26
KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI : SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN SATU, DUA DAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LAKI-LAKI) METHODIST SENTUL, KUALA LUMPUR. TEH SIEW HUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

  • Upload
    vuanh

  • View
    263

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI : SATU TINJAUAN DI KALANGAN

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN SATU, DUA DAN EMPAT

DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LAKI-LAKI) METHODIST

SENTUL, KUALA LUMPUR.

TEH SIEW HUI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

UTPSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI: SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN SATU, DUA DAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LAKI-LAKI) METHODIST SENTUL, KUALA LUMPUR.

SESI PENGAJIAN: 2006 / 2007

Saya TEH SIEW HUI________________________________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tanda (√) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ________________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 29-08-09 Bandar Baru Sentul, Dr. Mohd Rizal Mohd Said 51000 Kuala Lumpur. Nama Penyelia Tarikh: 23 April 2007 Tarikh: 23 April 2007

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : …………………………...............

Nama Penyelia : DR. MOHD RIZAL MOHD SAID

Tarikh : …23 April 2007…………………..

Page 4: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI: SATU TINJAUAN DI KALANGAN

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN SATU, DUA DAN EMPAT DI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LAKI-LAKI) METHODIST

SENTUL, KUALA LUMPUR.

TEH SIEW HUI

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2007

Page 5: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………...

Nama Pengkaji: TEH SIEW HUI

Tarikh : 23 April 2007

Page 6: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

iii

DEDIKASI

Khas Buat Ayah, Ibu, Suami Dan Ahli Keluarga Yang Tersayang

Serta Rakan-rakan Seperjuangan

Page 7: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

kesyukuran kepada penyelia saya iaitu Dr. Mohd Rizal Mohd Said kerana sanggup

meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan kepada

saya dari permulaan sehingga kajian ini berjaya disiapkan.

Tidak lupa saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan

dan pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan

(Laki-laki) Methodist Sentul, Kuala Lumpur. Kerjasama mereka untuk memberi

kebenaran dan meluangkan masa menyiapkan penyelidikan ini amatlah dihargai.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

semua tenaga pengajar dan kakitangan Fakulti Pendidikan dalam membantu

menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga saya menujukan penghargaan saya kepada

rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi dorongan dan nasihat kepada saya.

Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sama ada secara

langsung atau tidak langsung membantu dalam kajian ini.

Page 8: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan nilai-nilai

murni di kalangan pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Empat di Sekolah Menengah

Kebangsaan (Laki-laki) Methodist Sentul, Kuala Lumpur. Objektif kajian ini adalah

untuk (1) mengenalpasti tahap pemahaman nilai-nilai murni di kalangan pelajar, (2)

mengenalpasti penghayatan nilai-nilai murni di kalangan pelajar, (3) mengenalpasti

pengamalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar ketika berada di luar bilik darjah.

Pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Pengkaji telah

memilih 235 orang sampel dari Sekolah Menengah Kebangsaan (Laki-laki)

Methodist Sentul, Kuala Lumpur. Dapatan kajian ini dianalisis dengan menggunakan

SPSS Window Versi 11.5 dan dikemukakan dalam bentuk frekuensi dan peratusan.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 90.6% yang memahami nilai-nilai

murni. Manakala tahap penghayatan nilai-nilai murni adalah lebih tinggi daripada

tahap pemahaman nilai-nilai murni iaitu 91.2%. Tahap amalan nilai-nilai murni pula

adalah paling rendah iaitu 76.5%. Ini menunjukkan bahawa tahap amalan nilai-nilai

murni masih berada di tahap yang perlu diperbaiki lagi. Sejajar dengan hasil dapatan

yang diperolehi, beberapa cadangan yang bersesuaian telah dikemukakan.

Page 9: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

vi

ABSTRACT

The purpose of this research was to study the important of moral values

among students who study in Form One, Form Two and Form Four in Sekolah

Menengah Kebangsaan (Laki-laki) Methodist Sentul, Kuala Lumpur. The objectives

were (1) to identify level of understanding on moral values among the students, (2) to

identify appreciate on moral values among the students, (3) to identify practiced on

moral values among the students. The researcher had used the questionnaires as

instrument research. There were 235 samples from Sekolah Menengah Kebangsaan

(Laki-laki) Methodist Sentul, Kuala Lumpur which had been selected randomly as

respondents. The findings were analyzed by using SPSS Window Version 11.5. The

results of the finding were presented in the forms of frequency and percentage. The

result of the research showed that 90.6% respondents did understand moral values.

The level of appreciate in moral values was higher than the level of understanding

moral values, which was 91.2%. The level of practicing moral values was the lowest

which was 76.5%. This showed that the level of practicing moral values still had to

be improved. Based on the analyzed result, some suggestions had been given to

improve the level of practicing moral values.

Page 10: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 LatarBelakang masalah 5

1.3 Pernyataan masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Terminologi 10

Page 11: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

viii

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Senario Falsafah Pendidikan Negara 14

2.3 Tahap Pemahaman Nilai-nilai Murni 15

Di Kalangan Pelajar

2.4 Tahap Penghayatan Nilai-nilai Murni 17

Di Kalangan Pelajar

2.5 Tahap Amalan Nilai-nilai Murni Di 18

Kalangan Pelajar

2.6 Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan 20

2.7 Kajian Terhadap Nilai-nilai Murni 23

2.7.1 Kajian Di Institusi Pengajian Tinggi 23

2.7.2 Kajian Di Sekolah Menengah Kerajaan 24

2.8 Penutup 25

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Rekabentuk kajian 26

3.3 Populasi Kajian 27

3.4 Sampel Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 27

3.6 Kajian Rintis 30

3.7 Tatacara Kajian 31

3.8 Kaedah Pengumpulan Data 32

3.9 Kaedah Analisa Data 33

3.10 Penutup 33

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 34

4.2 Analisis Bahagian A 34

4.2.1 Taburan Kekerapan dan Peratus

Responden Mengikut Tingkatan 35

Page 12: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

ix

4.2.2 Taburan Kekerapan dan Peratus

Responden Mengikut Kaum 36

4.2.3 Taburan Kekerapan dan Peratus

Responden Mengikut Agama 37

4.2.4 Taburan Kekerapan dan Peratus

Responden Mengikut Markah

Matapelajaran Pendidikan Moral

Atau Agama Islam 38

4.3 Analisis Bahagian B 39

4.3.1 Persoalan 1 39

4.3.1.2 Ringkasan Taburan Peratusan

Responden Mengikut Tahap

Pemahaman Nilai-nilai Murni 41

4.3.2 Persoalan 2 42

4.3.2.2 Ringkasan Taburan Peratusan

Responden Mengikut Tahap

Penghayatan Nilai-nilai Murni 43

4.3.3 Persoalan 3 44

4.3.3.2 Ringkasan Taburan Peratusan

Responden Mengikut Tahap

Amalan Nilai-nilai Murni 46

4.3.4 Ringkasan Taburan Kekerapan dan

Peratus Responden Mengikut Persoalan

Kajian 47

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 49

5.2 Perbincangan 49

5.2.1 Adakah pelajar-pelajar sekolah

memahami erti nilai-nilai murni? 50

5.2.2 Adakah pelajar-pelajar sekolah

menghayati nilai-nilai murni? 51

Page 13: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

x

5.2.3 Adakah pelajar-pelajar sekolah

mengamalkan nilai-nilai murni

ketika berada di luar bilik darjah? 52

5.3 Rumusan 53

5.4 Cadangan Tindakan 54

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 56

5.6 Kesimpulan 57

RUJUKAN 59

LAMPIRAN

A Borang Soal Selidik

B Surat Pengakuan Membuat Kajian

C Surat Kebenaran Dari EPRD

D Surat Kebenaran Dari JPWP

E Surat Pengesahan Pakar Bidang

Page 14: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

4.2.1 Taburan Kekerapan dan Peratus

Responden Mengikut Tingkatan 35

4.2.2 Taburan Kekerapan dan Peratus

Responden Mengikut Kaum 36

4.2.3 Taburan Kekerapan dan Peratus

Responden Mengikut Agama 37

4.2.4 Taburan Kekerapan dan Peratus

Responden Mengikut Markah

Matapelajaran Pendidikan

Moral atau Agama Islam 38

4.3.1.1 Taburan Kekerapan dan Peratus

Responden Mengikut Tahap

Pemahaman Nilai-nilai murni 39

4.3.1.2 Ringkasan Taburan Peratusan

Responden Mengikut Tahap

Pemahaman Nilai-nilai Murni 41

4.3.2.1 Taburan Kekerapan dan Peratus

Responden Mengikut Tahap

Penghayatan Nilai-nilai Murni 42

Page 15: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

xii

4.3.2.2 Ringkasan Taburan Peratusan

Responden Mengikut Tahap

Penghayatan Nilai-nilai

Murni. 43

4.3.3.1 Taburan Kekerapan dan Peratus

Responden Mengikut Tahap

Amalan Nilai-nilai Murni. 44

4.3.3.2 Ringkasan Taburan Peratusan

Responden Mengikut Tahap

Amalan Nilai-nilai Murni 46

4.3.4.1 Ringkasan Taburan Kekerapan

dan Peratus Responden Mengikut

Persoalan Kajian 47

Page 16: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1 Taburan Responden Mengikut Tingkatan 35

2 Taburan Responden Mengikut Kaum 36

3 Taburan Responden Mengikut Agama 37

4 Taburan Responden Mengikut Markah

Mata Pelajaran Pendidikan Moral atau

Agama Islam 39

5 Ringkasan Taburan Responden Mengikut

Tahap Pemahaman Nilai-nilai Murni 41

6 Ringkasan Taburan Responden Mengikut

Tahap Penghayatan Nilai-nilai Murni 44

7 Ringkasan Taburan Responden Mengikut

Tahap Amalan Nilai-nilai Murni 46

8 Ringkasan Taburan Peratus Responden

Mengikut Persoalan Kajian 48

Page 17: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

xiv

SENARAI SINGKATAN

% - Peratus

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

Page 18: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik

B Surat Pengakuan Membuat Kajian

C Surat Kebenaran Dari EPRD

D Surat Kebenaran Dari JPWP

E Surat Pengesahan Pakar Bidang

Page 19: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Isu keruntuhan moral di kalangan remaja kita sudah terlalu banyak disuarakan.

Boleh dikatakan semua peringkat masyarakat memberi pelbagai pendapat

mengenainya.Pelbagai berita, rencana dan ulasan mengenainya disiarkan oleh surat

khabar serta media elektronik; seminar dan perbincangan diadakan silih berganti di

merata tempat dan rumusan demi rumusan dibuat, tetapi masalah gejala keruntuhan

moral di kalangan remaja masih berleluasa. (Marican dan Mahmood Nazar, 1999)

Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya

merupakan suatu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan

pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni. (Sayed A.

Rahman, 1996)

Golongan belia yang dinamik, bersikap positif serta mempunyai sifat-sifat

kepimpinan sangat diperlukan bagi menjadikan sesebuah negara maju.

Walaubagaimanapun terdapat pelbagai situasi yang merunsingkan semua mengenai

perkembangan golongan belia masa kini. Golongan ini jika dibiarkan terus sendirian

Page 20: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

2

tanpa bimbingan dan didikan yang sempurna oleh sistem pendidikan serta daripada

keluarga, mereka ini akan lebih mudah terjebak ke dalam aktiviti-akitviti yang kurang

sihat seperti kegiatan ponteng sekolah, lepak, pergaulan bebas, penagihan dadah dan

juga jenayah. Fenomena ini terjadi disebabkan kurangnya pemahaman dan penghayatan

pelajar terhadap nilai-nilai yang baik atau disebut sebagai nilai-nilai murni. (Norasmah

Hj. Othman, 1996)

Menurut Tamby Subahan (1991), sebelum pelajar dapat menghargai alam

sekeliling dan seterusnya ingin memelihara dan mengharungi alam sekeliling, pelajar-

pelajar perlu memahami fakta-fakta atau pengetahuan tentang peranan serta sumbangan

alam sekeliling dalam menjamin kesejahteraan hidup. Begitu juga sebelum pelajar-

pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama tentang perasaan cinta, kasih

sayang yang mendalam dan berkekalan lahir dari hati yang rela kepada sesuatu, mereka

perlu memahami nilai-nilai itu. Nilai-nilai ini boleh diukur secara langsung atau dibuat

inferensi dari konsep-konsep kepercayaan, sikap dan tingkah laku.

Kemunculan Wawasan 2020 pada tahun 1991 yang mengajak setiap warga

Malaysia berusaha membentuk sebuah negara perindustrian yang maju sepenuhnya

melalui pelaksanaan sembilan tuntutan strategik dalam tempoh tiga dekad membawa

implikasi yang besar terhadap fokus dan fungsi pendidikan dalam bidang akademik dan

bukan akademik pada semua peringkat persekolahan, khususnya dalam bidang

pendidikan nilai dan moral. Ini adalah kerana kejayaan merealisasikan matlamat

Wawasan 2020 banyak bergantung pada kualiti sistem nilai yang dihayati oleh setiap

warganegara dan pendidikan merupakan satu mekanisme penting dalam membantu

seseorang untuk mengembangkan nilai hidup yang murni. (Nik Azis, 1994)

Menurut Kamal dalam Nik Azis Nik Pa (1997), menyatakan pendidikan di

Malaysia dilihat sebagai satu proses yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap nilai

Page 21: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

3

dan gaya hidup seseorang warganegara dan ianya dianggap sebagai satu mekanisme

yang penting bagi pembangunan individu, masyarakat dan negara. Pendidikan nilai

khususnya pendidikan nilai yang berlandaskan keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan

telah wujud begitu lama sebelum pendidikan formal bermula di negara ini dan ianya

terus mempunyai tempat yang istimewa sehingga kedudukan itu dicabar dengan hebat

oleh amalan hidup yang bebas lepas.

Menurut Nik Azis (1996), pendidikan formal di Malaysia dilaksanakan dengan

berpandu kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan. Misalnya, semua sekolah perlu

mematuhi beberapa peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dalam sistem tersebut, sekolah dikehendaki berfungsi secara langsung dan tidak

langsung untuk membantu para pelajar memikirkan dengan serius tentang isu-isu yang

membabitkan kebenaran dan kesalahan, untuk meningkatkan minat para pelajar

menghayati kebaikan sosial dan untuk membantu para pelajar membina serta

mengamalkan tingkah laku yang beradab. Sekolah di negara kita perlu melaksanakan

fungsi moral di samping melaksanakan beberapa fungsi yang lain seperti fungsi

intelektual dan fungsi sosial. Dalam konteks pendidikan moral, sekolah dilihat sebagai

satu penghubung yang kritis antara dunia keluarga dengan dunia kehidupan pelajar.

Tanpa pendidikan dan tunjukajar yang lengkap dan bermutu, maka agak sukar

kita dapat menjamin pembentukan individu, masyarakat dan bangsa yang kuat dan mulia.

Justeru ini, ia menunjukkan betapa pentingnya pemahaman, penghayatan dan

pengamalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar bagi melahirkan insan yang

kamil. (Norasmah Othman, 1996)

J. Jegathesan (1992), Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Kemajuan

Perindustrian Malaysia (MIDA) menyatakan tiada gunanya melahirkan golongan bijak

pandai jika mereka akhirnya terjerumus ke dalam kancah yang tidak baik. Beliau juga

Page 22: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

4

berpendapat matlamat pendidikan tidak akan tercapai jika ia hanya melahirkan jurutera,

arkitek dan ahli perniagaan yang akhirnya terjerumus dalam kancah rasuah dan pecah

amanah.

Kerajaan yang telah sedar tentang perkara yang perlu dibendung ini, telah

membuat beberapa tindakan dan salah satu daripada pihak yang dipertanggungjawabkan

ialah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesedaran tentang kemerosotan disiplin dan

akhlak telah dirakamkan oleh JawatanKuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar

Pelajaran 1979 dan menyarankan bahawa tenaga rakyat yang diperlukan untuk

kepentingan pembangunan negara perlu memiliki sikap jujur dan dedikasi terhadap kerja

selain daripada jenis pengetahuan dan kemahiran. Mereka juga perlu boleh berfikir

secara logik dan bertindak dengan positif sama ada secara sendiri atau beramai-ramai

dengan berlandaskan akhlak yang mulia. Di samping itu, sistem persekolahan negara

bertanggungjawab untuk melahirkan individu yang selaras dengan tujuan pembangunan

sumber manusia.

Sememangnya untuk melahirkan akhlak yang tinggi di kalangan pelajar-pelajar

telah menjadi hasrat kerajaan agar sekolah dijadikan salah satu daripada institusi untuk

menyerapkan dan guru-guru pula diberi peranan untuk menerapkan nilai-nilai murni di

kalangan pelajar-pelajar. Menurut Amla (1994), ini dapat dilihat dengan dasar kerajaan

memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sejak beberapa

tahun lalu yang berhasrat untuk mewujudkan sebuah kurikulum yang dapat membantu

perkembangan pelajar secara total. Untuk itu kurikulum tersebut telah menekankan

keperluan menerapkan nilai-nilai murni secara sedar di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah. Orientasi guru yang hanya sebagai penyampai maklumat

perlu diubah supaya aspek-aspek lain pertumbuhan pelajar turut diberi perhatian.

Sikap dan kualiti golongan remaja yang bertanggungjawab cuma boleh

diperolehi jika terdapat pendidikan nilai dan moral pada peringkat awal lagi. Pendidikan

Page 23: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

5

yang baik ini juga berupaya melahirkan golongan belia yang berperibadian mulia.

Golongan ini akan memiliki naluri (conscience) yang benar dan betul serta akan sentiasa

menghalang daripada berlakunya ketidakadilan. Sementara itu nilai yang luhur juga

boleh menjadi pengukur cerminan rupa bangsa. Ini bermakna kecemerlangan sesuatu

bangsa itu dibina berlatarbelakangkan kepada kesungguhan yang kuat dan serius dalam

membina masyarakat.

Tanpa nilai yang luhur golongan belia ini akan tenggelam dalam ledakan budaya

liar dan pengaruh yang tidak mengakar dengan realiti tempatan. Kesannya sukarlah

untuk membina bangsa Malaysia yang berwawasan tanpa penerapan nilai dan moral

kepada pembangunan sumber manusia. (Norasmah Othman, 1996)

1.2 Latar Belakang Masalah

Remaja-remaja di sekolah merupakan aset yang amat berharga dalam sesebuah

negara. Mereka merupakan tenaga simpanan yang bakal menjadi pemimpin pada masa

hadapan, penyambung budaya, penggerak kemajuan, pelopor pembangunan dan

sebagainya bagi sesebuah masyarakat.

Pengamalan nilai murni penting kepada setiap pelajar agar mereka dapat

menghubungkan ilmu pengetahuan yang dipelajari dengan kesedaran bahawa sumber

ilmu secara mutlak adalah hak Tuhan semata-mata. (Tajul Ariffin dan Nor”aini, 1992)

Kepentingan nilai-nilai murni di sekolah harus diambil perhatian. Pelajar-pelajar

di sekolah seharusnya menghayati dan mengamalkan apa yang telah diserapkan tentang

nilai-nilai murni memandangkan masih berlaku beberapa masalah seperti peras ugut,

bergaduh dengan rakan-rakan, melawan guru, merokok dan sebagainya. Masalah ini

Page 24: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

6

sepatutnya tidak timbul kerana pelajar-pelajar ini telahpun didedahkan dengan nilai-nilai

murni sebelumnya.

Menurut Khaidzir Ismail (2005), 886 daripada 887 pelajar perempuan yang

menuntut di beberapa sekolah menengah di sebuah negeri mengaku pernah melakukan

hubungan seks. Selain terbabit dalam hubungan seks, didapati juga 98 peratus daripada

mereka mengaku mengambil dadah, terbabit dalam kongsi gelap (98%), bahan lucah

(97.3%), berjudi (96.8%), vandalisme (85.4%) dan ponteng sekolah (77.2%).

Rahimah Haji Ahmad (1993), menjelaskan mengenai kepentingan nilai dan

moral dalam dokumen yang menggariskan dasar kerajaan seperti Laporan Jawatankuasa

Falsafah Pendidikan Negara (1990) dan Wawasan 2020. Malaysia mempunyai matlamat

untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang mempunyai identiti sendiri dan

berasaskan nilai etika yang sesuai oleh seluruh masyarakat Malaysia.

Bersabit dengan pendidikan dan nilai-nilai, E.F. Schumaker dalam Wan Mohd

Zahid (1993) menjelaskan bahawa:

“Pada dasarnya pendidikan bererti penyampaian nilai-nilai murni tetapi nilai- nilai ini tidak akan membolehkan kita untuk hidup dengan jayanya kecuali nilai- nilai ini menjadi sebahagian daripada diri kita, lebih khusus lagi sebahagian daripada mental kita.” (dalam Ke Arah Pelaksanaan Nilai-nilai Murni Dalam KBSM,1988, hal. 35)

Keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi pada masa kini semakin menjadi-jadi,

adakah ini disebabkan oleh kepincangan di dalam sistem pendidikan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mana ianya telah menerapkan nilai-nilai

murni semasa proses pengajaran dan pembelajaran, atau ianya datang daripada individu

itu sendiri?

Page 25: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

7

Oleh itu apabila kita memperkatakan perihal kemerosotan akhlak di kalangan

pelajar-pelajar, seringkali dikaitkan dengan apakah penerapan nilai-nilai murni yang

diserapkan selama ini di sekolah tidak mendatangkan kesan dan dapat dihayati dengan

sepenuhnya.

Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak tinggi di mana mereka perlu

memahaminya dahulu dan kemudiannya mengamalkan nilai-nilai murni yang telah

diterapkan.

Matlamat Pendidikan Negara yang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan

Negara adalah bertujuan melahirkan insan yang seimbang dan sempurna supaya dapat

melahirkan warganegara yang baik.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah, pengkaji ingin mengkaji tentang

kepentingan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan (Laki-Laki) Methodist Sentul, Kuala Lumpur dengan berasaskan kepada

tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni oleh pelajar-pelajar

sekolah tersebut.

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan persoalan-persoalan yang dinyatakan, kajian ini dilaksanakan untuk

mengetahui dan mengenalpasti kepentingan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar

berdasarkan tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni di

Page 26: KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI - fp.utm.my · PDF filemeluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan ... pelajar menerima dan mengamalkan nilai-nilai utama

8

Sekolah Menengah Kebangsaan (Laki-Laki) Methodist Sentul, Kuala Lumpur. Secara

khususnya objektif kajian ini ialah :

1. Mengenalpasti tahap pemahaman nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar.

2. Mengenalpasti penghayatan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar.

3. Mengenalpasti pengamalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar ketika berada

di luar bilik darjah.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang dikemukakan oleh pengkaji dibahagikan kepada beberapa

aspek iaitu:

1. Adakah pelajar-pelajar sekolah memahami erti nilai-nilai murni?

2. Adakah pelajar-pelajar sekolah menghayati nilai-nilai murni?

3. Adakah pelajar-pelajar sekolah mengamalkan nilai-nilai murni ketika berada di luar

bilik darjah?