79
KERTAS RUNDINGAN MENGENAI RANGKA KERJA SISTEM PREMIUM BERBEZA TARIKH DIKELUARKAN: 3 MEI 2007 TARIKH TUTUP: 2 JULAI 2007

KERTAS RUNDINGAN MENGENAI RANGKA KERJA · PDF fileISI KANDUNGAN Muka Surat 1.0 Pengenalan 1 2.0 Objektif Kertas Rundingan 1 3.0 Proses Rundingan dan Tarikh Efektif Peraturan-Peraturan

Embed Size (px)

Citation preview

  • KERTAS RUNDINGAN

    MENGENAI

    RANGKA KERJA SISTEM PREMIUM BERBEZA

    TARIKH DIKELUARKAN: 3 MEI 2007

    TARIKH TUTUP: 2 JULAI 2007

  • MUKA SURAT INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG

  • ISI KANDUNGAN

    Muka Surat 1.0 Pengenalan 1 2.0 Objektif Kertas Rundingan 1 3.0 Proses Rundingan dan Tarikh Efektif Peraturan-Peraturan 2 BAHAGIAN A: PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG 4.0 Peruntukan Undang-undang bagi Membangunkan dan

    Mengenakan Premium Berbeza 3 BAHAGIAN B: RANGKA KERJA SISTEM PREMIUM BERBEZA YANG

    DICADANGKAN 5.0 Skop Aplikasi 4 6.0 Latar Belakang 4 7.0 Objektif 5 8.0 Prinsip Asas 5 9.0 Ciri Utama 6 9.1 Kaedah 6 9.2 Wajaran 7 9.3 Kriteria 8 9.4 Kategori Premium 12 9.5 Lain-lain 14 9.5.1 Institusi Anggota Baru 14 9.5.2 Penggabungan 15 10.0 Tempoh Peralihan 16 11.0 Kadar Premium Tahunan 17 12.0 Kajian Semula 18

  • BAHAGIAN C: PELAPORAN, PENYERAHAN DAN RAYUAN 13.0 Pelaporan dan Penyerahan 20 13.1 Tarikh Rujukan Pelaporan 20 13.2 Tarikh Penyerahan 21 13.3 Integriti Maklumat 22 13.4 Pengiraan dan Pemberitahuan Markah 23 13.5 Ketidakcukupan Maklumat Kuantitatif 24 13.6 Pemfailan Penyerahan Semula 24 13.7 Proses Rayuan 25 BAHAGIAN D: LAMPIRAN Lampiran I Kriteria Kuantitatif 27 Lampiran II Kriteria Kualitatif 51 Lampiran III Ilustrasi 55 BAHAGIAN E: DRAF PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN

    INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (SISTEM PREMIUM BERBEZA) 2007 (DRAF PERATURAN-PERATURAN)

  • SENARAI JADUAL Jadual 1 : Skop Aplikasi 4 Jadual 2 : Ringkasan Kriteria, Penunjuk dan Markah 9 Jadual 3 : Julat Markah dan Kategori Premium 13 Jadual 4 : Julat Markah bagi Nisbah Modal Berwajaran Risiko 30 Jadual 5 : Julat Markah bagi Nisbah Modal Teras 30 Jadual 6 : Julat Markah bagi Nisbah Leverage 30 Jadual 7 : Julat Markah bagi Pulangan atas Aset Berwajaran Risiko 35 Jadual 8 : Julat Markah bagi Min Volatiliti Pulangan yang Dilaraskan 35 Jadual 9 : Julat Markah bagi Nisbah Keefisienan 38 Jadual 10 : Julat Markah bagi Nisbah NPL Bersih kepada Modal Asas 41 Jadual 11 : Julat Markah bagi Nisbah NPL Kasar dan Pinjaman

    Tertunggak Kepada Pinjaman Kasar 41 Jadual 12 : Pinjaman Mengikut Sektor 44 Jadual 13 : Julat Markah bagi Kriteria Penumpuan Aset 45 Jadual 14 : Julat Markah bagi Kriteria Pertumbuhan Aset 49 Jadual 15 : Julat Markah bagi Kriteria Penarafan Pengawalselia 52 Jadual 16 : Julat Markah bagi Kriteria Maklumat Lain 54 Jadual 17 : Pengiraan Jumlah Markah DPS untuk Institusi Anggota M 55 Jadual 18 : Jumlah Markah DPS bagi Institusi Anggota M 56 Jadual 19 : Julat Markah dan Kategori Premium 56 Jadual 20 : Pengiraan Jumlah Markah Kuantitatif bagi Institusi Anggota

    M Ketidakcukupan Maklumat Kuantitatif 57 Jadual 21 : Jumlah Markah DPS bagi Institusi Anggota M 58 Jadual 22 : Julat Markah dan Kategori Premium 58

  • MUKA SURAT INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG

  • 1.0 Pengenalan 1.1 Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) telah ditubuhkan pada

    15 Ogos 2005 berikutan Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 (Akta) atau Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2005. Fungsi utama PIDM adalah untuk memberi perlindungan kepada pendeposit, menyediakan insentif bagi pengurusan risiko yang mantap dan meningkatkan keyakinan di dalam sistem kewangan. Sistem insurans deposit dilancarkan secara rasmi pada 1 September 2005.

    2.0 Objektif Kertas Rundingan 2.1 Tujuan Kertas Rundingan ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan

    komen berhubung rangka kerja sistem premium berbeza (DPS) yang dicadangkan dan draf Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Sistem Premium Berbeza) 2007 (draf Peraturan-Peraturan) yang terdapat di Bahagian E Kertas Rundingan ini.

    2.2 Kertas Rundingan ini mengandungi lima bahagian:

    Bahagian A: Peruntukan Undang-undang Bahagian B: Rangka Kerja Sistem Premium Berbeza yang

    Dicadangkan Bahagian C: Pelaporan, Penyerahan dan Rayuan Bahagian D: Lampiran

    Lampiran I Kriteria Kuantitatif Lampiran II Kriteria Kualitatif Lampiran III Ilustrasi

    Bahagian E: Draf Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Sistem Premium Berbeza) 2007 (draf Peraturan-Peraturan)

    1

  • 3.0 Proses Rundingan dan Tarikh Efektif Peraturan-Peraturan 3.1 Sejajar dengan strategi dan nilai PIDM, suatu pendekatan secara

    rundingan diguna pakai bagi memastikan rangka kerja DPS adalah sesuai dan efektif.

    3.2 PIDM mengalu-alukan komen bertulis daripada pihak yang berminat

    berhubung sebarang aspek Kertas Rundingan ini. Komen tersebut hendaklah diterima tidak lewat dari 2 Julai 2007 dan dihantar kepada:

    Pengurus Besar Bahagian Insurans, Penilaian Risiko dan Pemantauan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia Aras 22, Dataran Kewangan Darul Takaful No. 4, Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Malaysia (Sila tandakan CP DPS di bahagian atas sebelah kiri sampul surat bagi komen bertulis yang dihantar kepada PIDM) Pertanyaan: 03 22607436 Faks: 03 22607431 Emel: [email protected]

    3.3 Kesemua komen akan dijaga pada tahap kerahsiaan yang tinggi. PIDM akan mengumpul komen berkenaan Kertas Rundingan ini dan menyiarkan maklum balasnya, termasuk sebarang pindaan kepada draf Peraturan-Peraturan di laman web PIDM pada penghujung bulan September 2007. Selepas itu, draf Peraturan-Peraturan tersebut akan dikemukakan kepada Peguam Cara Perbendaharaan dan Pejabat Peguam Negara sebagai sebahagian daripada proses perundangan. Oleh yang demikian, mungkin terdapat pindaan dan pembetulan ke atas draf Peraturan-Peraturan tersebut. Draf Peraturan-Peraturan tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan Menteri Kewangan dan pihak awam akan dimaklumkan melalui laman web PIDM apabila Peraturan-Peraturan tersebut berkuatkuasa kelak.

    2

  • BAHAGIAN A: PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG 4.0 Peruntukan Undang-undang bagi Membangunkan dan Mengenakan

    Premium Berbeza 4.1 PIDM boleh membuat peraturan berkenaan penetapan premium tahunan

    bagi institusi anggota di bawah seksyen 48 Akta tersebut. Ini termasuk peraturan berhubung:

    (a) penubuhan sebuah sistem bagi mengklasifikasikan anggota di

    dalam kategori berbeza; dan (b) pengambilkiraan kriteria dan faktor serta pembangunan prosedur

    yang perlu diikuti dalam menetapkan kategori bagi pengklasifikasian institusi anggota.

    4.2 Subseksyen 49(1) Akta tersebut menghendaki PIDM untuk menyediakan

    perlindungan insurans berasingan bagi deposit Islam dan konvensional yang disimpan atau dilabur dengan sesebuah institusi anggota. Seterusnya, dua DPS akan diwujudkan bagi mentaksir premium institusi anggota Islam dan konvensional secara berasingan berdasarkan profil risiko mereka.

    4.3 Setiap institusi anggota mengguna pakai tiga jenis model perniagaan

    yang utama iaitu perbankan konvensional, perbankan Islam dan skim perbankan Islam di dalam perbankan konvensional. Seterusnya, PIDM mengambilkira persamaan dan perbezaan di antara perbankan Islam dan konvensional dalam membangunkan DPS.

    3

  • BAHAGIAN B: RANGKA KERJA SISTEM PREMIUM BERBEZA YANG DICADANGKAN

    5.0 Skop Aplikasi 5.1 Jadual 1 menunjukkan set kriteria DPS yang diguna pakai mengikut

    perniagaan sesebuah entiti.

    Jadual 1: Skop Aplikasi

    Entiti Perniagaan Kriteria DPS Konvensional Kriteria DPS

    Islam

    Konvensional X Institusi Anggota Konvensional Skim Perbankan

    Islam X

    Institusi Anggota Islam Islam X

    6.0 Latar Belakang 6.1 Rangka kerja DPS yang dicadangkan telah dibangunkan hasil daripada

    kajian yang menyeluruh, termasuk lawatan sambil belajar, perbincangan dan sesi temuramah dengan peneraju penginsurans deposit terpilih dan rujukan yang dibuat kepada amalan terbaik antarabangsa.

    6.2 PIDM telah mengkaji beberapa pendekatan dan alternatif yang

    berpotensi bagi mengklasifikasikan institusi anggota kepada kategori berbeza bagi tujuan penentuan premium. Ini termasuk pendekatan yang diguna pakai oleh Canada Deposit Insurance Corporation (CDIC) di Kanada, Federal Deposit Insurance Corporation (FDIC) di Amerika Syarikat, Bank of England (BOE), Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi penarafan. Dengan mengkaji pendekatan tersebut, PIDM berhasrat melaksanakan sebuah rangka kerja yang bersesuaian untuk Malaysia.

    4

  • 6.3 Hasil daripada usaha ini, PIDM bercadang untuk melaksanakan sebuah rangka kerja DPS bagi institusi perbankan Islam dan konvensional yang diadaptasi daripada pendekatan yang diguna pakai oleh FDIC, CDIC, BOE, BNM dan agensi penarafan. Ini kerana pendekatan tersebut telah diuji di dalam situasi sebenar di negara lain dan juga di Malaysia. Ujian menyeluruh berdasarkan kepada data semasa dan terdahulu juga telah dijalankan bagi mengesahkan kesesuaian pendekatan yang dipilih.

    7.0 Objektif

    7.1 Berdasarkan kepada panduan1 yang dikeluarkan oleh Persatuan

    Penginsurans Deposit Antarabangsa (IADI) dan sejajar dengan mandat berkanun PIDM, objektif DPS adalah untuk:

    (1) Menyediakan insentif kepada institusi anggota untuk mengguna

    pakai amalan