Kertas Percubaan PA2 Kedah 2011

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/4/2019 Kertas Percubaan PA2 Kedah 2011

    1/8

    STJLIT900t2BENGAJIAN AM 2SEPT,20tl3 JAM

    90012

    PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK STPM 2OIIANJURANMAJLIS PENGETUA SEKOLAH.SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

    PEI\GAJIAN AMKERTAS 2(TrGA JAM)

    Arahan kepada calon:JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGAANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIANJawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, D dan E dan dua soalandalam bahagian C.Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagitiap{iap bahagian.Markah untuk tiap{iap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

    NOTABersama dengan kertaskertas graf. Jika tidak,peperiksaan.

    soalan ini anda harus rnenerimasila minta daripada pengawas

    Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak[Lihat sebelahSULIT0a12

  • 8/4/2019 Kertas Percubaan PA2 Kedah 2011

    2/8

    STJLIT 2BAHAGIAI{ A

    900t2

    Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan ,yang panjangnya antara 250hingga 300 patah perkataan. [25 markah]I Pulau Pinang semakin popular selepas Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan

    Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf Georgetown sebagai TapakWarisan Dunia padaT Julai 2008.Jelaskan kepentingan p6ngiktirafan ini dan langkah-langkah untuk mempopularkan TapakWarisan Dunia yang terdapat di Malaysia.

    2 Kegiatan merempit hangat diperkatakan melalui media massa sama ada media cetakataupun media elektronik. Walaupun kadang kala kegiatan ini berakhir dengan tragedi.namun masih ramai lagi yang tidak serik-serik untuk melakukan aktiviti tersebut.Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan gejala ini berleluasa dan langkah-langkahmenanganinya.

    BAHAGIAN BPilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250hingga 300 patah perkataan. [25 markah]

    3 Bunyi yang tidak disukai akan memberi ketidakselesaan kepada manusia. Bunyi tersebuttidak memberikan apa-apa informasi dan kekuatannya sering berubah secara mendadakdari semasa ke semasa.Bincangkan faktor-faktor pencemaran bunyi dan kesannya kepada manusia.

    4 Teknologi Hijau ialah pengaplikasian penggunaan sains alam sekitar untuk memeliharasumber dan alam sekitar semula jadi serta mengawal kesan negatif aktiviti manusia,Bincangkan kepentingan teknologi hijau kepada manusia.

    90012 STJLIT

  • 8/4/2019 Kertas Percubaan PA2 Kedah 2011

    3/8

    ST]LIT 3BAHAGIAN C

    e00t2

    Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian iri.' satu daripoda soalan 5(a) atau 5(b) dan satulagi daripada soolan 6(a) atau 6(b)

    5 (a) "Bagi merealisasikan matlamat pembangunan modal insan, negara sentiasa berusahamenyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagaibidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu,berke.vakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopansantun. berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekaldan berdaya saing.''

    (Dipetik daripada Arbain Muhayat,www.ipislam.edu.my, 2 1 Disember 2008)

    Apakah yang dimaksudkan dengan modal insan?Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kepentinganpembangunan modal insan?

    ATAU5 (b) "Ciri penting yang menunjukkan seseorang pelajar itu menghadapi kecelaruan tingkahlaku ialah berkelakuan ganas. Mereka juga merasa tidak berguna, anti sosial dan rasa rendah diri.Hal ini akan menyebabkan mereka sering terlibat dengan tingkah laku buruk seperti merosakkanharta benda, mencuri dan membuli semata-mata untuk menimbulkan perasaan yangmenyeronokkan dalam diri mereka."

    (i)(ii)

    (i)

    (ii )

    (Dipetik dan diubah suai daripadaKonflik Pelajar Agresif, Ganas dan Memberontak,Dev,an Masyarakal, Julai 2009)

    Apakah ciri yang menunjukkan seseorang pelajar berhadapan dengan masalah kecelaruantingkah laku?Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah yangboleh diambil oleh ibu bapa bagi mengatasi masalah kecelaruan tingkah laku anak-airak?

    90at2 SL]LIT

  • 8/4/2019 Kertas Percubaan PA2 Kedah 2011

    4/8

    SI.JLIT 900126 (a) "Sampah atau lebih dikenali sebagai sisa pepejal dari segi teknikal dikelaskan sebagaisumber. Sumber sisa pepejal perbandaran jika diuruskan secara mampan boleh digunakan untukpelbagai tujuan. Salah satunya sebagai sumber gas untuk bekalan elektrik yang merupakansebahagian daripada pengurusan pembangunan mampan dan teras kepada pembangunanteknologi hijau."

    (Dipetik dan diubah suai daripadaTenaga Boleh Diperbaharui daripada Sisa pepejal,Dewan Kosmik, Ogos 2010)Apakah yang dimaksudkan dengan sampah?Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan manfaat daripadapengurusan sisa pepejal yang dilakukan secara sistematik.

    (i)(ii)

    (i)(ii)

    ATAU6 (b) "Batu karang termasuk terumbu karang, bunga karang dan juga batu karang jenis hidupanmerupakan struktur arogonit yang dihasilkan oleh organisme hidup yang boleh didapati diperairan laut yang mengandungi nutrien. Karang tersebut akan terbentuk melalui proges biologidan fizikal termasuk proses pemejalwapan dari persekitaran laut masin dan air tawar"

    (Dipetik dan diubah suai daripadaBatu Karang Hidupan Marin yang Unik,Dewan Kosmik, Fabruari 201 I )

    Apakah yang dimaksudkan dengan batu karang?Dengan menggunakan tidak lebih daripadaberlakunya ancaman terhadap terumbu karanghidupan tersebut?

    50 patah perkataan, nyatakan puncahingga mernbawa kepada kepupusan

    900t2 SULIT

  • 8/4/2019 Kertas Percubaan PA2 Kedah 2011

    5/8

    SULIT 5BAHAGIAN D

    9A0n

    Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.[15 markah]

    7 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuaiuntuk menunjukkan panjang jalan raya mengikut jenis dan bidang kuasa mengurus dalam jangkamasa yang diliputi.

    Jalan raya digunakan sebagai alat perhubungan utama di Malaysia ini dibahagi kepadapelbagai jenis dan diuruskan oleh Kera,jaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

    Jalan raya berturap paling panjang terdapat di Malaysia berbanding dengan jalan raya jenislain. Pada tahun 2000, daripada jumlah besar 66445km jalan raya di seluruh Malaysia 5062lkmmerupakan jalan raya berturap. Daripada jumlah ini, Kerajaan Persekutuan menguruskan jalanberturap sepanjang 14776km. Pada tahun yang sama, jalan kerikil yang diuruskan oleh KerajaanNegeri adalah sebanyak I l64lkm manakala Kerajaan Persekutuan cuma mengurus 352kmsahaja. Bagi jalan tanah pula, Kerajaan Persekutuan menguruskan sepanjang 503km manakalabakinya diuruskan oleh Kerajaan Negeri.

    Pada tahun 2002 pula, tiada banyak perubahan yang dicatat dalam pengurusan jalan berturapoleh Kerajaan Persekutuan yang mencatatkan l4891km kalau dibandingkan dengan nilai 2 tahundahulu. Tetapi, jalan berturap yang diurus oleh Kerajaan Negeri telah meningkat sebanyak56l2km berbanding dengan tahun 2000. Jalan kerikil yang diurus oleh Kerajaan Persekutuanpada tahun 2002 kekal panjangnya seperti tahun 2000. Cuma jalan kerikil yang diurus olehKerajaan Negeri mencatatkan peningkatan kecil menjadi ll659km. Daripada jumlah besar72l65krn jalan raya tahun 2002, Kerajaan Persekutuan cuma mengurus 503km jalan tanahmanakala bakinya diurus oleh Kerajaan Negeri.

    Pada tahun 2004 pula, jumlah panjang jalan raya di Malaysia telah meningkat sebanyak5530km berbanding dengan tahun 2002. Jalan berturap pada tahun tersebut adalah sepanjang59254krn, yang pengurusannya oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah15917km dan 43337km masing-masing. Jalan kerikil yang diurus Kerajaan Persekutuan telahberkurangan sedikit kepanjangannya dan cuma mencatatkan I l4km sahaja. Sebaliknya, jalankerikil yang diurus oleh Kerajaan Negeri telah meningkat sebanyak 3365km jika dibandingkandengan tahun 2002. Manakala, jalan tanah yang diurus kedua-dua Kerajaan Persekutuan danKerajaan Negeri menurun kepanjangannya kepada 243Wn untuk Kerajaan Persekutuan dan3060km untuk Kerajaan Negeri.

    Sebenarnya, pembinaan dan pengurusan jalan merupakan projek yang banyak menelanbelanja. Namun demikian, kerajaan mengarahkan agar peruntukan wang untgk projek iniditeruskan demi kebajikan sosial rakyatnya. (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripadaJabatan Kerja Raya Malaysia, 2005)90012 SULIT

  • 8/4/2019 Kertas Percubaan PA2 Kedah 2011

    6/8

    SI-JLIT 900t28' Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan grafyang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan eksport barangan pembuatan Malaysia antaratahun 2006 dengan2007.Eksport barangan pembuatan Malaysia pada tahun 2007 telah menunjukkan sedikitpeningkatan berbanding pada tahun 2006.Setelah mencatatkan kejatuhan yang ketara sebanyak 5.3 peratus pada tahun 2006, eksportbarangan elektronik, jentera dan perkakasan elektrik terus merosot daripada RM300,7g7 jutapada tahun 2006 kepada RM288,326 juta pada tahun 2007. Kemerosotan ini disebabkan olehpeningkatan nilai ringgit yang menyebabkan harga barangan keluaran Malaysia menjadi agaktinggi di pasaran dunia.

    Selaras dengan usaha kerajaan untuk terus memelihara sumber perhutanan, pengeksportanproduk kayu tidak banyak berubah, iaitu daripada RM14,791 juta pada tahun 2006 kepadaRMl4,39l juta pada tahun 2007. Pada tahun 200T,pengeksportan produk getah pula mengalamiperubahan yang agak sedikit, iaitu daripada RM9,332 juta pada tahun 2006 kepada RMl0,5ggjuta pada tahun 2007. Namun begitu, Malaysia masih mengekalkan kedudukannya sebagaipengeluar utama produk getah dengan menyumbang sebanyak 47 peratus daripada keperluandunia.Usaha untuk mempelbagaikan produk petroleum telah berjaya meningkatkan nilai eksportnya.Pada tahun 2006 eksport produk petroleum bernilai RM23,930 juta dan telah menokok sebanyakRM2,l59 juta pada tahun 2007. Selain itu, hasil petroleum juga turut membantu perkembangandalam pengeksportan kimia, produk kimia dan plastik. Pada tahun 2006 nilai eksport kimia,produk kimia dan plastik adalah sebanyak RM37,716 juta dan telah melonjak kepada RNl4l,S7Zjuta pada tahun 2007.Eksport kelengkapan pengangkutan seperti alat ganti dan aksesori kenderaaan telahmengalami penyusutan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh persaingan daripadanegara pengeluar lain yang dapat menawarkan harga yang lebih murah. Pada tahun 2006 nilaieksport sebanyak RM8,559 juta menyusut kepada RM8,384 juta. Eksport besi, keluli dan produklogam telah mengalami peningkatan yang agak ketara. Negara pengimport utama produk iniialah China, yang sedang dalam persiipan akhir untuk menjadi tuan rumah kepada Sukan

    Olimpik Beijing 2008. Eksport pada tahun 2007 adalah sebanyak RM26,695 juta setelahmengalami peningkatan sebanyak RNl3,7 7 4j uta daripada tahun sebelumnya.Tekstil, pakaian dan kasut antara barangan eksport Malaysia yang mendapat sainganhebat daripada negara pengeluar lain, terutamanya negara China. Keadaan ini telatr menyebub[annilai eksportnya mengalami sedikit kemerosotan, iaitu RM I 0,925 juta dan RM 10,63 I juia.

    (Dipetik dan diubahsuaikan daripadaLaporan Tahunan Jabatan Perangkaan Malaysia 200g)

    90012 STJLIT

  • 8/4/2019 Kertas Percubaan PA2 Kedah 2011

    7/8

    SULIT2

    Jawab satu soalan

    7BAHAGIAN E

    sahaja dalam bahagian ini.

    90012

    [ 5 markah]

    9 Berdasarkan jadual I dan jadual 2 di bawah, tafsirkan hubung kait yang wujud antarakeluasan kawasan penternakan akuakultur air tawar dengan pengeluaran hasil bagi jenis ternakanyang dinyatakan dari tahun 2005 hingga2007.Jadual I

    Malaysia: Keluasan Kawasan Penternakan Akuakultur Air Tawar dari Tahun 2005 hingga2007

    Jadual 2Malaysia: Pengeluaran Hasil Penternakan Akuakultur Air Tawar dari Tahun 2005 hingga2007

    (Dipetik dan diubah suai daripadaBuku Tahunan Perangkaan Malaysia 2007)

    SULIT

    Jenis Ternakan Keluasan Kawasan Penternakan (hektar)200s 2006 2007Kolam 44925.3 4981 .7 5t64.7Bekas lombong 1688.8 1537.r t4t4.0Sangkar 254077.4 27 1996.5 285600.0Tangki simen r07984.8 r 06 I 83.8 103600.0Kandang 92.s 92.9 97 .sJI.JMLAH 408 7 68.4 3 84792.0 39s 87 6.2

    Jenis Ternakan Pengeluaran Hasil Penternakan (tan metrik)2005 2006 20a7Kolam 41963.3 4241I .7 $at0.9Bekas lombong 11534.3 10182.1 105 63.6Sangkar 6254.2 781 7 .7 8l 80.6

    Tangki simen 1 802.8 3049.9 3157 .9Kandang 402.0 264.7 27 4.8JUMLAH 61956.6 63725.1 64t87.8

    90012

  • 8/4/2019 Kertas Percubaan PA2 Kedah 2011

    8/8

    SULIT 810 Berdasarkan rajah di bawah, terangkan arah aliranpeluang mendapat pekerj aan.

    LALUANAI(ADEMIK

    pendidikan untuk meningkatkan9A0D

    MENGARUSPERDANA PENDIDIKAN TEKNIKALDAN LATIHAN VOKASIONAL (TEVT): DWI-LALUAN

    KE ARAH MENDAPAT PEKERJAANPetunj uk:r Peralihan Laluan

    LALUANTEKNII(AL

    PEKERJAAN

    lnstitusi TEVT termasuk lnstitrrt Kemahirar MARA, lnstitrt Latihan Perindustrian dan lnstitut Kemahiran Belia NegaraInstitusi TEVT Peringka( Tinggi termasuk Instinrt Jerman-Malaysia, lnstiUt Teknikal Jepun-Malaysia dan Kolej Kemahiran TinggiMARA

    Sumber: Unit Perancang EkonomiKementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Ti lggi

    Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

    Sekolah Menengah TeknikSekolah Menengah AliranVokasional

    AliranTeknikal

    MatrikulastingkatanEnam Politeknik Kolej

    Komuniti InstitusiTEVTPeringkatTinggi

    2

    Universiti

    90an SULIT