Upload
hafiy-hazim
View
84
Download
17
Embed Size (px)
DESCRIPTION
CTU 151- UiTM Bukit Besi
KEDUDUKAN KANAK-KANAK SERTA
HAK-HAK MEREKA MENURUT ISLAM
CTU 151
NAMA NO IDMUHAMMAD AZMER AIZAT BIN MOHD FADZIL 2014719300
MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD YUSOF 2014587645
AHMAD RASHDAN BIN BAHARUDIN 2014945481
MUHAMMAD HAFIY HAZIM BIN RUSLAN 2014391199
AZUWAN BIN MOHAMAD 2014126627
PREPARED FOR: USTAZ SHUHAIMI
DATE OF SUBMIT: 30/08/2015
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN 3
PENDAHULUAN 4
KEDUDUKAN KANAK-KANAK MENURUT ISLAM 5
KEDUDUKAN KANAK-KANAK SEWAKTU SOLAT BERJAMAAH 5
KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG MATI SEBELUM BALIGH 7
KEDUDUKAN KANAK-KANAK TAK SAH TARAF DALAM ISLAM 8
HAK KANAK-KANAK DALAM ISLAM 9
HAK KANAK-KANAK SEBELUM DILAHIRKAN 10
HAK KANAK-KANAK SELEPAS DILAHIRKAN 11
HAK MENDAPATKAN PENDIDIKAN DAN ILMU PENGETAHUAN 13
KESIMPULAN 15
RUJUKAN 17
2 | P a g e
PENGHARGAANAlhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan kerja kursus ini dengan
jayanya.
Pertama, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Shuhaimi yang telah
banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kami dalam menyempurnakan kerja ini.
Seterusnya, terima kasih juga kepada rakan-rakan terutamanya ahli kumpulan kami sendiri
yang telah bertungkus lumus mencari maklumat mengenai topik kerja kursus kami ini.
Selain itu, kami juga menghargai sumbangan penulis artikel di blog-blog yang kami rujuki
untuk memperolehi maklumat tambahan mengenai topik ini.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung
atau sebaliknya dalam proses menyiapjan kerja kursus ini. Terima kasih.
3 | P a g e
PENDAHULUANIslam sangat memandang berat soal pendidikan kanak-kanak dan memberi hak-hak yang
sepatutnya kepada mereka. Islam telah menggariskan panduan yang tertentu serta cara dalam
mendidik anak-anak sejak ia di dalam kandungan ibunya lagi malahan lebih awal daripada itu.Islam
menggalakkan umatnya apabila memilih suami atau isteri hendaklah seorang yang mempunyai
keperibadian yang mulia. Anak merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan merupakan
perhiasan dalam kehidupan manusia. Orang yang telah diberi nikmat ini sudah tentu memelihara dan
mendidik dengan pendidikan Islam sebagai mensyukuri nikmat tersebut.
Menurut ahli Psikologi, kehidupan manusia ini terbahagi kepada dua peringkat. Peringkat
pertama iaitu sejak ia lahir hingga berusia 18 tahun atau 20 tahun.Peringkat kedua iaitu berusia 20
tahun sehingga meninggal dunia.Pada peringkat pertama tadi, ia terbahagi kepada tiga bahagian iantu
sejak lahir sehingga mengjangkau umur enam tahun,ketika berusia tahun sehingga berusia tiga belas
tahun manakala bahagian ketiga ketika berusia 13 tahun sehingga berusia 18 atau 20 tahun.
4 | P a g e
KEDUDUKAN KANAK- KANAK
MENURUT ISLAM
1. KEDUDUKAN KANAK-KANAK SEWAKTU SOLAT BERJAMAAH
Seringkali kita perhatikan di kebanyakkan masjid atau surau kedudukan saf kanak-kanak
semasa solat berjemaah diasingkan daripada saf orang dewasa. Fenomena ini merupakan fenomena
biasa yang telah berlaku di negara kita iaitu Malaysia. Semenjak dari dahulu lagi, tidak dinafikan
bahawa pendapat yang menyatakan saf kanak-kanak perlu diasingkan daripada saf dewasa juga
sebahagian daripada ijtihad ulama berdasarkan beberapa dalil yang akan dibincangkan.
Satu perkara yang penting untuk diingatkan bahawa pendapat ijtihad para ulama terdedah
kepada kesalahan, walaupun demikian mujtahid yang berijtihad tetapi ijtihadnya tidak tepat baginya
satu pahala sementara bagi ijtihad yang betul dua pahala, seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam
al-Bukhari.
Amr bin al-‘as r.a pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
ك�م� ح� إ�ذ�ا و� ان، ر� أج ل�ه� ف� اب� أص� ث�م� اجت�هد� ف� اك�م� الح� ك�م� ح� إذ�ا
ر� أج ل�ه� ف� ط�أ� أخ ث�م� ت�هد� اج .ف�
Maksudnya: “Apabila seorang hakim berijtihad kemudian ijtihadnya betul, dia mendapat
dua pahala. Apabila dia berijtihad tetapi salah, dia tetap mendapat satu pahala.”
Bagi mereka yang telah mengetahui bahawa sesuatu pendapat itu tidak tepat, maka
kewajipannya berpegang kepada pendapat yang berdasarkan dalil yang tepat dan tinggalkan
pendapat yang tidak kuat.
Mengkhususkan saf untuk kanak-kanak
Antara dalil yang digunakan oleh mereka yang mengkhususkan saf bagi kanak-kanak sehingga
menjadikan saf kanak-kanak jauh di belakang masjid ialah hadis yang diriwayatkan Muslim:
ث�م� م، ي�ل�ون�ه� ال�ذ�ي ن� ث�م� الن(ه�ى و� ال�م� األ�ح ل�و وأ� ن ك�م م� ي�ل�ن�ي
م ي�ل�ون�ه� ال�ذ�ي ن�
5 | P a g e
Maksudnya: Hendaklah mereka yang berada dibelakangku ahli ahlam (baligh) dan Nuha (beraqal)
Sabda Nabi s.a.w.
ب�ه� ق( أ�ح� و� ه� ف� د� أ�ح� �ل�ي ه� إ ه� ب�ق� ي�س ل�م ا م� إ�ل�ى ب�ق� س� م�ن
Maksudnya: sesiapa yang mendahului orang lain kepada sesuatu maka dia lebih berhak
mendapatkannya.
Hadis yang diriwayatkan Muslim di atas membawa maksud galakkan dan gesaan kepada ulil
ahlam dan nuha iaitu yang baligh dan beraqal supaya berada di belakang Rasulullah kerana mereka
lebih faham daripada kanak-kanak.
Nabi tidak menyatakan الن(ه�ى و� ال�م� األ�ح ل�و وأ� إال� ي�ل�ي ن�ي yang bermaksud jangan berada ال�
dibelakangku kecuali yang baligh dan beraqal. Sekiranya lafaz hadis datang seperti lafaz ini iaitu
tegahan berada dibelakang Nabi kecuali kepada mereka yang dinyatakan maka ketika itu barulah
membawa hukum kanak-kanak tidak boleh berada di saf belakang Nabi s.a.w.
Tetapi walaupun demikian para ulama’ bersetuju bahawa mereka yang sepatutnya berada di
belakang imam ialah mereka yang baligh dan beraqal yang mempunyai ilmu tentang solat, supaya
sekiranya terjadi sesuatu maka orang yang berada di belakang imam tahu apa yang perlu dilakukan.
Ibn Qudamah al-Maqdisi menyatakan:
�ه�م: �م�ل أك اإلمام �ل�ي و�ي ، و�الس�ن� الف�ض�ل� األو�ل الصف� ف�ي �ق�د�م� �ت ي ن� أ �ة� ن الس�
: �ان� �ي الص�ب �ؤ�خ�ر� و�ت آن� الق�ر� وأهل� �وخ� ي الش� اإلمام� �ل�ي ي أحمد قال و�أفض�ل�هم،
اإلم�ام �ل�ون� ي � و�ال .و�الغ�لمان�
Maksudnya: Sunnah: mendahului mereka yang baik dan berumur pada saf yang pertama, dan mereka
yang berada dibelakang imam yang paling baik dan sempurna dikalangan mereka.
6 | P a g e
Imam Ahmad berkata: yang berada di belakang imam mereka yang lebih tua, dan ahli al-Quran,
dan di belakangkan kanak-kanak serta tidak di tempatkan di belakang imam. (Al-Mughni, jilid 2,
hlm.429)
2. KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG MATI SEBELUM BALIGH
Anak orang Islam yang mati sebelum baligh semua adalah adalah ahli syurga. Hal ini termasuk
dalam kesepakatan semua para ulama. Al-Imam Ibn Kathir berkata:
أبو القاضي حكاه كما العلماء بين خالف فال المؤمنين ولدان فأما
أنهم : فيهم يختلف ال قال أنه أحمد اإلمام عن الحنبلي الفراء بن يعلى
وهو . ( ) العلماء عامة أي الناس بين المشهور هو وهذا الجنة أهل من
وجل عز الله شاء إن به نقطع الذي
Maksudnya: “Adapun anak-anak orang yang beriman, maka tiada perbezaan pendapat
di kalangan ulama (semua mereka akan masuk ke dalam syurga) seperti yang dihikayatan oleh al-
Qadhi Abu Ya’la bin al-Farra’ al-Hanbali daripada al-Imam Ahmad yang berkata: “Tiada
perbezaan di kalangan ulama, bahawa semua anak-anak orang yang beriman termasuk dari
kalangan ahli syurga. Inilah yang masyhur di kalangan ulama, pendapat ini juga yang kami
putuskan insyaallah.” (Tafsir al-Quran al-‘Azim 3/33)
Al-Imam al-Nawawi pula berkata:
من فهو المسلمين أطفال من مات من أن على المسلمين علماء من به يعتد من أجمع
ليسمكلفا ألنه ؛ الجنة أهل
Maksudnya: “Telah bersepakat para ulama umat Islam yang diambil kira
perkataannya, bahawa sesiapa yang mati dari kalangan anak-anak orang Islam, dia adalah
termasuk ahli syurga, kerana dia bukan mukallaf.” (Syarh Muslim 16/207)
7 | P a g e
3. KEDUDUKAN KANAK-KANAK TAK SAH TARAF DALAM ISLAM
Anak tak sah taraf dalam istilah bahasa Arab disebut walad al-zina yang bermaksud anak zina
atau anak luar nikah. Para Fuqaha’ bersepakat bahawa anak zina ialah merujuk kepada anak yang
dilahirkan hasil perzinaan dan bukan daripada perkahwinan yang sah atau syubhah (persetubuhan
oleh lelaki dan perempuan yang menyangka mereka adalah suami isteri yang sah).
Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Kesahtarafan seorang kanak-kanak berpunca daripada tempat tidur (kedua ibu bapanya
yang sah) dan seorang penzina adalah layak ditahan.
(Riwayat Al-Bukhari)
Berdasarkan Akta Undang-Undang Keluarga Islam mentafsirkan anak tak sah taraf adalah
satu istilah yang digunakan bagi anak yang tidak mempunyai nasab atau hubungan darah yang sah
sepertimana berikut: “tak sahtaraf’, berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar
nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah;
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MKI) kali ke-64 pada 27 Julai 2004
menyatakan bahawa Anak tak sah taraf ialah:
i. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada
persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan;
ii. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh
tamkin (setubuh);
8 | P a g e
iii. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut takwim Qamariah daripada
waktu tamkin (setubuh) selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut
ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri atau salah
seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut Hukum Syarak.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: … dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang
itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul
dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) ;…( Surah al-An’am: 164)
HAK KANAK-KANAK
DALAM ISLAMSesungguhnya kita tahu bahawa kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada orang
sekelilingnya terutamanya ibu bapa seperti mana ia berhajat kepada makanan dan minuman. Sebagai
ibu bapa, mereka perlu menyedari bahawa kasih sayang terhadap anak-anak merupakan pendidikan
pertama yang perlu diberikan kepada anak-anak. Menurut ahli psikologi, terdapat tiga faktor utama
yang membuktikan kanak-kanak memerlukan kasih sayang dalam hidup mereka.
Pertama: Kanak-kanak memerlukan kebahagian dan ketenangan dalam hidupnya. Melalui
kasih sayang kepada kanak-kanak, ia dapat merasai ketenangan dan kebahagiaan kerana mereka
dilahirkan dalam keadaan lemah dan memerlukan pertolongan dan pergantungan kepada orang lain.
Kedua: Pembentukan dari segi pemikiran .Kanak-kanak yang terbentuk dari suasana kasih
sayang yang sepenuhnya, maka ia dapat membentuk pemikiran yang kreatif dan bernas.Di samping
itu, kanak-kanak tersebut mempunyai daya ingatan yang kuat dan perangai yang baik.
Ketiga: Pembentukan dari segi masyarakat .Kanak-kanak yang diberikan kasih sayang sejak
kecil lagi dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat dan mempunyai kasih sayang kepada
masyarakat sekelilingnya.
9 | P a g e
10 | P a g e
1. HAK KANAK-KANAK SEBELUM DILAHIRKAN
Selepas kedatangan agama Islam barulah hak kanak-kanak sebelum dilahirkan mula
dititikberatkan. Antara hak tersebut ialah:
Ikatan perkahwinan suami isteri yang sah. Islam melarang keras perhubungan diantara lelaki
dan perempuan tanpa ada ikatan perkahwinan yang sah. Adalah menjadi hak kanak-kanak
supaya ikatan ibu bapanya merupakan ikatan yang sah dari segi syarak supaya keturunannya
terpelihara.
Akidah ibubapa yang sama. Islam melarang seseorang Muslim berkahwin dengan orang kafir
kecuali ia memeluk agama Islam. Seseorang lelaki yang hendak berkahwin hendaklah mencari
perempuan yang solehah. Saidina Umar r.a pernah ditanya; hendaklah seorang bapa memilih
isterinya yang solehah, hendaklah menamakan anak-anaknya dengan nama yang baik dan
hendaklah ia mengajarkan al-Quran.
Dilarang membunuh kanak-kanak dan membenci anak perempuan. Dalam masyarakat Jahiliah
dahulu mereka membunuh kanak-kanak perempuan kerana menganggap ia boleh membawa
malapetaka kepada keluarga. Oleh demikian semasa kedatangan Islam, Islam telah membawa
sinar baru dalam kehidupan wanita serta mengangkat martabat mereka. Islam juga melarang
membunuh kanak-kanak disebabkan takut kepada kemiskinan. Firman Allah yang
bermaksud:"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana khuatirkan kealpaan dan
kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu.
Sesungguhnya membunuh mereka itu adalah satu dosa yang besar.
Ibubapa perlu menyediakan persiapan untuk kanak-kanak yang bakal dilahirkan. Ibubapa
hendaklah bersedia untuk mendidik anak-anak tersebut sehingga besar dengan didikan nilai-
nilai murni dan mulia. Persiapan ini termasuk dari segi material dan kerohanian.
11 | P a g e
2. HAK KANAK-KANAK SELEPAS DILAHIRKAN
Azan di telinga kanan dan iqamat di telinga seorang bayi sebaik sahaja ia lahir ke
dunia .Antara rahsia dan hikmah azan ini ialah supaya kalimat yang mula-mula sekali
didengar ialah kalimat tauhid, kalimah mengesakan Allah, kalimah syahadah ,mengajak
menunaikan solat dan menuju kejayaan. Diriwayatkan dari Abu Daud dan al-Turmizi dari
Abu Rafie bahawa Rasulullah mengazankan di telinga Hassan bin Ali sebaik sahaja
dilahirkan oleh Fatimah. Di samping itu juga ia bertujuan untuk menghambat syaitan yang
sentiasa menjadi musuh kepada manusia dan bersedia menggodanya. Sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud: "Siapa yang mendapat anak lalu ia azan di telinga kanannya dan
diiqamatkan di telinga kirinya nescaya syaitan tidak dapat memudharatkan.”
Melakukan Tahnik, mencukur rambut dan Akikah. Tahnik bayi bererti menggosok-gosok
langit-langit bayi dengan sedikit buah tamar yang telah dilecek atau dimamah supaya
lembut. Disunatkan ketika memberikannya itu, kanak-kanak itu didoakan agar hidupnya
sentiasa dalam keberkatan. Seeloknya orang yang hendak melakukan tahnik ini terdiri
daripada orang yang soleh dan bertaqwa.
Mencukur rambut bayi ini dilakukan sebelum akikah dan sebaik-sebaiknya pada hari yang
ketujuh dari kelahiran bayi. Ia merupakan sebagai lambang ibadat dan kesyukuran kepada
Allah. Akikah ialah kenduri kesyukuran dengan menyembelih binatang sempena kelahiran
bayi. Bagi kanak-kanak lelaki ialah dua ekor kambing manakala kanak-kanak perempuan
satu ekor kambing.Walaubagaimanapun harus menyembelih seekor sahaja untuk anak
lelaki kerana Rasulullah SAW pernah melakukan dengan menyembelih akikah seekor
untuk Hassan dan seekor untuk Husain.
Memberi nama yang baik. Ibubapa bertanggungjawab memberi nama yang baik kepada
anaknya .Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Di antara hak anak yang mesti
ditunaikan oleh bapa tiga perkara: mengelokkan namanya bila ia lahir, mengajarkannya al-
Quran apabila ia matang dan mengahwinkannya apabila ia baligh".Para ulama
menyebutkan bahawa harus menukar nama daripada nama yang buruk maknanya kepada
nama yang lebih baik maknanya.Pada hari qiamat nanti semua manusia akan dipanggil
dengan nama-namanya di dunia ini.
12 | P a g e
Hak Menyusu. Ibubapa bertanggungjawab menyusukan anaknya terutama dalam dua
tahun pertama.Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan ibu itu wajib menyusui anak-
anak mereka dalam tempoh dua tahun sempurna bagi mereka yang ingin menyempurnakan
susuan tersebut".(al-baqarah 233)
Mengkhatannya.Berkhatan adalah satu amalan fitrah.Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud:"Amalan fitrah ada Lima perkara: mencukur bulu ari-ari, berkhatan,
mengunting misaim, mencabut bulu ketiak dan mengerat kuku.
13 | P a g e
3. HAK MENDAPAT PENDIDIKAN DAN ILMU PENGETAHUAN
Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan agama supaya
anak-anak tersebut menjadi anak yang soleh. Ibubapa perlu menjaga diri kanak-kanak dari perkara
yang boleh merosakkan dirinya sama ada dari segi pemikiran dan fizikal.Penekanan kepada
pendidikan agama harus diberikan perhatian yang serius dalam pembentukan sahsiah mereka.Islam
telah menggariskan panduan dalam mendidik kanak-kanak.Antaranya ialah:
Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan.
Islam menyuruh ibubapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-sifat ketuhanan.Ia
merupakan pendidikan awal dan asas dalam pembentukan pemikiran kanak -kanak dan
pembinaan akidah yang mantap sejak kecil lagi. Sifat wajib yang kedua puluh tersebut
mestilah diajar dengan kefahaman yang mendalam.Kanak-kanak telah dilahirkan dalam
keaadan fitrah putih bersih, ibu bapanya yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam
membentuk indentiti agamanya.
Mengajar cara-cara sembahyang
Ibubapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecil lagi.Sabda
Rasululluah SAW yang bermaksud:"Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berusia
tujuh tahun dan pukul mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka
dalam tempat tidur.”
Mengajar ilmu pengetahuan
Ibubapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu pengetahuan yang baik
kepada anak-anak .Ibubapa perlu menyemaikan minat untuk mereka membaca, dan cintakan
ilmu pengetahuan .Ilmu pengetahuan ini meliputi segala ilmu yang manfaat kepada mereka
dalam menghadapi cabaran hidup. Pada zaman sekarang, ilmu-ilmu multimedia, sains dan
teknologi perlu dikuasai oleh mereka untuk menghadapi cabaran masa depan.
14 | P a g e
Mengajar al-Quran.
Rasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-Quran kepada
anak-anak .Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani yang
bermaksud:"Didiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan
keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran
akan dinaungi oleh arash Allah pada hari yang tidak ada naungan selian darinya bersama para
nabi-nabi dan pembantunya."
Mendidik mengenali kejadian alam ini
Ibubapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian alam ini serta
mengambil iktibar daripadanya.Manusia perlu memahami hubungannya dengan alam
sekeliling yang telah dijadikan oleh Allah untuk manfaat manusia.
Mendidik dengan akhlak yang mulia.
Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang mulia seperti
bersifat amanah, jujur,ikhlas,menghormati orang tua,menunaikan haji,bercakap benar,beradab
ketika makan dan minum,memilih makanan yang halal,suka kepada perbuatan kebajikan dan
ma'aruf,sentiasa mencari kebenaran dan keadilan,benci sifat keji,kezaliman dan kerosakan
harta benda.Islam juga menyeru ibubapa supaya mengajar anak-anak meminta izin sebelum
memasuki bilik ibubapa dalam waktu-waktu yang tertentu.Selain dari itu,ibubapa haruslah
menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.
Pembentukan tubuh badan yang sihat dan kuat.
Islam menggalakkan kanak-kanak dilatih sejak kecil lagi dengan latihan jasmani supaya
kanak-kanak tersebut menjadi sihat dan kuat.Pepatah Arab ada menyebutkan:"akal yang baik
lahir dari tubuh badan yang sihat".
15 | P a g e
KESIMPULANNabi Muhammad SAW amat gemar kepada kanak-kanak yang dipanggil sebagai bunga-
bunga di dalam kebun Allah. Kanak-kanak adalah generasi pelapis yang bakal menjadi pemimpin
pada masa yang akan datang. Abu Hurairah R.A. meriwayatkan suatu ketika Rasulullah saw.
mencium cucu Baginda saw, Hassan dan ketika itu ada duduk bersama Baginda saw. Al-Afra bin
Habis At-Tamimi. Al-Afra lalu berkata: “Aku ada sepuluh orang anak tapi aku tak pernah mencium
seorang pun daripada mereka. Maka Rasulullah saw. pun bersabda, “Sesiapa yang tidak menyayangi
anak-anak tidak akan disayangi dan dirahmati Allah.”
Di dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah
r.a bermaksud: “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak kasihan belas terhadap anak-anak.”
Baginda saw. pernah pergi ketempat anaknya Ibrahim menyusu di rumah seorang tukang besi
walaupun jauh. Ia membelai dan mencium anaknya dengan kasih sayang. Apabila Ibrahim
meninggal Baginda saw. mengalirkan air mata. Rasulullah saw. amat menyayangi cucu-cucu beliau.
Pernah suatu hari, cucu beliau Saidina Hussin berada di masjid ketika Baginda saw. sedang sujud.
Saidina Hussin memanjat belakang Nabi saw. Baginda saw sengaja memanjangkan sujud sehingga
para sahabat menyangka bahawa ia adalah satu perintah baru dari Allah swt. untuk memanjangkan
sujud. Selepas Rasulullah S.A.W. selesai mengerjakan solat, mereka bertanyakan beliau tentang
sujud yang lama itu. Rasulullah saw menjawab, Cucuku telah memanjat belakang ku, maka aku
mahu memuaskan hatinya. Aku hanya bangun dari sujud apabila ia telah puas hati.
Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai amalan yang baik dalam kehidupan, umpamanya
hormat-menghormati, tolong-menolong, prihatin, bersimpati, berperikemanusian dan lain-lain lagi.
Obligasi untuk memupuk nilai-nilai murni ini tidak harus dipandang enteng oleh setiap ibu
bapa dan haruslah dijulang sampai ke langit. Ibu bapa harus mendidik amalan ini sejak anak-anak
merah tapak kaki lagi, bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Hal ini kerana
secara analoginya, kanak-kanak diibaratkan kain putih dan ibu bapa merupakan warna yang akan
mencorakkan kehidupan anak-anak mereka.
Misalnya, ibu bapa harus menerapkan ajaran agama yang mantap dalam atma anak-anak
dengan membawa mereka untuk mendekati Tuhan seperti dengan bersembahyang dan mengikut
anutan agama masing-masing. Selain itu, mereka haruslah mengajar anak-anak untuk menghormati
orang tua dan menyayangi haiwan.
16 | P a g e
Mereka mestilah memberi amaran kepada kanak-kanak supaya tidak bersikap biadab
terhadap sesiapa sahaja apatah lagi ahli keluarga sendiri. Malah, mereka harus mendidik kanak-
kanak tentang cara bercakap dengan orang tua dan tingkah laku semasa berada di rumah orang.
Apabila selalu terdedah kepada pengajaran sedemikian, kanak-kanak boleh membezakan
antara intan dengan kaca dan antara batu dengan permata. Dalam konteks ini, ibu bapa juga haruslah
menjadi teladan yang terbaik kepada anak-anak dengan bersikap sopan santun kerana pepatah
Melayu ada mengatakan bahawa bapa borek anak rintik.
Ikhtisarnya, ibu bapa perlu berpegang kepada prinsip jika menebang menuju pangkal, jika
melanting menuju tangkai dalam mendidik anak-anak agar mereka mengamalkan nilai-nilai murni
yang disanjungi.
17 | P a g e
RUJU KAN BUKU
Siti Hajar Abu Bakar. Pathmanathan R. Nalasamy. Hak kanak-kanak dalam Jagaan Intitusi Awam. Kuala Lumpur: Percetakan Pintar.
MAJALAH
Siti Rogayah Yusoff. (2005, September 18). Kepentingan Pendidikan Awal Anak. Majalah Wanita, Ms 29.
AKHBAR
Anwar Patho Rohman. (2015, Januari 27). Merotan untuk didik atau dera. Berita Harian, Ms 17.
INTERNET
Norita Kamaruddin. Hak Kanak-Kanak dalam Islam. Retrieved Ogos 23, 2010, from http://tintanuraniku.blogspot.com/2010/08/hak-kanak-kanak-dalam-islam.html
Mohd Rumaizuddin Ghazali. Hak Kanak-Kanak dalam Islam. Retrieved Mac 23, 2007, from http://www.mindamadani.my/isu-semasa/item/174-hak-kanak-kanak-dalam-islam.html
18 | P a g e