19
Keris Gangsa C.Kecekapan 1. Latihan Asas Kawad Kaki PENGENALAN Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan. Bertujuan untuk membentuk seseorang ahli yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, cergas dan taat perintah. ELEMEN Kawad kaki mengandungi 5 elemen: Kawad statik Kawad dinamik Kawad asas Kawad formasi Kawalan kehormatan Elemen kawad kaki dibahagikan 3 tahap: Tahap 1 (kawad statik + kawad dinamik) Tahap 2 (kawad asas + kawad formasi) Tahap 3 (kawalan kehormatan) KAWAD STATIK Pengenalan: Asas kepada pegerakan kawad Hanya melibatkan pergerakan statik

Keris Gangsa

Embed Size (px)

Citation preview

Keris GangsaC.Kecekapan1. Latihan Asas Kawad KakiPENGENALAN Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan. Bertujuan untuk membentuk seseorang ahli yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, cergas dan taat perintah.ELEMEN Kawad kaki mengandungi 5 elemen: Kawad statik Kawad dinamik Kawad asas Kawad formasi Kawalan kehormatan Elemen kawad kaki dibahagikan 3 tahap: Tahap 1 (kawad statik + kawad dinamik) Tahap 2 (kawad asas + kawad formasi) Tahap 3 (kawalan kehormatan)KAWAD STATIK Pengenalan: Asas kepada pegerakan kawad Hanya melibatkan pergerakan statik Penting kerana ia perkara asas pembentukan disiplin kawad persendirian Pergerakan kawad statik Sedia Senang diri Sedia dari senang diri Rehatkan diri Masuk baris Membetulkan barisan Pusing kiri/kanan Menghadap ke hadapan/ belakang SEDIA

Hukumannya : "Skuad ..............Sedia" Perbuatan : Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan ; pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar; langut kepala memandang terus ke hadapan.

SENANG DIRI

Hukuman : "Senang ..................Diri" Perbuatan : Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi , siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak. Kesalahan Biasa : 1.Siku bengkok; 2.Lutut tidak tegap dan tiada bertahan; 3.Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci; 4.Menggerakkan kaki kiri menyebabkan rosak lurus barisan; 5.Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan; 6.Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu. 7. Bahu jatuh dan badan mengenjut.

REHATKAN DIRI

Hukuman : "Rehatkan ................Diri" Perbuatan: Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) Kedudukan kaki tidak berubah. Kesalahan biasa : 1.Kedua kaki bergerak , menyebabkan hilang lurus barisan; 2.Menggeliat dan bercakap-cakap. Ingatan : Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan melakukan pergerakan setakat pinggang ke atas sahaja.Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri.MASUK BARIS Arahan masuk baris : "Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu skuad". Hukuman : "Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak" Perbuatan : Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia. Kesalahan Biasa : 1.Datang berbaris tidak berlari 2. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari. 3.Bercakap-cakap; 4.Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih. MEMBETULKAN BARISAN Hukuman: " Ke kanan ............ Lurus" Perbuatan: Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1), diikuti dengan hentak kaki pendek pendek sehingga barisan lurus. Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan. Hukuman : "Luruskan ............ Barisan" Perbuatan : Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus , turunkan tangan dan palingkan muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan.BERPUSING KE KANAN/ KIRI/ BELAKANG Pusing Ke Kiri Pusing Ke Kanan Pusing Ke Belakang Hukumannya : Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing". Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia. Kesalahan Biasa: Tangan tidak rapat ke badan Hentak kaki tendang kuda. Membongkok Lutut bengkok Angkat peha melebihi 45 darjah Hukumannya, Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing". Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan sedia. Kesalahan Biasa: 1. Tangan tidak rapat ke badan 2. Hentak kaki tendang kuda. 3. Membongkok 4. Lutut bengkok 5. Angkat peha melebihi 45 darjah MENGHADAP KEHADAPAN / BELAKANG Hukumannya : Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing". Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing". Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut pusingan jam ( ikut bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia. Kesalahan Biasa: 1. Tangan tidak rapat ke badan 2. Hentak kaki tendang kuda. 3. Membongkok 4. Lutut bengkok 5. Angkat peha melebihi 45 darjah. 6. Badan melonjak ketika berpusing

2. Cara memanjat taliMemanjat Tali Kemahiran Memanjat Tali Memanjat tali 3 meterMemanjat tali memerlukan kombinasi 2 anggota iaitu tangan dan kaki. Cara melakukan aktiviti ini adalah dengan :-1. Pegang tali pada aras muka dan sepitkan tali antara kedua-dua belah kaki.2. Gunakan kekuatan kedua-dua belah tangan untuk memanjat dan kedua-dua belah kaki untuk bertahan.3. Semasa kaki bertahan, tangan hendaklah menjangkau ke bahagian atas tali sekaligus menarik badan keatas.4. Seterusnya gunakan tangan untuk bertahan sementara kaki dinaikan menurut tali.5. Langkah 2-3 diulang sehingga sampai atas.

Nota: sesetengah tali memberi kesan kepada tangan dan kaki kamu semasa melakukan aktiviti ini terutamnya semasa menuruni tali. Oleh itu berhati-hati untuk mengelakan tangan kamu tidak melecer. Sarung tangan digalakan digunakan semasa memanjat tali.

3. cara yang betul memakai pakaian seragam pengakapPengakap Muda (Junior Scout)

Pakaian Seragam Pengakap Muda(Junior Scout)Pakaian Seragam Pengakap Wanita(Girl Scout)Cara memasang Lencana Pengakap Muda

Cara memasang lencana Pengakap pada kedua-dua lengan baju Peringatan : Lencana kepandaian hendaklah dipasang satu per satu mengikut nombor yang dahulu didahulukan Memakai pakaian seragam dengan betul dan kemas merupakan satu perkara yang amat penting bagi seseorang Pengakap Cara memakai pakaian boleh mencerminkan imej seseorang Ingat perkataan ini Respect yourself , respect your uniformBudak Lelaki Baju kemeja berlengan pendek warna kelabu asap , leher cekak musang Baju kemeja-T mesti masuk ke dalam seluar Seluar panjang warna biru tua . Pengakap kanak-kanak dan pengakap muda boleh memakai seluar pendek dengan stoking panjang warna biru tua dan garter warna hijauBudak Perempuan Budak kemeja/kebaya berlengan panjang warna kelabu asap , leher cekak musang Di hujung baju tidak boleh berbutang Baju tidak dibenarkan masuk dalam seluar Kemeja-T mesti masuk ke dalam seluar Bagi Pengakap beragama Islam , tudung kelabu asap mesti dipakai

Forege Cap Forage cap warna biru tua jenis kain 100% polyester dengan lilitan kain merah 1/4 dan berlambang Pengakap (lencana kain) Pengakap kelana dan Pemimpin memakai forage cap biru tua jenis 100% polyester dengan lilitan kain kuning 1/4 dan berlambang Pengakap (lencana besi)Skaf dan Wogel Skaf rasmi kebangsaan berbentuk tiga segi , warna biru tua dan terdapat jalur putih dan merah di bahagian tepinya Skaf jambori/aktiviti hanya boleh dipakai semasa menyertai jambori atau aktiviti-aktiviti tertentu Pengakap tidak dibenarkan memakai skaf jambori / aktiviti terutama menghadiri upacara rasmi , istiadat-istiadat tertentu KECUALI di jambori atau aktiviti-aktiviti tertentu Bagi Pemimpin / Pesuruhjaya yang telah mendapat anugerah manikayu , beliau boleh memakai skaf Gilwell (Gilwell Scarf) Wogel berwarna hitam lambang pengakap diatasnya Bagi Pemimpin/Pesuruhjaya yang telah menghadiri kursus kepimpinan manikayu peringkat II , beliau boleh memakai wogel Gilwell (Gilwell wogel)Tanda PangkatLencana yang dijahit diatas poket sebelah kiri yang menunjukkan pangkat-pangkat dalam sesuatu kumpulan . Warna-warna dan jalur-jalur tertentu menunjukkan unit-unit yang berlainanPengakap Kanak-kanak warna kuningPengakap Muda warna hijauPengakap Remaja warna merahPengakap Laut warna biruTiga jalur = Ketua Kumpulan (Group Leader)Dua jalur = Ketua Patrol (Patrol Leader)Satu jalur = Penolong Ketua Patrol (Patrol Second)Lencana-lencana Lencana negeri , daerah dan nombor kumpulan dipakai di lengan sebelah kanan (mengikut susunan) = = > Selang 1cm setiap lencana Lencana kemajuan (usaha , maju , jaya) di sebelah kanan Lencana nama patrol dipakai di sebelah kiri Lencana kepandaian di sebelah kiri Lencana keahlian dipakai di saku baju sebelah kiri manakala lencana bendera Malaysia di saku baju sebelah kananTali pinggangMemakai tali pinggang berkepala gangsa yang mengandungi logo Pengakap MalaysiaKasutMemakai kasut kanvas hitam bertaliBaju-TMemakai tali baju-T Pengakap berwarna kelabu asap dengan logo Pengakap Malaysia di atas sakuWiselWisel dengan tali wisel (lanyard) warna biru tua hanya boleh dipakai oleh : Ketua Kumpulan , Ketua Patrol dan Penolong Ketua Patrol

4. Isyarat pengakap5. Cara ikat simpul buku silaSimpulan dan Ikatan

Simpul himpit (fishermans knot)Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar, khasnya tali pancing, dan juga untuk menyambung dua tali yang licin.

Simpul pulih (sheep shank)Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta untuk menguatkan tali pada tempat yang reput dan hendak putus, menegangkan tali yang kendur setelah kedua- dua hujungnya diikat.

Simpul bunga geti (double sheet bend)Digunakan bagi menyambung dua utas tali yang tidak sama besar dan untuk menyambung dua tali yang licin. Cara menggunakan dua lilitan adalah lebih selamat.

Lilit balak (timber hitch)Digunakan untuk mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah, untuk menarik balak atau kayu dan untuk memulakan ikat serong.

Lilit taut-line (taut-line hitch)Digunakan untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali ke tiang supaya ia dapat dikendurkan atau ditegangkan

Ikat seraya (square lashing)Digunakan untuk mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang.

Ikat serong (diagonal lashing)Digunakan unuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang.