Kemahiran Pengukuhan

  • View
    307

  • Download
    1

Embed Size (px)

Transcript

8.7 Kemahiran Pengukuhan Objektif Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami : Konsep Kemhairan Pengukuhan Prinsip-prinsip panduan penggunaan kemahiran Pengukuhan. Objektif-objektif kemahiran pengukuhan Kesan kemahiran pengukuhan ke atas pengajaran. Komponan- komponan kemahiran pengukuhan .

8.7.1 Konsep Kemahiran Pengukuhan Merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila pelajar memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasinya dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru memberikan pujian sebagai pengukuhan tingkah laku itu dan menurut Skinner, tingkah laku manusia dibahagi kepada dua : Tingkah laku responden tindak balas terhadap stimuli khusus dari alam sekitar. Pembelajaran secara responden akan wujud selepas satu stimuli baru digunakan bersama-sama stimuli lama. Tingkah laku operan tingkah laku bukan automatik. Merupakan set yang merangkumi contoh-contoh tingkah laku spesifik, beroperasi dan menghasilkan tindak balas yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Boleh di ajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu. Pengukuhan boleh berupa positif atau negatif. Pengukuhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Contohnya :

- GURU : Apakah nombor bercampur, Rahman? - RAHMAN : Nombor bercampur terdiri daripada nombor dan Pecahan. - GURU : Bagus Selain itu, terdapat juga pengukuhan yang boleh menyakiti atau menghindari seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai, seperti mengejek kesilapan seseorang individu di hadapan orang ramai.contohnya : - GURU : Apakah pecahan setara, Ali? - ALI : (tidak menjawab) - GURU : Ali mungkin sudah lupa bercakap. Peneguhan tersebut yang digunakan oleh guru tidak akan mengubah sikap Ali. Sebaliknya, ia akan menambah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan itu pada masa depan. Pengukuhan boleh diberi dengan cara lisan, gerak isyarat, dampingan, sentuhan dan sebagainya.

8.7.2 Prinsip-prinsip panduan penggunaan kemahiran Pengukuhan Bentuk pengukuhan haruslah diubah dari semasa ke semasa untuk mengekalkan keberkesanan pengukuhan. Pengukuhan haruslah diberikan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku yang positif. Pengukuhan dielakkan. Teknik memberi pengukuhan hendaklah sepadan dengan umur, jantina dan status sosial pelajar yang berkenaan. negatif seperti mengkritik atau menyindir pelajar haruslah

Pengukuhan haruslah diberikan dengan ikhlas dan jujur supaya pelajar yang menerima pengukuhan itu merasa bangga dan mesra.

8.7.3 Objektif-objektif Kemahiran Pengukuhan Memberi galakan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Mengukuhkan konsep atau isi supaya kekal dalam ingatan. Menggalakkan pelajar yang terlibat serta pelajar-pelajar lain terus menunjukkan tingkah laku yang positif. Memupuk semangat keyakinan untuk pelajar yang mewujudkan tingkah laku yang positif. Membaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif yang timbul.

8.7.4 Kesan Kemahiran Pengukuhan ke atas Pengajaran dan Pembelajaran 1. Pengukuhan akan membawa semangat ingin belajar. 2. Pelajar-pelajar akan berusaha memberi tingkah laku yang positif dengan lebih giat lagi. 3. Pelajar-pelajar lain yang belum menerima pengukuhan akan berusaha menunjukkan tingkah laku yang diharapkan. 4. Pelajar yang menerima pengukuhan akan merasa usahanya telah di hargai oleh gurunya. Semangat keyakinan terhadap daya pembelajarannya akan bertambah. 5. Perhubungan di antara guru dengan pelajar akan bertambah erat dan mesra. Aktiviti pengajaran guru akan menjadi satu proses yang digemari oleh pelajar.

8.7.5 Komponen-komponen Kemahiran Pengukuhan Kemahiran pengukuhan mengandungi beberapa komponen yang penting, iaitu komponen lisan positif, komponen gerak isyarat positif, komponen dampingan, komponen sentuhan,

komponen lisan negatif dan komponen gerak isyarat negatif. Guru yang memilih latihan pengukuhan sebagai latihan dalam sesi pengajaran haruslah memahami semua komponen dan aktiviti pengukuhan yang boleh digunakan apabila memberi pengukuhan kepada tingkah laku positif yang ditimbulkan. Untuk menggalakkan pelajar memberi tingkah laku yang positif, aktiviti pengajaran harus dirancang berdasarkan strategi pemusatan pelajar. Soalan- soalan harus disediakan untuk memberi peluang kepada pelajar menjawab.

Borang Bimbingan Kemahiran Pengajaran Komponen Pengukuhan ( Peneguhan) Lisan positif Gerak isyarat positif Dampingan Sentuhan Lisan negatif Gerak isyarat negatif Tanda ( / ) dalam ruang yang berkenaan Kemahiran Ada (tidak sesuai) Tiada

Ada (sesuai)

8.8 Kemahiran Menilai Hasil Pembelajaran Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami : Konsep Menilai Hasil Pembelajaran Tujuan Menilai Hasil Pembelajaran Kepentingan Kemahiran Menilai Hasil Pembelajaran Jenis Penilaian Objektif

8.8.1 Konsep Kemahiran Menilai Hasil Pembelajaran Menilai hasil pembelajaran adalah satu strategi untuk mendapatkan maklumat yang penting dan berguna untukmenentukan sama ada objektif P&P serta membantu membuat pilihan untuk kaedah pengajaran yang sesuai bagi sesuatu peringkat kebolehan murid sehingga tercapai objektif pengajaran. Menilai Hasil Pembelajaran dapat memberikan maklum balas yang tekal bagi meningkatlkan pembelajaran murid-murid. Murid-murid mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza-beza. Potensi seseorang murid dapat ditingkatkan berdasarkan persediaannya menerima pelajaran. Penilaian untuk Pembelajaran memfokus jurang antara pelajar dalam menentukan arah pembelajarannya dengan matlamat tertentu. Ini boleh dicapai melalui proses berkongsi kriteria dengan pelajar, soalan yang efektif dan maklum balas yang benar dan tekal. Dengan kata lain, Penilaian untuk Pembelajaran mendukung pembelajaran dan pengajaran. Penilaian melibatkan pelibatan yang tinggi, berdasarkan soalan bermutu, pendengar yang baik dan maklum balas yang reflektif. Pelajar tahu akan apa-apa yang dipelajarinya dan kejayaan yang bakal diraihnya. Pelajar diberikan maklum balas yang bermutu Pelajar terlibat bagi menentukan arah pembelajarannya.

Apa-apa sahaja yang dijalankan pelajar/guru di dalam kelas boleh dianggap sebagai penilaian. Tugasan dan soalan-soalan diajukan boleh menunjukkan tahap pengetahuan, pemahaman dan kemahiran pelajar. Apa-apa yang dinyatakan dan dilakukan pelajar dipantau dan diterjemah dalam bentuk kegiatan susulan dan peningkatannya Proses penilaian adalah bahagian pentig dalam kegiatan harian dalam kelas yang melibatkan guru dan/dengan pelajar melalui refleksi, keputusan. dialog dan membuat

8.8.2 1.

Tujuan Menilai Hasil Pembelajaran

Menentukan sama ada murid telah menguasai semua kemahiran secara menyeluruh selaras dengan objektif pembelajaran dari segi kognitif,afektif dan psikomotor.

2. 3. 4. 5.

Mencerminkan matlamat sukatan Mencerminkan keupayaan murid berfikir secara kreatif dan kritis Berupaya memperoleh dan menyampaikan maklumat, idea dan perasaan Maklumat yang didapati daripada penilaian boleh memberi gambaran tentang aspek-aspek seperti : Pencapaian murid dalam pengetahuan Pencapaian murid dalam kemahiran Perkembangan minat Perkembangan daya kreatif Penghayatan nilai murni Kebolehan amali Kemahiran Pergerakan

8.8.3

Kepentingan Kemahiran Menilai Hasil Pembelajaran

Kemahiran menilai hasil pembelajaran penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran Memberikan maklumat tentang keberkesanan pembelajaran dan pengajaran Murid dapat menngetahui tahap keupayaannya dan merancang kegiatan susulan Untuk memantau keperluan murid berterusan Untuk memberikan maklum balas yang kualitatif

8.8.4 1)

Jenis Penilaian Penilaian Diagnostik

Beberapa definisi penilaian diagnostik adalah seperti berikut :Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinasikan penilaian diagnostik ini sebagai satu penilaian formatif bagi mendapatkan data-data yang menunjukkan kelemahan tertentu yang menyulitkan proses pengajaran dan pembelajaran . Dari segi pencapaian akademik , ujian ini dijalankan secara individu yang memberi fokus utama untuk menilai kebolehan dalam satu atau beberapa bidang .Data - data terperinci ini dapat memberi maklumat tentang kekuatan dan kelemahan tertentu yang dapat menyediakan rancangan pengajaran yang sesuai bagi murid berkenaan. Tujuan Penilaian Diagnostik 1) Menentukan jenis-jenis ketidak upayaan seseorang kanak-kanak lebih awal secara lebih spesifik. Jenis-jenis ketidak upayaan ini dipengaruhi oleh factor-faktor dalaman yang membezakan keupayaan kanak-kanak ini yang biasanya diwarisi dan dipelajari melalui pengalaman kanakkanak itu seperti faktor genetik, proses pengamatan, proses penerimaan, pemikiran dan penyataan .Pengetahuan masalah kesulitan pembelajaran ini memudahkan guru-guru menggunakan pendekatan pengajaran sesuai untuk mengatasinya.

2) Penempatan yang lebih tepat untuk murid-murid ini mengikut aras kebolehannya Ini membolehkan murid-murid dapat belajar dengan lebih selesa lagi. Murid-murid yang lemah memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza kerana tumpuan perhatiannya yang tidak lama di kelas. Persediaan aktiviti P & P yang menarik dan dipelbagaikan amat dititikberatkan. 3) Penilaian ini digunakan untuk mendapatkan maklumat terperinci bagi menentukan kedudukan murid-murid dalam pelajarannya sebelum guru-guru memulakan sesuatu isipelajaran. Perolehan data-data ini membolehkan guru-guru mengubahsuaikan bahan, isi dan kaedah pengajaran mereka mengikut kesesuaian murid-muridnya. Ini kerana setiap kanak-kanak mempunyai perbezaan dalam diri sendiri dan antara individu. Perbezaan inilah yang mewujudkan pelbagai keperluan pendidikan yang perlu dipenuhi agar