahunan. Penyusunan ini dapat dilakukan melalui tiga aspek iaitu, hari, bulan dan tahun supaya bahan cetak boleh didapat dengan senang.Selain itu, kita juga bolehmengurus buku dengan mengikuti bahagian buku. Sebagai contohnya, kulit hadapan, halaman judul, kulit belakang, dan sebagainya. Dengan menggunakan cara ini, kita boleh mendapat semua buku yang telah ditulis oleh satu pengarang.1. Kulit hadapan buku dengan tajuk dan nama pengarang.

2. Halaman judul terdapat maklumat tentang judul buku, judul kecil, nama pengarang sepenuhnya, nama penyunting (jika ada) dan nama penerbit.

3. Kulit belakang dengan pengarang

ERIC( Education Resources Information Center )ERIC merupakan satu contoh abstrak iaitu suatu rumusan yang telah diambil daripada pangkalan data. Dalam ERIC ini, ia telah mengumpulkan pelbagai jenis maklumat dalam bidang pendidikan sahaja. Sebagai contohnya, buku, artikel dalam jurnal,kertas persidangan dan sebagainya Oleh itu, ia slalu digunakan dalam bidang pendidikan. Pelbagai maklumat dalam bidang pendidikan boleh didapati dalam pangkalan data abstrak ini. Pengurusan melalui cara ini dapat menjimatkan masa pengguna untuk mendapat maklumat dan menambahkan ilmupengetahuan kita.OPAC (On-line Public Access Catalog)Di samping itu, OPAC merupakan salah satu sumber yang telah digunakan oleh para pengguna maklumat atau pembaca pada masa kini apabila mencari buku dan maklumat. Semua buku telah dimasukkan ke dalam OPAC untuk memudahkan dan diakses oleh pembaca.Langkah-langkah menggunakan OPAC1. Masukkan URL http://10. 12.80.20/equip-ipgrm

2. Klik WebOPAC

3. Pilih keywords dan masukkan teks carian.

4. Senarai Keputusan Carian

Media elektronikMedia elektronik adalah satu media yang telah menggunakan elektronik untuk mencapai konteks. Istilah ini merupakan media cetak yang sering dihasilkan secara elektronik tetapi tidak menggunakan elektronik untuk diakses oleh pengguna. Contoh sumber media elektronik yang telah digunakan oleh pengguna ialah rekaman video, rekaman audio, dan presentasi multimedia. Media elektronik berbentuk analog walaupun media baru pada umumnya berbentuk digital. Media elektronik juga boleh mewakili internet yang sedang hangat di seluruh dunia.Pengurusan media elektronik dapat membantu kita mencari maklumat pada bila-bila masa dan juga hanya menggunakan tempoh masa yang singkat. Kita boleh menggunakan media elektronik yang berkesan ialah pangkalan data atas talian ( Online database ). Ini merupakan pusat data dalam talian. Media elektronik tersebut mengandungi laman sesawang yang telah digabungkan daripada semua Institut Pendidikan Guru, university dan institutsi pendidikan tinggi awam serta swasta. Oleh itu, kita boleh mencari berbagai-bagai jenis maklumat hasil daripada e-jurnal, e-article, e-book dan lain-lain. Selain itu, ia juga mempunyai maklumat yang berformat dan tidak formal. Sistem maklumat formalSistem maklumat formal merupakan sistem yang mempunyai data dan prosedur yang tetap. Sistem ini dijalankan melalui peraturan yang telah ditetapkan. Kewujudan dan kepelbagaian jenis sistemmaklumatsaling melengkapi untuk membentuk satu sistemmaklumatyang lengkap untuk kegunaan sesuatu organisasi. Contoh maklumat formal adalah arahan, memo, pekeliling, dan sebarang bentukmaklumatrasmi. Sistem maklumat tidak formalSistem yang tidak mendapat persetujuan tentang apakah maklumat, dan bagaimana ia diproses dan disimpan. Maklumat tidak formal tidak direkodkan dan cara penyampaian berubah dan berbeza semasa disampaikan. Kebanyakan maklumat tidak berformal melibatkan lisan. Contoh maklumat tidak formal adalah perkataan samaada perbualan, dan arahan .

5.0 Rumusan Kemajuan sains dan teknologi telah menggalakan dan juga mendorong penciptaan pelbagai peralatan teknologi dan komunikasi yang akan menjana penghasilan maklumat dengan pantas dan banyak. Maklumat pula dihasilkan dalam pelbagai format dan diedarkan melalui banyak media yang berkesan. Dengan mempunyai bantuan teknologi yang maju ini, kita dapat memperoleh maklumat yang dikehendaki dengan cepat dan mudah.Maklumat yang diperoleh harus disusun dengan teratur agar mudah dicari dan diguna pada masa depan. Oleh itu, pengurusan maklumat amat penting. Oleh itu, semua manusia harus belajar dalam pengurusan maklumat untuk memudahkan kita dalam pencarian maklumat. Selain itu, seseorang individu harus mempelajari cara-cara mencari maklumat dan mengetahui bahawa kepentingan maklumat dalam aktiviti kehidupan kita. Akhir sekali, masyarakat celik maklumat perlu dipupuk bagi mengharungi arus ledakan maklumat masa kini. Menurut Taizo Nishimuro, Presiden Toshiba, dalam sektor swasta masa kini, untuk berupaya mengendalikan cabaran-cabaran era maklumat, banyak organisasi melakukan reformasi dalam perniagaan mereka, antaranya adalah menjadi celk maklumat.

6.0 Refleksi Semasa saya menjalankan kerja kursus ini, banyak cabaran dan masalah telah saya hadapi. Walau bagaimanapun, saya tidak pernah putus asas tetapi cuba untuk mengatasi masalah dan cabaran tersebut dan akhirnya saya telah berjaya. Semasa pensyarah kemahiran belajar saya, Tuan Ahmad Ridzwah Bin Basri menyampaikan kerja kursus kepada kita, kita tidak beberapa faham kehendakan soalan. Dalam bimbingan dan penjelasan pensyarah kemahiran belajar, saya telah memahami kehandakan soalan. Dengan ini, saya mula mencari dan mengumpul maklumat dari perpustakaan dan internet untuk memenuhi kehendakan soalan.

Melalui internet, saya telah memperoleh banyak maklumat yang saya hendaki. Saya juga pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat. Apabila saya menghadapi masalah atau cabaran, saya telah meminta kawan saya untuk mengeluarkan bantuan kepada saya supaya saya dapat terus menjalankan kerja kursus saya dengan lancar. Contohnya, saya telah menerima pandangan dan tunjuk ajar mereka. Apabila saya berjaya mencari semua maklumat, saya telah terus menyusun mereka dengan mengikut kehendakan soalan. Hal ini berbuat demikian kerana untuk memudahkan saya untuk menjalankan kerja kursus saya.

Semasa saya melayari internet untuk mancari maklumat, saya telah menhadapi masalah tidak ada WIFI. Dengan tiada WIFI, saya tidak dapat melayari internet untuk mencari maklumat yang saya hendak. Dengan nasibnya baik, saya telah menggunakan WIFI kawan saya untuk melayari internet. Semasa mencari maklumat, saya telah menghadapi memilih maklumat. Hal ini berlaku demikian kerana terlalu banyak jenis maklumat yang berada pada internet dan ini telah mengerilukan saya apabila saya membuat pilihan. Dengan ini, saya dengan menbaca semua maklumat dan cuba memahami mereka serta cuba menggunakan perkataan dan idea sendiri untuk menjawap soalan kerja kursus saya. Akhirnya, saya telah berjaya menjawap soalan tugasan saya dengan lancar walaupun dengan menggunakan masa yang panjang untuk membaca maklumat tetapi telah menambahkan ilmu pengetahuan saya.

Semasa saya mencari bahan buku atau rujukan, saya telah menghadapi banyak masalah. Pertama sekali, saya tidak tahu mana tempat yang saya perlu pergi untuk mencari buku. Saya tidak tahu mana satu rak buku yang perlu saya pergi untuk saya memperoleh maklumat yang saya hendak. Bagi mengatasi masalah saya, saya telah meminta bantuan daripada pegawai pusat sumber untuk memberi cara yang betul kepada saya semasa mencari maklumat. Apabila saya mencari buku hendak saya, buku tersebut telah dipinjam oleh pelajar lain. Hal ini telah menyebabkan saya terpaksa menunggu pelajar itu bagi memulangkan buku tersebut supaya saya dapat terus menjalankan kerja kursus saya.

Semasa mencari maklumat saya tidak dapat mendapat maklumat dari internet. Hal ini telah menyebabkan saya terpaksa mencari bahan buku dari pusat sumber. Saya telah menujukan beberapa buah buku supaya dapat memperoleh maklumat yang secukupnya dan juga boleh digunakan dalam kerja kursus saya. Dengan mencari maklumat yang mencukup telah memudahkan saya dalam menjawap soalan tugasan saya dengan senang. Oleh itu saya hanya menggunakan masa yang singkat untuk menjawapnya.

Apabila saya membuat kerja kursus saya, saya telah menghadapi masalah semasa saya ingin melengkapkan bahagian kepentingan memperoleh maklumat dan pengurusan maklumat. Saya telah meminta bantuan daripada rakan-rakan saya dan juga membaca lebih banyak buku yang berkaitan dengan topic yang sedang dibuat agar dapat memperoleh pengetahuan yang lebih luas untuk melengkapkan bahagian tersebut. Saya telah menggunakan masa yang panjang untuk memahami cara menggunakan OPAC dan ERIC. Hal ini berlaku demikian kerana kita harus mempunyai WIFI yang boleh berjalan dengan lancar untuk memudahkan saya mencari maklumat. Pada mulanya, saya tidak tahu cara untuk melayani sistem tersebut, dengan nasib yang baik kawan saya telah mengajar saya cara menggunakan sistem tersebut dengan lancar. Akhirnya saya berjaya memahami dan boleh mengguna dengan lancar dan berkesan. Dengan itu, saya dapat menerangkan tentang pengurusan maklumat menggunakan kedua-dua cara itu. Semasa saya menggunakan power point untuk pembentangan saya, saya juga mengalami pelbagai masalah. Pertama sekali, saya tidak tahu cara untuk memasukkan gambar dari internet. Pada asalnya, saya hanya yahu copy gambar tersebut dan paste gambar ke dalam power point manakala saya telah gagal. Sebenarnya, kita harus screen shoot muka surat tersebut dan paste ke dalam power point. Selain itu, saya juga tidak tahu apa jenis maklumat yang kita harus membuat dan memasukkannya ke dalam power point. Selepas saya meminta bantuan daripada kawan, mereka telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya. Dengan bantuan dia, saya telah menghabiskan pembentangan saya dalam masa yang singkat. Selepas saya menyiapkan power point saya, saya telah memahami fungsi dan cara untuk menggunakan power point. Dengan menbuat power point, saya telah menggunakan kreativiti saya supaya ia kelihatan lebih menarik dan mudah difahami oleh pembaca.Semasa pembentangan dijalankan, saya juga menghadapi banyak masalah. Masalah yang pertama sekali ialah saya berasa takut dan saya tidak dapat menjalankan pembentangan dengan lancar. Masalah yang seterusnya, saya tidak dapat menjawab soalan yang telah disoal oleh pensyarah dengan lancar. Hal ini berlaku demikian kerana pada masa tersebut otak dan pemikiran saya tidak dapat member informasi dan maklumat dengan lancar dan telah menyebabkan saya tidak dapat member jawapan yang sebenarnya kepada pensyarah. Selepas beberepa minit, saya telah menyesuaikan saya dalam pembentangan dan pada masa tersebut saya telah menjalankan pembentangan saya dengan lancar dan juda boleh menjawab soalan yang telah ditanya oleh pensyarah dengan lancar.Selepas menyiapkan kerja kursus ini, saya telah mendapat manfaat yang banyak dan berguna dan ia telah menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang apa itu maklumat, jenis, contoh dan kepentingan maklumat serta cara untuk mengurus maklumat yang diperoleh agar mudah dicari dan digunakan. Selain daripada ini, saya juga memahami maksud soft copy dan hard copy. Saya juga boleh membezakan kelebihan dan kelemahan mereka. Di samping itu, saya juga memahami cara menggunakan OPAC dan ERIC dan boleh menggunakan mereka dengan lancar dan sistematik. Saya juga tahu cara membuat power point dan masukkan gambar ke dalam pembentangan saya. Ini telah memudahkan saya dan boleh menggunakan kreativiti saya dengan sesuka hati.Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya dalam kerja kursus ini. Hal ini berlaku demikian kerana mereka telah membantu saya dapat menyiapkan kerja kursus saya dalam masa yang telah ditetapkan dan juga mendapat pelbagai ilmu yang berguna pada masa yang akan datang. Saya berharap semua manusia boleh mengurus maklumat yang telah diperoleh dengan bijak dan juga tersusun dengan sistematik supaya kita boleh mencari maklumat kita dengan mudah dan senang.

7.0 Rujukan Gottschalk, Louis, 1969.Understanding History: A Primer of Historical Method.New York: Alfred A. Knopf.Mohd Yunus Noor. (1990). Psikologi belajar dan teknik belajar yang berkesan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Irma, I. O., & Yushiana, M. (2005). Syed, I. S. M., & Ahmad, S. M. (2010). Kemahiran belajar. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia.Panduan mencari maklumat. Bentong: PTS Professional.

Murphy, F. J., Pollitt, A. S., White, P. R., & Polytechnic, Huddersfield. (1991). Matching OPAC user interfaces to user needs. Huddersfield: Polytechnic of Huddersfield.

OPAC directory. (1993). Westport, CT: Meckler

Mfariz. (2007). Belajar Cara Belajar. http://mfariz.wordpress.com/2007/12/22/belajar- cara-belajar-bcb/. Dilayari pada 1 September 2013.

http://www. library.yale.edu/referr/primsrcs.htm.http://shafnur.tripod.com/kemat.htmhttp://bukuria-malaysia.com/2008/06/kemahiran-mencari-maklumat/

8.0 Lampiran 1. Ebook

2. OPAC

3. Panduan menggunakan web OPAC

2