Kemahiran Mengarang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kemahiran

Citation preview

  • BMM 3104PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

  • KEMAHIRAN MENULISKemahiran Mengarang Mencari isi-menggunakan Bahan Rangsangan Mengaitkan isi dengan Tajuk, kohesi, koheren dan pemerengganan Penggunaan Penanda Wacana dan peta minda

  • KEMAHIRAN MENULIS Matlamat dan Peringkat

  • Objektif MengarangObjektif mengarang bagi sekolah rendah pada umumnya adalah untuk melatih murid:melahirkan ideamenghujah dan mengembangkan ideamengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul.

  • menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.menggunakan format karangan yang betulmenggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar seharian

  • Mencari isi menggunakan bahan rangsangan

    Penggunaan bahan rangsangan dalam penulisan juga boleh disamakan dengan kemahiran penulisan berpandu.

    Bahan rangsangan dapat membantu murid untuk menulis karangan.

  • Guru boleh memberikan kad-kad gambar bersiri ataupun gambar tunggal untuk membantu murid menulis ayat mudah berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan.

    Pada tahap ini berkemungkinan murid telah boleh menulis ayat-ayat mudah.

  • Mengaitkan isi dengan tajuk, kohesi, koheren dan pemerengganan

    Terdapat empat aspek utama yang perlu dititik beratkan dan diambil perhatian iaitu tajuk, kohesi, koheren dan pemerengganan.

    Keempat-empat ini saling berkait antara satu sama lain.

    Merupakan tunjang utama dalam menghasilkan sesebuah karangan yang baik.

  • Dalam sesebuah penulisan, perenggan pertama merupakan pengenalan kepada tajuk.

    Isi yang ditulis dalam perenggan pertama menjurus kepada isi karangan yang hendak disampaikan dan dapat menarik minat untuk pembaca membaca isi-isi yang seterusnya.

    Setiap isi dipisahkan dalam satu perenggan yang berasingan supaya pembaca dapat memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis.

  • Setiap perenggan isi mempunyai kohesi dan koheren nya yang tersendiri.

    Kohesi bermaksud tautan, manakala koheren pula bermaksud rentetan.

    Kedua-dua aspek ini boleh dilihat di dalam isi karangan tersebut.

    Bagi sebuah karangan yang baik setiap isi dalam sesuatu perenggan yang diasingkan tersebut mestilah mempunyai kohesi serta koheren antara isi-isi tersebut.

  • Susunan isi-isi dalam sesebuah karangan juga hendaklah mengikut keutamaan dan kepentingannya.

  • Penggunaan Penanda Wacana

    Amat perlu, khasnya untuk menyambung ayat dengan ayat dan menghubungkan perenggan dengan perenggan.

    Penggunaan penanda wacana dengan bijak dan berhati-hati akan melahirkan ayat-ayat dan perenggan yang berkesinambungan, gramatis dan bermakna.

  • Contoh Jenis Fungsi dan Penggunaan Penanda Wacana

  • Penggunaan peta minda

    Peta Minda dan penyoalan ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkat kemahiran menulis.

    Kedua-dua teknik ini boleh dipasangkan dengan pendekatan proses, iaitu suatu pendekatan yang berdasarkan proses penulisan itu sendiri.

  • Teknik peta minda digunakan untuk memandu pelajar ke arah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan.

    Dalam teknik ini guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar dalam bentuk peta minda di papan tulis.

  • Penggunaan peta minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk.

  • SEKIANMOHD NOR HAMZAH IPG KAMPUS PERLIS

    ***************