Kesan Iman Kepada Individu & Keluarga

Embed Size (px)

DESCRIPTION

keimanan

Citation preview

  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, BEHOR PULAI,01000 KANGAR, PERLISKESAN IMAN DALAM KEHIDUPAN (INDIVIDU & KELUARGA)DISEDIAKAN OLEH:NUR SYAMERA BINTI MOHAMMAD HIZANNUR IZZATI BINTI SHUHAIMINUR AMANINA BINTI ADNANAMALINA SYAKIRAH BINTI MAT ZIN

    PENGAJIAN AKIDAH (PIM 3112)

  • IMANKepercayaan yang meresap ke dalam hati dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu serta memberi pengaruh bagi pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari-hari.

    Iman bukanlah semata-mata pernyataan seseorang dengan lidahnya bahawa dia orang beriman, kerana banyak pula orang-orang munafiq.

  • Iman bukan pula semata-mata mengerjakan amal dan syiar yang biasa dikerjakan oleh orang beriman, kerana banyak pula penipu-penipu besar yang lahirnya mengerjakan perbuatan baik dan beribadah, sedang hati mereka kosong.

    Bukan pula iman itu semata-mata mengetahui erti dan hakikat iman, kerana banyak juga orang yang mengetahui hakikat iman itu, padahal mereka tidak beriman.

  • Iman tidak sempurna melainkan dengan kasih sayang yang hakiki iaitu kasihkan Allah, RasulNya dan syariat yang diwahyukan kepada Baginda.

    3 perkara yang menyebabkan seseorang dapat merasai kemanisan iman:- Allah dan RasulNya lebih dikasihi daripada selainnya.- Dia mengasihi saudaranya hanya kerana Allah.- Dia membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya dia jika dicampakkan ke dalam api.

  • KESAN IMAN KEPADA INDIVIDU

  • 1. Jiwa akan bebas daripada penguasaan orang lain.

  • Ini kerana iman menjadikan seseorang individu mengaku bahawa Allah s.w.t sahaja tuhan yang menghidupkan, mematikan, merendah dan mengangkat darjat sesiapa yang dikehendaki.

    Allah sahaja yang mampu memudaratkan dan memberi manfaat.

  • ()

    Maksudnya:katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman".(surah al-araaf: 188)

  • Perkara yang membantutkan proses pembangunan dan menghalang kemajuan manusia ialah sikap tunduk kepada diktatorisme sama ada dalam bidang politik atau agama.

    Dengan hakikat keimanan, belenggu tersebut terurai.

    Manusia dibebaskan daripada alam diktatorisme yang telah menguasai mereka sejak berkurun tahun yang lalu.

  • 2. Iman dapat membangkitkan sifat berani, perasaan ingin maju dalam jiwa, memudahkan seseorang individu menerima kematian serta gemar untuk mati syahid kerana memperjuangkan kebenaran.

  • Iman akan mengilhamkan kepada seseorang individu bahawa umur adalah pemberian Allah s.w.t.

    Maksudnya:Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). (surah ali-Imran:145)

  • Maksudnya:Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.(surah an-nisa: 78)

  • 3. Iman akan meneguhkan pegangan seseorang individu bahawa pemberi rezeki adalah Allah Taala.

  • ()Maksudnya:Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).(surah hud:6)

  • Sesuatu rezeki telah ditetapkan dan ia tidak akan dipermudahkan disebabkan sifat rakus dan prihatin terhadapnya atau terhalang disebabkan kebencian orang tertentu.

    Iman juga melepaskan manusia daripada sifat bakhil, terlampau berkira, rakus dan tamak.

  • Malah ia mendatangkan sifat baik hati, suka membelanjakan harta dengan baik, pemurah dan bersih daripada sifat meninggikan diri.

    Seseorang itu akan menjadi seorang yang sentiasa dinantikan kebaikannya.

  • ()Maksudnya:Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(surah al-ankabut: 62)

  • 4. Ketenangan hati dan jiwa seseorang merupakan hasil daripada keimanan.

  • ()Maksudnya:"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (surah ar-rad:28)

  • Apabila hati dan jiwa tenang, manusia dapat merasai nikmat kerehatan dan manisnya keyakinan.

    Dia juga dapat menanggung segala kesusahan dengan penuh keberanian, menjadi seorang yang tabah walau dalam keadaan yang amat runcing.

    Ini kerana dia dapat merasakan bahawa kekuasaan Allah s.w.t bersama-samanya dan Allah sahaja yang mampu membuka pintu yang terkunci.

  • 5. Iman mengangkat kekuatan maknawi seseorang manusia dan menghubungkan kepada Allah Taala. Allah adalah sumber segala kebaikan, kebajikan dan kesempurnaan.

  • Dengan ini manusia berada lebih tinggi daripada segala makhluk lain, terselamat daripada terjebak dalam gelora nafsu syahwat dan lebih hebat daripada karam dalam gelombang kelazatan duniawi.

    Dia merasakan bahawa kebaikan dan kebahagiaan sebenarnya terletak pada kebenaran, kemuliaan serta melaksanakan nilai-nilai yang baik.

    Dengan itu, seseorang dengan spontan melakukan kebaikan untuk dirinya, umat dan seluruh manusia.

  • Maksudnya:Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu.(surah Yunus: 9)

  • ()

    Maksudnya:Sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus. (surah al-Hajj: 54)

  • ()

    Maksudnya:Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar), dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(surah at-taghabun:11)

  • 6. Allah Taala mengurniakan kehidupan yang baik kepada orang yang beriman semasa di dunia sebelum menempuh alam akhirat.

  • Kehidupan sebegini mengandungi bimbingan Allah s.w.t kepada orang mukmin, petunjuk dan bantuanNya dalam mengatasi musuh, pemeliharaanNya daripada segala kejahatan musuh, menyelamatkannya setiap kali terjatuh dari jalan yang sebenar disamping segala kelebihan fizikal yang diberikan kepadanya.

  • ()Maksudnya:Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik. Dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. (surah an-nahl: 97)

  • Maksudnya:Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. (surah al-araaf: 96)

  • KESAN IMAN KEPADA KELUARGA

  • PENDAHULUANSesungguhnya manusia telah dijadikan oleh Allah dan telah ditakdirkan dengan berbagai-bagai kesudahan. Di kalangan manusia : 1. Ada yang lahir dari keluarga beriman dan mati pula dalam keadaan beriman. 2. Ada yang lahir dari keluarga kafir dan mati juga dalam keadaan kufur. 3. Ada yang lahir dalam keluarga kafir tetapi mati dalam keadaan beriman kepada Allah. 4. Ada yang lahir dalam keadaan keluarga beriman tetapi mati dalam keadaan kufur kepada Allah. (nauzubillahi min zaalik)

  • KESAN BERIMAN KEPADA KELUARGA

    1.Mudah mengatur urusan keluarga:Ia dapat merencanakan soal-soal pendidikan, saraan, pergaulan dan pembangunan keluarganya dengan tarbiah Islamiah. Ia dapat menjalankan tugasnya sebagai rai atau ketua keluarga dan dalam masa yang sama sebagai abid atau hamba Allah yang sentiasa menjaga hubungannnya dengan Allah swt.

  • 2.Menjauhkan keluarga dari sifat buruk:Amalan buruk yang boleh memudaratkan badan seperti merokok, meminum minuman keras, menyalahgunakan dadah dan sebagainya, hendaklah dijauhi. Sekiranya ketentuan ini tidak dipatuhi, kesihatan jasmani akan terjejas dan boleh memberi kesan buruk kepada mental, fizikal dan spiritual.

  • 3. Melahirkan sifat bertanggungjawab :Apabila kita sudah memiliki iman yang kukuh dan menanamkan perasaan cinta kepada Islam, maka dengan sendirinya ia akan menghasilkan sifat bertanggungjawab dalam diri untuk melakukan kebaikan di samping menanamkan sikap berwaspada agar tidak terjerumus dalam kencah dosa dan maksiat.

  • 4. Memupuk kasih sayang berpanjangan:Kita hendaklah menjaga dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan anggota keluarga dengan memastikan suasana sentiasa ceria, mesra dan saling hormat-menghormati. Berdoalah untuk kebaikan keluarga agar sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

  • Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Furqan ayat 74 tafsirnya :"Dan juga mereka yang diredhai Allah itu ialah orang-orang yang berdoa dengan berkata : Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan menjadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertakwa".

  • 5. Melahirkan keluarga berfikiran luas :Menurut al.Maududi, orang yang beriman dengan Allah tidak mungkin mempunyai pandangan yang sempit kerana dia percaya kepada Yang Menciptakan langit dan bumi, Pemilik alam semesta, Pemilik barat dan timur, Pemberi rezeki dan Pendidik makhluk. Dia tidak akan menemui sesuatu yang ganjil dalam alam ini kerana segala sesuatu yang ada di dalamnya adalah milik Allah. Tidak ada sesuatu pun dalam alam ini yang dapat menghalang dan membataskan rasa cintanya dan kecenderungannya untuk memberi pertolongan dan khidmat kepada sesama manusia.

  • 6. Melahirkan keluarga berakhlak mulia :Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil keimanan yang kental. Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara ahli keluarga dapat terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yang diamalkan oleh anggota keluargatersebut.Sekiranya nilai yang diamalkan itu positif maka akan lahirlah sebuah keluarga yang aman, damai, harmoni dan diselubungi roh Islam. Rasulullah saw adalah contoh utama pembentukan akhlak. Dalam sebuah hadith, baginda saw bersabda, 'Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia'. ( Riwayat Ahmad )

  • 7. Mendapat kejayaan :Ibu bapa yang berjaya adalahibu bapa yang taat perintah Allah, tinggalkan segala laranganNya dan beramal mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Dan mereka juga berusaha sungguh-sungguh untuk mendidik anak-anak mereka supaya melakukan perkara yang sama (taat perintah Allah swt & amal cara hidup Rasulullah saw).Hal ini adalah kasil daripada keimanan yang kukuh dan ketaqwaan yang mantap didalam diri setiap ibu bapa.

  • SEKIAN, TERIMA KASIH