17
KEFAHAMAN TAUHID DI KALANGAN PELAJAR DALAM PERMASALAHAN AKHLAK DAN DISPLIN: SATU KAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH Lukman Hakimi Bin Ahmad & Nor Azma Binti Manan Pensyarah Jabatan Pengajian Am Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran Kolej Komuniti Temerloh, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kefahaman tauhid di kalangan pelajar dalam penyelewengan akhlak dan displin. Ia dijalankan terhadap 70 orang responden yang terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti Temerloh yang sedang mengikuti sijil sepenuh masa dan sijil modular kebangsaan (SMK). Objektifnya adalah untuk melihat sejauhmanakah tahap kefahaman pelajar tentang konsep tauhid Islam lantas mengaplikasikannya ke dalam kehidupan yang berdisplin dan berakhlak. Kajian ini menggunakan kaedah survey iaitu soalan kaji selidik berbentuk tertutup yang mengandungi 36 soalan bagi menjawab objektif kajian. Data kajian ini dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Kaedah analisis kuantitatif digunakan bagi menghuraikan peratus, kekerapan, min, dan sisihan piawai berdasarkan beberapa faktor yang digunakan dalam kajian ini. Manakala analisis secara kualitatif pula digunakan untuk menganalisis dan menghurai dapatan data kuantitatif. Pada keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawasanya masih lagi terdapat pelajar yang kurang faham tentang persoalan tauhid. Sebanyak 49.3% mewakili 34 responden yang tidak faham tentang tuntutan tauhid di dalam Islam. Jumlah ini menunjukkan terdapat banyak aspek-aspek kelemahan di dalam diri remaja masakini. Sementara itu, bagi mereka yang faham dan tahu tentang tauhid Islam juga masih lagi terjerumus di dalam tsunami akhlak dan displin. Ini mungkin sekali berlaku kerana salah satu faktor lemahnya iman di kalangan mereka dalam mengekang keinginan nafsu. Lantaran itu, soalan yang berkaitan praktikal amalan sahsiah muslim di dalam kehidupan mereka menunjukkan purata nilai

Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar Dalam Permasalahan Akhlak Dan Displin

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kefahaman tauhid di kalangan pelajar dalam penyelewengan akhlak dan displin. Pelajar bukan sahaja perlu mengetahui maksud tauhid semata-mata, tetapi aspek yang terpenting adalah faham akan objektifnya dan beramal dengan tauhid itu sendiri lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan ibadah supaya yang terbit daripadanya adalah amalan sahsiah muslim.

Citation preview

Page 1: Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar Dalam Permasalahan Akhlak Dan Displin

KEFAHAMAN TAUHID DI KALANGAN PELAJAR DALAM PERMASALAHAN AKHLAK DAN

DISPLIN: SATU KAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

Lukman Hakimi Bin Ahmad & Nor Azma Binti Manan

Pensyarah Jabatan Pengajian Am

Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kefahaman tauhid di kalangan pelajar

dalam penyelewengan akhlak dan displin. Ia dijalankan terhadap 70 orang responden yang

terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti Temerloh yang sedang mengikuti sijil sepenuh masa

dan sijil modular kebangsaan (SMK). Objektifnya adalah untuk melihat sejauhmanakah

tahap kefahaman pelajar tentang konsep tauhid Islam lantas mengaplikasikannya ke dalam

kehidupan yang berdisplin dan berakhlak. Kajian ini menggunakan kaedah survey iaitu

soalan kaji selidik berbentuk tertutup yang mengandungi 36 soalan bagi menjawab objektif

kajian. Data kajian ini dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Kaedah analisis kuantitatif

digunakan bagi menghuraikan peratus, kekerapan, min, dan sisihan piawai berdasarkan

beberapa faktor yang digunakan dalam kajian ini. Manakala analisis secara kualitatif pula

digunakan untuk menganalisis dan menghurai dapatan data kuantitatif. Pada

keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawasanya masih lagi terdapat pelajar

yang kurang faham tentang persoalan tauhid. Sebanyak 49.3% mewakili 34 responden yang

tidak faham tentang tuntutan tauhid di dalam Islam. Jumlah ini menunjukkan terdapat

banyak aspek-aspek kelemahan di dalam diri remaja masakini. Sementara itu, bagi mereka

yang faham dan tahu tentang tauhid Islam juga masih lagi terjerumus di dalam tsunami

akhlak dan displin. Ini mungkin sekali berlaku kerana salah satu faktor lemahnya iman di

kalangan mereka dalam mengekang keinginan nafsu. Lantaran itu, soalan yang berkaitan

praktikal amalan sahsiah muslim di dalam kehidupan mereka menunjukkan purata nilai

Page 2: Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar Dalam Permasalahan Akhlak Dan Displin

minnya kebanyakkan berada pada tahap yang tidak baik iaitu 2.500 hingga 3.000. Di kajian

ini juga, penulis mencadangkan beberapa langkah yang dirasakan sesuai bagi menangani

masalah ini. Cadangan-cadangan ini ditujukan kepada para pensyarah, institusi pengajian,

pelajar, keluarga pelajar dan juga media massa. Kesimpulan daripada kajian ini, penulis

merasakan bahawa pelajar bukan sahaja perlu mengetahui maksud tauhid semata-mata,

tetapi aspek yang terpenting adalah faham akan objektifnya dan beramal dengan tauhid itu

sendiri lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan ibadah supaya yang terbit daripadanya adalah

amalan sahsiah muslim.

PENGENALAN

Islam diturunkan kepada Nabi

Muhammad SAW dan merupakan satu-

satunya agama yang diredhai oleh Allah

SWT sebagaimana firmanNya di dalam Al-

quran Al-karim :

Maksudnya : ‘ Sesungguhnya agama disisi

Allah adalah Islam”.

Baginda menyeru dan

membentangkan akidah Islam kepada

manusia. Pokok akidah yang utama iaitu

Rukun Iman pertama yang menuntut

kepercayan kepada Allah SWT adalah

merupakan asas kepada ilmu Tauhid.

Tauhid kepada Allah SWT sebenarnya

terbahagi kepada tiga iaitu tauhid

Rubbubiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan juga

Tauhid Asma’ Wal-siffat.

Tauhid Rubbubiyyah adalah

pengakuan bahawa Allah SWT sahajalah

yang mencipta, memiliki, menghidup,

mematikan, memberi manfaat, memberi

mudarat, memperkenankan doa hamba-

hambaNya, berkuasa penuh terhadap

mereka, mengurniakan mereka, menahan

nikmat kepada mereka, dan kepunyaan

Allah urusan segala makhluk. Termasuk

dalam bahagian tauhid ini adalah beriman

kepada qudrat Allah SWT yakni yakin

bahawa tiap-tiap sesuatu yang berlaku

tidak terkeluar daripada qudrat dan

iradah Allah SWT.

Page 3: Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar Dalam Permasalahan Akhlak Dan Displin

Tauhid Uluhiyyah pula adalah

beriktikad bahawa Allah SWT adalah

Tuhan yang sebenar, tiada Tuhan

selainNya dan Dia mestilah diesakan

dalam ibadat. Tauhid ini berasaskan

ikhlas kepada Allah SWT pada zahir dan

batin dalam erti kata lain kegiatan ibadah

tidak dikerjakan untuk yang lain selain

Allah SWT. Kerana itu orang yang

beriman kepada Allah SWT, ia hanya

beribadah kepada Allah SWT, bukan

kepada yang lain. Ia mengikhlaskan cinta,

takut, harapan, doa, tawakkal, taat, patuh

tunduk, segala jenis dan bentuk ibadah

hanya kepada Allah SWT.

Manakala Tauhid Asma’ Wal-siffat

pula adalah beriktikad bahawa Allah SWT

besifat dengan sifat-sifat kesempurnaan,

suci bersih daripada segala sifat

kekurangan dan sifat-sifat Allah SWT

tidak menyerupai sifat-sifat makhluk,

dengan erti kata lain kita isbatkan bagi

Allah nama-nama dan sifat-sifat yang

Allah SWT sendiri menetapkannya di

dalam Al-quran bagi zatNya dan

mengisbatkannya oleh Rasullulllah SAW

di dalam hadis tanpa mengubah makna-

makna dan lafaz-lafaznya.

Disamping persoalan akidah dan

mengajak manusia seluruhnya

mengtauhidkan Allah SWT Yang Esa,

Rasullullah SAW juga menekankan

tentang akhlak. Maka kegiatan Rasullullah

SAW banyak sekali menekankan tentang

usaha-usaha pembentukan peribadi

muslim iaitu membuang sifat-sifat tercela

(mazmumah) lantas menggantikannya

dengan sifat-sifat yang terpuji dan mulia

(mahmudah). Seseorang muslim yang

beriman dengan sebenar-benar iman

akan dapat meningkatkan nilai diri di

mata masyarakat. Begitu juga dengan

umat yang mengikuti ajaran Islam secara

sempurna dan lengkap. Rasululullah SAW

mendidik manusia supaya berakhlak dan

berdisplin kerana ia membawa kemulian

umat.

ISU-ISU AKHLAK DAN DISPLIN

Pelajar merupakan harapan

bangsa untuk memacu negara ke arah

yang lebih gemilang lantas dihormati di

seluruh pelusuk dunia. Pada peringkat

tumbesaran manusia, peringkat

pelajarlah yang paling mencabar. Ini

kerana di usia inilah mereka lebih

cenderung kepada sifat ingin tahu dan

mencuba sesuatu yang baru.

Page 4: Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar Dalam Permasalahan Akhlak Dan Displin

Masalah akhlak dan displin ini

amatlah membimbangkan hari demi hari.

Utusan Malaysia, 28 april 2009, seorang

pelajar yang berusia 17 tahun direman

polis selama dua hari kerana

mencetuskan pergaduhan selepas

menonton perlawanan akhir Piala FA di

Bukit Jalil melibatkan perlawanan antara

pasukan Negeri Kedah dengan Negeri

Kelantan. Pergaduhan ini timbul ekoran

daripada perang mulut yang berlaku di

antara kedua-dua pihak. Harian Metro, 19

Mei 2010, seorang pelajar berusia 15

tahun dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan

teman lelakinya, Muhammad Safiuddin

Mohd. Zahari, 19, dari Taman Melaka

Baru mengaku bersalah secara bersama-

sama menyembunyikan kelahiran

seorang bayi lelaki dan

mengebumikannya di tepi sebatang

sungai dekat Taman Melaka Baru, Batu

Berendam.

Che Ngah Ismail ,Timbalan

Pengarah 1 Jabatan Kebajikan Masyarakat

(JKM) negeri, berkata sebanyak 422 kes

melibatkan pelajar sekolah yang terbabit

dalam pelbagai gejala sosial terutamanya

jenayah.Pelajar hari ini lebih terdedah

kepada persekitaran yang begitu

mencabar dan memberi kesan ke atas

perkembangan fizikal, emosi, psikologi

dan sosio-budaya. Justeru pelbagai isu

gejala sosial banyak sekali membabitkan

mereka termasuk penyalahgunaan dadah,

kes bunuh, samun, rogol, buli dan hamil

tanpa nikah.

Sementara itu, penglibatan

golongan pelajar berusia antara 15 hingga

20 tahun dalam kegiatan jenayah dilihat

semakin membimbangkan apabila indeks

jenayah pembabitan mereka kini

mengalami peningkatan yang drastik.

Berdasarkan kajian Yayasan Pencegahan

Jenayah Malaysia (YPJM), pelajar yang

terlibat dalam jenayah pada usia itu

meningkat sebanyak 1,947 kes atau 38

peratus sepanjang tahun lalu berbanding

1,409 kes yang dicatatkan sepanjang

2009. Lebih membimbangkan, jenayah

melibatkan golongan pelajar juga

meningkat separuh pada tahun 2010 iaitu

43 peratus (3,218 kes) berbanding 2,242

kes pada tahun sebelumnya.

Merujuk kepada titah ucapan Raja

Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang

menyebut perangkaan Jabatan

Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan

2,500 anak luar nikah direkodkan setiap

bulan atau purata 84 kes setiap hari.

Page 5: Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar Dalam Permasalahan Akhlak Dan Displin

Dalam ucapan baginda turut menyebut,

anak luar nikah berketurunan Melayu

meningkat daripada 16,100 pada tahun

2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008

dan 17,303 pada 2009.

Timbalan Menteri di Jabatan

Perdana Menteri, Senator Datuk Dr

Mashitah Ibrahim, berkata secara

puratanya, seorang bayi luar nikah

dilahirkan pada setiap 17 minit di negara

ini. Beliau turut berkata, “Malah sejak

2000 hingga Julai 2008, statistik daripada

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

menunjukkan bilangan bayi yang tidak

dicatatkan nama bapa dalam sijil

kelahiran adalah seramai 257,000 dan

angka berkenaan amat membimbangkan,

sekali gus memerlukan perhatian serius

daripada semua pihak,”.

Kenyataan oleh Ismail Awang

dalam artikelnya “ Gejala Sosial Perlu

Ditangani Secara Konsisten”, menyebut

dari tahun 1983 terdapat 81,000 anak

haram dan jumlah ini meningkat kepada

211,000 pada tahun 1993.

Kita melihat krisis atau kemelut

moral dan displin masyarakat berpunca

daripada pegangan akidah yang rendah

dalam mengtauhidkan Allah SWT.

Manusia keseluruhannya dituntut supaya

memperhambakan diri kepada Allah SWT

dalam segenap segi kehidupan. Manusia

yang patuh kepada Allah SWT sebenarnya

mereka yang beriman kepada Allah SWT.

Jika akidah adalah akar kepada

kepercayaan, semestinya pokoknya pula

adalah keimanan yang terbit daripada

Rukun Iman. Beriman kepada Allah SWT

merupakan Rukun Iman yang pertama.

Rukun yang pertama inilah yang

merupakan asas kepada tauhid Islam.

Cara atau kaedah perlaksanaan

tauhid ini berdasarkan kepada dua

prinsip asas penting yang membentuk

definisi tauhid iaitu pertama dengan

mengesakan Allah SWT dalam erti

kalimah Lailahaillallah (tiada tuhan yang

wajib disembah selain Allah SWT).

Manakala yang kedua pula adalah ibadat

yang dikerjakan mestilah dalam ertikata

mengesakan Allah SWT walau apa jua

jenis ibadat dalam erti kata lain ‘amar

makruf nahi mungkar’ iaitu membuat

perkara yang disuruh dan meninggalkan

apa yang dilarang Allah SWT.

Oleh itu, kita seharusnya sedar akan

kepentingan ilmu tauhid dikalangan

pelajar muda-mudi masakini kerana ianya

Page 6: Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar Dalam Permasalahan Akhlak Dan Displin

mengajak supaya bertuhan Allah SWT

Yang Esa dan bukan nafsu semata-mata.

Pelajar yang mempunyai asas akidah yang

kukuh disamping kefahaman tauhid yang

tinggi pasti akan dapat mendidik diri

mereka ke arah kehidupan yang lebih

berdisplin dan berakhlak sebagaimana

yang dituntut oleh Islam. Mereka yang

berjaya mendidik jiwa dan hati mereka

dengan roh Islam pasti akan menjadi

modal insan yang kompeten dalam

membangunkan negara menuju ke status

negara maju selaras dengan acuan Islam.

Pelajar yang beriman akan sentiasa ikhlas

melakukan sesuatu kerana Allah SWT.

Pelajar yang seperti ini akan membentuk

watak yang telus dan tulus dalam

melakukan apa sahaja dalam hidupnya.

OBJEKTIF KAJIAN

Bagi mencari jawapan untuk

permasalahan ini, objektif kajian perlulah

bertepatan dengan kehendak sebenar

kajian. Oleh itu, objektif utama kajian ini

ialah untuk menilai sejauh manakah

tahap kefahaman tauhid di kalangan

pelajar. Objektif yang kedua pula adalah

mengkaji kaitan antara kefahaman tauhid

pelajar dengan masalah akhlak dan

displin mereka. Manakala objektif yang

terakhir adalah untuk melihat sejauh

mana pelajar mempraktikkan kehidupan

beragama di dalam kehidupan seharian

mereka.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah

survey (soal selidik) yang berbentuk

tertutup (close ended). Soalan ini

ditujukan kepada pelajar-pelajar Kolej

Komuniti Temerloh supaya mereka

memberi jawapan secara jujur terhadap

soalan yang dikemukakan dari pelbagai

aspek yang berkaitan dengan soalan-

soalan kajian. Data yang diperolehi

dianalisis secara kekerapan, peratus, min

dan juga sisihan piawai dengan

menggunakan Statistical Package for the

Sosial Sciences Versi 16 (SPSS)

Populasi kajian

Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

yang sedang mengikuti kursus sepenuh

Page 7: Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar Dalam Permasalahan Akhlak Dan Displin

masa (Sijil Fesyen dan Pakaian, Sijil

Penyenggaraan Bangunan, Sijil Teknologi

Maklumat) dan pelajar Sijil Modular

Kebangssan (SMK) meliputi bidang IT,

fesyen dan penyenggaraan bangunan.

Lokasi Kajian

Kolej Komuniti Temerloh, Kememterian

Pengajian Tinggi Malaysia

Sampel kajian

50 peratus daripada pelajar Kolej

Komuniti Temerloh yang sedang

mengikuti kursus sepenuh masa (Sijil

Fesyen dan Pakaian, Sijil Penyenggaraan

Bangunan, Sijil Teknologi Maklumat) dan

pelajar Sijil Modular Kebangssan (SMK)

meliputi bidang IT, fesyen dan

penyenggaraan bangunan di Kolej

Kumuniti Termerloh

Alat Kajian (instrument)

Soalan soal selidik berbentuk tertutup

(close ended) yang mengandungi 36 item

soalan bagi mendapat maklumat yang

berkaitan bagi menjawab soalan-soalan

kajian. Soalan-soalan soal selidik

mencakupi aspek-aspek :

1. Sejauhmanakah tahap kefahaman

pelajar terhadap konsep tauhid di

dalam Islam

2. Apakah kaitan anatara kefahaman

tauhid pelajar dengan perbuatan

mereka seharian.

3. Adakah pelajar mempraktikkan

kehidupan beragama di dalam

kehidupan.

Kaedah penganalisan data

Secara keseluruhan, data kajian ini

dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif.

Kaedah analisis kuantitatif digunakan

bagi menghuraikan peratus, kekerapan,

min, dan sisihan piawai berdasarkan

beberapa faktor yang digunakan dalam

kajian ini. Manakala analisis secara

kualitatif pula digunakan ntuk

menganalisis dan menghurai dapatan

data kuantitatif.

Page 8: Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar Dalam Permasalahan Akhlak Dan Displin

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini dianalisis

mengikut kehendak dan persoalan kajian.

Setiap data yang diperolehi dianalisis

dengan menggunakan perisian Statistical

Package for the Sosial Sciences Versi 16

(SPSS). Kekerapan, peratus, min dan

sisishan piawai diambil untuk tujuan

analisis ini.

Nota : Skala Likert

1 = sangat setuju

2 = setuju

3 = tidak setuju

4 = sangat tidak setuju

Nota : Nilai min

0.00 hingga 2.00 = Amat Baik

2.00 hingga 2.50 = Baik

2.50 hingga 3.00 = Tidak Baik

3.00 hingga 4.00 = Amat Tidak

Baik

Menilai Sejauh Manakah Tahap Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar

BIL. PERKARA 1 2 3 4 MIN S.PIAWAI

1. Saya faham maksud Tauhid

Uluhiyyah, Rubbubiyyah dan Asma’

wa Siffat .

4.3%

(3)

46.4%

(32)

30.4%

(21)

18.8%

(13)

2.64 0.84

2. Saya beriman kepada Allah SWT

dalam segenap perkara

30.3%

(20)

39.4%

(26)

24.2%

(16)

6.1%

(4)

2.06 0.89

3. Saya tahu bahawa Allah SWT Maha

Melihat, Mendengar dan Mengetahui

apa yang saya buat.

84.1%

(58)

11.6%

(8)

4.3%

(3)

0%

(0)

1.20 0.50

4. Dalam melakukan sesuatu perkara,

matlamat saya adalah untuk

mendapat keredhaan Allah SWT.

57.1%

(40)

31.4%

(22)

8.6%

(6)

2.9%

(2)

1.57 0.77

5. Saya tahu Allah SWT juga bersifat

murka jika saya melanggar

perintahNya

68.6%

(48)

21.4%

(15)

8.6%

(6)

1.4%

(1)

1.43 0.71

6. Saya tahu bahawa tujuan manusia

diciptakan adalah sebagai hamba dan

khalifah dan saya berpegang

dengannya.

61.4%

(43)

30.0%

(21)

8.6%

(6)

0%

(0)

1.47 0.65

Jadual 1

Page 9: Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar Dalam Permasalahan Akhlak Dan Displin

Mengkaji Kaitan Antara Kefahaman Tauhid Pelajar Dengan Masalah Akhlak Dan Displin

BIL. PERKARA 1 2 3 4 MIN S.PIAWAI

1. Saya sentiasa melakukan

sesuatu dengan neraca iman

2.9%

(2)

44.1%

(30)

42.6%

(29)

10.3%

(7)

2.60 0.72

2. Saya menjauhi diri daripada

melakukan perkara yang tidak

berakhlak dan berdisplin

kerana saya tahu Allah SWT

Maha Melihat, Mendengar dan

Mengetahui

24.3%

(17)

41.4%

(29)

25.7%

(18)

8.6%

(6)

2.19 0.91

3. Saya sentiasa melakukan

sesuatu pekerjaan dengan niat

ibadah

17.1%

(12)

58.6%

(41)

20.0%

(14)

4.3%

(3)

2.11 0.73

4. Saya sentiasa meletakkan

kepentingan agama di depan

daripada keinginan nafsu

dalam melakukan kerja

seharian.

18.6%

(13)

48.6%

(34)

31.4%

(22)

1.4%

(1)

2.16 0.73

5. Saya tahu bahawa akhlak yang

baik adalah hasil daripada

keimanan kepada Allah SWT

53.6%

(37)

42.0%

(29)

4.3%

(3)

0%

(0)

1.51 0.58

6. Saya tahu Allah SWT

mengkehendaki hambaNYa

menurut perintah dan

meninggalkan laranganNya dan

saya mentaatinya dalan

kehidupan seharian

27.1%

(19)

45.7%

(32)

27.1%

(19)

0%

(0)

2.06 0.74

7. Saya menjaga hubungan saya

dengan Allah SWT, oleh itu,

saya sentiasa mentaatinya

13.0%

(9)

44.9%

(31)

39.1%

(27)

2.9%

(2)

2.32 0.74

8. Saya tidak melakukan perkara

yang bertentangan dengan

agama kerana saya tahu ianya

berdosa

25.7%

(18)

42.9%

(30)

27.1%

(19)

4.3%

(3)

2.10 0.84

9. Saya sentiasa memikirkan mati,

oleh itu saya takut untuk

melakukan dosa

24.3%

(17)

40.0%

(28)

30.0%

(21)

5.7%

(4)

2.17 0.87

Jadual 2

Page 10: Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar Dalam Permasalahan Akhlak Dan Displin

Melihat sejauh mana pelajar mempraktikkan kehidupan beragama di dalam

kehidupam seharian mereka

BIL. PERKARA 1 2 3 4 MIN S.PIAWAI

1. Saya tidak melibatkan diri

dengan gejala mat rempit dan

melepak

27.1%

(19)

27.1%

(19)

31.4%

(22)

12.9%

(9)

2.43 0.80

2. Saya tidak pernah

meninggalkan solat fardhu

1.4%

(1)

18.8%

(13)

60.9%

(42)

18.8%

(13)

2.97 0.66

3. Saya sentiasa membaca Al-

quran

1.4%

(1)

23.2%

(13)

56.5%

(39)

18.8%

(13)

2.93 0.69

4. Saya tidak pernah datang lewat

ke kelas kecuali dengan alasan

yang munasabah

28.6%

(20)

35.7%

(25)

27.1%

(19)

8.6%

(6)

2.16 0.94

5. Saya tidak pernah menipu 1.4%

(1)

14.5%

(10)

53.6%

(37)

29.0%

(20)

3.71 0.57

6. Saya sentiasa mengeluarkan

perkataan yang baik kepada

kawan saya dan tidak

menggelarkannya dengan

panggilan yang tidak

disukainya

5.7%

(4)

28.6%

(20)

51.4%

(36)

14.3%

(10)

2.74 0.77

7. Saya sentiasa menjaga aurat

saya samada di dalam atau di

luar kolej

24.3%

(17)

35.7%

(25)

31.4%

(22)

8.6%

(6)

2.24 0.92

8. Saya mematuhi peraturan

displin kolej

21.7%

(15)

42.0%

(29)

27.5%

(19)

8.7%

(6)

2.23 0.89

9. Saya tidak pernah bergaduh 11.6%

(8)

26.1%

(18)

36.2%

(25)

26.1%

(18)

2.77 0.97

10. Saya tidak pernah menonton

filem lucah dan hiburan yang

bertentangan dengan agama

15.7%

(11)

24.3%

(17)

44.3%

(31)

15.7%

(11)

2.60 0.94

11. Saya sentiasa batas-batas dan

adab-adab dalam pergaulan

11.4%

(8)

35.7%

(25)

42.9%

(30)

10.0%

(7)

2.51 0.83

Jadual 3

Page 11: Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar Dalam Permasalahan Akhlak Dan Displin

PERBINCANGAN

Jadual 1 : Menilai Sejauh Manakah Tahap

Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar

Jadual 1 menunjukkan tahap

kefahaman pelajar terhadap konsep

tauhid di dalam Islam. Sebanyak 50.7 %

mewakili 35 responden bersetuju bahawa

mereka mengetahui maksud tauhid di

dalam Islam berbanding 49.3% mewakili

34 respondan yang tidak mengetahui

maksud tauhid dan ia berada pada tahap

yang tidak baik iaitu dengan nilai minnya

2.64. Dapatan kajian juga menunjukkan

bahawa sebanyak 69.7% mewakili 46

responden yang beriman kepada Allah

SWT dalam segenap perkara berbanding

30.3% mewakili 20 respondan yang

mengaku tidak beriman kepada Allah

SWT dalam kehidupan mereka. Manakala

ia berada pada tahap yang baik iaitu nilai

minnya adalah 2.06. Selain itu, dapatan

kajian juga menunjukkan bahawa

sebanyak 91.4% mewakili 54 respondan

yang tahu bahwa tujuan manusia

diciptakan adalah sebagai hamba dan

khalifah di muka bumi berbanding hanya

8.6% mewakili 6 respondan sahaja yang

tidak bersetuju dengannya.

Walaubagaimanapun ia berada pada

tahap yang amat baik berdasarkan

kepada nilai minnya adalah 1.47.

Jadual 2 : Mengkaji Kaitan Antara

Kefahaman Tauhid Pelajar Dengan

Masalah Akhlak Dan Displin

Jadual 2 menunjukkan 47%

mewakili 32 respondan yang sentiasa

melakukan sesuatu dengan neraca iman.

Ia amatlah mengecewakan kerana mereka

yang tidak bersetuju mewakili 53% iaitu

seramai 38 orang respondan manakala

nilai minnya berada pada tahap yang

tidak baik iaitu 2.60. Sementara itu, jika

kita perhatikan sebanyak 65.7% mewakili

46 respondan yang beriman dengan sifat-

sifat Allah SWT seperti Maha Melihat,

Maha Mendengar dan Maha Mengetahui

dengan nilai min yang baik iaitu 2.19,

75.7% (53) bersetuju melakukan sesuatu

dengan niat ibadah, 67.2% (47) pula

bersetuju meletakkan iman di depan,

72.8% (51) mengikut perintah dan

meninggalkan larangan Allah SWT, 57.9%

(40) bersetuju menjada hubungan dengan

Allah SWT, 68.6% (48) yang bersetuju

Page 12: Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar Dalam Permasalahan Akhlak Dan Displin

faham tentang konsep dosa dan sebanyak

64.3% (45) respondan yang bersetuju

sentiasa mengingati mati. Kesemuanya

berada pada tahap yang baik kerana nilai

minnya adalah di antara 2.00 hingga 2.50.

Selain itu, data kajian juga menunjukkan

bahwa sebanyak 95.6% (66) bersetuju

bahawa akhlak yang baik adalah hasil

daripada keimanan kepada Allah SWT

yang mana nilai minnya berrada pada

tahap yang amat baik iaitu 1.51.

Jadual 3 : Melihat sejauh mana pelajar

mempraktikkan kehidupan beragama di

dalam kehidupam seharian mereka

Jadual 3 menunjukkan bahawa

54.2% (38) bersetuju tidak melibatkan

diri dengan gejala merempit dan

melepak,64.3% (45) yang bersetuju tidak

pernah datang lewat kecuali dengan

alasan yang munasabah, 60% (42) juga

bersetuju sentiasa menjaga aurat dan

63.7% (44) yang bersetuju sentiasa patuh

dengan peraturan kolej. Sementara itu,

minnya berada pada tahap yang baik iaitu

2.00 hingga 2.50. Selain itu, dapatan

kajian juga menunjukkan bahawa 79.7%

(55) tidak bersetuju bahawa mereka tidak

pernah meninggalkan solat, 75.3% (52)

juga tidak bersetuju sentiasa membaca al-

Quran, 65.7% (46) tidak bersetuju tidak

pernah mengeluarkan kata-kata kesat,

62.3% (43) juga tidak bersetuju bahawa

mereka tidak pernah bergaduh, 60% (44)

yang pernah melihat filem lucah dan

melalaikan dan sebanyak 52.9% (37)

yang tidak menjaga batas-batas pergaulan

anatara bukan muhrim. Sementara itu,

nilai minnya pula berada pada tahap yang

tidak baik iaitu 2.50 hingga 3.00.

Manakala itu, sebanyak 82.6% (57) yang

mengaku pernah menipu. Ini

menunjukkan fenomena yang

membimbangkan kerana nilai minnya

berada pada tahap yang amat tidak baik

iaitu 3.71.

RUMUSAN

Berdasarkan kepada hasil data dan

dapatan dapat disimpulkan bahawa para

pelajar kurang faham tentang konsep

tauhid di dalam Islam. Ini boleh dilihat

kepada skor nilai min yang

kebanyakannya mununjukkan puratanya

2.00 hingga 2.50 yang melambangkan

tahap yang baik. Rata-rata pelajar

bersetuju tentangnya. Islam

Page 13: Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar Dalam Permasalahan Akhlak Dan Displin

mengkehendaki umatnya faham

sepenuhnya tanpa sedikitpun penafian

yang mana ia seharusnya berada pada

tahap yang amat baik. Itu adalah

kewajipan seorang muslim terhadap Allah

SWT.

Sebenarnya mereka masih lagi

tidak beriman secara total kepada Allah

SWT. Hati mereka hanya mengaku

bahawa Allah SWT adalah tuhan sekalian

alam dan memiliki sifat-safat

kesempurnaan tetapi mereka tidak

berupaya menterjemahkannya melalui

amal perbuatan iaitu dengan kata lain

melalui ibadat. Pengukuran tentang

pengabdian mereka kepada Allah SWT

masih lagi berada di tahap yang rendah.

Walaupun mereka sedar akan

tanggungjawab dan tugas seorang hamba

kepada Penciptanya tetapi tingkah laku

dan perbuatan mereka masih lagi jauh

ketinggalan jika hendak dibandingkan

dengan amal ibadat sebenar seorang

hamba yang sejati.

Mereka faham tentang Tauhid

Rubbubiyyah yang mengaku dengan hati

tentang keesaan, pemilikan dan

kekuasaan Allah SWT, mereka juga dilihat

beriman dengan nama-nama dan sifat-

sifat bagi Allah SWT, tetapi mereka gagal

berkelakuan seperti yang dituntut oleh

Tauhid Uluhiyyah yang wajib mengesakan

Allah SWT melalui ibadat dengan

meninggalkan serta melupakannya secara

rakus dan menyimpang. Akhlak dan

displin mereka tidak melambangkan

perbuatan sebenar seorang muslim yang

beriman, patuh serta tunduk kepada Allah

SWT.

Jika kita teliti dengan lebih

mendalam, sebenarnya ukuran yang

didapati daripada hasil kajian bukanlah

kehendak Islam terhadap penganutnya

yang mana ia berada di tahap yang baik

bahkan Islam mengkehendaki umatnya

berada pada tahap yang amat baik. Islam

menyeru umatnya beriman kepada Allah

SWT secara total tanpa ada pemisah

antaranya. Kefahaman inilah yang

sepatutnya dihayati oleh pelajar-pelajar

kita dalam menempuh zaman yang penuh

dengan kemaksiatan dan kejahilan ini.

Kebanyakkan pelajar kita

mengamalkan kehidupan yang terpesong

dan lari daripada landasan sebenar Islam.

Data menunjukkan bahawa masih lagi

terdapat pelajar-pelajar yang terlibat

dengan perkara-perkara yang tidak

berakhlak dan tidak berdisplin seperti

melepak, melibatkan diri dengan gejala

Page 14: Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar Dalam Permasalahan Akhlak Dan Displin

mat rempit, meninggalkan solat fardhu,

tidak membaca Al-Quran, ponteng kuliah

tanpa alasan yang munasabah, suka

menipu, memanggil rakan-rakan dengan

gelaran yang tidak disukai, tidak menutup

aurat, tidak mematuhi peraturan displin

kolej, suka bergaduh, menonton filem

lucah serta hiburan yang tidak

bermanfaat dan tidak menjaga adab dan

batas-batas pergaulan antara lelaki dan

perempuan.

Untuk itu, penekanan konsep

tauhid yang menitikberatkan soal ibadah

perlu ditanam ke dalam kotak pemikiran

pelajar. Mereka perlu diasuh dan diajar

tentang ketaatan dan kepatuhan kepada

Allah SWT. Paling penting, mereka perlu

mengubah tingkah laku yang menjurus

kepada ibadah menyembah Allah SWT.

Dalam konteks ibadah, sesungguhnya

segala tingkah laku yang dilakukan hanya

untuk Allah SWT dan sudah semestinya ia

adalah perkara dan perbuatan yang

bermoral, berakhlak dan berdiplin.

CADANGAN

Penulis ingin mengemukakan

beberapa cadangan untuk membantu

meyelesaikan masalah akhlak dan displin

dikalangan pelajar. Berikut adalah

merupakan antara cadangan-

cadangannya :

1. Ceramah motivasi yang berkaitan

dengan akhlak dan displin

2. Pihak kolej berperanan untuk

mewujudkan biah solehah

(persekitaran yang baik) bagi

membantu mendidik akhlak dan

displin pelajar seperti

mengasingkan tempat duduk

antara lelaki dan perempuan dan

sebagainya.

3. Mengadakan aktiviti keagamaan

secara menyeluruh dan bersepadu

4. Subjek Pendidikan Islam juga

perlu dimasukkan topik-topik

Tauhid Islam sebagai langkah

untuk memantapkan kefahaman

pelajar.

5. Pelajar perlu menanamkan sifat

bertanggungjawab ke atas diri

mereka.

Page 15: Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar Dalam Permasalahan Akhlak Dan Displin

6. Pelajar perlu melibatkan dengan

aktiviti yang dijalankan oleh

pensyarah mahupun kolej seperti

program keagamaan dan juga

khidmat komuniti.

7. Pelajar juga haruslah

mengamalkan hidup beragama

dalam kehidupan dan menjauhi

perkara-perkara yang tidak

berakhlak dan berdisplin. Ibadah

fardhu kepada Allah SWT haruslah

dijaga disamping

memperbanyakkan amalan sunat.

8. Pendekatan keimanan perlu

diterapkan kembali ke dalam diri

pelajar. Rukun Iman dan Rukun

Islam perlu diberi nafas baru

supaya ia terpahat kukuh ke dalam

diri pelajar.

9. Pelajar juga harus diberi

pendekatan tauhid supaya mereka

sentiasa beriman kepada Allah

SWT. Pengabdian diri secara total

bukan sahaja melibatkan kepada

kepercayaan tetapi juga ibadah

yang dilakukan hanya kepada

Allah SWT.

10. Peneguhan ilmu akidah dan tauhid

dari kecil terhadap anak-anak.

Anak-anak yang mendapat tunjuk

ajar dan perhatian daripada

ibubapa boleh menapis unsur-

unsur yang tidak sihat di luar serta

dapat menjauhinya.

11. Pengaruh media cetak dan media

elektronik hendaklah ditapis dan

dikawal dengan ketat. Pihat

berwajib hendaklah memainkan

peranan dalam menapis bahan-

bahan media massa ini supaya

tidak menghidangkan perkara-

perkara yang bertentangan dengan

Islam.

PENUTUP

Dalam kontek pembangunan

masyarakat ke arah kecemerlangan dalam

setiap aspek sebagaimana menjadi hasrat

agama, negara dan bangsa adalah

dirasakan bahawa akhlak dan displin

dikalangan pelajar merupakan suatu

aspek yang penting. Justeru itu akhlak

dan displin perlu diperkukuhkan dan

dipertingkatkan melalui penerapan

tentang kefahaman tauhid secara

menyeluruh meliputi Tuahid Uluhiyyah,

Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Asma’

Wa Siffat dikalangan mereka bagi

memastikan cita-cita dan aspirasi yang

dituju tercapai. Kemerosotan aklahk dan

displin mereka bererti penyelewengan

Page 16: Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar Dalam Permasalahan Akhlak Dan Displin

daripada misi yang ditugaskan kepada

mereka. Langkah-langkah pencegahan

perlu diambil supaya punca masalah

akhlak dan displin dapat dikenalpasti bagi

membolehkan tindakan yang berkesan

untuk diatasi, dirancang dan seterusnya

dilaksanakan. Oleh itu, saya berharap

segala maklumat yang dipaparkan di

dalam kajian ini keseluruhannya

diharapkan dapat membangkitkan

kesedaran dan kepekaan semua pihak,

bahawa membentuk pelajar yang

berakhlak dan berdisplin memerlukan

sokongan dan bantuan daripada semua

supaya kita dapat menghasilkan modal

insan yang bukan sahaja cemerlang

pemikirannya tetapi juga tinggi akhlak

serta displinnya.

RUJUKAN

Abdul Hamid Al-Gahazali (2004).

Perkara-perkara Asas Dalam Agenda

Kebangkitan Ummah : Kajian

Berdasarkan Gagasan Iman Al-Banna.

Solehan Ayub (terj.). Selangor :

Penerbitan Teras Bakti

Abdul Kadir Ibrahim, & Nor Azizah Shamli

(2005). Modul Kolej Komuniti :

Pendidikan Islam. Selangor : Bahagian

Pembangunan Dan Kurikulum, Jabatan

Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti.

Abdul Rahman Abdullah (2002). Sejarah

& Tamadun Islam. Selangor : Pustaka Ilmi

Fadzil Mohd. Noor (1986). Risalah

Tauhid. Shah Alam : Dewan Pustaka Fajar

Fathi Yakan (2004). Strategi Hidup Secara

Islam Mengajak Umat Ke Jalan Allah.

Megat Ahmad Supian (terj.). Selangor :

Crescent News Sdn Bhd.

Hassan Al-Banna (2002). Allah Dalam

Aqidah Islam. Muhammad Baihaqi (terj.).

Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publishers.

Harun Din (1992). Tasawur Islam. Shah

Alam : Pustaka Hizbi

Ibrahim Muhammad (2001). Keindahan

Akidah Islam. Kuala Lumpur : Pustaka

Hizbi

Ismail Ali (1996). Aqidah dan Perjuangan.

Johor Baharu: Perniagaan Jahabersa

Jalaludin Zool (1995). Zaman Remaja :

Meniti Perubahan. Kuala Lumpur : Utusan

Publication

Page 17: Kefahaman Tauhid Di Kalangan Pelajar Dalam Permasalahan Akhlak Dan Displin

Hart, M. H (2003). Tokoh Yang Paling

Berpengaruh Dalam Sejarah. Selangor :

Golden Book Centre Sdn. Bhd.

Mohamed Asin Dolah (1993). Konversi

Agama, Pengertian Dan Bentuknya Dalam

Usuludin Dan Falfasah. Bangi : Universiti

Kebangsaan Malaysia

Sayed Sabiq (2005). Akidah Islam

(Menurut Al-Quran dan Hadis). Kuala

Lumpur: Pustaka Salam

Muhammad Khadari Rofie (2003).

Pendidikan Islam. Pahang : PTC

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Muhammad Naim Yasin, (2001).

Iman:Rukun, Hakikat & Pembatalan.

Abdul Rahman Abdullah (terj.). Kedah:

Pustaka Darussalam Sdn Bhd.

Yusof Al-Qardawi (1987). Pengertian

Tauhid. Abdul Majid Abdullah (terj.).

Kuala Lumpur : Pustaka Salam

Zakaria Stopa (2001). Akidah & Akhlak

Dalam Kehidupan Muslim. Kuala Lumpur

: Utusan Publication.