24
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 226 Kemahiran Pelestarian Pemikiran Dalam Pendidikan Sejarah Kamarul Afendey Bin Hamimi Universiti Kuala Lumpur-Royal College of Medicine Perak [email protected] Ishak Bin Saat Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Kajian ini merupakan satu penelitian terhadap proses kemahiran pemikiran dalam pendidikan sejarah. Proses pelestarian pemikiran sejarah amat penting untuk mengembangkan daya intelek pelajar. Kemampuan melestarikan pemikiran sejarah memungkinkan pelajar memahami situasi masa kini akibat kisah lampau yang berlaku dan seterusnya merancang sejarah masa depan dengan lebih gemilang. Berdasarkan kaedah konvensional pengajaran sejarah, pelajar hanya diberi tumpuan kepada penghafalan dan ingatan kembali (recall). Walaupun konsep ini penting tetapi pendidik juga harus memberi tumpuan kepada proses melestarikan pemikiran pelajar secara kritis. Justeru makalah ini cuba membawa konsep kemahiran pemikiran berasaskan falsafah pendidikan sejarah. Pelajar akan dapat mencari makna sesuatu, menilai, menghargai pendidikan sejarah di samping membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berpandukan sejarah sebagai pengajaran dan tauladan. Kemahiran melestarikan pemikiran sejarah akan dapat membina pelajar mahir mengaitkan fakta sejarah dan hubungan yang berkaitan dengannya. Pelajar akan dapat mengumpul dan mengkategori sumber sejarah, mengenalpasti antara fakta dan pendapat, mengenalpasti tafsiran sejarah yang berat sebelah, mengenalpasti sebab dan akibat daripada rentetan sejarah dan seterusnya mengambil iktibar serta dijadikan pedoman masa depan. Dalam pendidikan sejarah tanpa dilibatkan kemahiran pemikiran akan mengagalkan objektif pendidikan sejarah. Makalah ini turut menyenaraikan teknik-teknik berasaskan kognitif dan metakognitif dalam menerapkan kemahiran melestarikan pemikiran dalam pendidikan sejarah seperti teknik penggunaan sumber, teknik infuse, teknik perbincangan, teknik persembahan dan teknik inkuiri. Selain itu kekangan dalam mewujudkan kemahiran pelestarian pemikiran pelajaran turut disentuh selain beberapa cadangan untuk mengatasinya. Kata Kunci : Kemahiran Berfikir, Kognitif, Metakognitif. Pengenalan Pengumuman Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pelajar mesti lulus subjek Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tepat pada masanya. Kini dalam gelombang globalisasi yang cukup mencabar dan getir sememangnya amat memerlukan rakyat yang patuh dan taat kepada negara. Ini mampu dicerna dan diterapkan melalui pengukuhan pendidikan sejarah.

Kemahiran Pelestarian Pemikiran Dalam Pendidikan Sejarah · Pelajaran Malaysia (SPM) tepat pada masanya. ... Justeru, makalah ini akan cuba mengungkap kaedah kemahiran pelestarian

  • Upload
    lamkhue

  • View
    245

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

226  

Kemahiran Pelestarian Pemikiran Dalam Pendidikan Sejarah

Kamarul Afendey Bin Hamimi

Universiti Kuala Lumpur-Royal College of Medicine Perak [email protected]

Ishak Bin Saat

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak

Kajian ini merupakan satu penelitian terhadap proses kemahiran pemikiran dalam pendidikan sejarah. Proses pelestarian pemikiran sejarah amat penting untuk mengembangkan daya intelek pelajar. Kemampuan melestarikan pemikiran sejarah memungkinkan pelajar memahami situasi masa kini akibat kisah lampau yang berlaku dan seterusnya merancang sejarah masa depan dengan lebih gemilang. Berdasarkan kaedah konvensional pengajaran sejarah, pelajar hanya diberi tumpuan kepada penghafalan dan ingatan kembali (recall). Walaupun konsep ini penting tetapi pendidik juga harus memberi tumpuan kepada proses melestarikan pemikiran pelajar secara kritis. Justeru makalah ini cuba membawa konsep kemahiran pemikiran berasaskan falsafah pendidikan sejarah. Pelajar akan dapat mencari makna sesuatu, menilai, menghargai pendidikan sejarah di samping membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berpandukan sejarah sebagai pengajaran dan tauladan. Kemahiran melestarikan pemikiran sejarah akan dapat membina pelajar mahir mengaitkan fakta sejarah dan hubungan yang berkaitan dengannya. Pelajar akan dapat mengumpul dan mengkategori sumber sejarah, mengenalpasti antara fakta dan pendapat, mengenalpasti tafsiran sejarah yang berat sebelah, mengenalpasti sebab dan akibat daripada rentetan sejarah dan seterusnya mengambil iktibar serta dijadikan pedoman masa depan. Dalam pendidikan sejarah tanpa dilibatkan kemahiran pemikiran akan mengagalkan objektif pendidikan sejarah. Makalah ini turut menyenaraikan teknik-teknik berasaskan kognitif dan metakognitif dalam menerapkan kemahiran melestarikan pemikiran dalam pendidikan sejarah seperti teknik penggunaan sumber, teknik infuse, teknik perbincangan, teknik persembahan dan teknik inkuiri. Selain itu kekangan dalam mewujudkan kemahiran pelestarian pemikiran pelajaran turut disentuh selain beberapa cadangan untuk mengatasinya.

Kata Kunci : Kemahiran Berfikir, Kognitif, Metakognitif.

Pengenalan

Pengumuman Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri

Muhyiddin Yassin bahawa pelajar mesti lulus subjek Sejarah dalam peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) tepat pada masanya. Kini dalam gelombang globalisasi yang cukup

mencabar dan getir sememangnya amat memerlukan rakyat yang patuh dan taat kepada

negara. Ini mampu dicerna dan diterapkan melalui pengukuhan pendidikan sejarah.

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

227  

Langkah mewajiban subjek Sejarah dalam kurikulum pendidikan kebangsaan telah lama

dipelopori dan diamalkan oleh negara-negara maju seperti United Kingdom, Jerman,

Perancis, Amerika Syarikat, Korea dan Jepun (Mohamad Johdi : 2000). Bahkan negara-

negara maju ini amat teliti dengan realiti bukti, kebenaran fakta dan kejituan interpretasi

demi mengekalkan keunggulan dan kedaulatan negara bangsa. Prinsip sedemikian telah

berjaya membawa negara-negara berkenaan ke persada kegemilangan.

Subjek Sejarah di bawah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

bermatlamat untuk menimbulkan kesedaran dan mencetuskan daya juang yang tinggi bagi

meneruskan pembangunan negara ke arah yang lebih gemilang dan cemerlang. Para pelajar

diajar dan dididik supaya sentiasa mengambil iktibar daripada sejarah dengan prinsip yang

baik dijadikan tauladan dan buruk dijadikan sempadan. Kurikulum dan sukatan pelajaran

Sejarah sedia ada sudah cukup menepati hasrat dan wawasan yang termaktub dalam

falsafah pendidikan kebangsaan. Antara matlamat utama dalam pengajaran dan

pembelajaran (P&P) sejarah adalah untuk melahirkan insan yang mantap jati diri, setia

kepada negara dan bangsa Malaysia. Ini selaras dengan matlamat utama subjek Sejarah

sebagai pendukung utama pemupukan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.

Melalui pemahaman dan penghayatan sejarah jatuh bangun negara. Secara tidak langsung

akan dapat memperkasa keperibadian bangsa Malaysia tercinta. Penekanan juga diberikan

kepada aspek kemahiran pemikiran, menganalisis dan menilai fakta sejarah secara rasional

berteraskan kemahiran pelestarian pemikiran dalam pendidikan sejarah.

Justeru, makalah ini akan cuba mengungkap kaedah kemahiran pelestarian

pemikiran dalam pendidikan sejarah. Pendidikan sejarah sering dikaitkan dengan menghafal

segala lambakan fakta. Pelajar yang gagal mengingati fakta akan dianggap gagal dalam

subjek ini. Hakikatnya dalam pendidikan sejarah, proses melestarikan pemikiran sangat

penting untuk seseorang pelajar itu menilai kembali sejarah. Moga diambil iktibar supaya

peristiwa yang buruk atau yang tidak menguntungkan tidak kembali berulang. Melestarikan

pemikiran pelajar berdasarkan ilmu sejarah akan dapat menghasilkan pelajar yang bukan

semata-mata lulus peperiksaan tetapi juga memiliki minda yang sihat, dapat berfikir secara

rasional dan seterusnya mampu menghadapi pelbagai cabaran yang berlaku dalam

persekitaran negara. Kemahiran melestarikan pemikiran dalam pendidikan sejarah tidak

semata-mata melahirkan pelajar yang menghafal fakta tetapi juga bijak menilai dan

menganalis fakta secara kritis. Mereka dapat membezakan fakta dan tafsiran fakta, dapat

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

228  

memikirkan andaian berasaskan fakta dan seterusnya mengambil iktibar daripada sesuatu

peristiwa sejarah kerana sejarah merupakan peristiwa yang sering berulang.

Kemahiran melestarikan pemikiran dalam pendidikan sejarah memerlukan pelajar

menilai atau membandingkan fakta atau maklumat yang diterima dan bukannya hanya

menerima sahaja tanpa memikirkannya terlebih dahulu. Ini bukanlah bermaksud pelajar

perlu mempertikaikan semua perkara yang disampaikan oleh guru tetapi memadai jika

pelajar berkenaan mampu memberi sedikit pandangan atau pendapat terhadap sesuatu isu

sejarah. Misalnya guru boleh meminta pelajar memberi pandangan terhadap sejarah

perjuangan golongan kiri atau radikal ketika menuntut kemerdekaan. Adakah golongan ini

perlu diiktiraf dalam perjuangan kemerdekaan ataupun sebaliknya. Sekiranya pelajar hanya

bertindak secara pasif dan tidak mahu menggunakan mindanya untuk sama-sama berfikir,

maka dibimbangi mereka tidak akan terasah mindanya dan hanya mengikut sahaja apa-apa

yang dinyatakan oleh orang lain terutamanya fakta sejarah orientalis Barat.

Konsep Kemahiran Pemikiran

Pemikiran berasaskan cara berfikir. Berfikir merupakan suatu proses kompleks yang

berlaku dalam diri seseorang. Kemahiran pemikiran atau cara berfikir melibatkan operasi

mental tertentu terhadap pengetahuan dan pengalaman dalam minda seseorang. Operasi

minda ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu operasi kognitif dan operasi metakognitif.

Operasi kognitif digunakan untuk mencari makna. Operasi kognitif meliputi kemahiran yang

tersendiri dan ringkas seperti kemahiran pemprosesan iaitu menganalisis, mensintesis,

penaakulan, pemikiran kritis dan kreatif . Selain itu operasi kognitif juga melibatkan strategi

seperti membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berasaskan proses kemahiran

pemikiran individu berkenaan. Operasi metakognitif pula meliputi operasi yang mengarah,

mengawal kemahiran dan proses kognitif. Manakala metakognisi biasanya dikenali sebagai

berfikir tentang pemikiran (thinking about thinking). Metakognisi melibatkan operasi untuk

memandu usaha seseorang mencari makna, khususnya operasi merancang, mengarah dan

menilai pemikiran. (Poh :2000)

Dalam Modul Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran, Pusat

Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2002) turut menyatakan

pemikiran merupakan operasi mental yang melibatkan operasi kognitif dan metakognitif.

Aktiviti kognitif digunakan untuk mencari makna, sementara operasi metakognitif digunakan

untuk memahami bagaimana proses pemikiran itu dilaksanakan. Kemahiran berfikir pula

ditakrifkan sebagai kebolehan untuk menggunakan minda untuk mencari makna serta

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

229  

memahami sesuatu konsep, membuat pertimbangan dan keputusan, menyelesaikan

masalah serta membentuk idea baru. Kemahiran berfikir terbahagi kepada kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kebolehan menilai

kemunasabahan sesuatu idea. Sementara kebolehan berfikir secara kreatif adalah kebolehan

berfikir untuk mencerna dan menghasilkan idea asli yang bersifat generatif. Sementara

kesedaran metakognitif pula didefinisikan sebagai kesedaran tentang apa yang diketahui

dan apa yang tidak diketahui. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang individu dapat

mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.

Justeru, konsep kemahiran pemikiran bolehlah disimpulkan sebagai satu pendekatan yang

mengembelingkan cara berfikir dan memberi pandangan kritis serta membuat keputusan

yang bijak terhadap sesuatu tindakan yang hendak diambil.

Kemahiran pelestarian pemikiran amat penting dalam konteks sejarah kerana

kemahiran ini berupaya menjana minda dan cara berfikir yang positif pada seseorang

individu. Menurut Sidney (1997:32) individu yang terdedah pada proses pemikiran secara

kritis ini berupaya mengambil tindakan atau keputusan yang tepat berdasarkan situasi dan

keadaan. Mereka juga dilihat lebih fleksibel atau sekurang-kurangnya tidak lagi menjadi

pasif dalam menghadapi pelbagai situasi yang lebih mencabar. Pelajar pandai menyesuaikan

diri dengan situasi yang dihadapinya dan seterusnya berjaya menghadapi masalah-masalah

yang timbul dengan bijaksana. Menurut Koestler (1991: 76) orang yang berfikiran kritis

jarang menjadi mangsa penganiayaan atau tipu helah orang lain dengan mudah. Selain itu

mereka juga mempunyai daya saing dan motivasi yang tinggi untuk mencari kepuasan dan

berusaha bersungguh-sungguh mengejar kejayaan serta tidak mudah menyerah kalah.

Dalam konteks sejarah, pelajar yang terdedah kepada kemahiran pelestarikan pemikiran

kritis akan dapat menganalis fakta dan pandai menyesuaikan diri dengan situasi yang

dihadapinya dalam menghadapi masalah-masalah yang timbul. Sekiranya menjadi pemimpin

negara, mereka akan menilai sejarah lampau agar tidak tertipu untuk kali keduanya.

Kebiasaannya individu yang memiliki minda yang kritis akan berfikir dua kali atau menilai

sesuatu keputusan sebelum menyatakan pendirian muktamad mereka. Dalam masa yang

sama mereka cuba mengenal pasti kerumitan dan kekurangan yang dihadapi dalam

mencapai keputusan yang tepat tadi.

Model Kemahiran Berfikir Bayer (1988)

Bayer (1988) menjelaskan kemahiran berfikir terdiri daripada tiga komponen utama

iaitu operasi mental, pengetahuan dan kecenderungan (sikap). Aktiviti pemikiran melibatkan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

230  

ketiga-tiga komponen ini dan saling menyumbang antara satu dengan yang lain. Operasi

mental adalah aktiviti minda yang terdiri daripada kognisi dan metakognisi. Kognisi ialah

operasi mental yang digunakan bagi mencari makna, sementara metakognisi ialah operasi

yang digunakan untuk memahami bagaimana proses pemikiran itu dilaksanakan. Operasi

mental juga berkait rapat dengan pengetahuan seseorang tentang sesuatu perkara. Jika

seseorang mempunyai prinsip yang dibentuk berdasarkan pengalaman yang baik, maka

lebih baiklah operasi am pemikirannya. Pengalaman dan kepercayaan tentang sesuatu

perkara juga akan membentuk prinsip cara berfikir seseorang terhadap perkara tersebut.

Pemikiran bukan sahaja melibatkan operasi mental dan pengetahuan tetapi juga melibatkan

kesanggupan, keinginan dan kesungguhan untuk berfikir hingga tercapai matlamat berfikir.

Dua faktor penting mempengaruhi cara bagaimana komponen-komponen pemikiran

bertindak bagi mewujudkan makna ialah persekitaran dan tujuan seseorang berfikir.

Persekitaran merujuk kepada perkara yang ada di luar individu yang melakukan pemikiran.

Tiga dimensi penting dalam faktor persekitaran adalah seperti masa, arena dan topik yang

difikirkan. Aspek masa membincangkan tempoh masa pemikiran tentang sesuatu perkara

berlaku, lama atau sekejap serta intensiti pemikiran dan minda bergaul, sama ada aktif atau

tidak. Sementara arena pula merujuk kepada penggunaan pengetahuan, operasi kognitif

dan sikap yang berbeza-beza. Dimensi yang ketiga ialah topik yang difikirkan iaitu sesuatu

kandungan mata pelajaran dapat menentukan cara seseorang berfikir. Contohnya,

pemikiran dalam disiplin sejarah berbeza dengan sains. Persekitaran ilmu yang berbeza-beza

membentuk pemikiran yang berbeza. Jelasnya apabila persekitaran berubah, cara berfikir

juga turut berubah.

Disamping faktor persekitaran, pemikiran juga dibentuk oleh tujuan seseorang

melakukan pemikiran. Secara amnya, tujuan seseorang berfikir adalah untuk mencapai

sesuatu matlamat pemikirannya sama ada untuk merapatkan atau melebarkan jurang

sesuatu keadaan. Hal ini akan memandu seseorang itu membuat pilihan. Pemikiran

seseorang saling berkaitan antara pengetahuan dan kepercayaannya terhadap sesuatu

prinsip pengalamannya, sikap dan kecenderunngan dengan faktor yang mempengaruhi

pemikirannya iaitu persekitaran serta tujuan seseorang berfikir.

Menurut Bayer lagi, seseorang akan berfikir secara kritis apabila mereka mencari

kebenaran sesuatu fakta, kesahan pendapat atau kesahihan sesuatu usul. Pemikiran

seseorang tidak terhenti pada tahap tertentu tetapi sebahagian daripada usaha yang lebih

besar untuk mencari penjelasan dan pemahaman pada sesuatu perkara. Pemikiran yang

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

231  

kritis mesti boleh membezakan fakta yang boleh dibuktikan dengan dakwaan nilai. Mereka

juga boleh membezakan dakwaan yang relevan dengan tidak relevan. Selain itu seseorang

yang berfikiran kritis mesti mampu menentukan ketepatan fakta dan kesahan sesuatu

kenyataan serta mengenal pasti dakwaan yang tidak sahih dan logik. Justeru, guru perlu

menguasai asas dan strategi pengajaran. Kemahiran melestarikan pemikiran adalah satu

kemahiran yang boleh diajar kepada pelajar supaya boleh berfikir dengan efektif. Guru

secara konsisan perlu mengajar pelajar untuk melestarikan pemikiran mereka agar pelajar

mampu berfikir dan membuat keputusan yang terbaik di dalam kehidupan mereka.

Beyer (1991) juga menyatakan proses berfikir ialah kebolehan manusia membentuk

konsep, memberikan sebab dan membuat keputusan. Menurutnya lagi metakognisi berlaku

sebelum dan semasa seseorang individu berfikir. Melalui metakognisi seseorang itu

merancang di dalam mindanya tentang bagaimana melaksanakan sesuatu tugasan berfikir.

Menurut Ruggeiro (2004:7), peringkat penghasilan berlaku apabila minda akan

mengeluarkan idea berkaitan sesuatu perkara misalnya cara-cara bagi menghadapi sesuatu

masalah, penyelesaian-penyelesaian yang mungkin boleh diambil atau sekurang-kurangnya

tindak balas yang bersesuaian terhadap masalah tersebut. Pada peringkat kedua dalam

proses berfikir iaitu peringkat penilaian iaitu proses berkait rapat dengan unsur kritis. Pada

peringkat ini minda akan mengkaji dan menilai kembali idea-idea yang terhasil daripada

peringkat penghasilan tadi. Seterusnya idea-idea tersebut diberi penilaian dan yang terbaik

daripadanya akan dipilih. Bagi individu yang berjaya melestarikan pemikiran yang kritis,

mereka mampu menghadapi sesuatu masalah dengan lebih tenang dan tidak terburu-buru

mengambil sebarang keputusan.

Model Kemahiran Berfikir Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pendidikan Malaysia (2002)

mengemukakan satu model kemahiran berfikir. Mengikut model ini kemahiran berfikir kritis

dan kreatif (KKBK) terbahagi kepada 4 domain iaitu kemahiran berfikir kritis, kemahiran

berfikir kreatif, strategi berfikir dan kemahiran berfikir menaakul seperti yang dinyatakan

dalam rajah di bawah:

KEMAHIRAN BERFIKIR 

PEMIKIRAN KRITIS 

• Mencirikan • Membanding  dan 

PEMIKIRAN KREATIF 

• Menjana idea • Menghubung kait • Membuat inferens

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

232  

Rajah 1 : Model Pemikiran Kritis dan Kreatif Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM) 2002

Berdasarkan model di atas, kemahiran berfikir adalah kebolehan untuk menilai

kemunasabahan sesuatu idea. Sementara kemahiran berfikir kreatif pula kebolehan untuk

mencerna dan menghasilkan idea baru yang asli serta bersifat generatif. Idea baru ini

terhasil daripada ilham ataupun gabungan idea-idea yang sedia ada. Kemahiran berfikir

menaakul pula dapat membantu seseorang membuat pertimbangan secara logik dan

rasional dalam berfikir. Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi

peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran

berfikir kritis dan kreatif. Semua kemahiran berfikir yang digunakan dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk mengkonsepsi, membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah. Model ini mencadangkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, kemahiran berfikir perlu diperkenalkan mengikut urutan supaya pelajar dapat

menguasai kemahiran berfikir yang paling asas seperti mencirikan, mengelaskan,

membanding dan membezakan sebelum menguasai kemahiran berfikir yang lebih kompleks.

Kemahiran Berfikir dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah.

STRATEGI BERFIKIR 

• Mengkonsepsikan • Menyelesaikan masalah • Membuat Keputusan 

 

 

    MENAAKUL 

• Logik • Rasional 

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

233  

Cara kita berfikir akan mempengaruhi apa yang kita lakukan. Pemikiran atau amalam

minda yang kurang baik dan berkesan akan menghasilkan pembelajaran yang tidak

berkesan. Marzano ( 1992 ) mengemukakan 5 amalan minda yang baik iaitu :

1. Sentiasa peka dengan maklum balas.

2. Melakukan sesuatu dengan mengutamakan ketelitian dan ketepatan.

3. Gigih dalam mencari jawapan dan penyelesaian.

4. Memandang sesuatu situasi dalam cara yang berbeza.

5. Mengelal\kkan pengaruh-pengaruh bukan pemikiran.

Kelima-lima amalan minda di atas tidak terasing antara satu sama lain. Amalan

minda ini akan menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan dan menggalakkan proses

pemikiran pada tahap tinggi. Amalan-amalan minda ini berkait rapat dengan dimensi

pembelajaran yang akhirnya dapat menggunakan pengetahuan dengan bermakna,

meluaskan dan memurnikan pengetahuan, seterusnya mengintegrasikan pengetahuan

pelajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah sejarah, guru harus

meningkatkan amalam minda yang dapat meningkatkan kemahiran melestarikan pemikiran

pelajar. Ini selaras dengan disiplin ilmu sejarah itu sendiri yang mahukan seseorang pelajar

itu dapat berfikir secara kritis, rasional dan analitis terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku.

NewMann (1990) menganjurkan beberapa ciri pengajaran dan pembelajaran yang

menggalakkan pemikiran. Beliau menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran

yang mengandungi ciri-ciri menggalakkan pemikiran ialah :

1. Memfokuskan kandungan secara mendalam berbanding hanya menyampaikan

secara umum sahaja.

2. Aktiviti perbincangan yang aktif dalam bilik darjah yang reflek terhadap

kesinambungan dan kejelasan idea.

3. Menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif.

4. Meminta pelajar menjelas, membuat justifikasi respon dan pandangan mereka.

5. Guru berperanan sebagai model pemikiran tinggi dengan mempamerkan

kemahiran menjelaskan proses penyelesaian masalah.

6. Menggalakkan pelajar mengemukakan idea-idea baru dan meningkatkan

pemahaman pelajar terhadap topik yang dipelajari daripada hanya mengingat

atau menghafal apa yang terkandung dalam buku teks.

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

234  

Justeru, pengajaran sejarah yang berjaya melestarikan kemahiran pemikiran pelajar

akan dapat meningkatkan tahap pemikiran dan daya intelektual pelajar. Dalam proses

pembelajaran sejarah, pelajar yang bebas berfikir dengan bimbingan guru akan dapat

merangsang daya berfikir mereka dan menjadikan pembelajaran di dalam kelas semakin

aktif dan menarik.

Strategi dan Teknik Kemahiran Pelestarian Pemikiran dalam Pendidikan Sejarah.

Strategi yang sistematik amat diperlukan untuk menggalakkan proses kemahiran

pemikiran pendidikan sejarah. Pendidik yang menggunakan pendekatan yang bersepadu

dalam kemahiran berfikir akan dapat memastikan para pelajar dapat menguasai isi

kandungan pelajaran dan pada masa yang sama menjalankan proses berfikir secara teratur

dengan menggunakan isi kandungan pelajaran berkenaan. Contohnya ketika pelajar

mempelajari sejarah keagungan dan kejatuhan sejarah Melaka, guru bukan sahaja perlu

memastikan pelajar mengetahui kisah-kisah yang terjadi tetapi juga perlu memberi ruang

kepada pelajar berfikir mengapakah perkara-perkara sedemikian terjadi. Misalnya kejayaan

sesuatu kerajaan terletak kepada nilai-nilai yang dibawa oleh pemimpin seperti memegang

nilai agama, adil, amanah, bertanggungjawab dan cekap sepertimana yang diamalkan oleh

kerajaan Melaka pada zaman Sultan Mansur Syah, Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Alauddin

Riayat Syah. Manakala kejatuhan sesuatu kerajaan banyak berkaitan dengan kelemahan

pemimpin seperti zalim, berpoya-poya, pecah amanah dan tidak menunaikan

tanggungjawab agama sepertimana sikap dan layanan Sultan Mahmud Syah terhadap

rakyatnya. Guru boleh melestarikan kemahiran pemikiran pelajar dengan menerangkan

bahawa kejayaan dan kegagalan sesuatu kerajaan amat bergantung pada integriti

pemimpin. Justeru melalui cara pemikiran sebegitu, diharap pelajar yang akan menjadi

pemimpin masa depan akan memikirkan natijah daripada sejarah yang berlaku supaya

dapat membangunkan negara dengan nilai-nilai yang murni sekiranya mereka menjadi

pemimpin negara pada masa depan.

Dalam hal ini modul Pusat Perkembangan Kurikulum KPM telah mengabungkan tiga

strategi pendekatan pengajaran dan pembelajaran berfikir iaitu :

1. Mengajar cara berfikir ( pelajar menguasai perincian kemahiran berfikir)

2. Mengajar untuk berfikir ( pelajar mengalami proses berfikir )

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

235  

3. Mengajar tentang berfikir ( murid mengawal dan menguruskan proses

berfikir)

Penggabungan ketiga-tiga pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran akan

menjadikan penyerapan kemahiran berfikir sangat berkesan dan dapat mengembangkan

minda pelajar. Ketiga-tiga pendekatan tersebut memerlukan program penyerapan

kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 5 langkah bagi

penyerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu :

1. Kemahiran berfikir diperkenalkan

2. Kemahiran berfikir dipraktikkan dengan bimbingan guru.

3. Kemahiran berfikir dipraktikkan tanpa bimbingan guru.

4. Kemahiran berfikir diaplikasikan pada situasi baru dan diperkembangkan

dengan bimbingan guru.

5. Kemahiran berfikir digunakan bersama-sama dengan kemahiran yang lain

untuk mencapai tugasan berfikir.

Pada peringkat yang pertama iaitu bagi memperkenalkan kemahiran berfikir, guru

memperkenalkannya dengan memberikan maksud dan frasa lain bagi kemahiran berfikir

yang dipilih dalam aktiviti pembelajaran yang dirancang. Contohnya ketika mempelajari

topik Malaya Union dan Persekutuan Tanah Melayu, guru perlu memberitahu apakah

kemahiran berfikir yang hendak disampaikan seperti kemahiran membanding dan

membezakan fakta. Pada peringkat ini juga guru menjelaskan kepada murid langkah

penggunaan kemahiran berfikir dengan merujuk kepada perincian kemahiran strategik

berfikir. Pada peringkat kemahiran berfikir dipraktikkan dengan bimbingan guru, guru

memainkan peranan berbincang dengan murid cara melaksanakan kemahiran berfikir yang

dipilih. Dalam langkah ketiga pula, guru tidak memainkan peranan secara langsung. Pelajar

akan melaksanakan tugasan dengan menggunakan kemahiran berfikir yang ditetapkan

untuk menyelesaikan kerja rumah, soalan latihan dan sebagainya. Guru boleh memberi

tugasan kepada pelajar apakah persamaan dan perbezaan Malayan Union dan Persekutuan

Tanah Melayu. Pelajar akan menggunakan kemahiran berfikir yang lebih kompleks. Pelajar

diminta untuk memberi pandangan tentang kedua-dua sistem ini baik dari segi kebaikan dan

keburukan. Apakah manfaat dan kesan kepada sistem perundangan negara sehingga hari

ini. Guru juga boleh meminta andaian pelajar apakah bentuk sistem negara ini jika British

tidak datang ke negara ini selepas kekalahan tentera Jepun. Pada peringkat ini guru sudah

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

236  

boleh menilai penguasan kemahiran berfikir pelajar. Bagi pelajar yang belum menguasainya,

guru perlu memberikan bimbingan.

Pada peringkat keempat, pelajar akan mengaplikasikan kemahiran berfikir yang

dikuasai dengan bimbingan guru. Guru berbincang dengan murid tentang proses berfikir

yang berkaitan dan cara kemahiran tersebut diaplikasikan dengan situasi baru. Langkah

yang terakhir adalah pelajar mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai untuk melaksanakan

tugasan mereka. Tugasan yang diberikan mestilah melibatkan kemahiran berfikir seperti

menyediakan projek dan aktiviti menyelesaikan masalah. Pada peringkat ini pelajar dianggap

mencapai matlamat penguasaan mengikut model Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Teknik Pengajaran yang komprehensif

Keberkesanan meningkatkan dan mengembangkan kemahiran berfikir dalam subjek

sejarah banyak bergantung kepada teknik pengajaran yang digunakan oleh pendidik.

Antaranya ialah menggunakan teknik metakognitif. Teknik ini merujuk kepada cara

meningkatkan kesedaran mengenai proses kemahiran pemikiran dan pembelajaran yang

berlaku. Apabila kesedaran itu wujud, seseorang itu dapat mengawal fikirannya dengan

merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajarinya. Para penyelidik dan pendidik

sependapat bahawa untuk meningkatkan keupayaan pelajar, mereka perlu menguasai

kemahiran menggunakan strategi metakognitif dalam pembelajaran. Pembelajaran melalui

strategi metakognitif dapat meningkatkan kesedaran murid tentang proses berfikir dan

pembelajaran yang berlaku. Operasi metakognitif juga dapat meningkatkan pencapaian

akademik murid serta menjadikan pelajar sebagai pemikir yang berkesan dan berkemahiran.

Dalam KBSM penyepaduan kemahiran berfikir dalam pengajaran dinyatakan secara

tersurat dalam pengisian kurikulum. Sebagaimana yang diterangkan dalam Rajah 1 tadi,

empat domain utama dalam kemahiran berfikir diperkenalkan Kementerian Pelajaran

Malaysia seperti kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, penyelesaian dan

membuat keputusan. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh

pendidik sejarah perlulah kreatif dengan menjalinkan fakta sejarah dengan kemahiran

berfikir. Guru boleh mengajar kemahiran metakognisi secara infuse iaitu dengan

menyerapkan metakognitif dalam kaedah pengajaran dari isi kandungan pelajaran sejarah

yang disampaikan. Antara proses pengajarannya ialah dengan guru memberikan pengajaran

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

237  

dan membuka ruang kepada pelajar memberi pandangan. Sebelum memulakan pengajaran,

guru boleh memberi tugasan terlebih dahulu kepada para pelajar untuk memperoleh

maklumat daripada sumber lain berkaitan topik sejarah berkenaan. Pelajar boleh diarah

untuk mendapatkan sumber daripada buku-buku tambahan, tayangan video yang pernah

ditonton atau melalui sumber-sumber lisan sejarah lampau daripada datuk nenek pelajar.

Misalnya sejarah penjajahan Jepun yang banyak dipaparkan dalam televisyen, youtube atau

cerita-cerita lisan daripada generasi terdahulu tentang tentera Jepun. Di dalam kelas, guru

boleh meminta pelajar berkongsi pengalaman mereka hasil dapatan sumber-sumber lain

tersebut. Strategi pengajaran dan pembelajaran seperti ini diharapkan dapat membentuk

kemahiran pelestarian pemikiran pelajar dalam menghayati peristiwa sejarah kerana pelajar

menjadi lebih kreatif dengan mencari maklumat tambahan. Mereka akan dapat mengumpul

dan mengkategori sumber sejarah, mengenalpasti antara fakta dan pendapat,

mengenalpasti tafsiran sejarah yang berat sebelah, mengenalpasti sebab dan akibat

daripada rentetan sejarah dan seterusnya mengambil iktibar daripada sejarah yang berlaku.

Mengikut Beyer (1987) kemahiran berfikir boleh diajar secara terpisah atau secara

ekslusif sebagai satu mata pelajaran. Pendekatan ini berkaitan dengan keperluan untuk

pelajaran atau meningkatkan pengetahuan tentang kemahiran berfikir tanpa mengambil kira

perkara lain seperti kandungan mata pelajaran. Kelebihan pendekatan ini adalah guru dan

pelajar akan lebih terfokus secara ekslusif terhadap cara untuk meningkatkan darjah

kepakaran dan kemungkinan pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam rutin harian

mereka. Dalam pengajaran kemahiran berfikir, Beyer (1987) menekankan dua kunci utama

iaitu pertama guru perlu memahami konsep dan kemahiran berfikir dengan jelas dan

keduanya mengaplikasikan dalam aktiviti di dalam atau di luar kelas. Guru juga disarankan

menstrukturkan pengajaran kemahiran berfikir dengan mengenalpasti pembolehubah dalam

kemahiran berfikir. Antara pembolehubah yang utama adalah berkaitan dengan prosedur,

peraturan dan kriteria dalam kemahiran berfikir. Misalnya proses yang melibatkan

menganalisis, menilai, membuat ramalan, membuat gambaran dan membuat andaian. Guru

boleh mereka bentuk pengajaran dan membimbing pelajar untuk mengaitkan kemahiran

berfikir dengan sejarah. Misalnya dalam topik penjajahan British dan Jepun, guru boleh

mengaitkannya dengan membawa pelajar berfikir bagaimana persamaan dan perbezaan

antara dua imperialis ini. Guru juga boleh menunjukkan kesan peninggalan British ataupun

Jepun dengan membawa pelajar melawat kawasan tempatan yang mempunyai kesan

peninggalan sejarah atau guru boleh meminta pelajar menangkap gambar kesan-kesan

peninggalan tersebut. Guru juga boleh meminta pelajar membuat andaian apakah nasib

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

238  

rakyat Tanah Melayu ketika itu jika Jepun terus memerintah negara ini sekiranya peristiwa

pengeboman di Nagasaki dan Hiroshima tidak terjadi. Apakah implikasinya pula terhadap

negara bangsa kita baik dari sudut politik, ekonomi dan juga sosial? Bagaimanapula nasib

orang Cina di bawah pemerintahan Jepun dan adakah Burhanuddin Al-Helmy atau Ibrahim

Yaakub akan menjadi Perdana Menteri pertama atau slogan Asia untuk Asia hanyalah

retorik semata-mata.

Menurut Bayer lagi kemahiran berfikir boleh diintegrasikan dalam mata pelajaran

melalui dua pendekatan iaitu penerapan (infusion) dan penyerapan (immersion).

Pendekatan penerapan pemikiran diajar secara tersurat dalam subjek Sejarah. Pendekatan

ini melibatkan peranan guru secara langsung untuk membantu pelajar memahami dengan

lebih baik kemahiran berfikir tersebut. Pendekatan ini juga melibatkan peranan guru secara

langsung dalam kemahiran kognitif untuk memastikan kemahiran ini berjaya dikuasai walau

dalam apa juga mata pelajaran yang diajar. Hal ini dapat meningkatkan motivasi pelajar

kerana kemahiran mereka dalam berfikir akan mempengaruhi pembelajaran mereka.

Pembelajaran sesuatu mata pelajaran dan perkembangan kemahiran berfikir berjalan

serentak dan saling menyokong antara satu sama lain. Namun kelemahannya guru mungkin

tidak sempat menghabiskan silibus pengajaran kerana banyak terlibat dengan aktiviti luar

bersama pelajar.

Manakala strategi penyerapan kemahiran berfikir secara penyerapan atau

‘immersion’ pula memberi penekanan kepada penyerapan kemahiran berfikir secara tersirat.

Pemikiran disepadukan dalam mata pelajaran melalui aktiviti yang dirancang dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini tumpuan pembelajaran dapat diberikan

kepada perkembangan pelajaran, pengetahuan serta pemahaman terhadap subjek Sejarah

berkenaan. Tegasnya, pendekatan secara tersirat tetap menekankan kepentingan pemikiran

dalam pencapaian matlamat pembelajaran sejarah walaupun kemahiran berfikir diajar

secara tersirat.

Guru boleh mengembangkan teknik metakognisi dengan memberi peluang kepada

pelajar membuat refleksi dan mengkategorikan pendapat mereka. Misalnya jika pelajar

menyokong pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM) adakah dapat dipastikan tindakan itu

membawa kebaikan atau sebaliknya. Contoh dengan membantu pengerakan komunis

adakah akan membantu menghalau penjajah British ataupun Jepun. Manakala apakah kesan

buruknya pula jika Komunis berkuasa di Tanah Melayu hingga berjaya menubuhkan negara

Komunis. Justeru, dengan memberi peluang kepada pelajar berfikir dan berani memberi idea

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

239  

kepada mereka akan membantu meningkatkan kemahiran mereka dalam melestarikan

pemikiran dalam pendidikan sejarah.

Guru juga boleh menggunakan teknik penyebatian kemahiran berfikir. Teknik ini

adalah dengan mengintegrasikan atau menyebatikan aspek kemahiran berfikir yang dipilih

dengan isi kandungan sesuatu subjek dan seterusnya membolehkan kemahiran berfikir

berkenaan digunakan di luar kelas. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, aspek

kemahiran berfikir yang dikenalpasti dalam silibus perlu diserapkan. Mengikut pendekatan

ini, teknik melaksanakan penyebatian kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan

pembelajaran adalah dengan memberitahu pelajar mengenai objektif pelajaran dan

penjelasan konsep dan aktiviti yang akan dilakukan oleh pelajar. Contohnya guru yang

sedang mengajar sejarah kedatangan British akan menerangkan sejarah kedatangan

mereka. Disamping itu guru boleh memberi tugasan kepada pelajar untuk mencari dan

memikirkan kesan-kesan peninggalan yang ada di daerah masing-masing seperti bangunan-

bangunan tinggalan sejak zaman British seperti hospital, stesen kereta api yang dibina

sejak zaman British, sekolah-sekolah yang didirikan oleh mubaligh seperti Methodist, St

George, St Michael dan Penang Free School.

Selain itu teknik penggunaan sumber juga boleh menajamkan kemahiran pelestarian

pemikiran pelajar dalam pendidikan sejarah. Pelajar digalakkan menggunakan sumber-

sumber sejarah samaada sumber utama ataupun sumber sekunder. Namun sumber lisan

yang kadangkala dikategorikan sebagai sumber utama atau sumber sekunder juga

bergantung pada ketulenan dan kewibawaannya (Mohd Yusuf Ibrahim:1986). Dengan

bimbingan guru, pelajar diterangkan tentang kekejaman tentera Jepun. Pelajar juga boleh

diasah kemahiran berfikir mereka untuk bertanya atau menemubual datuk atau nenek yang

pernah berada pada zaman Jepun. Pelajar juga digalakkan untuk menemubual orang-orang

tua untuk mendapatkan maklumat berkenaan daripada buku ataupun internet. Dengan cara

ini pelajar akan membuat penafsiran dan aktiviti ini dapat membantu pelajar menguasai

kemahiran-kemahiran berfikir dan menganalisis. Kebiasaannya di dalam buku teks pelajar

didedahkan dengan sumber-sumber yang statik tetapi melalui internet pelajar boleh melihat

youtube-youtube yang menarik tentang sejarah yang dirakamkan seperti peristiwa

pengisytiharan kemerdekaan di Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia.

Di samping itu guru juga boleh menerapkan teknik perbincangan untuk menajamkan

lagi daya pemikiran pelajar. Melalui aktiviti perbincangan, pelajar dapat membuat

perbandingan , berhujah dan menilai fakta-fakta sejarah yang dikemukakan. Namun aktiviti

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

240  

perbincangan yang berkesan bergantung pada kemahiran guru merancang dan

menggalakkan murid berbincang dan terlibat secara aktif. Guru boleh membuat

perbincangan dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar. Guru boleh meminta pelajar

membentangkan hasil perbincangan di dalam kelas.

Teknik Perdebatan juga merupakan salah satu cara untuk mengasah kemahiran

pelestarian pemikiran pelajar dalam pendidikan sejarah. Missimer (1990) menjelaskan

mengenai perdebatan yang merupakan aspek penting untuk mengaplikasikan dan melatih

murid berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Isu-isu sejarah akan

diperdebatkan dengan menggunakan sumber-sumber sejarah yang diperoleh dan dikaji.

Melalui teknik perdebatan, guru sejarah boleh memberi peluang kepada pelajar

menggunakan potensi pemikiran mereka dan mengemukakan idea. Aktiviti perdebatan ini

yang melibatkan pelajar secara aktif mengemukakan hujah yang bernas serta rasional

terhadap sesuatu isu atau peristiwa sejarah yang dipelajari adalah aspek yang dapat

meningkatkan tahap keintelektualan pelajar dalam proses pemikiran sejarah. Contohnya

guru memberi satu isu dalam perdebatan sejarah seperti tajuk kebaikan dan keburukan

kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu ataupun tajuk Parti Komunis Malaya (PKM)

pejuang atau petualang negara. Melalui perdebatan ini suasana pembelajaran akan menjadi

lebih menarik dan menolong melestarikan pemikiran pelajar dalam pendidikan sejarah.

Teknik Menyoal

Selain itu teknik menyoal adalah sangat penting untuk meningkatkan kemahiran

pelestarian pemikiran dalam pendidikan sejarah. Soalan-soalan yang ditanya perlulah

merangsang dan mencabar minda pelajar. Selain itu soalan yang dikemukakan haruslah

memupuk pemikiran pelajar dan bukan soalan yang mengingat kembali maklumat yang

sudah diajar. Soalan yang bersifat ekstraporasi iaitu soalan yang menggunakan logik atau

fakta bagi menganggarkan kemungkinan berlakunya sesuatu pada masa depan boleh

dikemukakan kepada pelajar. Soalan seperti sekiranya Jepun kekal memerintah di Tanah

Melayu apakah corak pentadbiran Malaysia kini. Guru juga boleh bertanya soalan yang

bercorak inferensi iaitu kesimpulan yang dibuat berdasarkan fakta tertentu. Misalnya adakah

penjajahan yang berlaku ke atas Tanah Melayu disebabkan kehebatan British menjajah

ataupun disebabkan oleh kelemahan pemerintah dan sikap orang Melayu yang berpecah

belah merebut kuasa pada masa itu. Selain itu guru juga boleh bertanya soalan penilaian

kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran pemikiran mereka seperti bertanya

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

241  

tentang sejauhmanakah dasar pecah dan perintah British berjaya merenggangkan hubungan

antara kaum-kaum di Tanah Melayu ketika itu. Adakah hanya disebabkan hilang hak

mengutip cukai menyebabkan pembesar-pembesar Melayu seperti Maharaja Lela dan Dato

Sagor menentang penjajahan British. Adakah faktor lain seperti faktor agama turut menjadi

pendorong kebangkitan perjuangan mereka.

Guru mungkin juga boleh menunjukkan tayangan video tentang sejarah tertentu dan

boleh menyoal kepada pelajar sebelum semasa dan selepas proses pembelajaran berlaku.

Misalnya sebelum guru menayangkan video ancaman komunis, guru boleh bertanya kepada

pelajar tentang pendapat pelajar tentang pergerakan komunis di Tanah Melayu. Guru boleh

mengarahkan pelajar mengenalpasti sebab-sebab berlakunya pergerakan komunis wujud di

Tanah Melayu. Semasa tayangan video berkenaan guru boleh bertanya pelajar tentang

kesan baik dan buruk daripada pergerakan komunis berkenaan. Selepas tayangan video

berkenaan, guru boleh bertanya kepada pelajar sekali lagi tentang pemikiran mereka

berkaitan dengan pergerakan berkenaan. Pada ketika ini mungkin ada para pelajar yang

memberi pandangan yang berbeza tentang pegerakan komunis. Justeru, peranan guru perlu

membimbing pelajar dengan memberi maklumat berdasarkan peristiwa sebenar yang

berlaku di sebalik pergerakan komunis berkenaan.

Guru juga bolehmembentuk kemahiran pelestarian pemikiran pelajar dengan

memberi tugasan kepada pelajar seperti menerapkan teknik inkuiri seperti mencari tokoh-

tokoh atau tempat-tempat sejarah di tempat pelajar tinggal. Pelajar boleh mengkaji

mengapa tempat tinggalnya diberi nama tertentu seperti nama kampung, nama jalan

ataupun mengkaji sejarah tempatan masing-masing. Bagi peringkat pendidikan yang lebih

tinggi, pelajar boleh diberi tugasan mencari waris keturunan yang masih tinggal untuk

ditemubual bagi mendapat maklumat tambahan. Melalui aktiviti seperti ini pelajar mampu

berfikir mengenai sesuatu data yang diperoleh seterusnya membuat tafsiran mengenai

sejarah berkenaan. Melalui aktiviti seperti ini para pelajar akan dapat melestarikan pemikiran

mereka dengan menggabungkan kemahiran belajar dan kemahiran berfikir. Ini

memandangkan pelajar berkenaan perlu mempelajari bagaimana mengumpul dan

menganalisis maklumat dan sentiasa berfikir bagaimanakah untuk mempersembahkan data

yang diperoleh.

Teknik penyampaian juga amat penting dalam melestarikan pemikiran pelajar dalam

pendidikan sejarah. Kuliah yang disampaikan kepada pelajar perlu membantu mereka

berfikir secara kritis berpandukan fakta-fakta sejarah yang disampaikan. Bagi

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

242  

menyampaikan kandungan pelajaran berkenaan guru perlulah menimbangkan perkara-

perkara berikut :

1. Menerangkan konsep kemahiran berfikir yang hendak disampaikan. Misalnya guru

boleh menerangkan strategi kemahiran berfikir ‘memeriksa andaian’ seperti apakah

andaian pelajar terhadap perkembangan negara Singapura dan Brunei sekiranya

mereka turut bergabung dalam gagasan Malaysia dan bagaimana pula kedudukan

dan kemajuan Sabah dan Sarawak kini jika tidak terlibat dalam pembentukan

berkenaan.

2. Menyusun maklumat mengikut kronologi. Sejarah adalah berasaskan fakta. Fakta

mestilah mengikut kronologi. Kegagalan pelajar memahami urutan peristiwa sejarah

mengikut kronologi menyebabkan proses pembelajaran sejarah tidak sempurna.

Justeru, guru boleh menyenaraikan kronologi mengkut cara yang kreatif seperti

menggunakan peta minda untuk memudahkan pelajar memahami kronologi

berkenaan.

3. Menggunakan contoh yang sesuai berdasarkan pengalaman sedia ada pelajar. Guru

boleh menerangkan sejarah pendidikan negara dengan mengaitkan sistem

pendidikan yang sedang diikuti oleh pelajar berasaskan Penyata Rahman Talib dan

Razak. Guru juga boleh mengaitkan bagaimana boleh wujud sistem pendidikan

pelbagai aliran dan kesannya kepada hubungan kaum di Malaysia. Pelajar pula

diminta untuk berfikir tentang persamaan dan perbezaan antara Penyata Razak dan

Rahman Talib.

4. Menggunakan alat bantu pengajaran yang sesuai dan dapat merangsang kemahiran

pemikiran pelajar. Teknik pengajaran menggunakan teknik peta minda, tayangan

Youtube, Powerpoint ataupun Prezi memungkinkan mendapat gambaran yang lebih

berkesan tentang sejarah dan dapat melestarikan pemikiran mereka untuk

memahami sejarah dengan lebih bermakna lagi.

5. Mengaitkan kandungan silibus dengan isu-isu semasa. Misalnya semasa mengajar

sejarah Sabah, guru boleh mengaitkan dengan isu kesultanan Sulu dalam peristiwa

di Lahat Datu. Bagaimana asal wujud kerajaan berkenaan, pajakan kepada Alfred

Dent, Suruhanjaya Cobbold hinggalah kepada persetujuan rakyat Sabah untuk

bersama dengan gagasan Malaysia. Dengan mengaitkan fakta sejarah dengan isu

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

243  

semasa pelajar akan lebih mudah faham dan berminat untuk menghayati nilai

sejarah yang ditinggalkan oleh generasi lampau.

Kekangan Melestarikan Pemikiran dalam Pendidikan Sejarah dan Cadangan

Mengatasinya.

Dari sudut pelaksanaannya, terdapat beberapa kekangan untuk melestarikan

pemikiran dalam pendidikan sejarah. Antaranya ialah silibus yang terkandung di dalam

sukatan pelajaran di setiap tingkatan terlalu banyak untuk dihabiskan dalam tempoh

setahun. Pemikiran yang beranggapan silibus yang banyak adalah baik untuk pengetahuan

pelajar perlu diubah demi menjamin kemahiran pelestarian pemikiran dalam pendidikan

sejarah akan tercapai. Kadangkala guru bukan tidak mampu untuk menerapkan kemahiran

pemikiran kepada pelajar melalui aktiviti yang boleh menajamkan kemahiran pemikiran

pelajar dalam subjek sejarah tetapi kerana kekangan silibus yang padat dan masa yang

terbatas tidak memungkinkan proses kemahiran pemikiran sejarah itu berjalan lancar seperti

mengadakan perbincangan, perdebatan, tayangan video ataupun lakonan pensejarahan.

Justeru, KPM mungkin boleh merombak silibus agar lebih efektif untuk memenuhi kehendak

perkembangan kurikulum pelajar dalam pendidikan sejarah.

Peruntukan waktu sedia ada tidak cukup dan sukar untuk melaksanakan P&P Sejarah

dengan berkesan.Waktu yang terhad inilah yang mengekang guru-guru Sejarah

melaksanakan pengajaran dengan baik, lebih-lebih lagi apabila hendak membimbing pelajar

menjalani pembelajaran bersifat inkuiri atau penyiasatan. Beberapa perkara perlu diberi

perhatian bagi menjamin pelaksanaan P&P subjek Sejarah yang berkesan dan mencapai

matlamat yang dinyatakan. Antaranya ialah pihak Kementerian Pelajaran perlu menambah

bilangan waktu P&P subjek Sejarah dari tiga waktu kepada lima waktu seminggu sesuai

dengan kewajipan pelaksanaan subjek ini nanti.

Guru-guru yang mengajar sejarah pula kadangkala bukanlah guru opsyen Sejarah

dan berlaku pula guru-guru opsyen Sejarah dibebankan dengan mengajar subjek yang

bukan bidang kepakaran mereka. Bagi menjamin pelaksanaan P&P Sejarah dapat

dilaksanakan secara berkesan, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengambil tindakan

drastik dengan menambah bilangan pengambilan guru-guru opsyen sejarah sekolah.

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

244  

Selain itu kekangan untuk melestarikan kemahiran pemikiran dalam pendidikan

sejarah juga berkaitan dengan soalan-soalan peperiksaan yang digubal tidak mementingkan

kemahiran berfikir. Sebaliknya soalan sejarah masih menjurus kepada mengingati fakta

semata-mata. Ini menjadikan konsep kemahiran melestarikan pemikiran sejarah itu tidak

tercapai kerana soalan berkaitan pembelajaran pemikiran sejarah tidak keluar di dalam

peperiksaan. Justeru tidak hairanlah pelajar lebih ghairah menghafal fakta daripada

mengetahui sebab dan kesan daripada sesuatu peristiwa swejarah itu berlaku. Untuk

mengatasi permasalah tersebut, KPM diperingkat PMR atau SPM boleh merangka soalan

peperiksaan yang menguji pemikiran pelajar sepertimana pada peringkat STPM yang

memberi tumpuan kepada aspek kemahiran pemikiran. Contohnya pelajar perlu didedahkan

dengan soalan apakah implikasi, kesan dan pengajaran yang boleh diambil daripada sesuatu

peristiwa sejarah.

Daripada aspek penerimaan pelajar pula masih lagi di tahap yang kurang

memberangsangkan kerana pelajar kurang mempunyai kesedaran dan minat, malah

menganggap subjek Sejarah tidak penting lantaran dianggap tiada nilai komersial dan tidak

mampu menyelesaikan masalah hidup dan tidak membina kemahiran membuat keputusan.

Ini boleh dibuktikan melalui dapatan kajian yang telah dibuat oleh Mohamad Johdi Salleh

(2003). Justeru keputusan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat lulus dalam

peperiksaan SPM dianggap memberi nafas baru kepada hasrat dan aspirasi negara

melahirkan generasi yang perkasa jati diri, mempunyai perasaan cinta yang mendalam

terhadap tanah air. Oleh itu untuk menjadikan subjek ini lebih bernilai komersial, kerajaan

melalui Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mewajibkan syarat wajib kemasukan ke IPTA

dan IPTS memerlukan pelajar mendapat kredit dalam subjek ini.

Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah.

Bahagian ini akan menunjukkan dapatan kajian tentang persepsi pelajar terhadap

falsafah, konsep, kepentingan, matlamat dan juga kemahiran yang diperoleh daripada

pendidikan sejarah. Kajian ini telah dijalankan oleh Mohamad Johdi Salleh (2003) daripada

Universiti Islam Antarabangsa. Beliau telah mengkaji sejauhumana subjek ini membantu

pelajar menyelesaikan masalah kehidupan, mengambil iktibar dan kemampuan

menggunakan sumber sejarah untuk menyelidik. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan

eksploratori. Data-data diperoleh dari soal selidik yang dijalankan di kalangan hampir dua

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

245  

ratus orang pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima di kawasan Rawang dan Gombak di

negeri Selangor Darul Ehsan. Pemilihan sampel pelajar dijalankan secara ‘stratified random

sampling’ mengandungi pelajar baik, pertengahan dan kurang baik di sekolah menengah

biasa, terutama jurusan sastera dan perdagangan/akaun. Responden terdiri daripada pelajar

lelaki 48.0% dan perempuan 52.0%, kaum Melayu 58.1%,Cina 23.4% dan India 18.5%.

Data-data dianalisis berdasarkan frekuensi, peratusan dan min menggunakan Likert 4-skala

dan 5-skala mengikut kesesuaian persoalan. Limitasi, kajian ini merupakan suatu tinjauan

eksploratori, segala dapatan sayugia dirujuk kepada responden dan lokaliti kajian sahaja.

Berdasarkan jadual bawah menunjukkan persepsi pelajar terhadap falsafah dan

konsep’ subjek Sejarah. Kajian berasaskan sejauh mana pelajar mampu mengenalpasti

sumber-sumber sejarah yang tulen dan berjaya mengaitkan peristiwa masa lalu dan masa

kini serta sejauhmana sumber sejarah mampu menyelesaikan masalah berdasarkan

kemahiran pemikiran pelajar yang mempelajari subjek sejarah.

Jadual 2 : Persepsi Pelajar terhadap falsafah dan konsep sejarah

Responden Pelajar (N=171)

4-skala/ (Peratus/ Min)

Setuju Tidak Setuju

Min

pengetahuan peristiwa masa lalu 88.9 11.1 3.1988

mengetahui peristiwa benar atau rekaan 77.2 22.8 2.9181

empati/imaginasi sesuatu peristiwa sejarah 60.8 39.2 2.6082

perkaitan peristiwa masa lalu dengan sekarang 78.4 21.6 3.1579

sumber sejarah membantu menyelesaikan masalah

71.9 28.1 3.0409

Purata Respons 75.4 24.56 2.9847

Jadual 2 di atas menunjukkan respon tertinggi ‘masa lalu’ 88.9% menunjukkan

responden mempunyai tanggapan yang baik terhadap subjek sejarah. Namun item ‘empati’

60.8% yang menjadi tunjang pembelajaran-pengajaran subjek ini masih kurang berjaya

dijiwai oleh responden. Manakala pencapaian purata 75.4% dan item di bawah 80.0% perlu

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

246  

ditingkatkan lagi kerana kefahaman terhadap ‘falsafah dan konsep’ subjek adalah teras

kepada pembelajaran-pengajaran setiap mata pelajaran, termasuk Sejarah. Kegagalan

penguasaan ‘falsafah’ subjek akan menjejaskan ruang lingkup-parameter pembelajaran

sejarah.

Manakala rajah 3 dibawah menunjukkan bagaimanakah persepsi pelajar terhadap

‘matlamat & objektif’ subjek Sejarah. Sejauhmanakah pelajar mampu berfikir tentang

kepentingan identiti diri, bangsa, warisan bangsa dan sejauhmana subjek sejarah berjaya

membina keyakinan diri mereka.

Jadual 3 : Persepsi pelajar terhadap ‘matlamat & objektif subjek Sejarah

Responden Pelajar (N=171)

4-skala (Peratus/ Min)

Setuju Tidak Setuju

Min

peristiwa lalu perlu dikaji 70.2 29.8 2.9123

menyedari adanya identiti diri, bangsa, warisan 82.5 17.5 3.1637

menilai maklumat dan kaitan dengan sejarah 70.2 29.8 2.8830

kemahiran mengasingkan maklumat dan sumber

66.7 33.3 2.9357

membina keyakinan diri, ingin tahu 85.4 14.6 3.1871

Purata Respons 75.0 25.0 3.0164

Berdasarkan jadual berkenaan, purata respon terhadap ‘matlamat dan objektif’

sejarah 75.0% diketegorikan sebagai kurang menggalakkan atau sekadar sederhana. Hanya

dua item mencapai atas 80.0%, manakala item terendah mencapai 66.7%. Dapatan ini

menunjukkan masih terdapat (25.0%) kelemahan pencapaian ‘matlamat dan objektif’ dalam

kalangan pelajar dalam kurikulum Sejarah. Sedangkan aspek ini amat penting dalam menilai

keberkesanan dan halatuju pembelajaran-pengajaran subjek ini.

Persepsi pelajar terhadap kemahiran asas dalam subjek sejarah juga boleh dilihat

daripada keputusan jadual 4 di bawah.

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

247  

Jadual 4 : Persepsi pelajar terhadap kemahiran asas dalam subjek Sejarah

Responden Pelajar (N=171)

4-skala (Peratus/ Min)

Setuju Tidak Setuju

Min

menggunakan sumber dengan betul 88.3 11.7 3.0000

menggunakan bukti untuk mengkaji sejarah 64.3 35.7 2.7368

membina empati peristiwa lalu, kaitan sekarang 74.9 25.1 2.9298

memahami sebab-akibat, masa-perubahan 78.9 21.1 2.9474

kemahiran menyelidik, membuat keputusan 67.8 32.2 2.8538

Purata Respons

74.8 25.2 2.8936

Berdasarkan rajah di atas, pencapaian purata respon 74.8% adalah kurang

menggalakkan kerana terdapat lebih 25.0% di kalangan responden yang tidak memperolehi

‘kemahiran sejarah’. Tambahan pula, hanya satu elemen sahaja melebehi 80.0% dan dua

item di bawah 70.0%. Pada praktiknya, kedangkalan perolehan kemahiran sejarah

mengakibatkan pelajar tidak dapat meluaskan keupayaan kemahiran kemahiran belajar-

pembelajaran kritis, analitikal, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional.

Lantaran itu, semakin sukar untuk menghasilkan ‘little historian’ yang mempunyai kemahiran

menjalankan kajian dan penyelidikan.

Manakala bagaimana persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran-pembelajaran

subjek Sejarah dapat diperhatikan dalam jadual 5 di bawah.

Jadual 5 : Persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran sejarah

Responden Pelajar (N=171)

4-skala (Min)

Kesan Rank Guna

Beza

Min

1. Lawatan 3.2632 10 1.5906 1.67

2. Video 3.1053 7 1.7076 1.40

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

248  

3. Komputer 2.9474 8 1.6959 1.25

4. Kumpulan 2.8480 5 2.2632 0.58

5. Projek 2.8421 6 2.0526 0.79

6. Lakonan, Drama 2.8304 9 1.5965 1.23

7. Cerita 2.7845 4 2.4035 0.38

8. Buku Teks 2.6082 1 3.1287 -0.52

9. Syarahan, penerangan 2.4854 2 2.6491 -0.16

10. Penyoalan 2.4035 3 2.4094 -0.04

Purata Respons 2.8118 2.1497

Rumusan persepsi pelajar di atas menunjukkan hubungan ‘kontras’ antara kaedah

yang berkesan dengan kaedah yang selalu digunakan dalam pengajaran-pembelajaran

Sejarah. Kaedah ‘lawatan’ mendapat perhatian pelajar dengan rangking 10 markah, diikuti

tayangan video dan menggunakan perisian komputer mendapat respons tertinggi tetapi

terendah dari segi penggunaannya. Manakala kaedah konvensional seperti menggunakan

buku teks, syarahan atau kuliah semata-mata dan kerap menyoal pelajar keberkesanannya

amat rendah, tetapi selalu digunakan dalam P&P. Pengamalan ini pastinya menimbulkan

konflik dan menurunkan minat pelajar. Fenomena sedemikian tidak boleh dibiarkan

berterusan dibimbangi semakin meningkat bilangannya. Justeru, pelajar merasakan

mempelajari sejarah membosankan, tidak menarik dan penggunaan kaedah P&P subjek ini

juga ketinggalan zaman. Oleh itu, kemahiran pelestarian pemikiran dalam pendidikan

sejarah perlu digarapkan kepada pelajar agar mereka mampu berfikir secara kritis, kreatif

dan inovatif.

Rumusan

Kemahiran pelestarian pemikiran dalam pendidikan Sejarah amat penting dalam P&P.

Penyerapan KBKK secara terancang dalam pendidikan sejarah mampu melahirkan pelajar

yang berdaya saing dan mampu menjiwai susur jalur perjalanan sejarah negara untuk

dijadikan pedoman kehidupan masa depan. Justeru, guru amat berperanan untuk

meningkatkan kemahiran pelestarian pemikiran pelajar dengan menggunakan kaedah-

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

249  

kaedah yang telah disarakan untuk memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran

sejarah itu berkesan dan tercapai.

Bibliografi

Beyer, B.K .1984. Improving Thinking Skills -Defining The Problem. Phi Delta Kappan

65(7).

_________. 1987. Practical Stratergies for the Teaching Of Thinking . Boston : Ally and

Bacon

_________.1988. Developing a Thinking Skills Program. Boston. Allyn and Bacon.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2002. Modul Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Koestler Arthur .1991. Using your Mind Effectively. New York.: Mc Graw-Hill

Marzano R.J.1992. A Different Kind of Classroom Teaching with Dimension of Learning.

Pitt, St. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

Missimer, A .1990. Good Arguments : An Introduction to Critical Thingking. New Jersey:

Prentice Hall England Cliffs.

Mohd Johdi Salleh.2003. Kurikulum Sejarah Sekolah Menengah : Perspektif Pelajar-Pelajar.

Kertas Kerja Pusat Pendidikan dan Pembangunan Insan: Universiti Islam

Antarabangsa.

Mohd Yusuf Ibrahim.1986. Pengertian Sejarah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Newmann.1990. Higher Order Thinking in Teaching Social Studies : A rationale for

Assessment of Classroom Thoughtfulness. Journal of curriculum studies, 22, 41-56.

Poh Swee Hiang .2000. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Ruggeiro, Vincent Ryan .2004. The Art of Thinking. 7th Edition. New York: Pearson.

Sidney, Parnes. 1997. Creative Behaviour Guidebook. New York : Scribner’s.