Keistimewaan Tanglung

Embed Size (px)

Citation preview

Keistimewaan Tanglung Ringan dan Mudah Dibawa- Tanglung telah diperbuat kertas warna-warni yang ringan. Kami telah mengunakan benang bulu kambing untuk mencantumkan bentuk 3D untuk menghasilkan tanglung ini. Setelah itu, mengikat benang bulu kambing pada sebuah kayu berwarna merah. Kayu itu, menyediakan untuk memegang dan mudah membawa ke mana-mana tempat yang kita hendak menggunakan tanglung tersebut. Tanglung ini tidak sebegitu besar. Tanglung kami adalah bersaiz sederhana, ringan dan mudah dibawa.

Warna-warni- Kami membuat tanglung dengan menggunakan pelbagai kertas warnawarni. Antaranya ialah jingga, biru, merah. Selain itu, kami juga menghias tanglung ini dengan banyak barang hias yang berwarna-warni juga. Contoh barang tersebut ialah bola, riben, loceng kecil, kain sutera dan sebagainya. Oleh itu, tanglung kami berkelihatan kemas, cantik, dan berwarna-warni.

Lampu- Keistimewaan seterusnya, kebiasanya semua tanglung mempunyai lilin untuk memberikan cahaya. Tetapi, tanglung kami yang istimewa ini pula mempunyai mentol yang kecil untuk mengeluarkan cahaya. Mula-mula kami menyediakan dulang aluminium yang sesuai dan berbentuk bulat untuk melekatkan mentol dan tiga buah bateri. Dulang aluminium ini memastikan supaya mentol dan bateri tersebut tidak jatuh. Mentol tersebut berada di tengah tanglung dan diikat dengan benang bulu kambing. Kami juga melekatkan suis tutup/buka pada dulang aluminium.

Muzik- Selain daripada lampu, di tanglung kami menyediakan muzik. Dan kami merasa ini adalah satu kelebihan pada tanglung yang kami menyiapkan tersebut. Apabila suis dibuka maka kita dapat lihat lampu menyala dan dapat dengar bunyi muzik. Ini menunjukkan bahawa tanglung kami mempunyai ciri kreatif dan inovasi.

Bentuk- Kami menggunakan empat bentuk untuk menghasilkan tanglung. Antaranya adalah segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga sama kaki dan sfera. Kepelbagaian bentuk ini menyebabkan tanglung kami nampak cantik dan kemas.

Ciri-ciri Tanglung

Tujuan -Tujuan tanglung kami adalah untuk menerangkan bentuk 2D dan 3Dkepada pelajar-pelajar. Selain itu, tanglung ini boleh memudahkan kefahaman pelajar terhadap bentuk.

Bentuk-Tanglung kami mengandungi tiga bentuk. Iaitu segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga sama kaki dan sfera. Pelajar boleh mangenalpasti bentuk-bentuk yang terdapat dalam tanglung kerana semua bentuknya mempunyai warna yang berbeza.

Lampu dan muzik-Kami meletakkan lampu dan muzik pada tanglung. Hal ini dapat menarik perhatian pelajar terhadap tanglung. Ini membantu menjalankan pembelajaran dan pengajaran dengan lancar apabila pelajar memberi perhatian masing-masing. Ini juga satu kaedah untuk menarik perhatian pelajar semasa pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, pelajar tidak berasa bosan dan bersungguh-sungguh terhadap matepelajaran matematik.

Model Tanglung Bentangan 1:- Kami meletakkan bentuk segi empat sama ini di tengah tanglung kami. Ini adalah cara membuat segi empat sama dalam bentuk cube.

Bentangan 2:- Kami juga menggunakan segi tiga sama sebagai piramid pada tanglung. Berada di bahagian bawah pada tanglung tersebut. Ini adalah cara membuat segi tiga sama dalam bentuk piramid.

Bentangan 3- Bentangan ketiga ialah segi empat tepat. Kami meletakkan bentuk ini dibahagian atas pada tanglung. Ini adalah cara bagi menghasilkan segi empat tepat dalam bentuk cuboid.

Proses membuat tanglung1. Mula-mula kami menganalisiskan barang-barang yang kami hendak memerlukan untuk membuat tanglung. Antaranya barang-barangnya ialah kertas warna-warni, riben, benang bulu kambing, dawai, loceng kecil, dulang aluminium, mentol, alat muzik, dan sebagainya.

2. Kami juga menggunakan gunting, gam, pembaris, pen, pisau kecil, tali, bateri, pemegang bateri dan sebagainya.

3. Kami menggunakan sebanyak 8 inci dawai untuk membuat setiap sisi segi empat sama. Kami juga mengukur setiap sisi tersebut dengan menggunakn pembaris bagi memastikan semua sisinya 8 inci. Selepas itu, kami melekatkan kertas yang berwarna jingga disekeliling segi empat sama tersebut.

8 inci

8 inci

- ini adalah cara membuat sisi 8 inci dengan menggunakan dawai.

- segi empat sama di tanglung yang berwarna jingga.

4. Seterusnya, kami mula mereka segi empat tepat dengan menggunakan dawai. Kami juga membuat segi empat tepat ini dengan ukuran panjang 8 inci , tinggi 2 inci. 8 inci

2 inci

- segi empat tepat di tanglung.

5. Kami juga mencantumkan segi tiga sama di bahagian bawah segi empat sama. Dalam bentuk 3D segi tiga sama telah menjadi piramid. Panjang piramid ini juga 8 inci.

8 inci

8 inci

8 inci

6. Membuat alat muzik diatas dulang dan kami memasang mentol, bateri,dan memng bateri.

- Kami memeriksa sama ada mentol tersebut menyala atau tidak dan memeriksa alat muzik berbunyi.

- Kami juga mengikat kayu sebagai pemegang dengan tali yang kasar. Kami mengikat tali tersebut di empat bucu segi empat tepat supaya senang diangkat.

- Kami juga mengantungkan tiga buah bola yang berwarna biru, kuning dan merah di bahagian bawah tanglung sebagai hiasan. Oleh itu, tanglung kami akan kelihatan lebih comel dan ini juga akan menarik perhatian pelajar.

-

Ini adalah kedudukan bola di tanglung.

Kos Pembelanjaan Tanglung

BarangDawai Dulang Kertas warna Tali Benang bulu kambing Riben Mentol Bateri Pemengang bateri Loceng kecil Gam (UHU) Sellotape Penbaris (ukuran inci)

Ringgit Malaysia (RM)Rm 23.50 Rm 3.00 Rm 11.90 Rm 1.50 Rm 5.90 Rm 4.70 Rm 5.00 Rm 4.00 Rm 2.50 Rm 4.20 Rm 4.90 Rm 5.90 Rm 6.50

JUMALAH KOS

RM 83.50