Kepersisan Berbahasa

Embed Size (px)

Citation preview

  • KEPERSISAN BERBAHASA

  • 1. pilihanraya atau pilihan raya?Dalam kata majmuk, kata raya mesti dipisahkan daripada unsur pertama kecuali kata nama khas yang telah diwartakan seperti Dewan Bandaraya Ipoh.Yang betul : pilihan raya, jalan raya, lebuh raya.

    2. pusat beli-belah atau pusat membeli-belah?Frasa nama pusat membeli-belah bermaksud pusat yang melakukan kerja membeli-belah, sedangkan maksud sebenar ialah tempat tumpuan orang ramai untuk membeli-belah.Yang betul: pusat beli-belah.

  • 3. Pelantikan atau perlantikan Imbuhan beR akan membentuk kata nama terbitan peRan. Imbuhan meN akan membentuk kata nama terbitan peN.an. Oleh sebab itu, tidak wujud bentuk kata nama perlantikan, perletakan, perlucutan kerana tidak terdapat perkataan berlantik, berletak,berlucut.

    4. sebuah impian, suatu impian, sesuatu impian?

    Kata abstrak seperti impian, masyarakat, pandangan tidak perlu didahului oleh penjodoh bilangan. Yang patut digunakan ialah kata bilangan tidak tentu suatu atau sesuatu ataupun tanpa sebarang perkataan.

  • 5. tidak dan bukan

    Kedua-duanya kata nafi. Tidak digunakan untuk menafikan frasa adjektif atau frasa kerja.

    Bukan digunakan untuk menafikan frasa nama atau frasa sendi.

  • Pun yang dieja rapat hanya terdiri daripada 13 perkataanadapunandaipunataupunbagaimanapunbiarpunkalaupunkendatipunlagipunmahupunmeskipun

    sekalipunsungguhpunwalaupun

  • 7. riuh-rendah atau sangat riuh-rendah?Riuh-rendah, gundah-gulana, calar-balar dan sebagainya sudah membawa maksud sangat/amat/sungguh. Penggunaan kata penguat di depannya tidak perlu. Kata ganda berentak tidak perlu ditambah kata penguat sangat

    8. cantik sekali atau amat cantik sekali? Kedua-duanya betul kerana kata penguat bebas, amat, sungguh dan sangat boleh diikuti kata penguat belakang sekali. Salah jika digunakan, terpandai sekali, paling pandai sekali, paling terpandai.

  • 9. atas dan di atas

    Penggunaan frasa sendi nama di atas menunjukkan arah atau kedudukan. (tempat)

    Perkataan atas membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai arah seperti perkara, bahasa, peristiwa, bidang dan sebagainya.(abstrak)

  • 10. dari semasa ke semasa atau dari masa ke semasa Sendi nama dari di hadapan kata nama yang berkaitan dengan masa perlu diikuti oleh sendi nama ke dan kata nama atau frasa nama yang sama bentuknya.

    Yang betulnya , dari semasa ke semasa, dari masa ke masa, dari setahun ke setahun atau dari tahun ke tahun.

  • 11. di atau pada Sendi nama di digunakan untuk menunjukkan tempat.

    Sendi nama pada digunakan untuk keadaan seperti ;

    tempat (yang tidak boleh dimasuki)anggota badanorang (kepunyaan)masa

  • 12. terpesona oleh Perkataan terpesona, terbaik, terpandang dan sebagainya merupakan,. Kata kerja transitif pasif. Oleh itu, perlu diikuti oleh kata sendi nama oleh. Contoh, terpesona oleh kemerduan suara, tertarik oleh keindahan alam, terpandang oleh saya.

    Salah jika menggunakan ayat seperti berikut ;

    terpesona akan

  • 13.mengajar atau mengajarkanKata kerja mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan kepada seseorang. manakala mengajarkan bermaksud menyampaikan sesuatu kepada.

    Contohnya;mengajar murid mengajarkan Bahasa Melayu

    14. menamakan dan menamaiKata kerja menamakan bermaksud memberikan sesuatu nama kepada seseorang manakala menamai bermaksud memberi seseorang suatu nama.Contohnya, menamakan Melvin Tan kepada anaknyamenamai anaknya Melvin Tan.

  • 15.bila atau apabilabila ialah kata tanyaapabila ialah kata hubung

    16. memperlebarkan atau memperlebar

    Kata adjektif tidak boleh menerima imbuhan apitan mempeR..kan,mempeR..i, dipeRkan, dipeRi.

    Kata adjektif hanya boleh digabungkan dengan imbuhan memper atau imbuhan apitan meN-kan.

  • 17. menjahit atau menjahitkan

    menjahit perlu dilakukan kepada benda menjahitkan dilakukan kepada manusia

    18. membuat (benda)berbuat ( abstrak )

    membuat kek, membuat layang-layang berbuat bising , berbuat baik

  • 19.menemui atau menemukan

    Kata kerja menemui bermaksud bertemu dengan, manakala menemukan bermaksud berjumpa dengan sesuatu yang dicari. Contoh, menemui sahabat, menemukan cincin.

    20. cintakan atau cinta akan

    Kata adjektif perasaan perlu disertai kata bantu akan. -kan bukan singkatan kata akan tetapi imbuhan akhiran.

  • SEKIAN,TERIMA KASIHBAHASA JIWA BANGSA

    *