4
© Cawangan Komunikasi Korporat JKKN 11 Mei 2013 Halaman 1 dari 4 UNTUK SIARAN SEGERA KENYATAAN MEDIA Kerana Minat, Eyo Hock Seng Dalami Pementasan Wayang Kulit KUALA LUMPUR, 11 Mei - Sesuatu bangsa yang bertamadun diiktirafkan menerusi paparan kesenian yang tinggi dan dijelmakan dalam pelbagai manifestasi seperti seni lukis, seni pentas, seni muzik, seni sastera, seni filem dan seumpamanya. Secara umum seni boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang halus, elok, cantik, menusuk jiwa dan memuaskan pancaindera. Salah satu elemen seni pentas tradisional yang terdapat di Malaysia ialah pementasan wayang kulit. Tatkala kemajuan dan hiburan moden mendapat perhatian dan tempat, wayang kulit berdepan dengan masa depan yang tidak menentu. Apakah ia masalah khalayak, penggiat atau pihak berkuasa? Jawapannya, ia tidak hanya berkisar kepada salah satu tetapi masing-masing perlu memainkan peranan positif bagi menyemarakkan lagi seni rakyat. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)dalam usaha untuk memulihara dan memelihara seni pementasan tradisional telah mengambil inisiatif mewujudkan platform bagi pementasan wayang kulit dinikmati oleh masayarakat ibu kota melalui pementasan wayang kulit oleh Kumpulan Wayang Kulit Sri Campuran.

Kerana Minat, Eyo Hock Seng Dalami Pementasan Wayang … Media Pementasan Wayang... · KENYATAAN MEDIA Kerana Minat, Eyo ... dalam pelbagai manifestasi seperti seni lukis, seni pentas,

  • Upload
    lamdieu

  • View
    238

  • Download
    12

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kerana Minat, Eyo Hock Seng Dalami Pementasan Wayang … Media Pementasan Wayang... · KENYATAAN MEDIA Kerana Minat, Eyo ... dalam pelbagai manifestasi seperti seni lukis, seni pentas,

© Cawangan Komunikasi Korporat JKKN 11 Mei 2013 Halaman 1 dari 4

UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA

Kerana Minat, Eyo Hock Seng Dalami Pementasan

Wayang Kulit

KUALA LUMPUR, 11 Mei - Sesuatu bangsa yang bertamadun diiktirafkan menerusi paparan kesenian yang tinggi dan dijelmakan dalam pelbagai manifestasi seperti seni lukis, seni pentas, seni muzik, seni sastera, seni filem dan seumpamanya. Secara umum seni boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang halus, elok, cantik, menusuk jiwa dan memuaskan pancaindera. Salah satu elemen seni pentas tradisional yang terdapat di Malaysia ialah pementasan wayang kulit. Tatkala kemajuan dan hiburan moden mendapat perhatian dan tempat, wayang kulit berdepan dengan masa depan yang tidak menentu. Apakah ia masalah khalayak, penggiat atau pihak berkuasa? Jawapannya, ia tidak hanya berkisar kepada salah satu tetapi masing-masing perlu memainkan peranan positif bagi menyemarakkan lagi seni rakyat. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)dalam usaha untuk memulihara dan memelihara seni pementasan tradisional telah mengambil inisiatif mewujudkan platform bagi pementasan wayang kulit dinikmati oleh masayarakat ibu kota melalui pementasan wayang kulit oleh Kumpulan Wayang Kulit Sri Campuran.

Page 2: Kerana Minat, Eyo Hock Seng Dalami Pementasan Wayang … Media Pementasan Wayang... · KENYATAAN MEDIA Kerana Minat, Eyo ... dalam pelbagai manifestasi seperti seni lukis, seni pentas,

© Cawangan Komunikasi Korporat JKKN 11 Mei 2013 Halaman 2 dari 4

Dipentaskan di Auditorium JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini, pementasan ini mengenakan bayaran tiket sebanyak RM 20 dan RM 50 untuk para penggemar seni tradisional. Ditubuhkan pada tahun 1977, oleh Kumpulan Wayang Kulit Sri Campuran. antara kumpulan wayang kulit yang masih mengekalkan keunggulannya hingga ke hari ini. Nama “Sri Campuran” digunakan adalah berdasarkan keterlibatan ahli kumpulannya yang terdiri daripada orang Cina dan orang Melayu iaitu Tok Dalangnya berbangsa Cina, manakala para panjaknya ( pemain alat muzik ) terdiri daripada percampuran orang Melayu dan orang Cina. Kumpulan ini amat aktif dalam mengadakan persembahan wayang di dalam dan juga luar negara. Ia diterajui oleh Eyo Hock Seng (Pakcu) sebagai Tok Dalang, Ismail Ahmad (Serunai), Azli Abdul Ghani (Gedombak & Gendang Ibu), Rosli Deraman (Geduk dan Gendang Anak), Mohd Faiz Ya (Canang), Raja Azhan Raja Salleh (Kesi), dan Mat Yaacob Dollah (Gong/Tetawak). Eyo Hock Seng dilahirkan pada tahun 1955 di Kampung Pasir Parit, Chekok, Pasir Mas, Kelantan. Beliau merupakan satu-satunya dalang berbangsa Cina di Malaysia yang aktif mempersembahkan Wayang Kulit Kelantan dan juga dikenali sebagai Tukang Karut Dikir Barat kerana kepetahannya berbalas pantun semasa menyanyikan lagu dikir barat. Beliau mempunyai ilmu yang lengkap dalam bidang wayang kulit yang meliputi ilmu pedalangan, muzik, peralatan muzik, pembuatan patung dan juga peraturan dalam wayang kulit. Selain dikenali dalam persembahan wayang kulit dan dikir barat, beliau juga mahir dalam persembahan makyong, menora dan main puteri (bermain alat muzik). Mula melibatkan diri dalam wayang kulit sejak berumur 14 tahun lagi. Minatnya mula timbul terhadap wayang kulit apabila sering mengikuti permainan ini di serata tempat di Kelantan. Berbekalkan minat yang mendalam, beliau telah menghafal cerita-cerita yang ditontonnya dan mula mengajuk setiap gerak-geri dalang yang membuat persembahan ketika itu.

Page 3: Kerana Minat, Eyo Hock Seng Dalami Pementasan Wayang … Media Pementasan Wayang... · KENYATAAN MEDIA Kerana Minat, Eyo ... dalam pelbagai manifestasi seperti seni lukis, seni pentas,

© Cawangan Komunikasi Korporat JKKN 11 Mei 2013 Halaman 3 dari 4

Hari demi hari, beliau telah mula mendalami ilmu pedalangan ini dan menyimpan hasrat untuk menjadi dalang wayang kulit yang terkenal mulai saat itu. Hasratnya tercapai apabila beliau mengenali seorang dalang yang mashyur ketika itu iaitu Pakcik Asin atau nama sebenarnya Hashim Isa. Pakcik Asin yang menyedari bakat dan kebolehan Pakcu telah mengambilnya sebagai anak murid. Pakcik Asinlah yang banyak mencurahkan ilmu kepada Pakcu sehingga beliau kini berjaya menjadi seorang dalang yang dikenali dan disegani ramai. Beliau juga banyak menerima tunjuk ajar daripada dalang tersohor Kelantan iaitu Dolah Baju Merah dan Nik Mat Ludin. Apabila tiada undangan untuk persembahan, beliau akan mengisi masa lapang dengan mengukir patung-patung wayang kulit, membuat alat muzik wayang kulit terutamanya gendang dan geduk. Selain membuat persembahan di Kelantan, Pakcu juga pernah membuat persembahan wayang kulit di Muzium Negara, Pasar Seni, Petaling Street, Bangunan Parlimen, PWTC, Istana Budaya dan beberapa tempat di luar negara seperti Singapura, Thailand dan Paris. Berkat usaha dan kegigihannya selama ini membolehkan beliau memenangi anugerah ”Dalang Terbaik Tahun 2009” dan anugerah ”Tokoh Orang Hidup” di bawah Akta Warisan Kebangsaan pada tahun 2012. Pementasan wayang kulit ini berkisar mengenai perselisihan Raja Sansuti Sura Lawi dengan Raja Seri Rama yang meyebabkan peperangan antara keduanya. JKKN ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian di Malaysia. Adalah menjadi harapan JKKN bagi pementasan seni tradisional secara berkala akan memberi peluang bagi warga kota menghayati dan menghargai seni budaya agar terus relevan dalam dunia yang semakin terbuka oleh arus globalisasi.

###

Page 4: Kerana Minat, Eyo Hock Seng Dalami Pementasan Wayang … Media Pementasan Wayang... · KENYATAAN MEDIA Kerana Minat, Eyo ... dalam pelbagai manifestasi seperti seni lukis, seni pentas,

© Cawangan Komunikasi Korporat JKKN 11 Mei 2013 Halaman 4 dari 4

Ezlina Alias Pengarah Cawangan Komunikasi Korporat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Tel: 03-2614 8200 [email protected] http://www.jkkn.gov.my