7
SK METHODIST (ACS) 32000 SITIAWAN PERAK DARUL RIDZUAN KERTAS KERJA PEMBELIAN BAHAN BANTU MENGAJAR PROGRAM LINUS DAN PEMULIHAN 2015

Kertas Kerja Pemerkasaan Linus 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kertas kerja linuslinusbbmbeli bbm

Citation preview

SK METHODIST (ACS)32000 SITIAWANPERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA

PEMBELIAN BAHAN BANTU MENGAJARPROGRAM LINUS DAN PEMULIHAN2015

1. PENGENALAN LINUS & PEMULIHAN KHAS

Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key Performance Indicators ( MKPI ) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal adalah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Program LINUS ini akan diikuti oleh semua murid tahun 1 di kelas masing-masing sehinggalah Ujian Saringan dijalankan untuk mengenalpasti murid yang masih belum menguasai 12 konstruk yang ditetapkan dalam program ini. Sekiranya, murid tidak menguasai mana-mana konstruk daripada 12 konstruk ini, maka mereka akan mengikuti Program LINUS ini sepenuhnya iaitu diajar menggunakan Sukatan dan Modul LINUS yang disediakan oleh KPM. Selaras dengan perlaksanaan LINUS, Guru Khas Pemulihan pula adalah dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid Linus yang tidak melepasi Konstruk 1 & 2. Program Pemulihan Khas merupakan satu usaha untuk mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kelas Pemulihan Khas dikendalikan oleh guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.2. RASIONAL

Bagi tahun 2015 ini, seramai 44 orang murid tahun 1 dikenalpasti gagal menguasai konstruk 1 dan 2 LINUS dan 23 orang murid tahun 2 masih belum menguasai Konstruk 3 12. Jumlah yang agak besar ini perlu dikurangkan sebelum tibanya Ujian Saringan 1 LINUS pada MAC nanti. Sejajar dengan matlamat ini, pihak sekolah merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk program LINUS sekolah diperkasakan dengan pemasangan LCD di dalam kelas LINUS serta pembelian Bahan Bantu Mengajar maujud . Usaha ini sangat memerlukan sokongan dana daripada semua pihak demi kecemerlangan murid-murid pada masa akan datang.3. OBJEKTIF

i. Menarik minat murid untuk menumpukan sepenuh perhatian semasa belajar melalui PdP yang lebih interaktif .ii. Meningkatkan penglibatan murid di dalam proses PdP melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam bentuk maujud yang dapat disentuh, dilihat dan digunakan sendiri oleh murid-murid. 4. SASARAN

Kelas Linus Tahun 1 dan 2 serta Kelas Pemulihan5. Sumber Kos _____________________________6. BAHAN, KOS,TEMPAT DAN SEBAB DIPERLUKAN

BilBahanKos (RM)Tempat diperlukanSebab Diperlukan

12 LCDKelas 1 Perkasa dan 2 PerkasaPengajaran lebih interaktif (boleh dilihat dan didengar) serta lebih menarik minat

2SpeakerKelas 1P,2P dan Kelas Pemulihan

3B-Mec 0078*399.00LINUS dan PemulihanPDP BM dan BI lebih berkesan

4Asas sukukata*150.00

5Kit Aktiviti*110.00

6Counting Frame*265.00Pemulihan

7Counting Kit*210.00LINUSSangat diperlukan dalam PdP MT dan belum dimiliki.

8Measuring Kit*225.00LINUS dan Pemulihan

9Number Block*145.00

10Counting Set*180.00

11Money*90.00

123D Models*360.00LINUS

JUMLAH2134.00#

* Rujuk Lampiran#Tak termasuk LCD dan Speaker7. PenutupMesyuarat Jawantkuasa LINUS bersama pihak pentadbir pada _____ Jan. 2015 telah bersetuju untuk membeli LCD dan penambahan BBM bagi kelas LINUS. Diharapkan kertas kerja ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya.Disediakan olehdan. . (PN. ZULANI BINTI ZAKARIA) (PN.ZAKIAH BINTI YUSOF Guru PemulihanPenyelaras LINUS

Lampiran

Matematik