Kertas Soalan Pendidikan Moral Tahun 4 Ini

Embed Size (px)

Citation preview

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU) Peperiksaan Pertengahan TahunPendidikan Moral Tahun 4

No.SoalanAras Soalan Dalam Teksonomi Bloom

BHG A ObjektifPengetahuanKefahamanAplikasiAnalisisSintesisPenilaian Aras

1 Rendah

2 Rendah

3 Rendah

4 sederhana

5 sederhana

6 sederhana

7 Sederhana

8 Rendah

9 Rendah

10 Sederhana

11 Sederhana

12 Sederhana

13 Sederhana

14 Sederhana

15 Rendah

16 Rendah

17 sederhana

18 Sederhana

19 Rendah

20 Rendah

Jumlah628400

No.SoalanBHG BSubjektifAras Soalan Dalam Teksonomi Bloom

A.Memberi PendapatPengetahuanKefahamanAplikasiAnalisisSintesisPenilaian Aras

1 Tinggi

2 Tinggi

3 Tinggi

4 Tinggi

5 Tinggi

B.Lengkapkan Ayat

1 Rendah

2 Rendah

3 Rendah

4 Rendah

5 Rendah

C.Betul salah

1 Rendah

2 Rendah

3 Rendah

4 Rendah

5 Rendah

6 Rendah

7 rendah

8 Rendah

9 Rendah

10 Rendah

D.Memberi Jawapan Pendek

1 Rendah

2 Rendah

3 Sederhana

4 Tinggi

5 sederhana

Jumlah1161115

Item aneka PilihanAras Teksonomi BloomHuraian / komen

1.Setiap hari Jumaat, penganut agama Islam akan bersembahyang di ___________ .A.Kuil B.masjid C.rumah D.di mana-mana sahaja

pengetahuan.

Menguji kebolehan murid mengingat kembaliFakta tentang nilai perkembangan diri.

2. Penganut agama Buddha melepaskan burung merpati ketika menyambut Hari Wesak sebagai tanda ________________ .A.kebebasanB.kesyukuranC.keimananD.kerajinan

Pengetahuan.Dapat menguji pengetahuantetapi soalan ini menilai calon tentang nilai berkaitan dengan perkembangan diri seperti soalan satu.

3. Rakan kamu secara tidak sengaja telah menumpahkan air minuman ke atas baju kamu. Apakah yang patut kamu lakukan ?A.Memaafkannya kerana tidak disengajakaB.Memarahinya dengan kata-kata yang tidak sopanC.Tidak memaafkannyaDMelaporkan kepada guru disiplin

AplikasiSoalan ini adalah aras sederhana.Keaadaan ini menguji kebolehan calon menggunakan pengetahuan dan kefahaman tentang nilai hemah tinggi dan menggunakannya dalam situasi yang berbeza.

4. Kamu pernah gagal dalam ujian Matematik baru-baru ini. Pada bulan hadapan kamu akan menghadapi ujian Matematik lagi. Apakah yang patut kamu lakukan ?A.Meminta bantuan ibu bapa.B.Mengulangkaji dan membuat latihan Matematik dengan tekun.C.Membuat ulangkaji di saat-saat akhir.D.Tidak membuat apa-apa persediaan.

AplikasiSoalan ini adalah aras sederhana.Soalan yang sama seperti soalan 3. Perlu membuat pengubahsuaian supaya dapat dinilai dalam semua aras.

5.Kamu akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Bagaimanakah kamu dapat memastikan kamu mengulangkaji pelajaran dengan betul ?A.Menyediakan jadual waktu belajar.B.Belajar hanya pada waktu malam.C.Belajar hanya pada waktu siang sahaja.D.Menyediakan jadual waktu belajar seminggu sebelum peperiksaan.

Aplikasi.Soalan yang sesuai untuk menguji calon. calon dikehendaki menyelesaikan masalah dengan cara terbaik.Oleh itu calon dikendaki berfikir sebelum membuat keputusan.

6. Walaupun sedar dia sering gagal dalam ujian Matematik, Ratna tetap berusaha tanpa berputus asa. Ratna seorang yang ________ berusaha .A .gigihB.bijakC.rajinD.gemarAnalisisSoalan ini dilihat berada pada aras sederhanang keranas esuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat,

7.Punitha menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya setiap tahun kerana dia mempunyai semangat ____________ dalam apa jua perkara yang dilakukannya.A.tolong menolongB.kesukananC.berdaya majuD.toleransi

Aplikasi.Soalan yang aras kesukaran yang sederhana dan amat sesuai untuk menguji para calon. Memerlukan calon mengikat dan memahami dan menggunakan dalam situasi baru.

8.Siew Lan sentiasa menjaga ______________ ketika berbual dengan rakan-rakan sekelasnya.A.tingkahlakunyaB.pertuturannyaC.kesopanannyaD.kecantikkannya Pengetahuan.Aras kesukaran yang rendah ,dimana melalui soalan ini dapat menguji kebolehan calon menyatakan apa yang dipelajari.

9.Senaman menolong mencergaskan badan dan __________ kita. A.hatiB.mindaC.jiwaD.perasaan

pengetahuan Soalan yang senang.Menguji pengetahuan tentang nilaiPerkembangan diri.

10.Antara yang berikut, yang manakah perlu dimakan dengan sedikit sahaja ?A.MentegaB.AyamC.IkanD.Sayur

Aplikasi.Aras sederhana yang dapat menguji calon menggunakan pengetahuan dan kefahamannya.Soalan aneka pilihan berbentuk soalan.

11. Pilih mereka yang mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan

A.Leela makan empat pinggan nasi pada waktu tengahariB.Ravi memukul anaknya sehingga pengsan kerana bermain permainan video.C.Sulia menghabiskan semua wang sakunya untuk membeli permainanD.Jaya makan mengikut waktu.

Analisis

Soalan ini menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain

12.Nathan dan Laila merupakan dua orang sahabat baik. Mereka sentiasa mengamalkan ______dan __________ yang sederhana dalam pergaulan seharian.A.tingkahlaku , tutur kataB.sikap terbuka , bebasC.sikap bebas , perasaan benciD.tutur kata , sikap terbuka

Analisis

soalan ini menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain

13. Sarah menyerahkan Wang yang dijumpainya di sekolah kepada guru disiplin. Dia mengamalkan sikap __________ .A.sederhanaB.belas kasihanC.kejujuranD.terima kasih

Aplikasi. Menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan nilai kejujuran.

14. Neela terambil buku Matematik Remesh . Dia patut ________.

A.memberitahu RemeshB.beritahu apabila ditanya RemeshC.membuang buku ituD.tidak perlu beritahu sesiapaPenilaianAras kesukaran yang tinggi kerana memberi calon dikehendaki memberi pendapat terhadap pernyataan tersebut untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu kesimpulan.

15. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan sikap ikhlas?A.Siti menderma sebahagian wang tabungnya kepada mangsa banjir.B.Siti menderma kerana rakan-rakannya mendermaC.Siti memberitahu rakan-rakannya bahawa dia merupakan penderma terbanyakD.Siti tidak menderma langsung. Kefahaman Soalan ini murid.dimana para murid Menguji kebolehan murid memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah dipelajar berkaitan perkembangan diri.

16. Sumbangan yang ikhlas akan sentiasa ______________ .A.dikenangB.disebutC.dicaciD.diragui

Pengetahuan.Soalan mudah.Menggalakkan para calon menjawab soalan-soalan ini dengan semangat.

17. Carmen mengucapkan _____________ kepada jirannya yang menolong menjaga rumahnya semasa ketiadaanya.A.syabasB.terima kasihC.tahniahD.selamat jalan Aplikasi.Menguji kebolehan calon menggunakan fakta, konsep, prinsip, pengetahuan .Soalan jenis ini menggalakkkan calon menjawab soalan dengan baik.

18.Mengamalkan sikap _________________akan mengeratkan lagi perhubungan dengan orang lain.A.berterima kasihB.pentingkan diriC.sukaD.marah Aplikasi. Menguji kebolehan calon menggunakan fakta, konsep,serta pengetahuan .Soalan jenis ini menggalakkkan calon menjawab soalan dengan baik.

19. Kita hendaklah _____________ terhadap anggota keluarga kita .A.benciB.tidak peduliC.sayangD .kurang ajarPengetahuan

Aras soalan yang rendah dapat menguji kebolehan murid memahami, dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah dipelajari

20.Kasih sayang ialah ciri terpenting bagi melahirkan sebuah keluarga ___________ .A.berkonflikB. bahagiaC.besarD.berdikariKefahaman

Menguji kebolehan murid memahami, dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah dipelajari.

Kertas soalan Pendidikan Moral Tahun 4 ini, terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A terdiri daripada 20 soalan objektif yang membawa markah 40 peratus manalaka bahagian B merangkumi soalan subjektif yang membawa markahnya 60 peratus. Setelah menganalisis kertas soalan ini, didapati soalan objektif soalan subjektif dibina berdasarkan arasPada pendapat saya,pembinaan sesuatu soalan dan penentuan aras kesukarannya hendaklahlah merujuk kepada isi kandungan serta Huraian Sukatan Pelajaran. Kedua-dua perkara ini akan menentukan tahap kemampuan dan keupayaan murid untuk menjawab sesuatu soalan. Oleh itu,guru haruslah memerhati dan menilai sejauh mana potensi murid, bukannya membina sesuatu soalan berdasarkan sifat sesuka hati sahaja. Guru bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bagi memastikan pencapaian pelajar setara dengan apa yang diharapkan.Pembinaan item ujian objektif hendaklah dipelbagaikan cara seperti item aneka pilhan berbentuk cantuman, contoh soalan objektif (Positif / negatif),soalan betul salah dan sebagainya. Ini kerana para murid tidak akan rasa bosan dan patah semangat ketika menjawap soalan yang ditanya.Selain itu pelbagai jenis soalan akan dapat menguji para murid dengan adil. Setelah menganalisis kertas soalan ini, didapati soalan objektif terdiri daripada soalan aneka pilihan berbentuk ayat tidak lengkap, soalan jawapan terbaik dan soalan aneka pilihan berbentuk soalan sahaja. Manakala.bahagian B subjektifnya terdiri daripada soalan memberi jawapan pendek iaitu memberi pendapat,lengkapkan ayat dan soalan salah betulOleh itu,beberapa soalan perlu diubahsuai supaya semua calon diberi peluang untuk menjawab soalan peperiksaan pertengahan tahun ini. Pada usia begini, soalan-soalan yang melibatkan aplikasi, sintesis, analisis, dan penilaian lebih sesuai dan mencambahkan pemikiran para murid.Didapati, soalan objektif dan subjektif yang terkandung dalam kertas soalan ini dibentuk mengikut JSU serta aras-aras kognitif yang berbeza iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Dua jenis soalan ini dapat memberi maklumat yang berguna mengenai prestasi para murid. Jika direnung sejenak,kedua-dua jenis soalan ini bertujuan untuk mengukur pencapaian dan prestasi murid di alam persekolahan.Selain itu, didapati dalam bahagian A iaitu soalan objektif mengandungi 8 soalan aras rendah, 12 soalan aras sederhana manakala tiada sebarang soalan dalam aras tinggi. Oleh itu,saya telah mengubahsuai 1 soalan dari aras rendah dan 3 soalan aras sederhana ke aras tinggi.Ini bertujuan untuk membuat pertimbangan, merancang, mencipta dan menghasilkan sesuatu yang kreatif dari gabungan pelbagai unsur.Soalan jenis aras tinggi iaitu sintesis dan penilaian ini boleh mencabar murid yang pandai memberi peluang.Kertas soalan ini tidak mempunyai skop yang luas hanya dapat menguji murid dalam nilai berkaitan dengan perkembangan diri dan nilai perkembangan diri dan keluarga sahaja.Ini kerana pada semester 1, para murid sekolah ini kemungkinan telah belajar dua bidang sahaja.Selain itu bidang pembelajaran satu dalam Pendidikan Moral iaitu nilai berkaitan dengan perkembangan diri adalah bidang yang sangat luas berbanding dengan bidang pembelajaran yang lain yang terkandung dalam bidang pembelajaran tahun 4. Pada pendapat saya penentuan aras soalan ini,iaitu Taksonomi Bloom adalah induk utama dalam memastikan aras yang sesuai dengan keadaan para murid. Tugas guru dalam mengenal pasti potensi amat penting agar soalan yang digubal adalah sia-sia dan mengelak keraguan di dalam sesuatu keputusan ujian.oleh yang demikian , saya telah mengubah soalan 3,8,17 dan 20 iaitu soalan aras rendah dan aras sederhanan ke aras tinggi iaitu aras sintesis dan penilaian. (sila rujuk Lampiran1 ) Selain itu saya telah mengubah soalan 10 kepada soalan objektif positif/negatif (sila rujuk lampiran 1) dan soalan 19 kepada soalan objektif (Cantuman). (sila rujuk lampiran 1)Daripada analisis saya,bahagian B soalan struktur adalah soalan situasi.Di sini para murid dikehendaki membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Soalan jenis ini adalah aras kesukaran tinggi adalah lebih baik soalan ini diubahsuai dengan memberi gambar supaya murid lebih memahami soalan, membantu mereka menjawab soalan ini dengan baik dan membantu para murid menjana idea dengan baik. Selain (sila rujuk lampiran 2).Selain itu,soalan betul/salah dan soalan berdasarkan petikan adalah sesuai untuk murid tahun4.Soalan berdasarkan petikan telah merangkumi semua aras kesukaran berdasarkan Teksonomi Bloom.Murid-murid perlu memahami keseluruhan isi/item atau cerita dalam petikan supaya dapat menjawab kesemua soalan itu. Kesimpulannya, guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.Guru juga bertanggungjawab untuk menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan.Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

RefleksiTHULASI A/P MURUGAN790328085458

Pendidikan Moral merupakan satu subjek yang diajar di sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Melalui subjek ini guru akan mengajar para murid tentang penerapan nilai-nilai murni dalam diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.Setelah menjalankan tugasan ini saya telah mendapat pengetahuan baru bahawa Pendidikan Moral adalah satu subjek yang amat penting yang harus diajar kepada para murid sekolah yang mana mereka bakal akan menjadi pewaris kepada generasi masa kini. Selain itu, saya juga memahami bahawa dengan belajarnya subjek ini,guru dapat memastikan kehidupan para murid dipenuhi dengan nilai-nilai murni. Dengan adanya subjek Pendidikan Moral, murid-murid akan dapat mendalami maksud nilai kehidupan yang sebenarnya. Oleh yang demikian,guru pendidikan Moral perlu memainkan peranan penting dalam membentuk insan yang cemerlang dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Tugasan ini jga telah memberi kesedaran kepada saya bahawa, guru adalah seorang pendidik sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi muda yang beriman dan beramal serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Tambahan pula, guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain.Selain itu saya juga telah memahami dengan jelas bahawa penilaian dan peperiksaan meletakkan satu standard yang tinggi supaya dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berwibawa. Pengendalian sistem peperiksaan dan penilaian yang profesional dan sistematik menjadikan sistem pendidikan kita diiktiraf dunia. Dengan itu,penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif,pemikiran afektif,perasaan dan tingkah laku yang bermoral.Saya juga dapat mengetahui perkara-perkara baru.misalnya, Benjamin Bloom (1956) dalam Taxonomy of Educational Objectives: Handbook I: CognitiveDomain (New York: David McKay) telah memperkenalkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Dimana.taksonomi memudahkan seseorang guru melakukan penilaian yang sistematik terhadap pencapaian murid setelah sesi pengajaran dan pemudahcara berlangsung. Melalui aras-aras taksonomi bloom ini pencapaian para murid dapat diketahui dengan lebih tepat. Dengan ini,seseorang guru dapat mengetahui tahap penguasaan para murid setelah menjalankan penilaian. Selain itu, setiap guru yang bertanggung jawab menyediakan soalan haruslah memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan penuh yakin dalam penilaian yang dijalankan .Dengan ini penilaian yang dijalankan akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.Oleh itu,ilmu yang saya perolehi melalui tugasan in amatlah berguna untuk menjalankan tugas sebagai seorang guru di sekolah. Dengan ini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu En.Mohd Khiril Anuar Zulkurnain yang memberi tunjuk ajar sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Lampiran 1Soalan -soalan yang telah diubahsuai adalah seperti berikut: Bahagian A

No.SoalanSoalan yang diubahsuaiAras kesukaran

3.Berikan satu cara anda menjalankan tanggungjawab terhadap anggota keluarga?

A. Tidak bertegur sapa.B. Saling hormat menghormatiC. BerbohongD. Ingkar pesanan ibu bapa.

SintesisJawapan B

8.Ceritakan cara menjaga maruah keluarga.

A. Malas belajarA. Meyusahkan ibu bapaB. Berponteng ke sekolahC. Sentiasa menjaga pertuturan.

PenialainC

10.Makanan yang makan sedikit adalah seperti berikut.A. Telur dan kejuB. Sayur dan buah-buahanC. Betik dan tembikaiD. Ikan dan sayurAnalisisA

17.Berikan cara anda menunjukkan kasih saying terhadap anggota keluarga.Semua di bawah adalah salah kecuali.A. Bantu ibu bapaB. menjaga adik ketika ibu tiada di rumahC. Tidak memperdulikanD. Membantu bapa mencuci kereta..SintesisC

19.Kita hendaklah ______ terhadap anggota keluarga kita.i. Benciii. Sayangiii. Bersopaniv. Hormat menghormatiA. i ,ii, ii B. ii , iii, ivC. I ,iii, I vD. i. ii. iv

KefahamanB

20.Rani ternampak seorang ibu yang mengandung membawa pulang banyak barang dari pasar.Dalam keadaan tersebut apakah tindakan yang patut dilakukan oleh Rani?

A. Membantu ibu mengangkat barang B. Tidak mempedulikan ibu mengandung itu.C. Biarkan ibu itu angkat sendiriD. Meminta upah untuk angkat

PenilaianA

Rujukan

1. Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral, Serdang: Penerbit UPM.

2. Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia, Sdn. Bhd.

3. Azizi Ahmad, Mohd Isha Awang.(2008)Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka.

4. Mokhtar Ismail (2009). Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

5. Mok Soon Sang (2010). Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

6. uku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. (2012). Retrieved Mac 28, 2013, from http://www.moe.gov.my

7. Modul_PPG_Semester_2/BMM3103_Pentaksiran_Bahasa_Melayu_SR. (2012, Januari). Retrieved Februari 11, 2013, from http://www.lmsipda.net.

8. malaycivilization.ukm.my/idc/.../padat_3217.pdf diambil pada Julai 2014

9. http://projects.coe.uga.edu/epltt/index.php?title=Bloom%27s_Taxonomy

KandunganBilTajukM/S

1.Peranan dan Tanggungjawab Guru Pendidikan Moral Dalam Pendidikan Negara.

2.Intipati Wawasan 2020 Dan Kod Etika Perguruan

3.Hasrat Pencapaian Wawasan 2020 Melalui Etika Perguruan

4.Tugasan Individu (Thulasi Murugan )

5.Tugasan Individu (Kannmani)

6.Rujukan

Penghargaan Pertamanya, Kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta Kami, En. Mohd Khiril Anuar Zulkurnain kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan berjaya.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan guru di sekolah kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan tugasan Pendidikan Moral ini. Mereka telah memberikan kami, segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih.