27
KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU INTAN NORINAWATY BT MOHD NOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI

DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU

INTAN NORINAWATY BT MOHD NOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU

SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya : INTAN NORINAWATY BT MOHD NOR _

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

________________________ ________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PT 7676 BANDAR BARU PROF. MADYA HJ.AZIZ BIN NORDIN BUKIT MENTOK , 24000 KEMAMAN, TERENGGANU Tarikh: _ 9 NOVEMBER 2007_ Tarikh: 9 NOVEMBER 2007

Page 3: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

ii

AKUAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Sains)”.

Tandatangan : ..........................................

Nama Penyelia : PROF. MADYA HJ. AZIZ B. NORDIN

Tarikh : 9 NOVEMBER 2007

Page 4: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

iii

KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI

DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU

INTAN NORINAWATY BT MOHD NOR

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

November 2007

Page 5: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

iv

PENGAKUAN DIRI

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ...........................................

Nama Penulis : INTAN NORINAWATY BT

MOHD NOR

Tarikh : 9 NOVEMBER 2007

Page 6: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

v

DEDIKASI

Yang dihormati, disayangi lagi dikasihi,

Ayahanda

Allahyarham Mohd Zaid Bin Shafee

Moga rohmu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Bonda

Puan Sakinam Bt Choya

Dengan doa dan restumu aku di sini

Memenuhi hajat dan harapanmu

Akan ku kenang segala jasamu

Akan ku abadikan kasih sayangmu

Ahli keluargaku

Eir, Fatin, Faiz, Syafik, Nadia, Zia, Maksu

Yang telah banyak memberi semangat kepadaku

Kalian adalah penerang hidupku

Penawar resahku

Si Comel

Aisyah, Adila, Alif, Aliya

Gelak tangis kalian mewarnai dunia ini

Buat Sahabatku

Noza, Ami, Ita

Kalian adalah semangatku

Pembakar ilhamku

Terima kasih atas segalanya

Page 7: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

vi

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah dengan syukur kehadrat Illahi dan dengan limpah kurnia-Nya,

maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat saya untuk mendapatkan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).

Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah diri dan tulus

ikhlas merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia projek saya, Prof. Madya Aziz

Bin Nordin atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang diberikan

sepanjang penyelidikan bagi projek sarjana muda ini.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada penyelia PSM 1, En. Johari Bin Surif

kerana telah banyak memberi dorongan serta membimbing saya.

Kepada keluarga tercinta yang sentiasa memeberikan sokongan dalam meniti

perjuangan menuntut ilmu ini. Iringan doa agar keutuhan keluarga akan kekal le akhir

hayat dipanjatkan kepada Allah SWT.

Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta semua

pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan

penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya panjatkan doa agar diberi pembalasan yang

setimpal dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan

tetap dikenang hingga akhir hayat.

Page 8: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

vii

ABSTRAK

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman pelajar dalam

menerangkan konsep asas sains mengenai konsep cahaya. Seramai 345 orang pelajar

Tingkatan Dua yang mengambil matapelajaran sains dari tujuh buah sekolah menengah di

Daerah Kemaman, Terengganu terlibat sebagai sampel kajian. Set borang soal-selidik

yang mengandungi 12 soalan berstruktur mengenai konsep cahaya telah diedarkan kepada

pelajar-pelajar tersebut. Data-data kajian yang dikumpul, dianalisis dalam bentuk statistik

mudah untuk menentukan nilai frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa keseluruhan kefahaman pelajar mengenai konsep cahaya adalah pada tahap yang

sederhana. Beberapa cadangan telah dikemukakan dalam merancang sesuatu strategi

pengajaran bagi membantu meningkatkan kefahaman konsep asas sains pelajar mengenai

konsep cahaya.

Page 9: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

viii

ABSTRACT

The purpose of this survey research is to identify the student’s understanding of

basic concept of science about light. The sample of this research consisted of 345 Form

Two students who take science subject in seven secondary schools in Kemaman,

Terengganu. A set of questionnaire which consists 12 structured questions on the concept

of light were distributed to the students. The data collected were analyzed using simple

statistics to determine the frequencies and percentages. Finding of the research shows that

student’s understanding of the concepts studied is at the moderate level. Several proposals

were proposed for the betterment in teaching science strategies to improve the student’s

understanding in the basic concept of science about light.

Page 10: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS i

AKUAN PENYELIA ii

TAJUK TESIS iii

PENGAKUAN DIRI iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

Page 11: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

x

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.6.1 Kementerian Pelajaran 10

1.6.2 Sekolah 11

1.6.3 Guru 11

1.6.4 Pelajar 11

1.7 Batasan Kajian 12

1.8 Definisi Terminologi 12

1.8.1 Konsep 12

1.8.2 Cahaya 12

1.8.3 Kefahaman 13

1.8.4 Pelajar 13

1.8.5 Kerangka Alternatif 13

1.8.6 Sains 13

1.9 Kesimpulan 14

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Pemahaman Konsep Sains 15

2.3 Kerangka Alternatif 17

2.4 Konsep Cahaya 18

2.5 Penutup 19

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 20

3.2 Reka bentuk Kajian 20

Page 12: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

xi

3.3 Lokasi Kajian 21

3.4 Populasi dan Persampelan Kajian 21

3.5 Instrumen Kajian 22

3.6 Prosedur Kajian 23

3.6.1 Peringkat pertama 23

3.6.2 Peringkat Kedua 24

3.6.3 Peringkat Ketiga 24

3.7 Kajian Rintis 24

3.8 Analisis Data 25

3.9 Penutup 26

4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 27

4.2 Kekerapan dan Peratusan Jantina Responden 27

4.3 Analisis Data 28

4.3.1 Persoalan 1 : Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep 28

Pembentukan Bayang-bayang

4.3.1.1 Hasil Analisis Item 1: Pembentukan Bayang-bayang 28

4.3.1.2 Hasil Analisis Item 2 : Bagaimana Bayang-bayang 30

Terbentuk

4.3.1.3 Hasil Analisis Item 3 : Bagaimana Bentuk Bayang-bayang 31

Boleh Berubah

4.3.1.4 Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Pembentukan 32

Bayang-bayang

4.3.2 Persoalan 2: Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep 33

Penyebaran Cahaya

4.3.2.1 Hasil Analisis Item 4 : Maksud Penyebaran Cahaya 34

4.3.2.2 Hasil Analisis Item 5 : Pembentukan Pelangi 35

4.3.2.3 Hasil Analisis Item 6 : Faktor Pembentukan Pelangi 36

Page 13: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

xii

4.3.2.4 Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Penyebaran Cahaya 37

4.3.3 Persoalan 3 : Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep 39

Pembiasan Cahaya

4.3.3.1 Hasil Analisis Item 7 : Ciri Imej Ikan Yang Dilihat 39

4.3.3.2 Hasil Analisis Item 8: Inferens Imej Ikan Yang Dilihat 40

4.3.3.3 Hasil Analisis Item 9 : Fenomena Pembiasan 41

4.3.3.4 Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Pembiasan Cahaya 42

4.3.4 Persoalan 4 : Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep 43

Pantulan Cahaya

4.3.4.1 Hasil Analisis Item 10 : Fenomena Pantulan 44

4.3.4.2 Hasil Analisis Item 11 : Pembentukan Imej Pada Cermin 45

Satah

4.3.4.3 Hasil Analisis Item 12 : Perubahan Yang Berlaku Pada 46

Lapisan Logam Berkilat

4.3.4.4 Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Pantulan Cahaya 47

4.3.4.5 Kefahaman Dan Kerangka Alternatif Pelajar Mengenai 48

Konsep Cahaya

4.4 Penutup 49

5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 50

5.2 Rumusan 51

5.3 Implikasi Kajian 52

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 52

5.5 Penutup 53

RUJUKAN 54

LAMPIRAN

Page 14: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Ringkasan Populasi Sampel Kajian 22

3.2 Pecahan Item Bagi Setiap Persoalan Kajian 23

3.3 Penentuan Tahap Kefahaman Pelajar 26

4.1 Kekerapan Dan Peratusan Jantina Responden 28

4.2 Pembentukan Bayang-bayang ( Item 1) 29

4.3 Bagaimana Bayang-bayang Terbentuk ( Item 2) 30

4.4 Bagaimana Bentuk Bayang-bayang Boleh Berubah ( Item 3) 31

4.5 Analisis Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Pembentukan 32

Bayang-bayang

4.6 Maksud Penyebaran Cahaya ( Item 4) 34

4.7 Pembentukan Pelangi ( Item 5) 35

4.8 Faktor Pembentukan Pelangi ( Item 6) 36

4.9 Analisis Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Penyebaran 37

Cahaya

4.10 Ciri Imej Ikan Yang Dilihat ( Item 7) 39

4.11 Inferens Imej Ikan Yang Dilihat (Item 8) 40

4.12 Fenomena Pembiasan ( Item 9) 41

4.13 Analisis Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Pembiasan 42

Cahaya

4.14 Fenomena Pantulan ( Item 10) 44

4.15 Pembentukan Imej Pada Cermin Satah ( Item 11) 45

Page 15: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

xiv

4.16 Perubahan Yang Berlaku Pada Lapisan Logam Berkilat ( Item 12) 46

4.17 Analisis Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Pantulan Cahaya 47

4.18 Analisis Rumusan Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Cahaya 49

Page 16: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

xv

SENARAI SINGKATAN

% - Peratus

Bil. - Bilangan

EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

N - Kekerapan

f - Frekuensi

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Penentuan Saiz Sampel Bagi Populasi

B Borang Soal Selidik Pelajar

C Skema Jawapan Soal Selidik Pelajar

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada EPRD

E Surat Perakuan Fakulti, UTM

F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Jabatan

Pelajaran Terengganu

G Surat Pengesahan Instrumen Kajian

Page 18: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan suatu bidang yang meliputi segala proses pengumpulan dan

pemindahan ilmu pengetahuan serta kemahiran. Sektor pendidikan telah mengalami

pelbagai perubahan dan kemajuan yang bertujuan untuk memantapkan lagi sistem

pendidikan yang sedia ada ke arah memperkembangkan potensi pelajar dari segi jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sahsiah ( JERIS ) secara seimbang dan menyeluruh. Ia juga

berperanan untuk membina sifat-sifat yang membawa ke arah perpaduan negara serta

menghasilkan modal insan yang mahir dan terlatih untuk pembangunan ketamadunan

Negara (Abu Hassan Kassim, 2003).

Justeru itu, salah satu matlamat penting pendidikan di Malaysia adalah

membangunkan sumber manusia bagi menyediakan tenaga kerja yang berketerampilan

dan intelektual serta berupaya menghadapi cabaran masa depan yang memerlukan

pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi. Cabaran untuk melahirkan masyarakat

yang berfikiran saintifik dan progresif berkait rapat dengan pembinaan potensi pelajar dari

peringkat awal persekolahan lagi. Bagi mewujudkan masyarakat saintifik, pengajaran dan

pembelajaran sains amatlah penting kerana ia membentuk pengetahuan, kemahiran dan

kefahaman pelajar bagi memahami fenomena alam secara saintifik. Sains merupakan satu

bidang ilmu yang menyalurkan konsep yang dapat membantu kanak-kanak memahami

fenomena alam di sekeliling mereka. Sains mempunyai peranan utama dalam

mempertingkatkan keintelektualan, teknologi dan membangunkan sesebuah masyarakat

Page 19: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

2

dan negara. Masalah pembelajaran sains dan kesukaran yang dialami pelajar dalam

mempelajari sains khususnya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dan membina

pengkonsepan yang tepat seringkali membantutkan motivasi pelajar untuk mempelajari

konsep sains (Luke dan Hardy, 1999; Georghiades, 2000; Johari dan Mohammad Yusof,

2004). Bagi melahirkan generasi yang berwawasan dan berpengetahuan tinggi

terutamanya dalam bidang sains, maka faktor kefahaman pelajar dalam pelajaran sains

yang mantap amat diperlukan. Peranan guru dalam melaksanakan kefahaman tentang

sesuatu konsep dalam pelajaran sains juga adalah sangat penting dan tidak boleh dinafikan

lagi. Guru dapat membantu mereka mengembangkan fakta dan konsep dan mengaitkan

pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada dengan harapan ilmu itu dapat membantu

mereka menyelesaikan masalah yang berkaitan. Namun yang demikian, apabila sesuatu

konsep baru diperkenalkan, ia seringkali menimbulkan masalah kerana terdapat pelbagai

halangan (Brown, 1992).

Terdapat banyak halangan untuk membolehkan proses pengajaran dan

pembelajaran sains dilaksanakan dengan berkesan. Antara halangan yang dapat

dikenalpasti ialah minat pelajar terhadap matapelajaran sains semakin berkurang kerana

mereka beranggapan sains merupakan matapelajaran yang sukar dipelajari dan difahami.

Banyak pendekatan kaedah pengajaran dan pembelajaran digunakan dalam bilik darjah

dengan harapan dapat meningkatkan kefahaman dan pencapaian pelajar dalam sains.

Namun begitu, halangan utama yang dapat dikenalpasti terhadap pelaksaaan proses

pengajaran dan pembelajaran sains adalah disebabkan oleh pelajar kurang menguasai

konsep-konsep asas sains. Ini berpunca daripada pembinaan idea pelajar yang tidak

selaras dengan konsep saintifik. Kajian Osborne dan Wittrock (1983) menyatakan bahawa

pelajar cenderung untuk membina konsep sains tersendiri berdasarkan kepada persepsi

dan pengalaman mereka sebelum memasuki alam persekolahan.

Misalnya pelajar hendak diperkenalkan dengan konsep haba peneutralan.

Penerimaan terhadap konsep ini menjadi sukar kerana kewujudan kerangka alternatif

mengenai konsep haba itu sendiri masih kabur dikalangan pelajar. Menurut Helm dan

Novak (1983); Driver (1989), kebanyakan kerangka alternatif yang dibina oleh pelajar

adalah tekal, tetap dan sukar untuk diperbetulkan dalam pemikiran mereka. Selain

daripada itu, pelajar juga sering mengaitkan pengalaman harian mereka dan mengikut

logik akal untuk memahami sesuatu konsep. Sebagai contoh, pelajar sering membuat

kesimpulan bahawa semua benda berat akan jatuh ke bawah dan tenggelam apabila

Page 20: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

3

dimasukkan ke dalam air. Kebanyakkan pelajar beranggapan bahawa konsep tersebut

betul bagi dirinya. Walau bagaimanapun, kefahaman mereka mengenai konsep dan prinsip

sains akan menimbulkan konflik sama ada wajar atau tidak mereka membuang konsep itu

dan menggantikan dengan konsep yang baru dipelajari di dalam kelas. Seorang guru akan

dianggap berjaya dalam pengajarannya jika dapat menanamkan konsep sains yang sebenar

dengan menyingkirkan kepercayaan dan idea pelajar yang tidak selari dengan idea saintis.

Selain itu, kebolehan untuk mengaplikasikan sains dalam kehidupan seharian

mestilah memerlukan kefahaman dalam menghubungkaitkan konsep-konsep asas sains.

Kebolehan pelajar menghubungkaitkan salah satu konsep dengan konsep yang lain dapat

membantu pelajar memahami satu-satu konsep yang sukar untuk dipelajari. Menurut

Subahan (1986), kebolehan mengingat, memahami dan menghubungkaitkan konsep-

konsep sains dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mempelajari mata pelajaran

sains.

Kajian ini akan mengenalpasti kefahaman pelajar terutamanya kewujudan

kerangka alternatif terhadap konsep sains. Topik cahaya telah dipilih dalam kajian untuk

dikaji dan digunakan bagi mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam memahami

konsep-konsep asas sains.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam pembelajaran sains, pemahaman terhadap konsep merupakan satu aspek

yang paling penting. Tanpa mengetahui konsep tersebut, semua pembelajaran akan

menjadi pembelajaran hafalan dan bukan lagi pembelajaran bermakna. Ramai pelajar

didapati tidak memahami konsep asas sains kerana mereka selalunya menghafal sesuatu

konsep dengan tidak memahami dengan apa yang mereka katakan. Mereka menghafal

makna konsep atau takfrifan dari buku teks secara bulat-bulat dan tidak dapat

menggunakan perkataan sendiri untuk menjelaskan sesuatu konsep ( Alias,1998 ). Sains

merupakan satu cabang ilmu yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Kebanyakan

bidang seperti kejuruteraan, sains bahan, teknologi maklumat dan sebagainya

menggunakan ilmu sains sebagai nadi penggeraknya. Pada peringkat menengah atas,

Page 21: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

4

pelajar-pelajar akan diperkenalkan kepada beberapa konsep asas seperti pengenalan

kepada daya dan gerakan, sifat jirim, haba dan tenaga dan cahaya dan penglihatan (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2003).

Sejak tiga dekad yang lalu, kerangka alternatif ( alternative framework ) pelajar-

pelajar terhadap konsep asas sains telah menarik minat ramai penyelidik. Terdapat

pelbagai istilah yang diberikan kepada salah tanggapan seperti kerangka alternatif, idea,

prakonsepsi, kepercayaan, intuisi, intuitif, teori mini, sains kanak-kanak, konsep alternatif

dan sebagainya (Abimbola, 1996; Mohammad Yusof et al 2002) . Namun begitu,

kerangka alternatif akan digunakan di dalam kajian ini. Kerangka alternatif merujuk

kepada persepsi pelajar-pelajar untuk fenomena sains yang telah mereka perolehi sebelum

menerima pengajaran formal dalam bidang sains di sekolah (Siow, 1993; Hanafi 2004).

Contohnya mereka beranggapan bahawa bintang hanya ada pada waktu malam dan

matahari muncul waktu siang. Ini telah membentuk satu konsep dalam minda mereka di

mana matahari mengelilingi bumi. Konsep ini akan dibawa masuk ke alam persekolahan

dan menjadi kerangka alternatif di kalangan pelajar apabila guru mengajar bahawa bumi

bergerak mengelilingi matahari. Apabila konsep yang disampaikan kepada pelajar

bercanggah dengan idea yang sedia terbentuk melalui pengalaman seharian mereka,

konsep tersebut menjadi sukar difahami dan ini akan menjejaskan minat, motivasi dan

menjadikan mereka bosan dan tidak memperolehi keputusan yang cemerlang (Sharifah

Fetom, 1997 ).

Menurut Phang (2002), pelajar selalu menggunakan prosedur pengiraan dalam

menyelesaikan yang melibatkan nombor tetapi sebenarnya mereka tidak memahami

konsep saintifik dengan sepenuhnya. Nakhleh (1994), telah melaksanakan kajian di

kalangan 60 orang pelajar dalam kursus Pengenalan Kimia mereka dengan

mengemukakan satu set ujian yang menggabungkan masalah pengiraan. Kajian tersebut

mendapati bahawa hanya 49 peratus pelajar mempunyai keupayaan yang tinggi dalam

pengiraan dan dapat menjawab soalan tersebut dengan betul. Ini menunjukkan bahawa

konsep asas perlu difahami dengan jelas dan disimpan dengan kukuh di dalam struktur

kognitif pelajar. Dalam banyak kes, pelajar dapat membina sebahagian idea yang betul

dan boleh digunakan sebagai asas dalam pembelajaran yang akan datang. Walau

bagaimanapun, masih ramai pelajar yang tidak mempunyai pemahaman yang betul

terhadap konsep asas daripada permulaan pelajaran mereka dan seterusnya kesalahan ini

akan mengganggu pembelajaran selanjutnya.

Page 22: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

5

Kerangka alternatif sering timbul di kalangan kanak-kanak kerana idea yang

diperolehi oleh mereka tentang alam semulajadi yang berdasarkan pengalaman seharian

mereka kedangkala tidak selaras dengan idea ahli-ahli sains. Menurut Phang (2002),

terdapat lima jenis kerangka alternatif iaitu :

a) Fahaman konsep yang terbentuk sebelumnya ( Preconceived

notions)

Ia adalah satu kerangka alternatif yang biasa terbentuk di dalam

pengalaman harian. Sebagai contoh, ramai orang percaya bahawa air yang

mengalir di bawah tanah mesti mengalir di sungai. Ini kerana air yang mereka

nampak di permukaan bumi akan mengalir ke sungai. Kerangka alternatif yang

terbentuk ini telah menganggu pandangan pelajar terhadap haba, tenaga dan graviti

( Brown dan Clement, 1991 ;Phang 2002 )

b) Kepercayaan yang tidak saintifik ( Nonscientific belief)

Jenis kerangka alternatif ini melibatkan pandangan yang dipelajari oleh

pelajar daripada sumber selain daripada pendidikan saintifik, misalnya agama atau

pengajaran mitos. Sebagai contoh, sesetengah pelajar belajar melalui pengajaran

agama tentang sejarah bumi dan pembentukan hidupan. Ketidaksamaan di antara

kepercayaan agama dengan bukti saintifik ini telah menyebabkan kontras di dalam

pengajaran sains.

c) Kesalahfahaman konsep ( Conceptual misunderstanding)

Kesalahfahaman konsep ini timbul apabila pelajar diajar tentang maklumat

saintifik dengan cara yang tidak merangsang mereka untuk berdepan dengan

paradoks. Ini akan menyebabkan konflik berlaku hasil daripada kerangka alternatif

dan ketidakpercayaan saintifik mereka sendiri. Contoh halangan konflik ini ialah

pelajar akan membentuk model yang salah dan akan menyebabkan mereka sukar

untuk memahami sesuatu konsep dengan kukuh.

Page 23: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

6

d) Salah tanggapan bahasa vernacular (Vernacular misconception)

Kerangka alternatif ini timbul daripada penggunaan sesuatu perkataan yang

bermaksud sesuatu benda dalam kehidupan harian itu sama tetapi dalam konteks

saintifik ia berbeza. Contohnya perkataan “ kerja” dalam kehidupan seharian

adalah sesuatu yang dilakukan oleh seseorang tetapi dalam konteks saintifik, ia

membawa maksud daya yang dikenakan ke atas sesuatu sistem di darab dengan

jarak yang dilalui atau disesarkan oleh sesuatu sistem.

e) Salah tanggapan fakta ( Factual misconception)

Ia adalah satu gambaran yang salah yang dipelajari oleh seseorang semasa

di peringkat awal dan ia adalah kekal dan tidak berubah sehingga ke peringkat

dewasa. Sebagai contoh, satu idea tentang kilat tidak akan berlaku dua kali pada

satu kawasan yang sama adalah merupakan sesuatu yang karut, tetapi tanggapan

ini kemungkinan akan di simpan di dalam sistem kepercayaan seseorang.

Beberapa penulisan yang berkaitan telah mencadangkan faktor-faktor yang

menyebabkan kerangka alternatif. Ini termasuk pengajaran guru, penggunaan bahasa dan

pengalaman harian (Johnstone dan Mughol, 1976). Helm (1980) menyatakan bahawa

faktor guru sebagai penyebab utama kerangka alternatif terjadi di samping kandungan

buku teks dan kertas peperiksaan sebagai penyumbang yang memberi kesan yang sama. Ia

juga disebabkan oleh perkembangan intelek pelajar-pelajar tidak sepadan dengan isi

kandungan pelajaran. Perbezaan pandangan antara pelajar-pelajar dengan ahli sains

mengenai sesuatu fenomena alam telah menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan

dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains. Osborne et.al (1983) telah meringkaskan

faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan pandangan antara pelajar-pelajar dengan ahli

sains. Ia disebabkan oleh:

(a) Pandangan berpusatkan diri dan berpusatkan insan. Pelajar-pelajar

menganggapkan benda atau situasi sebagai pengalaman manusia dan nilai-nilai

yang bersabit. Persepsi berpusatkan insan agak berbeza sedikit daripada

pandangan sains yang dianggapkan lebih bersifat analitis dan jarang dipengaruhi

oleh sebarang perasaan. Contohnya, bahan yang lebih berat akan jatuh lebih cepat

berbanding bahan yang ringan.

Page 24: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

7

(b) Menyifatkan sesuatu benda dengan ciri manusia atau haiwan. Pelajar

menyifatkan sesuatu benda itu sebagai objek yang mempunyai perasaan, daya atau

tujuan. Contohnya, ‘sejuk’ akan keluar daripada sesuatu bekas di bawah pengaruh

sesuatu daya.

(c) Menyifatkan sesuatu objek dengan kuantiti fizikal yang tertentu. Pelajar

akan memberikan satu objek itu dengan kuantiti fizikal dan kuantiti fizikal ini akan

dirujuk kepada realiti fizikal. Contohnya, haba (satu kuantiti fizik) menyebabkan

buih udara terbentuk dan menaik daripada elemen pemanas dalam sebuah cerek.

(d) Benda yang tidak terlihat maka ia tidak wujud. Pelajar tidak

menganggapkan sesuatu kuantiti fizikal wujud dalam sesuatu keadaan kalau kesan

kuantiti tersebut tidak boleh dilihat. Contohnya, apabila tidak lagi terlihat apa-apa

selepas cecair (air) bertukar kepada gas (stim), pelajar-pelajar selalunya jelaskan

bahawa gas (wap air) yang terhasil mengandungi bahan yang tidak kelihatan juga

seperti hidrogen dan oksigen.

(e) Bahasa harian. Pelajar-pelajar mempunyai serta membentuk makna

tersendiri tentang sesuatu perkataan dengan menggunakan pentafsiran harian

sebelum sebarang pengajaran dan pembelajaran sains. Malangnya, pentafsiran

tersebut selalunya tidak tepat malah jauh daripada apa yang diharapkan.

Contohnya, perkataan ‘zarah’ dalam sains selalunya dirujuk kepada satu atom,

molekul atau ion, tetapi dalam sebutan biasa, ia merujuk kepada bukan sahaja

sebagai bahan yang seni tetapi juga sebagai bahan yang tidak nampak.

Menurut Phang (2002), terdapat dua langkah dalam mengatasi kerangka alternatif :

a) Mengenalpasti kerangka alternatif pelajar

Sebelum sesuatu kerangka alternatif dapat di atasi, guru perlu

mengenalpasti apakah kerangka alternatif pelajar. Kerangka alternatif pelajar

muncul apabila mereka tidak memahami sesuatu kaedah saintifik dengan baik

dalam organisasi pengetahuan saintifik mereka. Sebagai contoh, pelajar-pelajar

dalam kelas sains akan sering menunjukkan kekecewaan apabila eksperimen gagal

dijalankan. Mereka tidak memahami dengan sepenuhnya tujuan eksperimen

Page 25: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

8

adalah untuk mencuba sesuatu idea dan hipotesis, tetapi bukan untuk mendapatkan

keputusan yang di jangkakan. Hake (1992);Phang (2002) menggunakan latihan

pengenalan makmal untuk membantu pelajar dengan menguji mereka tentang

konsep asas dalam pemahaman pergerakan. Tugasan yang berbentuk esei yang

meminta pelajar menjelaskan alasan yang berguna diberikan kepada pelajar adalah

bertujuan untuk mengesan salah tanggapan pelajar. Esei dan perbincangan ini

tidak harus diberi gred tetapi boleh digunakan sebagai proses pembelajaran untuk

mencari atau mendapatkan apa dan bagaimana seseorang pelajar berfikir.

b) Membantu pelajar berhadapan dengan kerangka alternatif mereka

Langkah ini adalah sangat berguna untuk membuat pertimbangan dan

befikir tentang kemungkinan salah tanggapan pelajar sebelum guru mengajar

dalam sesuatu kelas atau maklumat baru diperkenalkan. Guru boleh menggunakan

soalan dan perbincangan untuk menyiasat salah tanggapan tambahan pelajar.

Pelajar akan mengejutkan guru dengan pelbagai kerangka altertnatif. Maka guru

perlu berhati-hati semasa mendengar jawapan dan penjelasan pelajar.

Keseluruhannya menjelaskan kewujudan pelbagai kerangka alternatif di kalangan

pelajar dalam pelbagai topik di dalam mata pelajaran sains. Akibatnya ia telah menghalang

proses pengajaran dan pembelajaran sains. Dalam bahagian ini, topik cahaya yang

merupakan antara topik yang penting di dalam matapelajaran sains telah diberikan

tumpuan. Topik ini juga dikenalpasti mempunyai pelbagai kerangka alternatif di kalangan

pelajar untuk memahami pelbagai konsep cahaya yang memerlukan pemikiran tahap

abstrak. Menyedari pemasalahan yang timbul ini, maka satu kajian mengenai tahap

kefahaman pelajar dalam tajuk cahaya dijalankan dan mencadangkan penyelesaian

masalah untuk mengatasi masalah kefahaman ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Kelemahan pelajar-pelajar dalam mata pelajaran sains bukanlah satu masalah baru

dalam dunia pendidikan. Kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains

Page 26: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

9

sering dikaitkan dengan kegagalan pelajar memberi gambaran awal tentang idea sains dan

secara tidak langsung mempengaruhi kefahaman konsep asas sains para pelajar. Kerangka

alternatif tentang sesuatu konsep sains sukar dikenalpasti dan boleh mempengaruhi fikiran

pelajar ( Rowell et al, 1991). Masalah ini akan dibawa bersama seiring dengan

perkembangan konsep ilmu yang baru dipelajari. Dalam kehidupan seharian, pelajar-

pelajar sentiasa terdedah dengan konsep cahaya. Kebanyakan daripada mereka memberi

tafsiran yang berbeza-beza bagi menerangkan sesuatu konsep cahaya. Misalnya pelajar

tidak dapat menerangkan dengan tepat konsep sumber cahaya, pantulan, pembentukan

bayang-bayang dan pembiasan cahaya. Ramai penyelidik di luar negara sebelum ini

seperti Anderson (1984) dan Driver (1989) telah menjalankan kajian mengenai konsep

cahaya. Mereka berpendapat kerangka alternatif merupakan halangan kepada kefahaman

konsep dalam pembelajaran kerana ia tidak selaras dengan kefahaman saintis. Di

Malaysia, kajian ini belum lagi dijalankan secara meluas. Oleh itu, penyelidik

berpendapat bahawa perlu diadakan kajian mengenai kefahaman konsep cahaya untuk

membantu pelajar memahami fenomena yang dinyatakan dengan jelas seterusnya bagi

membantu para pendidik mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

i. Mengenalpasti kefahaman pelajar mengenai konsep pembentukan bayang-

bayang.

ii. Mengenalpasti kefahaman pelajar mengenai konsep penyebaran cahaya.

iii. Mengenalpasti kefahaman pelajar mengenai konsep pembiasan cahaya.

iv. Mengenalpasti kefahaman pelajar mengenai konsep pantulan cahaya.

Page 27: KEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI ... · PDF fileKEFAHAMAN KONSEP CAHAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU ... saya dengan rasa rendah

10

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk mencari jawapan terhadap beberapa persoalan.

Antara persoalan-persoalan yang hendak diselidiki adalah seperti berikut :

i. Apakah kefahaman pelajar mengenai konsep pembentukan bayang-bayang?

ii. Apakah kefahaman pelajar mengenai konsep penyebaran cahaya?

iii. Apakah kefahaman pelajar mengenai konsep pembiasan cahaya ?

iv. Apakah kefahaman pelajar mengenai konsep pantulan cahaya ?

1.6 Kepentingan Kajian

Pemahaman tentang hubungkait antara konsep yang dipelajari secara konseptual

adalah amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

(Fauziah,1999). Sehubungan dengan itu, sesuatu mata pelajaran menjadi mudah sekiranya

pelajar-pelajar dapat memahami konsep yang ingin diterapkan. Menyedari hakikat

bahawa terdapatnya permasalahan pemahaman konsep dalam tajuk cahaya di kalangan

pelajar, maka kajian ini adalah sangat penting bagi mengenalpasti permasalahan tersebut

dengan lebih terperinci. Melalui kajian ini diharapkan pihak kementerian pelajaran,

sekolah, guru dan pelajar dapat memperoleh faedah dan manfaat.

1.6.1 Kementerian Pelajaran

Selain daripada itu, kajian ini juga di harapkan dapat memberi banyak manfaat

kepada Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai panduan dalam merangka kurikulum

sains yang lebih proaktif serta interaktif di masa akan datang dengan harapan masalah

salah tanggapan di kalangan pelajar dapat dihapuskan. Dapatan kajian ini juga diharapkan

dapat menjadi panduan bagi kajian yang lebih sempurna dan mantap oleh pengkaji yang

akan datang.