43
KERTAS PENERANGAN PROGRAM / PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK MODUL CODE ETN 104 TAJUK MODUL PRINCIPLES OF ELECTRICAL ENGINEERING LEVEL 1 SEMESTER 1 KREDIT UNIT 3.0 CONTACT HOUR 4.0 HOURS / WEEK FACE TO FACE KEBOLEHAN / COMPETENCY 4.1 PASSIVE COMPONENT (R.L.C) 4.2 PASSIVE COMPONENT SERVICEBILITY 4.3 CIRCUIT FOR CHARACTERISTIC TEST 4.4 PASSIVE COMPONENT CIRCUIT OBJEKTIF PENCAPAIAN AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE AT THE END OF THIS MODULE, TRAINEES WILL BE ABLE TO: I. TEST OF PASSIVE COMPONENTS (R.L.C.) II. TEST OF PASSIVE COMPONENTS (R.L.C.) III. SET UP CIRCUIT FOR CHARACTERISTIC TEST IV. CONSTRUCT PASSIVE COMPONENT CIRCUIT NO. KOD ETN 104/ M04/ C01- 04 MUKA : 1 Drp : 39 UNIT TEKNOLOGI ELEKTRONIK JABATAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN 70400 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kertas penerangan

Citation preview

Page 1: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

KERTAS PENERANGAN

PROGRAM / PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK

MODUL CODE ETN 104

TAJUK MODUL PRINCIPLES OF ELECTRICAL ENGINEERING

LEVEL 1 SEMESTER 1

KREDIT UNIT 3.0

CONTACT HOUR 4.0 HOURS / WEEK FACE TO FACE

KEBOLEHAN / COMPETENCY

4.1 PASSIVE COMPONENT (R.L.C)

4.2 PASSIVE COMPONENT SERVICEBILITY

4.3 CIRCUIT FOR CHARACTERISTIC TEST

4.4 PASSIVE COMPONENT CIRCUIT

OBJEKTIF PENCAPAIAN AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE

AT THE END OF THIS MODULE, TRAINEES WILL BE ABLE TO:

I. TEST OF PASSIVE COMPONENTS (R.L.C.)

II. TEST OF PASSIVE COMPONENTS (R.L.C.)

III. SET UP CIRCUIT FOR CHARACTERISTIC TEST

IV. CONSTRUCT PASSIVE COMPONENT CIRCUIT

NO. KOD ETN 104/ M04/ C01- 04 MUKA : 1 Drp : 39

NAMA PELATIH: TARIKH:

DISEDIAKAN OLEH: PN ROHAINON BINTI MISMAN

UNIT TEKNOLOGI ELEKTRONIKJABATAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK

KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN70400 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

Page 2: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 2 drp : 39

PERINTANG

Perintang ialah komponen yang mempunyai nilai rintangan tertentu. Unit bagi rintangan ialah Ohm, Ω Perintang berfungsi melawan arus dalam litar elektrik.lebih besar nilai rintangan

maka semakin besar halangannya terhadap arus begitu juga sebaliknya. Rajah 1 menunjukkan pelbagai jenis perintang

Rajah 1 contoh perintang

Jadual 1 menunjukkan simbol perintang mengikut jenis:

FIXED RESISTOR

RHEOSTAT

POTIENTIOMETER

PRESET

THERMISTOR

VARISTOR

SYMBOLTYPESNUM

1

4

5

2

6

to

Jadual 1

BIL JENIS SIMBOL

Perintang Tetap

Reostat

Perintang boleh ubah

Preaset

Thermistor

Varistor

3

Page 3: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 3 drp : 39

Dua ciri perintang ialah ia mempunyai nilai rintangan dan kadaran kuasa. Nilai rintangan sesuatu perintang dinyatakan dalam bentuk kod warna yang

dicetak pada badan perintang tersebut. Kod warna dan cara membaca nilai perintang adalah seperti ditunjukkan dalam

Jadual 2 dan Rajah 2.

Kod Warna Nilai Pendaraban Had Terima

Hitam 0 1

Coklat 1 10 ±1%

Merah 2 100 ±2%

Oren 3 1000 ±3%

Kuning 4 10000 ±4%

Hijau 5 100000 -

Biru 6 1000000 -

Unggu 7 10000000 -

Kelabu 8 100000000 -

Putih 9 1000000000 -

Emas - 0.1 ±5%

Perak - 0.01 ±10%

Tanpa warna - ±20%

Jadual 2 Kod warna

Rajah 2 contoh penentu nilai perintang

Page 4: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 4 drp : 39

nilai perintang boleh juga dikenalpasti melalui kedah kod tercetak seperti di rajah 3 dan rajah 4.

Rajah 3 Perintang kod tercetak

Rajah 4 contoh penentu nilai perintang

Page 5: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 5 drp : 39

Kadaran kuasa ialah jumlah maksimum kuasa yang boleh dilesap oleh perintang tanpa merosakkannya.Kadaran kuasa ditentukan oleh jenis bahan yang digunakan, saiz dan juga bentuk perintang tersebut.

Perintang mempunyai kadaran kuasa seperti ⅛ W,¼ W,½ W, 1 W sehingga 225 W.

Perintang yang mempunyai kadaran kuasa melebihi 2W dinamai perintang kuasa.Rajah 5 menunjukkan contoh perintang kuasa.

Rajah 5 Perintang kuasa

Dua kegunaan perintang dalam litar elektrik adalah sebagai:

a. Penghad arusSemakin tinggi nilai rintangan semakin kecil nilai arus dalam litar.

b. Pembahagi voltan.Menyediakan susutan tertentu voltan pada litar bergantung kepada keperluan.

KEGUNAAN DAN JENIS-JENIS PERINTANG

Terdapat dua jenis perintang iaitu perintang tetap dan perintang boleh ubah. Perintang tetap diperbuat daripada karbon, belitan dawai dan juga filem nipis.

Jadual 3 menunjukkan perbezaan perintang-perintang tersebut.

Perintang karbon Perintang belitan dawai Perintang filem nipis

Murah Mahal Mahal

Berketepatan rendah Berketepatan tinggi Berketetapan tinggi

Berkadaran kuasa rendah Berkadaran kuasa tinggi Berkadaran kuasa tinggi

Jadual 3

Perintang boleh ubah direka supaya nilai rintangannya bolrh diubah dengan mudah.

Ia diperbuat daripada karbon dan belitan dawai.

Page 6: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 6 drp : 39

Perintang boleh ubah juga digunakan untuk menghad arus dan membahagi nilai voltan dalam litar. Apabila digunakan untuk mengawal voltan ia dinamai meter upaya dan apabila digunakan untuk mengawal arus ia dinamai reostat.

Simbol untuk perintang boleh ubah untuk aplikasi meter upaya dan reostst ditunjukkan dalam rajah 6.

Rajah 6 Simbol perintang boleh ubah mengikut aplikasi

KEROSAKAN DAN PENGUJIAN PERINTANG

Kerosakan pada perintang lazimnya terbuka dan juga pertambahan nilai rintangan.

Nilai rintangan sesuatu perintang boleh diukur dengan menggunakan meter ohm seperti ditunjukkan dalam Rajah 7.

Nilai rintangan juga boleh diukur dengan menggunakan meter LCR. Rajah 8 menunjukkan meter LCR.

Rajah 7 Pengukuran nilai perintang menggunakan meter pelbagai

Rajah 8 Meter LCR

Page 7: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 7 drp : 39

SOALAN LATIHAN

1.Beri nilai rintangan bagi perintang berkod warna berikut:

a. oren,unggu ,coklat dan emasb. coklat,kelabu,merah dan perak

2. Nyatakan apakah kod warna untuk perintang yang bernilai:

a. 2kΩ ± 5%b. 470Ω± 10%

3. Namakan dua jenis kerosakkan pada perintang?

4.Selain menggunakan kod warna, nyatakan cara lain nilai perintang dilebelkan.

Page 8: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 8 drp : 39

PEARUH

Pearuh mempunyai nilai tertentu kearuhan, L.Kearuhan ialah keupayaan sesuatu pengalir untuk menghasilkan voltan teraruh apabila arus berubah dalam pengalir tersebut.

Unit untuk kearuhan ialah Henry, H.Simbol pearuh ditunjukkan dalam Rajah 9.

Rajah 9 Simbol pearuh

BINAAN DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEARUHAN.

Pearuh merupakan gegelung pengalir seperti ditunjukkan dalam Rajah 10. Teras pearuh ialah bar yang diperbuat daripada bahan ferit serbuk besi. Pearuh yang tidak mempunyai teras bar menjadikan udara sebagai terasnya. Pearuh terdapat dalam bentuk tetap dan boleh ubah. Rajah 11 menunjukkan pearuh boleh ubah.

Rajah 10 Binaan pearuh

Rajah 11 Pearuh boleh ubah

Nilai kearuhan dipengaruhi oleh;

Page 9: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 9 drp : 39

a. Bilangan belitan gegelung.Lebih banyak bilangan belitan bererti lebih tinggi voltan yang akan teraruh.

b. Jarak lilitan.Jika jarak lilitan dekat bererti medan magnetic lebih tertumpu.Oleh itu nilai kearuhan adalah tinggi.

c. Jenis teras.Setiap teras mempunyai kebolehtelapannya yang tersendiri.Semakin tinggi nilai kebolehtelapan semakin tinggi nilai kearuhan.

d. Diameter lilitan.Lilitan yang berdiameter besar mempunyai kearuhan yang lebih tinggi.

e. Magnitud arus.Semakin besar nilai arus yang mengalir dalam gegelung semakin besar

kuasa magnet yang dihasilkan.f. Saiz dawai.

semakin besar saiz dawai semakin kurang nilai rintangan gegelung dan ini mempengaruhi nilai arus dalam gegelung tersebut.

KEROSAKAN DAN PENGUJIAN PEARUH

Pearuh boleh diuji menggunakan meter ohm dan meter LCR. Kerosakan yang sering berlaku pada pearuh ialah terbuka dan terpintas. Kerosakan terbuka boleh diuji menggunakan ohm meter. Jika nilai rintangannya infiniti, pearuh tersebut mengalami kerosakan

terbuka. Kerosakan terpintas yang berlaku di antara beberpa belitan sesuatu pearuh

sukar dikesan menggunakan meter ohm.Ini kerana perubahan nilai ohmnya adalah terlalu kecil untuk dikesan oleh meter ohm.

Cara terbaik membuat pengujian ini ialah dengan menggunakan meter LCR yang akan menunjukkan pengurangan nilai kearuhan pearuh tersebut.

# semasa membuat pengujian ini pastikan pearuh diputuskan sambungannya dari komponen lain.

SOALAN LATIHAN

1. Berikan takrif kearuhan.

2. Apakah jenis kerosakkan yang berlaku kepada pearuh apabila nilai rintangannya infiniti?

3. Nyatakan 6 faktor yang mempengaruhi kearuhan.

PEMUAT

Page 10: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 10 drp : 39

Pemuat ialah komponen elektronik yang mempunyai nilai tertentu kemutan, C. Kemuatan ditakrifkan sebagai keupayaan untuk menyimpan cas elektrik. Unit untuk kemuatan adalah farad,F. Dua cirri penting pemuat ialah ia mempunyai nilai kemuatan dan kadaran voltan. Terdapat dua kaedah menyatakan nilai pemuat:

a. Kod warna seperti jadual 4.

0 HITAM

1 COKLAT

2 MERAH

3 OREN

4 KUNING

5 HIJAU

6 BIRU

7 UNGU

8 KELABU

9 PUTIH

0.1 5% EMAS

0.01 10% PERAK

0.001 20% TIADA WARNA

Jadual 4 Kod warna Pemuat

b. Kod tercetak seperti di Rajah 12 Nombor pertama adalah digit pertama Nombor kedua adalah digit kedua Nombor ketiga adalah jumlah sifar, Nilai kemuatan adalah pF. Huruf yang terdapat pada badan kapasitor adalah

nilai tolerans.

Contoh:   102   adalah 1000pF = 1nF   (bukan 102pF!) Contoh:   472J adalah 4700pF = 4.7nF (J bermaksud 5% tolerans).

Nilai bagi kapasitor seramik

Rajah12

Page 11: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 11 drp : 39

223 = ( 22 x 1000 ) pF = 22 x 10-9F = 22 nF = 22 x 10-3 x 10-6F = 0.022 µF

101 = ( 10 x 10 ) pF = 1 x 10-4 x 10-6F

= 0.0001 µF = 1 x 10-1 x 10-9

= 0.1 nF

Kadaran voltan ialah nilai voltan tertinggi yang boleh dibekalkan ke pemuat tanpa merosakkannya.

Nilai kadaran voltan sesuatu pemuat yang dipilih untuk digunakan dalam litar mestilah sentiasa lebih tinggi daripada nilai voltan pada litar.

Antara aplikasi terpenting pemuat ialah sebagai penyimpan cas elektrik seperti yang terdapat pada bekalan voltan sokongan dan juga penapis bekalan kuasa AT.

JENIS-JENIS PEMUAT

Pemuat terdapat dalam bentuk pemuat tetap dan pemuat boleh ubah. Terdapat beberapa jenis pemuat tetap, antaranya pemuat seramik, kertas, udara

dan elektrolitik. pemuat jenis elektrolitik mempunyai kekutuban dan ia mesti disambung

mengikut kekutuban yang betul dalam litar. Rajah 13 menunjukkan beberapa jenis pemuat.Rajah 14 pula menunjukkan

symbol pemuat tetap.

Rajah 13 Pelbagai jenis pemuat

Rajah 14 Simbol pemuat

Page 12: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 12 drp : 39

Pemuat boleh ubah digunakan untuk membuat pelarasan halus pada litar. Ia mempunyai dielektrik seramik atau mika Rajah 15 menunjukkan contoh pemuat boleh ubah.

Rajah 15 Pemuat boleh ubahBINAAN PEMUAT

Pemuat terbina dari dua plat logam yang dipisahkan oleh bahan penebat yang dinamai dielektrik.Rajah 16 menunjukkan binaan pemuat.

Rajah 16 Binaan pemuat

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NILAI KEMUATAN.

Empat faktor yang mempengaruhi nilai kemuatan sesuatu pemuat ialah:

a. Jarak antara plat.Nilai kemuatan akan bertambah jika jarak antara plat logam berkurangan.

b. Luas permukaan plat.Semakin besar luas permukaan plat semakin tinggi nilai kemuatan.

c. Jenis dielektrik.Setiap dielektrik mempunyai pemalarnya tersendiri yang dinamai kebertelusan.Nilai kebertelusan dielektrik adalah berkadar terus dengan nilai kemuatan.

d. Suhu persekitaran.

Nilai kemuatan adalah berkadar terus dengan luas permukaan plat dan nilai kebertelusan dielektrik,tetapi berkadar songsang dengan jarak antara plat.

MENGECAS DAN MENYAHCAS PEMUAT

Page 13: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 13 drp : 39

Apabila pemuat disambung dengan sumber bekalan.Proses mengecas berlaku. Pengumpulan cas menyebabkan wujudnya beza upaya antara kedua- dua plat

pada pemuat tersebut. Proses mengecas terhenti dengan sendiri apabila beza upaya antara dua plat pada pemuat sama dengan voltan sumber bekalan.

Proses nyahcas berlaku apabila laluan pengalir disambung antara dua plat pada pemuat.Ini berlaku sehingga nilai voltan antara plat pemuat menjadi kosong.

Rajah 17 menunjukkan proses mengecas dan menyahcas pemuat pada litar elektrik.

Rajah 17 mengecas dan menyahcas pemuat

KEROSAKAN DAN PENGUJIAN PEMUAT

Jenis kerosakan pada pemuat ialah terpintas, bocor dan terbuka. Pemuat boleh diuji menggunakan meter LCR dan meter pelbagai. Meter LCR member nilai kemuatan sesuatu pemuat. Jika nilai kemuatan yang

dibaca tidak menepati spesifikasi, ia mungkin rosak sama ada bocor,terpintas atau terbuka bergantung kepada nilai bacaan yang diberi.

Meter pelbagai juga boleh digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu pemuat itu berkeadaan baik atau tidak.

Pemuat yang baik apabila diuji dengan menggunakan meter pelbagai akan menunjukkan keadaan-keadaan seperti berikut:

Page 14: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 14 drp : 39

a. Berikut merupakan keadaan pemuat yang rosak apabila diuji menggunakan meter ohm:Pemuat yang terpintas – tidak mengecas, jarum meter akan kekal di nilai 0.pemuat yang terbuka – tidak mengecas, jarum meter sentiasa menunjukkan bacaan infiniti.

b. Pemuat yang bocor boleh diuji menggunakan meter LCR.

SOALAN LATIHAN

1. Rajah 18 menunjukkan binaan asas sebuah pemuat. Namakan bahagian yang berlebel A dan B

Rajah 18

A ……………………………...

B ……………………………...

Page 15: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 15 drp : 39

Rajah 19

2 Tentukan nilai pemuat seramik pada Rajah 19.

.................................................................................................................................

3. Nyatakan 4 faktor yang mempengaruhi kapasitor.

i. ......................................................................................................................

ii. ......................................................................................................................

iii. ......................................................................................................................

iv. ......................................................................................................................

4. Apakah jenis kerosakan yang berlaku kepada pemuat jika nilai rintangannya 0Ω.

104

Page 16: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 16 drp : 39

HUKUM OHM

c.Hukum Ohm menyatakan bahawa dalam suatu litar, arus yang mengalir berkadar terus dengan voltan dan berkadar songsang dengan rintangan beban pada suhu tetap.d.Pernyataan Hukum Ohm dapat ditulis sebagai:

e.Hukum Ohm digunakan untuk menyelesaikan penghitungan nilai kuantiti elektrik dalam litar elektrik.

Page 17: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 17 drp : 39

Contoh 1

Hitung arus yang mengalir melalui perintang100Ω jika susut voltan yang merentasiperintang tersebut ialah 2 V.

R = 100Ω dan V = 2 V.

I = V = 2V R 100Ω

= 0.02 A

= 20 mA

Latihan

1. Hitung arus yang mengalir melalui beban 4.7 k? jika punca voltan 24 V.

2. Hitung nilai voltan yang dapat mengalirkan arus sebanyak 2.5 mA melalui rintangan beban 2.7 kΩ.

3. Hitung nilai susut voltan pada perintang 1 k? dan 10 k? jika arus 0.5 mA mengalir melalui kedua-dua perintang tersebut.

Page 18: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 18 drp : 39

HUKUM KIRCHOFF

f. Hukum Kirchoff merupakan hukum yang penting dan dapat membantu dalam menentukan nilai kuantiti elektrik seperti arus, susut voltan dan lesapan kuasa dalam litar elektrik.g.Terdapat dua Hukum Kirchoff iaitu :

a. Hukum Arus Kirchoff (HAK)b. Hukum Voltan Kirchoff (HVK)

HUKUM ARUS KIRCHOFF (HAK)

h.Hukum Arus Kirchoff menyatakan bahawa dalam suatu litar lengkap, jumlah algebra arus yang masuk dan keluar nod sama dengan sifar.i. Merujuk kepada Rajah 20, persamaan nod A dapat ditulis sebagai berikut:

Rajah 20

Jumlah algebra arus yang masuk dan keluar nod = 0 I1 + I2 + I4 + ( -I3 ) + ( -I5 ) = 0 I1 + I2 + I4 = I3 + I5 Jumlah srus masuk nod = Jumlah arus keluar nod

j. Hukum Arus Kirchhoff digunakan untuk menentukan nilai arus cabang dalam litar pembahagi arus atau litar selari.

Contoh 2.

Rajah 21

Page 19: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 19 drp : 39

Merujuk Rajah 21, hitung nilai arus Ix

Menurut Hukum Arus Kirchhoff,Jumlah arus masuk nod = Jumlah arus keluar nod I1 + Ix + I3 = I2 + I4

Ix = I2 + I4 – I1 – I3

= 7A + 2A – 5A – 1A = 3A

HUKUM VOLTAN KIRCHOFF (HVK)

k.Hukum Voltan kirchoff menyatakan bahawa pada suatu gelung dalam litar lengkap, jumlah voltan punca bersamaan dengan jumlah yang susut pada beban.

l. Merujuk Rajah 22, jumlah voltan punca = jumlah susut voltan; Vs = V1 + V2 + V3

Rajah 22

Contoh 3

Rajah 23

Merujuk Rajah 23, hitung nilai punca voltan, Vs

Menurut Hukum Voltan Kirchoff , Persamaan gelung bagi litar adalah:Jumlah voltan punca = jumlah voltan susut

Vs = V1 + V2 = 5V + 8V

= 13V

Latihan

Page 20: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 20 drp : 39

1. Berikan takrif Hukum Kirchhoff dan Hukum Voltan Kirchoff.

...........................................................................................................................................

...........................................................................................................................................

...........................................................................................................................................

...........................................................................................................................................

2. Merujuk Rajah A dan Rajah b hitung nilai IY dengan menggunakan Hukum arus Kirchhoff.

Rajah A

Rajah B

3. Dengan menggunakan hukum Ohm dan Hukum Voltan Kirchhoff hitung nilai berikut:

Page 21: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 21 drp : 39

a) Arus rintangan R1 dan R2 dan punca voltan dalam Rajah C .b) R1 , R2 dan Vs1 dalam Rajah D.

Rajah C

Rajah D

PERINTANG (JENIS-JENIS LITAR )

Page 22: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 22 drp : 39

Terdapat tiga jenis litar elektrik merujuk kepada sambungan beban iaitu:

1. litar Siri

Rajah 24

Rajah 24 menunjukkan litar siri kerana ketiga-tiga bebannya R1,R2 dan R3 disambung siri di antara satu sama lain. Menurut Hukum Voltan Kirchoff, persamaan gelung bagi llitar ialah Vs = V1 + V2 + V3

Arus, I yang mengalir melalui setiapp perintang dalam litar siri adalah sama. Jika terdapat sebanyak n perintang dalam litar siri, persamaan gelung

ialah;

Daripada persamaan gelung di atas IR3 = IR1 + IR2 +...... IRn dan jumlah rintangan litar,

Lesapan kuasa pada setiap perintang dalam litar masing-masing dinyatakan sebagai P1, P2....... Pn seperti berikut:

Jumlah lesapan kuasa,

Page 23: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 23 drp : 39

atau pun, jumlah lesapan kuasa litar,

Contoh 4

Rajah 25Penyelesaian

a. Jumlah rintangan,

b. Arus litar,

c. Susut voltan pada perintang ,

d. Voltan pada titik X,

e. Lesapan kuasa pada perintang R4,

Latihan

Rajah 25 menunjukkan litar siri,hitung nilai berikut:

a. Jumlah rintangan litar,Rj

b. Arus litar.Ic. Susut Voltan pada perintang

R2.d. Voltan pada titik X.e. Lesapan kuasa pada

perintang R4

Page 24: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 24 drp : 39

1. Rajah E menunjukkan satu punca voltan yang disambung kepada tiga perintang dalam litar siri.Hitung:

Rajah E

a) Arus Litar, I,b) Punca voltan, vs

c) Susut voltan pada R1 dan R3

d) Jumlah lesapan kuasa litar, PJ

2. Hitung jumlah rintangan bagi litar yang terdiri daripada lapan perintang 330 Ωsetiap satu yang disambung bersiri.Hitung nilai arus litar jika punca voltan 12 v dibekalkan kepada litar tersebut.

2. Litar Selari

Page 25: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 25 drp : 39

Rajah 26

Rajah 26 menunjukkan litar selari kerana ketiga-tiga bebannya R1,R2 dan R3 disambung selari di antara satu sama lain.Menurut Hukum Arus Kirchoff, jumlah arus litar ialah Ij = I1 + I2 + I3

Susut voltan pada setiap perintang adalah sama. Sekiranya terdapat sebanyak n perintang dalam litar selari, jumlah arus litar,

Jumlah rintangan litar selari dapat ditentukan daripada formula berikut:

Jumlah lesapan kuasa,

Ataupun , jumlah lesapan kuasa litar,

Contoh 5

Page 26: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 26 drp : 39

Merujuk Rajah 27, hitung nilai berikut:a) Jumlah rintangan litar, RJ

b) Arus litar IJ

c) susutan voltan pada perintang R2

d) Lesapan kuasa pada perintang R4

e) Jumlah lesapan kuasa litar PJ

Rajah 27

Latihan

Page 27: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 27 drp : 39

1. Merujuk kepada litar pada Rajah F, hitung:

Rajah Fa) Punca voltan Vs

b) Jumlah rintangan litar RJ

c) Arus I2 dan I3

d) Arus litar IJ

3. LITAR SIRI – SELARI

Litar siri-selari terdiri daripada gabungan litar siri dan litar selari . kebanyakan litar elektrik adalah jenis litar siri – selari. Dengan menggunakan Hukum Ohm dan Hukum kirchhoff serta formula yang telah dijelaskan , penghitungan kuantiti elektrik dapat di buat dari bahagian litar sama ada siri atau selari. Rajah 28 menunjukkan contoh penghitungan jumlah rintangan bagi litar siri- selari.

Page 28: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 28 drp : 39

Rajah 28Contoh 6

Rajah 29

Penyelesaian

Merujuk Rajah 31 RB dan Rc selari :

Merujuk kepada Rajah 29 hitung:a) Jumlah rintangan litar RJ

b) Arus litar IJ

c) Susut voltan V2 dan V5

d) Arus melalui perintang R3 , I3

e) Lesapan kuasa p4

f) Jumlah lesapan kuasa,PJ

Rajah 30

Rajah 31

Page 29: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 29 drp : 39

(c) (i) Dari Rajah 31 .

Susut voltan merentasi R2:

(ii) Dari Rajah 30 persamaan nod N ialah I1 = I2 + I5

didapati, I5 = IJ – I2 = 0.6A – 0.2A = 0.4A Susut voltan merentasi R5

Latihan

1. Rajah G menunjukkan litar siri-selari dengan R2 = R3 = R4 = 32Ω.

Rajah G

Hitung:a) Voltan V1

b) Rintangan merentasi X - Yc) Arus I1 d) Rintangan R1 , e) Lesapan kuasa P3

2. Merujuk Rajah H, hitung :

Page 30: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 30 drp : 39

Rajah Ha) Voltan merentasi titik B-C, VB - C

b) Rintangan R3

c) Arus I2 d) Arus I1 dan I4 e) Rintangan R4 , R1

f) Lesapan kuasa pada R2 dan R3

3. Merujuk Rajah I, hitung nilai berikut:

Rajah Ia) Jumlah rintangan RJ

b) Arus litar IJ c) Voltan merentasi titik A-B, VA - B

d) Voltan merentasi V4

e) Lesapan kuasa pada R5

PEARUHJenis Sambungan Pearuh

Page 31: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 31 drp : 39

Terdapat tiga jenis sambungan pearuh iaitu siri, selari dan siri-selari. kaedah penghitungan nilai kearuhan pearuh, L dalam sambungan tersebut sama seperti kaedah penghitungan nilai rintangan,R seperti ditunjukkan pada Rajah 32.

Rajah 32

Page 32: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 32 drp : 39

Rajah 32

Contoh 7Merujuk Rajah 33 (a), (b) dan (c) namakan jenis sambungan dan hitung jumlah kearuhan bagi setiap litar.

Rajah 33

Page 33: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 33 drp : 39

Penyelesaiana) Jenis sambungan litar siri Jumlah kearuhan LJ = L1 +L2 + L3 = 0.02H + 4 mH + 200 µH

= 0.02H + 4 x 10-3H + 200 x 10-6 H = 0.02H + 0.004H + 0.0002H = 0.0242 H

b) Jenis sambungan Litar Selari

Jumlah kearuhan

c) Jenis sambungan Litar Siri-selari

Page 34: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 34 drp : 39

Latihan

1. Hitung jumlah kearuhan bagi 5 pearuh 10mH yang di sambung siri.

2. hitung jumlah kearuhan bagi 10 pearuh 0.1 mH yang disambung selari.

3. Merujuk litar pada Rajah J hitung jumlah kearuhan litar LJ

Rajah J

Page 35: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 35 drp : 39

PEMUATJenis Sambungan Pemuat

Terdapat tiga jenis sambungan pemuat iaitu siri, selari dan siri-selari. Kaedah penghitungan nilai kemuatan pemuat, C dalam sambungan tersebut adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 34.

Page 36: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 36 drp : 39

Rajah 34 Jumlah Kemuatan bagi setiap jenis sambungan pemuat

ContohMerujuk Rajah 35 (a),(b) dan (c) namakan jenis sambungan dan hitung jumlah kemuatan bagi setiap litar

Rajah 35

Page 37: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 37 drp : 39

Penyelesaian

a) Jenis sambungan litar siri Jumlah kemuatan

b) Jenis sambungan litar litar selari Jumlah kemuatan

c) Jenis sambungan litar siri-selari

Page 38: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 38 drp : 39

Latihan

1. Merujuk litar pada Rajah K (a),(b) dan (c) hitung jumlah kemuatan litar CJ.

Rajah K

Page 39: Kertas Penerangan Etn104 c01 2014 Terkini

NO. KOD ETN 104 / M04 / C01-04 Muka : 39 drp : 39

Rujukan