11
PertanikaJ.Soc.Sci.&Hum. 12(2): 151-161 (2004) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri Akademik Di dalam Pendidikan Perakaunan SUHAIDA ABDUL KADIR, ZAIDATOL AKMALIAH LOPE PIHIE, NORAN FAUZIAH YAAKUB, HABIBAH ELIAS 8c ROHANI AHMAD TARMIZI Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang Selangor, Malaysia Kata kunci: Konsep kendiri akademik, pendidikan perakaunan, strategi pembelajaran koperatif ABSTRAK Konsep kendiri akademik merupakan persepsi individu terhadap kebolehan dirinya dalam bidang akademik. Pemupukan konsep kendiri positif dalam diri pelajar adalah penting kerana konsep kendiri akademik yang tinggi akan membina keyakinan diri terhadap pencapaian cemerlang. Kajian di luar negeri menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan konsep kendiri pelajar. Pada masa kini, strategi pembelajaran berkumpulan ini juga mula mendapat perhatian dalam sistem pendidikan Malaysia. Bagaimanapun, kajian berbentuk empirik untuk mengukur keberkesanan strategi tersebut dalam konteks Malaysia sangat berkurangan. Kertas kerja ini melaporkan dapatan kajian berbentuk eksperimen yang dijalankan di peringkat sekolah menengah. Kajian ini membandingkan strategi pembelajaran koperatif dengan strategi tradisional terhadap konsep kendiri akademik dalam pendidikan perakaunan. Persepsi pelajar terhadap pelaksanaan strategi pembelajaran koperatif diperoleh melalui soalan terbuka yang berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan konsep kendiri akademik pelajar kumpulan pembelajaran tradisional lebih tinggi berbanding kumpulan pembelajaran koperatif. Namun begitu, data kualitatif yang diperoleh menjelaskan dengan lebih terperinci pengalaman positif yang dilalui oleh pelajar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa strategi pembelajaran koperatif sesuai dilaksanakan di Malaysia. ABSTRACT Academic self-concept is the individual's perception of his/her ability in academic field. Developing students with positive self-concept is important because high academic self-concept will help students to build confidence on high achievement. Researches abroad showed that cooperative learning is able to increase student self-concept. Right now, group learning strategy has been used in the Malaysian educational system. However, only a few empirical studies have been conducted to measure the effectiveness of the strategy in the Malaysian context. This paper reports the finding of an experimental study that was conducted at secondary schools. This study compared cooperative learning strategy with conventional strategy toward academic self-concept in accounting education. Students' perception of the implementation of cooperative learning strategy was obtained through structured open ended questions. The result of the study showed that academic self-concept of students in conventional learning groups was higher compared to cooperative learning groups. Nevertheless, qualitative data that were obtained explained in detail students' positive experiences. The implication of the study showed that cooperative learning strategy is suitable for implementation in Malaysia. PENDAHULUAN Shavelson, Hubner dan Stanton (1976) pula Konsep kendiri boleh diterangkan sebagai berpendapat konsep kendiri merupakan persepsi persepsi diri sendiri dari segi sikap, perasaan, individu yang terbentuk melalui pengalaman pengetahuan tentang kebolehan, kemahiran, Y an g dilalui. Persepsi tersebut banyak penampilan dan penerimaan sosial (Byrne 1984). dipengaruhi oleh galakan daripada persekitaran,

Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri … PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep... · Kajian di luar negeri menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan konsep

  • Upload
    dinhthu

  • View
    239

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri … PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep... · Kajian di luar negeri menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan konsep

PertanikaJ.Soc.Sci.&Hum. 12(2): 151-161 (2004) ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri AkademikDi dalam Pendidikan Perakaunan

SUHAIDA ABDUL KADIR, ZAIDATOL AKMALIAH LOPE PIHIE,NORAN FAUZIAH YAAKUB, HABIBAH ELIAS 8c ROHANI AHMAD TARMIZI

Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia43400 UPM, Serdang Selangor, Malaysia

Kata kunci: Konsep kendiri akademik, pendidikan perakaunan, strategi pembelajaran koperatif

ABSTRAK

Konsep kendiri akademik merupakan persepsi individu terhadap kebolehan dirinya dalam bidangakademik. Pemupukan konsep kendiri positif dalam diri pelajar adalah penting kerana konsepkendiri akademik yang tinggi akan membina keyakinan diri terhadap pencapaian cemerlang.Kajian di luar negeri menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan konsepkendiri pelajar. Pada masa kini, strategi pembelajaran berkumpulan ini juga mula mendapatperhatian dalam sistem pendidikan Malaysia. Bagaimanapun, kajian berbentuk empirik untukmengukur keberkesanan strategi tersebut dalam konteks Malaysia sangat berkurangan. Kertaskerja ini melaporkan dapatan kajian berbentuk eksperimen yang dijalankan di peringkat sekolahmenengah. Kajian ini membandingkan strategi pembelajaran koperatif dengan strategi tradisionalterhadap konsep kendiri akademik dalam pendidikan perakaunan. Persepsi pelajar terhadappelaksanaan strategi pembelajaran koperatif diperoleh melalui soalan terbuka yang berstruktur.Dapatan kajian menunjukkan konsep kendiri akademik pelajar kumpulan pembelajaran tradisionallebih tinggi berbanding kumpulan pembelajaran koperatif. Namun begitu, data kualitatif yangdiperoleh menjelaskan dengan lebih terperinci pengalaman positif yang dilalui oleh pelajar.Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa strategi pembelajaran koperatif sesuai dilaksanakan diMalaysia.

ABSTRACT

Academic self-concept is the individual's perception of his/her ability in academic field. Developingstudents with positive self-concept is important because high academic self-concept will helpstudents to build confidence on high achievement. Researches abroad showed that cooperativelearning is able to increase student self-concept. Right now, group learning strategy has been usedin the Malaysian educational system. However, only a few empirical studies have been conductedto measure the effectiveness of the strategy in the Malaysian context. This paper reports thefinding of an experimental study that was conducted at secondary schools. This study comparedcooperative learning strategy with conventional strategy toward academic self-concept in accountingeducation. Students' perception of the implementation of cooperative learning strategy wasobtained through structured open ended questions. The result of the study showed that academicself-concept of students in conventional learning groups was higher compared to cooperativelearning groups. Nevertheless, qualitative data that were obtained explained in detail students'positive experiences. The implication of the study showed that cooperative learning strategy issuitable for implementation in Malaysia.

PENDAHULUAN Shavelson, Hubner dan Stanton (1976) pulaKonsep kendiri boleh diterangkan sebagai berpendapat konsep kendiri merupakan persepsipersepsi diri sendiri dari segi sikap, perasaan, individu yang terbentuk melalui pengalamanpengetahuan tentang kebolehan, kemahiran, Yang dilalui. Persepsi tersebut banyakpenampilan dan penerimaan sosial (Byrne 1984). dipengaruhi oleh galakan daripada persekitaran,

Page 2: Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri … PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep... · Kajian di luar negeri menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan konsep

Suhaida Abdul Kadir, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Noran Fauziah Yaakub, Habibah Elias & Rohani Ahmad Tarmizi

orang penting bagi seseorang individu tersebutdan atribusi yang dibuat oleh individu terhadaptingkah lakunya sendiri. Konsep kendiridikatakan tidak wujud sebagai satu entiti di dalamdiri individu. Sebaliknya ia lebih kepada satukonstruk yang digunakan untuk menerangkandan meramalkan tingkah laku individu. Antaradefinisi lain, konsep kendiri dianggap sebagaisatu sistem kepercayaan yang kompleks dandinamik yang dipegang sebagai satu kebenaranoleh seseorang individu tentang dirinya apabilasetiap kepercayaan mempunyai nilai tertentu(Purkey 1970: 7).

Peranan Konsep Kendiri dalam Proses PendidikanPurkey (1970) telah mengemukakan konsepkendiri pelajar dari perspektif teoritikal. Pelajarmempunyai konsep kendiri yang menentukannilai positif dan nilai negatif bagi setiap perkarauntuk diri mereka. Konsep kendiri mereka jugamembentuk cara tersendiri dalam menganggapkejayaan dan kegagalan yang dialami. Pelajaryang sering mengalami kegagalan memilikikonsep kendiri yang sukar untuk menerimahakikat bahawa mereka juga boleh berjaya.

Persoalan yang timbul di sini ialah adakahkonsep kendiri mempunyai perkaitan denganpencapaian pelajar? Grobler, Grobler, danEsterhuyse (2001) mendapati bahawa wujudnyakorelasi antara konsep kendiri matematik dankonsep kendiri akademik dengan prestasimatematik di kalangan pelajar lelaki rendahpencapaian dalam matematik. Ini bermaknakonsep kendiri rendah dikaitkan denganpencapaian akademik rendah. Apa yang jelasadalah wujud hubungan positif antara konsepkendiri akademik dan pencapaian pelajar(Marsh, Byrne dan Shavelson 1988).

Menurut Purkey (1970) lagi, pelajar akanberkelakuan tertentu dan membuat sesuatutindakan yang menggambarkan konsep kendirimereka. Berdasarkan pandangan tersebut,konsep kendiri pelajar itulah yang akan sentiasamereka pegang selepas tamat persekolahan.Dalam kajian yang dijalankan untuk mengenalpasti konsep kendiri di kalangan pelatih institusipemulihan kebajikan, Sidek dan Adnan (2000)mendapati 112 (72.7%) pelatih yang terdiridaripada golongan remaja mempunyai konsepkendiri rendah. Sidek dan Adnan mengaitkankonsep kendiri rendah tersebut dengan tingkahlaku yang melanggar undang-undang yangdila-kukan oleh remaja tersebut. Implikasi

dapatan kajian itu menunjukkan betapa perlunyaproses pendidikan untuk memberi perhatiankepada perkembangan konsep kendiri positif dikalangan pelajar.

Walau bagaimanapun, konsep kendiritersebut akan berubah sekiranya keadaanpersekitaran menggalakkan peningkatan konsepkendiri (Purkey 1970). Slavin (1990)berpendapat strategi pembelajaran koperatif(PK) menyebabkan pelajar merasakan dirimereka lebih disukai oleh rakan-rakan dan lebihberkeyakinan dalam pelajaran mereka. Perasaandisukai dan berkeyakinan itu merupakan cirikonsep kendiri. Strategi PK adalah salah satustrategi pembelajaran yang melibatkan kerjaberkumpulan secara terancang denganpenglibatan minimum guru.

Model Penyebab telah dibentuk bagimenerangkan kesan PK ke atas pencapaiandengan melihat aspek konsep kendiri danmatlamat akademik {Rajah I). Lynch (1991)mencadangkan model tersebut berdasarkandapatan kajian lepas yang mendapati terdapathubungan antara ciri saling bergantung yangpositif dengan identiti pelajar sebagai ahlikumpulan. Ciri saling bergantung yang positifjuga didapati mempunyai hubungan denganmatlamat individu yang selari dengan matlamatkumpulan. Dari sudut psikologi kognitif,matlamat individu mempengaruhi tahapkeupayaan pelajar untuk belajar. Seterusnyakajian lepas juga menunjukkan terdapathubungan antara proses kognitif dengan aspekmotivasi.

Lynch (1991) telah menjalankan satu kajianbagi menyokong model penyebab yang beliaukemukakan. Dalam kajian tersebut, seramai 98pelajar sekolah menengah atas terlibat denganPK yang dikendalikan oleh guru kelas. Gurutersebut telah mengikuti kursus PK yang dibuatselepas waktu persekolahan. Soal selidik yangmengukur kesan PK ke atas konsep kendiriakademik dan matlamat akademik diedarkansebagai praujian dan pascaujian. Pendedahanpelajar terhadap PK diukur melalui skala yangdicatat oleh pelatih PK terhadap kemahiran gurudalam PK dan jumlah masa yang pelajar luangkanbersama guru mereka. Pencapaian pelajar diukurdengan Regency Competency Test (RCT) iaitu satuujian bagi melayakkan pelajar menerima diplomasekolah menengah atas. Walau bagaimanapunhanya 59 orang yang menjadi sampel kajiankerana mereka telah mengisi semua soal selidikdan mengambil RCT.

L52 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004

Page 3: Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri … PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep... · Kajian di luar negeri menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan konsep

Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri Akademik Di dalam Pendidikan Perakaunan

Pendedahankepada PK

Persepsi pelajarterhadap diri

sebagai pelajar

r

Matlamatakademik

pelajar

1 r

Pencapaianakademik

i

Rajah 1: Model penyebab (Lynch 1991)

Dengan menggunakan teknik analisis laluan(path analysis) dapatan kajian menunjukkan PKmempengaruhi pencapaian pelajar denganperantaraan konsep kendiri dan matlamatakademik. Analisis regresi menunjukkan konsepkendiri pelajar yang banyak melibatkan diridalam PK lebih tinggi berbanding pelajar yangkurang melibatkan diri dalam PK. Kajian inijuga menunjukkan konsep kendiri mempengaruhipencapaian akademik pelajar. Namun begitu,methodologi kajian tidak diterangkan secaraterperinci. Jangka masa eksperimen yangdijalankan tidak dinyatakan dan bilangan subjekagak kecil.

Kesan Pembelajaran Koperatif TerhadapKonsep Kendiri

Kajian berkenaan dengan kesan PK terhadapkonsep kendiri mendapat perhatian di kalanganpenyelidik PK. Di peringkat institusi pengajiantinggi, Gnagery, Sarles dan Sarver (1997) inginmenentukan hubungan antara penilaian pelajarke atas keberkesanannya sebagai ahli pasukanSTAD dengan beberapa pembolehubah dalamkursus Psikologi Pendidikan yang berbentukkolaboratif. Hipotesis kajian ini menjangkapenilaian diri oleh pelajar akan mempunyaihubungan yang positif dengan penilaian ke atasdirinya oleh rakan sepasukan, penilaian ke atasrakan sepasukan oleh pelajar tersebut, penilaianterhadap kursus, penilaiannya terhadapkeputusan motivasi pengajar dan ke ataspencapaian pelajar itu sendiri.

Seramai 154 pelajar di dalam empatkumpulan kursus psikologi pendidikan terlibatdalam kajian ini. Pembahagian pelajar kepadakumpulan mengikut prosedur pendaftaranpelajar yang biasa. Bermula minggu kedua,

pelajar diagihkan kepada lapan kumpulan yangheterogen menggunakan senarai kelas yangdisusun mengikut skor yang diperoleh daripadakuiz. Kuiz terdiri daripada 30 soalan yangmeliputi bab pertama dalam buku teks.

Alat kajian yang digunakan bagi penilaiandiri ialah Team Member Performance Appraisal(TMPA) yang menggunakan skala Likert limamata berpandukan ciri kehadiran dalamperjumpaan pasukan, sumbangan idea,menyiapkan tugasan, mewujudkan perasaanpositif di kalangan ahli pasukan danmenggalakkan rakan sepasukan meluahkansesuatu. Pelajar membuat penilaian ke atasdirinya dan rakan sepasukan menggunakan alatkajian ini. Bagi menilai keberkesanan kursustersebut, University Course Rating Scale (UCRS)yang mengandungi 12 item digunakan.Pencapaian pelajar dinilai dengan ujian yangmengandungi 60 item soalan pelbagai pilihan(multiple choice). Penilaian terhadap motivasipengajar dinilai menggunakan TARGET!^ Ratingscale.

Walaupun semua hipotesis yangdikemukakan berjaya disahkan namun kajian initidak menggunakan definisi operasional konsepkendiri yang kukuh seperti dalam kajian lain.Semasa membuat rumusan, penyelidikmenganggap penilaian diri pelajar merupakankonsep kendiri. Maka kesahan alat kajian tersebutsebagai mengukur konsep kendiri bolehdipersoalkan.

Terdapat juga kajian yang menunjukkantiada perbezaan konsep kendiri pelajar antarakumpulan PK dengan kumpulan kawalan.Antaranya ialah kajian yang dijalankan ke atas266 orang pelajar sekolah rendah Kristian(Jacobs, Watson dan Sutton 1996). Kajian inimembandingkan pencapaian matematik,

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004 153

Page 4: Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri … PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep... · Kajian di luar negeri menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan konsep

Suhaida Abdul Kadir, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Noran Fauziah Yaakub, Habibah Elias & Rohani Ahmad Tarmizi

persahabatan, sikap terhadap matematik dankonsep kendiri pelajar antara kumpulan teknikSTAD dengan kumpulan pembelajarantraditional. Hanya pencapaian matematik bagikumpulan PK sahaja yang menunjukkanperbezaan yang signifikan. Manakala kesan afektifyang lain termasuk konsep kendiri tidak banyakberbeza antara kedua-dua kumpulan. Kajian inimenggunakan alat kajian yang dibentuk sendiriuntuk mengukur kesan afektif. Didapati alatkajian tersebut mempunyai kebolehpercayaanyang agak rendah. Justeru itu, salah satu faktoryang menyebabkan konsep kendiri tidakmenunjukkan tiada perbezaan yang signifikanadalah kelemahan alat kajian yang diguna.

Begitu juga dengan kajian yang dilakukanke atas dua kelas pelajar berkebolehan rendahdi sekolah menengah atas (Allen dan VanSickle1984). Kajian ini bertujuan untuk menentukankesan teknik STAD ke atas pencapaian pelajardalam mata pelajaran geografi dan konsepkendiri mereka selama enam minggu. Alat kajianyang digunakan adalah 100 soalan pelbagaipilihan yang merangkumi tajuk yang dipelajaridan Coopersmith Self-Esteem Inventory bagimengukur konsep kendiri. Dapatan kajianmenunjukkan walaupun terdapat perbezaan yangsignifikan di dalam pencapaian pelajar kumpulanPK tetapi tidak bagi aspek konsep kendiri.

Allan dan VanSickle (1984) berpendapatianya mungkin disebabkan tempoh masa enamminggu tidak cukup untuk menunjukkanperbezaan yang ketara. Selain daripada itu, alatkajian konsep kendiri yang digunakan juga lebihkepada mengukur konsep kendiri pelajar secaraumum. Sedangkan menurut Marsh (1992),pencapaian pelajar mempunyai korelasi yanglebih kukuh dengan konsep kendiri akademikberbanding konsep kendiri secara umum. Justeruitu, untuk mengukur konsep kendiri akademiksecara khusus memerlukan alat kajian yangmengukur aspek akademik secara khusus.

Berdasarkan perbincangan kajian sebelumini, dapatlah dirumuskan bahawa tidak dinafikanPK memberi kesan positif kepada konsep kendiripelajar. Namun begitu bagi mengukurperubahan itu perlu diambil kira aspek tempohpelaksanaan PK serta alat kajian konsep kendiriyang digunakan.

OBJEKTIF KAJIAN

Memandangkan konsep kendiri merupakan salahsatu etemen penting dalam melahirkan individu

seimbang selaras dengan matlamat FalsafahPendidikan Kebangsaan, maka kajian perludijalankan untuk mengenal pasti strategipengajaran dan pembelajaran yang berupayameningkatkan konsep kendiri akademik pelajar.Terdapat kajian di luar negara menunjukkanbahawa strategi pembelajaran koperatif dapatiberupaya meningkatkan konsep kendiri pelajar.Namun begitu, dapatan yang diperoleh adalahtidak konsisten. Justeru itu, objektif kajian iniialah untuk membandingkan keberkesananpembelajaran koperatif dengan pembelajarantradisional terhadap konsep kendiri akademikdalam pendidikan perakaunan.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Kaedah penyelidikan adalah berbentuk kuasieksperimen yang melibatkan 208 pelajar yangmengambil mata pelajaran prinsip akaun diperingkat sekolah menengah. Sebanyak limakelas (n=122) dijadikan sebagai kumpulanpembelajaran ko*peratif(PK) dan empat kelas(n=86) sebagai kumpulan pembelajarantradisional atau kumpulan kawalan (PT).Eksperimen dijalankan selama lapan minggupada semester kedua sesi persekolahan.Berdasarkan tinjauan kajian yang dilakukan olehSlavin (1983), beliau berpendapat eksperimenyang dijalankan sekurang-kurangnya selama duaminggu sudah memadai untuk menentukankesan pembelajaran koperatif terhadappencapaian. Maka, pengkaji menetapkan tempohselama lapan minggu sebagai tempoh yang sesuaidengan mengambil kira tempoh yang palinglama bagi sesuatu eksperimen untuk dijalankansecara berterusan di sekolah tanpa banyakgangguan faktor lain seperti cuti pertengahansemester dan peperiksaan akhir semester.

Alat Kajian

Alat kajian yang digunakan untuk mengukurkonsep kendiri akademik ialah Soal SelidikKonsep Kendiri Akademik (SKKA). Alat kajianini adalah terjemahan daripada alat kajianAcademic Self-Descriptions Questionnaire (ASDQ) yangdibentuk oleh Marsh (1990). Alat kajian ASDQdipilih kerana dibina berdasarkan Model Marshdan Shavelson yang menerangkan bahawa konsepkendiri adalah bersifat pelbagai dimensi. Didalam kajian ini, alat kajian SKKA digunakanuntuk mengukur konsep kendiri akademik bagimata pelajaran Prinsip Akaun. Soal selidik yangmenggunakan bahasa Melayu ini mengandungi

154 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004

Page 5: Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri … PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep... · Kajian di luar negeri menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan konsep

Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri Akademik Di dalam Pendidikan Perakaunan

enam item yang mengukur persepsi pelajar darisegi penerangan tentang diri sendiri danpenilaian terhadap diri sendiri berkaitan denganprestasi mereka dalam mata pelajaran PrinsipAkaun. Skala Likert enam mata digunakan untukmendapatkan maklum balas subjek.

Skala berjarak antara (1) salah dan (6)benar. Pengiraan skor dibuat dengan mencarijumlah nilai semua item. Item nombor 3merupakan item bernilai negatif. Apabilapengiraan skor dibuat, kedudukan nilai matabagi item nombor 3 akan diterbalikkan. Skorbagi kedua-dua kumpulan subjek dibandingkanuntuk melihat yang mana lebih tinggi. Julat skoryang boleh dicapai adalah antara 6 hingga 36mata.

Kebolehpercayaan bagi ASDQialah 0.91 bagikajian ke atas 13 mata pelajaran dan 0.92 bagikajian ke atas 16 mata pelajaran (Marsh 1990).Nilai pekali Alpha Cronbach yang diperolehdalam kajian ini adalah 0.85.

Pengalaman pembelajaran tradisional yangdilalui oleh pengkaji sebagai pelajar perakaunanmendorong pengkaji untuk mengenal pastistrategi pengajaran dan pembelajaran alternatifyang telah terbukti berkesan dalam matapelajaran yang lain. Memandangkan strategi PKmerupakan satu proses pengajaran danpembelajaran yang baru bagi pelajar dalam kajianini, maka pengkaji berminat untuk mendapatkanmaklumat yang lebih mendalam tentangpelaksanaan strategi PK berdasarkan penceritaanpelajar dari pelbagai sudut.

Menurut Fraenkel dan Wallen (1996), kajianyang menggunakan data kualitatif sesuaidijalankan apabila tumpuan penyelidik adalahuntuk memperoleh buah pemikiran subjek dariperspektif mereka. Denzin dan Lincoln (2000)pula berpendapat bahawa melalui pendekatankualitatif, penyelidik berupaya mendapatkanperspektif subjek dengan lebih dekat melaluitemu bual dan pemerhatian. Oleh kerana kajianini melibatkan bilangan subjek yang agak ramai,maka pengkaji berpendapat soal selidik yangberbentuk soalan terbuka adalah lebih sesuaiuntuk mendapatkan pandangan pelajarberdasarkan penceritaan secara bertulisberbanding dengan temu bual. Soalan terbukayang dirangka oleh pengkaji digunakan bagimendapatkan maklum balas subjek berkenaandengan pengalaman yang dilalui semasapelaksanaan eksperimen di dalam kelas mereka.

PROSEDUR KAJIAN

Setelah mendapat kebenaran untuk menjalankankajian daripada Bahagian Perancangan danPenyelidikan Pendidikan, KementerianPendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan NegeriSelangor dan Pejabat Pendidikan Daerah HuluLangat, pengkaji mengunjungi sekolahmenengah akademik daerah Hulu Langat yangmenawarkan kelas Prinsip Akaun. Tujuankunjungan itu adalah untuk mendapatkanpersetujuan guru kelas Prinsip Akaun dankebenaran pengetua sekolah tersebut untukterlibat dalam kajian ini. Seramai empat gurudan 295 pelajar bersetuju untuk memberikerjasama dalam kajian ini.

Semasa cuti pertengahan tahun, tiga guruyang terlibat dalam kajian sebenar dan seorangguru yang terlibat dalam kajian rintis telahmengikuti sesi penerangan mengenaipenggunaan PK selama satu had. Sesi inidikendalikan oleh seorang pensyarah di FakultiPengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.Pensyarah tersebut pernah mengikuti kursus PKyang dikendalikan oleh pelatih bertauliah dariUniversiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat. Guruyang tidak dapat hadir dalam sesi tersebut masihdikekalkan dalam kajian ini tetapi kelas PrinsipAkaun di bawah pengajaran beliau dimasukkandalam kumpulan PT.

Setelah berbincang dengan guru yangterlibat, pengkaji menentukan tajuk yang diliputisepanjang tempoh eksperimen. Bagi memastikanwujud keseragaman dalam setiap kelas yangterlibat, pengkaji menyediakan persediaanmengajar, nota rujukan pelajar, tugasan, soalankuiz dan bahan bantu mengajar. Sebelum kajianbermula, surat persetujuan ibu bapa diedarkankepada semua pelajar.

Strategi Pembelajaran KoperatifBerdasarkan purata markah dalam beberapaujian Prinsip Akaun yang diperoleh dalamsemester satu, pelajar kumpulan PKdikategorikan kepada tiga kumpulan. Setiapkumpulan terdiri daripada seorang pelajarberkebolehan tinggi, dua pelajar sederhana danseorang pelajar berkebolehan rendah. Terdapatjuga kumpulan yang terdiri daripada lima pelajar.Pemilihan ahli dalam setiap kumpulanditentukan oleh pengkaji berdasarkan panduanyang diberikan oleh Slavin (1990).

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004 155

Page 6: Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri … PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep... · Kajian di luar negeri menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan konsep

Suhaida Abdul Kadii\ Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Noran Fauziah Yaakub, Habibah Elias 8c Rohani Ahmad Tarmizi

Dalam minggu pertama, pelajar kumpulanPK diberi penerangan yang lebih mendalamtentang aktiviti PK oleh guru yang terlibat. Setiapkumpulan kecil diberi peluang untuk salingberkenalan dan berbincang tentang namakumpulan, logo dan slogan kumpulanmenggunakan sehelai kertas lukisan.

Aktiviti PK bermula dengan gurumenyampaikan kandungan pelajaran untuk satutopik kecil dan memberi tunjuk ajar penyelesaianmasalah. Seterusnya, pelajar diberi masa untukmembuat tugasan secara berkumpulan di dalamkelas. Pelajar menyemak sendiri tugasan merekasemasa guru membincangkannya di dalam kelas.Apabila selesai satu topik kecil, pelajar menjawabsecara individu soalan kuiz pendek yangmemakan masa 15 minit.

Markah kuiz yang diperoleh dalam bentukperatus dibandingkan dengan skor asas pelajar.Skor asas pelajar adalah purata markah beberapaujian prinsip akaun yang diperoleh dalamsemester satu. Pengiraan mata untuk individuadalah berdasarkan perbezaan antara skor asasdengan skor kuiz dalam bentuk peratus. Jadual1 menunjukkan pengiraan mata peningkatanbagi setiap pelajar.

JADUAL 1Pengiraan mata peningkatan individu

JADUAL 2Pengiraan untuk penghargaan kumpulan

Jika skor kuiz:

100%lebih tinggi dari skor asas

sebanyak 11 dan ke atassama atau melebihi skor asas

sehingga 10lebih rendah dari skor asas

tidak lebih dari 10lebih rendah dari skor asas

melebihi 10

Maka matapeningkatan adalah:

30

30

20

10

5

Untuk mengira skor kumpulan, matapeningkatan yang diterima oleh semua ahlidalam sesuatu kumpulan dijumlahkan dandibahagikan dengan bilangan ahli kumpulanyang hadir ketika kuiz dijalankan. Pengiktirafanbagi kumpulan yang berjaya ditetapkanberdasarkan purata mata kumpulan.

Kumpulan yang berjaya memenuhi kriteriayang ditetapkan diberi penghargaan (Jadual 2).Satu pelekat bintang ditampal pada kertas lukisankumpulan tersebut. Pelekat yang berbeza

Purata Mata Kumpulan Penghargaan

1 5 - 1920-2425 - 30

GoodteamOreatieamSuperteam

diberikan berdasarkan pencapaian kumpulan.Aktiviti ini berulang bagi setiap topik yang diliputisepanjang tempoh eksperimen. Rajah 2menggambarkan kitaran bagi aktiviti PK bagisetiap topik.

Strategi Pembelajaran TradisionalPelajar kumpulan pembelajaran tradisional (PT)yang juga sebagai kumpulan kawalan mengikutiaktiviti' pengajaran dan pembelajaran yanglazimnya diamalkan dalam kelas Prinsip Akaun.Aktiviti PT bermula dengan guru menyampaikankandungan pelajaran untuk satu topik kecil danmemberi tunjuk ajar penyelesaian masalah.Seterusnya, pelajar diberi masa untuk membuattugasan secara individu dalam kelas. Pelajarmenyemak sendiri tugasan mereka semasa gurumembincangkannya dalam kelas. Apabila selesaisatu topik kecil, pelajar menjawab secara individusoalan kuiz pendek yang memakan masa 15minit.

Pelajar diberikan markah kuiz dalam bentukperatus sahaja. Tiada pengiraan skor individumahupun apa-apa pengiktirafan dibuat di dalamkumpulan PT. Aktiviti ini berulang bagi setiaptopik yang diliputi sepanjang tempoheksperimen. Rajah 3 menunjukkan kitaran aktivitiyang berlaku dalam kumpulan PT.

Sepanjang tempoh tersebut, pengkajisentiasa membuat penyeliaan di dalam semuakelas sama ada kumpulan PK atau PT bagimemastikan pelaksanaan eksperimen berjalanseperti yang dirancang. Dari semasa ke semasa,pengkaji berbincang dengan guru yang terlibatbagi mengenal pasti masalah yang timbul dancara mengatasinya.

Setelah tamat tempoh eksperimen, subjekmenjawab soal selidik yang dikendalikan sendirioleh pengkaji. Setelah memperkenalkan dirisebagai pelajar siswazah, pengkaji menerangkankepentingan kajian tersebut dalam meningkatkanmutu pengajaran dan pembelajaran PrinsipAkaun. Justeru itu, pelajar dijangka menjawabkesemua bahagian soal selidik dengan jujur dantepat.

156 PertanikaJ. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 12 No. 2 2004

Page 7: Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri … PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep... · Kajian di luar negeri menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan konsep

Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri Akademik Di dalam Pendidikan Perakaunan

Pengiraan skor danpenghargaan kumpulan

• —

Guru menyampaikankandungan

Kuiz

——.

4 -

Latihan secarakumpulan

Rajah 2: Kitaran aktiviti di dalam kumpulan pembelajaran koperatif

Pengiraan markahkuiz

- >

Guru menyampaikankandungan

Kuiz

1—-..

4~-

" ^latihan secara

individu

Rajah 3: Kitaran aktiviti di dalam kumpulan pembelajaran tradisional

Penganalisisan Data

Dalam kajian ini terdapat dua bentuk data yangdiperoleh iaitu data kuantitatif dan data kualitatif.Data kuantitatif dikutip dengan menggunakanSKKA. Ujian-t digunakan bagi melihat sama adaterdapat perbezaan min antara kedua-duakumpulan tersebut bagi konsep kendiriakademik. Manakala, data kualitatif diperolehberdasarkan soal selidik yang berbentuk soalanterbuka. Data kualitatif dianalisis berdasarkanlangkah-langkah yang dicadangkan oleh Straussdan Corbin (1995). Maklum balas bertulis subjekdibaca berulang kali bagi mengenal pasti kategoriutama yang terhasil. Sebagai contoh, berdasarkansoalan yang mengkehendaki subjek menceritakanpengalaman mereka mengikuti PK, pengkajimendapati pengalaman subjek dapatdikategorikan kepada pengalaman positif,pengalaman bercampur dan pengalaman kurangmenyenangkan.

Seterusnya, bagi setiap kategori tersebut,pengkaji mengenal pasti ciri pengalaman yanghampir serupa yang dinyatakan oleh subjek.Contohnya, berdasarkan pengalaman positif,

pengkaji mendapati subjek menceritakanpengalaman mereka sama ada dalam aspekberkaitan dengan pelajaran, hubungan merekadengan rakan-rakan, aspek emosi atau suasanapembelajaran. Berdasarkan setiap aspek tersebut,pengkaji memperincikan lagi pengalaman subjektentang apa yang dibincangkan di bawah setiapaspek.

Teknik analisis kandungan juga digunakansepanjang proses menganalisis data kualitatif ini.Teknik analisis kandungan digunakan bagimenafsir secara tersurat dan tersirat maklumbalas setiap subjek (Berg 1998). Denganmenggunakan teknik ini, pengkaji mengenalpasti frasa yang berulang dan melaporkankategori atau ciri utama yang sesuai.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Skor konsep kendiri akademik dikira denganmenjumlahkan skor yang diperoleh daripadakeenam-enam item, iaitu antara 6 hingga 36.Bagi konsep kendiri akademik, tidak ada skorpenengah yang membezakan konsep kendiriakademik yang dianggap tinggi dengan konsepkendiri akademik yang dianggap rendah.

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004 157

Page 8: Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri … PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep... · Kajian di luar negeri menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan konsep

Suhaida Abdul Kadir, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Noran Fauziah Yaakub, Habibah Elias & Rohani Ahmad Tarmizi

Bagi membandingkan kesan strategi PK danPT terhadap konsep kendiri akademik, hipotesisnol dinyatakan sebagai :

H(): Tidak terdapat perbezaan kesan strategiPK dan PT terhadap konsep kendiriakademik.

Analisis data menunjukkan bahawa min skorkonsep kendiri akademik bagi kumpulan PKadalah 20.7 dengan sisihan piawai 5.43. Skorminimum yang diperoleh oleh kumpulan PKadalah 9 dan skor maksimum adalah 36.Manakala bagi kumpulan PT, mm skor konsepkendiri akademik yang diperoleh lebih tinggiberbanding kumpulan PK iaitu 22.3 dengansisihan piawai 6.03. Skor minimum konsepkendiri akademik kumpulan PT adalah 6 danskor maksimum adalah 34.

Dapatan ujian-t menunjukkan perbezaanskor signifikan antara kumpulan PK dengankumpulan PT dari segi min skor konsep kendiriakademik, t (206) = -1.98, p< 0.05 (Jadual 3).Maka hipotesis nol, Ho telah ditolak. Dapatankajian ini menunjukkan terdapat perbezaankesan strategi PK dan PT terhadap konsepkendiri akademik. Kumpulan PT didapatimempunyai mempunyai konsep kendiriakademik yang lebih tinggi berbanding dengankumpulan PK. Ini bermakna strategi PK memberikesan yang kurang memuaskan terhadap konsepkendiri akademik.

Dapatan kajian ini menunjukkan konsepkendiri akademik kumpulan PT lebih tinggiberbanding PK. Maka, dapatan kajian inibertentangan dengan kajian lepas yangmenyatakan bahawa PK berupaya meningkatkankonsep kendiri pelajar (Gnagery et al 1997).Kajian ini juga didapati tidak menyokong dapatankajian yang melihat kesan PK ke atas konsepkendiri matematik yang dijalankan olehTownsend, Moore, Tuck dan Wilton (1998).Hasil daripada kajian tersebut, merekaberpendapat dengan mewujudkan saling

bergantungan yang positif, dapat memberipeluang kepada pelajar untuk membuatperbandingan sosial yang baik terhadapkemahiran yang ada pada mereka. Dengan iniakan meningkatkan persepsi pelajar terhadapkeupayaan matematik mereka.

Dalam membincangkan Model KerangkaRujukan Dalaman dan Luaran, Marsh (1986)berpendapat pelajar mempunyai kerangkarujukan tertentu ketika membuat perbandingansosial. Konsep kendiri pelajar dalam sesuatu matapelajaran dipengaruhi oleh perbandingan yangdibuat dengan mata pelajaran lain, dan padamasa yang sama dipengaruhi juga olehperbandingan yang dibuat dengan kebolehanrakan sekelas dalam mata pelajaran yang sama.Oleh kerana dalam PK wujud kumpulan kecilyang terdiri daripada pelajar yang memiliki tahapkebolehan yang berbeza-beza, maka pelajarmembuat perbandingan kebolehan merekadengan kebolehan rakan-rakan sekumpulan. Apayang berlaku adalah, terdapat pelajar yang merasarendah diri dan kurang berkeyakinan terhadapkebolehan mereka.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna PKmenyebabkan konsep kendiri akademik pelajarmenjadi lebih rendah, kerana berdasarkanpenganalisisan data kualitatif menunjukkandaripada 122 pelajar yang mengikuti strategi PK,70% daripada mereka menceritakan pengalamanpositif yang dialami. Pengalaman tersebut samaada dalam bentuk melahirkan rasa gembira ataumenyatakan faedah yang mereka peroleh hasildaripada pengalaman tersebut. Berdasarkanpengalaman positif tersebut, pengkaji telahmengkelaskan kebaikan atau manfaat yangdiperoleh pelajar kepada tiga aspek utama. Aspekyang dimaksudkan adalah manfaat yang berkaitandengan pelajaran (kognitif), kawan sekelas(sosial) dan sikap atau perasaan (afektif). Antarapengalaman positif yang dinyatakan oleh pelajaryang berkaitan dengan aspek afektif adalah darisegi merasa seronok mengikuti pembelajaran,lebih berminat untuk belajar, dapat

Ujian-t

Strategi pembelajaran

Pembelajaran koperatif

Pembelajaran tradisional

bagi konsep

Bilangan

122

86

kendiri

Min

20.7

22.3

JADUAL 3akademik mengikut

Sisihan piawai

5.43

6.03

strategi

Nilai t

-1.98

pembelajaran

Darjah kebebasan

206

Signifikan

p<0.05

158 PertanikaJ. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 12 No. 2 2004

Page 9: Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri … PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep... · Kajian di luar negeri menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan konsep

Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri Akademik Di dalam Pendidikan Perakaunan

meningkatkan keyakinan diri, situasi kelas tidakmembosankan dan merasa tidak cepat berputusasa.

Aspek afektif yang pertama adalah dari segiperasaan seronok mengikuti pembelajaran didalam kelas Prinsip Akaun. Pelajar kumpulanPK merasakan suasana di bawah strategi PKlebih menyeronokkan dan mereka rasa gembirauntuk belajar. Ada yang mengaitkan perasaanseronok kerana berpeluang berbincang danberinteraksi dengan rakan-rakan dengan lebihkerap. Terdapat juga yang merasa seronok keranadengan strategi itu menyebabkan mereka lebihmudah memahami tajuk yang dipelajari dandapat mengikuti pengajaran guru dengan lebihbaik. Tidak kurang yang merasa seronok keranaianya satu pengalaman baru yang menarik buatmereka berbanding strategi yang sebelum ini.

Aspek afektif yang kedua adalah berhubungdengan minat pelajar kumpulan PK. Pelajarmendapati mereka lebih berminat untuk belajarprinsip akaun setelah didedahkan dengan PK.Manakala aspek afektif yang ketiga adalahkeyakinan diri pelajar kumpulan PK. Strategi PKmewujudkan suasana yang mendorong pelajaruntuk menilai kekuatan dan kelemahan yangada pada diri mereka. Selain daripada itu,pengalaman di bawah strategi PK membantupelajar meningkatkan keyakinan diri terhadapkebolehan mereka di dalam prinsip akaun. Inidikaitkan dengan suasana yang membolehkanmereka berinteraksi dan membandingkankebolehan mereka dengan rakan-rakan lain yangsebelum ini kurang dikenali serta carapembelajaran yang lebih meningkatkanpenguasaan mereka.

Aspek afektif yang keempat adalah dari segisituasi kelas yang tidak lagi membosankan. Didalam PK, pelajar tidak lagi merasa bosan beradadi dalam kelas. Pelajar merasa bosan apabilamereka tidak berupaya menyelesaikan tugasanatau tidak memahami pengajaran guru.Sebaliknya, PK menggalakkan pelajar untukberbincang dan bertanya kepada rakansekumpulan dalam masalah pelajaran. Aspekafektif yang kelima adalah dari segi dapatmembantu pelajar untuk tidak mudah putus asadi dalam pelajaran mereka. Hal ini merekakaitkan dengan perasaan seronok ketikamengikuti strategi ini.

Berdasarkan dapatan yang membincangkanpengalaman pelajar kumpulan PK dari aspekafektif menunjukkan bahawa PK berupaya

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaransebagai satu situasi yang menyeronokkan pelajardan menyebabkan pelajar menjadi lebihberminat untuk belajar, serta memiliki sikaptidak mudah berputus asa. Pandangan-pandangan tersebut juga sejajar dengan komen-komen yang diberikan oleh subjek di dalamkajian Townsend et al (1998) apabila 70%daripada mereka merasa lebih berkeyakinandalam mata pelajaran matematik setelahmengikuti PK. Kesemua kesan afektif yangdinyatakan itu merupakan elemen dalam konsepkendiri akademik yang dikemukakan oleh Marsh(1990).

Bagaimanapun, tidak dinafikan terdapatsebahagian kecil pelajar yang menyuarakanmasalah yang timbul semasa pelaksanaan strategiPK. Antara masalah yang dihadapi yang berkaitandengan aspek afektif adalah pelajar merasa tidakseronok dan bosan dalam pembelajaran, sikapmementingkan diri sendiri, malu untuk bertanyakepada rakan sekumpulan dan memandangrendah kepada ahli pencapaian rendah.

Masalah pertama adalah berhubung denganperasaan tidak seronok dan bosan. Walaupunsebahagian besar pelajar kumpulan PKmenyatakan mereka merasa seronok di bawahstrategi PK, terdapat juga pelajar yangmenyatakan mereka merasa tidak seronok tanpamemberikan sebab-sebabnya. Sebahagian kecilpelajar menyatakan perasaan bosan dengan PKkerana kurangnya kerjasama yang diberikan didalam kumpulan mereka.

Segelintir pelajar menunjukkan sikapmementingkan diri sendiri menyebabkan merekaenggan memberikan kerjasama ketika aktivitiberkumpulan. Namun begitu, terdapat juga yangakhirnya dapat mengubah sikap tersebut. Tetapidengan adanya sikap ini menyebabkan pelajarmerasa tidak gembira berada dalam kumpulanmereka.

Selain daripada itu, terdapat pelajar yangtidak dapat menghilangkan perasaan malu untukberinteraksi dengan rakan sekumpulanmenyebabkan pelajar tidak berbincang denganahli kumpulan. Hal ini dikaitkan denganperasaan kekok untuk berinteraksi dengan rakanyang berlainan jantina. Masalah lain adalahberhubung dengan reaksi negatif yang diberikanoleh rakan sekumpulan yang lebih berkebolehanmenyebabkan pelajar yang pencapaian rendahmerasa tersinggung. Ini menyebabkan pelajarmerasa tidak gembira dengan kumpulan mereka.

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004 159

Page 10: Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri … PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep... · Kajian di luar negeri menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan konsep

Suhaida Abdul Kadir, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Noran Fauziah Yaakub, Habibah Eli as 8c Rohani Ahmad Tarmizi

Apa yang dapat dirumuskan di sini, terdapatpelajar yang memerlukan masa yang lebih lamauntuk menghilangkan perasaan rendah diriketika berinteraksi di dalam kumpulan kecil.Apabila diberi masa yang secukupnya sertamelalui pergantungan positif dan interaksisesama pelajar akan dapat membantu merekadalam memahami sesuatu mata pelajaran. Maka,pelajar menjadi lebih yakin terhadap matapelajaran tersebut dan membuat perbandingansosial yang lebih positif. Berdasarkan ModelKerangka Rujukan Dalaman dan Luaran (Marsh1986), perbandingan sosial yang positif akanmembantu meningkatkan konsep kendiriakademik pelajar.

RUMUSANDapatan kajian menunjukkan konsep kendiriakademik kumpulan PT lebih tinggi dansignifikan berbanding kumpulan PK. Implikasidaripada dapatan ini adalah proses interaksipelajar dengan ahli kumpulan yang lebihberkebolehan boleh menyebabkan pelajarmembuat perbandingan dari segi kebolehan danterdapat pelajar yang merasa rendah diri. Justeru,adalah sangat perlu untuk pelajar diberi peluanguntuk saling kenal-mengenali sesama ahlikumpulan dalam suasana yang lebih terancang.Dengan kata lain, guru perlu mewujudkan lebihbanyak aktiviti yang dapat membina hubunganbaik sesama ahli kumpulan. Apabila pelajar salingkenal-mengenali dan mempunyai hubungan eratdalam satu kumpulan, mereka dapatmewujudkan satu identiti kumpulan iaitukebolehan individu dan usaha secara bersamabergabung mewujudkan satu tahap kebolehankumpulan. Pelajar yang berkebolehan rendahakan cenderung mengukur kebolehan kumpulansebagai kebolehan individu, yang membantumeningkatkan konsep kendiri akademik pelajar.

RUJUKAN

ALLEN, W. H. dan R. L. VANSICKLE. 1984. Learning

teams and low achievers. Social Education 48:60-64.

BERG, B. L. 1998. Qualitative Research Methods for theSocial Sciences. 3rd ed. Boston: Allyn and Bacon.

BYRNE, B. M. 1984. The general/academic self-concept nomological network: A review ofconstruct validation research. Review ofEducational Research 54(3): 427-456.

DENZIN, N. K. dan Y. S. LINCOLN. 2000, Introduction:The discipline and practice of qualitativeresearch. Dalam Handbook of Qualitative Research,disunting oleh N. K. Denzin dan Y. S. Lincoln.Edisi Kedua. Thousand Oaks, California: SagePublications, Inc.

FRAENKEL, J. R. dan N. E. WALLEN, 1996. How to

Design and Evaluate Research in Education. EdisiKetiga. New York: McGraw-Hill, Inc.

GNAGERY, W. J., K. B. SARI.ES dan T. R. SARVER. 1997.

Correlates of self-concept incollaborativelearning. ERIC Document ReproductionService No. ED 413812.

GROBIJLR, A. C, A. A. GROBIJLR dan K. G. F. ESTERHUYSE.

2001. Some predictors of mathematicsachievement among black secondary schoollearners. South African Journal of Psychology 31(4):48-59.

JACOBS, D. L, T. G. WATSON dan J. P. SUTTON. 1996.

Effects of a cooperative learning method onmathematics achievement and affectiveoutcomes of students in a private elementaryschool. Journal of Research and Development inEducation 29(4): 195-202.

L\NCH, R. 1991. Cooperative learning, self-conceptand academic achievement: A theoreticalargument for self-concept as mediating therelationship between cooperative learning andacademic achievement. ERIC DocumentReproduction Service No. ED 359278.

MARSH, H. W. 1986. Verbal and math self-concepts:an internal/external frame of reference model.American Educational Research Journal 23(1): 129-149.

MARSH, H. W\ 1990. The structure of academic self-concept: The Marsh/Shavelson model. Journalof Educational Psychology 82(4): 623-636.

MARSH, H. W. 1992. Content specificity of relationsbetween academic achievement and academicself-concept. Journal of Educational Psychology84(1): 35-42.

MARSH, H. W., B. M. BYRNE dan R. J. SHAVEI SON.

1988. A multifaceted academic self-concept:Its hierarchical structure and its relation toacademic achievement. Journal of EducationalPsychology 80(3): 366-380.

PURKEY, W. W. 1970. Introduction to Theories of theSelf: Self-concept and School Achievement him. 1-13. Massachusetts: Allyn & Bacon.

160 PertanikaJ. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 12 No. 2 2004

Page 11: Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri … PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep... · Kajian di luar negeri menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan konsep

Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri Akademik Di dalam Pendidikan Perakaunan

SHAVEI SON, R. J., J. J. HUBNER dan G. C. STANTON.

1976. Self-concept: Validation of constructinterpretations. Revieiv of Educational Research46(3): 407-441.

SIDEK MOHD NOAH dan ADNAN BIN ABU BAKAR. 2000.Konsep kendiri di kalangan pelatih-pelatihinstitusi pemulihan kebajikan, JabatanKebajikan Masyarakat. Jurnal Kebajikan 22(2):www. kempadu.gov. my /jkm/jurnal/dis % 202000/jurnal_4_dis2000. htm

SLAVIN, R. E. 1983. When does cooperative learningincrease student achievement? PsychologicalBulletin 94(3): 429-445.

SIAVIN, R. E. 1990. Cooperative Learning: Theory,Research and Practice. Massachusetts: Allyn &Bacon.

STRAUSS, A. dan J. CORBIN. 1995. Basics of Qualitative

Research: Grounded Theory, Procedures andTechniques. London: Sage Publications.

TOWNSEND, M. A. R., D. W. MOORE, B. F. TUCK dan

K. M. WILTON. 1998. Self-concept and anxietyin university students studying science statisticswithin a co-operative learning structure.Educational Psychology 18(1): 41-54.

(Diterima: 8 November 2002)

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004 161