4
KENYATAAN AKHBAR: OPERASI BERSEPADU OPS GASAK 31 DI BAWAH KENDALIAN ESSCOM DAN KONTINGEN JABATAN PERHUTANAN SABAH WILAYAH TAWAU DI HUTAN BAKAU DI DAERAH TAWAU PADA 16HB.NOVEMBER, 2014 TAWAU Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah menyertai OPS Gasak 31 iaitu operasi bersepadu yang dikendalikan oleh ESSCOM di kawasan Zone Sabah (daerah Tawau) pada 16 November, 2014. Objektif Operasi itu diadakan adalah untuk menggempur lokasi-lokasi yang dikenalpasti sebagai laluan penyeludupan, kegiatan pelbagai jenayah dan penempatan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) secara haram. Sasaran utama OPS Gasak 31 ini adalah di kawasan bakau di sekitar Kg Jelutong, Sg Udin dan Merotai. Seramai 358 anggota dari pelbagai Agensi-Agensi Penguatkuasaan dan Keselamatan. Seramai 66 orang daripada anggota tersebut adalah dari Jabatan Perhutanan Sabah yang menyertai operasi tersebut dengan menggunakan 17 buah kenderaan pacuan empat roda dan 3 buah bot laju.. Kawasan-kawasan bakau yang terlibat merupakan kawasan bakau simpanan untuk Perikanan (Akuakultur) berstatus tanah kerajaan di daerah Tawau. Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan memaklumkan bahawa dalam OPS Gasak 31, seramai 66 orang anggota JPS tersebut telah membantu dalam operasi meroboh dan memusnahkan struktur-struktur pembinaan seperti rumah, pondok jeti dan lain-lain bangunan yang didirikan secara haram di kawasan bakau (tanah kerajaan). Menurut Pengarah Jabatan itu bahawa kuasa terhadap kawasan tanah kerajan adalah di bawah seksyen 23 Enakmen Hutan 1968 manakala kuasa meroboh struktur bangunan adalah selaras dengan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Tawau yang mana menggunakan autoriti mereka untuk memberi kebenaran meroboh struktur bangunan dalam kawasan tanah kerajaan tanpa membuat sebarang sitaan terhadap harta benda. Menurut Pengarah JPS operasi selama satu hari itu telah dilaksanakan dengan jayanya yang mana rombongan Ops Gasak 31 telah berjaya merobohkan sebanyak 31 buah rumah dan telah memeriksa (screened) 101 orang dan seterusnya memberkas seramai 10 orang kerana tiada domumen pengenalan diri dan telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya. Dalam operasi tersebut 19 notis keluar daripada kawasan bakau (tanah kerajaan) telah dikeluarkan kepada penghumi yang mendiami secara haram dalam kawasan bakau (tanah kerajaan) tersebut. Sekiranya mereka enggan untuk berpindah dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka tindakan untuk meroboh rumah mereka akan diambil dalam operasi yang akan datang. Pengarah JPS juga menyatakan bahawa tindakan susulan akan diambil untuk memantau ke kawasan berkenaan dari semasa ke semasa bagi mempastikan PATI atau orang tempatan tidak akan masuk semula ke kawasan berkenaan di masa hadapan. Datuk Sam Mannan merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan Ops Gasak 31 tersebut dan beliau merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan OPS Gasak31 khususnya kepada pihak ESSCOM, PDRM, ATM, APMM, Penguatkuasa MPT, Task Force, Imigresen, Jabatan Perikanan, Pertahanan Awam dan lain-lain Agensi Penguatkuasaan yang terlibat. Adalah diharapkan agar kerjasama yang berterusan dan padu dari semua agensi- agensi penguatkuasaan dan pihak keselamatan, demi memelihara khazanah kawasan bakau negeri ini dan juga keselamatan serta ketenteraman awam di negeri Sabah.

KENYATAAN AKHBAR: OPERASI BERSEPADU OPS GASAK … release/en/08.12.2014_-_Ops... · KENDALIAN ESSCOM DAN KONTINGEN JABATAN ... menggempur lokasi-lokasi yang dikenalpasti sebagai laluan

  • Upload
    vuthuy

  • View
    224

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

KENYATAAN AKHBAR: OPERASI BERSEPADU OPS GASAK 31 DI BAWAH

KENDALIAN ESSCOM DAN KONTINGEN JABATAN PERHUTANAN SABAH

WILAYAH TAWAU DI HUTAN BAKAU DI DAERAH TAWAU PADA

16HB.NOVEMBER, 2014

TAWAU – Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah menyertai OPS Gasak 31 iaitu operasi

bersepadu yang dikendalikan oleh ESSCOM di kawasan Zone Sabah (daerah Tawau) pada 16

November, 2014. Objektif Operasi itu diadakan adalah untuk menggempur lokasi-lokasi yang

dikenalpasti sebagai laluan penyeludupan, kegiatan pelbagai jenayah dan penempatan

Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) secara haram. Sasaran utama OPS Gasak 31 ini adalah di

kawasan bakau di sekitar Kg Jelutong, Sg Udin dan Merotai. Seramai 358 anggota dari pelbagai

Agensi-Agensi Penguatkuasaan dan Keselamatan. Seramai 66 orang daripada anggota tersebut

adalah dari Jabatan Perhutanan Sabah yang menyertai operasi tersebut dengan menggunakan

17 buah kenderaan pacuan empat roda dan 3 buah bot laju.. Kawasan-kawasan bakau yang

terlibat merupakan kawasan bakau simpanan untuk Perikanan (Akuakultur) berstatus tanah

kerajaan di daerah Tawau.

Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan memaklumkan bahawa dalam OPS

Gasak 31, seramai 66 orang anggota JPS tersebut telah membantu dalam operasi meroboh dan

memusnahkan struktur-struktur pembinaan seperti rumah, pondok jeti dan lain-lain bangunan

yang didirikan secara haram di kawasan bakau (tanah kerajaan). Menurut Pengarah Jabatan itu

bahawa kuasa terhadap kawasan tanah kerajan adalah di bawah seksyen 23 Enakmen Hutan

1968 manakala kuasa meroboh struktur bangunan adalah selaras dengan kuasa Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Tawau yang mana menggunakan autoriti mereka

untuk memberi kebenaran meroboh struktur bangunan dalam kawasan tanah kerajaan tanpa

membuat sebarang sitaan terhadap harta benda.

Menurut Pengarah JPS operasi selama satu hari itu telah dilaksanakan dengan jayanya yang

mana rombongan Ops Gasak 31 telah berjaya merobohkan sebanyak 31 buah rumah dan telah

memeriksa (screened) 101 orang dan seterusnya memberkas seramai 10 orang kerana tiada

domumen pengenalan diri dan telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan

selanjutnya. Dalam operasi tersebut 19 notis keluar daripada kawasan bakau (tanah kerajaan)

telah dikeluarkan kepada penghumi yang mendiami secara haram dalam kawasan bakau (tanah

kerajaan) tersebut. Sekiranya mereka enggan untuk berpindah dalam tempoh yang telah

ditetapkan, maka tindakan untuk meroboh rumah mereka akan diambil dalam operasi yang akan

datang.

Pengarah JPS juga menyatakan bahawa tindakan susulan akan diambil untuk memantau ke

kawasan berkenaan dari semasa ke semasa bagi mempastikan PATI atau orang tempatan tidak

akan masuk semula ke kawasan berkenaan di masa hadapan. Datuk Sam Mannan merakamkan

ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan Ops Gasak 31 tersebut dan beliau merakamkan ucapan

terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan OPS

Gasak31 khususnya kepada pihak ESSCOM, PDRM, ATM, APMM, Penguatkuasa MPT, Task

Force, Imigresen, Jabatan Perikanan, Pertahanan Awam dan lain-lain Agensi Penguatkuasaan

yang terlibat. Adalah diharapkan agar kerjasama yang berterusan dan padu dari semua agensi-

agensi penguatkuasaan dan pihak keselamatan, demi memelihara khazanah kawasan bakau

negeri ini dan juga keselamatan serta ketenteraman awam di negeri Sabah.

FOTO OPERASI BERSEPADU OPS GASAK 31 DI BAWAH KENDALIAN ESSCOM DAN

KONTINGEN JABATAN PERHUTANAN SABAH WILAYAH TAWAU DI HUTAN BAKAU

DI DAERAH TAWAU PADA 16HB.NOVEMBER, 2014