23
1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 1225/2 PENDIDIKAN MORAL KERJA KURSUS Kertas 2 PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL KERTAS 2 MULAI FEBRUARI TINGKATAN 4 HINGGA JULAI TINGKATAN 5 Peraturan pemarkahan ini mengandungi 23 halaman bercetak

Kerja Kursus Moral

  • Upload
    norranor

  • View
    8.273

  • Download
    55

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kerja Kursus Moral

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

1

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 1225/2PENDIDIKAN MORALKERJA KURSUSKertas 2

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS

PENDIDIKAN MORAL

KERTAS 2

MULAI FEBRUARI TINGKATAN 4 HINGGA JULAI TINGKATAN 5

Peraturan pemarkahan ini mengandungi 23 halaman bercetak

Page 2: Kerja Kursus Moral

2

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

KANDUNGAN

Halaman

1.0 Pengenalan 3

2.0 Objektif Mata Pelajaran Pendidikan Moral 3

3.0 Objektif Penilaian Kerja Kursus Pendidikan Moral 4

4.0 Rasional Penilaian Kerja Kursus Pendidikan Moral 4

5.0 Maklumat Am 5

6.0 Arahan Kepada Guru 5

7.0 Arahan Kepada Calon 6

8.0 Elemen Dan Aspek Yang Dinilai 6

9.0 Penilaian 7

10.0 Pengoperasian Kerja Kursus Pendidikan Moral 14

11.0 Lampiran 15

Page 3: Kerja Kursus Moral

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

3

1.0 PENGENALAN

Peperiksaan mata pelajaran Pendidikan Moral (Kertas 1225) bagi peringkat SijilPelajaran Malaysia dilaksanakan melalui dua kertas ujian iaitu Kertas 1225/1(Ujian Bertulis) dan Kertas 1225/2 (Kerja Kursus). Pentaksiran kerja kursus ini lebihbersifat formatif iaitu pentaksiran yang berterusan dengan tujuan untuk membimbing,memaju dan mengembangkan nilai moral dalam diri calon mengikut kemampuanmereka. Pentaksiran terhadap penghayatan dan amalan nilai memerlukan masa yangpanjang dan dibuat secara berterusan melalui pemerhatian tingkah laku calon, pelaporanguru dan pendokumentasian hasil kerja. Proses pentaksiran ini dilakukan melalui duaelemen iaitu:

Elemen Sahsiah : Penghayatan dan amalan nilai moral semasa berkomunikasi,membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu perkara.

Elemen Iltizam : Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan kebertanggung-jawaban calon dalam melaksanakan aktiviti Tugasan Harian danKerja Amal.

2.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Objektif kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid:

2.1 memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia;

2.2 menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alamsekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya;

2.3 meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dankeharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik;

2.4 mengembangkan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral dan rohanidalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan

2.5 mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral secara adildan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

Page 4: Kerja Kursus Moral

4

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

3.0 OBJEKTIF PENILAIAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL

Objektif penilaian Kerja Kursus Pendidikan Moral adalah untuk menilaikebolehan calon:

3.1 mengetahui, memahami dan menghayati nilai-nilai untuk berakhlak mulia;

3.2 menggunakan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral;

3.3 berkomunikasi berasaskan nilai moral;

3.4 membuat keputusan dengan berasaskan nilai moral;

3.5 menyelesaikan masalah berasaskan nilai moral;

3.6 menghayati keharmonian antara manusia dan alam sekitar; dan

3.7 mengamalkan nilai-nilai yang murni dengan penuh iltizam.

4.0 RASIONAL PENILAIAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL

Kerja kursus Pendidikan Moral dinilai berasaskan elemen, aspek dan kriteriapenskoran untuk:

4.1 mengukur konstruk pengetahuan, kemahiran dan nilai;

4.2 menilai pencapaian calon dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dengan lebihmenyeluruh, tersusun dan bermatlamat;

4.3 membolehkan calon dinilai semasa pelaksanaan kerja kursus (Penilaian Proses)dan hasil akhir kerja kursus (Penilaian Produk);

4.4 memupuk keperibadian calon ke arah berakhlak mulia; dan

4.5 memberi peluang calon menunjukkan ketrampilan dan kemajuan.

Page 5: Kerja Kursus Moral

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

5

5.0 MAKLUMAT AM

5.1 Tugasan kerja kursus ini hendaklah dimulakan dari Februari di Tingkatan 4hingga Julai di Tingkatan 5.

5.2 Guru Penilai adalah guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral.

5.3 Penilaian kerja kursus merupakan sebahagian daripada proses pengajarandan pembelajaran.

5.4 Penilaian kerja kursus ini dilakukan secara berterusan mengikut format yangditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

5.5 Elemen, aspek dan kriteria dalam Panduan Penilaian Kerja Kursus ini hendaklahdimaklumkan kepada calon.

5.6 Tugasan kerja kursus Pendidikan Moral 1225/2 hendaklah disiapkan sebelumatau pada 15 Julai di Tingkatan 5.

6.0 ARAHAN KEPADA GURU

6.1 Guru Penilai mesti memberitahu calon arahan melaksanakan kerja kursus sertamerancang proses dan aktiviti bagi semua calon.

6.2 Guru Penilai hendaklah memberi taklimat kepada calon mengenai tugasandan perinciannya.

6.3 Guru Penilai mestilah memastikan calon melaksanakan kedua-dua elemenkerja kursus.

6.4 Guru Penilai hendaklah membimbing calon untuk menghasilkan kerjayang terbaik.

6.5 Guru Penilai hendaklah memaklumkan markah calon supaya mereka bolehmemperbaiki hasil kerja.

6.6 Guru Penilai hendaklah memaklumkan tahap pencapaian calon.

6.7 Guru Penilai dikehendaki mengisi Borang Laporan Elemen Sahsiah(Lampiran 1) dan Borang Pencapaian Individu (Lampiran 5).

Page 6: Kerja Kursus Moral

6

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

7.0 ARAHAN KEPADA CALON

7.1 Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral wajibmelaksanakan kerja kursus.

7.2 Calon SPM dikehendaki melaksanakan Kerja Kursus Pendidikan Moral dariFebruari di Tingkatan 4 hingga Julai di Tingkatan 5.

7.3 Calon dikehendaki melaksanakan kerja kursus yang ditetapkan dan disahkanoleh pihak pentadbir sekolah.

7.4 Kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditirudaripada mana-mana pihak.

7.5 Penilaian proses kerja calon akan dilakukan oleh guru penilai sepanjang masakerja kursus dilaksanakan.

7.6 Penilaian dan pemberian gred dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen.

7.7 Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada akhir bulan Julai di Tingkatan 5.

8.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

Elemen dan aspek yang dinilai berdasarkan jadual berikut:

Elemen

Sahsiah

Iltizam

Aspek

1. Berkomunikasi

2. Membuat Keputusan

3. Menyelesaikan Masalah

1. Aktiviti – Penyedian Tugasan– Kerja Amal

2. Penyediaan Folio

3. Penglibatan dan Peranan

4. Kesan

5. Penyediaan Bahan Bukti

Page 7: Kerja Kursus Moral

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

7

9.0 PENILAIAN

9.1 Penskoran Dan Pelaporan

Penilaian Kerja Kursus Pendidikan Moral SPM memberi peluang kepada calonuntuk menunjukkan tahap Sahsiah dan Iltizam yang dihasratkan daripadaSukatan Pelajaran Pendidikan Moral. Penskoran dan pelaporan kerja kursusini dicatat dalam Borang Pencapaian Individu.(Lampiran 5)

9.2 Pelaksanaan Pentaksiran

9.2.1 Pentaksiran Elemen Sahsiah

Pentaksiran elemen sahsiah bertujuan untuk menilai penghayatanamalan nilai murni serta keharmonian hidup calon mengikut normamasyarakat Malaysia. Ini adalah untuk merealisasikan hasrat SukatanPelajaran Pendidikan Moral iaitu meningkatkan persefahaman dankerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidupdalam negara Malaysia yang demokratik.

Pentaksiran elemen sahsiah dilakukan secara pemerhatian. Pemerhatianmerupakan satu proses penilaian pelbagai aspek pembelajaran dantingkah laku calon dengan menumpukan kepada bidang berikut:

i. Perkembangan diri

a) Calon mestilah mengamalkan kemahiran berkomunikasidalam konteks penghayatan nilai moral.

b) Calon hendaklah mengamalkan sikap persefahaman dankerjasama dalam kerja kumpulan dan pergaulan.

ii. Demokrasi

a) Calon mestilah sentiasa mengamalkan dan menghayati nilaimoral dalam membuat keputusan.

b) Calon hendaklah sentiasa mengamalkan permuafakatandalam menentukan sesuatu keputusan.

iii. Keamanan dan keharmonian

a) Calon mestilah menunjukkan kemahiran menyelesaikanmasalah berasaskan penghayatan nilai moral.

b) Calon mestilah mengutamakan aspek keamanan dankeharmonian dalam membuat penyelesaian tentangsesuatu isu.

Page 8: Kerja Kursus Moral

8

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Pertimbangan Yang Perlu Diambil Kira

(a) Pemerhatian dijalankan secara tidak formal.

(b) Pemerhatian tidak perlu dilakukan secara serentak untuksemua calon.

(c) Guru tidak perlu memerhatikan kesemua perlakuan setiap kalipemerhatian dilakukan.

(d) Kekerapan pemerhatian adalah bergantung kepada keperluancalon. Tumpuan yang lebih diberikan kepada calon yang masihbelum dapat dikesan pemahaman, penghayatan dan amalannyaterhadap sesuatu nilai.

Cara Menyediakan Laporan Elemen Sahsiah

(a) Penilaian dilakukan ke atas semua pelajar Pendidikan Moralbermula dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5. Penilaiandilakukan oleh guru Pendidikan Moral dan sekiranya perlu gurutingkatan dan guru disiplin boleh membantu untuk melakukanpemerhatian. Pemerhatian dilakukan ke atas manifestasiperlakuan calon sama ada di dalam atau di luar bilik darjahtermasuk aktiviti kerja amal.

(b) Elemen Sahsiah yang terdapat dalam Borang Laporan ElemenSahsiah (Lampiran 1) menjadi panduan untuk guru menjalankanpemerhatian. Pemerhatian dan pentaksiran dijalankan secaraberterusan tetapi hasil pemerhatian hendaklah direkodkan padaMac, Jun, dan September di Tingkatan 4 serta pada Mac, Meidan Julai di Tingkatan 5. Laporan akhir (Julai) akan dijadikanpelaporan bagi penskoran sahsiah. Laporan Sahsiah adalahsebagai ‘evidence’ atau bukti terhadap sahsiah tingkah laku calonbagi mencapai hasrat meningkatkan persefahaman dankerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonianhidup dalam negara Malaysia yang demokratik.

(c) Guru dikehendaki merujuk kepada Penskoran Elemen Sahsiah(Lampiran 2) untuk mendapatkan gred calon. Gred (n) bagi setiapaspek yang dinilai adalah berpandukan kepada bilangan (Ya)bagi setiap kriteria dan hendaklah ditanda (// ) dalam BorangLaporan Elemen Sahsiah. Gred (n) adalah berpandukan kepadaPenskoran Elemen Sahsiah.

(d) Guru dikehendaki mengisi Borang Pencapaian Individu bagipelaporan akhir.(Lampiran 5)

Page 9: Kerja Kursus Moral

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

9

(e) Hasil aktiviti calon harus memenuhi penskoran elemen sahsiahyang telah ditetapkan dan kemudian diberi gred numerik 1, 2, 3dan 4.(Lampiran 2)

(f) Numerik 1, 2, 3 dan 4 dijadikan Gred (n) untuk setiap aspekyang direkodkan dalam Borang Pencapaian Individu.(Lampiran 5)

(g) Gred (n) didarabkan dengan wajaran (w) iaitu [(n) x w)].

(h) Jumlah [(n) x w] bagi keseluruhan aspek dibahagikan kepadawajaran (w) untuk mendapatkan purata.

[ ] ( )P Purata (w) Jumlah

w x (n) Jumlah=

(i) Perolehan purata (P) dilaporkan sebagai gred keseluruhanberpandukan kepada jadual Gred Keseluruhan SetiapElemen.(Lampiran 4)

9.2.2 Pentaksiran Elemen Iltizam

Pentaksiran elemen iltizam dinilai berdasarkan:

(i) Aktiviti

Pentaksiran elemen iltizam dalam bentuk aktiviti bertujuan untukmentaksir pengalaman, penghayatan dan keterlibatanyang bersungguh-sungguh calon dalam aktiviti yangdipertanggungjawabkan.

Aktiviti 1 – Tugasan Harian

Calon dikehendaki membuat tugasan seperti menulis karangan,menulis laporan hasil kerja amal, mendapatkan maklumat daripusat sumber, membuat rencana tentang kegiatan sosialmasyarakat dan lain-lain berhubung dengan pembelajaranPendidikan Moral.

Pertimbangan Yang Perlu Diambil Kira

(a) Guru hendaklah merancangkan 8 hingga 10 tugasan yangberkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Moral.

(b) Tugasan yang diberikan hendaklah berasaskan nilai yanghendak dikesan dan dikaitkan dengan isu-isu semasa.

(c) Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan,kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yangrasional dan pertimbangan moral.

Page 10: Kerja Kursus Moral

10

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

(d) Penulisan untuk tugasan harian ini boleh dijalankan padabila-bila masa.

(e) Setiap tugasan mestilah lebih kurang 250 patah perkataan danditulis pada kertas A4.

(f) Calon hendaklah mendokumentasikan sekurang-kurangnya8 hasil tugasan harian yang terbaik dan dijadikan folio.

Aktiviti 2 – Kerja Amal

Calon dikehendaki melibatkan diri dalam empat aktiviti KerjaAmal yang berkaitan dengan tiga bidang pembelajaranPendidikan Moral iaitu:

Calon dikehendaki melampirkan bahan seperti sijil penghargaan,surat perakuan yang sah, gambar atau apa-apa bahan yang bolehdijadikan bukti penglibatan Kerja Amal yang telah dilakukan.

Antara kerja amal yang boleh dijalankan ialah:

– Bergotong-royong membersihkan kawasan.

– Mengindahkan atau mencantikkan kawasan.

– Membimbing calon lain terutama yang lemah dalam pelajaranatau permainan.

– Menyediakan kemudahan sekolah seperti papan tanda danpeti surat.

– Membaikpulih perabot sekolah.

– Membersihkan taman rekreasi.

– Mengumpul bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan.

– Membuat kerja amal di rumah orang tua atau anak yatim.

– Membantu ibu bapa.

– Melakukan kerja-kerja amal lain yang memberi kebaikankepada masyarakat.

BIDANG BILANGAN AKTIVITI

Perkembangan Diri

Kekeluargaan

Alam Sekitar

1 aktiviti

2 aktiviti

1 aktiviti

Page 11: Kerja Kursus Moral

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

11

Pertimbangan Yang Perlu Diambil Kira

(a) Jangka masa untuk sesuatu kerja amal hendaklah sesuai denganaktiviti yang dijalankan.

(b) Kerja amal yang akan dibuat seharusnya tidak membebankancalon dari segi kewangan dan masa.

(c) Jenis kerja amal yang dipilih seharusnya sesuai dengankemampuan dan keupayaan calon.

(d) Calon digalakkan untuk menyertai kerja amal lebih daripadasyarat yang ditetapkan.

(e) Penilaian kerja amal seharusnya tertumpu kepada aspekpenghayatan dan amalan nilai murni serta kekerapan melakukankerja amal tersebut.

Page 12: Kerja Kursus Moral

12

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

(ii) Folio

Hasil tugasan harian dan laporan aktiviti dikumpulkan sebagaisatu dokumen dalam bentuk folio sebagai ‘evidence’ pentaksiran.Maklumat dan dokumen aktiviti-aktiviti yang disertai oleh calonseperti gambar, sijil, surat akuan, penghargaan dan bahan-bahanlain boleh dijadikan bahan bukti.

Cara Menyediakan Penilaian Folio

(a) Pentaksiran dibuat oleh guru daripada hasil pendokumentasianpelbagai aktiviti yang dijalankan oleh calon dalam bentuk folio.

(b) Pendokumentasian folio mesti mengikut cara berikut:

(c) Dua aktiviti utama yang mesti ditaksir ialah Tugasan Hariandan Kerja Amal. Guru boleh menggunakan aktiviti lain untukmengukuhkan pentaksiran.

(d) Folio ditaksir berdasarkan ‘evidence’ dan laporan yang terbaikdaripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.(Lampiran 3)

(e) Aktiviti yang dilaksanakan oleh calon mesti memenuhi penskoranelemen iltizam yang telah ditetapkan dan diberi gred numerik 1,2, 3 dan 4.(Lampiran 3)

(f) Numerik 1, 2, 3 dan 4 dijadikan Gred (n) untuk setiap aspekyang direkodkan dalam Borang Pencapaian Individu.(Lampiran 5)

BIL. PERKARA

1

8

7

6

5

4

3

2

Nama

Nombor kad pengenalan

Angka giliran

Tajuk aktiviti

Tajuk tugasan

Pengumpulan tugasan yang bersistem

Lampiran bukti

Kekemasan

Page 13: Kerja Kursus Moral

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

13

(g) Gred (n) didarabkan dengan wajaran (w) iaitu [(n) x w].

(h) Jumlah [(n) x w] bagi keseluruhan aspek dibahagikan kepadawajaran (w) untuk mendapatkan purata.

(i) Perolehan purata (P) dilaporkan sebagai gred keseluruhanberpandukan kepada jadual Gred Keseluruhan Setiap Elemen.(Lampiran 4)

[ ] ( )P Purata (w) Jumlah

w x (n) Jumlah=

Page 14: Kerja Kursus Moral

14

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

10.0 PENGOPERASIAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL

Selaras dengan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), pengoperasianKerja Kursus Pendidikan Moral (KKPM) akan dijalankan oleh pihak-pihakberikut:

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

– Melantik Pentaksir terdiri daripada guru / badan professional untuk menyetaramarkah di peringkat negeri dan daerah

– Menerima data, markah dan analisis KKPM dari setiap negeri

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

– Memantau pelaksanaan KKPM peringkat negeri

– Mengumpul data, markah dan analisis KKPM dari setiap daerah

– Membuat analisis KKPM peringkat negeri

– Menghantar data, markah dan analisis KKPM peringkat negeri ke LPM

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)

– Memantau pelaksanaan KKPM peringkat daerah

– Mengumpul data dan markah KKPM peringkat daerah

– Membuat analisis KKPM peringkat daerah

– Menghantar data, markah dan analisis KKPM ke JPN

Pentadbiran Sekolah

– Memantau pelaksanaan KKPM di sekolah

– Menyimpan data calon yang mengambil KKPM

– Menghantar data, markah, dan analisis KKPM peringkat sekolah ke PPD

– Mengeluar dan mengesahkan maklumat dalam Borang Pencapaian Individu

Ketua Bidang Sains Sosial

– Mengumpul data dan skor calon

– Membuat analisis keseluruhan calon KKPM peringkat sekolah

Guru Mata Pelajaran

– Mentaksir hasil kerja calon (Penilai)

– Mengumpul markah calon

– Menyimpan data calon bagi setiap kelas yang diajar

– Mengemaskini maklumat dalam Borang Pencapaian Individu

Page 15: Kerja Kursus Moral

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

15

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIABORANG LAPORAN ELEMEN SAHSIAH

NAMA : .......................................................................................................

ANGKA GILIRAN : .................................................................................................................

ARAHAN : Tandakan ( / ) pada skor yang berkenaan

Lampiran 1

BIDANG ASPEK

BERKOMUNIKASI

HARGA DIRI

NILAI TIDAKYAKRITERIA

Berkeyakinan diriMenjaga maruah diri

Memberi dan menerima pandangan

Bercakap sopan

Berbudi pekerti muliaBertolak ansur

Bersabar

Berupaya mengawal diri

Bersederhana dalam pertuturanBersederhana dalam perlakuan

Bebas berucap

Bebas mengeluarkan fikiran

Memberi dan menerima kritikan

Mengamalkan keharmonian dalam kehidupan

Berusaha bersama

MEMBUAT

KEPUTUSAN

MENYELESAIKAN

MASALAH

SALING MEMBANTUDAN BEKERJASAMA

HEMAH TINGGI

TOLERANSI

KESEDERHANAAN

KEBEBASANBERSUARA

SIKAPKETERBUKAAN

HIDUP BERSAMASECARA AMAN

Menerima pandangan / pembaharuan / kritikan

Sanggup memikul tugas

Sanggup melaksanakan tugasBertolak ansur

Bersabar

Berupaya mengawal diri

Menerima peraturan

Mematuhi peraturan

Memberi pandangan / pembaharuan / kritikan

Bertolak ansurBersabar

Berupaya mengawal diri

Bebas mengeluarkan fikiran

BERTANGGUNG-JAWAB

SKOR

SKOR

Mengamalkan keharmonian dalam kehidupan

Memberi pandangan / pembaharuan / kritikan

Menerima pandangan / pembaharuan / kritikan

Mengamalkan keharmonian dalam kehidupan

Berusaha bersama

SKOR

TOLERANSI

MEMATUHIPERATURAN DANUNDANG-UNDANG

SIKAPKETERBUKAAN

HIDUP BERSAMASECARA AMAN

TOLERANSI

KEBEBASANBERSUARA

SIKAPKETERBUKAAN

HIDUP BERSAMASECARA AMAN

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

SALING MEMBANTUDAN BEKERJASAMA

P

E

R

K

E

M

B

A

N

G

A

N

D

I

R

I

K

E

A

M

A

N

A

N

D

A

N

K

E

H

A

R

M

O

N

I

A

N

D

E

M

O

K

R

A

S

I

Page 16: Kerja Kursus Moral

16

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

PENSKORAN ELEMEN SAHSIAH

Berkomunikasi

GRED KRITERIA PENSKORAN

Mencapai 10 – 15 kriteria4

1

3

2

Mencapai 01– 02 kriteria

Mencapai 06 – 09 kriteria

Mencapai 03 – 05 kriteria

Membuat Keputusan

Menyelesaikan Masalah

GRED KRITERIA PENSKORAN

Mencapai 08 – 10 kriteria4

1

3

2

Mencapai 01– 02 kriteria

Mencapai 06 – 07 kriteria

Mencapai 03 – 05 kriteria

GRED KRITERIA PENSKORAN

Mencapai 07 – 08 kriteria4

1

3

2

Mencapai 01 – 02 kriteria

Mencapai 05 – 06 kriteria

Mencapai 03 – 04 kriteria

Lampiran 2

Page 17: Kerja Kursus Moral

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

17

Lampiran 3

PENSKORAN ELEMEN ILTIZAM

1. AKTIVITI

1.1 TUGASAN HARIAN

1.2 KERJA AMAL

GRED KRITERIA PENSKORAN

Melaksanakan 08 – 10 tugasan harian4

1

3

2

Melaksanakan 01 – 02 tugasan harian

Melaksanakan 05 – 07 tugasan harian

Melaksanakan 03 – 04 tugasan harian

GRED KRITERIA PENSKORAN

4 dan lebih aktiviti daripada bidang yang berbeza4

1

3

2

1 aktiviti daripada mana-mana bidang tersebut

3 aktiviti daripada 3 bidang yang berbeza ATAU

3 aktiviti daripada 2 bidang yang berbeza

2 aktiviti daripada 2 bidang yang berbeza

Catatan : Calon yang tidak melibatkan diri akan dilaporkan sebagaiTIADA penglibatan.

Page 18: Kerja Kursus Moral

18

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

2. PENYEDIAAN FOLIO

BIL. PERKARA

1

6

5

2

3

4

7

8

Nama

Kekemasan

Lampiran bukti

Pengumpulan tugasan yang bersistem

Tajuk tugasan

Tajuk aktiviti

Angka giliran

Nombor kad pengenalan

GRED KRITERIA PENSKORAN

Mencakupi 07 – 08 perkara4

1

3

2

Mencakupi 01 – 02 perkara

Mencakupi 05 – 06 perkara

Mencakupi 03 – 04 perkara

Page 19: Kerja Kursus Moral

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

19

3. PENGLIBATAN DAN PERANAN(Daripada pemerhatian dan laporan aktiviti)

GRED KRITERIA PENSKORAN

Mencakupi 10 perkara4

1

3

2

Mencakupi 01 – 03 perkara

Mencakupi 07 – 09 perkara

Mencakupi 04 – 06 perkara

BIL. PERKARA

1

6

5

2

3

4

7

8

9

Menyumbang tenaga

Prihatin

Toleransi

Kepimpinan

Kerjasama

Rajin

Bertanggungjawab

Meluangkan masa

Menyumbang idea

10 Mengawal keadaan

Page 20: Kerja Kursus Moral

20

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

4. KESAN(Pemerhatian dan laporan aktiviti)

BIL. NILAI

1

2

3

4

Insaf

Perubahan sikap

Iktibar

Kesederhanaan

GRED KRITERIA PENSKORAN

Mencakupi 4 nilai4

1

3

2

Mencakupi 1 nilai

Mencakupi 3 nilai

Mencakupi 2 nilai

Page 21: Kerja Kursus Moral

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

21

GRED KRITERIA PENSKORAN

4

3

2

1

Menyediakan gambar dan sijil penghargaan atau suratpengakuan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

Menyediakan gambar bagi aktiviti yang dijalankan.

Menyediakan sijil penghargaan atau surat pengakuan bagiaktiviti yang dijalankan.

5. PENYEDIAAN BAHAN BUKTI

Menyediakan gambar dan sijil penghargaan atau suratpengakuan bagi aktiviti yang dijalankan.

Page 22: Kerja Kursus Moral

22

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Lampiran 4

GRED KESELURUHAN SETIAP ELEMEN

GRED KRITERIA PENSKORAN

3 – 4A

D

B

C

2 – 2.9

1 – 1.9

0.1 – 0.9

Page 23: Kerja Kursus Moral

1225/2 © 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

23

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIABORANG PENCAPAIAN INDIVIDU

NAMA : ..................................................................................................................

ANGKA GILIRAN : ..................................................................................................................

Lampiran 5

PengesahanDengan ini disahkan bahawa Gred Kerja Kursus ini berdasarkan kerja calon yang sebenar.

Tandatangan Pengetua : .......................................... Tarikh : ......................

Elemen 1 Sahsiah

Bil. Aspek

1

2

3

Wajaran

(n) x (w)

Gred

(n) (w)

Membuat keputusan

Menyelesaikan masalah

Berkomunikasi 2

1

Jumlah

[ ] ( )P Purata (w) Jumlah

w x (n) Jumlah= Gred Keseluruhan

1

Elemen 2 Iltizam

Bil. Aspek

1

2

3

Wajaran

(n) x (w)

Gred

(n) (w)

Penyediaan folio

Penglibatan dan peranan

Aktiviti 1

1

1

Jumlah

[ ] ( )P Purata (w) Jumlah

w x (n) Jumlah= Gred Keseluruhan

Tugasan harian

Kerja amal

5

4

Penyediaan bahan bukti

Kesan

1

1

2