15
506 KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal Mohd Noh, Jamallul Lail Abdul Wahab Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pengetua Program Sekolah Transformasi (PST) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara. Objektif kajian ialah mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua menurut persepsi guru, mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru dan mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara amalan kepimpinan transformasi pengetua dengan kepuasan kerja guru. Dapatan kajian mendapati amalan kepimpinan transformasi pengetua PST KPM adalah berada pada tahap sederhana tinggi (3.90). Kajian juga mendapati tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara juga berada pada tahap sederhana tinggi (3.96). Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan pengetua PST KPM dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM. Kata Kunci: Kepimpinan Transformasi Pengetua, Kepuasan Kerja, Guru Sekolah Program Transformasi ABSTRACT This study aims to identify the practice of leadership transformational among principals under the School Transformation Program (STP) Ministry of Education (MOE) and its relationship with secondary school teachers’ job satisfaction in the northern zone. The objective of the study is to determine the level of principals' leadership transformational according to teachers' perceptions, to identify the level of job satisfaction and to identify whether there is a relationship between leadership transformational practices among principals with teachers' job satisfaction. The results showed that the leadership transformational practices among principal under the STP MOE is moderately high (3.90). The study also found that the level of job satisfaction of teachers in secondary schools involved in STP in the northern zone also showed a moderately high figure (3.96). In addition, there is a significant correlation between principal leadership practices and job satisfaction of teachers in secondary schools involved under the STP. Keywords: Principle Leadership Transformational, Job Satisfaction, Teachers’ in School Transformation Program PENGENALAN Keadaan sistem pendidikan hari ini menjadi penentu terbaik daya saing Malaysia. Seperti yang digariskan dalam Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10, Malaysia berusaha untuk berubah daripada negara berpendapatan sederhana ke arah negara berpendapatan tinggi. Perubahan ini perlu digerakkan oleh mereka yang berbakat khususnya pemimpin dan pekerja berpengetahuan, berbanding input lain, seperti tenaga kerja dan modal (PPPM 2013-2025). Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016. Selain itu, Anjakan ke-5 PPPM turut menggariskan untuk memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Kualiti kepimpinan sekolah merupakan faktor

KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM … · 506 KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM … · 506 KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal

506

KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA

PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN

HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA

GURU DI ZON UTARA

Mohamad Faisal Mohd Noh, Jamallul Lail Abdul Wahab

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pengetua

Program Sekolah Transformasi (PST) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan hubungannya dengan

kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara. Objektif kajian ialah mengenal

pasti tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua menurut persepsi guru, mengenal pasti tahap

kepuasan kerja guru dan mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara amalan kepimpinan

transformasi pengetua dengan kepuasan kerja guru. Dapatan kajian mendapati amalan kepimpinan

transformasi pengetua PST KPM adalah berada pada tahap sederhana tinggi (3.90). Kajian juga mendapati

tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara juga berada pada tahap

sederhana tinggi (3.96). Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan pengetua

PST KPM dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM.

Kata Kunci: Kepimpinan Transformasi Pengetua, Kepuasan Kerja, Guru Sekolah Program Transformasi

ABSTRACT

This study aims to identify the practice of leadership transformational among principals under the School

Transformation Program (STP) Ministry of Education (MOE) and its relationship with secondary school

teachers’ job satisfaction in the northern zone. The objective of the study is to determine the level of

principals' leadership transformational according to teachers' perceptions, to identify the level of job

satisfaction and to identify whether there is a relationship between leadership transformational practices

among principals with teachers' job satisfaction. The results showed that the leadership transformational

practices among principal under the STP MOE is moderately high (3.90). The study also found that the

level of job satisfaction of teachers in secondary schools involved in STP in the northern zone also showed

a moderately high figure (3.96). In addition, there is a significant correlation between principal leadership

practices and job satisfaction of teachers in secondary schools involved under the STP.

Keywords: Principle Leadership Transformational, Job Satisfaction, Teachers’ in School Transformation

Program

PENGENALAN

Keadaan sistem pendidikan hari ini menjadi penentu terbaik daya saing Malaysia. Seperti yang digariskan

dalam Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10, Malaysia berusaha untuk berubah daripada

negara berpendapatan sederhana ke arah negara berpendapatan tinggi. Perubahan ini perlu digerakkan oleh

mereka yang berbakat khususnya pemimpin dan pekerja berpengetahuan, berbanding input lain, seperti

tenaga kerja dan modal (PPPM 2013-2025).

Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) akan memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar

bidang khusus menjelang 2016. Selain itu, Anjakan ke-5 PPPM turut menggariskan untuk memastikan

kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Kualiti kepimpinan sekolah merupakan faktor

Page 2: KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM … · 506 KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal

507

berasaskan sekolah yang kedua terpenting selepas kualiti guru dalam menentukan keberhasilan murid.

Beberapa kajian antarabangsa tentang kepimpinan sekolah menunjukkan bahawa pengetua/guru besar yang

cemerlang, iaitu yang memberi

tumpuan kepada kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan pentadbiran, dapat meningkatkan

keberhasilan murid sebanyak 20 peratus (PPPM 2013-2025).

Hasrat kerajaan untuk mengubah negara berpendapatan sederhana ke arah negara berpendapatan tinggi dan

menjadikan sistem pendidikan negara berdaya saing pada peringkat global tidak akan tercapai tanpa

sokongan kepimpinan yang boleh mentransformasikan pendidikan negara. Bagi merealisasikan hasrat ini

KPM telah merangka pelbagai program kepimpinan, bermula diperingkat kementerian sehingga ke

peringkat sekolah. Antara program yang dilaksanakan ialah:

i. Program Pembangunan Organisasi Untuk Kecemerlangan Sekolah (PrOD);

ii. Program Kelayakan Profesional Pemimpin Kebangsaan (NPQEL);

iii. Program Transformasi Daerah (DTP); dan

iv. Program Sekolah Transformasi (PST) KPM.

Kesemua program yang dilaksanakan berkisar tentang kepimpinan. Jelas menunjukkan bahawa pemimpin

berkesan memainkan peranan yang penting bagi menjayakan hasrat dan misi KPM untuk menjadikan

sistem pendidikan negara berdaya saing di peringkat global.

LATAR BELAKANG KAJIAN

PST KPM yang dilaksanakan mulai tahun 2015 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah

meningkatkan pencapaian murid, mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan

kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung

dalam PPPM 2013-2025. Konsep PST KPM merupakan adaptasi amalan terbaik konsep Sekolah Amanah

yang telah dilaksanakan oleh KPM. Konsep PST juga adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan

unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, pelibatan pembelajaran murid yang aktif

lagi bermakna dengan disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan, guru yang kompeten,

beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu. Kumpulan Rakan Educational Leadership and

Instructional Team (ELIT) yang terdiri daripada pensyarah dari Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Institut

Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan

Daerah (PPD) serta Pengetua Guru Besar (PGB) dan Guru Penolong Kanan (GPK) dari sekolah yang

terpilih telah dibentuk bagi merealisasikan hasrat ini. Kerangka konsep PST KPM digambarkan seperti

pada Rajah 1.

Rajah 1: Kerangka Konsep PST KPM

Page 3: KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM … · 506 KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal

508

Kejayaan PST KPM amat bergantung kepada komitmen Rakan ELIT terutamanya PGB. PGB merupakan

pembimbing utama dalam memimpin guru-guru di sekolah yang terlibat dengan PST KPM. Kualiti

kepimpinan dan kepimpinan yang berkesan dalam kalangan mereka akan menentukan hasrat KPM untuk

melihat peningkatan pencapaian murid berdasarkan amalan terbaik PdP, pengurusan dan kepimpinan guru

tercapai. Bagi merealisasikan hasrat ini kepimpinan transformasi PGB dilihat sebagai kunci kepimpinan

berkesan yang akan memberi impak kepada kepuasan kerja guru di sekolah.

Ishak (2001) dalam kajian “Pengaruh Kepimpinan Pengajaran, Kepimpinan Transformasi Dan Gentian

Kepada Kepemimpinan Ke Atas Komitmen Terhadap Organisasi, Efikasi Dan Kepuasan Kerja Guru”

mendapati bahawa kepimpinan transformasi di Malaysia mempunyai pengaruh yang lebih besar ke atas

komitmen dan kepuasan kerja guru berbanding gaya kepemimpinan yang lain. Kajian Nadiah dan Azlin

Norhaini (2014) mengenai amalan kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru di sekolah cemerlang

daerah Seremban turut mendapati gaya kepimpinan pengetua memberi pengaruh yang kuat terhadap

kepuasan kerja guru. Keempat-empat ciri amalan kepimpinan transformasi yang telah dikenalpasti

memberikan impak positif kepada kepuasan kerja dan komitmen guru-guru (Stacy 2008).

PERNYATAAN MASALAH

KPM berhasrat untuk melihat pencapaian murid melalui pelaksanaan PST KPM. Bagi merealisasikan

hasrat ini, kepimpinan yang berkesan dan berkualiti dalam kalangan PGB dan guru yang kompeten serta

beraspirasi tinggi sangat diperlukan dalam menentukan kejayaan PST KPM. Kejayaan PST KPM

bergantung kepada tahap dan gaya kepimpinan pengetua yang diamalkan. Pengetua merupakan

pembimbing utama dalam memimpin dan kepimpinan berkesan dalam kalangan mereka akan menentukan

hasrat KPM untuk melihat peningkatan pencapaian murid berdasarkan amalan terbaik PdP, pengurusan

dan kepimpinan guru tercapai. Justeru, kepimpinan transformasi pengetua dilihat sebagai kunci kepimpinan

berkesan yang akan memberi impak kepada kepuasan kerja guru di sekolah.

Banyak kajian-kajian mengenai gaya kepimpinan dan kepuasan kerja guru telah dijalankan. Antaranya

ialah kajian oleh Ishak (2001) menyatakan kepimpinan transformasi di Malaysia mempunyai pengaruh

yang lebih besar ke atas komitmen dan kepuasan kerja guru berbanding gaya kepemimpinan yang lain.

Kajian Nadiah dan Azlin Norhaini (2014) mengenai amalan kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru

di sekolah cemerlang daerah Seremban turut mendapati gaya kepimpinan pengetua memberi pengaruh

yang kuat terhadap kepuasan kerja guru. Seterusnya Stacy (2008) menyatakan bahawa keempat-empat ciri

amalan kepimpinan transformasi telah dikenalpasti memberi impak positif kepada kepuasan kerja dan

komitmen guru-guru.

Berdasarkan dapatan kajian dan persoalan-persoalan yang dibincangkan, maka pengkaji berpandangan

amalan kepimpinan transformasi pengetua sesuai dan boleh mendorong para guru mengubah nilai dan sikap

mereka supaya mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pelaksanaan PST KPM. Kajian berkaitan

dengan kepimpinan transformasi pengetua PST KPM dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di

sekolah menengah yang terlibat dengan program ini belum dilaksanakan kerana PST KPM baharu

diperkenalkan. Sehubungan dengan itu, kajian awal untuk melihat amalan kepimpinan transformasi

pengetua di sekolah terlibat PST KPM perlu dilaksanakan agar objektif PST KPM tercapai seperti yang

dihasratkan.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pengetua PST

KPM dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara.

Page 4: KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM … · 506 KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal

509

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk;

i. Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua PST KPM menurut persepsi guru

di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara.

ii. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara.

iii. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara amalan kepimpinan transformasi pengetua

PST KPM dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian adalah seperti berikut:

i. Apakah tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua PST KPM menurut persepsi guru di

sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara.

ii. Apakah tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara.

iii. Adakah terdapat hubungan antara amalan kepimpinan transformasi pengetua PST KPM dengan

kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara.

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Kerangka konseptual kajian seperti ditunjukkan dalam rajah 2.

Rajah 2: Kerangka Konseptual Kajian

Sumber: Kepimpinan Transformasi diubahsuai daripada Teori Burns (1978) dan Bass (1985), Kepuasan

Kerja diubahsuai daripada Teori Dua Faktor Herzberg (1985); dalam Raihana (2012) dan Kepimpinan

Berkesan diubahsuai daripada Konsep Program Sekolah Transformasi KPM (2015).

Kajian ini dijalankan berdasarkan kerangka konseptual yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Kejayaan PST

KPM bergantung kepada pemimpin berkesan yang mengamalkan gaya kepimpinan transformasi. Kajian

kepimpinan transformasi dikaji berdasarkan model Burns (1978) dan Bass (1985), empat dimensi amalan

iaitu karismatik, pertimbangan individu, stimulasi intelek dan inspirasi motivasi. Pengetua sebagai subjek

kajian akan dikaji melalui persepsi guru terhadap amalan kepimpinan transformasi yang diamalkan.

Kajian ini juga merujuk kepada teori kepuasan kerja iaitu Teori Dua Faktor Herzberg (Herzberg’s Two-

Factor Theory) yang telah menggabungkan faktor kepuasan iaitu motivasi (keperluan tinggi) dengan faktor

ketidakpuasan iaitu hygiene (keperluan rendah). Tahap keperluan tinggi ini merangkumi beberapa aspek

Page 5: KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM … · 506 KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal

510

intrinsik iaitu pengiktirafan, pencapaian dan peluang untuk memajukan diri. Manakala tahap keperluan

rendah merupakan suasana tempat kerja, penyeliaan dan hubungan interpersonal (Dinham & Scott, 2000).

ULASAN LITERATUR KEPIMPINAN AMALAN TRANSFORMASI DAN KEPUASAN KERJA

GURU

Kajian yang telah dilaksanakan oleh Button (2003) menunjukkan bahawa perubahan yang dibawa melalui

kepimpinan transformasi dilihat lebih demokratik, adil serta mampu meningkatkan komitmen serta

penglibatan individu. Organisasi yang melalui perubahan amalan kepimpinan daripada transaksional

kepada transformasional berubah bukan hanya kerana aspek-aspek di atas tetapi mereka berubah kerana

amalan kepimpinan transformasi yang mampu membawa kepada peningkatan produktiviti (Leithwood

1992; dalam Nursuhaila 2007). Menurut Hoy & Miskel (2005) model kepimpinan transformasi dilihat

paling sesuai diimplementasi oleh pemimpin sekolah.

Menurut Norashikin (2005) dalam kajiannya terhadap 365 orang pensyarah di tiga (3) buah Politeknik

mendapati bahawa Ketua Jabatan dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) di 3 buah Politeknik

mengamalkan keempat-empat ciri kepimpinan transformasi iaitu ciri karismatik, ciri inspirasi motivasi, ciri

stimulasi intelek dan ciri perhatian individu. Kajian beliau mendapati kepimpinan yang ditunjukkan oleh

Ketua Jabatan mampu mendatangkan perubahan yang baik dalam PTV di Politeknik seterusnya mampu

memimpin pensyarah untuk bekerja dengan memberikan kerjasama yang tinggi.

Jazmi (2009) melalui kajiannya “Gaya Kepemimpinan Pengetua dan Kepuasan Kerja Guru: Kajian

Perbandingan Antara SMKA dengan SMK” mencadangkan agar pengetua mengamalkan gaya

kepemimpinan transformasi. Hal ini kerana pengetua akan berhadapan dengan guru-guru, staf dan pelajar

yang merupakan elemen-elemen yang memerlukan perhubungan kemanusiaan yang lebih tinggi.

Kajian Raihana (2012) mendapati amalan kepimpinan Pengarah di Institut Pendidikan MARA (IPMa)

adalah berada pada tahap sederhana tinggi dan didapati lebih cenderung mengamalkan ciri stimulasi intelek

berbanding ciri-ciri amalan kepimpinan transformasi selainnya. Kajian beliau mendapati tahap kepuasan

kerja tenaga pengajar di IPMa berada pada tahap yang tinggi.

Kajian Habib dan Zaimah (2012) ke atas guru pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan

(Integrasi) dalam Daerah Hulu Langat, Selangor turut mendapati ciri-ciri kepimpinan transformasi

pengetua terhadap keempat-empat dimensi amalan kepemimpinan transformasi pengetua adalah tinggi.

Kajian Nor Hanim (2013), Rosmawati (2013) dan Mohamad Radzi et al. (2014) turut mendapati

kepimpinan transformasi pengetua di sekolah berada pada tahap yang tinggi.

Robbins (2003) menyatakan kepuasan kerja merupakan satu tahap yang dirasai oleh seseorang pekerja

apabila dapat melakukan sesuatu kerja dengan baik. Kepuasan kerja ialah tingkah laku yang

memberangsangkan terhadap kerja, berasa seronok dan gembira semasa melakukan sesuatu pekerjaan.

Rugg (2005) menyatakan, kepimpinan transformasi dapat membuatkan guru-guru lebih meningkatkan

keterlibatan dalam aktiviti, lebih berdedikasi dan lebih berpuas hati. Kimberly (2008) turut mencadangkan

dalam meningkatkan kepuasan kerja guru, adalah penting bagi sekolah dan pegawai pendidikan daerah

mengimplementasikan model kepimpinan transformasi di sekolah.

Menurut Azrul Hisham (2009), kepuasan kerja merujuk kepada emosi guru yang menggembirakan hasil

daripada taksiran seseorang terhadap pekerjaannya sebagai menyenangkan dan berjaya. Manakala Karen

(2007) pula menyatakan bahawa kepimpinan transformasi pengetua dapat mengubah tingkah laku dan

sikap guru serta mewujudkan kepuasan diri kepada guru atas perubahan-perubahan positif yang berlaku.

Kajian Nadiah dan Azlin Norhaini (2014) mengenai amalan kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru

di sekolah cemerlang daerah Seremban mendapati gaya kepimpinan pengetua memberi pengaruh yang kuat

terhadap kepuasan kerja guru. Nor Fadhilah dan Azlin Norhaini (2014) melalui kajian terhadap amalan

kepimpinan transformasional pengetua dan kepuasan kerja guru di sekolah menengah agama bantuan

kerajaan (SABK) Negeri Sembilan mendapati bahawa amalan kepimpinan transformasi dalam dimensi

karisma merupakan penyumbang terbesar kepada tahap kepuasan kerja guru. Manakala Thalahudin dan

Page 6: KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM … · 506 KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal

511

Azlin Norhaini (2015) mendapati tahap kepuasan kerja yang tinggi sebahagiannya disumbang oleh dimensi

stimulasi intelek dalam kepimpinan transformasi.

Hasil dapatan tersebut mengesahkan bahawa amalan kepimpinan transformasi yang diamalkan boleh

menyumbang kepada kepuasan kerja guru.

TEORI KEPIMPINAN TRANSFORMASI BURN (1979) DAN BASS (1985)

Teori Kepimpinan Transformasi Burn (1979)

Teori kepimpinan transformasi telah diperkenalkan oleh James Mac Gregor Burns pada tahun 1979 di

dalam kajiannya berkaitan dengan kepemimpinan politik. Menurut Burns, kepemimpinan transformasi

merupakan satu proses di mana pemimpin dan pengikutnya saling bantu membantu untuk meningkatkan

motivasi dan moral kepada tahap yang lebih tinggi. Burns telah mengkategorikan kepemimpinan

transformasi kepada empat kategori iaitu karismatik, pertimbangan individu, stimulasi intelek dan inspirasi

motivasi. Idea Burns telah dikembangkan oleh Bass yang melihat kepemimpinan transformasi berdasarkan

cara bagaimana pemimpin mempengaruhi pengikutnya bagi membolehkan dirinya dipercayai, dikagumi

dan dihormati (Khairil Annas 2009).

Uniknya kepimpinan transformasi adalah pada sumbernya iaitu nilai peribadi dan kepercayaan seseorang

pemimpin itu terhadap perkongsian kepimpinan itu sendiri yang akhirnya boleh melahirkan pemimpin di

kalangan pengikut (Hoy & Miskel 2005).

Teori Kepimpinan Transformasi Bass (1985)

Teori ini diasaskan oleh Bernard M. Bass (1985). Teori ini merupakan suatu perincian dan penambahbaikan

daripada Teori Kepimpinan Transformasi Burns (1978) iaitu dengan memberikan perhatian yang lebih

kepada pengikut berbanding pemimpin. Bass memfokuskan teorinya kepada peningkatan kesedaran

mengenai isu-isu kepimpinan dalam kalangan pengikut. Beliau menyatakan bahawa pengikut memerlukan

pemimpin yang berwawasan, berkeyakinan diri tinggi dan mempunyai kekuatan memperjuangkan

kebenaran (Avolio & Bass 2004).

Menurut Bass (1985), terdapat tiga cara pemimpin mengubah pengikut iaitu:

i. Tingkatkan keperihatinan pengikut terhadap kepentingan tugas dan keperluan memahami nilai murni;

ii. Pengikut perlu memberikan keutamaan terhadap pencapaian matlamat organisasi berbanding

kepentingan peribadi diri; dan

iii. Pemimpin menyemarakkan keinginan pengikut di peringkat lebih tinggi.

Bass turut menyatakan bahawa terdapat empat ciri amalan kepimpinan transformasi yang digambarkan

dimiliki oleh seseorang pemimpin transformasi iaitu ciri karismatik, inspirasi motivasi, stimulasi intelek

dan perhatian individu. Senarai empat amalan kepimpinan menurut Burns dan Bass seperti pada Jadual 1.

Jadual 1: Kepimpinan Transformasi Burns (1979) dan Bass (1985)

Sumber: Teori Burns (1979) & Bass (1985); dalam Nursuhaila (2007).

Page 7: KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM … · 506 KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal

512

KEPUASAN KERJA MENGIKUT TEORI DUA FAKTOR HERZBERG

Arthur dan David (2011) menyatakan Herberzg (1959) mengilhamkan teori ini daripada satu persoalan

iaitu “Apakah yang pekerja mahukan daripada pekerjaan mereka?”. Maka dalam menjawab persoalan

tersebut, beliau membuat kajian tinjauan terhadap sekumpulan profesional iaitu sejumlah 200 orang

akauntan dan jurutera di sembilan buah syarikat di Pittsburg, Amerika Syarikat dan seterusnya mendapati

bahawa terdapat dua set faktor (hygiene dan motivator) yang mempengaruhi ketidakpuasan dan kepuasan

dalam kerja.

Teori Dua Faktor Herzberg (Herzberg’s Two-Factor Theory) telah menggabungkan faktor kepuasan iaitu

motivator (keperluan tinggi) dengan faktor ketidakpuasan iaitu hygiene (keperluan rendah). Tahap

keperluan tinggi ini merangkumi beberapa aspek intrinsik iaitu pengiktirafan, pencapaian, tanggungjawab,

pekerjaan dan peluang untuk memajukan diri. Manakala tahap keperluan rendah merupakan suasana tempat

kerja, polisi kerja, penyeliaan, gaji dan hubungan interpersonal (Dinham & Scott 2000).

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Menurut Cresswell (2009), pendekatan kuantitatif menggunakan

kaedah tinjauan diaplikasikan dalam kajian ini kerana ia mampu memberikan penjelasan secara kuantitatif

ke atas sesuatu populasi dengan hanya mengkaji sampel daripada populasi berkenaan. Malek (2007)

menyatakan bahawa kajian tinjauan dijalankan bagi mendapatkan bilangan, kuantiti atau data yang

melibatkan angka (numerical).

Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kepimpinan transformasi pengetua PST KPM dan

hubungannya dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara. Segala

pengukuran terhadap pemboleh ubah adalah dibuat berdasarkan maklum balas terhadap semua penyataan

yang terkandung dalam soal selidik.

LOKASI, POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Kajian ini dijalankan di lima (5) buah sekolah menengah kohort pertama yang terlibat PST KPM di zon

utara. Pemilihan sampel kajian berdasarkan sampel yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (1970).

Senarai lokasi, populasi dan sampel ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Lokasi, Populasi dan Sampel Sekolah Menengah Terlibat PST KPM di Zon Utara

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah instrumen soal selidik. Menurut Mohd Majid (1998);

dalam Jazmi (2009) menyatakan bahawa responden hanya akan meneruskan usaha untuk menjawab soalan

sekiranya soalan yang dikemukakan dapat dibaca dan difahami dengan mudah.

Borang soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Bahagian A mengandungi demografik iaitu

jantina, umur dan pengalaman mengajar guru, Bahagian B mengandungi 20 soalan mengenai

kepemimpinan transformasi pengetua (karismatik, pertimbangan individu, stimulasi intelek dan inspirasi

Page 8: KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM … · 506 KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal

513

motivasi) dan Bahagian C mengandungi 7 soalan mengenai kepuasan kerja (faktor motivator dan hygiene).

Soal selidik kepemimpinan transformasi pengetua diubahsuai daripada soal selidik yang digunakan oleh

Nursuhaila (2007), diadaptasi daripada Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) yang diperkenalkan

oleh Avolio & Bass (2004). Kepuasan kerja pula diukur menggunakan soalan yang telah diubahsuai

daripada soal selidik yang digunakan oleh Badril (2009), diadaptasi daripada soalan gabungan Job

Descriptive Index (JDI) dan Job In General (JIG). Skala likert yang digunakan dalam kajian ini ditunjukkan

dalam Jadual 3.

Jadual 3: Skor Mengikut 5 Skala Likert (Tahap persetujuan terhadap penyataan)

Sumber: Adaptasi daripada Mohd. Najib (2004). Reka Bentuk Tinjauan: Soal Selidik Pendidikan.

ANALISIS KAJIAN

Soal Selidik Bahagian A

Maklumat yang disediakan dalam Bahagian A berkaitan dengan maklumat demografik iaitu jantina, umur

dan pengalaman mengajar. Maklumat ini diproses dengan menggunakan pengaturcaraan IBM Statictical

Package For The Social Sciences (SPSS) Versi 22.0.

Soal Selidik Bahagian B dan C

Data-data dan maklumat yang diperoleh dari soal selidik Bahagian B dan C diproses dengan

menggunakan pengaturcaraan IBM Statictical Package For The Social Sciences (SPSS) Versi 22.0 bagi

mendapatkan nilai skor min bagi setiap item yang dijawab oleh responden. Jadual 4 merupakan rujukan

skor min dan orientasi tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua PST KPM dengan tahap

kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara.

Jadual 4: Jadual Rujukan Skor Min dan Orientasi Tahap Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua

PST KPM dengan Tahap Kepuasan Kerja Guru di Sekolah Menengah terlibat PST KPM di Zon Utara

Sumber: Nunnalyy dan Bernstein (1994). Psychometrics Theory 3rd Edition.

Ujian Kolerasi Spearman

Ujian Kolerasi Spearman digunakan bagi mengenal pasti perhubungan antara tahap amalan kepimpinan

transformasi pengetua PST KPM (pemboleh ubah bebas) dengan tahap kepuasan kerja guru di sekolah

menengah terlibat PST KPM (pemboleh ubah bersandar) di zon utara. Ujian ini dipilih oleh pengkaji kerana

Page 9: KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM … · 506 KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal

514

ujian ini dapat mengenal pasti perhubungan antara kedua-dua variabel berskala ordinal sebagai skala

pengukuran (Chua2013). Data-data dan maklumat yang diperoleh dari soal selidik diproses dengan

menggunakan pengaturcaraan IBM Statictical Package For The Social Sciences (SPSS) Versi 22.0.

Rujukan bagi nilai kolerasi (r) dan orientasinya adalah seperti pada Jadual 5.

Jadual 5: Jadual Rujukan Nilai Kolerasi (r)

Sumber: (Chua 2013).

Daripada Jadual 5, sekiranya nilai kolerasi (r) yang diperoleh adalah sama dan melebihi daripada sifar (r ≥

0), maka tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua PST KPM adalah berhubungan positif dengan

tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM iaitu terdapat hubungan signifikan antara

kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Namun, sekiranya nilai kolerasi (r) yang diperoleh adalah kurang

daripada sifar (r < 0), maka tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua PST KPM adalah

berhubungan negatif dengan tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM iaitu tidak

terdapat hubungan signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut.

Aras kekuatan nilai pekali korelasi (r) bagi menentukan kekuatan kolerasi mempunyai sela antara -1 dan

+1 (Chua 2013). Pekali korelasi dilaporkan dalam bentuk dua titik perpuluhan. Misalnya, r = .65 dan r =

.23 (nilai sifar di depan titik perpuluhan tidak perlu dilaporkan). Jadual 6 menunjukkan aras kekuatan nilai

r (Chua 2013).

DAPATAN KAJIAN

Analisis Deskriptif Faktor Demografik Responden Kajian

Responden bagi kajian ini adalah sejumlah 351 orang guru di 5 buah sekolah menengah terlibat dengan

PST KPM di zon utara. Dalam menjalankan analisis deskriptif terhadap faktor demografik responden

kajian, pengkaji menggunakan tiga faktor demografik dalam mengenalpastikan karakteristik bagi setiap

responden yang terlibat dalam kajian yang dijalankan iaitu demografik jantina, umur dan pengalaman

mengajar.

Taburan responden mengikut jantina menunjukkan seramai 81 orang (23.1%) responden adalah terdiri

daripada guru lelaki manakala 270 orang (76.9%) responden adalah terdiri daripada guru perempuan. Ini

menunjukkan bilangan responden perempuan adalah lebih berbanding responden lelaki.

Page 10: KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM … · 506 KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal

515

Taburan bagi responden mengikut kategori umur menunjukkan bilangan responden berumur bawah 30

tahun adalah seramai 41 orang (11.7%), umur di antara 31 hingga 40 tahun pula adalah seramai 129 orang

(36.8%), manakala bilangan responden dalam kategori umur 41 hingga 50 tahun adalah seramai 112 orang

(31.9%) dan kategori umur 51 tahun ke atas adalah seramai 69 orang (19.7%). Analisis data tersebut

menunjukan bahawa jumlah yang paling ramai adalah responden yang berada dalam kategori umur 31

hingga 40 tahun iaitu 129 orang (36.8%).

Taburan responden mengikut pengalaman mengajar (tahun) menunjukkan bilangan responden bagi 5 tahun

ke bawah adalah seramai 28 orang (8.0%), 6 hingga 10 tahun adalah seramai 90 orang (25.6%), 11 hingga

19 tahun adalah seramai 121 orang (34.5%) dan jumlah responden yang telah mengajar selama 20 tahun

ke atas pula adalah seramai 112 orang (31.9%). Responden terbesar adalah terdiri daripada responden yang

mengajar antara 11 hingga 19 tahun iaitu 121 orang (34.5%).

Analisis Tahap Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua PST KPM Menurut Persepsi Guru di Sekolah

Menengah Terlibat PST KPM di Zon Utara

Bagi tujuan menjawab persoalan kajian yang pertama mengenai apakah tahap amalan kepimpinan

transformasi pengetua PST KPM menurut persepsi guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon

utara, pengkaji menganalisa data yang diperolehi dengan menggunakan pengaturcaraan IBM Statictical

Package For The Social Sciences (SPSS) Versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan ciri karismatik

mendapat nilai skor min, 3.89 iaitu pada tahap sederhana tinggi. Ciri Pertimbangan Individu pula mendapat

nilai skor min, 3.87 iaitu pada tahap sederhana tinggi dan merupakan ciri kepimpinan transformasi yang

mendapat nilai skor min paling rendah berbanding nilai skor min ciri-ciri selainnya. Manakala bagi ciri

stimulasi intelek memperoleh nilai skor min, 3.91 iaitu pada tahap sederhana tinggi. Selain itu, ciri inspirasi

motivasi mendapat nilai skor min, 3.92 iaitu pada tahap sederhana tinggi dan merupakan nilai skor min

yang paling tinggi berbanding skor min bagi ciri-ciri selainnya. Secara keseluruhannya, nilai skor min bagi

tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua PST KPM di zon utara ialah 3.90 iaitu berada pada tahap

orientasi sederhana tinggi.

Berdasarkan analisis kajian yang dijalankan, tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua PST KPM

di zon utara adalah berada pada tahap sederhana tinggi iaitu dengan skor min, 3.90. Ciri inspirasi motivasi

memperoleh skor min tertinggi (3.92), diikuti ciri stimulasi intelek memperoleh skor min (3.91),

kemudiannya diikuti oleh ciri karismatik memperoleh skor min (3.89), dan terakhir ialah ciri pertimbangan

individu memperoleh skor min (3.87). Nilai skor min secara terperinci mengikut ciri-ciri tahap amalan

kepimpinan transformasi (karismatik, pertimbangan individu, stimulasi intelek dan inspirasi motivasi)

pengetua di sekolah terlibat PST KPM di zon utara adalah seperti pada Jadual 7.

Jadual 7: Jadual Skor Min Tahap Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua PST KPM di Zon Utara.

Analisis Tahap Kepuasan Kerja Guru di Sekolah Menengah Terlibat PST KPM di Zon Utara Mengikut

Faktor Motivator dan Hygiene.

Bagi tujuan menjawab persoalan kajian kedua mengenai tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah

terlibat PST KPM di zon utara, analisis dibuat mengikut faktor kepuasan kerja berdasarkan Teori Dual

Page 11: KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM … · 506 KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal

516

Faktor Hezberg (1959) yang dikemukakan oleh Frederick Herzberg iaitu kepuasan kerja dipengaruhi oleh

faktor motivator dan hygiene.

Sejumlah 7 item soal selidik Bahagian C digunakan untuk mengukur tahap kepuasan kerja guru di sekolah

menengah terlibat PST KPM zon utara mengikut faktor motivator dan hygiene. Nilai skor min yang

diperoleh daripada analisis kajian berdasarkan persepsi kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat

PST KPM di zon utara mengikut faktor motivator dan hygiene ialah 3.96. Analisis kajian menunjukkan

persepsi guru di sekolah menengah terlibat PST KPM terhadap hubungan dengan rakan sekerja yang

menarik memperoleh nilai skor min, 4.40. Persepsi guru terhadap kerja yang selamat di sekolah (skor min,

4.24). Bagi analisis kepuasan guru terhadap gaji yang diterima menunjukkan skor min, 3.95. Persepsi guru

terhadap kerja yang dilakukan oleh mereka adalah cemerlang (skor min, 3.97). Bagi aspek membangunkan

minda, persepsi guru menunjukkan nilai skor min, 3.69. Skor min bagi cabaran untuk naik pangkat ialah

3.54. Manakala persepsi guru mengenai aspek memberikan rasa satu pencapaian memperoleh nilai skor

min berjumlah 3.95. Dapatan ini juga menggambarkan sekolah adalah sebuah tempat kerja yang

mempunyai persekitaran yang selamat untuk bekerja, setiap orang guru mempunyai hubungan yang baik

dengan rakan sekerja, guru turut mampu menunjukkan hasil kerja yang cemerlang dan guru turut berpuas

hati dengan pembayaran gaji dan faedah yang diperoleh daripada pekerjaan yang dilakukan.

Secara keseluruhan skor min bagi tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di

zon utara mengikut ciri faktor motivator dan hygiene ialah 3.96 iaitu berada pada tahap orientasi sederhana

tinggi.

Dapatan ini turut menggambarkan bahawa guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara

berpuas hati terhadap pengetua kerana keperluan mereka telah dipenuhi. Jadual 8 menunjukkan nilai skor

min secara keseluruhan bagi tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon

utara mengikut ciri faktor motivator dan hygiene.

Jadual 8: Jadual Skor Min Keseluruhan Bagi Tahap Kepuasan Kerja Guru di Sekolah Menengah Terlibat

PST KPM di Zon Utara Mengikut Ciri Faktor Motivator dan Hygiene.

Pengujian Hipotesis

Pengujian hipotesis adalah bertujuan menjawab persoalan kajian ketiga mengenai sama ada tahap amalan

kepimpinan transformasi pengetua PST KPM mempunyai hubungan signifikan dengan tahap kepuasan

kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara. Analisis dibuat menggunakan Ujian

Kolerasi Spearman dalam menentukan hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah tersebut.

Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan transformasi pengetua PST KPM

dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara.

Keputusan analisis Ujian Kolerasi Spearman terhadap hubungan antara amalan kepimpinan transformasi

pengetua PST KPM dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara

mendapati terdapat hubungan yang signifikan (r=.460, p < .05). Keputusan kajian menunjukkan Ho ditolak

dan korelasinya adalah positif. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang lemah antara amalan

kepimpinan transformasi pengetua PST KPM dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat

PST KPM di zon utara. Hubungan lemah ini berdasarkan Jadual Kekuatan Nilai Pekali Kolerasi (Chua

2013) iaitu r=.460 berada dalam kelompok “Lemah”. Dapatan kolerasi antara tahap amalan kepimpinan

transformasi pengetua PST KPM dengan tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST

KPM di zon utara seperti pada Jadual 9.

Page 12: KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM … · 506 KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal

517

Jadual 9: Ujian Kolerasi Spearman Antara Tahap Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua PST KPM

dengan Tahap Kepuasan Kerja Guru di Sekolah Menengah Terlibat PST KPM di Zon Utara

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Berdasarkan analisis kajian yang dijalankan, tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua PST KPM

di zon utara adalah berada pada tahap sederhana tinggi iaitu dengan skor min, 3.90. Ciri inspirasi motivasi

memperoleh skor min tertinggi (3.92), diikuti ciri stimulasi intelek memperoleh skor min (3.91),

kemudiannya diikuti oleh ciri karismatik memperoleh skor min (3.89), dan terakhir ialah ciri pertimbangan

individu memperoleh skor min (3.87). Dapatan ini menunjukkan bahawa pengetua PST KPM

mengamalkan kepimpinan transformasi secara bersederhana sahaja kerana keempat-empat ciri amalan

kepimpinan transformasi pengetua adalah berada pada tahap sederhana tinggi.

Dapatan kajian ini mempunyai persamaan dengan dapatan kajian Raihana (2012), mendapati amalan

kepimpinan Pengarah di Institut Pendidikan MARA (IPMa) adalah berada pada tahap sederhana tinggi.

Walau bagaimanapun daripada segi kecenderungan kajian Raihana mendapati Pengarah lebih cenderung

mengamalkan ciri stimulasi intelek sedangkan kajian ini mendapati pengetua PST KPM lebih cenderung

mengamalkan ciri

inspirasi motivasi berbanding ciri-ciri amalan kepimpinan transformasi selainnya. Kajian yang telah

dilaksanakan oleh Button (2003), Nursuhaila (2007), Hoy & Miskel (2005) dan Norashikin (2005) turut

mendapati perubahan yang dibawa melalui kepimpinan transformasi dilihat paling sesuai diimplementasi

oleh pemimpin sekolah.

Selain itu, terdapat juga kajian-kajian yang dilaksanakan mengenai amalan kepimpinan transformasi

mendapati amalan transformasi pengetua berada pada tahap tinggi. (Mohd Aziz 2008; Mohamad Zabidi

2009; Habib dan Zaimah 2012; Nor Hanim 2013; Rosmawati 2013; Nor Fadhilah dan Azlin Norhaini 2014;

Mohamad Radzi et al. 2014; Thalahuddin dan Azlin Norhaini 2015).

Dapatan analisis terhadap kajian mengenai tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST

KPM di zon utara mengikut faktor motivator dan hygiene adalah berada pada tahap sederhana tinggi

dengan nilai skor min, 3.96. Dapatan ini menunjukkan bahawa guru di sekolah menengah terlibat PST

KPM di zon utara berpuas hati terhadap pengetua mereka.

Dapatan ini disokong oleh kajian yang telah dilaksanakan oleh Ahmed (2008) menunjukkan tahap

kepuasan kerja guru adalah dipengaruhi oleh hubungan antara guru dengan pentadbiran sekolah, amalan

kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua, persekitaran sekolah yang mempunyai budaya yang

menggalakkan hubungan baik di antara guru-guru di sekolah.

Selain itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan tahap kepuasan kerja guru adalah sederhana walaupun

keseluruhan tahap kepimpinan transformasi pengetua berada pada tahap tinggi. Dapatan ini diperolehi oleh

Nor Fadhilah dan Azlin Norhaini (2014) melalui kajian terhadap amalan kepimpinan transformasional

pengetua dan kepuasan kerja guru di SABK Negeri Sembilan.

Keputusan analisis Ujian Kolerasi Spearman terhadap hubungan antara amalan kepimpinan transformasi

pengetua PST KPM dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara

Page 13: KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM … · 506 KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal

518

mendapati terdapat hubungan yang signifikan (r=.460, p < .05). Keputusan kajian menunjukkan Ho ditolak

dan korelasinya adalah positif. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang lemah antara amalan

kepimpinan transformasi pengetua PST KPM dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat

PST KPM di zon utara. Hubungan lemah ini berdasarkan Jadual Kekuatan Nilai Pekali Kolerasi (Chua

2013) iaitu r=.460 berada dalam kelompok “Lemah”. Sebaliknya dapatan kajian Mohd Aziz (2008) dan

Mohamad Zabidi (2009) menunjukkan terdapat hubungan kuat di antara amalan kepemimpinan

transformasi pengetua dan kepuasan kerja guru. Namun begitu, kajian Jazmi (2009) di SMKA dan SMK

di negeri Kedah menunjukkan ia mempunyai hubungan sederhana. Manakala kajian Raihana (2012) di

IPMa mendapati tahap amalan kepimpinan transformasi Pengarah adalah menunjukkan hubungan yang

tidak signifikan dengan tahap kepuasan kerja tenaga pengajar.

Berdasarkan dapatan kajian, bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai amalan kepimpinan

transformasi dalam kalangan pengetua PST KPM pengkaji mencadangkan:

1. Kajian ini perlu diperluaskan ke zon-zon lain mengikut kategori sekolah luar Bandar dan dalam Bandar.

2. Empat ciri amalan kepimpinan transformasi diterapkan dalam modul latihan kepimpinan di IAB, KPM.

Penekanan Khusus terhadap dua ciri amalan yang memperolehi skor min terendah iaitu karismatik dan

pertimbangan individu.

3. Kajian mengenai hubungan kepuasan kerja guru tidak hanya terbatas kepada pemboleh ubah bersandar

motivator dan hygiene sahaja, malahan diperluaskan kepada pemboleh ubah bersandar lain yang belum

dikaji.

KESIMPULAN

Hasil kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua PST KPM di zon utara adalah

berada pada tahap sederhana tinggi, manakala tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST

KPM di zon utara mengikut faktor motivator dan hygiene turut berada pada tahap sederhana tinggi.

Terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan transformasi pengetua PST KPM dengan

kepuasan kerja guru di sekolah menengah terlibat PST KPM di zon utara. Dapatan ini jelas menunjukkan

bahawa amalan kepimpinan transformasi sesuai dipraktikkan oleh pengetua PST KPM kerana amalan ini

menyumbang kepada kepuasan kerja guru di sekolah terlibat.

RUJUKAN

Ahmed Mohamed Alzaidi (2008). Secondary School Head Teachers’ Job Satisfaction in Saudi Arabia: The

Results of A Mixed Methods Approach. Annual Review of Education, Communication and Language

Science, Vol. 5. pg 161-185. United Kingdom: Newcastle University.

Avolio, B.J. & Bass, B. M. (2004). Multifactor leadership questionnaire: manual and sample, Ed. 3.

Redwood City, CA: Mind Garden, Inc.

Azrul Hisham Abdul Manaf. (2009). Faktor-faktor tekanan dan kesannya kepada guru sekolah menengah

kebangsaan: Satu kajian di daerah timur laut, pulau pinang. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.

Badril Anuar Su @ Busu (2009). A Study of Job Satisfaction Among Teachers. Master Thesis. Universiti

Utara Malaysia (UUM), Sintok.

Bahagian Pendidikan Guru (2015). Kertas Makluman Status Pelaksanaan Program Sekolah Transformasi.

Kementerian Pendidikan Malaysia (Tidak diterbit).

Bass, B. M. & Avolio, B. J. (1994). Improving organisational effectiveness through transformational

leadership. New York: Free Press.

Page 14: KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM … · 506 KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal

519

Burns, J. M. (1978). Leadership. New York: Harper & Row.

Button, B. (2003). A Study Examining The Use Of Transformational Leadership Practices For The Teacher

Development. Master Thesis. University Of Wisconsin Stour.

Chua Yan Piaw. (2013). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 3: Asas Statistik Penyelidikan: Analisis

Data Skala Likert. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Creswell, J. W. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches, 3rd

Edition. Los Angeles: Sage Publications.

Dinham, S. & Scott, C. (2000). Moving Into The Third, Outer Domain of Teacher Satisfaction. Journal of

Educational Administration. 38(4): 379-396.

Habib Ismail & Zaimah Ramli (2012). Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua Dan Hubungannya

Dengan Kepuasan Kerja Guru. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.

Ishak, S. (2001). Pengaruh Kepimpinan Pengajaran, Kepimpinan Transformasi Dan Gentian Kepada

Kepemimpinan Ke Atas Komitmen Terhadap Organisasi, Efikasi Dan Kepuasan Kerja Guru. Universiti

Kebangsaan Malaysia: Tesis PhD. (Tidak diterbitkan).

Jazmi bin Md Isa (2009). Gaya Kepemimpinan Pengetua dan Kepuasan Kerja Guru: Kajian Perbandingan

Antara SMKA dengan SMK. Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Perniagaan. Universiti Utara Malaysia.

Karen K. Carnes (2007). Credentials for Change: A Descreption Analysis of Teacher Perceptions of

Transformational Leadership and Job Satisfaction in The Secondary School Setting. 132-135. Ph.D. Thesis.

Capella University, USA.

Khairil Annas Jusoh (2009). Siri kepimpinan: Evolusi kepimpinan 1. Tinjauan teori-teori terpilih. Kuala

Lumpur. Kasturi Jingga Corporation Sdn. Bhd.

Kimberly Erin Parkinson (2008). An Examination of The Relationship Between The Perceived Leadership

Style of The Principal and Late Career Teacher Job Satisfaction in Selected Elementary School.133- 134.

Ph.D. Thesis. University of Arizona, Arizona.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Laporan Pelaksanaan Program Sekolah Transformasi

(PreSTasi) 2015-2016. Putrajaya.

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W., (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational

and Psychological Measurement.

Malek Muhamat Said (2007). Mengurus Khidmat Bimbingan & Kaunseling Sekolah. 180-182. Kuala

Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Mohamad Zabidi Abdullah. (2009). Kepimpinan Transformasi Pengetua Dan Hubungannya Dengan

Kepuasan Kerja Guru. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Mohamad Radzi Saidin, Azlin Norhaini Mansor, Mohamad Yusoff Mohd Nor & Jamallullail Abd Wahab.

(2014). Kepimpinan Transformasional Dan Komitmen Kerja Guru Di Sekolah Rendah SBT Di Negeri

Sembilan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.

Mohd. Majid Konting. 2004. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nadiah Mohd Abdah & Azlin Norhaini Mansor (2014). Amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua

Dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Cemerlang Di Daerah Seremban. Universiti Kebangsaan Malaysia,

Bangi Selangor.

Norashikin Lakman (2005). Kepimpinan Transformasi PTV di Politeknik. Tesis Sarjana. Universiti Tun

Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat.

Page 15: KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM … · 506 KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA PROGRAM SEKOLAH TRANSFORMASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI ZON UTARA Mohamad Faisal

520

Nor Fadhilah Abdullah & Azlin Norhaini Mansor (2014). Amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua

Dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Sembilan.

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.

Nor Hanim Hasran (2013). Kepimpinan Transformasi Pengetua Dan Hubungannya Dengan Komitmen

Guru Sekolah Menengah di WP Putrajaya. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Selangor.

Nunnalyy, J.C dan Bernstein, I.H (1994). Psychometric Theory 3rd Edition.USA: McGraw-Hill, Inc.

Nursuhaila Ghazali (2007). Tahap Amalan Kepimpinan Transformasional Dalam Kalangan Pengetua

Sekolah Menengah Bandar Tangkak. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 (http://www.moe.gov.my/v/pelan-

pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025).

Raihana Abd Rahim (2012). Amalan Kepimpinan transformasi Pengetua Dan Hubungkaitnya Dengan

Kepuasan Kerja Tenaga Pengajar Di IPMa Di Negeri Melaka.Universiti Teknologi Malaysia.

Robbins, S. P. (2003). Organizational behaviour (10th ed.). New Jersey: Pearson Education.

Rosmawati Abdullah (2013). Kepimpinan Transformasional Pengetua Dan Hubungannya Dengan

Kepuasan Kerja Guru SMK Harian Di Daerah Seremban. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia,

Bangi Selangor.

Rugg, L.J.M. (2005). Teacher Satisfaction With Principal Transformational Leader Behavior. Ph.D. Thesis.

Purdue University, Indiana.

Stacy E. Hoehl (2008). The Relationship Between Transformational Leadership And Student Educational

Outcomes as Moderated by Verbal and Nonverbal Immediacy. Ph.D. Thesis. Regent Unversity, USA.

Thalahuddin Abdullah & Azlin Norhaini Mansor (2015). Pengaruh Kepimpinan Transformasional

Terhadap Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Luar Bandar: Satu Kajian Kes. Universiti Kebangsaan

Malaysia, Bangi Selangor.

Wayne K.Hoy and Cecil Miskel (2005). Educational Leardership and Reform. United States.

Yahya Don, Aziah Ismail & Yaakub Daud (2007). Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar Sekolah di

Malaysia.170. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.