26
Kajian kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama Dalam Penulisan Esei Pelajar Prauniversiti Oleh:- Siti Muslihah Bt Borhan Noor Atira Bt Busu Mohd Zairul Haizzat B Che Zainudin

kesalahan penggunaan kata sendi nama

  • Upload
    atira94

  • View
    213

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kesalahan penggunaan KSN dalam kalangan pelajar Prauniversiti

Citation preview

Kajian kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama Dalam Penulisan Esei Pelajar Prauniversiti

Kajian kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama Dalam Penulisan Esei Pelajar PrauniversitiOleh:- Siti Muslihah Bt Borhan Noor Atira Bt BusuMohd Zairul Haizzat B Che Zainudin

Pengenalan

Latar belakang kajian Golongan yang penting dalam bahasa pertuturan dan tulisan Menunjukkan perkaitan antara perkataan dengan perkataan yang lain Kata sendi nama terdiri daripada 3 Kata nama penambat Kata sendi nama penambah Kata sendi penyambut Definisi Tajuk Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama . Berfungsi sebagai perungkau frasa dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain

Objektif kajian Mengenal pasti punca kesalahan penggunaan kata sendi nama dalam penulisan esei pelajar prauniversiti Mengkaji kesalahan penggunaan kata sendi nama dalam penulisan esei pelajar prauniversiti Kepentingan kajian Meningkatkan tahap pemahaman pelajar terhadap penggunaan kata sendi nama dalam penulisan esei.Menambahkan dokumentasi terhadap kajian kesalahan penggunan kata sendi nama dalam kalangan pelajar prauniversiti. Mengurangkan penggunaan kesalahan kata sendi nama dalam kalangan pelajar prauniversiti.

Kaedah kajian

Mendapat Bahan dan Data Kajian Lapangan Kajian Teks Mengumpul Maklumat Menganalisis Data

Dapatan kajian Pengkaji telah mengunakan kaedah borang soal selidik

Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B

Seramai 24 responden di ambil dalam menganalisi tahap pemahaman penggunaan kata sendi nama

Bahagian A8Bahagian BB) Mengenalpasti bilangan kesalahanKesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama Dalam Penulisan Esei Pelajar Pra UniversitiKata Sendi Nama:- di1. kesalahan penggunaan kata sendi nama dipada kata pasif2. nama di ditulis rapat dengan kata yang menunjukkan arah3. di juga ditulis rapat pada kata nama yang menunjukkan tempat.4. di untuk merujuk ruang abstrak dan bahagian tertentu 5.kesalahan untuk menunjukkan masa atau waktu

Contoh kesalahan:-

Contoh 1 :penggunaan laman sosial diinternet ini sebagai cara (salah) sepatutnya penggunaan laman sosial di internet ini sebagai cara (betul)Contoh 2: mencetuskan kontrovesi dialam maya sehingga mengaibkan(salah) Sepatutnyamencetuskan kontrovesi di alam maya sehingga mengaibkan(betul)

Kata Sendi Nama:- Dari dan daripada

Kata sendi nama daripada berfungsi untuk menerangkan kata nama iaitu kata nama manusia, haiwan, benda, unsur mujarab, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, perbezaan dan perbandingan. Fungsi kata sendi nama daripada boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan pertama kumpulan punca bagi manusia, haiwan, benda & unsur mujarabKata sendi nama dari mempunyai fungsi untuk menyatakan arah, tempat, waktu dan masa. Kata sendi nama dari hadir di hadapan kata nama arah, tempat, waktu dan masa.

Contoh Kesalahan:-Contoh 1: Dari situlah pelanggan-pelanggan akan melihat(salah) Sepatutnya Daripada situlah pelanggan-pelanggan akan melihat(betul)Contoh 2: destinasi yang mereka hendak tujui apabila keluar daripada rumah..(salah) Sepatutnya destinasi yang mereka hendak tujui apabila keluar dari rumah(betul)

Kata Sendi Nama : Oleh Pertama, kata sendi nama oleh berfungsi bagi menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif yang menggunakan bentuk kata kerja berawalan di-, ter- dan kena. Contohnya Baju itu dijahit olehnya, Dinding rumah itu terlanggar oleh lori pasir dan Perompak itu kena pukul oleh penduduk kampung. Kedua kata sendi nama oleh berfungsi untuk menunjukkan makna sebab yang boleh juga ditukar kepada lantaran. Asalnya ialah oleh sebab, tetapi sebab boleh digugurkan atas pilihan.Contohnya ia sakit oleh (sebab) kegelojohannya dan oleh (sebab) itu dia memerlukan bantuan daripada para dermawanContoh KesalahanContoh 1: Oleh kerana penggunaan internet yang meluas (salah) Sepatutnya Oleh sebab pengunaan internet yang meluas (betul)

Kata Sendi Nama:- keKata sendi nama ke berfungsi untuk menerangkan kata nama bagi menunjukkan tempat atau arah dan waktu atau masa. Kata sendi nama ke ditulis terpisah dengan kata nama. kata sendi nama ke tidak boleh ditulis dihadapan kata nama manusia atau binatang. Ini menyalahi hukum tatabahasa. Kata sendi nama ke juga boleh digandingkan dengan kata sedi nama dari.

Contoh kesalahanContoh 1:...keKuala Lumpur untuk mendapatkan(salah) Sepatutnya ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan(betul)

Contoh 2: merujuk ke Alexander Bel beliau telah berjaya Sepatutnya merujuk kepada Alexander Bel beliau telah berjaya

Kata Sendi Nama:- Untuk dan bagi

Pertama, berfungsi untuk menunjukkan kegunaan bagi sesuatu.Dalam keadaan ini untuk boleh digantikan dengan bagi. Kedua, kata sendi nama untuk dan bagi digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan ini, kata sendi nama tidak boleh ditukar dengan kata sendi nama bagi. Perbezaannya dengan penggunaan untuk adalah dari segi penentuan yang khusus. Kata sendi nama untuk lebih kepada umum manakala kata sendi nama bagi dikhususkan. Contoh kesalahan:- Contoh 1: komputer bagi kegunaan emak(salah) Sepatutnya komputer untuk kegunaan emak(betul)

Kata Sendi Nama dalamBerfungsi untuk membawa pengertian bagi menyatakan tempat yang tidak mempunyai ruang, iaitu ruang abstrak atau jarak. Kata sendi nama dalamini hadir di hadapan kata nama atau frasa nama seperti yang telah dinyatakan. Contohnya, dalamperkara, dalam hal, dalambidang, dalam masyarakat, dalampertemuan, dalamfikiran, dalamperjuangan dan dalamayat.Contoh KesalahanContoh 1: penggunaan laman sosial di dalam kalangan pelajar(salah) Sepatutnya pengunaan laman sosial dalam kalangan pelajar(betul)Contoh 2: menyimpan segala maklumat di fail yang selamat(salah) Sepatutnya menyimpan segala maklumat di dalam fail yang selamat(betul)

Kata Sendi Nama denganmembawa maksud bersama-sama atau berserta. Contohnya Aimi pergi ke pasar dengan Izzetie dan Emak pergi ke laut dengan ayah. Kata sendi nama dengan juga berfungsi bagi menjelaskan maksud cara sesuatu pekerjaan dilakukan. Contohnya Dia menerima persetujuan Ali dengan senang hati.Kata sendi nama dengan juga berfungsi bagi menerangkan maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat. Contohnya Rosman membunuh tikus dengan penyapu lidi. Akhir sekali, kata sendi nama dengan berfungsi untuk menyatakan keadaan perbandingan yang serupa. Contohnya Dia mempunyai pendapat yang sama dengan isterinya. Dalam kajian yang dibuat kesalahan penggunaan kata Contoh kesalahanContoh 1 :...dapat berkembang seiring perkembangan sosial(salah) Sepatutnya dapat berkembang seiring dengan perkembangan sosial (betul)

Kesimpulan Pelajar sering melakukan kesalahan penggunaan kata sendi nama yang sama dalam penulisan eseiPelajar perlu memberikan lebih perhatian dalam memahami penggunaan kata sendi nama yang betul dalam penulisan esei